The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pakej Teknologi Tongkat Ali Jabatan Pertanian 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PLPPWS(DOA)2022, 2022-11-01 22:07:29

Pakej Teknologi Tongkat Ali

Pakej Teknologi Tongkat Ali Jabatan Pertanian 2020

Keywords: tongkat ali

PAKEJ TEKNOLOGI

TONGKAT ALI

i

BK 200/06.20/1000
ISBN 978-983-047-266-9
Cetakan Pertama 2020
Edisi Pertama

© Hak cipta Jabatan Pertanian Malaysia,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara pun sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah
Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia.

Manuskrip terbitan ini disediakan oleh Bahagian Pembangunan Industri Tanaman

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Pakej Teknologi TONGKAT ALI.
ISBN 978-983-047-266-9
1. Tongkat Ali.
2. Medicinal plants.
3. Agricultural innovations.
4. Government publications--Malaysia.
I. Malaysia. Jabatan Pertanian.

615.321

Diterbitkan oleh: Jabatan Pertanian Malaysia
Aras 7-17, Wisma Tani,
No.30 Persiaran Perdana,Presint 4,
62624 Putrajaya

Tel : 603 - 8870 3042
Faks : 603 - 8888 5069
Laman Web: http://www.doa.gov.my

ii

PRAKATA PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

Buku ini mengandungi maklumat mengenai Pakej Teknologi
Tongkat Ali (Eurycoma longifolia Jack). Buku ini telah disediakan
oleh Jabatan Pertanian bersama Pejabat Pembangunan Herba
(HDO) MOA, FRIM dan MARDI sebagai bahan rujukan kepada
semua Pegawai Pertanian terutamanya pegawai-pegawai yang
terlibat dalam memberikan pengembangan semasa membuat
seliaan ke kawasan projek pertanian. Buku ini juga sesuai
digunakan oleh para pengusaha tanaman tongkat ali sebagai
panduan.

Buku ini dibangunkan hasil kajian yang telah dijalankan oleh
penyelidik daripada FRIM dan MARDI iaitu Dr. Wan Rasidah
binti Wan Abdul Kadir, Dr. Mohd Farid bin Ahmad, Dr. Mohd
Zaki bin Hj. Abdullah, Dr. Nor Hasnida binti Hassan dan Encik
Mohd Shahhizal bin Abdul Wahid menerusi Skim Geran
Penyelidikan Herba (HRGS). Kajian yang telah dijalankan ialah,
i- Multi-locational assessment and agroecological requirement
of Eurycoma longifolia across the climatic boundaries in
Peninsular Malaysia, ii- Assessment on the virulent strains
of Metarhizium anisopliae obtained from natural forest with
potential for control of the economically important insect pests
of Tongkat ali, iii- Provenance trial of Eurycoma longifolia /
Tongkat ali, iv- Protocol development for mass production of
Tongkat ali plants using tissue culture techniques and evaluation
of its growth performance in the field dan v- Utilization of sex
pheromone of Tiger Moth, Atteva sciodoxa Meyrick (Lepidoptera:
Yponomeutidae), for managing its population in Tongkat Ali
plantation. Buku ini mengandungi segala aspek dalam teknologi
penanaman tongkat ali seperti botani tumbuhan, kegunaan,
keperluan asas tanaman, penyediaan bahan tanaman, amalan
kultura, pengurusan penyakit dan perosak serta penuaian dan
pengendalian lepas tuai.

iii

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI 1
2
KANDUNGAN
2
Pendahuluan 3
1.0 Pengenalan
6
2.0 Botani tumbuhan 6
2.1 Taksonomi 6
2.2 Morfologi tanaman
7
3.0 Komposisi fitokimia dan kegunaan 7
3.1 Kegunaan tradisional 7
3.2 Kegunaan farmaseutikal
8
4.0 Keperluan asas tanaman 8
4.1 Faktor iklim 8
4.2 Faktor tanah 14
14
5.0 Amalan kultura 14
5.1 Penyediaan kawasan 15
5.2 Penyediaan bahan tanaman 15
5.3 Penanaman di ladang 15
5.4 Sistem penanaman
5.5 Penanaman 17
5.6 Penyulaman 17
5.7 Pembajaan 19
5.8 Pengurusan air 20
20
6.0 Pengurusan perosak dan penyakit
6.1 Jenis-jenis perosak dan kawalan 21
6.2 Jenis-jenis penyakit dan kawalan 21
6.3 Kecederaan mekanikal 24
6.4 Kawalan rumpai 26
27
7.0 Kematangan dan penuaian hasil
8.0 Pengendalian lepas tuai
9.0 Analisis Kewangan
Rujukan
Penghargaan

iv

PENDAHULUAN PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

Buku ini mengandungi maklumat teknologi tongkat ali yang
disyorkan oleh Jabatan Pertanian dengan merujuk kepada
kajian-kajian yang telah dijalankan oleh para penyelidik dibawah
Skim Geran Penyelidikan Herba (HRGS), Jabatan Pertanian,
Universiti Awam dan Institusi-institusi Penyelidikan di Malaysia.
Kandungan buku ini meliputi keperluan asas tanaman, amalan
kultura, pengurusan perosak dan pengendalian lepas tuai. Aliran
kewangan tanaman disertakan bagi membantu pengusaha
untuk menilai daya maju tanaman tersebut.

Buku ini diterbitkan sebagai rujukan untuk pegawai-pegawai yang
terlibat dalam perkhidmatan pengembangan dan perundingan
tanaman ini. Disamping itu, ia juga boleh digunakan oleh para
pengusaha sebagai panduan dalam penanaman tongkat ali.

1

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

1.0 PENGENALAN

Tongkat ali (Eurycoma longifolia Jack) dikenali sebagai Ginseng Malaysia. Ia dikenali sebagai
tanaman yang mempunyai nilai perubatan tradisional dan tergolong dalam famili Simaroubaceae. Ia
merupakan sejenis tumbuhan asal (indigeneous) dan tersenarai di antara lapan herba utama dunia
sebagai suplemen andropaus termasuk Tribulus terrestris (Puncture Vine), Withania somnifera
(Indian Ginseng), Suma (Brazilian Ginseng), Maca (Peruvian Ginseng), Avena sativa (Wild Oats),
Catuaba dan Muira puama (Potency Wood).

Spesies ini didapati tumbuh secara liar di kawasan tropika Asia Tenggara termasuk Malaysia,
Vietnam, Laos, Filipina, Borneo dan Sumatera. Di Malaysia, ia di dapati tumbuh di kawasan Hutan
Pantai dan Hutan Hujan Tropika pada ketinggian tidak melebihi 1,000 meter daripada aras laut.

Tongkat ali semakin mendapat permintaan di dalam dan luar negara kerana mempunyai kandungan
beberapa jenis komposisi kimia seperti eurycomanone, eurycomanol dan eurycomalactone yang
mengandungi nilai perubatan yang tinggi dan berharga. Produk yang dihasilkan berdasarkan
kepelbagaian penggunaannya seperti bahan asas untuk campuran minuman perisa, minuman
tenaga dan kapsul.

Secara umum, sumber bahan mentah tongkat ali diperolehi dari hutan asli. Ekoran daripada
permintaan yang tinggi, sumber semulajadi menjadi berkurangan dan semakin pupus sekiranya
tidak dikawal secara berhemah. Bagi memenuhi permintaan pasaran sejajar dengan perkembangan
penghasilan produk tongkat ali berkualiti, maka penanaman sistem perladangan secara komersial
perlu dilaksanakan melalui agensi kerajaan dan swasta, adalah disyorkan perladangan ini
mengikut garis panduan Amalan Pertanian Baik bagi meningkatkan kualiti bahan mentah. Kaedah
penanaman boleh dilakukan secara tunggal atau integrasi bersama tanaman kelapa, getah atau
tanaman kekal yang lain.

2.0 BOTANI TANAMAN

2.1 Taksonomi

Nama Saintifik : Eurycoma longifolia Jack
Nama Vernakular
: Bedara merah, bedara pahit, bedara puteh, lempedu
Famili pahit, pasak bumi, payung ali, petala bumi, penawar
Genus pahit, tongkat ali, tongkat baginda, setunjang bumi
Species
: Simaroubaceae

: Eurycoma

: E. longifolia Jack dan E. apiculata A.W. Bennett

Sumber: Malaysian Herbal Monograph 2015

2

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

2.2 Morfologi Tanaman
2.2.1 Pokok

Tongkat ali merupakan sejenis pokok bersaiz sederhana yang boleh mencapai
ketinggian sehingga 18 meter. Kebiasaannya ia tumbuh secara menegak tanpa
cabang. Walaubagaimanapun terdapat juga pokok yang tumbuh secara bercabang
(Malaysian Herbal Monograph 2015).

2.2.2 Batang

Batangnya jenis berkayu, berbentuk silinder, berwarna kelabu di bahagian yang
tua manakala berwarna coklat kemerahan di bahagian yang muda.

3

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

2.2.3 Daun

Daunnya jenis majmuk, mempunyai tangkai daun yang panjang dan tersusun
secara berpusaran (spiral) di bahagian atas atau hujung batang. Setiap tangkai
mengandungi 20 hingga 30 pasang anak daun yang tersusun berpasangan pada
satu tangkai.
Anak daun berbentuk bujur 2 cm hingga 3 cm lebar dan 8 cm hingga 10 cm
panjang. Daun matang berwarna hijau tua dan daun muda berwarna coklat hingga
hijau kekuningan.

2.2.4 Bunga

Jambak bunganya jenis panikel yang terbit dari ketiak tangkai daun, jambaknya
bercabang yang mengandungi banyak bunga bersaiz kecil, bunga berwarna
merah. Petal bunga bersaiz kecil.
Musim berbunga di Malaysia adalah dua kali setahun iaitu pada bulan Mac hingga
Jun dan Ogos hingga November.

4

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

2.2.5 Buah

Pokok tongkat ali menghasilkan buah berbentuk lonjong atau bujur (5 mm hingga
12 mm lebar dan 10 mm hingga 20 mm panjang), berwarna perang kekuningan
(yellowish brown) ketika peringkat muda dan bertukar menjadi warna merah
keperangan (brownish red) apabila matang.

2.2.6 Sistem Pengakaran

Tongkat ali mempunyai sistem akar tunjang dan serabut. Akarnya berwarna pucat
kekuningan (yellowish pale). Bagi pokok yang tumbuh secara semulajadi, akar
tunjang boleh mencapai panjang 0.5 m hingga 1.5 m manakala bagi pokok yang
ditanam secara ladang, panjang kurang dari 1 m.

Akar Pokok tongkat ali berumur 4 tahun
5

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

3.0 KOMPOSISI FITOKIMIA DAN KEGUNAAN

Tongkat ali mempunyai banyak kegunaan terutama dari sudut kesihatan. Bahagian akar pokok
mempunyai nilai perubatan yang tinggi.

3.1 Kegunaan Tradisional

Secara tradisinya, bahagian akar pokok digunakan untuk penyediaan ubat. Akar diracik
menjadi serpihan yang lebih kecil dan rebus dengan air kosong. Ekstrak air biasanya
diambil sebagai teh dan kadangkala dicampur dengan madu atau gula. Akar dipercayai
mempunyai kompaun penting dalam merawat penyakit seperti malaria, kekurangan
seksual dan suplemen kesihatan. Pada masa yang sama, daun ini dikatakan berupaya
merawat penyakit gusi dan penyakit berjangkit seperti penyakit kelamin (Bhat dan Karim,
2010). Subramaniam (2013) juga melaporkan bahawa ia juga sesuai untuk rawatan
cacing usus, disentri, kembung, ulser mulut, jaundis, gatal dan demam.

3.2 Kegunaan Farmaseutikal

Seiring dengan perkembangan teknologi kesihatan, pelbagai kajian telah dijalankan
untuk membuktikan kegunaan akar tongkat ali daripada segi saintifik. Ia bertujuan untuk
mengumpulkan maklumat komposisi kimia, aktiviti biologi dan farmakologi, data pre-
klinikal (toksikologi) dan data klinikal. Antara kajian farmakologi yang telah dijalankan
ke atas akar tongkat ali ialah aktiviti afrodisiak, anti-malaria, anti-kanser, anti-diabetis,
anziolitik (kumpulan ubat sedatif hipnotik yang digunakan untuk merawat gangguan
keresahan umum, sukar tidur dan sebagai pramedikasi anestesia agar pesakit lebih
tenang dan bekerjasama) dan anti-osteoporosis.

Ia juga dilaporkan boleh menyumbang kepada peningkatan tenaga dalaman samada bagi
lelaki atau wanita. Ekstrak herba ini telah dihasilkan dalam bentuk kapsul dan kebanyakan
telah mematuhi Malaysia Standard (MS). Kemudahan ekstrak herba telah tersedia di
peringkat industri dan teknologi pemprosesan ini telah banyak dipatenkan dan mendapat
permintaan tinggi di pasaran tempatan dan luar negara.

Jadual 1: Fungsi sebatian bioaktif dalam spesies tongkat ali

Sebatian bioaktif Fungsi

Eurycomanone • Peningkatan pengeluaran testosteron

• Peningkatan spermatogenesis

Brusin, Strichnin dan • Aktiviti anti-estrogenik
Sterol
Menambah hormon testosteron yang akan meningkatkan
ghairah seksual (libido), tenaga, dan sistem kekebalan tubuh

6

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

Sebatian bioaktif Fungsi
Saponin
• Melancarkan peredaran darah pada sistem saraf untuk
meningkatkan vital dan stamina tubuh

• Bersifat anti-bakteria dan anti-virus yang dapat
membantu tubuh memperbaiki sistem kekebalan tubuh.

• Berkhasiat menurunkan kadar kolestrol dan mencegah
penyempitan pembuluh darah jantung (arterosklerosis)
sehingga mengurangi risiko penyakit jantung sekaligus
menguatkan fungsi jantung.

Sumber: Rehman dan Shahreed, 2016



4.0 KEPERLUAN ASAS TANAMAN.

4.1 Faktor Iklim

Keperluan taburan hujan antara 2,000 mm hingga 3,000 mm setahun dengan suhu
25°C hingga 30°C. Habitat semulajadinya di bawah kanopi hutan, walaupun begitu kajian
domestikasi dan konservasi ex-situ telah menunjukkan bahawa tongkat ali boleh hidup
dengan baik di kawasan terbuka.

4.2 Faktor Tanah

Tongkat ali boleh ditanam di pelbagai jenis tanah. Ia didapati tumbuh dengan baik di tanah
liat berpasir yang kaya dengan bahan organik (kompos) serta tidak ditakungi air. Secara
semulajadi, tongkat ali didapati tumbuh dengan subur di kawasan tanah jenis lom berpasir
hingga ke tanah jenis liat pada paras ketinggian sehingga 1,000 meter.

Jadual 2: Faktor kesesuaian tanah bagi penanaman tongkat ali

Sifat-sifat tanah Kesesuaian untuk tanaman tongkat ali

Sesuai Sederhana sesuai

Kecerunan Rata ke berbukit 0-20° Sangat berbukit 20-25°

Saliran Sederhana salir ke salir Sangat salir

Kedalaman tanah ˃100 cm daripada permukaan 50-100 cm daripada

tanah permukaan tanah

Struktur dan tekstur Lom berpasir, liat berpasir, lom Pasir pasir dan liat tidak

lempung berpasir berstruktur

Ketidakseimbangan Elemen mikro tidak berlebihan Keupayaan pertukaran
nutrien
dan keupayaan pertukaran kation (KPK) 10-15 cmol/

kation (KPK) 15 cmol/kg/tanah kg tanah

7

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

5.0 AMALAN KULTURA

Amalan kultura merupakan salah satu aspek utama dalam amalan pertanian baik (APB) bagi
mengawal dan mengurangkan bahaya, risiko dan impak negatif terhadap aktiviti pengeluaran
pertanian. Sistem pengurusan ini melibatkan pengurusan tanah, input pertanian dan aktiviti
di ladang yang menjurus kepada aktiviti APB dalam satu-satu kawasan untuk meningkatkan
produktiviti yang berkualiti, selamat dimakan, melindungi pekerja dan alam sekitar ke arah
pembangunan pertanian lestari.

5.1 Penyediaan Kawasan

Penyediaan kawasan merangkumi kerja-kerja pembersihan kawasan dan pembajakan
bagi kawasan topografi yang rata. Pembajakan tanah dijalankan pada kedalaman 20 cm
hingga 25 cm sebanyak 2 pusingan iaitu 1 kali bajak piring dan 1 kali bajak putar sela
masa 10 hari. Ia bertujuan menambahbaik fizikal dan struktur tanah untuk menggalakkan
tumbesaran pokok di samping mengurangkan populasi rumpai.
Pengapuran dilakukan selepas kerja bajak piring sebelum pembajakan putar bermula 14
hari sebelum menanam.

5.2 Penyediaan Bahan Tanaman

Tanaman tongkat ali boleh dibiak melalui biji benih, kaedah kultur tisu dan kaedah
tampang seperti keratan dan tut. Pembiakan melalui biji benih adalah lebih praktikal
kerana tumbuhan ini menghasilkan bilangan buah yang banyak dan mudah diperolehi.
Penyemaian
i. Biji benih matang berwarna merah kehitaman

8

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI
ii. Buah matang yang dipilih direndam ke dalam air dan buah yang terapung dibuang

terlebih dahulu bagi tujuan pemilihan biji benih yang berkualiti.

iii. Kulit buah hendaklah dibuang dan dibersihkan. Biji benih hendaklah dirawat dengan
racun kulat thiram 80 % (bahan aktif) mengikut syor pada label.

iv. Pasir sungai halus atau sederhana halus sesuai digunakan sebagai media semaian.
Biji benih ditabur secara rawak atau disusun, kemudian disemai dengan kedalaman
lebih kurang 2.5cm dari permukaan pasir. (Rumah semaian hendaklah berada
di bawah teduhan 70% naungan dan disiram sekurang-kurangnya dua kali sehari).

9

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI
v. Biji benih mula bercambah 7 hingga 21 hari selepas disemai.

Anak benih selepas 7 hari disemai Anak benih selepas 9 hari disemai

Anak benih selepas 14 hari disemai

Anak benih selepas 21 hari selepas
disemai.

10

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI
vi. Anak benih berumur 30 hari atau mencapai ketinggian 8 cm hingga 10 cm sesuai

dipindahkan ke dalam polibeg.

Anak benih selepas 30 hari disemai

Anak benih selepas 90 hari didalam polibeg
11

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

Pemindahan Anak Benih Ke Dalam Polibeg

i. Polibeg bersaiz 20 cm x 30 cm sesuai digunakan dengan media campuran 3:2:1
(tanah:organik:pasir). Polibeg disusun dalam barisan di bawah teduhan 50%
naungan. Penyiraman dilakukan dua kali sehari.

ii. Pada peringkat anak benih yang mempunyai sepasang daun majmuk atau mencapai
ketinggian 10 cm-12 cm, baja sebatian NPK (15:15:6:4) diberi sebanyak 5-10 butir
setiap anak benih.

** Anak benih yang sesuai dipindahkan ke ladang sebaiknya berumur di antara 10-
12 bulan atau mencapai ketinggian 60 cm. Pastikan akar tunjang anak benih tidak
dipotong semasa ditanam.

12

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN TONGKAT ALI

01. Ambil buah yang matang yang bewarna

merah kehitaman.

02.

Bersihkan buah daripada kulitnya.

03. Buat pemilihan buah dengan merendam buah

ke dalam air. Buah yang terapung dibuang.

04. Gaulkan biji benih dengan racun kulat thiram

selama 5-10 minit.

05. Semai ke dalam pasir sungai berkedalaman

2.5 cm.

06. Letak anak semaian di bawah naungan 70%

dan siram 2 kali sehari.

07. Anak benih bercambah pada 7-21 hari lepas

disemai.

08. Pindahkan anak benih yang berumur 30 hari atau
mempunyai 2 pasang daun majmuk ke dalam
polibeg bersaiz 20 cm x 30 cm. Nisbah tanah
campuran 3:2:1 (tanah:bahan organik:pasir)

09. Polibeg diletakkan di bawah naungan 50%.

10. Anak benih boleh ditanam di ladang pada

umur 10 -12 bulan atau mencapai ketinggian
60 cm.

13

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

5.3 Penanaman di ladang

Bagi aktiviti penanaman, saiz lubang yang dicadangkan adalah berukuran 30 cm x 30 cm
x 30 cm dan diletakkan baja asas sebanyak 100 g Triple Super Phosphate (TSP), 100 g
kapur Ground Magnesium Limestone (GML) dan 50 g baja organik.

5.4 Sistem Penanaman

Di habitat semulajadi, tongkat ali didapati tumbuh di bawah naungan. Tanaman ini juga
didapati boleh hidup walaupun ditanam secara tunggal dan terdedah terus kepada cahaya
matahari. Ia boleh ditanam sebagai tanaman selingan bersama tanaman kelapa, getah
dan tanaman kekal.
a) Jarak Tanaman Disyorkan Bagi Sistem Penanaman Tunggal
Pada masa ini masih belum terdapat sebarang pengesyoran tentang jarak tanaman

yang optimum. Walau bagaimanapun jarak tanaman yang biasa diamalkan adalah 1
meter dalam barisan dan 2 meter di antara barisan. Jarak ini memberikan kepadatan
tanaman 5,000 pokok/ha.
b) Jarak Tanaman Disyorkan Bagi Sistem Penanaman Integrasi
Jarak tanaman di antara dan di dalam baris bagi tanaman tongkat ali adalah
bergantung kepada rekabentuk sistem tanaman ataupun pemilihan spesis.

5.5 Penanaman

Anak pokok tongkat ali memerlukan sedikit lindungan pada peringkat awal tumbesaran
bagi mendapatkan pertumbuhan yang subur.

14

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

5.6 Penyulaman

Penyulaman pokok yang mati mestilah dibuat jika kadar kematian melebihi 10% dalam
jangka masa enam bulan selepas penanaman.

5.7 Pembajaan

Sehingga kini masih belum terdapat rejim pembajaan untuk pengesyoran tanaman
tongkat ali. Walau bagaimanapun sebagai pengesyoran awal, baja dan kadar yang boleh
digunakan bagi pokok yang berumur 1 tahun di ladang ialah baja sebatian kimia NPK
15:15:6:4 pada kadar 400 g/pokok setahun pada tahun pertama. Kadar tersebut akan
meningkat apabila pokok tongkat ali semakin membesar iaitu 800 g/pokok pada tahun
kedua penanaman, 900 g/pokok pada tahun ketiga penanaman dan 1,200 g/pokok pada
tahun keempat penanaman. Pembajaan diberikan dalam bentuk 4 pecahan setahun pada
kadar yang sama mengikut jumlah setiap tahun yang telah disyorkan. Program pembajaan
adalah seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 3.

Jadual 3: Program pembajaan tanaman tongkat ali

Bil. Umur Tongkat Jenis Baja Kadar Pusingan
Ali (tahun) (g/pokok/tahun)
4 pusingan
1. 1 NPK 15:15:6:4 400 4 pusingan
3 pusingan
2. 2 NPK 15:15:6:4 800 3 pusingan

3. 3 NPK 15:15:6:4 900

4. 4 NPK 15:15:6:4 1,200

5.8 Pengurusan Air

Pengairan boleh dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis.
Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran bagi menyalirkan
air berlebihan ke parit utama khususnya pada musim hujan.

Keperluan air bagi pokok tongkat ali peringkat awal tanaman adalah 0.23 liter sepokok
sehari, peringkat vegetatif adalah 0.90 liter sepokok sehari dan peringkat matang adalah
2.26 liter sepokok sehari. Pada semua peringkat tumbesaran pokok tongkat ali, sama ada
sistem penanaman tunggal atau sistem penanaman integrasi, adalah digalakkan untuk
mengunakan sistem pengairan renjis jenis penyebar sederhana dengan kadar alir/luahan
diantara 500 hingga 1,200 liter sejam. Penyebar jenis ini dapat memberikan siraman air
yang seragam dan saiz droplet sesuai tetapi penggunaan sumber air yang agak tinggi
berbanding dengan sistem pengairan renjis jenis mikro. Pemilihan pelbagai jenis kepala
penyebar sistem pengairan renjis sederhana adalah mudah didapati di pasaran seperti
Impact Sprinkler Plastic 323, Chai Lee/Butterfly dan sebagainya. Kos pemasangan sistem
pengairan jenis ini adalah dianggarkan diantara RM13,000 hingga RM16,000 sehektar.
Jadual dibawah adalah beberapa jenis penyebar yang boleh digunakan.



15

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

Jadual 4: Kadar Alir/Luahan, Tekanan Operasi dan Diameter Siraman Penyebar

Jenis Penyebar Kadar Alir/ Tekanan Diameter
Luahan Operasi (bar) Siraman
(liter/jam) (Meter)

Impact Sprinkler Plastic 323 910 2.75 20

Chai Lee/Butterfly 680 1.80 17

MPR 12 Series (Rainbird) 500 1.37 6

Nelson R2000WF 820 2.75 25

Impact Sprinkler Plastic 323 Penyebar Chai Lee/Butterfly

Penyebar MPR 12 Series (Rainbird) Penyebar Nelson R2000WF

16

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

6.0 PENGURUSAN PEROSAK DAN PENYAKIT

Tanaman tongkat ali diperkenalkan kepada umum untuk mengekalkan kelestariannya sebagai satu
tanaman herba yang penting di Malaysia. Melalui pemerhatian, tanaman ini kurang mengalami
masalah perosak dan penyakit yang serius seiring dengan pengurusan ladang yang baik. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa perosak dan penyakit dikenalpasti telah menyerang tanaman
tongkat ali.

Bagi mengurangkan risiko serangan penyakit dan perosak yang serius, amalan pemantauan dan
pengawalan secara berkala harus dititikberatkan.

Pendekatan yang paling praktikal dalam pengurusan perosak adalah secara Pengurusan Perosak
Bersepadu (PPB) yang juga merupakan objektif utama dalam amalan pertanian baik (APB).
Kawalan secara mesra alam adalah mengambil kira faktor ekologi, biologi dan amalan agronomi.

Sehingga kini, masih tiada lagi pengesyoran racun kimia bagi kawalan perosak dan penyakit
tanaman tongkat ali.

6.1 Jenis-jenis perosak dan kawalan

PEROSAK (NAMA BIASA DAN BAHAGIAN SYOR PENGURUSAN
SAINTIFIK) SERANGAN DAN PEROSAK
TANDA/SIMPTOM
Beberapa pendekatan
Ulat harimau Larva ulat harimau boleh dilakukan bagi
Atteva sciodoxa sering memakan mengawal populasi
pucuk dan daun muda larva perosak ini
dengan agresif. Dalam seperti secara biologi
jumlah yang banyak, dan mekanikal. Agen
ia mampu merosakan biologi komersil seperti
pokok sehingga kulat entomopatogen
meninggalkan rangka Metarhizium anisopliae
sahaja. Serangan yang dan bakteria Bacillus
serius, terutamanya thuringiensis (Bt) boleh
pada anak benih digunakan mengikut
boleh menyebabkan cadangan pengeluar. Jika
pertumbuhan terbantut populasi ulat perosak
dan mati. Populasi ulat tersebut rendah, kawalan
perosak ini meningkat secara mekanikal
pada musim tertentu, boleh dipertimbangkan.
biasanya apabila pokok Ia dilakukan dengan
mula mengeluarkan mengutip secara manual
pucuk muda dan di menggunakan tangan.
akhir musim hujan.

17

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

PEROSAK (NAMA BIASA DAN BAHAGIAN SYOR PENGURUSAN
SAINTIFIK) SERANGAN DAN PEROSAK
TANDA/SIMPTOM

Teritip Pokok yang diserang Kaedah kawalan
Coccus viridis kelihatan pudar secara kultura adalah
dan lama kelamaan dengan memastikan
diselaputi sepenuhnya semua anak pokok
kulapuk hitam. yang bakal dipindah
Serangan yang teruk ke kawasan tanaman
akan mengakibatkan diperiksa dengan
pokok lain yang teliti dan diasingkan
diselaputi kulapuk sekiranya diserang.
hitam. Daun menjadi Gunakan kawalan secara
layu, kering, gugur organik menggunakan
dan akhirnya tinggal campuran bahan air
ranting yang telah bersih, sabun, minyak
mati. Perosak ini akan neem dan diseburkan
memusnahkan pokok di dipermukaan bawah
muda pada usia 2 daun.
tahun pertama selepas
pemindahan anak benih
ke kawasan tanaman.

Ulat pengorek batang Ulat ini dapat dikesan Bagi pokok yang rendah,
Zeuzera sp.
dengan terdapatnya pengawalan dilakukan

lubang-lubang dengan mencantas

pernafasan di bahagian dan memusnahkan

dahan pada jarak dahan atau ranting yang

tertentu. Dari lubang diserang.

ini keluar lelehan air

beserta gumpalan najis

(fras) yang selalunya
berwarna perang

kemerahan. Gumpalan

najis juga dapat dilihat

di atas tanah di bawah

dahan yang diserang.

Dahan-dahan kecil yang

dikorek menjadi layu

dan mati.

18

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

PEROSAK (NAMA BIASA DAN BAHAGIAN SYOR PENGURUSAN
SAINTIFIK) SERANGAN DAN PEROSAK
TANDA/SIMPTOM
Anai-anai
Coptotermes sp. Anai-anai memakan Semasa melakukan

bahagian akar, batang kerja-kerja pembersihan

dan dahan yang akan kawasan sebelum

menyebabkan bahagian menanam, adalah

ini mati. Serangan disyorkan supaya semua

ini seterusnya akan bahan sisa tanaman

mengakibatkan pokok seperti banir, dahan

mati rosot, daun layu, dan ranting dikutip dan

kuning dan gugur. dibakar. Amalan ini dapat

Pokok yang lemah mengurangkan kesan

sering diserang. serangan serangga dan

penyakit termasuk anai-

anai.

6.2 Jenis-jenis penyakit dan kawalan

PENYAKIT PENYEBAB SIMPTOM SYOR KAWALAN

Antraknos Kulat Bintik kuning pada Buang dan bakar bahagian
Collectotrichum permukaan daun, yang terkena serangan.
sp. lesion dan akhirnya

menjadi nekrotik.

Jeragat Kulat Permukaan daun Buang dan bakar bahagian
(Sooty
Mould) Cladosporium, hitam kelabu dan yang terkena serangan

Aureobasidium, berkerak seperti dicat. cantasan pada dahan dan
Limacinula, kawalan secara organik

Scorias dan
Capnodium

Bintik Alga Kulat Bintik alga leper Buang dan bakar bahagian
Cephaleuros berwarna hijau kelabu yang terkena serangan,
virescens hingga ke warna hijau cantasan pada dahan dan
perang dan kadang kawalan secara organik.
kala keperangan.

Sindrom Kulat Fusarium Daun menjadi Kemunculan gejala pada
mati sp. dan
mengejut Lasiodiplodia pudar warna, layu peringkat yang lewat dan agen
theobromea
dan mengarah penyebab yang belum dapat

keatas. Daun- daun dikanlpasti menyebabkan

kemudian menjadi penyakit ini sukar untuk

kering dan gugur. dirawat. Walaupun begitu,

Kayu pada bahagian kerebakan penyakit ini dapat

akar dijangkiti akan dicegah jika keseluruhan

mengalami perubahan pokok yang dijangkiti termasuk

warna kepada kuning sistem akar dimusnahkan

keperangan. secepat mungkin.

19

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

Sindrom mati mengejut Sindrom mati mengejut

6.3 Kecederaan Mekanikal

Kesan merumput yang tidak cermat menggunakan mesin rumput sering menyebabkan
kecederaan pada bahagian pangkal pokok tongkat ali. Luka akibat kecederaan tersebut
boleh menjadi pintu masuk untuk agen penyakit seperti kulat untuk masuk dan memulakan
jangkitan. Saiz luka yang dihasilkan adalah pelbagai bergantung kepada jenis mata mesin
rumput seperti tali nylon atau besi.

Masalah ini dapat diatas dengan melakukan pemotongan rumput manggunakan mesin
rumput dengan cermat dan tidak terlalu dekat dengan pangkal pokok. Merumput pada
pangkal pokok boleh dilakukan secara manual dengan menggunakan cangkul, parang
dan berhati-hati.

6.4 Kawalan Rumpai

Kehadiran rumpai di kawasan tanaman akan menjejaskan pertumbuhan pokok. Kehadiran
rumpai ini akan menwujudkan persaingan bagi mendapatkan nutrien. Rumpai juga akan
menjadi tempat pembiakan bagi sesetengah penyakit dan perosak tanaman. Kawalan
rumpai boleh dilakukan secara manual dengan menggunakan cangkul atau mesin rumput.

Teknik-teknik merumpai adalah seperti berikut:

Merumpai sekeliling Melakukan pemotongan rumpai di sekeliling pokok
berdasarkan saiz silara

Merumpai keseluruhan Melakukan pemotongan rumpai diseluruh kawasan
tanaman/ ladang

Kawalan rumpai perlu dijalankan secara berjadual iaitu 1 pusingan setiap bulan bagi tahun
pertama penanaman dan berubah kepada 1 pusingan setiap 2 bulan pada tahun kedua
penanaman dan tahun penanaman yang berikutnya.

Selain merumpai, rumput juga dapat dikawal melalui penggunaan sungkupan seperti
rumput kering atau lalang kering. Sungkupan digalakkan terutama pada peringkat awal
penanaman. Ia boleh mengawal dan mengurangkan populasi rumpai, hakisan tanah dan
larut resap nutrien serta mengawal kelembapan tanah.

20

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

7.0 KEMATANGAN DAN PENUAIAN HASIL

Bahagian utama yang dituai adalah akar. Penuaian tongkat ali biasanya dilakukan dengan
mencabut keseluruhan pokok secara manual. Namun bagi pokok besar yang tidak dapat dicabut
oleh tenaga manusia biasanya dilakukan dengan bantuan alat pencabut seperti ‘chain block’ atau
digali menggunakan jebak dan cangkul. Pemerhatian yang dibuat sehingga kini, menunjukkan
tongkat ali yang ditanam mempunyai akar tunjang lebih pendek berbanding dengan akar yang
diperolehi dari pokok liar di hutan.

Sehingga kini, umur yang disarankan untuk dituai adalah bermula pada 4 tahun dengan anggaran
berat akar 2 kilogram. Penyelidikan bagi menentu umur penuaian yang optima sedang dijalankan.
Potensi hasil akar basah sepokok dari kawasan tanaman tanpa lindungan dianggarkan seperti di
jadual 5.

Jadual 5 : Potensi Hasil Akar Basah Sepokok dari Kawasan Tanaman Tanpa Lindungan
Umur Pokok Hasil Akar Basah (g) sepokok
1 15 - 30
2 300 - 450
3 460 - 600
4 800 - 1,200

Sumber: Anggaran berdasarkan hasil kajian MARDI

8.0 PENGENDALIAN LEPAS TUAI

Akar tongkat ali yang dituai perlu dibasuh dengan bersih daripada sisa tanah. Kemudian, akar
ditoskan bagi membuang lebihan air basuhan. Seterusnya akar dipotong kecil dan dijemur di
bawah cahaya matahari selama beberapa hari bergantung kepada cuaca. Kaedah pengeringan
ini mudah dipraktikkan dan menjimatkan kos. Kaedah lain yang boleh dipraktikkan adalah
menggunakan ketuhar antara suhu 40°C hingga 50°C selama 72 jam (bergantung kepada saiz
potongan). Akar yang sempurna kering apabila berat mencapai lebih kurang 60% daripada berat
akar basah. Kemudian akar ini boleh diracik halus dan sedia untuk dipasarkan atau diekstrak untuk
dijadikan produk.

Proses Pengendalian Lepas Tuai Tongkat ali

1. Akar tongkat ali dituai dan dikumpul di pusat
pengumpulan hasil. Akar tongkat ali dibasuh
sehingga bersih.

21

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI
2. Selepas dibasuh, akar dibiarkan sehingga

kering.

3. Proses pemotongan akar tongkat ali
dilakukan melalui dua kaedah:
i. Secara manual
Akar tongkat ali dipotong menggunakan
kapak.

ii. Secara separa automatik
Mesin digunakan untuk memotong akar
tongkat ali

22

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI
4. 2 kaedah pengeringan iaitu :

a) Pengeringan dibawah cahaya matahari
Kaedah pengeringan ini bergantung pada
cuaca. Secara purata masa yang di ambil
adalah 3 hari pada cuaca panas.

b) Pengeringan menggunakan ketuhar
mengambil masa selama 2 hingga 3
jam. Pemantauan dilakukan setiap 1 jam
bagi memastikan akar tongkat ali kering
mengikut spesifikasi dikehendaki.

*** Sistem ketuhar mampu mengeringkan
200kg akar tongkat ali kering dalam satu-
satu masa.
5. Keratan akar tongkat ali dimasukkan ke
dalam mesin pengisar untuk mendapatkan
saiz yang dikehendaki.

23

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI
Carta Alir Pengendalian Lepas Tuai

Mula

Penuaian hasil seawal 4 tahun
Akar dibasuh sehingga bersih

Akar ditos
Akar dipotong secara manual

atau menggunakan mesin
pemotong

Pengeringan dibawah cahaya
matahari atau ketuhar
Proses pengisaran

Tamat

24

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

9.0 ANALISIS KEWANGAN

9.1 Kos Pengeluaran

Anggaran kos pengeluaran bagi sehektar tanaman tongkat ali secara tunggal selamat
empat tahun seperti dalam jadual 6. Kos ini melibatkan penyediaan tanah, bahan input
& benih, penanaman, penyelenggaraan, penuaian dan pengeringan hasil. Berdasarkan
penanaman selama empat tahun, kos penyediaan tanah, bahan input dan pekerja adalah
sebanyak RM500.00, RM19,930.00 dan RM12,400.00. Jumlah kos luar jangkaan pula
ialah RM3,283.00 dan jumlah besar kos ialah RM36,113.00. Anggaran hasil akar kering
sebanyak 3,000 kg/ha, kos pengeluarannya ialah RM20.00/kg.

Jadual 6: Anggaran kos pengeluaran sehektar tanaman tongkat ali secara sistem tunggal
selama 4 tahun

Bil Perkara Kos (RM)

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Jumlah

A Penyediaan tanah 500 0 0 0 500

Jumlah 500 0 0 0 500

B Bahan Input 10,000 0 0 0 10,000

Anak benih 5,000 pokok 1,200 1,200
1,300 1,300
@RM 2.00/pokok 600 1,200 4,200
200 200 1,300 4,550
Baja organik 650 120 120
200 700
Baja tak organik 100 2,820 2,820 120 480
0 0
Baja kapur 120
500 500
Racun perosak 400 400
200 200
Jumlah 11,470 2,820 19,930
0 0
C Tenaga kerja 5,000 0 5,000
Menanam 500 1,100 1,100 500 2000
Membaja (semua jenis) 400 3,920 3,920 400 1600
Mengawal perosak 200 200 800
Mengawal rumpai 0 3000 3000
Menuai dan mengering

Jumlah 6,100 4,100 12,400
6,920 32,830
Jumlah A + B + C 18,070

D Kos luar jangka 1,807 392 392 692 3,283
( 10%) 19,877 4,312 4,312 7,612 36,113
JUMLAH BESAR

1. Anggaran hasil akar kering 3,000 kg/ha
2. Anggaran harga akar kering RM20.00/kg
3. Pendapatan Kasar RM60,000.00
4. Pendapatan Bersih RM23,887.00

25

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

RUJUKAN

Bhat, R. and Karim, A.A. 2010. Tongkat ali (Eurycoma longifolia): A review on its ethnobotany and
pharmacological importance. Fitoterapia 81: 669-679.

Chee B. J., Nik Musa’adah M. 2013. Men’s Health; Tongkat ali. Pp 55 - 59. In : Malaysia Herbal Heritage.
FRIM, Kepong, Selangor, Malaysia.

Institute for Medical Research. 2015. In : Malaysian Herbal Monograph 2015.
Jabatan Pertanian Malaysia. 2015. Risalah Tanaman Tongkat Ali.
Jabatan Pertanian Malaysia. 2017 Edisi kedua. Panduan Penggunaan Racun Perosak Bagi Tanaman

Tertentu
Mohd Noh J, Muhamad Ghawas M & Musa Y. 2005. Tongkat ali (Eurycoma longifolia Jack). Pp 95 – 101 in

Musa Y et al. (eds) Penanaman Tumbuhan Ubatan dan Beraroma. MARDI, Serdang, Selangor, Malaysia
Then Kek Hoe. 2006. Growth Performance of Tongkat ali (Eurycoma longifolia Jack) Intercropped with
Sentang and Estimated Root Biomass Production. Pp 62 – 68. In Conference: Seminar on Medicinal
& Aromatic Plants 2006 - Plant, Health and Man - Past, Present and Future. FRIM, Kepong, Selangor,
Malaysia.
Rehman and Shaheed. 2016. Review on a Traditional Herbal Medicine, Eurycoma longifolia Jack (Tongkat
ali): Its Traditional Uses, Chemistry, Evidence-Based Pharmacology and Toxicology. Molecules. 21(3):
331
Subramaniam, V. 2013. Malaysian Herbal Heritage. Kuala Lumpur: CL Wong Printing Sdn.Bhd.
Then Kek Hoe. 2010. The Cropping System of Tongkat ali (Eurycoma Longifolia Jack) for Commercial
Planting. Pp 226 – 234. In Conference: 12th Medicinal & Aromatic Plants Seminar 2010 - Harnessing
The Tropical Herbal Heritage: Recent Advances in R&D and Commercialization. FRIM, Kepong,
Selangor, Malaysia.
Whitmore T.C. 1972. Tree Flora of Malaya : A Manual for Forester. Pp 349. Forest Department, Ministry of
Primary Industries Malaysia. Longman, Malaysia.

26

PENGHARGAAN PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI

Jabatan Pertanian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Pejabat Pembangunan Herba (HDO), MOA atas
cadangan dan sumbangan kewangan bagi menghasilkan pakej
ini. Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli
pasukan teknikal Jabatan Pertanian yang telah menyumbangkan
kepakaran dalam menyiapkan buku Pakej Teknologi Tongkat Ali
yang diketuai oleh Cik Latifah binti Merais serta ahlinya yang
terdiri daripada Puan Siow I Rene, Encik Azeri bin Azami, Encik
Azman bin Ab Rahman, Puan Salwani binti Shaary, Puan Noor
Hamizah binti Kamaludin, Puan Siti Hafizah binti Hamzah, Puan
Rohaya binti Abd Rashid, Puan Siti Mariam binti Mohamad
Bokhori, Puan Farah Nadiah binti Nor Hasan dan Encik Sariyan
Hanif bin Mustapa di atas daya usaha dan inisiatif yang diambil
untuk menghasilkan pakej ini.

Jabatan Pertanian juga mengucapkan ribuan terima kasih
Dr Mohd Zaki bin Abdullah, Dr Rosdi bin Koter dan Dr Mohd
Farid bin Ahmad daripada FRIM yang telah memberi maklumat,
pandangan dan menyemak pakej ini. Penghargaan juga
diberikan kepada pegawai-pegawai daripada MARDI iaitu Puan
Noor Ismawaty binti Nordin dan Encik Mohd Rani bin Awang
atas sumbangan maklumat dan pandangan berhubung pakej
ini. Akhir kata, terima kasih juga kepada semua pihak yang telah
terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan
penerbitan pakej ini.

27

CATATAN


Click to View FlipBook Version