BIRO KHAIRAT KEMATIAN MASJID KG DATO AHMAD RAZALI MASJID AL-ILMI KAMPUNG DATO’ AHMAD RAZALI, 43800 DENGKIL Pengurusan Biro Khairat Masjid Al-ilmi ini meliputi Kampung Dato’ Ahmad Razali, Taman Dengkil, Desa Timah Langat, Kampung Tok Aminudin, Rancangan Tanah Bukit Damar, Cybersouth MASJID AL-ILMI 111381001597
1) TUJUAN Untuk menyempurnakan keperluan tuntutan Fardhu Kifayah setempat meliputi semua anak kariah. Mementingkan hidup bermasyarakat dengan mengutamakan anak kariah yang berdaftar serta merupakan ahli kariah Masjid Al-ilmi, Kg Dato Haji Ahmad Razali Menanggung kos urusan pengkebumian, semoga dapat meringankan bebanan keluarga Ahli.
2) KEAHLIAN Penduduk tetap dan pemastautin kariah Masjid Al-ilmi KDAR, Dengkil. Berumur 18 tahun dan ke atas. Keahlian memadai untuk ketua keluarga di dalam satu rumah. Tanggungan ketua keluarga adalah: Isteri (jika suami ahli) atau suami (jika isteri ahli) Bapa atau ibu (di bawah tanggungan ketua keluarga dan duduk serumah, termasuk bapa dan ibu mentua) Anak lelaki di bawah tanggungan bapa/ibu yang berumur di bawah 18 tahun (Jika tidak bekerja) atau di bawah 22 tahun jika masih menuntut. Anak tanggungan berkelainan upaya (OKU) yang tidak bekerja. Anak tanggungan perempuan yang belum berkahwin dan tidak bekerja. Apabila ketua keluarga meninggal dunia, isteri atau anak yang belum menjadi ahli boleh menggantikan keahlian ketua keluarga. Waris simati, bagaimanapun perlu memaklumkan kepada wakil kawasan atau AJK Biro Khairat Masjid Al-ilmi.
3) SUMBANGAN / YURAN AHLI Yuran pendaftaran ahli baru adalah RM20 sekali sahaja (Ringgit Malaysia: Dua puluh sahaja) manakala yuran tahunan khairat kematian ialah RM40.00 (Ringgit Malaysia: Empat puluh sahaja). Yuran hendaklah dibayar melalui sistem khairat Masjid Al-ilmi: URL : https://www.e-khairat.com/al-ilmi/home.html atau kepada pengerusi surau / wakil Kawasan yang dilantik. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan dari bulan Januari hingga Mac setiap tahun. Yuran yang telah dijelaskan akan menerima resit bayaran daripada sistem khairat. Ahli yang gagal membayar yuran tiga tahun berturut-turut, keahlianya akan digugurkan. Sekiranya, dia atau ahli di dalam tanggunganya memohon untuk menjadi ahli semula, tunggakan yuran tiga tahun perlu dijelaskan dahulu sebelum keahlianya diterima semula. Perubahan kadar yuran tahunan hendak mendapat kelulusan Mesyuarat Agong Masjid Al-ilmi,KDAR Dengkil.
4) PENGURUSAN JENAZAH BUKAN AHLI ·Biro Khairat juga bertanggung jawab untuk urusan pengkebumian bukan ahli, dan perbelanjaan sebanyak RM900.00 perlu disediakan oleh waris. Bagi jenazah yang bukan warganegara Malaysia, kos pengurusan jenazah adalah sebanyak RM1,00.00. ·Bagi waris simati yang tidak berkemampuan (fakir atau miskin), waris boleh memohon bantuan kewangan dari pihak Masjid Al-Ilmi tertakluk kepada kelulusan Nazir.
5) KEMUDAHAN VAN JENAZAH ·Van Jenazah adalah hak milik Masjid Al-Ilmi. ·Kos penyelengaraan ditanggung sepenuhnya oleh Masjid Al-Ilmi. ·Kemudahan van merangkumi kawasan Hospital Serdang, Putrajaya, Cyberjaya dan kariah Dengkil. Jika jenazah di bawa dari atau ke luar Kawasan, kos RM1.20 sekilometer (berpandukan bacaan odormeter) dan bayaran tol (jika ada) dikenakan kepada waris simati. ·Pemandu van akan merekodkan maklumat simati (termasuk permit pengkebumian), jarak perjalanan di dalam buku log yang telah disediakan. ·Untuk perjalanan jarak jauh, waris simati perlu mendapat kebenaran dari Nazir. Waris akan membayar perbatuan seperti diatas.
KOS AHLI BUKAN AHLI BUKAN WARGANE GARA KANAK-KANAK (1-7 TAHUN) Kain Kafan 120 120 120 60 Kayu lahat 80 80 80 40 Saguhati Mandi & Kafan 150 150 150 80 Van Jenazah 100 100 100 50 Saguhati Talqin 100 100 100 50 Saguhati menyediakan kubur 350 350 350 170 Tabung Khairat - - 100 JUMLAH RM900.00 RM900.00 RM1,000. 00 RM450.00 Catatan Dibiayai penuh oleh Biro Khairat Dibiayai oleh waris simati Dibiayai oleh waris simati Dibiayai oleh Biro Khairat jika penjaga yang sah adalah ahli 6) KOS PENGURUSAN JENAZAH
Bilal Mandi Jenazah (Lelaki) 1.Haji Ishak Bin Jamil 2.Asraf Bin Mohamed 3.Haji Yusof Bin Subali 4.Muhammad Syafiq Bin Razmi Bilal Mandi Jenazah (Perempuan) 1.Hajah Zauriah Binti Haji Abd Hamid 2.Rosliza Binti Md Nor 3.Salbiah Binti Manap Van Jenazah: 1.Mohamad Saleh Bin Sali 2.Mohamad Azim Bin Anuar Gali Kubur 1.Mohd Shalihen @ Agus Bin Rizal 2.Ramadzan Bin Mad Salimun 7) JAWATAN KUASA BIRO KHAIRAT MASJID AL-ILMI 2023-2025 Penasihat: Mohd Zaki Bin Haji Mohd Ansor Pengerusi: Haji Ishak Bin Jamil Setiausaha: Azwan Bin Muhammad Bendahari: Mohd Aznur Bin Md Anuar Wakil Surau: 1.Surau Al Iman Dengkil Jaya: Haji Tahir 2.Surau Desa Timah Langat: Zakaria Bin Mohd Aris 3.Surau Al Hidayah: Mohamad Agos Bin Rahim