The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rosham Muhammad, 2019-07-12 09:23:11

Kertas Cadangan E-Buletin PKKS

Kertas Cadangan E-Buletin PKKS

KERTAS CADANGAN PENERBITAN E-BULETIN
LAJNAH PENERANGAN BERSAMA LAJNAH TEKNOLOGI MAKLUMAT

PAS KAWASAN KUALA SELANGOR

KANDUNGAN DOKUMEN

1. PENGENALAN
2. OBJEKTIF DAN MATLAMAT
3. PERLAKSANAAN

a. CADANGAN NAMA E-BULETIN
b. KAKITANGAN DAN PETUGAS
c. KAEDAH PENGUMPULAN BAHAN BERITA
d. KEKERAPAN
e. PENGEDARAN
4. CADANGAN KANDUNGAN E-BULETIN
a. MUKA HADAPAN
b. TINTA KETUA PENGARANG
c. PERUTUSAN YDP PKKS
d. LEMBARAN ULAMA
e. LEMBARAN MUSLIMAT
f. LEMBARAN PEMUDA
g. FIKRAH HARAKI
h. MINDA PURNAMA
i. PASTI DIHATIKU
j. BERITA SEMASA
k. KALENDAR PKKS
l. LENSA CAWANGAN
m. RUANGAN IKLAN
5. KEPERLUAN
6. CABARAN DAN HARAPAN

MAKLUMAT DOKUMEN

BIL TARIKH VERSION KETERANGAN
1. 2 JULAI 2019 DRAFT Draft dokumen untuk pembentangan di dalam mesyuarat lajnah
2.
3.
4.
5.
6.

KERTAS CADANGAN PENERBITAN E-BULETIN
LAJNAH PENERANGAN BERSAMA LAJNAH TEKNOLOGI MAKLUMAT

PAS KAWASAN KUALA SELANGOR (PKKS)

1. PENGENALAN

Kertas Cadangan ini bertujuan untuk dijadikan rujukan dan panduan di dalam menyediakan E-
Buletin PAS Kawasan Kuala Selangor. E-Buletin ini akan menjadi lidah rasmi PAS Kawasan Kuala
Selangor dan menjadi alternatif di dalam menyampaikan berita, maklumat terkini di samping
menyediakan panduan dan pentarbiahan ahli PAS.

E-Buletin ini adalah berbentuk UMUM dan hanyalah untuk edaran AHLI PAS SAHAJA.
Walaubagaimana pun terpulang kepada keputusan PAS Kawasan Kuala Selangor untuk
meluaskan edaran kepada pihak luar sekiranya dapat memberi manafaat kepada semua
pembaca.

Kertas Cadangan ini mencadangkan E-Buletin yang akan diterbitkan nanti sepertimana berikut:

NAMA : PURNAMA

TEMA : SALURAN TARBIAH HARAKAH

2. OBJEKTIF DAN MATLAMAT

a. Mengharapkan keredhaan Allah
b. Penyampaian buletin berbentuk maya disampaikan terus kepada semua ahli

menggunakan aplikasi mobil, facebook dan internet.
c. Menyediakan ruang penulisan kepada pimpinan PKKS
d. Menyediakan ruangan tarbiah untuk manafaat ahli PAS
e. Menyalurkan maklumat dan berita semasa PKKS
f. Gambar aktiviti dan program semasa di semua peringkat PAS PKKS
g. Menyediakan ruangan kreativiti dan penyiaran hasil penulisan ahli PKKS
h. E-Buletin ini disediakan dalam bentuk maya (internet) yang boleh di muat turun kedalam

bentuk PDF untuk dicetak oleh ahli sekiranya diperlukan.

3. PERLAKSANAAN

a. CADANGAN NAMA E-BULETIN

Berikut adalah cadangan nama E-Buletin PKKS yang akan dibincangkan dan diputuskan di
dalam mesyuarat Lajnah Penerangan PKKS bersama Lajnah IT PKKS:

i. BULETIN PKKS
ii. BULETIN PAS KUALA SELANGOR
iii. PURNAMA
iv. AL-WASILAH
v. BULAN
vi.
vii.
viii.

b. KAKITANGAN DAN PETUGAS

Bagi tujuan penyediaan dan pengurusan E-Buletin PKKS ini maka senarai kakitangan dan
petugas berikut adalah diperlukan:

BIL JAWATAN NAMA

1 PENASIHAT YANG DIPERTUA PKKS

2 KETUA PENGARANG KETUA PENERANGAN PKKS

3 PENOLONG KETUA PENGARANG KETUA LAJNAH IT PKKS

4 PENGARANG 1 (UMUM)

5 PENGARANG 2 (ULAMA) KETUA URUSAN ULAMA

6 PENGARANG 3 (MUSLIMAT) KETUA MUSLIMAT

7 PENGARANG 4 (PEMUDA) KETUA PEMUDA

8 PENGARANG 5 (PASTI) PENGURUS PASTI PKKS

9 PENYUSUN BERITA KETUA PENERANGAN PKKS

10 KETUA PENERBIT

11 KETUA GRAFIK DAN REKABENTUK

12 KETUA PERHUBUNGAN

13 PEMBERITA SEMUA KETUA PENERANGAN DEWAN-

DEWAN DAN PAS CAWANGAN

14

CATATAN: SIDANG PENGARANG adalah terdiri daripada semua Ahli
Jawatankuasa di atas tetapi tidak termasuk Pemberita.

c. KAEDAH PENGUMPULAN BAHAN BERITA

i. Bentuk bahan untuk E-Buletin PKKS terbahagi kepada pecahan berikut:
 Artikel berkala – Disediakan oleh pimpinan tertentu yang dilantik
 Ruangan khas fikrah, tarbiah dan minda purnama akan diperolehi dari
pimpinan/ahli atau dipetik dari artikel pimpinan PAS untuk dikongsikan
kepada semua ahli
 Ruangan Umum dibuka kepada semua ahli yang berminat untuk
menghantar sebarang bahan yang bersesuaian seperti artikel, cerpen,
pusi, kartun dan sebagainya. Walaubagaimanapun penyiaran bahan
tersebut adalah tertakluk kepada keputusan Sidang Pengarang.
 Gambar dan berita ringkas dari dewan-dewan PKKS dan PAS Cawangan
diperolehi daripada semua Pemberita yang terdiri dari Ketua Penerangan
Dewan-Dewan dan PAS Cawangan

ii. Bahan yang diperolehi di atas akan dikumpulkan di dalam akaun Google Drive
untuk dikongsikan bersama semua ahli Sidang Pengarang.

iii. Draf Pertama untuk sesuatu keluaran akan disediakan oleh Ketua Pengarang
dengan dibantu oleh semua Sidang Pengarang yang lain

iv. Lajnah IT PKKS akan membantu di dalam penyediaan bahan berikut
 Muka Hadapan
 Grafik dan susunatur halaman
 Penyebaran di alam maya
 Lain-lain keperluan yang bersesuaian

d. KEKERAPAN
i. Adalah dicadangkan E-Buletin PKKS ini berbentuk BULANAN
ii. Dikeluarkan pada setiap AWAL BULAN bermula OGOS 2019
iii. Bilangan keluaran mengikut turutan berikut:
<Nama Buletin> BIL: <Bilangan Keluaran> ( <Nama Bulan dan Tahun>)
Contoh: PURNAMA BIL: 1 (Ogos 2019)

e. PENGEDARAN
Pengedaran E-Buletin PKKS bercetak akan disediakan oleh Lajnah Penerangan sekiranya
mendapat tempahan atau keperluan tetapi bergantung kepada kedudukan ekonomi
Lajnah Penerangan PKKS.

Pengedaran E-Buletin PKKS akan dilakukan oleh Lajnah IT PKKS dengan menggunakan
saluran maya sepertimana berikut:

i. Aplikasi Whatsapp
ii. Facebook
iii. Telegram
iv. Laman Web

4. CADANGAN KANDUNGAN E-BULETIN

Berikut adalah cadangan isi kandungan E-Buletin PKKS:

a. MUKA HADAPAN – Disediakan oleh Lajnah IT PKKS berpandukan konsep dan lakaran
oleh Ketua Pengarang. Logo E-Buletin akan direka dan akan dipromosikan kepada semua
ahli PAS Kawasan Kuala Selangor.

b. TINTA KETUA PENGARANG – Ruangan khas untuk Ketua Pengarang

c. PERUTUSAN YDP PKKS – Ruangan khas untuk Yang Dipertua PKKS

d. LEMBARAN ULAMA – Ruangan khas untuk Ketua Urusan Ulama PKKS

e. LEMBARAN MUSLIMAT – Ruangan khas untuk Ketua Muslimat PKKS

f. LEMBARAN PEMUDA – Ruangan khas untuk Ketua Pemuda PKKS

g. FIKRAH HARAKI – Disediakan oleh Ketua Pengarang dengan mengambil artikel haraki
yang disediakan oleh pimpinan tertinggi PAS

h. PASTI DIHATIKU – Ruangan khas yang disediakan kepada Pengurus PASTI Kawasan Kuala
Selangor

i. MINDA PURNAMA – Sumbangan bahan daripada semua ahli PAS yang berbentuk artikel,
cerpen, puisi, sajak, kartun dan sebagainya. Setiap bahan akan ditapis dan dipersetujui
oleh Sidang Pengarang sebelum ianya dimuatkan ke dalam E-Buletin PKKS.

j. BERITA SEMASA – Ringkasan berita semasa yang diperolehi daripada:
i. PKKS
ii. AMAL
iii. ARC
iv. NISA’
v. PAS CAWANGAN

k. KALENDAR PKKS – Mengandungi senarai program dan aktiviti umum untuk disampaikan
kepada semua ahli PAS dan awam. Ruangan ini juga menyediakan poster untuk program
dan aktiviti tertentu untuk dipromosikan.

l. LENSA CAWANGAN – Mengandungi himpunan gambar-gambar aktiviti dan program
semasa PAS Cawangan disusun mengikut DUN Malawati, Ijok dan Jeram. Ruangan ini
tidak akan dimasukkan dalam E-Buletin Bercetak untuk menjimatkan kos penerbitan.

m. RUANGAN IKLAN – Menyediakan ruangan iklan kepada semua ahli yang berminat. Grafik
dan rekabentuk iklan boleh disediakan oleh peserta atau bantuan dari Lajnah IT PKKS.
Setiap penyertaan akan dikenakan bayaran sumbangan oleh peserta yang tidak
ditetapkan jumlahnya. Sumbangan yang diterima akan dikongsikan bersama Lajnah
Penerangan PKKS dan Lajnah IT PKKS.

5. KEPERLUAN

a) Keperluan komputer disediakan oleh setiap Ahli Sidang Pengarang sendiri.
b) Semua Ketua Penerangan Dewan-dewan dan PAS Cawangan adalah dilantik sebagai

Pemberita. Satu taklimat berkaitan dengan tugas dan peranan Pemberita akan diadakan
dalam masa terdekat
c) Kepakaran grafik dan rekabentuk halaman diserahkan kepada Lajnah IT PKKS berpandukan
konsep dan panduan oleh Ketua Pengarang.
d) E-Buletin akan dikeluarkan dalam bentuk PDF
e) Ketua Pengarang akan memuatnaik E-Buletin PKKS ke dalam laman web
f) Lajnah IT PKKS akan menyebarkan link ke laman web tersebut untuk paparan yang menarik.

6. CABARAN DAN HARAPAN

a) Kekangan utama di dalam penyediaan E-Buletin PKKS adalah:
i. Masa
ii. Kreativiti dan bahan
iii. Kepakaran dan peralatan
iv. Perhubungan
v. Sumber ekonomi

b) Adalah diharapkan agar Kertas Cadangan ini dapat memacu kejayaan penghasilan E-Buletin
yang berkualiti dan mencapai sasaran serta matlamatnya.

c) Semoga mendapat perhatian, kerjasama dan bantuan daripada semua pihak.

Segala kerjasama dan bantuan adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima
kasih. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:
Ketua Lajnah Penerangan PKKS
2 Julai 2019


Click to View FlipBook Version