INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT, JOHOR
TUGASAN KERJA KURSUS
GWCP1092 WACANA PENULISAN
NAMA PELAJAR : NURELISA SHAHIRA BINTI MAZLAN
ANGKA GILIRAN : 2021292310153
NOMBOR KAD PENGENALAN : 021119050156
KUMPULAN/ UNIT : PPISMP/ PA1
KOD DAN NAMA KURSUS : GWCP1042 WACANA PENULISAN
NAMA PENSYARAH : PUAN ZURAIDA BINTI TALIB
TARIKH HANTAR : TUGASAN 2 : 21 OKTOBER 2021
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tanda tangan Pelajar : Tarikh :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS
Nama : Nurelisa Shahira Binti Mazlan Angka Giliran: 2021292310153
Kod: GWCP 1042 Nama Kursus: WACANA PENULISAN
Pensyarah : Puan Zuraida binti Talib
Tarikh Hantar : 21 OKTOBER 2021 Tarikh Terima Diisi oleh pensyarah
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tanda tangan Pelajar : Tarikh
Perincian Maklum Balas Kerja Kursus Moderator (jika berkaitan)
Pemeriksa Kekuatan:
Kekuatan:
Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:
Tanda tangan: Tarikh: Tanda tangan: Tarikh:
Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.
Catatan (jika ada)
Tanda tangan Pelajar : Tarikh :
ISI KANDUNGAN Muka Surat
Kandungan 4
Borang Maklum Kerja Kursus 5
PENGHARGAAN 5
6
TUGASAN 2 : 6
CARA-CARA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN YANG EFEKTIF 7
UNTUK PELAJAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU 8
9
1.0 PENDAHULUAN 10
11
2.0 LATAR BELAKANG PERBINCANGAN 12-13
2.1 Persediaan Tempat dan Alatan Belajar
2.2 Emosi dan Kesihatan
2.3 Capaian Internet
2.4 Penguasaan dalam Teknologi
3.0 PENUTUP
4.0 BIBLIOGRAFI
5.0 LAMPIRAN
3
PENGHARGAAN
Alhamdullilah, bersyukur ke atas hadrat ilahi kerana dengan limpahan rahmat-Nya serta
nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya
menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya.
Di kesempatan ini, saya ingin mendedikasikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada Puan Zuraida binti Talib yang merupakan pensyarah Penulisan Akademik
(GWCP 1042) saya atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar serta bimbingan
sepanjang tugasan ini dijalankan.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah
banyak mendorong saya untuk terus berusaha sehingga saya berjaya menyiapkan kerja
kursus ini dengan suksesnya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang telah
berkongsi idea sepanjang pembikinan kerka kursus ini.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan
yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan
mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
4
TUGASAN 2 :
CARA-CARA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN YANG EFEKTIF UNTUK PELAJAR
DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Oleh:
Nurelisa Shahira binti Mazlan
Kursus Penulisan Akademik (GWCP 1042)
1.0 PENDAHULUAN
Pelaksanaan pembelajaran atas talian telah lama dipraktikkan di negara-negara
maju kerana ia dipercayai mampu memberikan pelbagai manfaat dan kebaikan.Seiring
dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia
bagi membendung penularan wabak COVID-19, kaedah pembelajaran atas talian
merupakan suatu keperluan mendesak bagi semua rakyat Malaysia. Pandemik ini telah
memberi kesan terhadap pelaksanaan transformasi sistem pendidikan negara
terutamanya disebabkan pkp yang membataskan pergerakan semua sektor dan
menyebabkan institusi pendidikan terpaksa ditutup. Namun demi memastikan kelancaran
transformasi pendidikan melalui pelaksanaan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan
Negara (PPPM) , Kementerian telah mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan
kaedah pembelajaran atas talian. Ianya bertujuan bagi memastikan silibus pengajaran
dapat disampaikan dengan sebaik mungkin walaupun secara maya. Menurut Dhawan
(2019) pembelajaran atas talian merupakan pengalaman pembelajaran dalam
persekitaran sinkroni atau asinkroni dengan menggunakan pelbagai peranti dan
mempunyai akses kepada internet. Pembelajaran dalam talian merupakan satu siri
pengalaman pengajaran menggunakan rangkaian digital untuk berinteraksi, mengkaji dan
membincangkan. Tujuan saya menulis penulisan ini adalah untuk menarik perhatian serta
menjelaskan kepada orang awam berkaitan cara-cara pembelajaran dalam talian yang
efektif. Dalam penulisan ini, saya akan memfokuskan perjelasan tentang persediaan
pelajar di Institut pendidikan Guru dalam menghadapi norma baharu iaitu pendidikan
secara atas talian.
5
2.0 LATAR BELAKANG PERBINCANGAN
2.1 PERSEDIAAN TEMPAT DAN ALATAN BELAJAR
Tidak dinafikan bahawa pandemik covid-19 sememangnya memberi impak yang
besar terhadap dunia pendidikan terutamanya kepada para pendidik mahupun pelajar.
Oleh itu, antara usaha yang boleh diaplikasikan ialah persediaan tempat belajar. Dalam
menghasilkan cara belajar yang lebih efisien di atas talian, seseorang siswa seharusnya
menyediakan tempat belajar yang lebih kondusif. Mereka perlu memilih tempat yang
selesa, selamat dan tidak mudah diganggu. Persekitaran selesa secara tidak langsung
meningkatkan fokus seseorang untuk belajar. Belajar di meja adalah tempat yang paling
sesuai dengan postur tempat duduk yang optimum. Tidak terlalu rendah mahupun terlalu
tinggi. Elakkan belajar di atas katil atau bilik yang gelap kerana ianya boleh membuatkan
seseorang berasa ngantuk dan tertidur sewaktu kelas berlangsung. Untuk berhubung
dengan tenaga pengajar, murid perlulah ada peranti mudah alih tidak kira sama ada
laptop ataupun telefon pintar. Akses pembelajaran yang tidak seimbang adalah sesuatu
yang perlu diberi penekanan utama. Kajian oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
terhadap 670 000 ibu bapa dan 900 000 orang pelajar mendapati bahawa hanya 6
peratus memiliki komputer peribadi, 5.76 peratus memiliki tablet, 9 peratus memiliki
komputer riba dan 46 peratus memiliki telefon pintar manakala 36.9 peratus tidak memiliki
sebarang peranti. Oleh itu, kerajaan mestilah cakna dengan situasi rakyat dengan
menghulurkan bantuan peranti mudah alih ini kepada mereka yang memerlukan. Segala
alatan untuk belajar seperti alatan tulis, buku-buku, dan sebagainya haruslah dipastikan
secukupnya.
6
2.2 EMOSI DAN KESIHATAN
Seterusnya, jika dilihat dari sudut emosi dan kesihatan, pembelajaran atas talian
mendedahkan murid kepada skrin komputer dalam tempoh yang lama sekali gus berupaya
merosakkan keadaan mata secara fizikal sekiranya tiada langkah pencegahan dilakukan.
Wimalasundera (2006) mengatakan bahawa hampir 60 juta orang mengalami masalah
penglihatan kesan daripada penggunaan komputer. Malah, ia juga berpotensi menjejaskan
postur badan dan sakit belakang. Kajian menunjukkan tempoh berdepan dengan skrin yang
panjang bukan sahaja menjejaskan kesihatan fizikal bahkan turut mempengaruhi corak
tidur dan seterusnya mengganggu emosi pelajar. Menurut Pakar Perubatan Sukan, Daren
Molina, untuk mengurangkan masalah sakit belakang dan juga leher ketika belajar,
bergerak dan memastikan skrin berada pada aras mata (eye level) adalah perkara penting.
Justeru dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan penting bagi membantu pelajar
menyesuaikan diri. Hari ini, sistem pendidikan telah berubah. Jika di kampus pensyarah
mempunyai tanggungjawab terhadap siswa dan siswi tetapi di rumah ibu bapalah yang
merupakan sistem sokongan paling dekat dengan anaknya. Justeru ituibu bapa pelulah
sentiasa berkomunikasi dengan anak setiap hari bagi mengetahui perkembangan
pembelajaran mereka. Sebagai contoh, jika melihat anak-anak sudah keletihan selepas
pdpr, ibu bapa boleh membenarkan mereka untuk berehat sebentar sebelum menyambung
tugasannya kembali. Pastikan juga mereka menggunakan waktu petang dengan beriadah
kerana beriadah mampu mengembalikan tenaga seseorang serta emosi positif mereka.
Dalam keadaan sekarang ibu bapa yang perlu sentiasa memberi dorongan supaya anak-
anak tetap semangat untuk mengikuti pembelajaran atas talian.
7
2.3 CAPAIAN INTERNET
Selain itu, belajar secara atas talian memerlukan internet berkelajuan tinggi.
Penumpuan secara mendalam harus dilihat kerana secara realitinya akses internet di
kawasan pendalaman adalah terhad. Realitinya adalah, terdapat segelintir pelajar yang
mendiami kediaman yang tidak kondusif, kekurangan teknologi komunikasi seperti
pemilikan telefon pintar dan aksesori peranti yang kurang berteknologi serta tidak
menyokong pembelajaran (Mohd Idham, 2020). Terdapat sebilangan murid yang tertekan
kerana tidak dapat mengikuti PdPR kerana masalah liputan internet yang tidak
memuaskan. Mereka sebenarnya lebih tertekan berbanding pelajar yang lain kerana
merasa ketinggalan dalam sesuatu pelajaran. Justeru itu, para pendidik perlu mengambil
langkah proaktif bagi memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran, serta matlamat utama pembelajaran secara holistik dan
inklusif tercapai. Mereka perlu memperkenalkan metodologi yang dapat membantu
meningkatkan kualiti proses pembelajaran dengan menyediakan platform yang berguna
kepada pelajar yang tidak mempunyai kemudahan internet yang baik. Sebagai contoh, para
pensyarah boleh menghantar rakaman video sesi pengajaran mereka bersama dengan
pelajar lain kepada mereka yang tidak dapat mengikuti kelas tersebut. Selain itu, kaedah
pembelajaran yang tidak memerlukan internet berkelajuan tinggi seperti kuiz dalam talian,
tugasan tutorial, interaksi melaui Whatsapp dan Telegram haruslah diperbanyakkan. Dalam
hal ini, kerajaan juga telah mengambil tindakan dengan memberi pelbagai bentuk bantuan
seperti jaringan prihatin dan internet percuma 1 GB setiap hari kepada rakyat Malaysia.
Justeru itu, setiap pelajar perlulah menggunakan kemudahan tersebut sebaiknya.
8
2.4 PENGUASAAN DALAM TEKNOLOGI
Dalam arus mendepani transformasi ke arah andragogi dan pedagogi secara
digital, tiada pilihan selain memanfaatkan teknologi dan aplikasi pendidikan dalam talian.
Memang tidak dinafikan suasana pengajaran dan pembelajaran jelas berbeza dalam
tempoh PKP berbanding sebelumnya. Memandangkan hampir semua kaedah pengajaran
dan pemudahcaraan (PdPc) dijalankan secara dalam talian seperti Google Classroom,
Google Meet, Zoom Cloud Meeting dan sebagainya, maka semua para pendidik dan
pelajar perlulah melengkapkan diri dengan penguasaan dalam bidang teknologi dan
komunikasi. Menurut Robin M dan Frank R (2010) pembelajaran online mengubah guru
dan tutor menjadi seorang fasilitator mengetahui bahawa tidak semua pendidik celik
teknologi maklumat terutamanya golongan guru yang dikategorikan sebagai 'orang lama'.
Akibat kurangnya pemahaman terhadap IT, para pendidik terpaksa menggunakan kaedah
dengan memberi buku untuk dibaca, memberikan tugas untuk dikerjakan yang penting
pelajar tetap belajar dari rumah. Namun, ia akan mengakibatkan pelajar mengalami
kejenuhan belajar, kerana mereka berasa tidak mendapat pengalaman belajar yang
mengesankan dan akhirnya menyebabkan prestasi mereka turun secara mendadak. Oleh
itu, para pendidik perlulah berusaha sebaiknya dengan menggunakan teknologi masa ini
dengan menjadikan bahan pembelajaran semakin kreatif dan inovatif. Dalam konteks ini,
bukan hanya pendidik, malah pelajar juga perlu menguasai diri dalam teknologi. Hal ini
kerana, pembelajaran atas talian memerlukan keadaan siswa yang sudah terbiasa untuk
belajar secara mandiri dengan memanfaatkan kemudahan teknologi seperti mencari
maklumat, membuat perbincangan dan komunikasi, membuat slaid pembentangan,
menjawab kuiz serta berlatih menguasai kompetensi tanpa harus di bimbing oleh
pensyarah. Jika mereka tidak mempunyai asas dalam teknologi masa kini, ia akan
menyebabkan sesuatu tugasan itu akan mengambil jangka masa yang panjang untuk
disiapkan yang akhirnya menyebabkan tugasan menjadi semakin banyak dan
menyebabkan mereka stres dalam menyiapkannya.
9
PENUTUP
Hasil penjelasan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa semua pihak iaitu pelajar,
ibu bapa serta pendidik berperanan dalam mencapai kaedah pembelajaran dalam talian
yang lebih efektif. Persediaan tempat belajar, emosi dan kesihatan, capaian internet yang
stabil serta penguasaan diri dalam teknologi antara cara yang boleh dipraktikkan oleh
semua penuntut ilmu tidak kira di peringkat rendah mahupun pengajian tinggi. Pepatah
mengatakan, ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Oleh itu, semua pihak perlulah
berganding bahu antara satu sama lain demi memastikan pembelajaran dalam talian
berjalan dengan jayanya. Menurut Jasmi & Kamarul Azmi (2016) pembelajaran tidak akan
berjaya tanpa tiga unsur, iaitu guru, pelajar dan kaedah pengajaran yang menjadikan bahan
bantu mengajar (BBM) sebagai perantara guru untuk menyampaikan kefahaman kepada
pelajarnya. Jelasnya, keberkesanan pembelajaran atas talian memerlukan kerjasama
semua pihak. Sekian, terima kasih.
10
BIBLIOGRAFI
Abdul Aziz Ishak, Aida Zuraina & Mir Ahmad Talaat (2020 31 December) Pembelajaran
atas Talian: Tinjauan terhadap Kesediaan dan Motivasi dalam kalangan Pelajar Diploma
Logistik dan Pengurusan Rantaian Bekalan, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang.
Jurnal Dunia Pendidikan < e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 4, 68-82, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd > Tarikh Diakses : 20 Oktober 2021
Berita Harian. 2021. Wujud persekitaran selesa bantu anak fokus ketika PdPR | Berita
Harian. [online] Available at: <
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/06/827995/wujud-persekitaran-
selesa-bantu-anak-fokus-ketika-pdp r> [ Tarikh diakses : 27 October 2021].
Berita Harian. 2021. COVID-19: Pendidikan menerusi dunia maya cabaran baharu buat
guru | Berita Harian. [online] Available at: <
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/689322/covid-19-pendidikan-
menerusi-dunia-maya-cabaran-baharu-buat-guru > [Tarikh Diakses : 1 November 2021].
Jasmi, Kamarul Azmi. (2016). Pengajaran dan Pembelajaran. In Kamarul Azmi
Jasmi (Ed.), Ensiklopedia Pendidikan Islam (Edisi Pertama ed., pp. 120). Skudai Johor,
Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia & Persatuan Cendekiawan
Pendidikan Islam [Malaysia] (AIES). ISBN. 978-967-0194-66-0.
Siti Azura Binti Abu Hassan, Suzana Binti Zainol Abidin & Zulkurnain Bin Hassan (2021, 2
Mac) Keberkesanan Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Talian (e-pembelajaran)
Terhadap Pembelajaran Pelajar di Kolej Komuniti Hulu Langat. Jurnal <
file:///C:/Users/USER/Downloads/21673%20(3).pdf. >
S Wimalasundera (2006, September) Computer Vision Syndrome. Galle Medical Journal.
Vol 11, No. 1.
Shamsul Arrieya Ariffin (2020, 29 Mac) Manfaatkan Teknologi Mudah Alih Sewaktu Krisis
COVID – 19. Astro Awani
11
LAMPIRAN
12
13
14