MPU 21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PEERADABAN
SESI 2021/2020
KONSEP KETERTINGGIAN
PERLEMBAGAAN
NAMA AHLI: NAJLA NATASHA BINTI ABD AZIZ
(16DTK20F2006)
AMILIA RAHAINAH BINTI ABDUL RAZAK
(16DTK20F2009)
NAMA PENSYARAH: PUAN MAZLINA BINTI OMAR
Isi Kandungan
TAJUK MUKA
SURAT
KATA-KATA ALUAN
PENGENALAN i
1
UNDANG-UNDANG TERTINGGI DAN MENJADI 2
TUNGGAK SEMUA UNDANG-UNDANG
UNDANG-UNDANG TIDAK BOLEH 3
BERCANGGAH 4
MAHKAMAH MEMPUNYAI KUASA UNTUK
MEMBATALKAN
YDPA TERTAKLUK DALAM PERLEMBAGAAN 5
TIDAK ADA SEBARA
NG INSTITUSI DI 6
MALAYSIA YANG BOLEH MENGATASI
KUASA DAN KEDUDUKAN PERLEMBAGAAN
KESIMPULAN 7
8
RUJUKAN
Kata-Kata Aluan...
Seindah Bicara,
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wb.t
Segala puji bagi Allah tuhan yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam tuhan yang Maha Pemurah.lagi Maha
Pengasih,Tuhan yang menguasai hari pembalasan
KepadaMulah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami
ke jalan yang lurus iaitu jalan-jalan orang yang engkau beri
nikmat kepada mereka bukan jalan orang-orang yang engkau
murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.
i
PENGENALAN
Perlembagaan merupakan suatu dokumen undang-
undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan
negara. Ia juga dikenali sebagai sumber segala perundangan
atau sumber rujukan perundangan tertinggi negara.Konsep
ketertinggian perlembagaan ialah tiada undang-undang lain
yang boleh mengatasi perkara-perkara dalam
perlembagaan.Hal ini dikenali sebagai keluhuran
perlembagaan. Mahkamah berkuasa membatalkan mana-
mana undang-undang yang digubal oleh mana-mana statut
apabila bertentangan dengan perlembagaan.Oleh itu, semua
rang undang-undang hendaklah tertakluk kepada kehendak-
kehendak perlembagaan.Mana-mana undang-undang yang
bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah
terbatal dengan sendirinya, setakat mana yang
bertentangan itu.
1
UNDANG-UNDANG TERTINGGI
DAN MENJADI TUNGGAK SEMUA
UNDANG-UNDANG
Undang-undang tertinggi, iaitu Perlembagaan
Malaysia, menggariskan rangka perundangan dan hak-
hak warganegara Malaysia. Undang-undang
persekutuan digubal oleh Parlimen Malaysia berkaitan
dengan seluruh negara. Terdapat juga undang-undang
negeri yang digubal Dewan Undangan Negeri (DUN)
dan berkaitan dengan negeri berkenaan. Perlembagaan
Malaysia juga membenarkan sistem kehakiman
berganda yang unik, iaitu undang-undang sekular
(jenayah dan sivil) dan undang-undang syariah.
Pelaksanaan dan hubungan antara kedua-dua sistem
perundangan ini agak rumit dan pernah menimbulkan
ketidaktentuan.
2
UNDANG-UNDANG TIDAK
BOLEH BERCANGGAH
Dalam pada itu Perlembagaan menetapkan bahawa
sebarang undang-undang (termasuk undang-undang negeri)
yang tidak selaras dengan Perlembagaan adalah tidak sah.
Prinsip ini bagi menyatakan sifat keluruhan Perlembagaan
berbanding undang-undang lain. Berkaitan, Perlembagaan
menjamin kebebasan asasi dan kebebasan asasi ini juga
antara prinsip asas Perlembagaan.
Walaupun begitu faham harfiahnya, sebarang
ketidakselarasan antara undang-undang negeri dan
Perlembagaan ini bukan semudah itu untuk diputuskan.Dalam
keadaan ini bagi menentukan sesuatu undang-undang negeri
itu tidak sah atas sebab ia tidak selaras dengan
Perlembagaan, mahkamah perlu membuat tafsiran kepada
peruntukan berkaitan yang menjadi pokok persoalan.
Dalam membuat tafsiran itu, metodologi tafsiran yang
diguna pakai oleh mahkamah hendaklah satu metodologi yang
memberi faham dan mengambil kira keseluruhan peruntukan
Perlembagaan, bukan memberi tumpuan kepada satu
peruntukan atau satu bahagian peruntukan saja.
Peruntukan Perlembagaan tidak boleh dibaca dan difaham
secara berasingan. Tetapi, semua peruntukan Perlembagaan
tersebut hendaklah diselaras dengan semua peruntukan lain.
Satu peruntukan Perlembagaan harus ditafsirkan dan
dianggap sebagai sebahagian daripada Perlembagaan itu
sendiri dan ia perlu diberi makna dan aplikasi yang tidak
berkonflik antara satu sama lain.
Apabila ada dua peruntukan yang dilihat secara harfiah
seolah-olah bercanggah, peruntukan berkenaan harus
ditafsirkan sedemikian rupa dengan memberi kuat kuasa
kepada kedua-duanya
3
MAHKAMAH MEMPUNYAI
KUASA UNTUK MEMBATALKAN
Mahkamah mempunyai kuasa untuk
membatalkan sesuatu undang-undang yang
digubal oleh parlimen, jika undang-undang
berkenaan berada di luar bidang kuasanya
dan bertentangan dengan Perlembagaan
Persekutuan. Ini juga bermakna mahkamah
juga tertakluk kepada kehendak-kehendak
perlembagaan.
Walaupun Yang di-Pertuan Agong menjadi
ketua negara, baginda juga tertakluk kepada
perlembagaan. Baginda tidak boleh
bertindak sesuka hati, tetapi menjalankan
tugas mengikut bidang kuasa yang
diperuntukan dalam perlembagaan. Oleh itu,
Perlembagaan Persekutuan adalah sesuatu
yang luhur dan sesuai dengan sifatnya
Perlembagaan Persekutuan dikenali dengan
konsep Keluhuran Perlembagaan
4
YDPA TERTAKLUK DALAM
PERLEMBAGAAN
Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia. Parlimen
terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai
Ketua Negara, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, hanya Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja boleh memanggil Parlimen untuk
bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa mutlak untuk menghenti atau
pun membubarkan Parlimen. Justeru, Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong diperuntukkan oleh Perlembagaan untuk menetapkan
persidangan Parlimen dalam tempoh masa enam (6) bulan di antara
persidangan yang lepas dalam penggal terakhir dan tarikh mesyuarat
pertama dalam persidangan penggal akan datang.
Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis Mesyuarat perlu
memastikan tarikh-tarikh persidangan yang akan diadakan pada penggal
berkenaan sekurang-kurangnya dalam tempoh masa dua puluh lapan
(28) hari sebelum sesuatu persidangan boleh bermula. Walau
bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis Mesyuarat boleh
meminda tarikh-tarikh yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa
mengikut keperluan.
Parlimen akan terus bersidang selama lima (5) tahun dari tarikh pertama
persidangan diadakan selepas pilihanraya umum kecuali ianya
dibubarkan terlebih dahulu. Setelah genap tempoh masa lima (5) tahun,
Parlimen dengan sendirinya terbubar. Dalam tempoh masa enam puluh
(60) hari, pilihanraya umum bagi memilih wakil-wakil Dewan Rakyat
mestilah diadakan. Selepas itu persidangan Parlimen hendaklah
dtetapkan pada satu tarikh yang tidak melebihi seratus dua puluh (120)
hari dari tarikh pembubarannya.
5
TIDAK ADA SEBARANG INSTITUSI DI MALAYSIA
YANG BOLEH MENGATASI KUASA DAN
KEDUDUKAN PERLEMBAGAAN
Institusi Yang di-Pertuan Agong sangat signifikan bagi
rakyat kerana ia disanjung tinggi dan berperanan penting
dalam kestabilan politik, ekonomi serta sosial negara. Ia
bukan hanya bersifat ceremonial dan rubber stamp,
sebaliknya institusi tertinggi berdasarkan Perlembagaan bagi
mengetuai Persekutuan Malaysia.
Menurut Perkara 32 (1) Perlembagaan Persekutuan, Yang
di-Pertuan Agong ialah Ketua Tertinggi yang kedudukannya
mengatasi semua orang lain di Persekutuan Malaysia dan
tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah kecuali di
Mahkamah Khas diwujudkan mengikut Bahagian XV
Perlembagaan Persekutuan.
Kewujudan institusi Yang di-Pertuan Agong dan Majlis
Raja-Raja berperanan sebagai juruaudit tambahan dari segi
Perlembagaan seperti dibuktikan dalam Laporan
Suruhanjaya Reid yang menyebut peranan sebagai penjaga
Perlembagaan Persekutuan, pelindung hak baginda,
mempertahankan agama Islam, bahasa Melayu,
keistimewaan orang Melayu dan hak kewarganegaraan
orang bukan Melayu.
6
KESIMPULAN
Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan asas
penting dalam undang-undang negara. Tanpa
perlembagaan, sistem pemerintahan dan kawalan sukar
dilaksanakan. Hal ini bertunjangkan kepada
pembentukan awal perlembagaan yang mendapat
persetujuan ramai. Malah jika dilihat, sebenarnya
perlembagaan merupakan dasar kepada pembentukan
demokrasi berparlimen di Malaysia. Maka dengan itu
diharap setiap warganegara sama ada pemerintah dan
rakyat mendapat hak masing-masing dan pembelaan
sewajarnya.
7
Rujukan
http://fatinuradilah167.blogspot.com/2016/04/perlem
bagaan.html
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2014/11/17272/u
ndang-undang-mesti-selaras-perlembagaan
https://www.coursehero.com/file/p7uoh1h/Mahkamah-
mempunyai-kuasa-untuk-membatalkan-sesuatu-
undang-undang-yang-digubal/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-
undang_Malaysia
https://www.parlimen.gov.my/yang-di-pertuan-
agong.html?uweb=yg&
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/06/6977
86/institusi-yang-di-pertuan-agong-penjaga-
perlembagaan
8