The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MAJLIS JASAMU KUKENANG SETULUS INGATAN KEKAL ABADI EN ASMANIZA BIN MOHAMMAD RAMLY

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AMINAH BINTI AB JALIL Moe, 2022-02-24 08:49:51

BUKU PROGRAM MAJLIS JASAMU KUKENANG SETULUS INGATAN KEKAL ABADI EN ASMANIZA BIN MOHAMMAD RAMLY

BUKU PROGRAM MAJLIS JASAMU KUKENANG SETULUS INGATAN KEKAL ABADI EN ASMANIZA BIN MOHAMMAD RAMLY

Sekilas Bicara
Tn. Hj Nazri bin Zainun
Pengetua SMK RLKT LASAH

Bismillahhirramanirrahim

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Guru,
Dalam ajarannya ada harapan
Dalam tegurnya ada doa
Dalam marahnya ada sayang
Dalam diamnya ada kebijaksanaan
Dalam tangannya ada sahsiah terbina

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya diberi kesempatan
bagi memberi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Asmaniza bin Mohammad Ramly yang
secara rasminya berpindah ke SMK Bawong mulai 15 Januari 2022.

En. Asmaniza yang saya kenali telah memulakan tugas di SMK RLKT Lasah pada 21 Mei 1996.
Hampir 26 tahun beliau menabur jasa di sekolah ini, saya pasti warga SMK RLKT Lasah akan merasai satu
kehilangan yang besar atas pertukaran ini. Pastinya warga SMK RLKT Lasah akan merindui masakan beliau
yang sentiasa mengiringi mana-mana program sekolah, sama ada di dalam maupun di luar kawasan sekolah..
Senyum manis beliau sentiasa terukir takala makanan yang dihidangkan habis dijamah oleh warga SMK RLKT
Lasah.

Kelibat beliau juga sentiasa kelihatan dibawah panas matahari, mengasak bakat anak didik dalam
sukan olahraga, bola jaring maupun apa-apa juga sukan yang memerlukan kemahiran beliau. Kejayaan yang
diperolehi bukanlah menjadi kayu pengukur beliau dalam melatih para pelajar, namun ianya sedikit sebanyak
telah menaikkan nama sekolah dipersada sukan daerah dan negeri.

Setiap akhir sebuah cerita, akan selalu menciptakan awal cerita baharu, begitu juga dengan
perpisahan. Saya mendoakan agar segala budi baik, jasa dan keringat, ilmu dan bimbingan, teguran dan nasihat
yang dicurahkan sepanjang mendidik anak-anak disini akan menjadi amal soleh yang diberkati dan dibalas
dengan kebaikan oleh Allah S.W.T. Saya turut memohon maaf jika terdapat kesilapan yang dilakukan, baik
secara sedar mahupun sebaliknya. Mudah-mudahan Allah merahmati dan memberkati kehidupan
mendatang tuan. Akhir kata diiringi dengan sekalung kasih, setulus kenangan dan seindah doa buat tuan.

Amat ketara pucuk siantan,
Rasa segar tepian titi,

Selamat berpisah ufuk ingatan,
Mekar jasa di taman bakti.

Sekian, salam perpisahan daripada kami
Warga SMK RLKT Lasah.

Seuntai Bicara BIODATA DIRI
En. Asmaniza bin Mohammad Ramly
LATAR BELAKANG : ASMANIZA BIN MOHAMMAD RAMLY
Bismillahirrahmaniraahim, Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. : 05/12/1965
Nama : KG. SUNGAI ATI, PADANG RENGAS, PERAK
Yang Berusaha, Tn Haji Nazri bin Zainun Pengetua SMK RLKT Lasah, Tarikh Lahir : MOHAMMAD RAMLY BIN YAHAYA (ARWAH)
En. Hamzah bin Mat Ali YDP PIBG, Pn Hajah Zaini bt. Mat Saman Penolong Kanan Tempat Lahir : PESARA TENTERA
Pentadbiran, En Adnan bin Mustafa Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Sharifah Nama Bapa : AZIAH BINTI NGAH ABDULLAH
Sufaizah bt. Syed Abu Bakar Penolong Kanan Kokurikulum, barisan guru kanan, ketua-ketua panitia, rakan-rakan Pekerjaan Bapa : SURI RUMAH
guru, rakan-rakan AKP, hadirin-hadirat seterusnya murid-murid yang dikasih sekalian. Nama ibu
Pekerjaan Ibu
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada hari
ini dalam majlis yang direncanakan khusus buat saya. Sebelum bicara kata dilanjutkan, saya merakamkan jutaan SEJARAH PENDIDIKAN
terima kasih kepada pihak sekolah atas daya usaha merealisasikan majlis pada hari ini.
PENDIDIKAN AWAL
Bidang perguruan yang saya ceburi bermula tahun 1988 telah menemukan saya pelbagai cerita suka duka
dalam sebuah perpisahan dan kehilangan. TAHUN SEKOLAH

Perpindahan keluar masuk merupakan sesuatu yang benar dan keadaannya amat menyedihkan. Realitinya, 1972 SK CLIFFORD, KUALA KANGSAR
setiap yang patah sudah pasti akan tumbuh, yang masak akan gugur. Di mana sahaja kita berada atau ditempatkan,
suatu ketika kita pasti akan meninggalkan baik siapa sahaja yang kita kasihi, kita senangi, kita damping dan sebagainya. 1973 - 1975 SK BATU LINTANG, KUCHING SARAWAK

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang hidup pasti akan mati. Itulah kehidupan. Mahu tidak 1976 SK CLIFFORD, KUALA KANGSAR
mahu, perkara begini tidak mungkin terelak. Justeru, kita harus pasrah dengan ketentuan yang telah tertulis.
1977 SK TEMIN, SUNGAI SIPUT (U)
Sejarah perkhidmatan saya di SMK RLKT Lasah tercinta ini begitu panjang sekali. Bermula pada tarikh 21
Mei 1996 sehingga pada hari ini perjalanannya sudah menghampiri 26 tahun. Dalam tempoh yang panjang ini PENDIDIKAN MENENGAH
tentunya sarat dengan ribuan kenangan yang amat bernilai dan pastinya amat saya hargai.
TAHUN SEKOLAH
Segala kenangan dan pahit manis kita bersama dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas akan sentiasa
saya sematkan dalam lubuk hati. Kenangan dan pengalaman bersama akan sentiasa subur dalam ingatan saya 1978 - 1980 SMK TOH MUDA ABDUL AZIZ, SUNGAI SIPUT (U)
sepanjang menjadi seorang guru.
1981- 1984 SMK KHIR JOHARI, SUNGAI PETANI, KEDAH
Pada kesempatan yang terbatas ini, saya merakamkan ribuan terima kasih kepada barisan pentadbir yang
sentiasa membantu, memberi tunjuk ajar, berkongsi idea, menyuntik semangat dan sebagainya, sepanjang sama-sama PENDIDIKAN TINGGI
bertugas dalam kelompok pentadbir di SMK RLKT Lasah ini.
TAHUN MAKTAB/ UNIVERSITI
Penghargaan terima kasih turut saya tujukan kepada semua guru dan AKP atas kerjasama, sokongan,
bantuan, tenaga serta idea dalam usaha melancarkan segala urusan di sekolah sepanjang sama-sama berkhidmat di 1985 – 1987 MAKTAB PERGURUAN PERSEKUTUAN, PULAU PINANG
bawah satu bumbung. Segala jasa baik tuan puan amat saya hargai dan hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.
1992 - 1996 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI SELANGOR
Perpatah ada menyebut “Bumi mana yang tidak ditimpa hujan”. Begitulah juga diri saya yang tidak terlepas
daripada melakukan kesilapan dan kesalahan sama ada secara sedar atau sebaliknya. Justeru, akan segala kekurangan SEJARAH PERKHIDMATAN
yang ada pada diri ini, sepuluh jari dihulur tanda maaf dari hati yang tulus ikhlas.
TAHUN SEKOLAH
Akhir bicara mohon agar dihalalkan segala yang pernah dikongsi bersama sepanjang kita bersama-sama di
bawah satu bumbung yang bergelar SMK RLKT Lasah. 1988 - 1989 SK KUALA BESUT 1

Dian tiga lilin pun tiga, 1989 - 1992 SK KUALA BESUT 2
Obor tergantung rumah laksamana;
Diam juga sabar pun juga, 1996 - 2022 SMK RLKT LASAH
Ada umur tidak ke mana.
2022 SMK BAWONG
Semoga hubungan silaturahim yang terbina ini akan terus berkekalan selamanya.
Sekian, terima kasih. ANUGERAH PERKHIDMATAN

TAHUN ANUGERAH
2003 ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
2010 ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
2019 ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG



8.30 pagi ATUR CARA
8.45 pagi
: Ketibaan Tetamu Jemputan
10.15 pagi Nyanyian Lagu Negaraku
Bacaan Doa
Ucapan Tuan Pengetua
Ucapan Guru Bertukar
Persembahan Murid
Persembahan Guru
Tayangan Video Kenangan
Penyampaian Cenderahati Kenangan
Sesi Bergambar
Bersurai

[email protected]


Click to View FlipBook Version