The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Husna, 2021-08-01 09:41:16

PERKEMBANGAN ISLAM SELEPAS PEMBUKAAN KOTA MEKAH

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6 (BIDANG SIRAH)

PERKEMBANGAN ISLAM
SELEPAS PEMBUKAAN KOTA

MEKAH

Disediakan oleh: Ustazah Husna

ISI PELAJARAN

STRATEGI CABARAN

01 STRATEGI DAKWAH 02 CABARAN YANG DIHADAPI OLEH
RASULULLAH SELEPAS RASULULLAH DALAM
PEMBUKAAN KOTA MEKAH MENYAMPAIKAN DAKWAH
KESAN IKTIBAR

03 KESAN DAKWAH 04 IKTIBAR DARIPADA
RASULULLAH SELEPAS PERKEMBANGAN ISLAM PADA
PEMBUKAAN KOTA MEKAH ZAMAN RASULULLAH SELEPAS
PEMBUKAAN KOTA MEKAH

STRATEGI NABI

01 MUHAMMAD

BERDAKWAH

STRATEGI PERTAMA: MENGUKUHKAN
NEGARA ISLAM

MEMBENTUK MASYARAKAT MENGIKUT ACUAN ISLAM

❑Menghapuskan amalan jahiliyah seperti penyembahan berhala dan hidup
mementingkan kabilah serta keturunannya.

❑Melengkapkan kaum muslimin dengan ilmu agama.

❑Menekankan amalan tidak mensyirikkan Allah, taat kepada Nabi,
mengukuhkan persaudaraan Islam dan menjauhi larangan seperti
membunuh dan berzina.

STRATEGI PERTAMA: MENGUKUHKAN
NEGARA ISLAM

MEMPERKASAKAN EKONOMI UMAT ISLAM

❑Mengutuskan pemungut zakat dan jizyah kepada kabilah-kabilah
dan negeri-negeri yang dikuasai Islam.

▪ Jizyah ialah cukai yang dibayar oleh
rakyat bukan beragama Islam yang
bernaung atau tinggal di negara Islam.

INFO !

STRATEGI KEDUA: MENEKANKAN
TANGGUNGJAWAB BERDAKWAH

❖Peranan menyampaikan kebenaran Islam dipikul oleh setiap muslim
sama ada lelaki atau perempuan.

❖Saling berganding bahu mempertahankan kesucian Islam daripada
ancaman musuh.

STRATEGI KETIGA: MENJALINKAN
HUBUNGAN LUAR

MENGHANTAR UTUSAN DAN GABENOR

❑Para utusan Nabi dihantar kepada kabilah-kabilah Arab dan
ditugaskan berdakwah serta menyeru mereka agar memeluk Islam.

❑Para gabenor dilantik untuk dihantar ke negeri-negeri yang
dikuasai Islam dan ditugaskan untuk berdakwah serta mengajar
tentang ajaran Islam.

STRATEGI KETIGA: MENJALINKAN
HUBUNGAN LUAR

MENERIMA KEDATANGAN DELEGASI-DELEGASI
KABILAH ARAB

❑Baginda menerima kunjungan mereka yang berhasrat untuk
memeluk Islam.

CABARAN YANG

02 DIHADAPI OLEH
RASULULLAH DALAM

MENYAMPAIKAN

DAKWAH

CABARAN BERDAKWAH

1) MENGHADAPI PENENTANGAN
BERSENJATA DARIPADA MUSUH ISLAM

▪ Penentangan berlaku akibat kemarahan dan rasa tidak puas hati
melihat kejayaan Islam membuka kota mekah.

▪ Mereka juga berasa terancam dan mahu menyekat pengaruh Islam.

▪ Maka tercetuslah beberapa peperangan seperti perang Hunain dan
perang Tabuk.

CABARAN BERDAKWAH

PERANG HUNAIN

▪ Berlaku di Hunain pada tahun ke 8 Hijrah.
▪ Peperangan ini tercetus apabila kabilah Huwazin dan bani saqif

tidak berpuas hati dengan kemenangan Islam dan berasa terancam.
▪ Bilangan kaum muslimin seramai 12 000 orang.

CABARAN BERDAKWAH

PERANG HUNAIN

▪ Tentera musuh pula membawa anak, isteri dan harta benda
bersama-sama dengan mereka.

▪ Peperangan ini berakhir dengan kemenangan pada pihak muslimin.
▪ Selepas peperangan ini, ramai daripada mereka memeluk Islam

termasuklah Malik bin Auf yang mengetuai peperangan ini.

CABARAN BERDAKWAH

PERANG TABUK

▪ Berlaku di Tabuk pada tahun ke 9 Hijrah.
▪ Peperangan ini tercetus apabila kerajaan Rom berasa terancam

dan mahu menyekat pengaruh Islam yang semakin meluas.
▪ Bilangan kaum muslimin seramai 30 000 orang manakala bilangan

musuh adalah seramai 40 000 orang.

CABARAN BERDAKWAH

PERANG TABUK

▪ Peperangan ini berakhir dengan kemenangan di pihak muslimin
tanpa berlakunya pertempuran setelah Allah mencampakkan rasa
gerun dan takut di hati musuh.

CABARAN BERDAKWAH

2) MENGHADAPI GOLONGAN MUNAFIK

▪ Golongan munafik ialah mereka yang berpura-pura Islam dan
tinggal bersama-sama dengan kaum muslimin.

▪ Golongan ini selalu mencari jalan untuk melemahkan kekuatan umat
Islam. Antaranya ialah:

CABARAN BERDAKWAH

2) MENGHADAPI GOLONGAN MUNAFIK

➢ Sentiasa memberikan alasan dan menolak apabila diminta
berganding bahu mempertahankan agama dan negara.

➢ Menjalinkan hubungan dengan raja Rom untuk bersama-sama
melemahkan umat Islam.

➢ Membina masjid Dhirar dengan tujuan menyaingi masjid Quba’ dan
memecahbelahkan kaum muslimin.

KESAN DAKWAH

03 RASULULLAH
SELEPAS

PEMBUKAAN KOTA

MEKAH

KESAN DARIPADA DAKWAH
RASULULLAH

❑ Terbentuklah masyarakat Islam yang teguh akidahnya, hidup bersatu
padu, aman dan damai.

❑ Negara Islam semakin kukuh kerana setiap muslim sanggup berkorban
tenaga dan harta demi mempertahankan kesucian Islam dan negara.

❑ Ramai yang memeluk Islam kerana setiap orang berperanan
menyebarkan Islam dan pengaruh Islam semakin meluas di Semenanjung
Arab.

IKTIBAR DARIPADA
PERKEMBANGAN ISLAM

04 PADA ZAMAN
RASULULLAH SELEPAS
PEMBUKAAN KOTA
MEKAH

❑ Kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab berdakwah
menyebarkan kebenaran Islam kepada semua. Tugas berdakwah
ini mestilah disertai dengan ilmu, perancangan dan cara yang
berhikmah.

❑ Kita hendaklah memelihara kesatuan dan kesepaduan umat Islam
dan rakyat Malaysia kerana dengannya negara akan stabil dari
sudut politik, sosial dan ekonomi.

❑ Musuh Islam sentiasa mencari kelemahan umat Islam. Oleh itu, kita
mestilah menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh kerana
dengan ilmu kita dapat menangkis dakyah-dakyah daripada musuh
Islam.

BINCANGKAN STRATEGI DAKWAH YANG PALING
BERKESAN TERHADAP SITUASI DI BAWAH

BINCANGKAN STRATEGI DAKWAH YANG PALING
BERKESAN TERHADAP SITUASI DI BAWAH

LATIHAN


Click to View FlipBook Version