The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6 (BIDANG SIRAH)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Husna, 2021-05-23 01:10:33

PERISTIWA PEMBUKAAN KOTA MEKAH

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6 (BIDANG SIRAH)

PERISTIWA
PEMBUKAAN KOTA

MEKAH

Disediakan Oleh:
Ustazah Husna

ISI PELAJARAN

01 LATAR BELAKANG 02 PERISTIWA
03 LATAR BELAKANG PERISTIWA PEMBUKAAN
PERISTIWA PEMBUKAAN KOTA MEKAH
KOTA MEKAH
IKTIBAR
IKTIBAR DARIPADA
PERISTIWA PEMBUKAAN
KOTA MEKAH

Pembukaan kota Mekah atau
dikenali sebagai Fathul Mekah
ialah peristiwa penting
pembebasan kota Mekah
daripada pengaruh, amalan
dan cengkaman jahiliyah.

LATAR
BELAKANG
PEMBUKAAN
KOTA MEKAH

LATAR BELAKANG PEMBUKAAN KOTA MEKAH

❑Pihak Musyrikin Quraisy di Mekah telah mengkhianati
perjanjian Hudaibiyah yang dipersetujui mereka.

❑Mereka telah membantu sekutu mereka, iaitu Bani Bakar
memerangi Qabilah Khuza’ah yang mengikat janji setia dengan
pihak Muslimin.

LATAR BELAKANG PEMBUKAAN KOTA MEKAH

❑MengPikRuOtJpEeCrTja0n1jian Hudaibiyah, pihPaRkOMJuEsCyTr0ik2in Quraisy dan
pihak Muslimin bebas membuat perjanjian dengan mana-mana
pihak dan berlakunya genjatan senjata selama 10 tahun.

❑Apabila Nabi Muhammad mendapat berita ini, baginda
memerintahkan kaum Muslimin agar membuat persiapan
untuk berangkat ke Mekah bersama-sama dengan Nabi.



LATAR BELAKANG PEMBUKAAN KOTA MEKAH

❑Baginda merahsiakan tujuan dan pergerakan mereka
daripada pihak Musyrikin Quraisy.

❑Nabi melantik Kulthum bin Husaini menjadi pengganti baginda
di Madinah.

PERISTIWA
PEMBUKAAN
KOTA MEKAH

❑Pada bulan Ramadan tahun ke 8 Hijrah, Nabi Muhammad
bersama-sama dengan kaum muslimin berangkat menuju ke
Mekah.

❑Bilangan mereka ialah seramai 10, 000 orang.

❑Setibanya di Marruz Zahran, baginda memerintahkan kaum
Muslimin supaya membina khemah dan menyalakan obor api
sebanyak yang mungkin.

❑Tindakan ini menjadikan Musyrikin Quraisy berasa gerun
kerana menyangka bilangan mereka yang ramai.

❑Setibanya di Dzu Thuwa, Nabi Muhammad telah memerintahkan
kaum Muslimin supaya masuk ke Mekah melalui jalan yang
berbeza.

❑Tujuannya untuk melemahkan kesatuan dan kekuatan
Musyrikin Quraisy di Mekah.

❑Baginda juga mengingatkan mereka agar tidak memerangi
Musyrikin Quraisy kecuali apabila diserang.

❑Kaum muslimin yang dipimpin oleh Khalid bin Al Walid telah
diserang tetapi akhirnya dapat masuk ke kota Mekah.

❑Di Dzu Thuwa, baginda masuk ke Kota Mekah dengan
menunggang unta dan menundukkan kepala tanda merendah diri
kepada Allah serta bersyukur atas nikmat kemenangan umat
Islam membuka kota Mekah.

❑Baginda memberikan jaminan keselamatan kepada penduduk
Mekah yang masuk ke rumah masing-masing, ke Masjidil Haram
atau ke rumah Abu Sufyan. Abu Sufyan ialah pemimpin Quraisy

yang telah memeluk Islam.

❑Jaminan keselamatan ini menyebabkan penduduk Mekah memilih
keamanan daripada berperang dengan kaum Muslimin.

❑Apabila tiba di Baitullah, baginda melakukan tawaf dan
memusnahkan 360 buah berhala yang ada di dalam dan
sekeliling Kaabah.

❑Selepas itu baginda berucap di khalayak ramai tentang
kebebasan dan kemaafan yang diberikan kepada Musyrikin
Quraisy atas kesilapan yang lalu.

❑Akhirnya, ramai dalam kalangan mereka bersetuju berbai’ah
kepada Nabi Muhammad serta berjanji taat setia kepada Allah
dan Rasul.

IKTIBAR DARIPADA
PERISTIWA

PEMBUKAAN KOTA
MEKAH

IKTIBAR DARIPADA PERISTIWA PERMBUKAAN
KOTA MEKAH

1 3 4
Menjadi seorang Mencontohi akhlak Membuat perancangan
baginda yang tawaduk dengan teliti sebelum
yang pemaaf dan sentiasa melakukan sesuatu dan
bersyukur melaksanakannya
2 dengan bersungguh-
Mengamalkan sifat sungguh.
sabar dalam
kehidupan

RUMUSAN

▪ Pembukaan kota Mekah berlaku dalam keadaan
aman.

MERCURY

▪ Selepas peristiwa ini, agama Islam semakin
berkembang luas.

VIDEO

VIDEO


Click to View FlipBook Version