PUASA DI BULAN
RAMADAN
PENGERTIAN PUASA
Menahan diri daripada perkara-perkara
yang membatalkan puasa bermula
daripada terbit fajar hingga terbenam
matahari disertai dengan niat.
DALIL PUASA
ٰ َٰٓأيُٰيّ ٰها ٱَلّ ِذي ٰن ٰءاٰمنُواْ ُكتِ ٰب ٰعلٰۡي ُك ُم ٱل ِصيٰا ُم ٰك ٰما ُكتِ ٰب ٰعلٰى ٱَلّ ِذي ٰن ِمن قٰ ۡبِل ُك ۡم لٰٰعَلّ ُك ۡم تَٰتّ ُوو
(Surah Al-Baqarah: 183)
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, kamu
diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas
orang-orang yang dahulu dari kamu, supaya kamu
bertakwa.
HUKUM PUASA
Berdasarkan dalil diatas, DIWAJIBKAN bagi
semua umat Islam yang mampu menunaikan
puasa pada bulan Ramadan.
RUKUN PUASA
1) NIAT:
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari untuk
menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.
2) TIDAK MELAKUKAN PERKARA YANG MEMBATALKAN
PUASA.
SYARAT WAJIB PUASA
1) ISLAM – Tidak wajib bagi orang kafir.
2) BALIGH – Kanak-kanak tidak diwajibkan berpuasa.
3) BERAKAL – Orang gila tidak diwajibkan berpuasa.
4) MAMPU – Tidak uzur dan tidak sakit.
SYARAT SAH PUASA
1) ISLAM Orang yang bukan Islam tidak sah puasa.
2) SUCI DARIPADA HAID, NIFAS DAN Khusus bagi wanita.
WILADAH
Tidak sah puasa orang gila, pengsan dan belum
3) BERAKAL (MUMAYYIZ) mumayyiz.
4) BERTEPATAN DENGAN Tidak berpuasa pada hari-hari yang diharamkan
berpuasa contohnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.
WAKTUNYA
Kanak-kanak yang belum baligh tidak wajib berpuasa tetapi hukum puasa
mereka sah.
SUNAT-SUNAT PUASA Iktikaf: Berada di dalam masjid dengan
niat untuk mendapat keredhaan Allah.
❑Bersahur.
❑Melewatkan sahur.
❑ Memperbanyak amalan sunat seperti
bertadarus, bersedekah dan beriktikaf.
❑ Menyegerakan berbuka.
❑ Berdoa sebelum berbuka.
❑ Berbuka dengan tamar.
❑ Memberikan makanan kepada orang lain
untuk berbuka puasa.
PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
1) Pengsan dan mabuk sepanjang hari, gila walau sekejap.
2) Muntah dengan sengaja.
3) Mengeluarkan air mani dengan sengaja.
4) Memasukkan sesuatu melalui rongga terbuka sama ada makan,
minum dan sebagainya.
5) Berjimak pada siang hari. (Bersetubuh)
6) Murtad. (Keluar dari Islam)
7) Haid, nifas dan wiladah.