The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Husna, 2021-10-03 03:38:31

KEWAFATAN NABI MUHAMMAD S.A.W. TAHUN 6

PENDIDIKAN ISLAM (BIDANG SIRAH)

KEWAFATAN
NABI

MUHAMMAD
s.a.w.

Disediakan oleh: Ustazah husna

ISI PELAJARAN

01 PERISTIWA SEBELUM KEWAFATAN RASULULLAH

02 PERISTIWA PADA HARI KEWAFATAN
RASULULLAH

03 REAKSI BEBERAPA ORANG SAHABAT TENTANG
KEWAFATAN RASULULLAH

04 KESAN DARIPADA PERISTIWA KEWAFATAN

RASULULLAH

01

PERISTIWA SEBELUM
KEWAFATAN RASULULLAH

PERISTIWA SEBELUM KEWAFATAN
RASULULLAH

❑Pada bulan Safar tahun ke 11 Hijrah, Nabi Muhammad telah melantik
Usamah bin Zaid menjadi pemimpin kepada angkatan tentera bagi
mempertahankan kesucian agama Islam di Palestin.

❑Setibanya Usamah dan angkatan tenteranya di Al-Jarf, mereka
mendapat berita tentang Nabi Muhammad yang ditimpa sakit.

PERISTIWA SEBELUM KEWAFATAN
RASULULLAH

❑Baginda ditimpa sakit pada penghujung bulan Safar tahun ke 11
Hijrah setelah baginda pulang dari menziarahi tanah perkuburan
Baqi’.

❑Baginda ditimpa sakit kepala dan demam yang teruk.

❑Sakit baginda berterusan selama beberapa hari.

PERISTIWA SEBELUM KEWAFATAN
RASULULLAH

❑ Apabila keadaan semakin tenat, baginda meminta izin daripada para
isteri baginda untuk berada di rumah Aishah binti Abu Bakar.

❑Baginda telah dipapah oleh Ali bin Abu Talib dan Al-Fadl bin Abbas
ketika berjalan menuju ke rumah Aishah.

❑Para sahabat sangat sedih melihat keadaan Rasulullah yang sakit.

PERISTIWA SEBELUM KEWAFATAN
RASULULLAH

❑ Baginda tampil berucap di khalayak ramai dan membayangkan
bahawa baginda akan wafat tidak lama lagi.

❑Baginda juga meminta para sahabat daripada golongan Muhajirin
agar berbuat baik dengan orang-orang Ansar.

❑Walaupun baginda sakit, baginda tetap menunaikan solat berjemaah
di Masjid.

PERISTIWA SEBELUM KEWAFATAN
RASULULLAH

❑ Apabila keadaan semakin lemah, baginda meminta Abu Bakar As-
Siddiq menjadi imam solat menggantikan baginda.

02

PERISTIWA PADA HARI
KEWAFATAN RASULULLAH

PERISTIWA PADA HARI KEWAFATAN
RASULULLAH

12 RABIUL AWAL

▪ Ketika para sahabat sedang menunaikan solat subuh berjemaah,
baginda menyelak tirai pintu rumah Aishah dan melihat kearah
mereka sambil tersenyum.

▪ Perbuatan Nabi disedari oleh orang ramai dan mereka gembira
kerana mereka menyangka baginda sudah sihat dan akan menjadi
imam.

PERISTIWA PADA HARI KEWAFATAN
RASULULLAH

▪ Keadaan baginda semakin tenat.

▪ Baginda memanggil anaknya Fatimah, cucu-cucu dan para isteri
baginda untuk memberikan pesanan.

▪ Baginda meninggalkan pesanan berulang kali kepada umatnya
agar memelihara solat.

PERISTIWA PADA HARI KEWAFATAN
RASULULLAH

▪ Ketika hampir sangat kewafatan Nabi, Abdul Rahman datang
bertemu baginda dengan membawa kayu siwak.

▪ Baginda memberikan isyarat kepada Aishah bahawa baginda
hendak bersiwak.

▪ Pada ketika itu, baginda berada di pangkuan Aishah.

PERISTIWA PADA HARI KEWAFATAN
RASULULLAH

▪ Sejurus kemudian, wafatlah baginda ketika berusia 63 tahun.

03

REAKSI BEBERAPA ORANG SAHABAT
TENTANG KEWAFATAN RASULULLAH

REAKSI PARA SAHABAT TERHADAP
BERITA KEWAFATAN NABI MUHAMMAD

❑Suasana di Madinah diselubungi rasa pilu apabila berita kewafatan Nabi
tersebar.

❑Para sahabat sangat sedih dan berdukacita menerima berita kewafatan
baginda.

❑Apabila mendengar berita tersebut, Abu Bakar bergegas ke rumah
Aishah dan masuk ke dalamnya tanpa berkata sepatah pun kepada orang
ramai.

REAKSI PARA SAHABAT TERHADAP
BERITA KEWAFATAN NABI MUHAMMAD

❑Beliau melihat sendiri jenazah baginda lalu menangis kesedihan atas
pemergian Nabi Muhammad yang dikasihinya.

❑Beliau mencium wajah baginda lalu keluar menemui para sahabat
dan mengesahkan berita kewafatan Nabi Muhammad.

❑Abu Bakar menenangkan Umar yang kelihatan begitu terperanjat dan
sukar mempercayai berita kewafatan Nabi Muhammad.

REAKSI PARA SAHABAT TERHADAP
BERITA KEWAFATAN NABI MUHAMMAD

❑Kemudian Abu Bakar berucap kepada kaum muslimin:

“Barangsiapa yang menyembah Muhammad sesungguhnya Muhammad
telah wafat, dan barangsiapa menyembah Allah sesungguhnya Allah
Maha Hidup”.

❑ Kemudian beliau membacakan surah Ali-Imran ayat ke 144.

REAKSI PARA SAHABAT TERHADAP
BERITA KEWAFATAN NABI MUHAMMAD

❑Beberapa orang sahabat menguruskan jenazah Nabi Muhammad.

❑Jenazah baginda dimandikan dan dikafankan, seterusnya
disembahyangkan secara berperingkat oleh kaum muslimin.

❑Akhirnya, baginda dimakamkan di tempat baginda wafat, iaitu di
rumah Aishah.



04

KESAN DARIPADA PERISTIWA
KEWAFATAN RASULULLAH

KESAN DARIPADA PERISTIWA
KEWAFATAN RASULULLAH

Keimanan para sahabat dan 01 02 Umat Islam terus
umat Islam terhadap Allah berpegang teguh pada Al-
yang Maha Kekal dan Nabi Quran dan As-sunnah.
Muhammad sebagai pesuruh
Allah semakin kukuh.

Bersatu hati dan semakin 03 04 Sistem syura diteruskan
mengukuhkan strategi dakwah dalam pemerintahan dan
untuk menyebarkan agama Abu Bakar As-Siddiq
Islam. dilantik sebagai khalifah
melalui kaedah syura.

05

IKTIBAR DARIPADA PERISTIWA
KEWAFATAN NABI MUHAMMAD

IKTIBAR DARIPADA PERISTIWA

KEWAFATAN NABI MUHAMMAD

1 Meyakini Allah bersifat kekal, tiada Nabi sangat sayang akan umatnya 2

permulaan dan tiada pengakhiran. dan berpesan agar memelihara solat.

Manakala hidup manusia hanyalah Oleh itu, kita hendaklah
sementara. membuktikan kecintaan kepada
Nabi Muhammad dengan
Oleh itu, kita hendaklah mengisi memelihara solat, memperbanyak
masa dan usia kita dengan mentaati selawat atas baginda serta
perintah Allah dan meninggalkan mengamalkan sunat baginda dalam
laranganNya. kehidupan.

IKTIBAR DARIPADA PERISTIWA

KEWAFATAN NABI MUHAMMAD

3 Abu Bakar As-Siddiq sentiasa Usamah bin Zaid dilantik mengetuai 4

membantu dan menyokong baginda angkatan tentera pada usia yang muda.
sama ada dalam keadaan senang
ataupun susah. Beliau dipilih kerana ketaqwaan dan
keistimewaan yang dimiliki olehnya.
Kita mestilah berusaha menjadi
sahabat yang baik, nasihat- Hal ini menunjukkan nilai kehebatan
menasihati dan sentiasa bersedia seseorang disisi Allah dan Rasul adalah
membantu rakan dalam perkara pada imannya dan bukan harta serta
kebaikan. usia.


Click to View FlipBook Version