The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Husna, 2021-01-27 07:17:30

PUASA DI BULAN RAMADAN (TAHUN 6)

BIDANG IBADAH

PUASA DI BULAN
RAMADAN

DISEDIAKAN OLEH: USTAZAH HUSNA

ISI PELAJARAN

1 MAKSUD PUASA
2 DALIL NAQLI TENTANG KEWAJIPAN BERPUASA DI BULAN RAMADAN
3 SYARAT-SYARAT WAJIB DAN SYARAT-SYARAT SAH PUASA
4 RUKUN DAN SUNAT PUASA
5 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
6 HIKMAH PUASA

MAKSUD PUASA

Menahan diri daripada perkara yang
membatalkan puasa bermula daripada
terbit fajar hingga terbenam matahari
berserta dengan niat dan syarat-syarat
tertentu.

DALIL NAQLI TENTANG KEWAJIPAN
PUASA DI BULAN RAMADAN

ٰ ‫َٰٓأيُٰيّ ٰها ٱَلّ ِذي ٰن ءٰاٰمنُواْ ُكتِ ٰب ٰعلٰۡي ُك ُم ٱل ِصيٰا ُم ٰك ٰما ُكتِ ٰب ٰعلٰى ٱَلّ ِذي ٰن ِمن قٰ ۡبِل ُك ۡم لٰٰعَلّ ُك ۡم تَٰتّ ُوو‬

(Surah Al-Baqarah: 183)

Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Kamu
diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan
atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya
kamu bertakwa.

HUKUM PUASA

WAJIB kepada orang yang cukup syarat.

SYARAT WAJIB PUASA

1) ISLAM – Tidak wajib bagi orang kafir.
2) BERAKAL – Orang gila tidak diwajibkan berpuasa.
3) BALIGH - Kanak-kanak tidak diwajibkan berpuasa.
4) MAMPU BERPUASA – Tidak uzur dan tidak sakit.

SYARAT SAH PUASA

1) ISLAM Orang yang bukan Islam tidak sah puasa.

2) SUCI DARIPADA HAID, NIFAS DAN Khusus bagi wanita.
WILADAH

3) BERAKAL Tidak sah puasa orang gila dan pengsan.

4) MUMAYYIZ Tidak sah puasa orang yang belum mumayyiz.

Kanak-kanak yang belum baligh tidak wajib berpuasa tetapi hukum puasa
mereka sah.

RUKUN PUASA

1) NIAT puasa hendaklah dilakukan pada malam hari hingga
sebelum terbit fajar.

Lafaz niat puasa:

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari bagi menunaikan fardu
bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.

2) MENAHAN DIRI DARIPADA MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG
MEMBATALKAN PUASA seperti memasukkan sesuatu ke dalam rongga
yang terbuka.

SUNAT-SUNAT PUASA Rutob: Kurma basah
Tamar: Kurma kering
❑Bersahur.
❑Mentakhirkan sahur.

❑ Menyegerakan berbuka.
❑ Disunatkan berbuka dengan rutob atau

tamar.
❑ Berdoa sebelum berbuka.

PERKARA YANG MEMBATALKAN 1) Makan dan minum dengan sengaja.
PUASA 2) Gila, mabuk atau pengsan sepanjang hari.
3) Muntah dengan sengaja.
4) Mengeluarkan air mani dengan sengaja.
5) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka.
6) Melakukan jimak di siang hari. (Bersetubuh)
7) Murtad. (Keluar dari Islam)
8) Haid, nifas dan wiladah.

Meningkatkan Memupuk sifat Mencegah Merasai
ketakwaan mahmudah, pelbagai sebahagian
seperti sabar, penyakit penderitaan
kepada Allah orang yang
dengan banyak jujur, ikhlas dan tiada makanan
melakukan amal bertimbang
rasa
ibadah
ROHANI
Mendisiplinkan
diri, seperti HIKMAH PUASA

mematuhi adab JASMANI
ketika menjalani
Mendidik diri Merehatkan
ibadah puasa mengawal hawa organ dalaman,

nafsu seperti menurunkan
menjauhi kadar lemak dan

larangan-larangan tekanan darah
Allah ketika berpuasa


Click to View FlipBook Version