SMK SERI TITIWANGSA (SSNKL) MINGGU HAL EHWAL MURID 2023
PENGENALAN Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah aspek utama membantu pengurusan sekolah. Ia bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh membantu untuk menghasilkan sekolah berkesan serta mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan dan kemenjadian sahsiah murid. Untuk membantu murid supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah satu perkara yang mudah. Di peringkat sekolah, pelbagai perancangan disusun untuk memastikan sekolah dapat mencapai perancangan strategik dalam membantu kemenjadian sahsiah murid.
Matlamat utama minggu Hal Ehwal Murid(HEM) adalah untuk menerapkan nilai cinta akan sekolah dan bersama-sama ke arah kecemerlangan serta mempromosikan aktiviti Hal Ehwal Murid berkaitan dengan unit disiplin, kaunseling, kebajikan, keselamatan, kesihatan, kebersihan dan keceriaan warga sekolah (3K). MATLAMAT
OBJEKTIF Mempromosikan aktiviti–aktiviti yang membantu terhadap meningkatkan keprihatinan murid terhadap kawalan disiplin diri, penjagaan sahsiah diri dan program 3K iaitu keselamatan, kesihatan dan kebersihan. Meningkatkan keyakinan dan potensi diri murid untuk berjaya serta berakhlak mulia. Membentuk sikap murid yang kreatif dan inovatif.
BUTIRAN PERLAKSANAAN Tarikh : 10 hingga 13 Julai 2023 Masa : Waktu Persekolahan Tempat : SMK Seri Titiwangsa
senarai aktiviti : isnin Majlis Perasmian Minggu HEM Gimik Pelancaran Minggu HEM dan Pembugaran SISKA Taklimat Pengurusan ‘Stress’ Taklimat & Kuiz Insurans
Kempen 5S : Senyum / Salam / Sapa / Sopan / Segak Taklimat Disiplin Sekolah dan Anti Buli dan Kuiz Disiplin Demonstrasi Anjing Pengesan K9 dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, KL senarai aktiviti : selasa Explorace SPBT & PPDa Bengkel Pengurusan Organisasi
senarai aktiviti : rabu Kempen 5S : Senyum / Salam / Sapa / Sopan / Segak Kuiz Disiplin Ceramah kesihatan : Bahaya Merokok dan Vape Pameran kesihatan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, HKL Gotong Royong Ganyang Aedes
senarai aktiviti : khamis Kempen 5S : Senyum / Salam / Sapa / Sopan / Segak Kuiz Disiplin Pertandingan Melukis Poster Taklimat Keselamatan dan kebakaran
jawatankuasa Pengerusi : En. Zamzuri bin Abdullah (Pengetua) Timbalan Pengerusi : En. Kamarul Nizar bin Ismail (PK HEM) Naib Pengerusi : En. Mohd Arif Bin Mohd Ali (PKP) Penyelaras : Pn. Zuraidah binti Yahya (Setiausaha HEM ) Penolong Penyelaras : Cik Nazirah Ayuni binti Raslishah (Pen. Setiausaha HEM) Buku Program / Bunting En. Zainal Ariffin bin Abdullah Pn. Siti Umirah binti Mohd Tahir Persediaan Tempat En. Muhammad bin Saari En. Mohd Khairuddin bin Hasbullah PA Sistem En. Rozlan bin Alias En. Azrul Fahmi bin Ismail Pengacara Majlis Pn. Norlida binti Mat Jali En. Mohamad Shakran bin Mohamad Perasmian Pn. Zuraidah bt Yahya Cik Nazirah Ayuni binti Raslishah Penyediaan Hadiah / Sijil Pn. Norazlinani binti Mansor Pn. Suzaina binti Othman Pengurus pemenang / Penyampaian hadiah Pn. Rismawati binti Ismail Pn. Rosina Jefry Minggu Fotografi / Dokumentasi Pn. Nur Haziyah bt Yusoff Penyelaras Setiap Unit HEM yang terlibat
SEKIAN TERIMA KASIH Disediakan Oleh, Siti Umirah Binti Mohd Tahir