The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Untuk melihat apa yang ada dalam Modul Fun Learning #prinsipperakaunan, imbas QR code di sini

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Che Ainie, 2023-09-23 07:50:52

QR CODE MODUL FUN LEARNING PRINSIP PERAKAUNAN

Untuk melihat apa yang ada dalam Modul Fun Learning #prinsipperakaunan, imbas QR code di sini

Modul Fun learning # A K A U N CIKGU CHE AINIE Antara himpunan Modul Fun Learning dalam bentuk QR Code. Pembelajaran menyeronokkan menjadi elemen penting dalam sistem pendidikan masa kini. Sehubungan itu, hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025 (PPPM) menyokong keperluan guru untuk mengenal pasti dan memahami pendekatan, kaedah, teknik, amalan dan aktiviti dirancang ke arah sekolah berkualiti. Ia diperkukuh dengan persekitaran pembelajaran yang bermakna serta berkesan bagi meningkatkan kemenjadian murid. Sehubungan dengan itu, saya menyahut saranan KPM dengan mewujudkan Modul Fun Learning untuk mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Akaun Itu Mudah


Modul Fun learning # A K A U N CIKGU CHE AINIE Notagadget merupakan salah satu inovasi yang telah saya hasilkan untuk menarik fokus murid di dalam kelas atau secara maya. Notagadget ini disediakan dalam bentuk mudah difaham, ringkas, warna warni dan yang poling penting comel. Ia juga merupakan bahan FASIH DIGITAL untuk panitia Prinsip Perakaunan SMK Sultan Badlishah. Akaun Itu Sangat Mudah KOLEKSI NOTAGADGET IMBAS QR CODE DI SINI Layari Instagram NotaGadget Cikgu Che Ainie "NotaGadget"


Modul Fun learning # A K A U N CIKGU CHE AINIE Latihan "Bercakap" merupakan latihan yang dapat membimbing murid cara menyelesaikan soalan-soalan peperiksaan dengan lebih terperinci. Setiap langkah dan penerangan diberikan bagi memudahkan murid-murid memahami dengan jelas cara menyelesaikan soalan Aras Tinggi (KBAT). Latihan ini dibina sebagai pengganti guru apabila murid-murid membuat ulangkaji di rumah. Akaun Itu Sangat Mudah KOLEKSI LATIHAN BERCAKAP IMBAS QR CODE DI SINI "Latihan Bercakap"


Modul Fun learning # A K A U N CIKGU CHE AINIE Latih Teori merupakan inovasi yang telah dihasilkan bagi mengukuhkan pemahaman murid terhadap asas, konsep dan teori dalam prinsip perakaunan. Kita berikan pengalaman menyeronokkan dan santai kepada murid. Ia juga merupakan bahan FASIH DIGITAL untuk panitia Prinsip Perakaunan SMK Sultan Badlishah. Akaun Itu Sangat Mudah KOLEKSI LATIH TEORI IMBAS QR CODE DI SINI "Latih Teori"


Modul Fun learning # A K A U N CIKGU CHE AINIE Nota R&R (Remind and Recall) merupakan nota ringkas yang berwarna warni yang mengandungi format, proses perekodan dari peringkat 2 (Buku Catatan Pertama) dan peringkat 3 (Lejar) serta pemahaman catatan bergu bagi Akaun Pelarasan. Inovasi Dot Dot Akaun digunakan dalam nota ini bertujuan memberi kefahaman kepada murid cara merekod sehingga Lejar. Membantu murid-murid SPM mengulangkaji dengan lebih cepat. APA ITU NOTA R&R? IMBAS QR CODE DI SINI Nota R&R Tingkatan 4 (Remind and Recall)


Modul Fun learning # A K A U N CIKGU CHE AINIE Bahan Bantu PAK21. Bahan bantu pdp disediakan kepada guruguru prinsip perakaunan dalam menjalankan aktiviti PAK21 di dalam kelas. Aktiviti yang dijalankan perlu mengikut kesesuaian murid dan kreativiti guru. Disediakan dalam bentuk PDF. Akaun Itu Mudah KOLEKSI BAHAN BANTU IMBAS QR CODE DI SINI "Bahan Bantu"


Modul Fun learning # A K A U N CIKGU CHE AINIE Jom Cakna Akaun merupakan video ringkas yang memaparkan definisi, konsep, teori, fakta dan asas dalam mata pelajaran prinsip perakaunan. Video yang dihasilkan menggunakan Powtoon Edu yang sangat menarik dan berinfomatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia memberikan keseronokan murid dalam mempelajari mata pelajaran ini. Guru-guru boleh menggunakannya sebagai set induksi atau flipped classroom dalam pdp. Akaun Itu Sangat Mudah KOLEKSI POWTOON AKAUN IMBAS QR CODE DI SINI "Jom Cakna Akaun" Layari Youtube Channel Cikgu Che Ainie


Modul Fun learning # A K A U N CIKGU CHE AINIE A-Komik merupakan sesuatu penceritaan ilmu yang disampaikan dengan urutan kerangka berilustrasi berkaitan pelbagai topik yang terkandung di dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Ia dihasilkan bertujuan memberi tarikan dan menyenangkan murid untuk sentiasa fokus belajar. Komik berbentuk grafik merupakan salah satu cara yang terbaik untuk memberi kefahaman dan membentuk kemahiran mengingat di dalam kelas. Keupayaan murid untuk memahami dan berkomunikasi akan meningkat dengan cepat selepas diberikan beberapa minit untuk mereka berimaginasi melalui pembacaan komik. Akaun itu mudah. KOLEKSI A-KOMIK. IMBAS QR CODE DI SINI "A-Komik"


Modul Fun learning # A K A U N CIKGU CHE AINIE Pemainan tanpa dadu yang menguji murid-murid berkaitan urus niaga Catatan Bergu dan penguasaan format Penyata Kewangan. Murid akan diuji dengan baki normal setiap Item dalam Penyata Kewangan. Pergerakan pemain dalam BitDit-Kit berdasarkan jawapan yang diberikan iaitu DEBIT (bergerak 5 langkah) dan KREDIT (bergerak 6 langkah). APA ITU BITDIT-KIT? IMBAS QR CODE DI SINI Permainan BitDit-Kit


Modul Fun learning # A K A U N CIKGU CHE AINIE Permainan “Throw and Think” (TT) merupakan permainan yang diinovasikan daripada dam ular menguji murid-murid berkaitan Operasi dalam Penyata Kewangan dan Item-item dalam komponen Penyata Kewangan. TT menggunakan Kiub yang mengandungi Operasi Penyata Kewangan PERINCIAN TT IMBAS QR CODE DI SINI Permainan “Throw&Think” (TT)


Click to View FlipBook Version