The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hema Darshiny, 2020-10-29 00:23:11

SUKAN PEMANGKIN PERPADUAN

ETIKA 2.0 DONE-converted (1)

TAJUK : SUKAN PEMANGKIN
PERPADUAN

Ahli Kumpulan :Hema Darshiny a/p Bharanee Rao
: Haanushia Ravindran
: Dhurga a/p Anpuselvan
:Lakshmi a/p Tamil Chel Wam

Nombor matrix : 21DDT20F1005
: 21DDT20F1001
: 21DDT20F1008
: 21DDT20F1016

Nama Pensyarah :

Kod kursus :MPU21032

Nama kursus :PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

KANDUNGAN MUKA
SURAT
TAJUK

1.0 PENERANGAN TENTANG SUKAN PEMANGKIN NEGARA
1.1 MAKSUD SUKAN PEMAGKIN PERPADUAN
1.2 BUKTI SUKAN PEMANGKIN PERPADUAN

2.0 TAHAP PERKEMBANGAN
3.0 KESEPADUAN SOSIAL
4.0 KEBUDAYAAN MERENTAS BANGSA DI MALAYSIA

1.0 PENERANGAN SUKAN PEMANGKIN PERPADUAN

1.1 MAKSUD SUKAN PEMANGLIN PERPADUAN

Sukan merupakan medium perpaduan yang paling berkesan dalam
menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum di negara Malaysia. sukan seperti
bola sepak ,badminton,olaraga dan bermacam macam lagi aktiviti mengeratkan
silaturahim antara masyarakat tanpa mengira kaum.Setiap kali skuad negara
bertarung di persada antarabangsa,pastinya rakyat pelbagai bangsa barsatu untuk
memberikan sokongan kepada atlet negara yang berjuang di gelanggang sukan.
Bahkan ada yang sanggup mengeluarkan belanja dan meredah perjalanan beribu
kilometer atau setidak- tidaknya sekadar menjadi penyokong setia di kaca televisyen
demi sokongan padu kepada atlet negara tanpa mengira bangsa mereka.

1.2 BUKTI PEMANGKIN PERPADUAN

JARINGAN N.Thanabalan pada perlawanan separuh akhir menentang Indonesia dalam
Sukan Sea (KL2017) , meletakan negara ke pertandingan akhir menentang Thailand .
Apa yang lebih menarik ialah sokongan tidak berbelah- bahagi daripada seluruh rakyat
Malaysia kepada pasukan bola sepak dan juga kepada semua atlet dan pasukan
negara yang bertanding dalam (KL2017) . Dalam hal ini, sokongan adalah kepada
semua atlet tanpa mengira . Ini membuktikan yang sukan sememangnya boleh
menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Semua kaum ada dalam sesebuah pasukan sebagai pemain,jurulatih
mahupun pengurus. Mereka Bersatu hati untuk mengerakkan sukan
negara tanpa mengira kaum dan agama. Contohnya, dalam pasukan
bola sepak negara kita,jurulatih berbangsa cina (Tan Cheng Hoe) dan
pemain-pemain kebanyakkanya terdiri daripada orang Melayu.Bukan
sahaja itu, sukan juga dapat meningkatkan produktiviti,tahap
kesihatan dan kecegasan serta kualiti kehidupan dalam atlet Malaysia.

Ketika bersukan ,kita akan melupakan warna kulit .kita tidak peduli sama ada rakan
sepermainan itu orang Melayu,Cina, India .Sebagai contoh, sebelum sesuatu
pertandingan ,kebiasaannya para atlet atau pemain akan berkumpul di kem Latihan
dalam tempoh tertentu,biasannya tidak kurang dari seminggu .Di situlah mereka
tinggal,berlatih,makan dan berehat . Pergaulan dan interaksi sesama atlet dan pemain
daripada pelbagai kaum mampu mewujudkan pepaduan kaum.Ketika pertandingan
dijalankan ,mereka akan mempunyai satu misi untuk mengharumkan nama
sekolah,negeri ataupun negara tanpa memikirkan warna kulit.

Usaha memelihara perpaduan kaum melalui
sukan tidak berhenti disitu sahaja apabila
Menteri Belia dan Sukan,Syed Saddiq Syed Abdul
Rahman sebelum ini turut mengharapkan agar
sukan dapat dimartabatkan oleh semua pihak
sekali gus merapatkan hubungan sesame kaum.

Katanya, apabila sukan dapat menyatukan rakyat
,kita akan dapat menghapuskan tembok politik
perkauman dan agama. “ Sukan bukan sahaja
untuk kita nikmati ,tetapi jauh lebih besar kerana
sukan adalah ejen perpaduan yang akan
menyatukan kita semua. “Jadi rakyat Malaysia
perlu bangga dengan negara ini dan dan bangga
dengan Jalur Gemilang” katanya

Bak kata Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak selspas menyaksikan
perlawanan akhir perseorangan antara Datuk Lee Chong Wei dengan Cheng Long. “
Saya percaya rakyat Malaysia merasakan kebanggaan sama walaupun tidak
menang,tapi ia detik mengharumkan nama Malaysia. “Hal ini dapat dibuktikan
bahawa sukan memainkan peranan penting dalam memupuk dan mengukuhkan lagi
semangat perpaduan di negara kita. Ayuh rakyat Malaysia ,jangan berputus asa dan
terus beri sokongan padu kepada ahli sukan yang berjuang untuk negara yang kita
cinta ini.

Sukan pemangkin perpaduan
Penjelasan tentang sukan
pemangkin perpaduan

Berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi.

Menyemarakan semangat patriotik dalam kalangan rakyat.
Penyertaan aktiviti sukan tidak terhad kepada kaum tertentu.
Mengadakan temasya Sukan Malaysia/SUKMA
Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan
pemain/penonton/penggiat sukan

TAHAP PERKEMBANGAN

• Merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan. Disebut sebagai
sepak takraw

• Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan
bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu
menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad
tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

• Permainan sepak takraw adalah amat terkenal dan dikenali ramai, bukan sahaja
di negara kita bahkan di negara-negara lain. Sepak takraw yang asalnya dikenali
sebagai sepak raga lengkung atau kandang ialah permainan tradisi pusaka yang
dimainkan oleh raja-raja melayu sejak sebelum tahun 1478 lagi.

• Pulau Pinang merupakan tempat asal bermulanya sepak raga menggunakan
jarring.

• Pada tahun,1946 juga sepak raga jaring ini telah merebak ke Alor Star, ke
Kampung Baru di Kuala Lumpur dan seterusnya ke Singapura.

BOLA SEPAK

Menurut FIFA, bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis
permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.

Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom mempunyai cara permainan
yang berlainan dan menjadi lebih terkenal. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-
undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan

Bagi pertama kali, Malaysia telah memenangi Piala Suzuki AFF 2010 dan menjadi gelaran pertama
Malaysia untuk peringkat Asia Tenggara.

Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa
kelab bola sepak hal ini demikian, Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak
yang pertama di dunia.

Pertandingan antarabangsa terbesar dalam arena bola sepak ialah Piala Dunia FIFA yang dianjurkan
oleh FIFA

BOLA BALING

➢ Permainan ini telah diubah suai daripada permainan- permainan asak seperti Czeska Hasenka di Denmark dan
Korball serta Raffball di Jerman.

➢ Di samping itu, Peringkat Kebangsaan (Malaysia) Permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976
kepada sekumpulan guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han

➢ Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahuPermainan bola baling (handball) berasal dari Eropah.
➢ n 1978. Sejak itu, kursus-kursus bola baling termasuk pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan untuk

guru-guru telah dijalankan untuk mempopularkan permainan ini dalam kalangan pelajar sekolah.
➢ Persekutuan Bola Baling Olimpik Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1984 dan menjadi ahli gabungan Majlis

Olimpik Malaysia.
➢ Pada tahun 1994, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Bola Baling antara Kelab-Kelab

Negara Komanwel.

Badminton

❖ Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam. Sukan ini mula dimainkan di Yunani silam
dan Mesir.

❖ Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House. Pada waktu itu, sukan itu
merujuk kepada "The Game of Badminton" dan nama rasmi sukan ini kemudian menjadi
Badminton.

❖ Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF). Kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton
Dunia yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England,
Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas.

❖ Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten
sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa

❖ India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan
badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.

Kesepaduan sosial

Malaysia berada dalam keadaan aman dan harmoni.
Konsep kesepaduan social yang diasaskan oleh
kerajaan adalah sebagai formula penting untuk
menguruskan plural berbilang kaum dan agama di
Malaysia.
Jalinan hubungan terjelma dalam putaran ekonomi
dan pasaran yang menyebabkan
Saling kebergantungan melalui Kesepaduan sosial
adalah antara teras penting dalam menjamin semua
bangsa dalam kegiatan ekonomi seharian.

Setiap kali adanya Setiap kali perlawanan
perlawanan penting yang berlangsung kita dapat
melibatkan sukan Negara melihat mereka ini bersorak
sudah pastinya stadium dan meraikan apa jua
akan dipenuhi dengan keputusan perlawanan.
peminat tempatan. Tidak kurang juga ada yang
Mereka ini terdiri dari berkongsi pendapat tentang
masyarakat yang berbilang ikon sukan Negara dilaman
kaum, bangsa dan agama sosial juga diantara bebilang
yang berkongsi minat yang kaum, bangsa dan agama.
sama.

Bukan itu sahaja ada juga yang memakai baju sukan ikon
Negara kegemaran mereka bersama-sama.
Setiap kali Malaysia bertarung dimedan antarabangsa,
rakyat pelbagai bangsa bersatu memberi sokongan padu
kepada atlet Negara yang berjuang di stadium ataupun
gelanggang sukan.
Justeru, sukan jelas menjadi wadah yang dapat
mengintegrasikan masyarakat berbilang kaum di Negara ini.
Tidak kira apa jua bentuk sukan yang menjadi pilihan bola
sepak, badminton dan olahraga,rata-rata penggemar sukan
yang ditemui percaya semua jenis sukan mampu
mengeratkan silaturahim antara kaum.



Kebudayaan ❖Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup
merentas dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di
bangsa di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India.
Malaysia
❖ Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54%
daripada penduduk Malaysia.

❖ Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa
Melayu dan mengamalkan budaya Melayu.

❖Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam
arena politik di Malaysia.

❖Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan
tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung.

❖Kebanyakan kaum China , agama Buddha , Taoisme
atau Kristian,berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis
atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi.

❖India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya
beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi dan
Telungu.

❖ Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, kadasan atau dusun ,
iban dan kaum bumiputera lain.

❖ Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa
Inggeris digunakan untuk perniagaan.

Kebudayaan ➢ Sukan popular di Malaysia termasuk badminton
merentas , boling, bola sepak, skuasy, dan hoki padang.
bangsa di
Malaysia dari ➢ Malaysia mempunyai sukan tradisional berskala
segi sukan kecil.

➢ Banyak sukan antarabangsa yang sangat popular di
Malaysia.

➢ Pertandingan badminton di Malaysia menarik ribuan
penonton, dan Malaysia, bersama dengan Indonesia
dan China, secara konsisten memegang Piala
Thomas sejak tahun 1949

➢ Majlis Olimpik Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan
pada tahun 1953, dan mendapat pengiktirafan oleh
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada tahun 1954

➢ Ia mula mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik
Melbourne 1956.

➢ Majlis ini dinamakan semula Majlis Olimpik
Malaysia pada tahun 1964, dan telah mengambil bahagian
dalam semua kecuali satu perlawanan Olimpik sejak majlis
itu dibentuk.

➢ Bilangan terbesar atlet yang dihantar ke Sukan Olimpik
adalah 57, ke Sukan Olimpik Munich 1972

➢ Atlet Malaysia telah memenangi empat pingat Olimpik, yang
mana semuanya berada dalam badminton

➢ Malaysia telah bertanding di Sukan Komanwel sejak 1950
sebagai Malaya, dan 1966 sebagai Malaysia.

➢ Ia telah dominan dalam badminton, dan menganjurkan
pertandingan di Kuala Lumpur pada tahun 1998.

➢ Sukan Komanwel 1998 adalah kali pertama penghantar obor
melangkau lebih banyak negara daripada hanya England dan
negara tuan rumah


Click to View FlipBook Version