The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anniejm1107, 2021-07-01 02:23:31

Konsep Teori dlm Pendidikan Moral

Konsep Teori dlm Pendidikan Moral

ELMK3023
Konsep Teori dalam
Pendidikan Moral

___NG XIN TONG BNK2

___LAI KOI KIT BNK2

___NURUL AMILIA BINTI RUSLI RBT1

___NURUL WAHIDAH BINTI ZULKEFLLY RBT1

Pensyarah: En. Mohd Fuad Bin Sam

PENGERTIAN TEORI

Teori merupakan salah satu konsep
dasar penelitian sosial.

Teori adalah seperangkat konsep,
defenisi dan proposisi yang berusaha
menjelaskan hubungan sistematik suatu
fenomena, dengan cara memerinci
hubungan sebab-akibat yang terjadi.

Karl Popper (1959: 48) : Teori adalah jaringan untuk
menangkap apa yang kita sebut sebagai “dunia”.
Teori membantu kita memahami kenyataan .

Jonathan H. Turner (1986:5) :
Teori adalah proses
pengembangan idea-idea yang
akan membantu kita
menjelaskan bagaimana dan
mengapa sebuah kejadian
dapat terjadi.

Contohnya,

Teori moral adalah sikap dan perilaku individu
yang didasari oleh nilai-nilai hukum yang berada
di lingkungan tempat hidupnya. Oleh itu, individu

dapat dikatakan memiliki teori moral adalah
ketika individu sudah hidup dengan mentaati
hukum-hukum yang berlaku di tempat hidupnya.

JENIS-JENIS TEORI TELEOLOGI
TEORI ETIKA TEORI DEONTOLOGI
TEORI KEPERIBADIAN MULIA
TEORI KEMORALAN SOSIAL

Teori Teleologi

Teori ini mengutarakan penilaian terhadap sesuatu perlakuan sama ada bermoral
atau tidak adalah berdasarkan pada akibat atau kesan yang terjadi daripada
perbuatan tersebut.

Dalam perkataan lain, jika perbuatan tersebut memberi akibat baik, maka perbuatan
tersebut dianggap bermoral, atau sebaliknya.
Cth: Ali merotan anaknya yang mencuri dengan tujuan mendidik.

Teori Teori Teori
Egoisme Utilitarianisme Teleologi

a. Teori Utilitarianisme

Teori Utilitarianisme adalah berkaitan dengan tindakan seseorang yang berasaskan tujuan
memaksimumkan kebahagiaan atau keseronokan majoriti.
Prinsip Kebahagiaan Terbanyak yang diutarakan oleh John Stuart Mill bermaksud sesuatu
perlakuan itu baik atau benar mengikut kadar atau pertimbangan kebahagiaan yang
dihasilkan oleh perlakuan itu.
Contoh: Peperangan direstui dan diharuskan jika kesan kebaikan melebihi kesan keburukan.

b. Teori Egoisme

Teori egoisme adalah satu teori yang menyatakan bahawa sesuatu tindakan itu adalah “betul”
jika ianya membawa kebaikan kepada diri sendiri dan sesuatu itu “buruk” jika ia membawa
keburukan kepada diri sendiri.

Teori Deontologi

Menurut teori ini, akibat atau kesan sesuatu perlakuan adalah tidak dititikberatkan. Apa
yang lebih penting ialah sifat perlakuan atau ciri-ciri peraturan itu.

Sesuatu perlakuan sama baik atau buruk, benar atau salah adalah berdasarkan prinsip
moral dan kewajipan moral yang bernilai intrinsik.

Oleh itu, kita perlu memahami kewajipan dan peraturan moral yang sedia ada sebelum kita
mula memilih sesuatu tindakan moral yang betul.

Perlakuan kita dianggap bermoral jika mengikut kewajipan dan sebaliknya.

Teori Deontologi boleh dibahagikan kepada dua prinsip utama, iaitu Prinsip Kewajipan dan
Prinsip Eksistensialisme.

a) Prinsip Kewajipan
Prinsip Kewajipan dikemukan oleh Immanuel Kant (1724-1804) yang menegaskan pelaksanaan
tanggungjawab semata-mata kerana pelaksanaan itu merupakan satu tanggungjawab.
Tanggungjawab merupakan satu nilai utama menentukan sama ada tindakan itu bermoral
atau tidak.
Menurut Kant, sesuatu tindakan yang betul perlu selari dengan kemoralan universal.

b) Prinsip Eksistensialisme
Prinsip Eksistensialisme menegaskan bahawa nilai baik buruk mesti berasaskan pilihan
individu secara bebas.
Menurut Sartre (1905-1980) seorang ahli falsafah Perancis berpendapat bahawa peraturan dan
prinsip kemoralan adalah terlalu abstrak, subjektif dan berubah-ubah.
Beliau juga menyatakan bahawa tidak ada satu set peraturan yang boleh digunakan oleh
manusia untuk menentukan tindakan bermoral.
Sebagai contoh, peperangan dan konflik antara ras adalah tanggungjawab manusia yang
menimbulkan masalah-masalah tersebut. Maka, manusia yang juga menyelesaikan masalah
tersebut. Ini adalah kerana manusia perlu bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan
tingkah laku moralnya sendiri.

Teori Kemoralan Sosial

Teori Kemoralan Sosial cenderung mengaitkan peraturan masyarakat
dengan konsep etika.
Ia merujuk kepada standard atau ukuran moral yang merangkumi nilai-nilai
yang mementingkan masyarakat. Individu bukan sebagai matlamat
kemoralan.
Nilai atau peraturan ini adalah ukuran dan persetujuan masyarakat.
Oleh itu individu bertanggungjawab untuk mematuhi standard moral ini
demi menjaga kerukunan sosial yang sedia ada.
Sebagai contoh, Umat Hindu dikehendaki mengamalkan apa yang
diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang menerusi dharma dan
ahimsa. (Rujuk Buku Abdul Rahman Md. Aroff)

Teori Keperibadian Mulia

Menurut teori keperibadian mulia, etika adalah berkaitan dengan keperibadian,
sifat perangai dan ciri watak yang mulia.

Teori ini mula-mula sekali dikemukakan oleh Aristotle.

Menurut beliau bahawa keperibadaian yang mulia ini boleh dimiliki dan diperoleh
oleh individu melalui latihan dan mengamalkannya selalu sehingga menjadi satu
tabiat atau kebiasaan yang menyeronokkan dan menyenangkan.

Teori ini menyatakan bahawa setiap keperibadian yang mulia merupakan “jalan
tengah”, iaitu sesuatu nilai yang diamalkan itu adalah tidak berlebihan dan tidak
juga terlalu kurang.

Contohnya, seseorang yang mengamalkan nilai berani hendaklah mengelakkan
diri daripada perkara yang terlalu merbahaya tetapi bukan semua bahaya. Teori
ini menekankan cara-cara ideal untuk individu menjadi seorang insan yang mulia.

TEORI PERKEMBANGAN MORAL

TEORI BEHAVIORISME
TEORI HUMANISTIK
TEORI KOGNITIF
TEORI SOSIAL

TEORI PSIKOANALISIS

TEORI
BEHAVIORISME

-B.F. Skinner
- Ivan Pavlow / J.B. Watson

Teori Perkembangan Tingkah laku kanak-kanak
Moral Behaviourisme boleh diperhatikan, dikawal
dan diramal
Lebih fokus kepada perubahan Tokoh yang menyokong Teori
tingkah laku (gerak balas) akibat Perkembangan Moral
pengalaman peribadi (rangsangan) Behaviourisme ialah:

. 1. B F Skinner
2. Ivan Pavlov
Menekankan pengaruh orang 3. J B Watson
dewasa dalam pembentukan 4. Sigmund Freud
tingkah laku kanak-kanak. 5. Norman Bull

Peranan ibu bapa, penjaga
mempengaruhi perkembangan moral
kanak-kanak.

Teori Jenis S Gerak balas
Tingkah Laku Skinner Responden

Teori Skinner berfokus kepada Gerak balas dihasilkan
kaitan antara rangsangan dan akibat daripada
gerak balas.
Teori ini memperkenalkan dua rangsangan
jenis gerak balas : persekitaran.

1.Jenis S - Gerak balas responden Jenis R Gerak balas
2.Jenis R - Gerak balas operan Operan

Manusia bertindak ke atas

persekitarannya tanpa
sesuatu rangsangan
yang diketahui.

Teori Perkembangan Moral
oleh Teori Skinner

Semua tingkah laku manusia dikawal oleh alam
sekitar.
Moral seseorang dibentuk oleh alam sekitar
masyarakat dan budaya.
Seseorang mewarisi tingkah laku yang diturunkan
oleh budaya agama, adat dan masyarakatnya.
Gerak balas ini jenis R atau gerak balas responden.

TEORI
PELAZIMAN WATSON

J B Watson (1878-1958) merupakan
ahli psikologi Amerika Syarikat.
Beliau merupakan orang yang
pertama mencipta istilah
behaviourisme.
Kajiannya yang paling popular ialah
Model Pelaziman Klasik.
Banyak dipengaruhi oleh Teori
Pelaziman Klasik Pavlov.

Tingkah laku manusia merupakan Pembelajaran berlaku
refleks terlazim yang dipelajari berdasarkan dua prinsip utama
melalui proses pelaziman klasik :
1.PRINSIP KEKERAPAN:
a. Gerakan refleks mudah seperti kelipan Lebih kerap gerak balas terhadap
mata adalah semula jadi, diwarisi dan rangsangan tertentu berlaku, lebih
tidak dipelajari besar kemungkinan ia berulang.

b. Dalam situasi baharu yang kompleks, 2. PRINSIP TEMPOH KEBARUAN:
beberapa gerakan refleks mudah Jika tempoh gerak balas terhadap
digabungkan membentuk gerak balas rangsangan itu lebih singkat lebih
terlazim melalui proses pelaziman baru, lebih besar kemungkinan ia
berulang.

TEORI
HUMANISTIK

Carl Rogers
John Wilson

Latar belakang TEORI CARL ROGERS

Teori Konsep kendiri merupakan
hal yang terpenting dalam
Fokus kepada kemampuan keperibadian.
manusia berfikir secara sedar Konsep kendiri mencakupi
rasional mengendali hidup secara semua aspek (pemikiran,
biologisnya. perasaan, keyakinan) yang
Manusia bertanggungjawab disedari oleh manusia.
terhadap kehidupannya,
perbuatannya dan mempunyai
kebebasan serta kemampuan
mengubah sikap dan perilaku
mereka.

Teori Konsep Kendiri

Carl Rogers (1950) mendefinisikan konsep
kendiri sebagai :
1.persepsi diri sendiri tentang minat, sikap dan
nilai.
2.kebolehan melihat persepsi orang lain
terhadap diri sendiri dengan persekitaran.
Konsep Kendiri adalah persepsi yang
dipelajari dan penaakulan moral yang
mencakupi dari segi nilai-nilai sikap dan nilai
masyarakat.

TEORI CARL ROGERS

Menurutnya, konsep kendiri manusia seringkali tidak
tepat atau sempurna berbanding realiti sebenar.
Contoh : Seseorang individu merasakan dirinya orang
yang jujur namun realitinya selalu berbohong tentang
sebab dia terlambat.
Ini disebut KETIDAKSEJAJARAN antara konsep kendiri
dan realiti.

KESAN KETIDAKSEJAJARAN

Rogers merasakan bahawa Terdapat dua jenis konsep
manusia akan berasa gelisah kendiri iaitu positif dan negatif.
ketika konsep kendiri mereka
terancam. 1. Positif
Bagi melindungi kegelisahan Percaya dan yakin kepada diri
tersebut, manusia akan sendiri secara fizikal dan
mengubah tingkahlaku dan mempunyai minat yang objektif
perbuatannya sesuai dengan dan tidak terlalu sensitif.
konsep kendirinya.
Semakin tinggi 2. Negatif
KETIDAKSEJAJARAN, semakin Mempunyai sifat-sifat yang terlalu
mereka gelisah. sensitif, rendah diri dan sentiasa
menjauhi diri dari orang lain.

Pembentukan Moral yang baik Pembentukan Moral yang baik

Carl Rogers berpendapat pembentukan Maksudnya penilaian individu
moral yang baik adalah melalui model terhadap keperluan asasinya
yang boleh dicontohi dan seperti keselamatan fizikal,
berpengalaman seperti ibu bapa, rakan kasih sayang dan
sebaya, orang dewasa dan dirinya sendiri. penghormatan diri akan
Alam sekitar juga memainkan peranan mempengaruhi penaakulan
yang penting dalam perkembangan moral.
moral khasnya sebaran am, budaya dan Nilai-nilai moral dan agama
penilaian masyarakat terhadap sesuatu yang baik harus dipupuk di
tingkah laku. dalam jiwa kanak-kanak sejak
mereka masih kecil lagi.

John Wilson berpendapat bahawa :

Kanak-kanak perlu diberi pengajaran, pengetahuan dan
kemahiran dalam mengatasi masalah moral.
Teknik dan kemahiran ini akan membantu dalam kehidupan
harian mereka.
Wilson menyatakan orang yang mempunyai pendidikan
moral yang tinggi akan mengambil kira hak orang lain dan
kebajikan serta peka terhadap perasaan orang lain.
Wilson juga menyarankan kaedah yang paling sesuai untuk
mengajar moral adalah perbincangan isu-isu harian
yang negatif.
Teknik kumpulan drama, cerita dan simulasi adalah
sesuai untuk pengajaran moral.

BUSINESS PLAN Teori
Perkembangan
Moral Kognitif

Jean Piaget
Lawrence Kohlberg

Jean Piaget dan Lawrence Kohlberg mendakwa bahawa perkembangan moral bersifat
universal dalam dua perkara:

Setiap individu tanpa mengira Perkara yang mendasari setiap
latar belakang budaya melalui peringkat perkembangan moral

peringkat-peringkat adalah konsep-konsep moral
perkembangan moral yang sama yang serupa seperti kewajipan,
keadilan dan tanggungjawab.

Mengikut Jean Piaget, perkembangan moral kanak kanak ditentukan dalam tiga
tahap:

Pramoral Heteronomous Autonomus

PRA MORAL:

1.Kanak-kanak berminat dengan diri sendiri sahaja dan
mengutamakan pandangan sendiri

2.Mine is mine, yours is mine too
3.Enggan berkongsi
4.Cuba apa sahaja tanpa fikir risiko
5.Contoh: enggan berkongsi mainan, makanan dan lain lain

dengan orang lain.

Tahap heteronomous

1.Kanak-kanak lebih berhati-hati dan berminat pada orang lain
2.Menghormati pihak yang lebih berkuasa
3.Berupaya menerima peraturan
4.Peneguhan dalam bentuk ganjaran dan hukuman diambil kira dalam

peringkat ini (Sakhilah Shahkat Ali, 2009)

Tahap Autonomus

1.Kanak-kanak mengambil berat tentang kebajikan dan minat masing-

masing.

2. Perasaan hormat pada orang lain dititikberatkan.

3.Kanak-kanak menganggap peraturan boleh berubah-ubah berdasarkan

kerjasama dan rasa hormat pada orang lain.

Sumbangan Piaget terhadap Prakonvensional
perkembangan moral telah Konvensional
dikembangkan oleh Kohlberg
Pascakonvensional
Kohlberg mengambil kira
semua peringkat umur dari

golongan kanak-kanak
sehinggalah golongan dewasa

Tiga tahap perkembangan
moral kognitif Kohlberg:



TEORI
PERKEMBANGAN

MORAL SOSIAL

Albert Bandura

1.Bandura mendapati – dalam kehidupan seharian banyak tingkah
laku yang dipelajari melalui contoh, teladan dan peniruan
termasuk penguasaan bahasa.

2.Peniruan berlaku dalam lima bentuk:
i. Peniruan secara langsung.
ii. Peniruan secara tidak langsung.
iii.Peniruan melalui sekat lakuan.
iv. Peniruan melalui tidak sekat lakuan.
v. Peniruan secara elisitasi.

Tiruan secara langsung

1.Merujuk kepada meniru Contoh:

seseorang atau model • Anak kecil tiru ayahnya

dengan melihat tingkah solat

lakunya • Kanak-kanak perempuan

2.Digunakan dalam pengajaran tiru ibunya pakai tudung
• Demonstrasi masakan
kemahiran yang melibatkan

psikomotor seperti memasak,

bertukang, baiki kenderaan

Peniruan secara tidak langsung

Peniruan secara tidak langsung apabila seseorang melihat
gambar, filem, tv, komik

Peniruan melalui sekat lakuan

1.Menyekat tingkah laku yang sesuai pada satu masa tetapi tidak
sesuai dalam situasi yang lain

2. Contoh: kanak-kanak kidal menulis menggunakan tangan kiri.
Apabila makan dia juga menggunakan tangan kiri, lalu ditegur oleh
ibunya

Peniruan melalui tidak sekat lakuan

1.Memindahkan satu tingkah laku dari satu situasi ke situasi
yang lain

2.Contoh: amalan kemas katil di asrama di bawa ke rumah

Peniruan secara elisitasi

1.Seseorang itu terus melakukan apa sahaja orang lain lakukan
jika individu itu sudah tahu cara melakukannya

2.Contoh: seorang anak-anak melihat rakannya melukis bunga
dan timbul keinginan dalam diri anak-anak tersebut untuk
melukis bunga

Teori Permodelan Bandura
Ciri-ciri:

• Unsur pembelajaran utama ialah
pemerhatian dan peniruan.
• Tingkah laku model boleh dipelajari melalui
bahasa, misalan dan teladan.
• Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada
kecekapan demonstrasi guru sebagai model.
• Pelajar memperoleh kemahiran jika
memperoleh kepuasan dan peneguhan yang
berpatutan.

TEORI
PERKEMBANGAN

MORAL
PSIKOANALISIS
• Eric Erickson
• Sigmund Freud

1.Teori Eric Erickson dipanggil Teori Perkembangan Psikososial
2.Teori ini merupakan teori terbaik keperibadian dalam bidang

psikologi
3.Seperti Sigmund Freud, Erikson percaya bahawa keperibadian

berkembang mengikut peringkat
4.Perkembangan PERSAMAAN EGO:
- Persamaan ego adalah perasaan sedar yang berkembang melalui
interaksi sosial.
- Perkembangan ego selalu berubah berdasarkan pengalaman dan
informasi baru daripada interaksi sosial.

Teori Erickson adalah berdasarkan lima prinsip iaitu:

i. Manusia mempunyai keperluan asas yang sama
ii. Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas
terhadap keperluan-keperluan asas
iii. Perkembangan manusia mengikut tahap-tahap tertentu
iv. Setiap tahap mempunyai konflik dan ia mesti diatasi sebelum
individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya
v. Kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan
menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya

8 tahap dalam perkembangan manusia:

TAHAP 1

0 -1½ tahun (bayi)

Bayi mestilah menjalinkan hubungan kasih sayang serta
kepercayaan dengan pengasuh atau sebaliknya
membentuk perasaan tidak percaya
Jika tidak diberi penjagaan yang sepatutnya seperti
penyusuan, tidak dijaga atau lampin tidak ditukar,
ketidakpercayaan kepada orang lain timbul dalam diri bayi
yang akan menimbulkan ketakutan dan berprasangka

TAHAP 2

Perkembangan kanakkanak pada tahap ini tertumpu kepada
perkembangan kemahiran fizikal seperti berjalan dan pelbagai lagi
Rasa percaya kepada keupayaan diri timbul jika berjaya dan
menerima sokongan
Sekiranya gagal mereka akan raguragu terhadap keupayaan diri

TAHAP 3 (3-6 tahun)

Kanak-kanak cuba berdikari melakukan sesuatu dan jika gagal
perasaan bersalah akan timbul
Mereka meneroka persekitaran dan mencuba kemahiran
baru
Mereka juga suka bertanya dan meminta penjelasan

TAHAP 4 (6-11 tahun)

Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya
menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap
Kemahiran yang diperoleh berkisar di alam persekolahan
Kanak-kanak yang gagal dalam peringkat ini akan berasa rendah diri dan tiada
keupayaan, bukan sahaja terhadap pencapaian akademik tetapi juga dalam
hubungan sosial

TAHAP 5 ( 12-20 tahun)

Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pelbagai aspek seperti
pekerjaan, peranan jantina, sosial, dan sebagainya; jika tidak perasaan
rendah diri akan timbul
Mereka akan meniru identiti orang lain di persekitaran
Sekiranya gagal, akan timbul kecelaruan identiti, rasa tidak selamat, ragu
ragu

TAHAP 6( 21-25 tahun)

Manusia membentuk keintiman dalam perhubungan menuju ke alam
perkahwinan serta membina kerjaya; sekiranya gagal akan merasa
terasing dan tersisih
Individu pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi
individu lain (suami/isteri dan anak) tanpa hilang identiti diri

TAHAP 7 (26-60 tahun)

Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik dapat memuaskan
hati, atau sebaliknya akan membawa kepada perasaan
mementingkan diri serta hanya memusatkan kepada
perkembangan atau aktiviti diri

TAHAP 8 (61 ke atas tahun)

Merupakan kemuncak perkembangan iaitu berkaitan
dengan kejayaan hidup berkeluarga dan karier akan
menimbulkan kepuasan dalam diri

SEKIAN TERIMA
KASIH

SESI SOAL JAWAB

1.Berikan jenis jenis teori etika. SOALAN

2. Berikan jenis teori perkembangan moral.

3. Berikan maksud Konsep Kendiri.

4. Berikan jenis peniruan menurut Albert
Bandura dalam teori perkembangan moral
sosial.


Click to View FlipBook Version