1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL KAMPUNG WAKAF TENGAH, 21030 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) ( AMBILAN JUN 2023 / 2028 SEMESTER 1 ) _____________________________________________ NAMA PELAJAR MUHAMMAD ARIF AIMAN BIN MOHD AZMAN ANGKA GILIRAN 2023092310060 UNIT BM 3 NAMA KURSUS SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU KOD KURSUS BMMB 1074 TAJUK TUGASAN e-portfolio NAMA PENSYARAH DR. MOHD FADZIL BIN BAHARUDIN TARIKH HANTAR 17 SEPTEMBER 2023
2 ISI KANDUNGAN Perkara Halaman 1.0 Pengenalan ……………………………………………………………………………. 3 2.0 Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi ………………………………………. 3-4 2.1 Sistem Ejaan Rumi Sebelum Perang Dunia Kedua ……………………… 4 2.1.1 Sistem Ejaan Ch, Van Ophuysen (1900) ………………………. 4 2.1.2 Sistem Ejaan R J Wilkinson (1902) ……………………………... 4 2.1.3 Sistem Ejaan Za’ba (1933) ………………………………………. 5 2.1.4 Sistem Fajar Asia (1943) …………………………………………. 5 2.2 Sistem Ejaan Rumi Selepas Perang Dunia Kedua ………………………. 5 2.2.1 Sistem Ejaan Soeawandi (1947) ………………………………… 5 2.2.2 Sistem Ejaan Kongres (1957) …………………………………… 6 2.2.3 Sistem Ejaan Baru (1972) ……………………………………….. 6 3.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Dalam Menyeragamkan Sistem Ejaan Rumi …………………………………………………………………… 6-7 4.0 Cabaran Sistem Ejaan Rumi Pada Masa Kini …………………………………….. 7-8 5.0 Kesimpulan ……………………………………………………………………………. 8 6.0 SumberRujukan ………………………………………………………………………. 9
3 1.0 PENGENALAN Terdapat pelbagai jenis bahasa yang digunakan di Malaysia oleh setiap kaum yang menetap di Malaysia. Apabila kita membincangkan tentang topik bahasa sudah pasti perkara ini akan berkait rapat dan tidak lari daripada sistem tulisan. Hal ini demikian kerena, tulisan merupakan simbol berbentuk coretan kepada bahasa. Sebagai contoh, bahasa Melayu yang menggunakan tulisan Rumi, bahasa Mandarin yang menggunakan tulisan cina atau lebih dikenali sebagai sebutan Hanzi dan bahasa India atau Hindi yang ditulis menggunakan aksara Dewanagari. Oleh yang demikian, kita sebagai rakyat Malaysia yang berkaum Melayu perlulah mendalami sejarah perkembangan sistem ejaan Rumi. Seni tulisan bahasa Melayu merupakan lambang atau imej kepada bahasa Melayu. Bahasa Melayu terkenal dengan dua jenis tulisan iaitu tulisan Jawi dan tulisan Rumi. Sistem tulisan Rumi yang digunakan pada hari ini mempunyai pelbagai sejarah lampau sama ada sebelum perang dunia kedua mahupon selepas perang dunia kedua. Sebagai contoh sistem ejaan sebelum perang dunia kedua ialah sistem ejaan Zaba’ (1933) dan sistem ejaan Asia (1943) manakala bagi selepas perang dunia kedua ialah sistem ejaan Kongress (1957) dan sistem ejaan Baru (1972). 2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI Sistem ejaan bahasa Melayu yang telah dipakai secara menyebar di Malaysia pada hari ini telah bermula sejak tahun 1972. Permulaan sejarah tulisan Rumi telah digunakan oleh pengembara, pedagang dan juga penjelajar dari Eropah ke Nusantara secara individu pada abad ke-16. Tulisan Rumi datang ke kepulauan Melayu bersama-sama dengan kedatangan orang Eropah. Orang-orang Portugis, Sepanyol dan Itali di pelabuhan-pelabuhan telah mencatat dan menulis semula perkataan-perkataan bahasa Melayu yang didengarinya dalam huruf rumi. Seterusnya, mereka juga telah mengeja kata-kata yang didengari mengikut kesan bunyi yang mereka dengar. Selain itu, mereka juga mengaplikasikan undang-undang atau peraturan yang ada dalam bahasa mereka. Seterusnya, Sejarah juga telah membukitan bahawa sistem ejaan Belanda dan Inggeris telah mendominasi tulisan bahasa Melayu kerana Perjanjian Inggeris Belanda 1824. Pada zaman itu, daerah Melayu telah dibahagikan kepada dua kawasan dibawah dua kuasa besar iaitu Belanda dan British. Oleh yang demikian, Tanah melayu diletakkan dibawah British dan Inggeris. Indonesia pula diletakkan dibawah kuasa Belanda. Penjajah tersebut telah menggunakan Tulisan dan ejaan bagi menulis dalam bahasa Melayu. Pihak British telah menggunakan sistem ejaan Wilkinson untuk menulis dalam bahasa Melayu dalam semua pentadbirannya dan juga untuk berhubung dengan rakyat. Begitu juga dengan Belanda yang
4 menggunakan sistem ejaan Van Ophuijsen (1901) bagi menulis dalam bahasa Melayu bagi menguruskan pentadbiran dan berkomunikasi dengan rakyat. 2.1 SISTEM EJAAN SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA Terdapat pelbagai sistem ejaan sebelum perang dunia kedua. Sistem ejaan sebelum perang dunia kedua bermula dari tahun (1900) hingga (1943). Sistem ejaan ini bermula daripada sistem ejaan Ch, Van Ophuysen (1900) lalu di ikuti oleh sistem ejaan R J Wilkinson (1902) kemudian disambung oleh sistem ejaan Za’ba (1933) dan akhirnya sistem Fajar Asia (1943). 2.1.1 SISTEM EJAAN CH, VAN OPHUYSEN (1900) Sistem ejaan Ch, van Ophuysen (1900). Para peneliti yang mempunyai minat yang besar dalam mengkaji dan menerokai bahasa melayu telah membentuk dan membuat sistem ejaan rumi di Indonesia. Kajian ini dibuat oleh para peneliti bagi mengelakkan keracunan atau penulisan rumi Melayu di Indonesia yang tidak bersistem. Selain itu, menyesuaikan penggunaan ejaan rumi Melayu bagi kegunaan pembelajaran bahasa Melayu di sekolahsekolah di Hindia Belanda ( Indonesia ). Oleh yang demikian, Ophuysen sekadar menggabungjalinkan beberapa sistem ejaan yang telah tersedia ada terutama pada sistem yang pernah diketengahkan oleh para peneliti bahasa Melayu yang berasal dari Belanda. 2.1.2 SISTEM EJAAN R J WILKINSON (1902) Sistem ejaan sebelum perang dunia kedua ialah sistem ejaan R J Wilkinson (1902). R J Wilkinson merupakan pegawai pemerintah Inggeris. Beliau telah berjaya menyusun sebuah kamus yang berjudul ‘Malay-English Dictionary’ setebal 1300 halaman dan telah diusahakan bermula tahun 1895. Sistem yang telah disusun oleh Wilkinson merupakan perkara yang signifikan untuk persekolahan Melayu di negeri-negeri Melayu bersekutu atas arahan pemerintah. Kesimpulannya, sistem bahasa Wilkinson adalah perbaikan daripada sistem ejaan yang digunakan dalam Kamus Maxwell yang sering menggunakan kaedah Shellabear, kaedah baba peranak dan kaedah tulisan rumi Melayu-Belanda.
5 2.1.3 SISTEM EJAAN ZA’BA (1933) Sistem ejaan Za’ba adalah ringkasan atau singkatan daripada Zainal Abidin bin Ahmad. Selain itu, sistem ejaan ini juga dikenali sebagai ejaan Sekolah. Sistem ejaan Za’ba merupakan penambahbaikan daripada sistem ejaan Wilkinson yang telah diterangkan oleh Za’ba di dalam kata pendahuluan Risalah Petua Ejaan Rumi Melayu di Malaya. Ejaan rumi Melayu yang diaturkan disini ialah mengikut yang biasa disebut di Malaya, “ejaan sekolah”, iaitu kaedah ejaan yang awalnya ditetapkan guru besarnya oleh Tuan R.J Wilkinson dalam tahun 1902. 2.1.4 SISTEM FAJAR ASIA (1943) Sistem ini diperkenalkan oleh pemerintah tentera Jepun dalam majalah Fajar Asia. Pada ketika itu Sumatera dan Malaya disatukan dibawah satu pemerintahan. Oleh itu, sistem ejaan ini berperanan menyeragamkan penulisan ejaan Rumi. Selain itu, penggunaan konsonan-konsonan Wilkinson dan Za’ba masih dikekalkan di dalam sistem ini. Namun, vocal Ophuysen digunakan kecuali ‘oe’ digantikan dengan penggunaan ‘u’ 2.2 SISTEM EJAAN SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA Walaubagaimanapun, selepas perang dunia kedua juga terdapat pelbagai sistem ejaan bahasa. Sistem ejaan selepas perang dunia kedua pula bermula pada tahun 1947 hingga tahun 1972. Sistem ejaan ini bermula daripada sistem Soewandi (1947) lalu di ikuti oleh sistem ejaan Kongres (1957) kemudian disambung oleh sistem ejaan Melindo dan akhirnya sistem ejaan Baru (1972). 2.2.1 SISTEM SOEAWANDI (1947) Pada 19 Mac 1947 sebelum kemerdekaan Indonesia penggunaan sistem ejaan Swoewandi atau dikenali sebagai ejaan Republik telah dikuatkuasakan atas perintah Mr. Soeawandi, Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan. Perubahan sistem ini beruntutan dengan Hasrat Kongres Bahasa Indonesia (1938). Hal ini demikian agar bahasa Indonesia lebih banyak diinternasionalkan dan beberapa hal yang kurang praktis dapat segera disempurnakan. Menurut S. Takdir Alisjahbana (1949) sistem ejaan Soeawandi tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan sistem ejaan Ophuysen.
6 2.2.2 SISTEM EJAAN KONGRES (1957) Pada tahun 1952, Kongress Bahasa dan Persuratan Melayu yang pertama telah diadakan di Singapura. Seterusnya, Kongress Bahasa Melayu yang kedua telah diadakan pada tahun 1954 di Seremban dan akhirnya yang terakhir dilangsungkan di Singapura dan Johor Bahru pada 16 hingga 21 September 1956. Isu ejaan rumi telah dibangkitkan dalam Kongres Bahasa Melayu yang ketiga. Oleh itu, ahli perserta Kongres telah sepakat menambahbaikan beberapa pembaharuan yang lebih mendalam dan tepat. Tamsilnya, memperbaiki sistem ejaan Za’ba. Berdasarkan sistem ejaan Kongres 1956 terdapat empat dasar pengejaan bahasa Melayu menggunakan huruf rumi. Antaranya, ejaan di Malaya dan di Indonesia mestilah dikumpulkan dan dilaraskan. Seterusnya, undang-undang ejaan hendaklah senang difahami. Selain itu, kaedah pengejaan haruslah tetap sekata berteraskan kaedah yang satu dan semacam. Akhirnya, hukum-hukum berasaskan fonologi Melayu digunakan dalam menyusun perkataan dari bahasa asing. 2.2.3 SISTEM EJAAN BARU (1972) Akhirnya, pelengkap bagi semua sistem ejaan bejaya diperoleh yang merupakan sistem ejaan baru bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia. Pada 16 Ogos 1972 YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DPB) Kuala Lumpur dan Presiden Soeharto di Jakarta telah merasmikan sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu. Malaysia dan Republik Indonesia telah bersetuju agar sistem ejaan Rumi Baru Malaysia-Indonesia digunakan secara meluas pada hari ini. Sistem ejaan Baru bersama ini digunakan di Malaysia sehingga kini. Hasil permuafakatan Malaysia dan Indonesia ejaan baru ini telah menggantikan ejaan lama dan ejaan Za’ba dan ejaan Seowandi di Indonesia. 3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI Kesan daripada resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3, Dewan Bahasa dan Pustaka telah berjaya dibangunkan di Johor Bahru pada 22 Jun 1956 sebelum kemerdekaan Malaysia. DBP bertukar menjadi badan berkanun yang sebelum ini hanya sekadar bertaraf jabatan kerajaan. Hal ini demikian kerana, pada tahun 1959 DBP telah mendapat kelulusan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka. Seterusnya, tujuan DBP berdasarkan akta DBP ialah mebentuk dan mengangkat tinggi bahasa kebangsaan ibunda negara.
7 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga mempunyai peranan dalam menyeragamkan sistem ejaan Rumi. Sebagai contoh, meluaskan seni kesusteraan yang berasaskan bahasa kebangsaan. Oleh itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menjalankan pelbagai program bagi merealisasikan matlamatnya. Tamsilnya, DBP acap kali mengadakan program dari masa ke semasa seperti Minggu Penulis Remaja dengan tujuan melahirkan penulis muda. Intihannya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan perkara yang signifikan dalam memperkasakan lagi cabang bahasa sastera terutamanya dalam sistem ejaan Rumi Seterusnya, pembakuan ejaan, sebutan dan membentuk istilah-istilah yang tepat dalam bahasa kebangsaan juga merupakan tanggungjawab DBP dalam menyeragamkan sistem ejaan Rumi. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah rendah,menengah dan peringkat institusi pengajian tinggi. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan kerjasama institusi pengajian tinggi juga telah banyak menubuhkan Jawatankuasa Istilah (JKI) membentuk, memperluas dan mengembangkan istilah dan ejaan bahasa Melayu dalam bidang sains dan bidang sains gunaan. Impaknya, sistem ejaan rumi dan sebutan dapat berkembang dengan pesat. Akhir sekali, segala percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah, kamuskamus dan lain-lain lagi bentuk persuratan serta bahan ilimiah dalam bahasa kebangsaan, sistem ejaannya akan diseragamkan oleh pihak (DBP). Hal ini demikian kerana, pihak (DBP) ialah organisasi penerbitan yang terbesar di Malaysia. Kemudian, buku-buku kesusteraan Bahasa Melayu diterbitkan oleh (DBP), malahan buku-buku dalam bahasa Inggeris juga diterbitkan oleh (DBP). Hal ini membuktikan bahawa DBP berfungsi sebagai penterjemahan karya-karya asing melalui sistem ejaan bahasa Melayu kini 4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA KINI Marcapada ini, dapat kita lihat bahawa sistem ejaan bahasa Melayu mempunyai pelbagai cabaran dalam melindungi kedaulatan serta mertabatnya. Hal ini demikian kerana, kita dapat melihat bahawa rakyat Malaysia sering menggunakan bahasa rojak dan menulis menggunakan ejaan bahasa melayu yang salah dalam kehidupan harian. Malahan, terdapat juga notis-notis atau risalah-risalah awan yang disiarkan majoritinya tidak menggunakan unsur ejaan bahasa Melayu yang betul terutamanya dari aspek kesalahn ejaan dan tatabahasa. Justeru, bagi menyelesaikan masalah yang telah mendominasi hingga ke hari ini pihak Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang dominan dengan mengeluarkan buku-buku dan risalah-risalah serta akhbar-akhbar yang mengaplikasikan dan memperbaiki penggunaan ejaan dan bahasa Melayu yang salah di dalam masyarakat di negara ini.
8 Senadar dengan perkembangan sains dan teknologi, komunikasi dalam ruang siber atau secara dalam talian yang menggunakan media sosial semakin mendapat perhatian. Ruang siber merupakan satu ruang yang sangat luas. Menurut Noriah Mohamed (2014) ruang siber merupakan kacukan ruang fizikal, mental dan sosial. Dalam ruang siber wujud kepelbagaian dalam bahasa, termasuk bahasa pengaturcaraan yang dianggap sebagai unsur fizikal, virus sebagai entiti kehidupan, dan rang sosial yang melibatkan komuniti berkomunikasi yang melangkaui sempadan dunia serta ruang mental yang melibatkan perkongsian maklumat, berinteraksi secara sosial dan mencambahkan fikiran. Pada era ini, media sosial termasuk Twitter, WhatsApp, Telegram, WeChat, Viber, Instagram, Facebook dan Youtube membuka ruang jaringan seluasnya kepada ahli masyarakat di seantero dunia berinteraksi dan berkomunikasi dalam bahasa pertuturan dan penulisan. Kedaulatan dalam ruang siber juga perlu diambi cakna bagi mengelakkan kerosakan dalam keaslian bahasa kebangsaan seperti penggunaan singkataan perkataan dalam sistem ejaan semasa berkomunikasi. Misalnya, singkatan bagi perkataan ejaan ‘aq’ (aku), ‘dtg’ (datang) dan kesalahan seperti ‘tido’ (tidur). Penggunaan singkatan bagi perkataan ini akan memberi impak yang negetif kepada seni keaslian dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Sebagai info tambahan, perkataan ejaan yang tidak sempurna ini tidak mematuhi hukum tatabahasa bahasa Melayu dan kelihatan janggal dan tidak mempunyai kesenian apabila dibaca (Syamsul Aizuwani, Suhasni Dollah dan Zurihan Yusof, 2020). 5.0 KESIMPULAN Berdasarkan kajian saya, pada awal abad ke-18, tulisan Jawi telah digantikan dengan tulisan rumi. Hal ini demikian kerana, pengaruh bahasa Inggeris dari penjajah mula bertapak ke dalam bahasa Melayu. Saya juga dapat membahagikan sejarah sistem ejaan Rumi kepada dua bahagian iaitu sebelum perang dunia kedua dan selepas perang dunia kedua. Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memainkan peranan yang signifikan dalam menjaga bahasa Melayu dan ejaan tulisan Rumi. Hal ini dapat kita perhatikan dari usaha-usaha DBP dalam memlihara dan mengambil cakna kedaulatan seni asli bahasa Melayu daripada tercemar oleh sesetengah rakyat Malaysia yang masih memandang enteng bahasa Melayu dan ejaan tulisan Rumi. Walaubagaimanpun, setiap usaha untuk memelihara sistem ejaan Rumi yang dijalankan pasti mempunyai cabarannya tersendiri. Terdapat pelbagai cabaran yang timbul dari segala aspek. Oleh itu, pelbagai pihak harus bertanggungjawab dalam menjaga bahasa melayu dan sistem ejaan Rumi agar tidak tenggelam dek zaman.
9 6.0 SUMBER RUJUKAN 1. Buku Nawi bin Ismail, Raminah Haji Sabran, Zulkarnain Farihin. 2018. Peperiksaan STPM Bahasa Melayu Semester 1 Edisi Pertama. Selangor: Pustaka Salam Sdn. Bhd. 2. Internet Hal Mohammad .( 2021, Ogos 5), Apa peranan DBP membela nasib penulis? BH Online https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2021/08/847356/apa-peranan-dbp-membelanasib-penulis Nursuhaila Ibrahim, (2021, Ogos 16), Sistem ejaan yang bermanfaat, Deawan Bahasa, Beliten JendelaDBP https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2021/08/16/1279/ Norhafiza Alias. (2016). Perbandingan sistem ejaan jawi dalam surat sultanz zainal abidin III dengan sistem ejaan wilkinson, za'ba dan baharu. Universiti Putra Malaysia. Syamsul Aizuwani Nawi, Suhasni Dollah & Zurihan Yusoff (2020). Sejarah perkembangan bahasa melayu. Kuala Lumpur : Global Mediastreet Sdn Bhd. Zainal Abidin Muhamad. ( 2021, Oktober 24 ). Sayembara DBK 2021 dalam talian. Utusan Malaysia https://www.utusan.com.my/gava/sastera/2021/10/savembara-dbk-2021-dalam-