SEKOLAH KEBANGSAAN IBRAHIM SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-48 TAHUN 2023 TARIKH: 15.4.2023 (SABTU) MASA: 9.00 PAGI TEMPAT : DEWAN TEMENGGUNG, SEKOLAH KEBANGSAAN IBRAHIM
1 NOTIS MESYUARAT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK IBRAHIM SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI KALI KE – 48 Ruj. Kami : PIBG/SKI/60/23(1) Tarikh : 19 Mac 2023 Kepada, Tuan/Puan/Waris/Penjaga, SK Ibrahim, 08000 Sungai Petani. Kedah. Tuan/Puan, NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK IBRAHIM KALI KE – 48 TAHUN 2023 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Mesyuarat Agung PIBG SK Ibrahim kali ke-48 akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 15 APRIL 2023 Hari : SABTU Masa : 09.00 PAGI Tempat : DEWAN TEMENGGUNG, SK IBRAHIM 3. Tuan/puan boleh mengesahkan kehadiran dan menghantar usul (sekiranya ada) kepada pihak kami selewat-lewatnya pada 25.3.2023 ( Sabtu ) dengan mengisi borang dalam talian di link berikut : https://forms.gle/sZomNaKg16ofqRNy7 . Pengusul perlu menghadiri mesyuarat ini bagi membentangkan usul yang dikemukakan. 4. Kesudian dan kerjasama tuan/puan menghadiri Mesyuarat Agung kali ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. “PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG” Saya yang menjalankan tugas, norhasikinishak ...................................................... (NORHASIKIN BINTI ISHAK) Setiausaha, Persatuan Ibu bapa dan Guru Sesi 2022/ 2023, Sekolah Kebangsaan Ibrahim.
2 Ruj. Kami : PIBG/SKI/60/23(5) Tarikh : 10 April 2023 Kepada, Tuan/Puan/Waris/Penjaga, SK Ibrahim 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Tuan/Puan, JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG SK IBRAHIM KALI KE-48 TAHUN 2023 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Mesyuarat Agung PIBG SK Ibrahim kali ke-48 akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 15 April 2023 Hari : Sabtu Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan Temenggung, SK Ibrahim 3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut : 8.30 pagi : Pendaftaran : Tayangan Slaid Program PIBG dan Sekolah 9.00 pagi : Aluan Pengacara Majlis : Bacaan Doa oleh Ustaz Ridzuan bin Seman : Ucapan Penasihat oleh Encik Rahmat bin Abd Rahim (Guru Besar SK Ibrahim) : Ucapan Perasmian oleh Pn. Roslinda binti Mohamed Radzi (Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa Guru SK Ibrahim : Penyampaian Cenderamata Kepada AJK PIBG sesi 2022/2023 10.00 pagi : Mesyuarat Agung Bermula : Perutusan Pengerusi : Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-47 : Perkara Berbangkit : Pembentangan Laporan Tahunan PIBG Tahun 2022/2023 : Pembentangan Penyata Kewangan PIBG 2022 : Membahaskan Usul : Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 : Pemilihan Jawatankuasa PIBG Baharu Sesi 2023/2024 : Ucapan Penangguhan 12.00 tengah hari: Mesyuarat Agung Tamat 4. Kehadiran tuan/puan sangat dialu-alukan. Kesudian dan Kerjasama tuan/puan menghadiri Mesyuarat Agung kali ini didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG” Saya yang menjalankan tugas, ...................................................... PN ROSLINDA BINTI MOHAMED RADZI Yang Dipertua, Persatuan Ibubapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Ibrahim,
3 BORANG USUL _______________________________ _______________________________ _______________________________ __________________________________ Tarikh : _________________ Setiausaha, PIBG Sk. Ibrahim, 08000 Sungai Petani, Kedah. Tuan, Kehadiran Ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke- 48 dan Usul-usul Perkara di atas adalah dirujuk. Saya _________________________waris kepada _____________________________ tahun _________________________ Hadir Tidak Hadir Ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke- 48 2. Berikut adalah usul-usul daripada saya ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ (Boleh gunakan Lampiran jika tidak mencukupi) Sekian terima kasih. Saya yang benar, norhasikinishak …………………………………….. (NORHASIKIN BINTI ISHAK) Setiausaha, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru, Sekolah Kebangsaan Ibrahim
4 CARTA ORGANISASI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK IBRAHIM SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI SESI 2022/2023 PENASIHAT : EN RAHMAT BIN ABD RAHIM YANG DIPERTUA : PN ROSLINDA BINTI MOHAMED RADZI NAIB YANG DIPERTUA : PN HANIM BINTI HAROON SETIAUSAHA : PN NORHASIKIN BINTI ISHAK PEN. SETIAUSAHA : PN NOOR HAFIZAH BINTI MD YUSOF BENDAHARI : PN MAZNAH BINTI ABU SAMAH AJK BIRO PIBG SESI 2022 – 2023 Biro Pendidikan 01 DR NORAZLINDA BINTI SAAD Pengerusi 02 PN NOOR HAFIZAH BINTI MD YUSOF Setiausaha Biro Kebajikan Dan Sosial Murid 01 PN NORSYEMA HANI BINTI MAHAD NOOR Pengerusi 02 USTAZ RIDZUAN BIN SEMAN Setiausaha Biro Prasarana Sekolah 01 PN NOR EMYZURA BINTI AHMAD TAMIZI Pengerusi 02 EN FAKHRURAZI BIN YUSOFF Setiausaha Biro Sukan & Kebudayaan 01 PN NORAINI BINTI HUSSIN Pengerusi 02 EN FAKHRURAZI BIN YUSOFF Setiausaha Biro Perhubangan Dan Multimedia 01 PN NORAZLEEN SAFRINA BINTI AB. RAHIM Pengerusi 02 EN MAHARUDDIN BIN MAHMUD Setiausaha Biro Ekonomi Dan Kewangan 01 EN HARIKRISHNAN A/L SUPPIAH Pengerusi 02 PN ZAHEERA BINTI IBRAHIM Setiausaha Juruaudit Dalaman 01 PN SHAZLINA BINTI MOHD YUSOF Juruaudit Dalaman 02 PN SITI SUHAILA BINTI MOHD YUSOF Juruaudit Dalaman
5 ATUR CARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK IBRAHIM SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI KALI KE - 48 08.30 pagi - Pendaftaran - Tayangan Slaid Program PIBG dan sekolah 09.00 pagi - Aluan Pengacara Majlis - Bacaan Doa oleh Ustaz Ridzuan bin Seman - Ucapan Penasihat oleh Encik Rahmat bin Abd Rahim Guru Besar SK Ibrahim - Ucapan Perasmian oleh Pn. Roslinda Binti Mohamed Radzi Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa Guru SK Ibrahim - Penyampaian Cenderamata Kepada AJK PIBG 2022/2023 10.00 pagi - Mesyuarat Agung bermula - Perutusan Pengerusi - Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-47 - Perkara Berbangkit - Pembentangan Laporan Tahunan PIBG Tahun 2022/2023 - Pembentangan Penyata Kewangan PIBG 2022 - Membahaskan usul - Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 - Pemilihan Jawatankuasa PIBG Baharu Sesi 2023/2024 - Ucapan Penangguhan 12.00 tengah hari - Mesyuarat Agung Tamat
6 JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK IBRAHIM SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI KALI KE- 48 Tarikh : 15 APRIL 2023 (SABTU) Masa : 09.00 pagi Tempat : Dewan Bendahara, SK Ibrahim Penasihat : En. Rahmat bin Abd Rahim Pengerusi : Pn. Roslinda binti Mohamed Radzi Setiausaha : Pn. Norhasikin binti Ishak Pen. Setiausaha : Pn. Noor Hafizah binti Md Yusof Bendahari : Pn. Maznah binti Abu Samah PENYAMBUT TETAMU En. Rahmat bin Abd. Rahim En. Muhamad Khairi bin Ahmad Shahabudin En. Mohd Nazir bin A. Kechik En. Mohd Fathi bin Md Yusop Pn. Roslinda binti Mohamed Radzi Pn. Hanim binti Haroon PENAPISAN USUL En. Rahmat bin Abd. Rahim En. Muhamad Khairi bin Ahmad Shahabudin En. Mohd Nazir bin A. Kechik En. Mohd Fathi bin Md Yusop Pn. Roslinda binti Mohamed Radzi Pn. Hanim binti Haroon TEKNIKAL/ICT En. Maharuddin Bin Mahamud (K) En. Mohd Rosli bin Arifin En. Muhammad Zikri bin Mohd Noor BANNER Pn. Nur Azyyati Awanis binti Mispan (K) Pn. Madihah binti Muhamad@ Abu Hassan Pn. Wan Ika Malini Syuhada binti Azman BUKU PROGRAM Pn. Norhasikin binti Ishak (K) Pn. Shazlina binti Mohd Yusof Pn. Nor Hamidah binti Fadzell Pn. Nafizah binti Hj Musa PENCATAT MINIT Pn. Siti Solehah binti Shaari (K) Pn. Rasyidah binti Ismail Pn. Rozana binti Samaon Pn. Mazlina binti Othman Cik Wan Nuraini binti Wan Saad Cik Dsantni a/p Thangarajoo DOKUMENTASI Pn Noor Hafizah binti Md Yusof (K) Pn. Subba a/p Kanesan Cik Anggun Ileeya binti Rosleen MONTAJ Pn. Norazleen Safrina binti Ab. Rahim (K) Pn. Azira binti Ayub Pn. Hafizah binti Mohd Zafarula Khan JURUFOTO Pn. Muniamah a/p Narayanan (K) Pn. Suryati binti Suhaimi Pn. Shasikala a/p Nadarajan PENDAFTARAN Dr Norazlinda binti Saad (K) Pn. Noraini binti Hussin Pn. Che Sarimah binti Abdul Rahim Pn. Siti Fatimah binti Md Salleh Pn. Monaliza binti Shamsudin Pn. Anida binti Mohd Mansor Pn. Hjh Fadzilah binti Mohd Safar
7 JURUACARA Pn. Noor Razifah binti Zakaria (K) Pn. Zaheera binti Ibrahim BACAAN DOA En. Ridzuan bin Seman (K) PERSIAPAN TEMPAT/PENTAS En. Fakhrurazi bin Yusoff (K) En. Mohd Sabri bin Mahmood En. Khairunazmi bin Md Raadzi En. Mohamad Kamal Husni bin Khairi CENDERAHATI Pn. Norsyema Hani binti Mahad Noor (K) Pn. Maznah binti Abu Samah Pn. Nor Emyzura binti Ahmad Tamizi Cik Norliza binti Mohd Ismail Pn. Norizan binti Jaafar Pn. Nor Halina binti Muhamadon Pn. Shahidah binti Shafie Pn. Juriah binti Shamsuddin PENYELARAS UNDI En. Abdul Hadi bin Ismail (K) En. Harikrishnan a/l Suppiah En. Mohamad Nasir bin Wasoh@Mohamad Isa Pn. Fazilah binti Din Pn. Rusmi binti Abdul Rahim KAWALAN LALU LINTAS (PARKING) En. Sambanthan a/l Sathasivam (K) En. Zaim bin Awang En. Mohd Fackry bin Ramli TEKS UCAPAN (PERASMI) Pn. Noor Aziah binti Ariffin (K) Pn. Hjh Rozita binti Ismail Pn. Rabi’atun binti Tumin Pn. Siti Suhaila binti Mohd Yusof
8 MINIT MESYUARAT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK IBRAHIM SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI KALI KE – 47 DAN PELANCARAN PROGRAM “SKI SMART TV” Tarikh : 25 Jun 2022 Hari : Sabtu Masa : 2.00 petang Tempat : Dewan Temenggung, SK Ibrahim Kehadiran : 200 orang I. PERUTUSAN PENGERUSI 1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Majlis. 2. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran En Rahmat bin Abd Rahim, Guru Besar SK Ibrahim, En Muhamad Khairi bin Ahmad Shahabudin, PK Pentadbiran, En Mohd Nazir bin A. Kechik, PK Kokurikulum, Pn Hanim binti Haroon, Naib Yang Dipertua PIBG, barisan ahli jawatankuasa PIBG, guru-guru, staf sokongan dan semua waris yang sudi hadir ke Mesyuarat Agung kali ke-47 ini. 3. Beliau mengucapkan salam pertemuan dan ucapan terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama dan sudi meluangkan masa dan masih tetap setia berada di dalam dewan petang ini. 4. Pengerusi memohon maaf daripada pihak jawatankuasa kerja Mesyuarat Agung PIBG atas kelewatan hampir 1 jam bagi memulakan mesyuarat pada hari ini. Seperti yang telah dimaklumkan, mesyuarat hari ini yang sepatutnya dirasmikan oleh Y.Bhg Dato’ Hajah Shahanim Binti Mohd Yusof pada jam 3.00 petang telah berlaku sedikit kelewatan kerana beliau terpaksa bergerak ke beberapa destinasi untuk majlis perasmian yang sama di beberapa buah sekolah sebelum hadir ke SK Ibrahim. Beliau memohon maaf sekali lagi buat semua yang hadir hari ini kerana terpaksa menunggu agak lama untuk menyelesaikan penyempurnaan majlis perasmian Mesyuarat Agung SK Ibrahim kali ke-47 ini. 5. Pengerusi memaklumkan walaupun terdapat beberapa kekangan dalam penetapan untuk pelaksanaan mesyuarat pada tarikh hari ini, beliau terpaksa juga untuk menetapkan tarikh ini untuk menjalankan mesyuarat kerana berdasarkan takwim kementerian, mesyuarat agung tahunan bagi tahun ini perlu dilaksanakan sebelum atau pada 30 Jun 2022.
9 II. PERUTUSAN GURU BESAR 6. Tuan guru besar, En Rahmat Bin Abd Rahim mengucapkan terima kasih dan mengucap salam kepada Yang Dipertua PIBG, Pn Roslinda Binti Mohamed Radzi, selaku pengerusi Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47, barisan ahli jawatankuasa PIBG, guru-guru dan semua waris pelajar SKI. 7. Guru besar mengucapkan tahniah dan sangat-sangat berterima kasih kepada waris kerana sanggup meluangkan masa menunggu lama untuk menyertai mesyuarat agung PIBG ini. 8. Tuan guru besar memaklumkan kehadiran waris yang tidak begitu memberangsangkan pada hari ini bukan kerana waris tidak mahu hadir ataupun bukan tidak prihatin kepada Mesyuarat Agung PIBG tetapi kerana mungkin waris telah berpuas hati dengan kerja yang telah dilaksanakan oleh ahli jawatankuasa PIBG yang sedia ada dan pihak sekolah sehingga tiada isu untuk dibangkitkan. Beliau mengucap syukur kerana mendapati semua waris SKI sememangnya sentiasa memberikan kerjasama dan sangat prihatin dengan perjalanan sekolah. 9. Beliau meminta waris yang ada pada hari ini, jika ada pandangan dan cadangan yang hendak dikemukan kepada pihak sekolah, beliau mewakili pihak sekolah sentiasa berlapang dada untuk mendengar pandangan tersebut. Seandainya beliau dapat memenuhi segala tuntutan, usul, pandangan dan cadangan waris, beliau akan cuba membantu menyelesaikan, tetapi jika tidak boleh, beliau akan memberikan sebab yang tidak boleh melaksanakan segala tuntutan, usul, pandangan dan cadangan tersebut. 10. Tuan guru besar mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada jawantankuasa PIBG yang telah berjaya menguruskan PIBG SK Ibrahim dengan cemerlang sepanjang setahun beliau berkhidmat di SK Ibrahim. Bagi beliau, kepimpinan jawatankausa yang ada ini telah cukup memberikan banyak sumbangan, komitmen dan kerjasama yang tinggi kepada sekolah dalam usaha kemenjadian pelajar-pelajar SKI. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada waris kerana tiada isu-isu besar yang timbul atau dibangkitkan sepanjang beliau berkhidmat di SK Ibrahim. 11. Beliau meminta dan memohon agar semua waris dapat membantu memastikan anak-anak hadir ke sekolah setiap hari. Semasa covid dahulu, jika waris bimbing tentang isu keselamatan anak-anak dijangkiti covid, waris diberi pilihan untuk menulis surat kepada pihak sekolah memohon supaya anak tidak hadir ke sekolah. Tetapi kini, KPM telah membatalkan perkara berkaitan. Maknanya, semua waris perlu menghantar anak-anak ke sekolah setiap hari seperti biasa. Beliau memaklumkan bahawa peratus kehadiran anakanak ke sekolah pada masa sekarang adalah amat membimbangkan di mana kadang-kala mencapai 30 hingga 50 orang murid yang tidak hadir ke sekolah dalam sehari dan untuk makluman juga, peratusan kehadiran pelajar-pelajar SKI ke sekolah dalam pada endemik ini hanya mencapai 60% sahaja.
10 12. Beliau berharap dalam keadaan terdapat pelajar yang telah ketinggalan pelajaran sewaktu PdPR ataupun masa pendemik dahulu, sekarang adalah masanya waris untuk memastikan anak-anak mereka dapat hadir ke sekolah untuk mengejar kembali pelajaran yang terlepas dan seterusnya dapat membantu pihak sekolah dalam mengatasi masalah ketidakhadiran ini. 13. Guru besar juga menekankan bahawa walaupun sekarang pelakasanaan PBD secara 100%, tetapi dari segi pencapaian dalam peperiksaaan, masih lagi terdapat pelajar SKI yang belum menguasai tahap minimum. Sekiranya terdapat masalah atau isu-isu yang ingin diperbincangkan bersama pihak sekolah, beliau sentiasa mengalu-alukan dan menerima kedatangan waris ke SKI untuk berbincang bagi mencari jalan penyelesaian dalam usaha peningkatan pembelajaran pelajar-pelajar SKI. 14. Beliau mengatakan kepada waris bahawa sentiasa menganggap semua pelajar-pelajar di SKI adalah anak-anak beliau tanpa mengira bangsa. Beliau yang mengajar subjek Pendidikan Moral sentiasa memberitahu kepada pelajar kaum India dalam kelasnya bahawa mereka adalah anak-anak beliau. Beliau memberikan layanan yang sama rata kepada semua murid tanpa mengira bangsa. Perkara terbaik ataupun perubahan yang beliau terharu melihat ialah pada sambutan majlis hari raya tempoh hari, di mana pelajar-pelajar kaum India berpakat sesama mereka, membeli pakaian baju Melayu untuk diberi kepada rakan-rakan mereka yang dari kalangan keluarga susah. Melalui hal ini, kita dapat melihat pelajar-pelajar SKI ini sememangnya mempunyai sikap keprihatinan tanpa mengira bangsa. III. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-46 15. Pn Noor Hafizah Binti Md Yusof , Penolong Setiausaha PIBG telah membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 untuk disokong dan disahkan di halaman 6 – 13. 16. En Md Satar Bin Md Saad minta rujuk perkara 1 (m/s 6) kata-kata aluan pengerusi. Terdapat pembetulan iaitu sesi 2021/2022 diperbetulkan kepada 2019/2021. 17. Beliau juga meminta semua ahli mesyuarat rujuk perkara 19 (m/s 8). Perkataan “keatas” dijarakkan “ke atas”. 18. Beliau mencadangkan minit mesyuarat ini untuk diluluskan dan disokong oleh En Norhasbullah Bin Mohd Kasim. IV. Perkara Berbagkit Tiada V. Pembentangan Laporan Tahunan PIBG Tahun 2021/2022 19. Pn Noor Hafizah bt Md Yusof, Penolong Setiausaha PIBG membentangkan laporan aktivitiaktiviti tahunan murid dari bulan Oktober 2021 sehingga Jun 2022 di halaman 15 dan 16.
11 20. Pengerusi memaklumkan sepanjang ataupun sebelum perasmian dan semasa pendaftaran dan juga sebelum mulanya mesyuarat agung PIBG, ada ditayangkan video-video montaj. Segala program-program, aktiviti-aktiviti dan kejayaan-kejayaan pelajar-pelajar SKI sepanjang tahun 2021 hingga awal tahun 2022 ditayangkan dalam video tersebut. 21. Beliau juga memaklumkan bahawa jawatankuasa PIBG akan sentiasa mengemaskini dan memuatnaik segala info penyertaan dan pencapaian pelajar atau makluman-makluman berkaitan program-program di dalam mahupun luar sekolah di laman Facebook PIBG, Telegram SKI bersama PIBG dan juga sebaran di kumpulan whatssap kelas masing-maisng. VI. Pembentangan Penyata Kewangan Tahunan PIBG Tahun 2021 22. Pn Maznah Binti Abu Samah, selaku Bendahari PIBG memaklumkan sebelum beliau membentangkan penyata kewangan tahunan PIBG tahun 2021, beliau ingin membetulkan kesilapan bilangan 4, m/s 17 iaitu hadiah persaraan Ustazah Norul ditukarkan kepada hadiah pertukaran Ustazah Norul. 23. Seterusnya, Pn Maznah Binti Abu Samah selaku Bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan PIBG SK Ibrahim dari 1 Jan hingga 31 Dis 2021 pada halaman 17 dan 18. 24. En Md Satar bin Md Saad memberitahu bahawa semasa bendahari membentangkan penyata kewangan sebentar tadi, bendahari ada menyebut bendahari sesi 2019/2021, sepatutnya bendahari perlu menyatakan bendahari sesi 2021/2022 membentangkan penyata kewangan sesi 2019/2021. 25. En Md Satar Bin Md Saad mencadangkan penyata kewangan ini diterima. 26. En Norhasbullah Bin Mohd Kasim menyokong. VII.Perbahasan Usul 27. Pengerusi menjelaskan bahawa pada setiap tahun, pihak PIBG akan menerima cadangan dan usul untuk dibawa ke perbincangan dalam Mesyuarat Agung PIBG. Pada tahun ini, PIBG telah mengadakan mesyuarat secara bersemuka dan tidak melaksanakan mesyuarat secara online seperti tahun lepas. 28. Pengerusi menegaskan bahawa apabila jawatankuasa PIBG mengadakan mesyuarat agung tahunan secara bersemuka pada tahun ini, tuan guru besar, En Rahmat Bin Abd Rahim sangat teruja untuk berjumpa dengan waris-waris buat pertama kalinya. Tetapi malangnya, kehadiran waris pada kali ini agak kurang memuaskan. Beliau memaklumkan bahawa jawatankuasa PIBG menerima respons kehadiran hanya 90 orang sahaja waris yang akan hadir dan cadangan usul yang diterima pada kali ini juga terdapat 4 cadangan sahaja. Beliau meminta agar semua waris merujuk kepada edaran di muka surat 19. Dan hasil mesyuarat jawatankuasa kecil untuk pemilihan usul tempoh hari, 4 cadangan yang dikemukan itu pihak PIBG telah menerimanya sebagai cadangan dan jawapannya telah diberikan dan tertulis di dalam buku program.
12 29. Beliau memaklumkan bahawa melalui mesyuarat pemilihan usul itu, pihak PIBG telah memilih satu usul yang telah dibawa oleh jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 untuk dikemukan ataupun dibincangkan dan diterima oleh ahli-ahli jawatankuasa PIBG yang ada di sini pada hari ini. 30. Pengerusi mempersilakan Pn Norsyema Hani Binti Mahd Noor untuk membentangkan usul tersebut. 31. Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial Murid iaitu Pn Norsyema Hani Binti Mahad Noor mewakili jawatankuasa PIBG SKI mengusulkan agar KPM dapat menyalurkan dana tahunan sebanyak RM20,000 setahun kepada PIBG sekolah-sekolah di Malaysia. 32. Pengerusi memberitahu bahawa sebenarnya PIBG mempunyai kumpulan whatsaap YDP PIBG di Kuala Muda Yan. Pengerusi memaklumkan bahawa semua YDP di dalam kumpulan tersebut telah bersepakat untuk membawa usul ini di setiap mesyuarat agung PIBG di sekolah-sekolah. Jika hanya mengharapkan duit sumbangan daripada waris untuk menyokong dan membantu program-program sekolah seperti sukan, pertandingan dan pembaikpulihkan hal-hal kecil seperti baiki pili tandas, ianya boleh mencukupi untuk digunakan. Tetapi, jika hendak melaksanakan pembaikpulih infrastruktur yang besar seperti membaiki bumbung, memasang Smart TV atau program-program tambahan lain memang tidak mampu untuk ditanggung oleh pihak PIBG melalui sumbangan tahunan yang diterima daripada waris setiap tahun itu semata-mata. 33. Beliau juga memaklumkan bahawa jawatankuasa PIBG telah mengadakan beberapa program besar sepanjang beliau sebagai YDP di SKI seperti Ceriathon pada tahun 2014, Fun’d Run pada tahun 2019 dan menaik taraf surau. Jawatankuasa PIBG terpaksa mencari dana dari luar dan ada bantuan-bantuan tambahan daripada kalangan waris. SKI juga boleh dikira amat bertuah kerana masih ada di kalangan waris yang mampu menghulurkan bantuan untuk membantu dan SKI juga mempunyai kumpulan alumni yang agak besar dan kukuh, jika nak dibandingkan dengan sekolah-sekolah lain yang agak sukar dalam pencarian dana. Jadinya, jika boleh membawa usul ini ke peringkat kebangsaan ataupun ke KPM, nampaknya seperti ada kesepakatan daripada semua sekolah bermula di Kuala Muda/Yan untuk meminta dana diturunkan secara tahunan kpd PIBG di setiap sekolah untuk membantu melancarkan dalam pelaksanakan program dan aktiviti-aktiviti sekolah untuk peningkatan pelajar-pelajar dari segi akademik, kokurikulum, sahsiah dan sebagainya. 34. Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 juga mengusulkan agar kutipan sumbangan PIBG dan lain-lain diteruskan pada tahun 2022 seperti berikut : i. Bayaran PIBG : RM 70.00 (seorang waris sahaja) ii. Gerak Minda : RM 25.00 (semua murid) iii. Majalah Sekolah : RM 25.00 (seorang waris sahaja) iv. Dana Kecemerlangan Tahun 6 : RM 100.00 (Tahun 6 sahaja)
13 35. Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 juga mengusulkan agar barisan ahli jawatankuasa sedia ada dikekalkan sehingga Mesyuarat Agung ke-48 pada tahun 2023. 36. En. Mohd Satar bin Mohd Saad mencadangkan ketiga-tiga usul yang dibawa diterima dan semua ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara. VIII. Hal-hal lain 37. En Ramdzan bin Mohamad, waris kepada Muhammad Razin Khalish (4M) dan Muhammad Shafiy Rizqi (1M). Beliau menyuarakan pertanyaan kepada pihak sekolah tentang isu kelewatan harian ke sekolah. Untuk makluman pihak sekolah, beliau menetap di SP Saujana, Sg Lalang dan anaknya ke sekolah dan balik dari sekolah dengan menaiki van. Anaknya memberitahu, mereka memang kerap sampai lambat ke sekolah disebabkan kesesakan lalu lintas dan selalu ditahan oleh pengawas untuk dicatat nama. Beliau meminta pendapat dan jalan penyelesaian kepada pihak sekolah tentang isu ini. 38. En Md Satar Bin Md Saad, datuk kepada pelajar bernama Hayyan Ukasyah (3K). Beliau meminta saiz font yang digunakan untuk minit mesyuarat dibesarkan seperi saiz font penyata kewangan. 39. Tuan guru besar menjawab soalan yang dikemukan oleh En Ramdzan. Beliau meminta isuisu yang berkaitan dengan kehadiran atau kelewatan, mohon waris untuk memaklumkan hal tersebut kepada guru kelas atau menulis surat makluman untuk perhatian dan makluman kepada pihak sekolah. Beliau meminta agar En Ramdzan untuk menulis surat untuk menyatakan tentang isu kelewatan ke sekolah anak-anak adalah disebabkan oleh pergerakan van kepada pihak sekolah. 40. Tuan Guru Besar juga memaklumkan dan memperingatkan kembali bahawa kehadiran pelajar-pelajar ke sekolah setiap hari adalah sebelum jam 7.30 pagi. Pelajar-pelajar diminta untuk hadir pada waktunya untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu seperti menyusun meja dan sebagainya untuk keceriaan kelas atau sebagainya. Beliau sanagt berharap agar waris dan guru dapat mendidik pelajar-pelajar di SKI bukan sahaja pandai dalam pelajaran sahaja, tetapi juga perlu dididik dalam menepati masa dan bekerjasama secara berkumpulan. Mereka perlu dilatih untuk bertanggungjawab menjaga kelas masing-masing, bukannya mengharapkan guru dan pekerja pembersihan yang mencuci kelas mereka. 41. Tuan guru besar juga menyatakan bahawa pelajar-pelajar juga perlu hadir seperti biasa jika musim hujan, tidak kiralah sama ada datang pukul 9.00 pagi atau 10.00 pagi pun tidak mengapa. Ini kerana biarpun kelewatan sedikit, tetapi mereka tidak ketinggalan dalam mata pelajaran lain selepas itu.
14 IX. Ucapan Penangguhan Penasihat 42. Tuan Guru Besar, En Rahmat Bin Abd Rahim mengucapkan terima kasih atas cadangan yang diberikan oleh para waris. Beliau akan mempertimbangkan cadangan-cadangan tersebut untuk diketengahkan. Beliau berharap agar pihak sekolah dan waris dapat bersama-sama mengekalkan legasi sekolah SKI ini sebagai sekolah yang hebat. Beliau juga selalu berpesan kepada pelajar-pelajar SKI bahawa mereka perlu sentiasa berasa bertuah dan bangga kerana bersekolah di satu-satunya sekolah yang kesemuanya adalah pelajar lelaki di dalam negeri Kedah ini. Mereka perlu membawa kejayaan yang telah diterokai oleh pelajar-pelajar SKI terdahulu. 43. Tuan Guru Besar berharap agar ibu bapa dapat memberikan perhatian dan tidak marah jika guru mengambil tindakan kepada anak-anak mereka. Jika terdapat guru yang marah ataupun tengking, bukanlah guru tersebut betul-betul marah ataupun benci pada pelajar, sebaliknya adalah kerana guru itu prihatin dengan pelajarnya. Beliau berharap semua waris dapat memberikan kerjasama. Ini kerana beliau mahukan sejarah kepada kecemerlangan di SKI dikekalkan. Dahulu sekolah ini menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster Kecemerlangan, kerana waris pada masa itu cakna dengan pendidikan anak-anak, maka sekolah ini menjadi sekolah yang hebat. Walaupun UPSR tiada, beliau selalu berpesan kepada guru-guru bahawa pendidikan akademik adalah nombor satu. Pelajar-pelajar SKI perlu dilatih supaya berjaya dalam bidang akademik, ko-akademik, sukan dan sebagainya supaya apabila mereka besar nanti akan menjadi pelajar yang hebat. Sebab itulah, beliau meminta murid menyertai semua aktiviti dan semua pertandingan. Beliau meminta muridmurid SKI memasuki pertandingan seperti Bahas Ala Parlimen dan Pertandingan Pantun. SKI telah menjadi johan dalam pertandingan pantun. Pertandingan Bahas Ala Parlimen juga dimenangi oleh SKI. Beliau meminta agar kita sentiasa yakin bahawa pelajar-pelajar SKI ini boleh. Beliau mahukan waris memberikan kepercayaan kepada anak-anak SKI. 44. Waris boleh berbincang dengan guru-guru jika ada masalah. Yang termampu dibuat, akan dibuat oleh Tuan Guru Besar. Bumbung bangunan dewan ini akan diganti. Guru Besar memberitahu bahawa beliau telah meminta RM168,000.00. Kita akan dapat ganti semua bumbung bangunan ini. Apabila beliau datang ke SKI, bangunan 4 tingkat di Dewan Bendahara telah dicat dengan pelbagai warna. Kantin pun akan dibaiki untuk kemudahan dan keselesaan pelajar SKI. Smart TV pun telah dipasang di kelas tahun 1 dan 2 supaya pelajar SKI rasa seronok dalam pembelajaran menggunakan teknologi. Beliau berharap, waris dapat membantu mencari dana untuk melengkapkan Smart TV di kelas yang lain. 45. Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada waris yang masih lagi kekal berada dalam mesyuarat PIBG pada masa ini. Beliau berasa berpuas hati dengan waris yang masih lagi setia menunggu sehingga mesyuarat agung PIBG ini tamat walaupun kehadiran kurang memuaskan. X. Ucapan Penangguhan Yang Dipertua PIBG 46. YDP menyentuh tentang kerja rumah yang perlu dibuat oleh murid. Beliau memberitahu yang beliau selalu mengingatkan dan menekankan kepada anak-anaknya supaya menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Beliau menegaskan bahawa kerja rumah
15 ini perlu disiapkan oleh murid sebagai salah satu cara untuk mendisiplin diri mereka. Guruguru memberikan kerja rumah ini sebagai salah satu cara untuk memantapkan lagi apa yang telah dibelajar di sekolah. 47. Berkenaan dengan soalan En Ramdzan tadi, beliau juga memberitahu bahawa beliau tinggal di Bandar Puteri Jaya. Nama anaknya juga selalu diambil oleh pengawas dan diserahkan kepada guru disiplin kerana kadang-kadang lewat sampai ke sekolah disebabkan kesesakan lalu lintas dan sebagainya. Tetapi beliau menegaskan waris perlu cuba juga datang awal ke sekolah sebelum jam 7.30 pagi. Kita ada peraturan sekolah yang perlu dipatuhi sebagai salah satu cara untuk mendisilipkan diri kita juga. Jika terpaksa juga dan terdapat kekangan tentang kelewatan anak-anak ke sekolah, waris boleh maklumkan kepada pihak sekolah tentang sebab kelewatan tersebut. 48. Di sini juga, YDP menceritakan tentang isu buku teks pada kali pertama En Rahmat berkhidmat di SKI pada tahun 2021 (awal Januari tahun lepas). Beliau telah menghubungi En Rahmat walaupun pada waktu itu En Rahmat belum lagi berada di SKI kerana masih lagi berada di sekolah lamanya untuk menyelesaikan beberapa perkara. Pada waktu itu, muridmurid belum lagi mendapat buku teks, tetapi anak-anak SKI perlukan buku teks untuk mengikuti kelas pembelajaran secara online. Beliau memberitahu pada waktu itu, boleh minta bantuan daripada waris untuk menyusun buku teks di kantin kerana waris-waris akan datang ambil buku teks secara pandu lalu. Sejak pada itu, YDP memberitahu senang berbincang dengan En Rahmat seperti mengadakan program Smart TV. 49. Beliau mengucapkan terima kasih kepada En Rahmat di atas kepimpinannya kerana banyak perubahan yang berlaku seperti pada masa pendemik, sekolah walaupun tutup tetapi apabila anak-anak SKI memulakan sesi persekoahan, boleh dilihat banyak perubahan yang berlaku atas kepimpinan En Rahmat dengan guru-guru yang datang ke sekolah. Sambil mengajar online, guru-guru masih boleh datang ke sekolah untuk mengecat bangunan, melukis mural, menyelenggara bilik-bilik darjah, tandas-tandas dibaiki, cermin tingkap yang pecah dibaik pulih. Dalam penyata kewangan terdapat juga tentang baik pulih ini. 50. Diharap, guru dan waris sekarang berpuas hati dan bersyukur dengan perjalanan sekolah. Untuk makluman semua, tahun 2021, semasa menjalankan majlis anugerah kecemerlangan kokurikulum iaitu Majlis Apresiasi SKI pada bulan 3 yang lalu, terdapat pegawai-pegawai dari PPD dan JPN yang turut hadir ke Majlis Apresiasi tersebut, beliau telah dimaklumkan sendiri oleh pegawai PPD bahawa penyertaaan pencapaian dari segi kokurikulum baik pun akademik dan sebagainya secara online pada tahun lepas untuk daerah Kuala Muda Yan adalah 40% datangnya daripada SKI. 51. Tahniah diucapkan kpd guru2 dan barisan pentadbir terutamanya waris yang banyak membantu anak-anak menyertai semua pertandingan-pertandingan online. Tahniah juga atas pimpinan En Rahmat yang menyuruh anak-anak SKI menyertai semua pertandingan. Kita akan meneruskan kecemerlangan kita bukan sahaja dalam bidang kokurikulum tetapi juga dalam bidang akademik. Apabila En Rahmat datang ke SKI, YDP dan jawatankuasa PIBG minta penekanan ke atas akademik walaupun tiada UPSR. Sebab anak-anak SKI bukan
16 belajar hanya sehingga darjah 6 sahaja, apabila mereka masuk ke sekolah menengah mereka telah mempunyai asas dari sekolah rendah. Tambahan pula, anak-anak tahun 6 pada tahun ni, adalah ‘batch’ pertama menjalani KSSR semakan tahun 6, silibus baharu dan buku teks baharu. Apabila mereka masuk ke sekolah menengah nanti, mereka akan mendapat kesinambungan daripada apa yang mereka telah belajar. Beliau menyeru dan berharap semua waris terus membantu anak-anak cemerlang dan memantau aktiviti anakanak di sekolah, membuat kerja sekolah dan hadir ke sekolah. 52. Beliau juga mengharapkan kerjasama waris warwarkan tentang kertas kerja program “SKI Smart TV”. Pihak PIBG juga akan warwarkan dalam media sosial PIBG. PIBG akan memohon sumbangan daripada waris untuk program tersebut. Waris boleh sumbangkan ke dalam akauan PIBG. Beliau juga meminta waris agar dapat membantu mencari dana untuk sumbangan program tersebut. Jawantakuasa PIBG juga ada perancangan untuk meminta sumbangan melalui kumpulan alumni, bekas-bekas pekerja SKI, pihak swasta, agensi-agensi kerajaan dan NGO. Dato’ Shahanim juga memberi sumbangan peribadi RM4000 untuk dana program SKI Smart TV. Dato’ juga berjanji, jika beliau menang dalam pilihanraya parlimen Sungai Petani, RM50,000 akan disalurkan kepada sekolah. 53. YDP mengucapkan terima kasih kepada guru-guru, jawatankuasa PIBG, waris-waris yang menjayakan mesyuarat pada hari ini terutamanya kepada Jawatankuasa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-47 dan pelancaran program “SKI Smart TV”. 54. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.35 petang. Terima kasih diucapkan atas kesudian semua hadirin yang hadir ke mesyuarat pada hari ini. AJK PENCATAT MINIT: 1. Pn Nor Halina bt Muhamadon (K) 2. Pn Wan Ika Malini Syuhada bt Azman 3. Pn Suryati bt Suhaimi 4. Pn Madihah bt Muhammad 5. Pn Muniamah a/p Narayanan 6. Pn Noor Aziah bt Ariffin Disediakan oleh; ............................................................. NOOR HAFIZAH BT MD YUSOF Penolong Setiausaha PIBG, Persatuan Ibubapa dan Guru Sesi 2021/2023, Sekolah Kebangsaan Ibrahim. Disahkan oleh; …………………………………………………… ROSLINDA BT MOHAMED RADZI Yang Dipertua PIBG, Persatuan Ibubapa dan Guru Sesi 2019/2021, Sekolah Kebangsaan Ibrahim. fiezayusof
17 KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK IBRAHIM SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI BIL NAMA JAWATAN 23.8.2022 SELASA 20.12.2022 SELASA 5.1.2022 KHAMIS 1.4.2023 SABTU 1 En. Rahmat bin Abd Rahim Penasihat / / / 2 Pn. Roslinda binti Mohamed Radzi YDP / / / / 3 Pn. Hanim binti Harron NYDP / / / 4 Pn. Norhasikin binti Ishak Setiausaha / / / / 5 Pn Noor Hafizah Binti Md Yusof N. Setiausaha / / / / 6 Pn. Maznah binti Abu Samah Bendahari / / / 7 Pn. Zaheera binti Ibrahim AJK Guru / / 8 Ustaz Ridzuan bin Seman AJK Guru / 9 En Fakhrurazi bin Yusoff AJK Guru / / 10 En Maharuddin bin Mahmud AJK Guru / / 11 Pn. Norsyema Hani binti Mahad Noor AJK Guru / / 12 Pn. Nor Emyzura binti Ahmad Tamizi AJK Guru / / / 13 Pn. Noraini binti Hussin AJK Guru / / / / 14 Dr Norazlina binti Saad AJK Guru / / 15 Pn. Norazleen Safrina binti Ab. Rahim AJK Guru / / / / 16 En. Harikrishnan a/l Suppiah AJK Guru / / PEMERIKSA KIRA-KIRA 17 Pn Shazlina binti Mohd Yusof Juruaudit 18 Pn. Siti Suhaila binti Mohd Yusuf Juruaudit TURUT HADIR 18 En. Muhamad Khairi bin Ahmad Shahabudin Pen. Kanan Pentadbiran / / / / 19 En. Mohd Nazir bin A. Kechik Pen. Kanan Hal Ehwal Murid / / / 20 En. Mohd Fathi bin Md Yusop Pen. Kanan Kokurikulum / / / /
18 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN SESI 2022/2023 MAKLUMAT PROGRAM BERSAMA-SAMA PIBG SESI 2022/2023 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK IBRAHIM SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI BIL MAKLUMAT PROGRAM TEMPAT DIADAKAN SEKTOR / BADAN TERLIBAT 1. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 & PELANCARAN PROGRAM SKI SMART TV SK IBRAHIM Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG 2. KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SK IBRAHIM Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG 3. SUMBANGAN RAYA KEPADA MURID YANG KURANG BERKEMAMPUAN SK IBRAHIM Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG 4. HARI SUKAN SEKOLAH SK IBRAHIM Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG 5. MAJLIS APRESIASI (MASKI) SK IBRAHIM Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG 6. SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN HARI GURU SK IBRAHIM Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG 7. MAJLIS PERSARAAN CIKGU DEVI SK IBRAHIM Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG 8. MAJLIS PERSARAAN CIKGU JESSIE LIM SK IBRAHIM Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG 9. MAJLIS INTERAKSI MURID DAN WARIS TAHUN 6 SK IBRAHIM Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG 10. HARI TERBUKA SKI SK IBRAHIM Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG 11. PROGRAM MOHON RESTU SPM ANAKANAK SMKI BERSAMA GURU-GURU SK IBRAHIM SK IBRAHIM Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG 12. PELANCARAN NILAM DAN PERLANTIKAN SKUAD NILAM SK IBRAHIM Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG 13. SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SK IBRAHIM Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG
19 BIL MAKLUMAT PROGRAM TEMPAT DIADAKAN SEKTOR / BADAN TERLIBAT 14. PERTANDINGAN BOWLING KELUARGA SKI SEJATI SUPER BOWL Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG 15. PROGRAM MOTIVASI DAN SERLAH POTENSI DIRI (ABC) SK IBRAHIM Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG 16. PROGRAM FUN LEARNING IN ENGLISH SK IBRAHIM Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG 17. PERTANDINGAN NATIONAL ENGLISH IN CAMP KUALA LUMPUR Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG 18. MAJLIS GALA PUTERA SK IBRAHIM Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG 19. MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM MURID SEKOLAH RENDAH (JOHAN) JPN KEDAH Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG 20. MAJLIS PERSARAAN CIKGU CHEAH SK IBRAHIM Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG
20 PENYATA KEWANGAN PIBG SK IBRAHIM DARI 01 JANUARI HINGGA 31 DISEMBER 2022 BIL TARIKH PENDAPATAN JUMLAH (RM) 1 01-01-21 Baki di bank 2021(Disember) 34,961.01 Baki ditangan 50.00 PIBG 49,775.00 MAC 19,860.00 Gerak Minda 15,075.00 Dana Tahun 6 8,600.00 Majalah Sekolah 5,450.00 Sumbangan Smart TV 27,300.00 Sumbangan Waris(MASKI) 4,175.90 Sumbangan Waris 435.00 Baki MAT 95.40 Sumbangan Hari Sukan 1,500.00 Yuran Boling 930.00 Sumbangan Hari Terbuka/Pertandingan di Pahang 6,900.00 Jualan Gerai PIBG 4,446.00 Sumbangan Parlimen Sg Petani 1,000.00 JUMLAH BESAR 180,553.31
21 BIL TARIKH PEMBAYARAN JUMLAH(RM) 1 01-01-21 Sumbangan Jamuan guru 300.00 2 Hadiah Persaraan Guru dan pelamin 792.70 3 Gerak Minda(Jan-Dis) 7,701.15 4 Button Badge 630.00 5 Hadiah Pemenang pertandingan Button Badge 380.00 6 pemasangan TV 452.90 8 Bantuan Murid 2,800.00 9 Jamuan Tahun 6 2,767.00 10 Tropi dan Plak Majlis Apreasiasi 3,650.00 11 Sijil Tahun 6 412.00 12 Fail PIBG dan Jamuan Mesyuarat 250.80 13 Jamuan MASKI 4,475.00 14 Buku Resit(100 Buah) 700.00 15 Dobi Jubah 450.00 16 Jamuan Hari Raya 5,220.00 17 Hadiah Hari Guru 1,400.00 18 Photo Book 1,798.00 19 Bayaran kepada PKG Sg Layar 670.00 20 Mesyuarat Agung 2,000.00 21 Sumbangan Hari Sukan 3,933.00 22 Sumbangan Pertandingan dan cenderahati 6,880.00 23 Program Tahun 6 320.70 24 Yuran Boling 930.00 25 Sumbang Kerta A4 1,200.00 26 Sumbangan Hari Terbuka 4,150.00 27 Sumbangan Waris Pertandingan di Pahang 2,750.00 28 Sumbangan PIBG Pertandingan di Pahang 1,200.00 29 Pembelian Smart TV (16 unit) 40,800.00 30 Plak Cenderamata PIBG 1,400.00 31 Modal Gerai PIBG 1,539.90 32 Jamuan AJK Gerai PIBG 459.60 Caj Perkhidmatan 33.00 JUMLAH PEMBAYARAN 102,445.75 BAKI DIBANK 31/12/2022 78,057.56 BAKI DI TANGAN 50.00 JUMLAH BESAR 180,553.31
22 Penyata kira-kira ini telah diperiksa dan didapati berbetulan Disediakan oleh: …………………………………………….. (PN MAZNAH BT ABU SAMAH) BENDAHARI PIBG Disemak oleh: ………………………………………………………. (PN ROSLINDA BT MOHAMED RADZI) YANG DIPERTUA PIBG Disemak oleh: ……………………………………………………. (PN SHAZLINA BINTI MOHD YUSOF) JURUAUDIT 1 ………………………………………….. (PN SITI SUHAILA BINTI MOHD YUSOF) JURUAUDIT 2
23 SENARAI CADANGAN SERTA JAWAPAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK IBRAHIM SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI KALI KE-48 ISU NAMA WARIS NAMA ANAK KELAS CADANGAN CATATAN T-Shirt Sekolah Muhamad Shukur Bin Harun Muhamad Zarif Bin Muhamad Shukur 4 Maju Baju T-shirt sekolah berkualiti rendah, Kain mudah tertarik dan berbulu. Harga T-shirt sekolah mahal. Cadangan untuk tukar material jenis kapas. Baju T-Shirt sekolah hendaklah dipakai semasa PJ sahaja. Tidak boleh diguna pakai sebagai pakaian harian di rumah bagi mengelakkan baju rosak. Kos perlu ditambah jika mahu material yang lebih berkualiti. Nik Mohamad Khairul Asraf Bin Ghapar Nik Ziyad Aiman 4 Maju Kualiti baju sukan. kain mudah rosak Nurul Hafiza Binti Mahadzir Izz Zhareef Hafiy dan Muhammad Daniel Mifzzal 1 Maju Dan 6 Maju Baju T-Shirt sekolah mudah berbulu. Baju sahaja. Seluar masih dalam tahap memuaskan. Roselinda Binti Jasmin Muhammad Danish Bin Mohd Arissajali 2 Tekun pemilihan material pakaian PJ harus dikaji semula Kantin Muhamad Shukur Bin Harun Muhamad Zarif Bin Muhamad Shukur 4 Maju Larangan menjual makanan ringan Menu makanan disediakan mengikut piawaian makanan oleh KPM dan KKM. Nurul Hafiza Binti Mahadzir Izz Zhareef Hafiy dan Muhammad Daniel Mifzzal 1 Maju Dan 6 Maju Penyediaan makanan kurang memuaskan.
24 Nadzeri Md Suhaimi Abid Ilman bin Nadzeri 1 Dedikasi Pemantauan murid-murid membeli makanan oleh pengawas ketika waktu rehat. Guru bertugas mengawasi murid-murid ketika waktu rehat. Harga mengikut tender Muhamad Khairul Anuar bin Zulkepli Ammar Naufal bin Muhamad Khairul Anuar 1 Dedikasi Harga makanan kantin mahal Lalu Lintas Elmy Ruziana binti Zulkafley Sayyid Harraz Al Fayyadh bin Ahmad Zulhazmi Dan Sayyid Ayden Al Fayyadh bin Ahmad Zulhazmi 1 Tekun Ibu bapa tiada kesedaran memarkir kenderaan sewaktu mengambil anak. Mohon pihak sek sediakan pengawal untuk kawal parking @ sediakan kelas kursus utk kesedaran parents.tq Luar bidang kuasa sekolah. Pengurusan pengawal keselamatan hanya di dalam kawasan sekolah sahaja. Koperasi Kedai Buku Nurul Atiqah Muhammad Arrian 1 Maju Penjualan makanan dan barang yang perlu sahaja Penjualan barangan yang dibenarkan oleh pihak sekolah sahaja. Kelas KAFA Muhamad Khairul Anuar bin Zulkepli Ammar Naufal Bin Muhamad Khairul Anuar 1 Dedikasi Wujudkan kelas KAFA di sekolah Di bawah bidang tugas Pejabat Agama. Norhafitzah binti Ahmad Putra Naufal Mikaell Bin Mohamad Najip 2 Tekun Adakan Kelas KAFA di sekolah
25 Syarizza bin Abdul Halim Muhammad Aqeel Maleq B Syarizza 1 B Wujudkan kelas KAFA selepas waktu persekolahan tamat Buku Latihan Wan Zafirah binti Wan Yahya Wan Muhammad Rizqeen Wan Mohamad Aqeel 2 Dedikasi 4 Dedikasi Pembelian pakej buku latihan di kedai buku berlebihan. - Guru kelas pelajar menyenaraikan keperluan buku latihan/ subjek untuk digunakan di awal tahun utk pelajar menyusun mengikut jadual drpd membawa beg berisi semua buku setiap hari - memandangkan adanya whatsapp group bersama ibu bapa, mungkin guru kelas boleh menyatakan sekiranya ada acara di sekolah supaya murid tidak terbeban membawa semua buku ke sekolah Ibu bapa perlu peka maklumat di dalam group whatsapp kelas. Ikut jadual waktu yang diberi. Pakej buku latihan diberi kelonggaran untuk pilih yang mana perlu. CCTV Roselinda binti Jasmin Muhammad Danish bin Mohd Arissajali 2 Tekun Pemasangan CCTV di astaka menunggu Bajet tiada. Kos terlalu tinggi. Pengawal keselamatan dan guru bertugas ada untuk pemantauan.
26 Bumbung di kawasan menunggu murid Mohd Farhan bin Othman Maryam Amanda binti Mohd Farhan Noah Aydan bin Mohd Farhan PRA SEKOLAH 2 KREATIF Penambahan bumbung waiting area pick up anakanak waktu pulang. Kos yang tinggi. Murid duduk di kawasan yang disediakan. Lencana Mohd Sattar Hj Mohd Saad Hayyan Ukasyah bin Abdul Rahman 4 Kreatif 1. LENCANA sekolah diletak di atas diikuti NAMA dan poket di bawah. Termaktub di dalam buku peratuan sekolah Moto Sekolah Karu Selvamani Karuppiah Karu Siva Sakty Karu Selvamani 1 Maju Mengapa ibrahim primary tidak menggunakan motto Finis Coronut Opus Keutamaan adalah bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu Ujian Chithra Kheerthan Mugilan 4 Dedikasi Diminta sekolah memulangkan kertas ujian bertanda kepada murid supaya ibu bapa dapat melihat kelemahan dan kekuatan murid dan melakukan baik pulih Peperiksaan bertutup. Kertas ujian digunakan sebagai evidens untuk pemantauan. Kelas Moral Chithra Kheerthan Mugilan 4 Dedikasi Tetapkan satu kelas untuk mata pelajaran Moral untuk keselesaan murid. Kelas Moral tidak boleh bergabung kerana bilangan sedikit.
27 Beban beg sekolah Norina Mohd Noor Muhammad Haikal bin Mohd Hafiz 5 Maju Tinggalkan buku di dalam kelas Rujuk jadual waktu Bilangan maksima subjek sehari adalah : Tahap 1 : 4 subjek Tahap 2 : 5 subjek Pemasangan Grill Oliea Hashiemie binti Osman Awwal Hakimie bin Abd Aziz 3 Dedikasi tembok di koridor aras 2 & aras 3 ditinggikan sedikit @ dipasangkan grill anti-climb utk tujuan keselamatan. Bangunan sekolah dibina mengikut spesifikasi JKR Perjumpaan waris Nurul Hafiza binti Mahadzir Izz Zhareef Hafiy dan Muhammad Daniel Mifzzal 1 Maju Dan 6 Maju Sebarang mesyuarat atau perjumpaan waris dibuat pada hari Ahad kerana mengambilkira waris bekerja yang cuti pada hari Sabtu & Ahad. Mengganggu PdP yang dijalankan pada hari Ahad iaitu hari persekolahan.
28 USUL-USUL YANG DIBAWA UNTUK DIBINCANGKAN DALAM MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK IBRAHIM SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI KALI KE-48 BIL USUL-USUL PEMBAWA USUL 1 Pihak PIBG sangat menghargai dengan bayaran yang dibuat pada tahun 2022. Bagi tahun 2023 dan seterusnya (sehingga ada perubahan) bayaran diteruskan seperti pada tahun 2022 kecuali Dana Kecemerlangan Tahun 6 seperti berikut:- i. Bayaran PIBG RM 70.00 (seorang waris sahaja) ii. Gerak Minda RM 25.00 (setiap murid) iii. Majalah Sekolah RM 25.00 (seorang waris sahaja) iv. Dana Kecemerlangan Tahun 6 RM 50.00 (Tahun 6 sahaja) Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023
29 C . A . T . A . T . A . N _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________
30 SEKALUNG PENGHARGAAN Pengerusi dan ahli jawatankuasa PIBG SK Ibrahim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan TERIMA KASIH Kepada EN RAHMAT BIN ABD. RAHIM Penasihat PIBG SK Ibrahim PUAN ROSLINDA BT MOHAMED RADZI Yang Dipertua PIBG SK Ibrahim AJK PIBG SK Ibrahim SEMUA GURU SK Ibrahim IBUBAPA DAN WARIS serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis hari ini. “ Sepakat Membawa Berkat”