The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azuinayob, 2020-07-28 21:41:11

Buku Panduan Pelajar KKTM Petaling Jaya Edisi 2020

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
















Buku Panduan Pelajar

Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya















Edisi 2020

















Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
No 12, Jalan Templer,
46000 Petaling Jaya,
Selangor
Tel : 03-77828971 / 03-77827823
Website : petalingjaya.kktm.edu.my

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


Jawatankuasa Penerbitan Buku Panduan Pelajar
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
Edisi 2020



Penaung:

Ts Mohd Nazif Bin Mohd Baharuddin



Penasihat:


Aznira Binti Abdullah



Ketua Editor:

Norashikin Binti Mhd Yatim




Editor:

Norazuin Binti Md Ayob

Nur Aishah Binti Zainuddin




Gerak Kerja Khas:

Nur Akmal Binti Saary

Halimahton Binti Dewa

Nordiana Binti Mohamed Alias


Wan Faizah Binti Wan Abdullah





Hakcipta©2020


Hakcipta Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini yang boleh
disiarterbitkan semula dalam sebarang bentuk dan dengan apa cara sekalipun
termasuklah elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya tanpa
mendapat izin bertulis daripada Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya.

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


ISI KANDUNGAN

Muka Surat


Sepatah Kata Pengarah BKT iv

Sepatah Kata Pengarah KKTMPJ v

Takrif vi

1.0 Latar Belakang 1

1.1 Pengenalan 1
1.2 Visi dan Misi 2

1.3 Carta Organisasi 3

1.4 Lokasi Kampus 4
1.5 Senarai Pengurusan dan Pensyarah 5


2.0 Sistem Akademik 11

2.1 Pembelajaran Berdasarkan Hasil (OBE) 11
2.2 Komponen Pengajian 14

2.3 Tempoh Pengajian 14

2.4 Kalendar Akademik 15
2.5 Pendaftaran 15

2.6 Keperluan Kredit 19

2.7 Penangguhan Pengajian 20
2.8 Kehadiran 20

2.9 Penilaian 21
2.10 Sistem Penilaian 25

2.11 Kedudukan Akademik 27
2.12 Status Kedudukan 27

2.13 Pengiraan GPA dan CGPA 28

2.14 Syarat Penganugerahan 30
2.15 Kecemerlangan Akademik 31

2.16 Pengeluaran Skrol 31
2.17 Gantian Dokumen Persijilan 32






i

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


Muka Surat

3.0 Maklumat Program 33


3.1 Matlamat Program 33
3.2 Program Educational Objective (PEO) 33

3.3 Programme Learning Outcomes (PLO) 34
3.4 Jabatan dan Program 35

3.5 Kursus dan Program 35


4.0 Peraturan dan Tatatertib 37


4.1 Hukuman Kategori I (Kesalahan Berat) 37
4.2 Hukuman Kategori II (Kesalahan Sederhana) 39

4.3 Hukuman Kategori III (Kesalahan Ringan) 41


5.0 Peraturan Asrama 46

5.1 Pendahuluan 46
5.2 Penempatan di Asrama 46

5.3 Kelengkapan dan Peralatan 47
5.4 Kebersihan Bilik dan Kawasan Sekitar 47

5.5 Tata Kelakuan 48
5.6 Bahan-bahan lucah, dadah, racun, mabuk, berjudi, bahan letupan 49

dan media social

5.7 Larangan Merokok 50
5.8 Penggunaan Peralatan Elektrik 50

5.9 Tatacara Menggunakan Kemudahan Asrama 51

5.10 Peraturan Keselamatan, Kebakaran Dan Bantuan Kecemasan 51
5.11 Keselamatan Barangan Peribadi 53

5.12 Memasak Dan Makanan 53
5.13 Roll Call 54

5.14 Pemeriksaan Asrama 54
5.15 Peraturan keluar masuk harian, hujung minggu, cuti umum dan 54

cuti semester






ii

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


Muka Surat


5.16 Prosedur Pelawat 55

5.17 Larangan Memelihara Binatang 55
5.18 Peraturan Menggunakan Kenderaan Persendirian 56

5.19 Aktiviti Sosial, Perhimpunan, Taklimat, Kuliah Dan Ceramah 56
5.20 Peraturan Semasa 57


6.0 Khidmat Pengurusan dan Kemudahan 58

6.1 Akademik 58

6.2 Pentadbiran 59
6.3 Kemudahan Dalam Kampus 60

6.4 Kemudahan Sekitar Kampus 60


Lampiran 1 61
Lampiran 2 62



Rujukan 64






































iii

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya



PRAKATA


Assalamualaikum warahmatullah,

Kolej Kemahiran Tinggi MARA, MARA-Japan Industrial Institute dan Institut

Kemahiran MARA merupakan Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang berasaskan
kemahiran teknikal. Institusi yang secara ringkasnya disebut sebagai KKTM, MJII dan
IKM ini menawarkan pelbagai program bagi memenuhi kehendak dan keperluan
industri semasa. Ia dibangunkan dengan berdasarkan visi dan misi MARA iaitu
menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat
bangsa, seterusnya membentuk modal insan TVET yang holistik dan berteraskan
nilai-nilai keusahawanan.


Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan syabas dan tahniah
diatas kejayaan saudara / saudari yang terpilih dan mendapat tawaran belajar di
Institusi Pendidikan MARA.


Dalam memastikan kualiti pendidikan yang ditawarkan sentiasa mencapai
standard yang ditetapkan, setiap pusat dilengkapi dengan infrastruktur dan
kemudahan bagi memastikan proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
Kurikulum setiap program dibangunkan dengan mengambil kira perkembangan
industri semasa serta mematuhi keperluan akreditasi Malaysian Qualifications Agency
(MQA).


Menerusi pembelajaran berasaskan teknikal, pelajar didedahkan dengan
pendidikan yang lebih menjurus kepada bidang-bidang yang bakal diceburi kelak di
samping menerapkan nilai-nilai keusahawan dalam sistem pembelajaran. Selain itu,
nilai-nilai murni turut diberi perhatian bagi merealisasikan pembentukan modal insan
yang dititikberatkan dalam agama Islam.

Diharapkan Buku Panduan Pelajar ini dapat memberi sedikit panduan kepada
semua pelajar sepanjang berada di Institusi Pendidikan MARA.


Akhir kata, diucapkan selamat datang ke MARA dan didoakan segala yang
terbaik untuk semua.

Wassalam



PENGARAH
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL
MARA



iv

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya



PRAKATA




Assalamualaikum w.b.t.
Salam sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnianya, Buku Panduan
Pelajar ini diterbitkan sebagai panduan ringkas untuk para pelajar Kolej Kemahiran
Tinggi MARA (KKTM) Petaling Jaya dalam mengharungi tempoh pengajian di Kolej
ini.

Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada para pelajar kerana telah
memilih Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Petaling Jaya sebagai tempat untuk
menggilap potensi diri. Adalah diharapkan kepada semua pelajar yang mendaftar di
Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Petaling Jaya ini dapat menyesuaikan diri
dengan vendid pembelajaran yang telah dirangka bagi memenuhi keperluan dan
kehendak vendidik serta pihak IPTA / IPTS.

Untuk makluman, program yang dijalankan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA
(KKTM) Petaling Jaya ini telah mendapat kelulusan daripada pihak Malaysian
Qualifications Agency (MQA) bagi menjamin kualiti vendidikan yang ditawarkan. Oleh
yang demikian, pelbagai kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan telah disediakan
untuk para pelajar sejajar dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan sebagai sebuah
pusat vendidikan.

Semoga Buku Panduan Pelajar ini dapat membantu para pelajar di dalam
membuat sebarang perancangan terutamanya yang bersangkutan dengan hal-hal
akademik serta menjadi salah satu sumber informasi mengenai Kolej Kemahiran
Tinggi MARA (KKTM) Petaling Jaya. Akhir kata saya ucapkan selamat maju jaya
kepada semua pelajar dan masa depan anda bermula di sini.

Sekian.


PENGARAH
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA
PETALING JAYA








v

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya



TAKRIF


BKT : Bahagian Kemahiran dan Teknikal

IKM : Institut Kemahiran MARA

KKTM : Kolej Kemahiran Tinggi MARA

MJII : MARA-Japan Industrial Institute
MQA : Malaysian Qualifications Agency

OBE : Outcome-Based Education – Pembelajaran Berasaskan
Hasil
PnP : Pengajaran dan Pembelajaran
iCGPA : Integrated Cumulative Grade Point Average – PNGK
Bersepadu
KKM : Kerangka Kelayakan Malaysia

PEO : Programme Educational Objectives – Objektif Pendidikan
Program
PLO : Programme Learning Outcome – Hasil Pembelajaran
Program
Program : Susunan modul yang distruktur untuk suatu tempoh tertentu
dan peringkat pembelajaran bertujuan mencapai hasil
pembelajaran yang telah ditentukan dan yang lazimnya
menjurus kepada penganugerahan suatu kelayakan.
Program Perdana : Program-program yang ditawarkan sepenuh masa
merangkumi tempoh pengajian 1 hingga 3 tahun.
Kursus : Mata pelajaran dalam kurikulum program yang mempunyai
kod tersendiri.

Ketua Program : Individu yang dilantik sebagai ketua yang
bertanggungjawab untuk mengurus sesuatu program

Ketua Jabatan : Individu yang dilantik sebagai ketua yang
bertanggungjawab untuk mengurus sesuatu jabatan
Senat BKT : Jawatankuasa tertinggi peringkat BKT yang
bertanggungjawab untuk mengesahkan penilaian dan
persijilan.

Senat KKTM, MJII & : Jawatankuasa tertinggi peringkat institusi yang
IKM bertanggungjawab dalam hal-hal penilaian dan persijilan.

Jawatankuasa : Jawatankuasa yang dilantik untuk bertanggungjawab dalam
Akademik hal ehwal akademik





vi

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


Penasihat Akademik : Individu yang dilantik dan diberi tanggungjawab untuk
membimbing dan menasihati pelajar dari aspek akademik
dan beliau adalah mentor pelajar tersebut.
Pelajar Kanan : Pelajar yang telah mengikuti sekurang-kurangnya satu (1)
semester di institusi

SPP : SPP (Seksyen Penilaian & Persijilan) adalah unit yang
bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan penilaian
& persijilan di BKT.

UPP : UPP (Unit Penilaian & Persijilan) adalah unit yang
bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan penilaian
& persijilan di institusi.

SPPP : Sistem Penilaian Prestasi Pelajar.
Sijil & Diploma : Penganugerahan yang dikeluarkan oleh BKT kepada
pelajar yang telah menamatkan pengajian dan memenuhi
syarat bergraduat.
GPA : GPA (Grade Point Average) adalah purata nilai gred yang
diperolehi dalam sesuatu semester.
CGPA : CGPA (Cumulative Grade Point Average) adalah purata
nilai gred kumulatif yang diperolehi bagi semua semester
yang diikuti.
Kredit : Nilai yang diberikan kepada setiap kursus berdasarkan jam
belajar pelajar (Student Learning Time, SLT)
Jumlah Kredit : Jumlah kredit yang diambilkira dalam pengiraan GPA dan
CGPA.

Kredit Kira : Kredit yang diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA.

Kredit Dapat : Jumlah kredit yang diperoleh oleh pelajar bagi kursus
yang lulus.
Gred : Tahap pencapaian dalam bentuk abjad bagi kursus yang
didaftarkan.
Mata : Nilai yang diberi mengikut gred.

Nilai : Hasil darab mata dan kredit kira.

Penyata Pencapaian : Keputusan pencapaian akademik bagi setiap semester.
Institusi : KKTM, MJII & IKM

PTV MARA : Pusat Pendidikan Teknikal dan Vokasional MARA













vii

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


1.0 LATAR BELAKANG


KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PETALING JAYA


1.1 Pengenalan


KKTM Petaling Jaya adalah sebuah Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang
menyediakan latihan kemahiran dan akademik dalam Kejuruteraan Elektronik. Bermula pada
Julai 1995, KKTM Petaling Jaya mula menjalankan program Higher National Diploma (HND)

di dalam bidang elektronik melalui program usahasama dengan pihak SWANSEA United
Kingdom.
Pada tahun 2012, program Higher National Diploma (HND) in Electronic Engineering

telah ditukar nama kepada program BTEC Level 5 HND Diploma in Electronic Engineering.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Pearson Education Limited, United Kingdom.
Program ini diiktiraf oleh OFQUAL UNITED KINGDOM iaitu sebuah badan

pengiktirafan kelayakan di England. Kecemerlangan kami dalam menjalankan program Higher
National Diploma telah di anugerahkan Gred A oleh EDEXCEL INTERNATIONAL UNITED

KINGDOM selama 7 tahun berturut-turut.
Komitmen kami telah melahirkan ribuan golongan profesional bumiputera dalam
kejuruteraan dan keusahawanan. Kini, KKTM Petaling Jaya menawarkan program sepenuh

masa dengan kapasiti maksimum pelajar seramai 300 orang.
Bermula Oktober 2019, KKTM Petaling Jaya menawarkan program Diploma

Kejuruteraan Elektronik (Objek Rangkaian Internet) – Diploma in Electronic Engineering
(Internet of Things) selama 2.5 tahun. Program baharu ini sejajar dengan perkembangan
Revolusi Industri 4.0 (RI 4.0) di Malaysia.

Struktur kurikulum juga merangkumi kursus-kursus dari Jabatan Pengajian Am yang
menawarkan kursus-kursus bukan teknikal. Berikut adalah unit-unit di bawah Jabatan
Pengajian Am iaitu Unit Matematik, Unit Bahasa Inggeris, Unit Usahawan, Unit Pengajian

Malaysia dan Unit Pengajian Islam.
Secara umumnya, KKTM Petaling Jaya mempraktikkan sistem semester yang turut
merangkumi kegiatan kokurikulum dan latihan industri. Para pelajar akan mengikuti pengajian

selama empat semester dan satu semester menjalani latihan industri. Dengan bantuan serta
tunjuk ajar daripada pensyarah, konsep pembelajaran berasaskan hasil kini digunapakai bagi

memastikan pelajar dapat gambaran yang lebih jelas berkenaan matlamat program yang
diikuti. Pelajar akan lebih fokus dan terarah kepada keperluan dan kehendak kursus-kursus
tersebut.




1

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


1.2 Visi dan Misi


Berikut merupakan visi dan misi Bahagian Kemahiran Dan Teknikal yang menjadi teras

kepada hala tuju KKTM Petaling Jaya:




















































2

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


1.3 Carta Organisasi






























































3

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


1.4 Lokasi Kampus

KKTM Petaling Jaya terletak di alamat No. 12 Jalan Templer, Petaling Jaya, Selangor

yang berkoordinat 3.083906, 101.654781.









Jalan Templer







KKTM Petaling Jaya
3.083906, 101.654781






Lebuhraya
NPE


































Pelan lokasi KKTM Petaling Jaya






4

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


1.5 Senarai Pengurusan dan Pensyarah


1.5.1 Pengurusan


BIL NAMA JAWATAN EMAIL


TS MOHD NAZIF BIN MOHD
BAHARUDDIN

1 Master in Technical Education PENGARAH [email protected]
(Mechanical Engineering), UTHM;
Bachelor in Mechanical Engineering
(Material) with Honour, UKM


AZNIRA BT ABDULLAH

Master of Science and Technology TIMBALAN
(Image Automation and Signal PENGARAH
2
Processing), UniKL + (HAL EHWAL [email protected]
University of La Rochelle, France; AKADEMIK)
Bachelor of Electrical Engineering (Hons)
(Communication), UiTM


NOR AZWA BT HASSAN
TIMBALAN
Master in Business Administration, UiTM; PENGARAH
3 Advanced Diploma in Business Studies (KHIDMAT [email protected]

(Marketing) PENGURUSAN
& HAL EHWAL
PELAJAR)























5

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


1.5.2 Pensyarah


JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRONIK

BIL NAMA JAWATAN EMAIL


HALIMAHTON BINTI DEWA
KETUA
1 [email protected]

Bachelor of Engineering (Hons), PROGRAM
Electrical Engineering, UTM

ABD MUTALIB BIN MOHAMED
YUSOFF
PEGAWAI
2 LATIHAN [email protected]

Bachelor of Engineering (Hons), VOKASIONAL
Electrical Engineering (Microelectronics),
UTM

ANWAR BIN MOHD ABD MAHI

Master of Engineering (Electrical- PEGAWAI
3 Mechatronics and Automatic Control), LATIHAN [email protected]

UTM; VOKASIONAL
Bachelor of Engineering (Hons)
(Electrical), UiTM


HABLILLAH BIN MOHD HAZIM

Master in Engineering (Electrical-Power), PEGAWAI
4 LATIHAN [email protected]

UTM; VOKASIONAL
Bachelor in Engineering (Electrical),
UTM



HASRULNIZAM BIN HASHIM

Master of Engineering (Electrical- PEGAWAI
5 Mechatronics and Automatic Control), LATIHAN [email protected]

UTM; VOKASIONAL
Bachelor in Engineering (Electrical-
Telecommunication), UTM



KHAIRUL MUSLIM BIN NORDIN

Master in Science (Electrical, Electronic PEGAWAI
6 LATIHAN [email protected]

and Control System) Engineering, UKM; VOKASIONAL
Bachelor of Engineering (Hons)
(Electrical-Mechatronics), UTM





6

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


MOHAMAD FAUZI BIN MOHD LAZIM

Master of Engineering Technology
(Green and Energy Efficient Building), PEGAWAI
7 LATIHAN [email protected]

UniKL; VOKASIONAL
Bachelor of Engineering (Hons)
(Electrical), UM


MOHD ESTA-HUSNA BIN ZAINAL

Master of Science in Engineering PEGAWAI
8 Management, Brunel University London; LATIHAN [email protected]

Bachelor of Engineering (Hons) VOKASIONAL
(Electrical and Electronic Engineering),
University of Northumbria, Newcastle

MOHD ZAINI BIN ABDUL MAJID

Master of Electrical Engineering
(Mechatronics and Automatic Control), PEGAWAI
9 UTM; LATIHAN [email protected]

Bachelor of Engineering (Hons) VOKASIONAL
(Electrical), UiTM

MUHAMMAD HAFIF BIN ABDUL
HAMID
PEGAWAI
10 Bachelor of Electronics Engineering LATIHAN [email protected]

(Hons) Electronic Industrial Engineering, VOKASIONAL
UTeM

NORAN ZAHRINE BIN ZAINAL

Master in Electrical Engineering
(Mechatronics and Automatic Control), PEGAWAI [email protected]
11 UTM; LATIHAN
Bachelor of Engineering (Hons) VOKASIONAL
(Electrical and Electronic Engineering),
UMS

NORAZUIN BINTI MD AYOB

Master in Electrical Engineering
(Mechatronic and Automatic Control), PEGAWAI [email protected]
12 LATIHAN
UTM; VOKASIONAL
Bachelor of Engineering (Hons)
Electronic Engineering, USM

NUR AISHAH BINTI ZAINUDDIN

Master in Electronic Engineering, UTeM; PEGAWAI [email protected]
13 LATIHAN
Bachelor of Electronics Engineering VOKASIONAL
(Hons) (Telecommunication Electronics),
UTeM


7

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya



NUR AKMAL BINTI SAARY
[email protected]
14 Bachelor of Engineering (Hons) PEGAWAI
LATIHAN
Electronic Engineering, USM VOKASIONAL


ROHANA BINTI MOKHTAR
PENOLONG
15 Bachelor of Engineering (Hons) PEGAWAI [email protected]
(Electrical), UTM LATIHAN
VOKASIONAL

SUHAIMI BIN ZAKARIA


Master of Engineering (Electrical PEGAWAI
Mechatronics and Automatic Control), [email protected]
16 LATIHAN
UTM; VOKASIONAL
Bachelor of Engineering (Hons)
Electronic Engineering, USM



JABATAN PENGAJIAN AM


BIL NAMA JAWATAN EMAIL

NORASHIKIN BINTI MHD YATIM

Master of Leadership and Management
in Education, University of Newcastle, KETUA
1 [email protected]

Australia; JABATAN
Bachelor Science and Computer with
Education (Mathematics), UTM

HASMAH BINTI SETIA
PENSYARAH [email protected]
2 Bachelor of Art with Honours (History), PENGAJIAN
UKM MALAYSIA

MOHD FAIZAL BIN RAJAB

Master of Education (Islamic Education), PENSYARAH
3 UKM; PENGAJIAN [email protected]

Bachelor of Human Sciences and ISLAM
Islamic Studies, UM












8

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya



MOHD HANIEZ BIN MD AKHAIR

Master in Corporate Communication, PENSYARAH [email protected]
4 BAHASA
UPM; INGGERIS
Bachelor of Human Sciences (English
Language and Literature) (Hons), IIUM


NOORHISYAM BIN RAZALI
PENSYARAH
5 KEUSAHAWANAN [email protected]
Master in Business Administration, UKM;
Bachelor of Economics, UPM


NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PENSYARAH
6 [email protected]

Bachelor of Science (Hons) Applied MATEMATIK
Mathematics, USM


NORMA BINTI MAHMOOD

7 Master in Business Administration, UKM; PENSYARAH [email protected]

MATEMATIK
Advanced Diploma in Statistics, Institut
Teknologi MARA

FAIRUZ SAFIRAH BINTI MOHAMAD

Master of Corporate Communication, PENSYARAH
8 UPM; BAHASA [email protected]
Bachelor of Education (B.Ed Hons INGGERIS
TESL), University of Auckland, New
Zealand

ZAMZIDA BINTI ZAINOL ABIDIN

Master in Education (Curriculum), USM; PENSYARAH
9 Bachelor of Art (Geography& PENGAJIAN [email protected]
Anthropology/Sociology), UM MALAYSIA



















9

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


UNIT KAUNSELING


BIL NAMA JAWATAN EMAIL
WAN YUSLAINI BINTI WAN
ABDULLAH [email protected]
1 KAUNSELOR
Bachelor’s Degree (Hons) (Counseling),
UM




UNIT PERHUBUNGAN INDUSTRI

BIL NAMA JAWATAN EMAIL
NUR ANA BINTI YUSOFF
PEGAWAI
1 Diploma in Electronic Engineering PERHUBUNGAN [email protected]
(Communication), Politeknik Shah Alam INDUSTRI




UNIT PENILAIAN DAN PERSIJILAN

BIL NAMA JAWATAN EMAIL

NORDIANA BINTI MOHAMED ALIAS
1 Diploma in Electronic Engineering PENYELARAS [email protected]

(Communication), Politeknik Shah Alam


























10

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


2.0 S I S T E M A K A D E M I K


KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PETALING JAYA


2.1 Pembelajaran Berdasarkan Hasil (OBE)


➢ KKTM Petaling Jaya menerapkan kaedah Pembelajaran Berasaskan Hasil
(Outcome-Based Education–OBE) yang merupakan satu kaedah pembelajaran
yang memberi fokus kepada hasil atau apa yang bakal seseorang pelajar dapat

lakukan selepas satu-satu sesi pembelajaran.
➢ Proses OBE dapat diringkaskan seperti rajah di bawah :



Kurikulum


Apa yang perlu dipelajari? Outcome-Based Curriculum

Pengajaran & Pembelajaran
Hasil Pembelajaran OUTCOME-BASED EDUCATION Outcome-Based Learning Bagaimana caranya?




& Teaching



Penilaian



Ukur Pencapaian Outcome-Based Assessment







➢ Struktur kurikulum, proses PnP dan penilaian adalah dibentuk berdasarkan kualiti
atau kemahiran yang hendak dicapai bagi satu-satu kursus.








11

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


2.1.1 Mengapa OBE?

Ini adalah satu kaedah membangunkan kurikulum dan teknik pengajaran yang
memfokuskan kepada apa yang pelajar boleh buat atau hasil pembelajaran

selepas tamat kursus yang diikuti. Hasil pembelajaran lebih menitikberatkan
terhadap persoalan apakah jangkaan yang perlu para pelajar capai dari segi
pengetahuan, kefahaman atau kebolehan untuk membuat sesuatu.






















Pendidikan Konvensional Outcome-based Education

Berpusatkan Pengajar Berpusatkan Pelajar
(Students Centered)
(Teacher Centered)


Jadual 2.1 : Perbezaan antara Berpusatkan Pengajar dan Berpusatkan Pelajar


PERKARA BERPUSATKAN PENGAJAR BERPUSATKAN PELAJAR

Pengetahuan Disampaikan melalui arahan Dijana sendiri oleh pelajar


Penglibatan Pelajar Pasif Aktif

Sebagai fasilitator / rakan
Peranan Pengajar Sebagai ketua
dalam pembelajaran

Beberapa ujian untuk Pelbagai bentuk ujian untuk
Peranan Penilaian
penggredan penambahbaikan

Mempelajari jawapan yang Pemahaman yang lebih
Fokus Utama
tepat mendalam

Kaedah Penilaian Penilaian satu dimensi Penilaian pelbagai dimensi

Suasana Bersaing dan bersifat individu Usahasama dan saling
Pembelajaran membantu



12

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya



➢ Kesan Terhadap Pelajar


Berkeupayaan untuk mengendalikan
Mampu melaksanakan tugas
projek, menganalisis kajian kes,
atau arahan yang lebih
membuat pembentangan, berfikiran
mencabar berbanding dari
secara kreatif dan kritis, menyoal,
mengingati atau mengulangi
membuat kajian serta membuat
apa yang telah diajar
keputusan berdasarkan fakta
Berkebolehan bekerja dalam
pasukan sebagai satu
komuniti yang mampu
Mampu merancang dan mencadang menyelesaikan

menguruskan tugasan permasalahan yang wujud


Lebih kreatif serta mampu
menganalisa dan membuat
kesimpulan berdasarkan

sumber yang ada


2.1.2 Elemen Penting OBE




Kurikulum Arahan

Kaedah pengajaran
Menggunakan
dan rekabentuk
kurikulum OBE yang
hasil kurikulum yang
menggariskan
spesifik
yang
dan memfokuskan
kepada apa yang
boleh diukur OBE sepatutnya boleh
dilakukan oleh
pelajar selepas diajar

PENILAIAN




Penilaian

Hasil pengajaran dan
kualiti yang hendak
dicapai dinyatakan
dengan jelas



13

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


2.2 Komponen Pengajian


Komponen pengajian perlu diikuti oleh pelajar sebagai satu keperluan untuk memenuhi
syarat penganugerahan. Ia terbahagi seperti berikut:

Merupakan kursus-kursus pengajian am yang ditawarkan meliputi:
a. Keperluan nasional – Pengajian Malaysia, Pengajian
Modul Wajib Islam/Pendidikan Moral
(Compulsory) b. Keperluan MARA (contoh; Ko-Kurikulum)
c. Pembangunan Peribadi (contoh; Bahasa Inggeris, Bahasa
Jepun)
Merupakan kursus-kursus yang ditawarkan bagi memenuhi
keperluan sesuatu program. Terdiri daripada 2 teras:
i. Teras Umum (Common Core)
Kursus-kursus berasaskan:
a. Matematik (contoh; Fundamental Mathematics,
Engineering Mathematics 1)

Modul Teras b. Sains (contoh; Engineering Science, Engineering Materials)
(Core) c. Pembangunan Profesional (contoh; Keusahawanan,
Project Management)
d. Lukisan (contoh; Fundamental drawing) (Bagi program di
bawah kluster Seni dan Reka Bentuk dan Alam Bina
sahaja.)
ii. Teras Disiplin (Discipline Core)
Kursus yang diwajibkan dalam sesuatu program
- Merupakan komponen latihan yang memberi pendedahan
kepada pelajar melalui suasana pekerjaan sebenar.
Latihan Industri - Pelajar diwajibkan mengikuti Latihan Industri selama 16 minggu
(Industrial Training) pada semester akhir serta lulus.
- Pelajar perlu LULUS semua kursus sebelum menjalani Latihan
Industri.


2.3 Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian bagi seseorang pelajar dibenarkan mengikuti program sepenuh

masa di KKTM Petaling Jaya adalah seperti berikut :

Jadual 2.2 : Jadual Tempoh Pengajian

TEMPOH PENGAJIAN MAKSIMUM

2.5 Tahun 4.5 Tahun
(5 Semester) (9 Semester)




14

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


2.4 Kalendar Akademik

Jadual di bawah merupakan kalendar akademik yang digunapakai oleh KKTM Petaling
Jaya dalam melaksanakan sesi Pelajaran & Pembelajaran:


Jadual 2.3 : Kalendar Akademik (Setahun)

SESI MEI – SEPTEMBER

AKTIVITI MINGGU BILANGAN MINGGU

Pembelajaran & Penilaian 1 hingga 10 10

Minggu Aktiviti 11 1

Pembelajaran & Penilaian 12 hingga 17 6

Minggu Ulangkaji 18 1

Minggu Peperiksaan 19 1


Cuti semester 20 hingga 22 3

SESI OKTOBER – NOVEMBER

Pembelajaran & Penilaian 1 hingga 6 6

Minggu Peperiksaan 7 1

Cuti semester 8 1

SESI DISEMBER – APRIL

Pembelajaran & Penilaian 1 hingga 10 10


Minggu Aktiviti 11 1

Pembelajaran & Penilaian 12 hingga 17 6

Minggu Ulangkaji 18 1

Minggu Peperiksaan 19 1

Cuti semester 20 hingga 22 3

*Tertakluk kepada pindaan











15

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


2.5 Pendaftaran
2.5.1 Pendaftaran Program


• Semua pelajar adalah diwajibkan membuat pendaftaran program
pada setiap awal semester mengikut tarikh yang telah ditetapkan
01 oleh KKTM Petaling Jaya.
• Setiap pelajar wajib mendaftar program bagi setiap semester
sehingga tamat pengajian dalam tempoh maksimum yang
02 dibenarkan.
• Pelajar yang mendaftar lewat kurang dari tiga (3) hari dari tarikh

pendaftaran yang ditetapkan, akan dikenakan denda.
03 (Rujuk Lampiran 1)

• Pelajar yang mendaftar lewat lebih dari tiga (3) hari dari tarikh
04 pendaftaran yang ditetapkan, akan dikenakan denda dan dirujuk
• kepada Jawatankuasa Tatatertib. tiga (3) hari
• Pelajar kanan yang berstatus tangguh pengajian/digantung
pengajian WAJIB membuat pendaftaran semula pada awal semester
05 berikutnya mengikut tarikh yang ditetapkan oleh KKTM Petaling Jaya.


2.5.2 Pendaftaran Kursus

• Pelajar diwajibkan mendaftar setiap kursus yang ditawarkan pada
awal semester setiap sesi pengajian.
01


• Pendaftaran kursus hendaklah dibuat pada minggu pertama
mengikut tempoh pendaftaran yang telah ditetapkan oleh pihak
02 KKTM Petaling Jaya dengan kelulusan Ketua Jabatan/Program.
• Pelajar boleh dikenakan denda jika mendaftar kursus selepas minggu
pertama sesi pengajian tanpa sebab-sebab yang boleh diterima oleh
03 Jawatankuasa Akademik.
(Rujuk Lampiran 1)

• Pelajar perlu menyelesaikan bayaran denda yang berkaitan sebelum
dibenarkan mendaftar kursus pada sesi berkenaan.
04 (Rujuk Lampiran 1)

• Bagi mana-mana kursus yang mempunyai pra-syarat, pelajar perlu
lulus kursus pra-syarat sebelum mendaftar kursus berikutnya
05 KECUALI bagi pelajar semester terakhir sebelum menjalani Latihan
Industri yang masih mempunyai kursus tertunggak tertakluk
kelulusan Jawatankuasa Akademik.

• Pelajar kanan yang berstatus mengulang kursus atau mempunyai
kursus tertunggak WAJIB membuat pendaftaran kursus pada
06 minggu pertama sesi pengajian.


16

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya



2.5.3 Penangguhan Kursus

• Ketua Jabatan/Program boleh memohon penangguhan penawaran
kursus bagi sesuatu program atas sebab-sebab yang munasabah.
01
• Permohonan penangguhan kursus perlu mendapat pengesahan
Timbalan Pengarah (HEA) dan tertakluk kepada kelulusan Pengarah
02 KKTM Petaling Jaya serta perlu dimaklumkan kepada Pengarah
BKT.

• Kelulusan penangguhan kursus hanya sah pada semester yang
dimohon sahaja.
03
• Bagi kes penangguhan kursus, pelajar tidak perlu didaftarkan kursus
tersebut.
04
• Penangguhan kursus boleh dimohon selewat-lewatnya sehingga
minggu ke tiga (3) semester bermula.
05


2.5.4 Penambahan Kursus


• Pelajar dibenarkan menambah mana-mana kursus atas sebab-sebab
yang munasabah dengan kelulusan Timbalan Pengarah (HEA)
selewat-lewatnya pada minggu ke dua (2) sesi pengajian. Kursus
01 tersebut perlu didaftarkan menggunakan Borang Pendaftaran

Kursus.
• Kebenaran untuk pelajar menambah kursus tertakluk kepada jumlah
kredit maksimum per semester yang dibenarkan.
02


2.5.5 Pengguguran Kursus

• Pelajar boleh menggugurkan mana-mana kursus yang telah
didaftarkan atas sebab-sebab yang munasabah tertakluk kepada
01 kelulusan Timbalan Pengarah (HEA) selewat-lewatnya pada minggu

ke empat (4) sesi pengajian.

• Kursus yang digugurkan tidak akan didaftarkan pada semester
02 berkenaan.







17

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


2.5.6 Tarik Diri Kursus

• Pelajar dibenarkan menarik diri dari mana-mana kursus yang telah
didaftarkan dengan alasan yang munasabah dan mendapat
01 kelulusan Timbalan Pengarah (HEA) selewat-lewatnya pada minggu
ke 12 sesi pengajian.
• Kebenaran untuk pelajar menarik diri tertakluk kepada jumlah kredit
minimum per semester yang dibenarkan.
02
• Gred WD akan dicatatkan pada status pendaftaran kursus dan slip
keputusan akademik pelajar. Walaubagaimanapun gred tidak akan
diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA dan pelajar
03 dikehendaki membayar denda apabila ingin mendaftar kursus
berkenaan pada sesi berikutnya.



































18

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


2.6 Keperluan Kredit

2.6.1 Kredit

Kredit bermaksud pemberian dan pengakuan yang bersesuaian dengan proses
pembelajaran yang telah dilalui oleh pelajar. Secara umumnya menurut norma
yang digunapakai oleh MQA, seseorang pelajar yang melalui proses
pembelajaran selama 40 jam dalam satu semester yang bersesuaian dengan
hasil pembelajaran program akan dianugerahkan satu (1) kredit.

2.6.2 Beban Kredit Bagi Satu Semester


Beban kredit pelajar ialah jumlah kredit maksimum yang boleh didaftar oleh
pelajar bagi satu semester. Jumlah beban kredit bagi semester panjang dan
pendek adalah berbeza seperti jadual 2.4 di bawah.

Jadual 2.4 : Beban kredit pelajar mengikut semester



SEMESTER PANJANG

STATUS KEDUDUKAN GRED JUMLAH KREDIT
KEDUDUKAN MATA MINIMUM MAKSIMUM

Kedudukan Baik CGPA ≥ 2.00 12 20
(KB)
Kedudukan
Bersyarat 1.70 ≤ CGPA < 2.00 8 12
(KS)


SEMESTER PENDEK

STATUS KEDUDUKAN GRED JUMLAH KREDIT
KEDUDUKAN MATA MINIMUM MAKSIMUM

Kedudukan Baik CGPA ≥ 2.00 2 9
(KB)

Kedudukan Bersyarat 1.70 ≤ CGPA < 2.00 2 9
(KS)



➢ Pelajar yang membawa beban kredit yang melebihi kredit maksimum perlu
mendapat kelulusan Senat BKT.

➢ Beban kredit minimum per semester tidak terpakai ke atas pelajar yang
masih mempunyai kursus tertunggak sebelum menjalani Latihan Industri.


19

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


2.7 Penangguhan Pengajian

Pelajar boleh memohon untuk menangguhkan pengajian atas alasan yang munasabah

dengan mendapat kelulusan daripada Pengarah KKTM Petaling Jaya dan dimaklumkan
kepada Pengarah BKT dengan syarat penangguhan tersebut tidak melebihi dua (2)
semester.


2.7.1 Permohonan penangguhan melebihi dua (2) semester, tertakluk kepada

pertimbangan dan kelulusan Pengarah BKT.
2.7.2 Tempoh maksimum penangguhan pengajian yang dibenarkan hanya empat (4)

semester sahaja samada secara berasingan atau terkumpul.
2.7.3 Tempoh penangguhan semester akan diambil kira dalam bilangan tempoh

maksimum pengajian.

2.8 Kehadiran

➢ Pelajar wajib hadir setiap pertemuan pengajaran dan pembelajaran (PnP) yang

telah ditetapkan bagi sesuatu kursus.
➢ Pensyarah bertanggungjawab mencatat kehadiran setiap pelajar bagi setiap
pertemuan PnP yang dijalankan.

➢ Pelajar yang tidak mencapai syarat kehadiran sebagaimana ditetapkan dalam
Jadual 2.5 akan disekat daripada menduduki Peperiksaan Akhir atau Tugasan
Akhir (bagi kursus berasaskan 100% kerja kursus) dan diberi Gred WX.

➢ Pemberian Gred WD dan WX dalam kes kehadiran adalah seperti Jadual 2.5.

Jadual 2.5 : Pemberian gred WD dan WX mengikut kes


SYARAT
PERKARA SYARAT GRED
TAMBAHAN

Cuti Dengan Kebenaran Kehadiran < 80% WD Tiada

Cuti Tanpa Kebenaran Kehadiran < 90% WX Tiada

Cuti Dengan Kebenaran Cuti Tanpa
+ Kehadiran < 70% WD Kebenaran tidak
Cuti Tanpa Kebenaran melebihi 10%


➢ Pelajar yang tidak menghadiri pertemuan PnP yang ditetapkan melebihi 20% atau
dalam tempoh empat (4) minggu berturut-turut perlu mendapatkan kelulusan
Pengarah KKTM Petaling Jaya.



20

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


2.9 Penilaian

Semua penilaian terhadap setiap kursus dibuat secara berkala dan berterusan dalam

tempoh minggu pembelajaran sesuatu semester menurut kaedah yang ditetapkan oleh
Senat BKT. Penilaian setiap kursus adalah terdiri daripada kerja kursus dan
peperiksaan akhir.


2.9.1 Kerja kursus


➢ Semua kerja kursus wajib diselesaikan sebelum minggu Peperiksaan Akhir.
➢ Pelajar yang tidak menduduki mana-mana penilaian berterusan yang
ditetapkan walaupun jumlah keseluruhan markah melebihi gred lulus

minimum kursus berkenaan akan diberi gred WA.
➢ Pelajar yang memperolehi gred WA bagi sesuatu kursus, wajib mendaftar
dan menduduki semula mana-mana penilaian yang tidak lengkap bagi

kursus berkenaan.
➢ Keputusan penilaian kerja kursus perlu dimaklumkan kepada pelajar
sebelum minggu peperiksaan akhir bermula.



2.9.2 Peperiksaan Akhir

Pelajar wajib menduduki Peperiksaan Akhir bagi semua kursus yang
ditetapkan. Peperiksaan Akhir hendaklah dijalankan dalam tempoh yang
ditetapkan dan mengikut Buku Panduan Dasar Pembangunan Kurikulum

Program Diploma KKTM, MJII & IKM Edisi 3 2019.



2.9.3 Mengulang Kursus

➢ Pelajar yang gagal dalam sesuatu kursus hendaklah mengulang kursus
tersebut sehingga lulus dengan syarat menepati had maksimum tempoh

pengajian.
➢ Pelajar yang mengulang kursus perlu mengikuti kelas dan menduduki
semua penilaian yang disyaratkan bagi kursus tersebut.

➢ Gred yang diperolehi adalah gred sebenar yang dicapai oleh pelajar
tersebut.

➢ Bagi tujuan pengiraan GPA dan CGPA, mata nilai terakhir kursus yang
diulang akan diambilkira dan mata nilai asal dimansuhkan.

21

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


2.9.4 Peperiksaan Khas

Peperiksaan khas ditakrifkan sebagai peperiksaan yang diduduki oleh pelajar

tertentu atas kes-kes seperti berikut :


a. Pelajar yang tidak dapat menduduki peperiksaan akhir semester kerana
disahkan sakit / tidak upaya oleh pegawai perubatan dari hospital
kerajaan/pusat perubatan yang diiktiraf.

b. Bagi pelajar dalam kategori ini, gred yang diperolehi adalah gred sebenar
yang dicapai oleh pelajar tersebut dengan mengambil kira penilaian

berterusan.

ATAU


c. Pelajar yang tidak memenuhi syarat untuk menjalani Latihan Industri
tertakluk kepada gagal satu (1) kursus sahaja (kecuali gred WX). Pihak

KKTM Petaling Jaya dibenarkan mengadakan Peperiksaan Khas dengan
syarat kursus berkenaan telah diduduki oleh pelajar tersebut di semester
terakhir sebelum Latihan Industri dijalankan.


Bagi pelajar dalam kategori ini, gred maksimum yang boleh dicapai adalah

gred lulus minimum mengikut kursus tersebut dan disahkan oleh Senat BKT.

ATAU


Peperiksaan khas bagi tujuan lain dalam keadaan luar biasa seperti
bencana alam, wabak penyakit atau kes-kes darurat hanya akan diberi

kepada pelajar tertakluk kepada kelulusan Senat BKT dengan
mengemukakan dokumen pengesahan pihak berkuasa tempatan.


Bagi pelajar dalam kategori ini, gred yang diperolehi adalah gred sebenar
yang dicapai oleh pelajar tersebut dengan mengambil kira penilaian

berterusan.

ATAU





22

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


i. Peperiksaan khas untuk tujuan memperbaiki CGPA bagi pelajar yang
mendapat Keputusan Bersyarat (KS) di semester akhir. Bagi pelajar dalam

kategori ini hanya dibenarkan mengambil maksimum 12 kredit sahaja dari
mana-mana kursus semester akhir yang mendapat gred C+, C atau C-
sahaja dengan mendapat kelulusan Senat BKT.

Bagi pelajar dalam kategori ini, gred yang diperolehi adalah gred sebenar
yang dicapai oleh pelajar tersebut tanpa mengambil kira penilaian

berterusan.
ii. Peperiksaan khas perlu dilaksanakan dalam tempoh dua (2) minggu
selepas Senat BKT bersidang.

iii. Pihak KKTM Petaling Jaya perlu mendapatkan kelulusan Jawatankuasa
Senat BKT sebelum peperiksaan khas dikendalikan.


2.9.5 Kebenaran Menduduki Peperiksaan

i. Pelajar perlu menerima Slip Kelayakan Menduduki Peperiksaan dari UPP
sebelum peperiksaan akhir semester bermula.

ii. Pelajar diwajibkan membawa Slip Kelayakan Menduduki Peperiksaan dan
dokumen pengenalan diri pada setiap kali peperiksaan dijalankan.

Kegagalan membawa dokumen tersebut ke dalam dewan atau bilik
peperiksaan boleh mengakibatkan pelajar tidak dibenarkan menduduki
peperiksaan.


2.9.6 Keputusan Peperiksaan


i. Keputusan akan dikeluarkan dalam bentuk Penyata Pencapaian
(Achievement Slip) bagi setiap semester yang mencatatkan rekod
pencapaian akademik.

ii. Penyata pencapaian (Achievement Slip) pelajar akan diedarkan pada
minggu pertama sesi pengajian berikutnya kecuali pelajar yang mendapat

KEDUDUKAN GAGAL (KG).
iii. Pelajar yang mendapat keputusan KEDUDUKAN GAGAL (KG), perlu
dimaklumkan keputusannya sebelum sesi pengajian berikutnya bermula

setelah mendapat pengesahan Senat BKT.
iv. Transkrip hanya akan dikeluarkan kepada pelajar yang bergraduat sahaja.

v. Tarikh graduasi pelajar pada skrol adalah mengikut tarikh hari pertama
Senat BKT bersidang.

23

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


2.9.7 Penyemakan Semula Keputusan


i. Pelajar boleh membuat permohonan penyemakan semula keputusan

peperiksaan akhir bagi kertas teori/amali dengan kadar bayaran seperti
yang telah ditetapkan. (Rujuk Lampiran 1)
ii. Permohonan penyemakan markah hanya boleh dibuat dalam tempoh dua

(2) minggu selepas sesi pembelajaran bermula.
iii. Keputusan penyemakan semula yang disahkan oleh Senat BKT adalah

muktamad.

2.9.8 Salah Laku Peperiksaan

Pelajar tidak boleh melakukan mana-mana salah laku peperiksaan seperti
berikut :


Memberi, memiliki atau menerima sebarang

maklumat dalam bentuk elektronik, bahan bertulis,
bercetak, alat atau objek yang dilarang daripada
mana-mana pihak semasa peperiksaan dijalankan

tanpa kebenaran Ketua Pengawas.

Menggunakan maklumat 1 Menipu atau cuba untuk
yang diperolehi seperti di menipu atau berkelakuan

atas bagi tujuan menjawab 3 mengikut cara yang boleh
2
soalan peperiksaan. ditafsirkan sebagai menipu
semasa peperiksaan akhir
sedang berjalan.




2.9.9 Hukuman

i. Kes – kes salah laku peperiksaan perlu dikemukakan dengan bukti – bukti

yang sahih serta diperakukan oleh Ketua Pengawas Peperiksaan.
ii. Gred CX akan diberikan kepada pelajar yang melakukan salah laku
peperiksaan untuk kes Kali pertama dengan pengesahan Jawatankuasa

Akademik den dikehendaki mengulang kursus tersebut dengan kadar
bayaran seperti yang telah ditetapkan. (Rujuk Lampiran 1)

iii. Pelajar yang melakukan kesalahan kali kedua boleh ditamatkan pengajian
dengan kelulusan Senat BKT.



24

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


2.9.10 Penyelewengan Akademik

i. Pelajar yang melakukan penyelewengan akademik seperti berikut boleh
diberikan markah sifar (0) terhadap tugasan tersebut setelah disahkan oleh

Jawatankuasa Akademik :
a. Plagiat tanpa menyatakan sumber asal
b. Menciplak tugasan atau hasil kerja kursus pelajar lain

c. Apa-apa bentuk perlakuan atau cubaan penipuan akademik selain
daripada yang dinyatakan di atas


2.10 Sistem Penilaian

Sistem penilaian terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu berdasarkan gred dan Lulus
atau Gagal. Walaubagaimanapun lulus atau gagal hanya digunapakai pada penilaian

Latihan Industri sahaja.


2.10.1 Sistem Gred

Pemberian Gred dan Mata (point) adalah berdasarkan kepada Jadual 2.6 di
bawah:
Jadual 2.6 : Sistem Pengredan


STATUS
JULAT
MARKAH GRED NILAI GRED MARKAH KURSUS LULUS

50%
90-100 A+ 4.0

85-89 A 4.0 CEMERLANG

80-84 A- 3.7

75-79 B+ 3.3
70-74 B 3.0
65-69 B- 2.7 KEPUJIAN
60-64 C+ 2.3

55-59 C 2.0

50-54 C- 1.7 LULUS

45-49 D+ 1.3

40-44 D 1.0 GAGAL

0-39 F 0





25

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


Markah dan gred lulus sesuatu kursus adalah merujuk pada Jadual 2.7.


Jadual 2.7 : Markah Lulus Kursus
MARKAH LULUS
BIL KATEGORI KURSUS PROGRAM DIPLOMA

1 Amali 50% (C-)

2 Teori 50% (C-)



Selain daripada gred di Jadual 2.7, pelajar juga boleh diberi gred seperti Jadual

2.8 bagi kes-kes berikut:

Jadual 2.8: Status Gred

GRED KES

Menarik diri dengan kebenaran. Gred yang diberikan kepada kursus, jika pelajar
WD menarik diri dengan kebenaran atau pelajar gagal hadir peperiksaan dengan
alasan yang munasabah dan diterima oleh Jawatankuasa Akademik.


(Tidak dimasukkan ke dalam pengiraan GPA dan CGPA)

Menarik diri tanpa kebenaran. Gred yang diberikan kepada kursus, jika pelajar
menarik diri tanpa kebenaran, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan atau
dibatalkan. Catatan pada sistem aplikasi berkomputer (SPPP) adalah seperti
berikut :
“AX” - Status yang dicatatkan di dalam sistem terhadap pelajar yang tidak
hadir / tidak menduduki Peperiksaan Akhir tanpa alas an yang
munasabah.
WX “BA” - Status diberi kepada pelajar yang tidak cukup kehadiran bagi kursus
yang tiada peperiksaan akhir.

“BX” - Status yang diberikan kepada pelajar sekiranya disekat dari
menduduki Peperiksaan Akhir akibat kekurangan kehadiran. (Barred
exam)
“CX” - Status yang diberikan kepada pelajar yang didapati melakukan salah
laku peperiksaan.
“DX” - Status yang diberikan kepada pelajar yang gagal ujian kritikal.

(Dimasukkan ke dalam pengiraan GPA dan CGPA)
Tidak menduduki mana-mana penilaian berterusan yang ditetapkan dengan
syarat jika jumlah keseluruhan markah melebihi gred lulus minimum kursus
WA berkenaan.

(Tidak dimasukkan ke dalam pengiraan GPA dan CGPA)



26

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


2.11 Kedudukan Akademik

Pelajar akan diberi taraf kedudukan akademik di atas keputusan penilaiannya mengikut
kategori seperti Jadual 2.9.


Jadual 2.9: Kedudukan Akademik

KEDUDUKAN CGPA
AKADEMIK

Kedudukan Baik CGPA  2.00
(KB)

Kedudukan Bersyarat 1.70  CGPA < 2.00
(KS)


CGPA < 1.70

ATAU
GPA < 1.0
Kedudukan Gagal
(KG) (Tidak termasuk semester akhir)
ATAU
Kedudukan Bersyarat (KS) 3 kali berturut-turut
bagi Program diploma



2.12 Status Kedudukan


2.12.1 Pelajar yang mendapat Kedudukan Baik (KB), layak untuk meneruskan
pengajian ke semester berikutnya.
2.12.2 Pelajar yang mendapat Kedudukan Baik (KB) tetapi gagal mana-mana kursus

layak meneruskan pengajian ke semester berikutnya dengan syarat wajib
mengulangi kursus berkenaan sehingga lulus untuk melayakkannya

dianugerahkan sijil/diploma tertakluk kepada tempoh maksimum pengajian.
2.12.3 Pelajar yang mendapat keputusan Kedudukan Bersyarat (KS), layak untuk
meneruskan pengajian ke semester berikutnya. Walau bagaimanapun, pelajar

hanya dibenarkan mengambil kursus dengan maksimum 12 kredit sahaja.
2.12.4 Pelajar yang mendapat keputusan Kedudukan Bersyarat (KS) tiga (3) kali

berturut-turut bagi Program Diploma ATAU Kedudukan Gagal (KG) akan
ditamatkan pengajian.





27

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


2.12.5 Keputusan kedudukan akademik dan status penganugerahan bagi pelajar

semester akhir adalah seperti di Jadual 2.10.

Jadual 2.10: Status Penganugerahan


KEDUDUKAN STATUS STATUS
AKADEMIK KETERANGAN GRADUAT PENGANUGERAHAN

CGPA ≥ 2.00
Kedudukan Baik DAN Tamat
Bergraduat Pengajian dan Layak
(KBG) Memenuhi syarat Bergraduat
penganugerahan


Kedudukan Baik CGPA ≥ 2.00 Tidak Graduat Tidak Layak
Tidak Graduat Gagal mana-mana (Mengulang
(KBTG) kursus kursus gagal)

Kedudukan Tidak Graduat
Bersyarat 1.70 ≤ CGPA < 2.00 (Memperbaiki Tidak Layak
(KS) gred)

CGPA < 1.70

ATAU
Kedudukan Tidak Graduat
Gagal Kedudukan Bersyarat (Ditamatkan Tidak Layak
(KG) (KS) tiga (3) kali berturut- pengajian)
turut bagi program
diploma



2.13 Pengiraan GPA dan CGPA


2.13.1 GPA ialah Grade Point Average atau Purata Nilai Gred iaitu nilai yang didapati
secara purata terhadap keputusan yang diperoleh bagi satu semester itu.

2.13.2 CGPA bermaksud Cumulative Grade Point Average atau Purata Nilai Gred
Kumulatif yang mana ia mendapatkan nilai purata keputusan bagi semua
semester yang telah dilalui.

2.13.3 Elemen-elemen yang digunakan dalam pengiraan CGPA adalah :
• Bilangan Kredit

• Mata Nilai – Nilai yang dibawa oleh sesuatu gred
(Gred A=4.00, Gred B=3.00)
• Jumlah Mata Nilai – Hasil darab Mata Nilai dengan Bilangan Kredit



28

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


2.13.4 Contoh Formula pengiraan :


Keputusan Semester x


Mata Jumlah
Kursus Kredit Gred
Nilai Mata Nilai


1 Kursus 1 3 B 3.00 9.00

2 Kursus 2 3 B 3.00 9.00

3 Kursus 3 3 A- 3.70 11.10
4 Kursus 4 2 A- 3.70 7.40

5 Kursus 5 2 B- 2.70 5.40
6 Kursus 6 2 B- 2.70 5.40

7 Kursus 7 2 B+ 3.30 6.60

Pengiraan GPA bagi Semester x:

GPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai
Hasil tambah semua kredit
= 9.00+9.00+11.10+7.40+5.40+5.40+6.60


3+3+3+2+2+2+2

= 53.90

17

= 3.17



Pengiraan CGPA bagi Semester x:
Nilai CGPA diperoleh dengan mendapatkan purata bagi keputusan semester-
semester yang telah dilalui.



Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester
CGPA =
Hasil tambah semua kredit bagi semua semester








29

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


2.14 Syarat Penganugerahan

Syarat-syarat penganugerahan adalah seperti berikut:


a) Memperolehi CGPA 2.00 atau lebih pada semester akhir pengajian.

DAN


b) LULUS dalam semua kursus yang diwajibkan bagi sesuatu program.


DAN

c) KEPUJIAN Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau LULUS Bahasa

Kebangsaan A bagi program yang melibatkan akreditasi MQA.

































30

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


2.15 Kecemerlangan Akademik

Pelajar yang menunjukkan kecemerlangan akademik (kecuali pelajar di semester

pendek) akan diberi penganugerahan seperti berikut:








Anugerah Platinum Anugerah Emas Anugerah Dekan
(Platinum Award) (Gold Award) (Dean’s Award)

Anugerah yang Anugerah yang Anugerah yang
diberikan kepada pelajar diberikan kepada pelajar diberikan pada setiap
yang berjaya bergraduat yang berjaya bergraduat semester kepada pelajar
dengan mendapat GPA dengan mendapat yang berjaya
3.50 atau lebih pada CGPA 3.50 atau lebih
setiap semester tetapi tidak mendapat memperolehi GPA 3.50
pengajian. GPA 3.50 bagi setiap atau lebih pada mana-
mana semester
semester pengajian. pengajian berkenaan
Catatan Anugerah dengan syarat
Platinum akan Catatan Anugerah Emas mengambil minimum 12
dipamerkan pada skrol akan dipamerkan pada kredit pada semester
dan transkrip. skrol dan transkrip. berkenaan.

Catatan Anugerah
Dekan akan dipamerkan
pada penyata
pencapaian.



2.16 Pengeluaran Skrol


2.16.1 Penyata pencapaian dan transkrip akan dikeluarkan oleh UPP KKTM Petaling
Jaya.
2.16.2 Skrol sijil dan diploma akan dikeluarkan oleh BKT dan diserahkan kepada UPP

KKTM Petaling Jaya untuk edaran kepada pelajar.
2.16.3 Skrol sijil dan diploma yang tidak dituntut oleh pelajar selepas lima (5) tahun,

perlu diserahkan kepada SPP BKT.





31

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


2.17 Gantian Dokumen Persijilan


2.17.1 Permohonan skrol gantian boleh dibuat oleh pelajar kepada BKT.

2.17.2 Permohonan transkrip dan penyata pencapaian gantian boleh dibuat oleh
pelajar kepada Pengarah KKTM Petaling Jaya di mana pelajar berkenaan

mengikuti pengajian.
2.17.3 Permohonan bagi para 2.18.1 dan 2.18.2 hendaklah disertakan bersama
dokumen-dokumen sokongan seperti :


i. Skrol atau penyata pencapaian yang rosak

ATAU
ii. Laporan polis (kes hilang sahaja – terpakai bagi kes kehilangan Skrol
atau Penyata Pencapaian)

iii. Resit bayaran berdasarkan kadar bayaran (Rujuk Lampiran 1)

2.18.4 Pelajar boleh mendapatkan dokumen persijilan seperti di Jadual 2.11.


Jadual 2.11 : Kadar Bayaran Gantian Dokumen Persijilan


DOKUMEN JABATAN
Salinan Skrol SPP BKT

Salinan Skrol Seterusnya SPP BKT
Transkrip UPP KKTM Petaling Jaya

Penyata Pencapaian UPP KKTM Petaling Jaya
Transkrip Seterusnya UPP KKTM Petaling Jaya

Penyata Pencapaian Seterusnya UPP KKTM Petaling Jaya















32

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


3.0 M A K L U M A T P R O G R A M


KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PETALING JAYA


3.1 Matlamat Program

Matlamat program adalah untuk menyediakan graduan yang menguasai ilmu
kejuruteraan serta skil praktik yang diperlukan untuk menyelia pasukan dalam

mengenalpasti / menyelesaikan masalah operasi dan penyelenggaraan dalam konteks
industri di samping berpotensi menjadi usahawan dalam bidang teknikal.


3.2 Programme Educational Objective (PEO)

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (OBJEK RANGKAIAN INTERNET)
Diploma in Electronic Engineering (Internet of Things)

Graduates with adequate knowledge and technical skills to perform their job tasks in
PEO 1
various industries which require electronics and IoT skills and competencies.

Graduates with leadership qualities, effective communication skills, ethical values and
PEO 2
social responsibilities to fulfill their duties towards their organization and community.

Graduates demonstrate entrepreneurship skill and recognize the need for lifelong
PEO 3
learning for career advancement in the electronics and IoT related fields.



3.3 Programme Learning Outcomes (PLO)


DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
PLO 1 Knowledge Apply knowledge of applied mathematics, applied science,
engineering fundamentals and an engineering specialisation
respectively to wide practical procedures and practices
PLO 2 Problem analysis Identify and analyse well-defined engineering problems reaching
substantiated conclusions using codified methods of analysis
specific to their field of activity
PLO 3 Design/ Design solutions for welldefined technical problems and assist
development of with the design of systems, components or processes to meet
solutions specified needs with appropriate consideration for public health
and safety, cultural, societal, and environmental considerations
PLO 4 Investigation Conduct investigations of well-defined problems; locate and
search relevant codes and catalogues, conduct standard tests
and measurements






33

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


PLO 5 Modern Tool Apply appropriate techniques, resources, and modern
Usage engineering and IT tools to well-defined engineering problems,
with an awareness of the limitations
PLO 6 The Engineer and Demonstrate knowledge of the societal, health, safety, legal and
Society cultural issues and the consequent responsibilities relevant to
engineering technician practice and solutions to well-defined
engineering problems
PLO 7 Environment and Understand and evaluate the sustainability and impact of
Sustainability engineering technician work in the solution of well-defined
engineering problems in societal and environmental contexts
PLO 8 Ethics Understand and commit to professional ethics and responsibilities
and norms of technician practice
PLO 9 Individual and Function effectively as an individual, and as a member in diverse
Team Work technical teams

PLO 10 Communications Communicate effectively on well-defined engineering activities
with the engineering community and with society at large, by
being able to comprehend the work of others, document their own
work, and give and receive clear instructions
PLO 11 Project Demonstrate knowledge and understanding of engineering
Management and management principles and apply these to one’s own work, as a
Finance member or leader in a technical team and to manage projects in
multidisciplinary environments
PLO 12 Life Long Learning Recognise the need for, and have the ability to engage in
independent updating in the context of specialised technical
knowledge


3.4 Jabatan Dan Program

Berikut adalah ringkasan penerangan berkenaan program yang ditawarkan di KKTM
Petaling Jaya.


Program ini menerapkan pengetahuan teknikal dan
memberi latihan kemahiran kepada pelajar dalam
bidang kejuruteraan elektronik, komputer sains dan
Diploma Kejuruteraan PENGENALAN objek rangkaian internet seperti web development,
Elektronik (Objek mobile computing, big data analytical, base
Rangkaian Internet) management system, network security dan sensor
technologies.
Diploma in Electronic PELUANG Web developer, Mobile programmer, Mobile
Engineering PEKERJAAN Application designer, Web designer, Cyber Security
(Internet of Things) Technician dan Electronic Assistant Engineer.
PELUANG
SAMBUNG Peringkat Sarjana Muda di UA/US seperti UNiKL,
BELAJAR UteM, UNiMAP, GMI dan UMP.




34

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


3.5 Kursus Dan Program

Berikut adalah ringkasan kursus yang perlu diikuti oleh setiap pelajar sepanjang tempoh

pengajian Diploma Kejuruteraan Elektronik (Objek Rangkaian Internet).


Bil Nama Kursus Klasifikasi Pra-Syarat Jam / Minggu Kredit

1 Start-Up Enterprise Common - 2 2
2 Engineering Mathematics 1 Common - 3 2

3 Physics 1 Common - 4 2
4 Engineering Drawing and CAD Core - 4 2
5 Workshop Electronics Core - 4 2

6 Introduction to Internet of Things (IoT) Core - 2 2
7 Digital Electronics Fundamental Core - 5 3
8 Analogue Electronics Core - 5 3

9 English For Communication Compulsory - 6 2
10 Co-Curriculum 1 Compulsory - 5 1
Penghayatan Akidah - 7.3
11 Compulsory 2
Asas Pengajian Moral 6.8
12 Progmmable Logic Controller Core - 13.3 3
13 English For Career Development Compulsory - 6 2

14 Digital Enterprise Common - 2.3 2
15 Physics 2 Common - 4 2
16 Engineering Mathematics 2 Common - 3 2

17 Sensor Technologies Core - 4 3
18 Programming Language Core 4 3
19 Electric Circuits Core - 4 3

20 Mathematics For Electrical Engineering Common - 5 2

21 Embedded Systems Core - 4 3

22 Mobile Computing Core - 4 3

23 Digital Communication & Networking Core - 5 3
Technologies
24 Web Development Core - 3 3

25 Electrical Installation Core - 3 2
Syariah Dan Kehidupan - 6.8
26 Compulsory 2
Isu Moral & Cabaran Penghayatan Nilai Murni - 6
27 Co-Curriculum II Compulsory - 5.3 1

28 Advance Electrical Installation Core - 13.3 3
29 Project 1 Core - 5.3 2


35

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


30 Pengajian Malaysia Compulsory - 2 2

31 Signals & Systems Core - 4 3
32 Cyber Security Core - 5 3
33 Big Data Analytics Core - 3 3
34 Database Management System Core - 4 3

35 Project 2 Core - 2 4
36 Industrial Training Compulsory - 22 weeks 8

*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa mengikut arahan BKT
















































36

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya



4.0 P E R A T U R A N D A N T A T A T E R T I B

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PETALING JAYA

➢ Semua pelajar adalah terikat dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan

merangkumi peraturan akademik, asrama, disiplin dan mana-mana peraturan yang
dikuatkuasakan oleh pihak pengurusan dari masa ke semasa. Peraturan-peraturan ini
hendaklah dipatuhi oleh semua pelajar di sepanjang tempoh pengajian.

➢ Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap mana-mana pelajar yang melanggar
peraturan-peraturan tersebut.

➢ Hukuman yang dikenakan ke atas kesalahan yang dilakukan adalah berdasarkan
kepada kategori kesalahan seperti berikut.

4.1 Hukuman Kategori I (Kesalahan Berat)



BIL. KESALAHAN HUKUMAN
1. Melakukan zina, homoseksual atau lesbian Buang Latihan dan
dikenakan bayaran gantirugi
2. Melakukan khalwat atau berdua-duaan Buang Latihan dan
dikenakan bayaran gantirugi
3. Mencabul atau cuba mencabul kehormatan atau Buang Latihan dan
melakukan gangguan seksual terhadap orang lain dikenakan bayaran gantirugi
4. Merogol atau melakukan paksaan seksual terhadap Buang Latihan dan
orang lain dikenakan bayaran gantirugi
5. Menggunakan kekerasan dengan senjata Buang Latihan dan
berbahaya bertujuan mengugut atau mengancam dikenakan bayaran gantirugi
nyawa orang lain atau dengan sengaja
mengakibatkan kecederaan serius ke atas Pelajar
atau individu lain
6. Memiliki, menyimpan, membawa atau mengguna Buang Latihan dan
senjata berbahaya atau bahan letupan yang dikenakan bayaran gantirugi
diharamkan oleh kerajaan
7. Didapati memiliki, menyimpan, memberi atau Buang Latihan dan
mengedar apa-apa jenis bahan dadah atau bahan dikenakan bayaran gantirugi
kimia atau racun yang mengkhayalkan dan
berbahaya kepada nyawa yang dilarang oleh
kerajaan













37

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


8. Menggunakan apa‐apa jenis dadah atau bahan Buang Latihan dan
kimia atau racun yang mengkhayalkan dan dikenakan bayaran gantirugi
berbahaya kepada nyawa yang dilarang oleh
kerajaan

Dibaca bersama klausa 2.3.1.11 Buku Peraturan
Tatatertib Pendidikan Teknikal dan Vokasional
MARA Ruj: Akta Racun 1952 iaitu:

Membuat, memiliki, mengawal, menjaga atau
menyimpan apa-apa jenis bahan yang dianggap
sebagai dadah atau racun atau bahan kimia yang
dilarang oleh Kerajaan selain daripada ubat yang
dihalalkan atau dibenarkan oleh Kerajaan.

Atau mana‐mana Akta atau peraturan yang
dipakai oleh
Kerajaan Malaysia pada masa kesalahan dibuat.

Nota:
Pusat perlu mendapatkan laporan pengesahan
ujian dadah dari Jabatan Kimia/Patologi/Agensi
yang diiktiraf oleh Kerajaan sebagai bukti.
9. Membawa, memiliki, menyimpan, menjaga, Buang Latihan dan
meminum atau mengedar apa-apa jenis minuman dikenakan bayaran gantirugi
keras atau minuman yang memabukkan atau arak
di dalam atau di luar kawasan PTV MARA dan
termasuk asrama atau rumah sewa Pelajar
10. Merosakkan harta benda PTV MARA atau hak Buang Latihan dan
orang lain dengan sengaja yang bernilai dikenakan bayaran gantirugi
RM200.00 ke atas
11. Memalsu, menipu, mengguna, mengedar atau Buang Latihan dan
menjual apa‐apa dokumen rasmi seperti Sijil Cuti dikenakan bayaran gantirugi
Sakit Hospital/Klinik Kerajaan/Swasta, Sijil SPM
(cth: slip SPM/SPVM)
12. Mencuri atau menipu yang melibatkan harta atau Diarah membayar semula
wang yang sama atau melebihi dari RM200 jumlah wang yang dicuri
atau ditipu sebagai bayaran
gantirugi dan di buang
latihan
13. Melibatkan diri dengan aktiviti lesbian, gay, Buang Latihan dan
biseksual dan transgender (LGBT) termasuk dikenakan bayaran gantirugi
pengambilan apa‐apa bahan ubatan atau bahan
kimia atau racun ke arah aktiviti LGBT
14. Pelajar tidak hadir tanpa sebab yang munasabah Buang Latihan dan
melebihi tiga (3) hari dari tempoh keseluruhan dikenakan bayaran gantirugi
Latihan Industri



38

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


15. Mana‐mana pelajar yang tidak hadir latihan atau Buang Latihan dan
aktiviti yang dijalankan oleh PTV MARA selama 7 dikenakan bayaran gantirugi
hari berturut‐ turut
16. Melibatkan diri dengan aktiviti‐aktiviti subersif Buang Latihan dan
atau sebarang aktiviti yang menggugat dikenakan bayaran gantirugi
keselamatan negara

Rujukan :
i) Akta Kesalahan (Langkah‐langkah Khas)
(Pindaan) 2015 – SOSMA

ii) Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA)
iii) Atau mana‐mana Akta atau peraturan yang
dipakai oleh Kerajaan Malaysia pada masa
kesalahan dibuat
17. Meniru atau memalsukan tandatangan Pengawal Buang Latihan dan
Pusat, Pegawai‐Pegawai, Pensyarah atau Staf dikenakan bayaran gantirugi
PTV MARA atau individu lain untuk kepentingan
peribadi
18. Melakukan aktiviti buli kepada individu lain yang Buang Latihan dan
boleh membawa kemudaratan secara fizikal atau dikenakan bayaran gantirugi
emosi
19. Menceroboh atau memasuki asrama puteri/putera Buang Latihan dan
dalam keadaan yang boleh menjatuhkan maruah dikenakan bayaran gantirugi
penghuni premis yang diceroboh
20. Meniru di dalam peperiksaan akhir pada setiap Buang Latihan dan
semester dikenakan bayaran gantirugi


4.2 Hukuman Kategori II (Kesalahan Sederhana)


BIL. KESALAHAN HUKUMAN
1. Mengubahsuai mana-mana peralatan, mesin atau Surat amaran dan/atau
menggodam komputer (hacker) milik KKTM tanpa denda bersamaan elaun 7
kebenaran hari
2. Membuat pendawaian elektrik atau mengubahsuai Surat amaran dan bayaran
mana‐mana bahagian asrama atau premis KKTM denda bersamaan elaun 7
tanpa kebenaran atau secara haram. hari atau ganti rugi
3. Bersikap biadab atau tidak sopan kepada Pengawal Amaran dan denda
Pusat, Pegawai-Pegawai, Pensyarah atau Staf bersamaan dengan potong
KKTM atau pekerja lain yang bertugas di KKTM elaun 7 hari
4. Menceroboh atau memasuki asrama putera/puteri Amaran dan denda
atau kawasan, tempat larangan yang ditetapkan bersamaan dengan potong
oleh KKTM tanpa kebenaran pihak yang elaun 7 hari
bertanggungjawab
5. Menyalahguna nama Pengawal Pusat KKTM/IKM, Amaran dan denda
Pegawai-Pegawai, Pensyarah atau Staf KKTM/IKM bersamaan dengan potong
untuk kepentingan sendiri atau individu lain elaun 7 hari


39

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


6. Memprovokasi hingga menimbulkan kekacauan Amaran dan denda
atau suasana tegang atau terlibat demonstrasi bersamaan dengan potong
haram dalam KKTM. elaun 7 hari
7. Memiliki atau menyimpan senjata yang berbahaya Berbahaya 1958 atau
mengikut Akta 357 Akta Bahan Kakisan dan mana‐mana Akta yang
Letupan dan Senjata Malaysia dari masa ke masa dipakai oleh kerajaan
Amaran dan denda
bersamaan dengan potong
elaun 7 hari
8. Menipu / berbohong kepada Pengawal Pusat, Amaran dan denda
Pegawai-Pegawai, Pensyarah atau Staf KKTM bersamaan dengan potong
untuk tujuan tertentu atau kepentingan sendiri atau elaun 7 hari
individu lain
9. Menghalang mana-mana Pelajar yang disyaki Amaran dan denda
terlibat dengan penyalahgunaan dadah atau racun bersamaan dengan potong
atau bahan kimia untuk menjalani pemeriksaan elaun 7 hari
doktor atas arahan Pengawal Pusat atau sesiapa
yang diberi kuasa
10. Membawa keluar dari premis KKTM sebarang harta Amaran dan denda
benda milik KKTM tanpa kebenaran bersamaan dengan potong
elaun 7 hari
11. Mencuri atau menipu yang melibatkan harta atau Amaran serta diarah
wang yang kurang dari RM100 membayar semula jumlah
wang yang dicuri atau ditipu
sebagai bayaran gantirugi
12. Berkelakuan tidak bermoral di dalam atau luar Khidmat masyarakat selama
premis KKTM dengan apa jua cara yang boleh 10 jam dan/atau denda
menjatuhkan reputasi MARA, KKTM atau pelajar bersamaan
sendiri dengan potong elaun 7 hari
13. Didapati memiliki, membawa, menyimpan, Amaran dan denda
menonton atau mengedar apa saja bahan/barang bersamaan dengan
lucah atau bahan yang diharamkan oleh kerajaan jumlah elaun 7 hari
14. Membuat atau menyebar fitnah dengan apa cara Khidmat masyarakat
sekali pun yang boleh merosakkan reputasi selama 10 jam dan/atau
Pengawal Pusat atau staf atau Pelajar KKTM atau Denda bersamaan
individu lain dengan potong elaun
7 hari.

Permohonan maaf
secara terbuka.
15. Menganjur atau turut serta dalam pesta atau Amaran dan denda
majlis yang bercanggah dengan nilai‐nilai moral bersamaan dengan
dan agama Islam potong elaun 7 hari
16. Membawa orang luar ke dalam premis KKTM Amaran dan/atau denda
tanpa kebenaran bersamaan dengan
potong elaun 7 hari






40


Click to View FlipBook Version