The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Natasha Umairah, 2024-06-07 11:50:10

MPU 1042 MPU 1042 : Tradisi Masyarakat Jawa di Malaysia

KENEGARAAN MALAYSIA (MPU 1042) kumpulan 10

MP U 1 0 4 2 Semester A232 E - M A J A L A H Kumpulan 10 TRADISI MASYARAKAT JAWA DI MALAYSIA : MUNJUNG & BARAAN Sumber : MalaysiaGazette Oleh Hazrol Zainal


5. LEGASI DAN WARISAN 1. 3. 4. 2. PENGENALAN LATAR BELAKANG MUNJUNG LATAR BELAKANG BARAAN PENGARUH TRADISI ISI KANDUNGAN 6. MAKLUMAT AHLI KUMPULAN CIRI-CIRI MASYARAKAT JAWA PERBEZAAN MASYARAKAT JAWA DAHULU & SEKARANG PENUTUP RUJUKAN 7. 8. 9. 10.


NO. AHLI KUMPULAN NO MATRIK 1. POOMALARSHANTI A/P MATHIALAGAN 300953 2. NATASHA UMAIRAH BINTI MAHAMAD KHARIOL NIZAR 300954 3. NAJWA BINTI SHABUDIN 300957 4. NURUL SAFFIAH BINTI TUZAROL 300969 5. AFRINA BATRISYIA BINTI FAUZI 300979 6. LUQMAN HAKIM BIN HANIZAM 300987 7. NUR HAZWANI BINTI MOHAMMAD RIZAL 301006 8. WAN FATINI IRDINA BINTI WAN DAUD 301019 9. NUR ALYAA MADIHAH BINTI AHMAD HELMI 302818 KUMPULAN 10


PENGENALAN “Daripada penemuan fosil manusia purba seperti Pithecanthropus Erectus dan Homo Sapiens, ahli arkeologi mendapati bahawa nenek moyang suku jawa adalah pribumi yang tinggal di Pulau Jawa sejak 1 juta tahun yang lalu”. Sumber: Scribd TEORI-TEORI ASAL USUL SUKU KAUM JAWA Sumber: Brainly.co.id Sumber: Quora Homo Sapiens OLEH NUR HAZWANI e - majalah MPU1042 2024


Teori asal usul suku Jawa yang menyebutkan bahawa nenek moyang suku Jawa berasal dari orang-orang Yunan atau China masa lampau adalah salah satu teori yang cukup popular di kalangan sejarawan. e-majalah MPU1042 OLEH WAN FATINI IRDINA 2024


Teori asal usul suku Jawa yang berasal dari Yunan dan China menyatakan bahawa nenek moyang suku Jawa berasal dari wilayah Yunan, yang kini merupakan sebahagian daripada China, dan melakukan migrasi ke kepulauan Nusantara ribuan tahun yang lalu. Menurut teori ini, suku-suku Austronesia, yang termasuk dalam kelompok etnik besar di Asia Tenggara dan Pasifik, bermigrasi dari daratan Asia ke Nusantara, dengan salah satu migrasi utama adalah dari wilayah Yunan ke selatan. Bukti linguistik menunjukkan bahawa bahasa-bahasa di Nusantara, termasuk bahasa Jawa, mempunyai kesamaan dengan bahasa-bahasa di Taiwan dan kawasan sekitarnya, yang menyokong teori migrasi Austronesia. Di samping itu, artifak arkeologi seperti alat batu dan tembikar yang ditemui di perbagai tapak di Jawa menunjukkan adanya pengaruh budaya dari daratan Asia, khususnya dari Yunan. Penyelidikan genetik juga menunjukkan kesamaan genetik antara penduduk Nusantara dengan penduduk di wilayah selatan China dan Taiwan. Tambahan pula, beberapa catatan sejarah China kuno mencatat adanya hubungan antara daratan China dan wilayah kepulauan Nusantara, termasuk Jawa, melalui catatan perjalanan para pelaut dan pedagang China. Mitologi dan cerita rakyat Jawa juga mengandungi unsur-unsur yang sama dengan cerita-cerita dari daratan Asia, ini menunjukkan adanya hubungan budaya dan migrasi. Walaupun teori ini didukung oleh bukti linguistik, genetik, dan arkeologis, terdapat juga kritikan dan teori alternatif yang menyatakan bahawa nenek moyang suku Jawa mungkin berasal dari wilayah Nusantara itu sendiri atau dari India, ini menunjukkan betapa kompleksnya sejarah migrasi manusia. SUKU JAWA DARI CHINA “bangsa indonesia berasal dari Asia.Bahasabahasa yang digunakan di kepulauan Indonesia,Polinesia,Melanesia,Mikronesia memiliki akar bahasa yang sama,iaitu bahasa Austronesia. OLEH WAN FATINI IRDINA prof dr. h. kern (ahli arkeologi) e-majalah MPU1042 2024


e - majalah MPU1042 2024 Tulisan kuno dari India yang menggunakan tulisan Pallavi >Menceritakan bahawa “Pulau-pulau di Nusantara termasuk Pulau Jawa, dahulunya merupakan sebahagian dari daratan Asia & Australia”. Sumber: Scribd Sumber: Iluminasi.com Ali Saka >Turut diceritakan bahawa Ali Saka merupakan seorang pengembara di mana merupakan orang pertama yang menjejakkan kaki di Pulau Jawa & membina pemukiman. Sumber: Scribd Sumber: Google Nota kaki: Asal usul Jawa memiliki banyak versi yang berbeza, namun semua teori cuba menjelaskan bagaimana nenek moyang suku Jawa dapat tinggal & menetap di Pulau Jawa. Pulau-pulau Nusantara Sumber: Google OLEH NUR HAZWANI


MENGENALI MASYARAKAT JAWA DI MALAYSIA SEJARAH KEDATANGAN MASYARAKAT JAWA KE TANAH MELAYU OLEH NUR ALYAA MADIHAH Masyarakat Jawa merupakan masyarakat yang berasal dari dua daerah yang berbeza dan tinggal di daerah tersebut iaitu di daerah Jawa Tengah dan juga Jawa Timur (Muftahul Huda, 2007). Menurut Tuan Haji Mohd Sabran, orang Jawa sememangnya kuat bertani. Oleh itu, apabila apabila mereka mendapat tahu di Malaysia mempunyai banyak peluang pekerjaan, merekalah orang yang paling ramai hendak datang ke Tanah Melayu untuk bekerja sebagai buruh dan membuka hutan. Khazin Mohd. Tamrin (1977), menjelaskan bahawa sebelum abad kesembilan lagi kedatangan orang-orang Jawa ke Tanah Melayu telah bermula. Masyarakat Jawa juga telah mempunyai sebuah perkampungan yang terletak di sebelah Hilir Melaka ketika zaman kegemilangan kesultanan Melaka. Walaubagaimanapun, perkampungan mereka hanyalah sebuah perkampungan bagi pedagang-pedagang sahaja. e - majalah MPU1042 2024 Dianggarkan bahawa orang Malaysia berketurunan Jawa adalah melebihi 700 000 orang. Sebahagian besar di Selangor, Perak dan Johor ia dan minoriti yang ketara di Sabah dan Sarawak. https://joshuaproject.net/people_groups/17000/MY


LATARBELAKANGBARAAN OLEH AFRINA BATRISYIA Baraan merupakan istilah Jawa bermaksud kunjungan beramairamai dari rumah ke rumah secara berkumpulan dan kebiasannya akan disusuli dengan marhaban pada setiap kali Syawwal yang sudah menjadi tradisi masyarakat setempat. e - majalah MPU1042 2024 Asal usul adat ini berkemungkinan besar berasal dari amalan menziarahi ahli keluarga di Jawa, dan apabila mereka berpindah ke Tanah Melayu, mereka membawa adat itu dan mengamalkannya sehingga hari ini. Baraan menjadi acara tahunan yang hampir 'wajib' di kawasan-kawasan taman perumahan dan dikampung-kampung. Mengikut logik, ada sebab orang Jawa sangat menghargai persahabatan. Pegangannya teguh pada peribahasa Jawa lama, ‘mangan ora mangan sing penting ngumpul’ yang bermaksud ‘makan atau tak makan, yang penting berkumpul᾿.


LATAR BELAKANG MUNJUNG Amalan mengunjung atau disebut 'munjung' dalam bahasa Jawa adalah aktiviti menghantar makanan kepada jiran tetangga beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri. Tradisi turun-temurun masyarakat jawa ini adalah bertujuan menyampaikan salam ibu bapa kepada penerima di samping mengeratkan hubungan antara jiran dan rakan-rakan Sesetengah orang akan memberi juadah raya seperti ketupat, rendang, kuah kacang dan lodeh. Namun, ada juga yang memberi lauk-pauk biasa mengikut kemampuan sendiri. Biarpun makanan yang diberi itu sedikit tetapi memadai untuk memeriahkan dan mengeratkan lagi silaturahim OLEH LUQMAN HAKIM e - majalah MPU1042 2024


CIRI-CIRI MASYARAKAT JAWA Orang Jawa sering dianggap orang yang sopan dan mempunyai jiwa yang halus. Antara unsur kesopanan yang diamalkan adalah seperti menundukkan pandangan ketika berjalan di depan orang. Selain itu, sifat pemalu, suka menyapa, ramah, pandai menjaga etika, sopan santun, kuat bekerja, menurut perintah, suka menolong orang juga merupakan sebahagian dari perkara yang dikaitkan dengan masyarakat Jawa. OLEH NUR ALYAA MADIHAH e - majalah MPU1042 2024 Mengikut Dr. Raden Stevanus Christian Handoko S.Kom., (2023), ciri-ciri umum orang Jawa ialah pemalu, tetapi suka memberi salam. Orang Jawa juga dikenali sebagai seorang yang tenang dan rajin. Ciri khas suku Jawa ialah tradisi mereka, seperti upacara adat, rumah tradisional Joglo, pakaian tradisional Jawa seperti baju kebaya dan blangkon Jawa, serta kesenian tradisional iaitu tarian Barongan dan tarian Kuda Kepang.


Menerapkan nilai tradisi dalam kehidupan seharian. Penerapan amalan bersedekah perlulah bermula daripada ibu bapa untuk menjadi contoh kepada anak-anak mereka. Ia bermula dari ibu bapa yang sering berkongsi makanan kepada jiran tetangga, seterusnya mengajar anak-anak memberi dan berkongsi makanan atau bekal yang dibawa dari rumah bersama rakanrakan agar mereka sudah terbiasa sehingga ke alam dewasa. L E G A S I D A N W A R I S A N LANGKAH MENGEKALKAN TRADI S I MUNJUNG e - majalah MPU1042 2024 MENERAPKAN TRADISI MUNJUNG DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MEMANTAPKAN HUBUNGAN KEJIRANAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT. Beramah mesra dengan jiran tetangga tidak kira sama ada kaum melayu, cina atau india. Hal ini demikian kerana, tradisi munjung atau berbagi makanan bersama jiran tidak akan terjadi sekiranya wujud jurang hubungan antara jiran. Apabila keharmonian terjaga, amalan munjung atau berkongsi makanan dapat dilakukan sesama jiran tetangga. Oleh itu, setiap bangsa dapat merasa keistimewaan makanan daripada bangsa lain. Walau bagaimanapun, isu sensitiviti sesama bangsa haruslah dijaga dari segi bahan dalam makanan yang ingin diberi. OLEHNUR UL SAFFIA H


L E G A S I D A N W A R I S A N LANGKAH MENGEKALKAN TRADI S I BARAAN e - majalah MPU1042 2024 Menerapkan tradisi baraan dalam diri generasi muda Mempromosikan tradisi baraan di media sosial Ibu bapa perlulah mendedahkan kepada anak-anak tradisi baraan sejak kecil dengan mengajak mereka turut serta dalam baraan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri. Tradisi ini bukan sahaja mengeratkan hubungan kekeluargaan yang jauh tetapi juga dapat memperkenalkan ahli keluarga baru kepada seisi keluarga. Masyarakat Melayu Jawa boleh berkongsi video beramah mesra sesama ahli keluarga semasa aktiviti baraan dijalankan. Tradisi ini jugak dapat memaparkan keunikan tradisi yang telah diamalkan sejak turun temurun oleh masyarakat Jawa. Pada zaman serba moden ini, banyak platform media sosial yang tersedia bagi memudahkan perkongsian maklumat dilakukan antaranya Facebook, Instagram dan Tiktok. Video yang dikongsi dapat dipapar tidak hanya terhad dalam negara sahaja bahkan meliputi seluruh individu di dunia. Dengan ini, tradisi baraan dapat diketahui oleh ramai individu dan generasi muda pada masa ini. OLEH NAJWA SHABUDIN Sumber : Utusan Malaysia Sumber : Amie's Small Kitchen Sumber : KRENMAUT


Sumber : Harian Metro Tradisi baraan dan munjung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim atau persaudaraan antara jiran tetangga dan juga ahli keluarga. Hal ini kerana, tujuan utama baraan adalah untuk menziarahi rumah rumah semasa Hari Raya Aidilfitri menyebabkan berlakunya interaksi antara jiran tetangga yang jarang bertegur sapa kerana jarak rumah yang agak jauh terutamanya mereka yang tinggal di kawasan perkampungan. Manakala tradisi munjung pula membantu mengeratkan hubungan antara semua ahli keluarga. Hal ini kerana, mereka perlu bekerjasama antara satu sama lain untuk menyiapkan juadah yang pelbagai yang ingin disedekahkan kepada ahli keluarga yang lain mahupun jiran tetangga. Seperti yang diketahui, munjung ini adalah tradisi masyarakat Jawa yang dilakukan beberapa hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri iaitu dengan bergotong-royong sesama ahli keluarga yang lain untuk menyiapkan pelbagai juadah lalu diberikan kepada jiran tetangga dan ahli keluarga yang lain. Tanpa disedari, tradisi munjung sebenarnya dapat membantu jiran tetangga yang memerlukan terutamanya dari segi kekurangan sumber makanan. Hal ini kerana, kita dapat bersedekah pelbagai juadah berbuka puasa dimana sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang memerlukan. Begitu juga dengan tradisi baraan dimana sesetengah rumah yang diziarahi akan menyediakan juadah Hari Raya Aidilfitri dimana mereka yang kurang berkemampuan dapat merasa makanan yang pelbagai selain dapat menziarahi jiran tetangga mereka. Sumber : Berita Harian Online e - majalah MPU1042 2024 OLEH NATASHA UMAIRAH PENGARUH TRADISI


PEMELIHARAAN TRADISI DAN IDENTITI BUDAYA e - majalah MPU1042 2024 PENGARUH TRADISI OLEH POOMALARSHANTHI Tradisi Munjung dan Baran merupakan bahagian penting dalam warisan budaya masyarakat. Dengan memelihara dan meraikan adat ini, orang ramai dapat mengekalkan keunikan dan penghormatan budaya mereka dan mewariskan tradisi nenek moyang mereka kepada generasi akan datang. Dengan mengikuti tradisi tersebut generasi muda dapat membawanya kepada generasi akan datang kerana mereka juga merupakan sumber untuk mengekalkan tradisi kita agar tradisi kita tidak ketinggalan zaman dan tidak dilupakan . PENGUATAN JARINGAN SOSIAL DAN ANTARA GENERASI Baraan dan munjung Jawa adalah saat masyarakat Jawa berkumpul untuk menyambut tetamu atau meraikan acara penting. Ini mengukuhkan rangkaian sosial di kalangan ahli komuniti dan mengukuhkan hubungan antara generasi. Adat munjung dan baraan selalunya melibatkan generasi yang berbeza mengambil bahagian dalam masyarakat.Ini membolehkan interaksi antara generasi muda dan lebih tua, mengukuhkan hubungan antara generasi, dan memudahkan penyampaian pengetahuan dan nilai budaya.


PERBEZAAN MASYARAKAT JAWA DAHULU & SEKARANG DAHULU Dilakukan dua atau tiga hari sebelum menyambut perayaan. (Sumber: Majoriti oleh Hamizah Gunawan) SEKARANG Kian pudar terutama dalam kalangan generasi muda atau penduduk di kawasan bandar pada hari ini. (Sumber: Majoriti oleh Hamizah Gunawan) MUNJUNG BARAAN DAHULU SEKARANG Bergerak satu tempat ke satu tempat dengan berjalan kaki beramai-ramai atau berbasikal. (Sumber: Sinar Harian oleh Budiman Mohd Zohdi) Bergerak menaiki kenderaan bermotor seperti motosikal dan kereta. (Sumber: Sinar Harian oleh Budiman Mohd Zohdi) e - majalah MPU1042 2024 PERKAHWINAN DAHULU SEKARANG Upacara perkahwinan melibatkan seluruh komuniti. Dijalankan dengan adat seperti siraman, midodareni, dan ijab kabul dengan penuh upacara. Adat perkahwinan masih dihormati, tetapi banyak elemen moden telah dimasukkan. Majlis lebih sederhana. OLEH NUR HAZWANI


P E N U T U P Seperti yang diketahui oleh semua orang, negara kita iaitu Malaysia sememangnya terkenal dengan masyarakat yang pelbagai bangsa dan juga etnik. Antara salah satunya ialah masyarakat Melayu Jawa. Berbeza jenis bangsa dan etnik bermaksud berbeza adat tradisi yang dipraktikkan oleh sesuatu bangsa tersebut. Terdapat pelbagai adat yang dipraktikkan oleh masyarakat Melayu Jawa di Malaysia seperti rewang, cukur jambul, lenggang perut, jagongan dan sebgainya. Adat Masyarakat Melayu Jawa yang terkenal di Malaysia ialah adat ‘munjung’ iaitu adat menghantar pelbagai jenis lauk pauk kepada jiran tetangga dan ahli keluarga beberapa hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri. Selain itu, terdapat juga adat ‘baraan’ iaitu aktiviti kunjung-mengunjungi rumah ke rumah secara berkumpulan dan melakukan marhaban semasa Hari Raya Aidilfitri. Hal ini membawa banyak kebaikan kepada masyarakat terutamanya mereka yang beragama Islam. Namun hal yang demikian, adat-adat ini sudah kurang dipraktikkan oleh masyarakat zaman sekarang terutamanya generasi muda kerana sesetengah daripada mereka merasakan adat ini sudah tidak relevan atau menyusahkan. Oleh itu, kita haruslah meneruskan adat-adat ini agar ianya tidak hilang ditelan zaman kerana adat adat ini memberi banyak kebaikan daripada kemudaratan.


R U J U K A N Atraksi Budaya Suku Jawa. (n.d). Kementerian Pariwisata Dan Ekonomi Kreatif. https://jadesta.kemenparekraf.go.id/atraksi/atraksi_budaya_suku_jawa antukecik09. (n.d.). Masyarakat Jawa. Scribd.com. https://www.scribd.com/doc/39017251/Masyarakat-Jawa Berita Yogya. (14 September, 2023). Adab Orang Jawa: Menjaga Kearifan Lokal dalam Era Modern. https://www.beritayogya.com/adab-orang-jawa-menjaga-kearifan-lokal-dalam-eramodern/ Fandy. (2023, Jun 30). Teori Yunan: Asal usul nenek moyang bangsa Indonesia. Gramedia Literasi. https://www.gramedia.com/literasi/teori-yunan/ Farid Noh, M. (27 April, 2023). “Latih Generasi Pelapis Teruskan Hayat Tradisi `Baraan’”. BH Online. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2023/04/1094244/latih-generasipelapis-teruskan-hayat-tradisi-baraan Gunawan, H. (10 April, 2024). Hilang Ditelan Zaman, Munjung Antara 4 Tradisi Masyarakat Jawa Makin Dilupakan Ketika Aidilfitri. Majoriti. https://majoriti.com.my/berita/2024/04/10/hilangditelan-zaman-munjung-antara-4-tradisi-masyarakat-jawa-makin-dilupakan-ketika-aidilfitri Hariz, H. B., Osman, N. S. S., Hariro, A. Z., Ahmad, M. N., Rahman, A. A., & Sulaiman, M. (2020). Mengenali Masyarakat Jawa. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia, 4(1), 24. ISSN 2600-7088. Javanese in Malaysia. (n.d). Joshua Project. https://joshuaproject.net/people_groups/17000/MY Zohdi, B. M. (19 Mei, 2021). Nostalgia Baraan Tinggal Kenangan. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/139210/nostalgia-baraan-tinggal-kenangan #53 Taudhih Al-Hukmi : Adat Baraan di Malaysia. (2 Mei, 2024). Jabatan Mufti Negeri Selangor. https://www.muftiselangor.gov.my/2024/05/02/53-taudhih-al-hukmi-adat-baraan-di-malaysia/


Click to View FlipBook Version