MARI KENALI
SISTEM SURIA
Disediakan oleh : Nor Asmira Syafika Binti Jais
No.Matrik : 0720 DPK 021
ISI KANDUNGAN
1 . Apa itu Sistem Suria
2 . Matahari
3 . Utarid
4 . Zuhrah
5 . Bumi
6 . Marikh
7 . Musytari
8 . Zuhal
9 . Uranus
10 . Neptun
Apa itu Sistem Suria ?
Sistem Suria terdiri daripada beberapa
planet yang sedang berputar mengelilingi
Matahari. Ia juga termasuk bulan, komet,
Asteroid, planet kecil, debu dan gas.
Semua perkara yang ada pada Sistem Suria
sentiasa mengelilingi Matahari. Di dalam
Sistem Suria, 98% adalah bentuk Matahari.
Sistem Suria dibahagikan kepada 2 bahagian,
iaitu bahagian dalaman dan bahagian luaran.
Kedua-dua bahagian ini dipisahkan oleh
lapisan Asteroid. Bahagian dalaman terdiri
daripada planet Utarid, Zuhrah, Bumi dan
Marikh, manakala bahagian luaran terdiri
daripada planet Musytari, Zuhal, Uranus,
Neptun dan Pluto.
Matahari
Matahari merupakan sejenis bintang,
dan bukannya planet. Ia sama dengan
bintang-bintang lain yang kita lihat pada waktu
malam, tetapi Matahari merupakan bintang yang
kita dapat lihat pada waktu siang. Matahari
merupakan bintang paling dekat
dengan Bumi. Matahari terdiri daripada 75%
Hidrogen dan 25% Helium. Suhu pada Matahari boleh
mencecah sehingga 15juta °C, dan kepanasannya
boleh dirasai dari jarak yang jauh.
PLANET - PLANET
DALAM
SISTEM SURIA
UUttaarriidd
Utarid merupakan planet yang paling dekat
dengan Matahari dan juga merupakan planet
yang kelapan besar di dalam Sistem Suria. Utarid
merupakan planet yang berbatu. Kapal angkasa
'Marine 10' pernah melawat ke planet
Utarid dan juga merakam permukaan planet
ini sebanyak 45%. Saintis percaya
bahawa terdapat aktiviti gunung berapi pada
planet ini. Suhu pada planet ini adalah kira-kira
90 Kelvin hingga 700 Kelvin. Planet ini
juga merupakan satu-satunya planet yang
tidak mempunyai bulan.
ZZuuhhrraahh
Planet Zuhrah merupakan planet kedua
dekat dengan Matahari dan juga merupakan
planet yang keenam besar di Sistem Suria.
Ia juga merupakan planet yang berbatu
dan diselaputi dengan awan kuning.
Awan ini bukan seperti awan di bumi yang
mengandungi air. Awan kuning ini mengadungi
racun yang juga dikenali sebagai asid sulfurik.
Suhu pada planet ini mencecah
sehingga bumi 400°C.
BBuummii
Bumi merupakan planet ketiga dekat dengan
Matahari dan juga merupakan planet yang
kelima besar di Sistem Suria. Bumi merupakan planet
yang unik berbanding dengan planet-planet lain. Bumi
merupakan planet yang paling tumpat berbanding
dengan planet-planet lain. Ia menjadi rumah bagi
berjuta-juta jenis spesis kehidupan, termasuk
manusia. Ia juga dikenali sebagai planet biru,
dimana 71% permukaannya merupakan laut ataupun air.
Teras bumi mempunyai suhu 7500 Kelvin,
yang lebih kurang sama dengan permukaan Matahari.
Planet Bumi mempunyai satu Bulan
yang mengelilinginya.
MMaarriikkhh
Planet Marikh merupakan planet keempat
berhampiran dengan Matahari dan juga merupakan
planet ketujuh besar di Sistem Suria. Planet ini
merupakan planet yang sejuk, di mana kedua-dua
kutub planet ini merupakan Karbon Dioksida yang
pejal. Planet ini menjadi kajian bagi saintis-saintis
pada hari ini, di mana mereka menganggap planet
ini mungkin boleh dijadikan Bumi yang kedua
bagi kehidupan bumi. Planet Marikh
mempunyai 2 bulan yang mengelilinginya
yang dikenali sebagai 'Phobos'
dan 'Deimos'.
MMuussyyttaarrii
Planet Musytari merupakan planet yang
kelima hampir dengan Matahari, dan juga merupakan planet
yang terbesar di antara sembilan planet di Sistem Suria. Ia
mempunyai saiz kira-kira 318 kali ganda besar daripada Bumi.
Planet ini terdiri daripada 90% Hidrogen dan 10% Helium.
Saintis mendapati bahawa di dalam planet ini terdapat angin
yang bergerak dalam kelajuan 400m/jam pada latitud planet
ini. Oleh sebab itu, kita boleh lihat jalur-jalur yang terbentuk
pada permukaan planet ini. Planet ini juga mempunyai lebih
kurang 64 bulan, termasuk empat bulan gergasi yang
dikenali sebagai Bulan Galilean, sempena nama saintis yang
menemui bulan-bulan ini, iaitu galileo
Galilei pada tahun 1610.
ZZuuhhaall
Planet ini merupakan planet yang keenam hampir
dengan Matahari, dan juga merupakan planet yang
kedua besar di Sistem Suria. Ia terdiri daripada 75%
Hidrogen dan 25% Helium. Ia merupakan planet yang
terkenal kerana ia mempunyai banyak lingkaran pada luar
planet ini. Lingkaran pada luar planet ini kebanyakannya
merupakan ais dan termasuk juga batu-batu
yang disaluti dengan lapisan ais. Planet Zuhal sendiri
merupakan planet yang terdiri daripada bahan yang
tumpat dari pada air. Jika ia diletakkan ke dalam kolam
yang besar, planet ini juga akan terapung seperti
air batu biasa. Ia mempunyai 18 bulan
yang mengelilinginya.
UUrraannuuss
Uranus merupakan planet yang ketujuh hampir
dengan Matahari dan merupakan planet ketiga besar
di Sistem Suria. Permukaan planet ini terdiri daripada
batu-batu dan juga ais. Uranus merupakan satu-satunya
planet yang mengelilingi Matahari dalam sudut
orbit yang berlainan. Planet ini mempunyai 15 bulan
termasuk 5 bulan yang besar dan selebihnya
adalah bulan yang kecil.
NNeeppttuunn
Neptun merupakan planet kelapan dan
paling jauh dari Matahari. Planet ini
mempunyai lapisan atmosfera yang terdiri
daripada gas Hidrogen, Helium dan Metana.
Gas Metana akan membuatkan planet
Neptun menjadi warna biru cerah. Neptun
juga memiliki 14 bulan.
SEKIAN,
TERIMA KASIH