The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhd Solihin, 2021-01-22 09:37:10

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dasar 6.2.2 Sekolah Ekspatriat
Pengenalan
Sekolah Ekspatriat

Institusi pendidikan yang menawarkan program pendidikan peringkat tadika, rendah dan
menengah dengan menggunakan kurikulum negara asal untuk pendidikan warganegara
masing-masing.

Pernyataan Sekolah ekspatriat diwujudkan bertujuan untuk memenuhi kebajikan dan
Dasar keperluan pendidikan anak-anak masyarakat ekspatriat di Malaysia bagi
mempelajari kurikulum negara asal masing-masing dan bahasa rasmi negara
masing-masing sebagai bahasa pengantar.

Strategi i. Memastikan semua sekolah ekpatriat berdaftar secara sempurna dengan
Pelaksanaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

ii. Memastikan semua sekolah ekpatriat sentiasa mematuhi peraturan yang sedang
berkuat kuasa melalui pengawalseliaan, pemeriksaan dan penguatkuasaan
peraturan secara berkala.

iii. Mendapatkan data sekolah, guru dan enrolmen murid secara berkala untuk tujuan
rekod.

Punca Seksyen 79, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]
Kuasa Surat Pekeliling Pentadbiran BPSG 3/1995: Garis Panduan Penubuhan dan
Pendaftaran Sekolah Rendah dan Menengah ”Ekspatriat” (26.4.1995).

Dasar 6.3 Institusi Pendidikan Lain
Pengenalan
6.3.1 Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)

Sekolah Menengah Persendirian Cina

Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) terdiri daripada 60 buah institusi
pendidikan persendirian yang tidak akur terhadap Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] dan
Dasar Pendidikan Kebangsaan. SMPC ditubuhkan dan diurus oleh Gabungan
Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong).
SMPC menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar dan menyediakan
murid-muridnya untuk menduduki peperiksaan Unified Examination Cerificate (UEC)
yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Namun begitu, kewujudan SMPC dan UEC
adalah kekal status quo sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Pelajaran 1961
serta peruntukan di bawah seksyen 151 Akta Pendidikan 1996 [Akta 550].

Pernyataan SMPC ialah institusi pendidikan persendirian yang tidak akur dengan Akta
Dasar Pendidikan 1996 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang memperuntukkan
bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, menjalankan Kurikulum
Kebangsaan dan menyediakan murid untuk menduduki peperiksaan yang sama.

152

Strategi i. Mengekalkan status quo SMPC dan UEC seperti yang diperuntukkan di bawah Akta
Pelaksanaan Pendidikan 1996 [Akta 550];

ii. Memastikan tiada penubuhan SMPC baharu selain 60 buah sedia ada selaras
dengan dasar dan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa; dan

iii. Memastikan UEC yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia hanya dilaksanakan di 60
buah SMPC sedia ada sahaja.

Punca Akta Pendidikan 1996 [Akta 550];
Kuasa Fasal 151 Rang Undang-Undang Pendidikan 1995; dan
Hansard Parlimen bertarikh 18 Disember 1995 – Pembentangan
Undang-Undang Pendidikan 1995 oleh YB Menteri Pelajaran. Rang

Dasar 6.4 Institusi Lain Disediakan oleh Pelbagai Agensi
Pengenalan 6.4.1 Pusat Perkembangan Minda

Pusat Perkembangan Minda

Pusat Perkembangan Minda ialah institusi pendidikan yang menjalankan program
pendidikan untuk perkembangan minda individu dengan menggunakan metodologi
tertentu.

Pernyataan Pusat perkembangan minda yang wujud adalah untuk menyediakan program
Dasar pendidikan berbentuk pengayaan, perkembangan kemahiran minda dengan
menggunakan metodologi tertentu dan berfokus, ditawarkan kepada semua
peringkat umur dengan umur minimum empat tahun.

Strategi i. Memastikan semua Pusat Perkembangan Minda berdaftar dengan Kementerian
Pelaksanaan Pendidikan Malaysia.

ii. Mendapatkan data pusat, guru dan enrolmen murid secara berkala untuk tujuan
rekod.

iii. Memastikan semua Pusat Perkembangan Minda sentiasa mematuhi peraturan yang
sedang berkuat kuasa melalui pengawalseliaan, pemeriksaan dan penguatkuasaan
peraturan secara berkala dari sudut tadbir urus dan kurikulum/ program bagi
menjamin perkhidmatan pendidikan yang berkualiti.

Punca Seksyen 79, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550].
Kuasa 26 April 1995: Surat Pekeliling Pentadbiran BPSG 9/1995: Pengurusan Penubuhan
Institusi Pendidikan Swasta (IPS).

153

Dasar 6.4.2 Pusat Bimbingan Alternatif
Pengenalan
Pusat Bimbingan Alternatif

Pusat Bimbingan Alternatif ialah institusi pendidikan yang khusus memberi bimbingan
bagi membantu individu yang tidak berpeluang mengikuti pendidikan formal sama ada
di institusi pendidikan milik kerajaan atau swasta.

Pernyataan Pusat Bimbingan Alternatif diwujudkan adalah untuk memberi pendidikan kepada
Dasar kanak-kanak bukan warganegara Malaysia yang tidak berpeluang mengikuti
pendidikan formal di institusi kerajaan atau swasta di Malaysia dengan asas
kemahiran membaca, menulis dan mengira serta kemahiran hidup daripada
peringkat prasekolah, rendah dan menengah rendah. Peluang pendidikan ini
selaras dengan Dasar Pendidikan Alternatif di Malaysia.

Strategi i. Memastikan semua Pusat Bimbingan Alternatif berdaftar dengan Kementerian
Pelaksanaan Pendidikan Malaysia.

ii. Mendapatkan data pusat, guru dan enrolmen murid secara berkala untuk tujuan
rekod.

iii. Memastikan semua Pusat Bimbingan Alternatif sentiasa mematuhi peraturan yang
sedang berkuat kuasa melalui pengawalseliaan, pemeriksaan dan penguatkuasaan
peraturan secara berkala dari sudut tadbir urus dan kurikulum/program bagi
menjamin perkhidmatan pendidikan yang berkualiti.

Punca Seksyen 79, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).
Kuasa 26 April 1995: Surat Pekeliling Pentadbiran BPSG 9/1995: Pengurusan Penubuhan
Institusi Pendidikan Swasta (IPS).
Memorandum Jemaah Menteri Bersama-sama Kementerian Dalam Negeri (KDN),
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat (KPWKM): Penyelarasan Pendaftaran Kelahiran dan
Akses kepada Pendidikan bagi Kanak-Kanak Etnik Rohingya.
20 Mac 2015: Garis Panduan Penubuhan dan Pendaftaran Pusat Bimbingan
Alternatif (kelulusan oleh YAB Menteri Pendidikan).

Dasar 6.4.3 Pusat Bahasa
Pengenalan
Pusat Bahasa
Pusat Bahasa ialah institusi pendidikan yang menawarkan kursus kemahiran bahasa dan
komunikasi.

Pernyataan Pusat Bahasa yang wujud adalah untuk menawarkan pelbagai kursus bahasa
Dasar berfokus tentang kemahiran bahasa dan komunikasi kepada semua peringkat
umur.

154

Strategi i. Memastikan semua Pusat Bahasa berdaftar dengan Kementerian Pendidikan
Pelaksanaan Malaysia.

ii. Mendapatkan data pusat, guru dan enrolmen murid secara berkala untuk tujuan
rekod.

iii. Memastikan semua Pusat Bahasa sentiasa mematuhi peraturan yang sedang
berkuat kuasa melalui pengawalseliaan, pemeriksaan dan penguatkuasaan
peraturan secara berkala dari sudut tadbir urus dan kurikulum/program bagi
menjamin perkhidmatan pendidikan yang berkualiti.

Punca Seksyen 79, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]
Kuasa 26 April 1995: Surat Pekeliling Pentadbiran BPSG 9/1995: Pengurusan Penubuhan
Institusi Pendidikan Swasta (IPS).

Dasar 6.4.4 Pusat Tuisyen
Pengenalan
Pusat Tuisyen

Pusat Tuisyen ialah institusi pendidikan swasta yang khusus memberi perkhidmatan
bimbingan atau membantu murid institusi pendidikan ke arah persediaan murid
menduduki peperiksaan.

Pernyataan Pusat tuisyen yang wujud bertujuan untuk memberi bimbingan kepada murid yang
Dasar sedang belajar di mana-mana institusi pendidikan sebagai persediaan menduduki
sesuatu peperiksaan.

Strategi i. Memastikan semua Pusat Tuisyen berdaftar dengan Kementerian Pendidikan
Pelaksanaan Malaysia.

ii. Mendapatkan data pusat, guru dan enrolmen murid secara berkala untuk tujuan
rekod.

iii. Memastikan semua Pusat Tuisyen sentiasa mematuhi peraturan yang sedang
berkuat kuasa melalui pengawalseliaan, pemeriksaan dan penguatkuasaan
peraturan secara berkala dari sudut tadbir urus dan kurikulum/program bagi
menjamin perkhidmatan pendidikan yang berkualiti.

Punca Seksyen 79, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]
Kuasa 26 April 1995: Surat Pekeliling Pentadbiran BPSG 9/1995: Pengurusan Penubuhan
Institusi Pendidikan Swasta (IPS)
20 Februari 2001: Surat Pekeliling Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru, Kementerian
Pendidikan Malaysia Bil. 1/2001: Permohonan Pendaftaran, Perakuan Sementara
Pendaftaran dan Membaharui Pendaftaran Institusi Pendidikan Prasekolah

155

N PENUTUP
TERIA
ENDasar-dasar yang dimuatkan dalam buku ini merupakan dasar-dasar yang
KEMdigubal untuk mencapai visi, misi dan matlamat pendidikan selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang juga amat bersesuaian denganN
matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Walau bagaimanapun,IKA
dasar-dasar pendidikan tersebut tertakluk kepada perubahan dasar utamaID
D
negara dan keperluan pendidikan semasa.PEN
KPM amat berharap agar penerbitan ini dapat memenuhi keperluan
perkhidmatan pendidikan tentang maklumat berkaitan dasar utama pendidikanYSIA
yang dilaksanakan oleh kementerian ini bagi menjayakan pelaksanaanLA
A
program-program di bawah seliaan KPM.M
Pelibatan semua pihak mematuhi pelaksanaan dasar-dasar KPM amatlah
dihargai bagi memastikan semua program yang disusun dan dirancang dapat

disempurnakan dengan kemas, teratur dan sistematik.

156


Click to View FlipBook Version