2024 BULETIN BULANAN Yayasan Al Baghdadi YAYASAN AL BAGHDADI E D I S I A P R I L 019 278 5747 infaqyayasan.com yayasanalbaghdadi Suite 13-1, Wisma Al Baghdadi, Selayang 18, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang 68100 Batu Caves, Selangor
ZIARAH RAMADAN KE TADIKA AL BAGHDADI SRI GOMBAK, SELANGOR 01 April 2024 - Isnin Huraian: Yayasan Al Baghdadi mengadakan ziarah Ramadan ke Tadika Al Baghdadi Sri Gombak. Pelbagai aktiviti dilaksanakan bersama para pelajar antaranya bacaan doa waktu dhuha, bacaan doa malam lailatul Qadar, aktiviti mewarna dan simulasi sedekah ke Tabung Yayasan Al Baghdadi. Terima kasih diucapkan kepada Puan Nur'Aina Syafiqah Binti Sulaiman selaku pengusaha Tadika Al Baghdadi Sri Gombak kerana memberi keizinan kepada pihak Yayasan Al Baghdadi untuk mengadakan aktiviti bersama anak-anak soleh dan solehah di Tadika Al Baghdadi Sri Gombak.
TAJAAN FILEM PENDEK RAYA: ‘PESAN IBU’ BERSAMA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA 01 April 2024 - Isnin Huraian: Bersempena dengan bulan Syawal yang akan menjelang nanti, Yayasan Al Baghdadi turut mengambil peluang untuk berpartisipasi dalam penajaan bagi menghasilkan Filem Pendek Raya USIM 2024 bertajuk 'Pesan Ibu'. Produksi filem pendek “Pesan Ibu” dihasilkan sepenuhnya oleh Pusat Komunikasi Strategik USIM bersama alumni USIM dan bantuan nasihat kepakaran daripada pengarah Profesor Dr. Mahadi J. Murat selaku Penasihat Produksi. Naskah Al Quran Al Baghdadi yang diserah sumbang oleh Yayasan Al Baghdadi telah digunakan dalam babak pengajian Al-Quran filem pendek ini yang turut dilakonkan oleh Ogy@Fauziah Ahmad Daud dan pelakon-pelakon lain. Semoga filem pendek ini dapat memberikan impak yang positif kepada masyarakat.
SERAHAN AL-QURAN KEPADA SK TAMAN SERI PAGI BAGI MAJLIS KHATAM AL-QURAN 25 RAMADAN 01 April 2024 - Isnin Huraian: Serahan sebanyak 30 naskah al-Quran infaq bernilai RM1,825 kepada Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi diwakili oleh Ustaz Shahrun bin Ismail di perkarangan SK Taman Seri Pagi. Naskah Al-Quran yang disumbangkan ini adalah khusus untuk Majlis Khatam Al-Quran anjuran pihak sekolah yang akan diadakan pada hari jumaat, 5 April 2024 bersamaan 25 Ramadan 1445h. Majlis Khatam Al-Quran inin diadakan sekaligus bersama Majlis Penutup Ihya’ Ramadan bagi tahun 1445h. Majlis ini dimulakan seawal jam 7.30 pagi bertempat di Anjung Seri Meranti bersama dengan para pelajar serta barisan guru. Tahniah diucapkan kepada barisan guru khususnya daripada unit Panitia Agama Islam atas penganjuran majlis seperti ini. Mogamoga majlis khatam al-Quran ini dapat dianjurkan lagi di masa akan datang.
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI DI MASJID AS SALAM, PUCHONG PERDANA 01 April 2024 - Isnin Huraian: Majlis Penyampaian Sumbangan Keperluan Aidilfitri kepada Keluarga Asnaf dan Iftar Perdana anjuran Masjid As Salam Puchong Perdana dengan kerjasama IPD Subang Jaya dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor. Yayasan Al Baghdadi turut berkesempatan untuk hadir ke majlis ini serta menyambut baik pelaksanaan majlis seperti ini yang memberi keutamaan kepada golongan asnaf sebagai sasaran utama untuk dibantu. Semoga majlis seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun-tahun akan datang.
SERAHAN AL-QURAN KEPADA PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN AL BAGHDADI MERLIMAU 02 April 2024 - Selasa Huraian: Yayasan Al Baghdadi menyerahkan 80 naskah al-Quran infaq bernilai RM7,200 kepada wakil daripada Pusat Pengajian Al-Quran Al Baghdadi Merlimau, Melaka iaitu Ustaz Azhari Said. Serahan ini dibuat di ibupejabat Yayasan Al Baghdadi di Bandar Baru Selayang. Al-Quran yang diinfaqkan ini diberikan kepada para pelajar kelas al-Quran di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Bukit Pasir, Muar, Johor bersempena dengan kejayaan mereka dapat khatam al-Quran 30 juzuk. Manakala baki sebahagiannya pula turut diagihkan kepada ahli qariah serta para jemaah di perkarangan Masjid Asy Syuja'ah di Merlimau pada 24 Ramadan 1445h.
ZIARAH RAMADAN KE TADIKA AL BAGHDADI ALAM IMPIAN, SHAH ALAM, SELANGOR 03 April 2024 - Rabu Huraian: Ziarah Ramadan Yayasan Al Baghdadi ke Tadika Al Baghdadi Alam Impian, Shah Alam bagi mengadakan aktiviti bersama anak-anak soleh dan solehah di bulan Ramadan. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Nasaruddin Razali serta Puan Azlina atas keizinan yang diberikan untuk pihak Yayasan Al Baghdadi untuk turun ke lapangan dan mengadakan aktiviti bersama anak-anak tadika. Pada pertemuan ini, Yayasan Al Baghdadi turut menerima sumbangan daripada anak-anak pelajar di Tadika Al Baghdadi Kota Bayuemas dan Seksyen 7 untuk Tabung Sedekah Ramadan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan ibubapa yang membantu pelaksanaan Kempen Sedekah Ramadan ini.
Huraian: Majlis Iftar Jama'ie Yayasan Al Baghdadi bersama Klinik Usraa Al Baghdadi di Dewan Chendana Grandhall, Senawang, Negeri Sembilan. Seramai 53 orang pelajar tahfiz dan anak yatim daripada: 1. Pusat Jagaan Anak Yatim Kausar, 2. Persatuan Baitul Mahabbah dan 3. Maahad Tahfiz As-Sa’idiyah MAJLIS IFTAR JAMAIE YAYASAN AL BAGHDADI BERSAMA KLINIK USRAA AL BAGHDADI 03 April 2024 - Rabu telah dijemput bagi memeriahkan majlis berbuka puasa ini. Turut serta dalam majlis ini adalah Ustaz Qr Haji Jalaluddin bin Haji Hassanuddin, Pengerusi Yayasan Al Baghdadi, Dato' Hasbullah L.Isa, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Al Baghdadi, Dr Muhamad Nazir bin Alias, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Al Baghdadi, Dr Azizul Hakim, CEO Usraa Al Baghdadi, Dr Ameera Rahmat, COO Usraa Al Baghdadi serta barisan pengerak utama Al Baghdadi. Di kesempatan ini, Yayasan Al Baghdadi turut melancarkan air mineral Yayasan Al Baghdadi, dan juga Sukarelawan Yayasan Al Baghdadi Youth and Women.
PENYERAHAN SUMBANGAN TAJAAN PENDIDIKAN AL-QURAN KEPADA 5 BUAH HIKMAH CENTRE 03 April 2024 - Rabu Huraian: Sumbangan tajaan sebanyak RM5,750.00 telah diserahkan kepada 5 buah Hikmah Centre atau dikenali juga sebagai Pusat Pengajian Al-Quran Al Baghdadi. Pada tahun 2011, Yayasan Al Baghdadi telah mewujudkan Hikmah Centre khusus untuk menyediakan program pendidikan al-Quran secara percuma kepada saudara baru, anak yatim, orang asli, warga emas, fakir miskin dan ibu tunggal. Sehingga kini, lebih dari 500 program pembelajaran Al-Quran secara percuma telah dilaksanakan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. 5 buah Hikmah Centre Parit Bakar, Muar Hikmah Centre Petaling Jaya Hikmah Centre Taman Permata, KL Hikmah Centre Teluk Intan, Perak Hikmah Centre masih kekal aktif dan giat menjalankan kelas-kelas al-Quran secara percuma untuk golongan sasaran. Hikmah Centre Sibu, Sarawak
PENYERAHAN DUIT RAYA KEPADA 3 BUAH RUMAH ANAK YATIM DI SENAWANG, NEGERI SEMBILAN 03 April 2024 - Rabu Huraian: Ustaz Qr. Haji Jalaluddin bin Haji Hassanuddin selaku pengerusi Yayasan Al Baghdadi menyerahkan duit raya kepada 53 orang anak yatim dan pelajar daripada Pusat Jagaan Anak Yatim Kausar, Persatuan Baitul Mahabbah dan Maahad Tahfiz As-Sa’idiyah di dalam Majlis Iftar Jamaie Yayasan Al Baghdadi bersama Klinik Usraa Al Baghdadi di Chendana Grandhall. Turut hadir memeriahkan majlis ini adalah barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan Al Baghdadi iaitu Dato' Hasbullah L.Isa dan Dr Muhamad Nazir bin Alias. Pemberian duit raya ini diserahkan kepada anak yatim dan pelajar tahfiz yang berumur lingkungan 5 tahun hingga 17 tahun. Semoga pemberian duit raya ini dapat memberikan kebahagiaan dan keceriaan kepada mereka.
AGIHAN SUMBANGAN PEK MAKANAN RTE KEPADA 53 ORANG ANAK YATIM DAN PELAJAR TAHFIZ 03 April 2024 - Rabu Huraian: Yayasan Al Baghdadi mengagihkan pek makanan RTE Rendang Dendeng Daging kepada 53 orang anak yatim dan pelajar tahfiz dalam Majlis Iftar Jamaie Yayasan Al Baghadi yang diadakan pada 23 Ramadan 1445h bertempat di Chendana Grandhall, Senawang, Negeri Sembilan. Pek makanan ready to eat ini diagihkan serentak dengan pemberian duit raya kepada anak-anak yatim dan pelajar tahfiz tersebut. Pek makanan ini adalah sumbangan khusus daripada para pelajar al-Quran di Nadi Quranic Learning Centre Sembawang dan Yishun, Singapura dan IQuest Learning Centre. Terima kasih diucapkan kepada Puan Norhairati binte Haduri dan team kerana telah menjadi perantara antara pihak Yayasan Al Baghdadi dan para pelajar di Singapura. Sebanyak 243 pek makanan bernilai RM5,596.49 telah disumbangkan hasil kutipan sepanjang bulan Ramadan tahun ini untuk diagihkan kepada golongan sasaran. Mogamoga niat murni dan usaha baik ini mendapat sebaik-baik ganjaran disisi Allah s.w.t.
YAYASAN AL BAGHDADI ANTARA RAKAN NIAGA KLINIK USRAA AL BAGHDADI CAWANGAN NILAI 03 April 2024 - Rabu Huraian: Klinik Usraa Al Baghdadi merupakan sebuah klinik keluarga dan kanak-kanak yang menawarkan servis berkhatan untuk bayi dan kanak-kanak, pemeriksaan kesihataan, rawatan luka, vaksin kanak-kanak, ultrasound, medical checkup, vaksin umrah dan haji, ECG, pembedahan minor dan rawatan untuk ibu mengandung serta pusat kulit dan kecantikan yang mematuhi piawaian shariah. Antara rakan niaga lain bagi Klinik Usraa Al Baghdadi cawangan Nilai, Negeri Sembilan adalah: Dr. Syafiq Khaleed bin Muhamad 1. 2.Dr. Syazana ayu binti Hussin 3.Puan Norhairati binte Haduri Tuan Eimir Sani bin Rozainor Sani 4. Yayasan Al Baghdadi mengorak langkah baru bagi mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih stabil dengan menjadi salah satu entiti di dalam Klinik Usraa Al Baghdadi. Hasil keuntungan tahunan klinik akan disalurkan kepada pelaksanaan program-program pendidikan alQuran, dakwah dan membantu masyarakat yang memerlukan.
AGIHAN PEK MAKANAN SUMBANG SAHUR SECARA DRIVE-THRU DI DAERAH RANTAU PANJANG 06 April 2024 - Sabtu Huraian: Agihan sebanyak 107 pek Rendang Dendeng Daging RTE (Ready to Eat), bernilai RM1,594.30 di Cabang Simpat Empat, Rantau Panjang, Kelantan. Agihan ini dilaksanakan oleh wakil Yayasan Al Baghdadi iaitu Puan Aziziah Abdullah daripada Pusat Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas sekitar jam 6.00 petang hingga 7.00 petang. Seramai 54 orang penerima yang terdiri daripada kalangan ibu tunggal dan asnaf di kawasan sekitar telah mendapat pek sahur Rendang Dendeng Daging keluaran Sharifah Food yang senang untuk dihidangkan dan sangat sesuai untuk dijadikan menu bersahur dan berbuka puasa. Terima kasih diucapkan kepada semua penginfaq yang telah menyalurkan sumbangan bagi menjayakan misi ‘Sumbang Sahur 2024’ bersama Yayasan Al Baghdadi.
MENYANTUNI RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM, ASNAF DAN FAKIR MISKIN DI BAITUL HIDAYAH 07 April 2024 - Ahad Huraian: Rumah Kebajikan Anak Yatim Asnaf Dan Fakir Miskin Baitul Hidayah Puchong telah menerima 50 pek makanan ‘Ready To Eat’ (Rendang Dendeng Daging) bernilai RM745.00 daripada Yayasan Al Baghdadi. Pusat Jagaan Baitul Hidayah merupakan sebuah pusat jagaan yang menempatkan anak-anak yatim, asnaf zakat serta warga OKU yang terletak di Batu 13, Puchong, Malaysia. Pek makanan ini diedarkan ini tidak lain dan tidak bukan bagi memudahkan mereka untuk menyediakan menu sahur khususnya kepada semua yang menetap disini. Terima kasih juga diucapkan kepada Puan Hasziah Baharom yang juga merupakan salah seorang pengusaha Pusat Pengajian Al-Quran Al Baghdadi di Puchong Utama atas kesudian hadir bersama bagi menyampaikan sumbangan.
Huraian: Pihak Yayasan Al Baghdadi menyampaikan sumbangan sebanyak 25 pek makanan sahur ‘Ready To Eat’ bernilai RM372.50 kepada wakil masjid As Salam, Puchong Perdana pada 27 Ramadan 1445h. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Cik Nur Hafifa Suip, Ketua Pengurus Yayasan Al Baghdadi kepada Al Fadhil MASJID AS SALAM PUCHONG PERDANA MENERIMA SUMBANGAN PEK MAKANAN SAHUR 07 April 2024 - Ahad Ustaz Muhammad Shafiq Bin Badrul Azlan, selaku Pengurus Masjid As Salam Puchong Perdana di pejabat pentadbiran dan pengurusan masjid. Sumbangan ini akan diedarkan kepada ahli qariah dan para jemaah yang datang berqiamulail di dalam masjid dan bersahur disana.
SUMBANGAN MAKANAN KEPADA WARGA ASNAF DI PUCHONG PERMAI, SELANGOR 07 April 2024 - Ahad Huraian: Yayasan Al Baghdadi turut berpeluang menyantuni warga asnaf di Puchong Permai, Selangor serta menyerahkan sumbangan berupa pek makanan segera iaitu Rendang Dendeng Daging untuk dijadikan juadakan bersahur dan berbuka puasa. Sebanyak 31 pek bernilai RM461.90 telah diberikan hasil sumbangan orang ramai. Moga-moga para dermawan beroleh keberkatan hidup dan rezeki asbab memberi orang makan. Amin Yaa Rabbal Aalamin.
AGIHAN PEK MAKANAN SAHUR DI KAUNTER ZAKAT FITRAH DI MASJID JUBLI PERAK & BANGGOL KULIM 07 April 2024 - Ahad Huraian: Yayasan Al Baghdadi turun ke Kaunter Zakat Fitrah bagi sesi agihan dan edaran sumbangan pek makanan sahur kepada penduduk setempat pada 28 Ramadan 1445h. Sebanyak 50 pek Rendang Dendeng Daging yang bernilai RM745.00 telah berjaya diagihkan kepada golongan sasaran di sekitar Masjid Banggol Kulim dan Masjid Jubli Perak, Rantau Panjang, Kelantan. Seramai 25 orang telah menerima sumbangan pek makanan ini di sekitar perkarangan Kaunter Zakat Fitrah.
SERAHAN PEK MAKANAN SAHUR KEPADA MAAHAD TAHFIZ DAN AHLI JEMAAH MASJID 08 April 2024 - Isnin Agihan 51 pek Rendang Dendeng Daging bernilai RM759.90 kepada Maahad Tahfiz AlQuran Banggol Kulim serta beberapa ahli qariah masjid sejurus sahaja selesai menunaikan solat sunat terawih 20 rakaat di masjid tersebut. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Alimiy, imam Muda Masjid Banggol Kulim kerana membantu dalam sesi agihan pek makanan sahur ini kepada golongan yang telah disasarkan. Moga-moga beroleh ganjaran disisi Allah s.w.t.
SERAHAN AL-QURAN DI MASJID KAMPUNG PARIT BANYUMAS, BATU PAHAT, JOHOR 08 April 2024 - Isnin Masjid Kampung Parit Banyumas telah menerima Infaq Al-Quran Yayasan Al Baghdadi pada 28 Ramadan 1445h. Sesi serahan al-Quran ini telah disampaikan oleh wakil Yayasan Al Baghdadi iaitu Ustaz Muhammad Nasuruddin bin Mihat, Pengusaha Pusat Pengajian Al-Quran Al Baghdadi Yong Peng kepada Pengerusi Masjid Kampung Parit Banyumas diiringi Naib Pengerusi, Imam 1 dan Imam 2. Al-Quran yang diinfaqkan ini akan dimanfaat oleh ahli jemaah masjid bagi sesi tadarrus al-Quran serta bacaan harian khususnya di dalam masjid ini. Moga-moga setiap pahala yang dibaca, akan juga mengalirkan pahala buat semua para penginfaq Yayasan Al Baghdadi.
Tongkang Pechah Kota Bayuemas Seksyen 7 S. Alam Alam Impian Beranang Sri Serdang Tmn Safiah Murni Sri Gombak Kota Masai Pelangi Indah Pasir Gudang Gong Badak KP Perdana Jade Hills Bangi Gateway Kajang Utama Presint Diplomatik Teluk Kerang Pajam Teknologi Kajang Huraian: Yayasan Al Baghdadi telah menerima sumbangan daripada anakanak pelajar daripada Tadika Al Baghdadi di seluruh Malaysia sebanyak RMRM 12,619.25. Sumbangan ini adalah hasil kutipan sejak awal Ramadan yang dilancarkan di Tadika Al Baghdadi masing-masing iaitu di:- KUTIPAN TABUNG SEDEKAH RAMADAN DI TADIKA AL BAGHDADI SELURUH MALAYSIA 09 April 2024 - Selasa Terima kasih diucapkan kepada pengusaha serta guru-guru Tadika Al Baghdadi yang turut membantu melaksanakan kempen Tabung Sedekah Ramadan. Semoga kempen ini dapat mendidik anak-anak seawal usia dengan amalan bersedekah dan sikap suka berkongsi rezeki.
MAJLIS RUMAH TERBUKA BANK RAKYAT CAWANGAN JALAN IPOH, KUALA LUMPUR 19 April 2024 - Jumaat Huraian: Yayasan Al Baghdadi berkesempatan menghadiri Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Bank Rakyat Cawangan Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 10 Syawal 1445h. Turut hadir Pengarah Yayasan Al Baghdadi Malaysia, Tuan Haji Mohd Nazree bin Mohd Yunus, Group CEO Al Baghdadi Group Sdn Bhd, Tuan Haji Muhd Farhan bin Alias dan Dr Azizul Hakim bin Mahid bersama Dr Ameera Rahmat daripada Klinik Usraa Al Baghdadi. Semoga ukhuwah yang sakinah, mawaddah wa rahmat ini akan terus kekal terjalin hingga ke akhir hayat. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ampun maaf zahir dan batin.
MAJLIS RUMAH TERBUKA BANK MUAMALAT DI SIMEDARBY CONVENTION CENTRE 23 April 2024 - Selasa Huraian: Yayasan Al Baghdadi memenuhi jemputan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Rakan Korporat Bank Muamalat Malaysia Berhad bertempat di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre (SDCC), Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Zaharuddin B Alias, Ketua Jabatan Kewangan Sosial dan Puan Mariati Zakaria, SBC Relationship Manager, Non Retail Deposit Department, Transaction Banking Division kerana sudi menjemput team Yayasan Al Baghdadi untuk hadir ke majlis rumah terbuka ini.
SERAHAN AMBULANS YAYASAN AL BAGHDADI 23 April 2024 - Selasa Huraian: Yayasan Al Baghdadi telah menyerahkan kunci ambulans secara rasmi kepada team Klinik Usraa Al Baghdadi sejurus sahaja mendapat kelulusan dan pemeriksaan daripada pihak PUSPAKOM. Serahan ini dilakukan sendiri oleh Tuan Haji Mohd Nazree bin Mohd Yunus, Pengarah Yayasan Al Baghdadi Malaysia kepada Encik Akmal, Pengurus Pemasaran Klinik Usraa Al Baghdadi di perkarangan Klinik Usraa Al Baghdadi cawangan Senawang, Negeri Sembilan. Ambulans ini telah diamanahkan kepada team Klinik Usraa Al Baghdadi untuk diuruskan bagi kemudahan para pesakit khususnya di Klinik Usraa Al Baghdadi. Sebelum ini, ambulans ini telah diamanahkan kepada pihak PEWARGA untuk membantu khususnya golongan asnaf yang sakit serta uzur di sekitar Gombak dan Selayang. Pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat termasuk warga emas, orang kurang upaya yang telah mendapat manfaat daripada perkhidmatan kebajikan ini. Ambulans ini merupakan salah satu aset milik Yayasan Al Baghdadi yang sebahagiannya adalah hasil kutipan sumbangan daripada orang ramai untuk memberikan kemudahan kepada warga asnaf yang kurang berkemampuan untuk menggunakan perkhidmatan ambulans bagi urusan pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.
Huraian: Terima kasih diucapkan kepada semua pengusaha Pusat Pengajian Al Baghdadi di 6 buah negeri iaitu di Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Sabah yang telah memberikan sumbangan kepada Yayasan Al Baghdadi bagi kempen Kongsi Kasih Infaq Al-Quran. Sebanyak 384 naskah telah berjaya dikumpul sepanjang bulan Ramadan tahun ini hasil sumbangan daripada para pelajar INFAQ AL-QURAN RAMADAN DI PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN AL BAGHDADI SELURUH MALAYSIA 23 April 2024 - Selasa Pusat Pengajian Al-Quran Al Baghdadi serta orang ramai. Yong Peng Kota Kinabalu Jengka Taman Permata Desa Pandan Petaling Jaya Bandar Rawang Kajang Perdana Pekan Semenyih Bandar Rimbayu 6 Negeri 11 Lokasi Ampangan Johor - Negeri Sembilan - Pahang Kuala Lumpur - Selangor - Sabah Senarai lokasi Pusat Pengajian Al Baghdadi yang terlibat melalui kempen Kongsi Kasih Infaq Al-Quran Ramadan
MAJLIS RUMAH TERBUKA YAYASAN AL BAGHDADI BERSAMA AL BAGHDADI GROUP SDN BHD 24 April 2024 - Rabu Huraian: Majlis Rumah Terbuka Yayasan Al Baghdadi dan Al Baghdadi Group Sdn Bhd telah diadakan di Wisma Al Baghdadi, Bandar Baru Selayang pada 15 Syawal 1445h. Majlis ini diadakan bagi meraikan bulan syawal sebagai bulan silaturahim dan merapatkan lagi ukhuwah khususnya dalam kalangan wargakerja Al Baghdadi. Turut hadir pada majlis ini adalah wargakerja daripada Al Bagdhadi Academy Sdn Bhd, Al Baghdadi Educare Sdn Bhd serta Al Baghdadi Education Sdn Bhd serta barisan pengusaha dan rakan strategik Yayasan Al Baghdadi. Mogamoga ukhuwah yang terjalin ini akan terus kekal hingga ke akhir hayat.
LAWATAN PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM) USIM KE MINI STUDIO AL BAGHDADI 24 April 2024 - Rabu Huraian: Yayasan Al Baghdadi menerima kunjungan hormat daripada Pusat Komunikasi Strategik, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke mini studio Al Baghdadi bertempat di Wisma Al Baghdadi, Bandar Baru Selayang. Lawatan ini telah diketuai oleh Puan Wahida Haji Abas beserta team iaitu Encik Norazhar Zainal Abidin dan Mohamad Ezaidi Abdul Hamid. Tujuan kunjungan ini adalah bagi melihat dan memeriksa peralatan serta kelengkapan yang terdapat di dalam mini studio Al Baghdadi yang akan diwakafkan untuk dimanfaatkan sebaik mungkin bagi programprogram dakwah dan penyebaran ilmu khususnya dibawah pengawasan Pusat Komunikasi Strategik, USIM. Semoga peralatan dan kelengkapan ini dapat memberi manfaat yang lebih meluas serta membantu serba sedikit dalam gerak kerja dan aktiviti dakwah yang dijalankan oleh pihak Pusat Komunikasi Strategik, USIM.
YAYASAN AL BAGHDADI MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA ACHEH, INDONESIA 30 April 2024 - Selasa Huraian: Yayasan Al Baghdadi menerima kunjungan hormat daripada Al Fadhil Ustaz Osman daripada Acheh, Indonesia. Antara tujuan pertemuan ini adalah bagi membincangkan pelaksanaan bagi program pelatihan khususnya kepada bakal-bakal guru Al-Quran Teknik Al Baghdadi di negara Acheh, Indonesia. Semoga usaha murni ini diberikan kemudahan serta kelancaran daripada Allah s.w.t dalam penyebaran dakwah kalamullah.
LAPORAN SERAHAN NASKAH AL-QURAN BAGI BULAN APRIL 2024 Sebanyak 163 naskah telah berjaya diedarkan pada April 2024. 3 buah entiti telah disenarai pendek untuk menerima naskah al-Quran yang telah diinfaqkan oleh penyumbang/ pewakaf melalui Yayasan Al Baghdadi pada bulan April. Berikut adalah senarai penerima naskah al-Quran pada bulan April 2024:- Jumlah keseluruhan edaran naskah al-Quran (Januari - April 2024) 2,392 naskah al-Quran dengan nilai RM169,745.00.
DERMAWANTETAP YAYASANAL BAGHDADI JOM LATIH DIRI UNTUK TERUS ISTIQAMAH DALAM BERSEDEKAH WALAUPUN SEDIKIT. JOM DAFTAR SEBAGAI 019 278 5747 infaqyayasan.com LINK PENDAFTARAN AKAUN YAYASAN AL BAGHDADI 5624 0560 3346 (MAYBANK) infaqpay.my/go/yayasanalbaghdadi IMBAS SINI
LAMPIRAN 5624 0560 3346 YAYASAN AL BAGHDADI SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE: 013 323 3191 Sila sertakan resit sumbangan sebagai bukti untuk mendapatkan resit pelepasan cukai
BULETIN EDISI APRIL 2024 BULANAN Layari website kami infaqyayasan.com Disediakan Oleh: Yayasan Al Baghdadi Suite 13-1, Wisma Al Baghdadi, Selayang 18, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang 68100 Batu Caves, Selangor Tarikh keluaran: 30 April 2024