The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by saiyidatukhadiejah, 2022-06-05 04:40:39

isu-isu akidah dalam islam

akidah dalam islam

MPU23012 PENGAJIAN ISLAM AKIDAH

DALAM

ISLAM

Pensyarah:
En. Hamdan bin Zakaria

Penulis: ‘’Tidakkah engkau melihat
Khadiejah bagaimana Allah
Izzah Izzati
Hannah Balqis mengemukakan satu
Nur Ibtihal perbandingan, iaitu kalimah
yang baik adalah sebatang
pohon yang baik, yang akar
tunjangnya tetap teguh...’’

ISKIANDUNGAN

PENDAHULUAN 02
03
I SLUibePraEliRsmTeAdManA 05
Pluralisme 06
ISU KEDUA 08
Sekularisme 10
ISU KETIGA 11
Ajaran sesat

ISU KEEMPAT
Syirik

ISU KELIMA
Fahaman syiah

KESIMPULAN

LAMPIRAN 12

PENDAHULUAN

Aqidah (‫ )العقيدة‬dari segi
bahasa(estimolgis) berasal daripada
Bahasa Arab (‫ )َع َقَد‬yang bermakna ikatan
atau sangkutan atau menyimpulkan

sesuatu.



Menurut istilah (terminologis) 'aqidah'
bererti 'kepercayaan', 'keyakinan' atau
'keimanan' yang murni (hanif) dan tidak

mudah tergugat, tidak mudah
terpengaruh lalu terjejas terus tidak
mudah terurai angkara pengaruh mana
pun sama ada dari dalam atau dari luar

diri seseorang.

LIBERALISME DAN PLURALISME

Pengenalan

Liberalisme

Liberal merujuk kepada suatu fahaman yang menyeru
kepada pemahaman dan pengalaman agama secara bebas
tanpa terikat dengan pemahaman para ulama' Islam
terdahulu.Tidak keterlaluan untuk menyimpulkan
bahawa Liberalisme adalah jelmaan Muktazilah zaman
moden.Liberalisme agama muncul akibat pertembungan
antara mazhab-mazhab dalam agama Kristian yang
dimulai dengan gerakan Reformation pimpinan Martin
Luther.Liberalisme dalam masyarakat Eropah
membuahkan kemajuan yang menyilaukan sebahagian
intelektual Muslim.Mereka menyangka dengan
melakukan pembaharuan terhadap agama Islam dengan
meninggalkan akar tradisi dan keilmuan para ulama
silam, umat Islam akan lebih maju sebagaimana
masyarakat barat.

Pluralisme

Pluralisme berpegang kepada prinsip bahaw agama yang tidak
benar tidak hanya eksklusif kepada agama Islam
sahaja.Dengan kata lain pendokong Pluralisme berpegang
kepada pendirian bahawa bukan sahaja Islam agama yang
benar serta memimpin manusia masuk ke syurga, bahkan
agama-agaman lain juga boleh membawa penganutnya ke
syurga dan selamat dari neraka. Pluralisme adalah salah satu
produk yang lahir dari ‘rahim’ Liberalisme. Sekian lama umat
Islam memahami bahawa hanya ajaran Islam yang
membimbing manusia ke syurga, kini dipaksa pula umat Islam
untuk percaya bahawa Islam adalah salah satu agama yang
benar, tanpa menafikan kebenaran agama-agama lain.
Pluralisme agama muncul dan berkembang secara agresif pada
abad ke 20 adalah nat ah dari andaian bahawa pertumpahan
darah dan permusuhan yang berlaku di dunia adalah
disebabkan oleh sikap eksklusif dalam mendakwa kebenaran.

Kesan buruk anutan Liberalisme dan Pluralisme

Kedua-duanya iaitu Liberalisme dan Pluralisme tidak sekadar ideologi dan
teori yang bersifat intelektual semata-mata, malahan mampu mendatangkan
bekas kesan terhadap tingkah laku para penganutnya, Kedua-duanya adalah
ibarat wabak yang menyerang saraf iman sehingga melumpuhkan keyakinan

akidah seseorang Muslim.

Menghalalkan yang haram Normalisasi hukum murtad

Pendokong Liberalisme tidak segan silu Apabila pendokong Pluralisme yang berpegang kepada
menghalalkan perkara yang diharamkan oleh tanggapan bahawa kebenaran tidak hanya eksklusif
Allah SWT dalam al-Qur’an. Pakar rujuk Jaringan kepada agama Islam sahaja, maka sudah pastinya isu
Islam Liberal (JIL) di Indonesia, Prof. Musdah murtad dalam kalangan umat Islam tidak lagi dianggap
Mulia secara terang-terangan menegaskan serius. Umat Islam boleh sahaja diberikan hak untuk
bahawa perlakuan homoseksual adalah normal mencuba agama-agama lain dengan berpandukan
kerana naluri tersebut adalah datang dari Tuhan. kepada kebebasan memilih.
Prof. Musdah Mulia dengan beraninya Pendokong Liberalisme secara beraninya menyandarkan
menyatakan bahawa ulama Muslim beraliran dakwaan ini kepada nas al-Qur’an yang ditafsirkan
sederhana dan progresif menegaskan bahawa menurut selera mereka iaitu “Tiada paksaan dalam
tiada alasan dan dalil yang kukuh untuk menolak agama” (surah al-Baqarah: 256). Mereka mendakwa
homoseksual. Pengharaman homoseksual oleh kononnya Islam tidak memaksa penganutnya untuk
majoriti para ulama adalah berdasarkan kekal dalam agama Islam. Padahal mak keseluruhan ahli
penafsiran yang sempit dan jumud. tafsir menegaskan bahawa ayat ini hanya terpkai kepada
golongan bukan Islam sahaja.

Usaha dakwah bakal sia-sia Meremehkan ijtihad ulama silam

Usaha dakwah juga sudah tidak relevan Sekian lama tokoh-tokoh empat mazhab yang
jika pluralisme ini tertanam dalam minda unggul, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-
umat Islam. Sya ’e dan Imam Ahmad menempati kedudukan
yang istimewa di hati umat Islam, khususnya
Seandainya kebenaran dan jaminan golongan cendiakawan dan intelektual. Pandangan-
keselamatan di akhirat juga terdapat dalam pandangan dan hasil tihad mereka disantuni
agama-agama lain, sudah pastinya para dengan penuh sopan sekalipun tidak dianggap
sahabat baginda tidak bersusah payah maksum.
meninggalkan Makkah dan Madinah yang Namun, sikap sebegini tidak wujud sama sekali
penuh barakah, demi semata-mata dalam minda penganut Liberalisme. Walaupun
memastikan cahaya Islam bersinar ke tidak dianggap seumpama kain buruk, pandangan
seluruh pelusuk alam. para ulama silam tidak lebih seumpama warisan
sejarah yang hanya layak ditempatkan di muzium
untuk kenang-kenangan sahaja.

SEKULARISME

Sekularisme adalah fahaman yang memisahkan agama dari urusan
kehidupan termasuk urusan ekonomi, pendidikan, pentadbiran
negara, sukan dan lain-lain. Hakikatnya sekularisme merupakan
suatu program falfasah yang memberi kesan bukan hanya pada
aspek politik dan kenegaraan tetapi juga kepada pemikiran dan

moraliti masyarakat, dan lebih penting lagi ianya mengubah akidah
dan pandangan alam(world view) seorang Muslim.

Prinsip-prinsip Sekularisme

1. Sumber utama untuk mencapai kesejahteraan hidup adalah akal dan fikiran.
2. Setiap insan yang ingin memperbaiki hidup adalah dengan cara kebendaan sahaja.
3. Kebenaran keduniaan adalah terbatas daripada ajaran wahyu dan kenabian.
4 Mencampur aduk urusan agama dalam pemerintahan akan menghalang kemajuan.
5.Manusia perlu merencana dan menyusun dasar hidup sendiri dan melaksanakannya

tanpa mengaitkan dengan tuhan.
6. Urusan agama hanya dari sudut ibadah sahaja.

Kesan Fahaman Sekular terhadap Pemikiran Umat Islam

Negara akan kerugian besar kerana dengan fahaman ini rakyat hanya maju dari segi
ekonomi dan teknologi tetapi rapuh dari sudut keperibadian.
Rakyat akan tewas dengan pangkat, kuasa dan harta, maka berleluasa isu-isu moral,
rasuah yang boleh menjatuhkan negara sendiri.
cth: Hakim boleh dibeli keadilannya, penjenayah dibebaskan dengan wang sogokan.

AJARAN SESAT DAN SYIRIK

Maksud Ajaran Sesat

Menurut Kamus Dewan, ajaran sesat boleh didefinisikan
sebagai segala sesuatu yang diajarkan, nasihat, petunjuk,

teori dan mazhab. Manakala “sesat” pula didefinisikan
sebagai tidak mengikuti jalan yang betul, tersalah jalan,
terkeliru dan menyimpang daripada jalan yang benar.

Ciri-ciri Ajaran Sesat

Mencemarkan kesucian Al-Ouran dan hadis seperti memansukh, mengubah, mempertikai,
atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan Hadis.
Meyakini turunnya wahyu setelah Al-Qur’an.
Mengingkari qadim al-qur'an dan atau kebenaran isi Al-Qur’an.
Menghina, melecehkan dan atau merendahkan para nabi dan rasul.
Mengingkari Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul terakhir.
Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam seperti mendakwa menyatukan
semuaagama termasuk Islam ke dalam agama baru atau mendakwa semua agama adalah
samasebagaimana ajaran Bahai.
Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai Imam
Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan sebagaimana ajaran Qadiani.
Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan
bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai.
Menolak hadis mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan anti hadis.
Merubah, menambah atau mengurangi pokok-pokok ibadah yang telah ditetapkan oleh
syari’ah, seperti haji tidak ke Baitullah, solat fardhu tidak 5 waktu.

Contoh Ajaran Sesat

Qadiani
Bahai
Taslim

Kesan Buruk Mengamalkan Ajaran Sesat

Kesan terhadap individu :

Akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang mempercayai atau beramaldengan ajaran
sesat boleh merosakkan akidah. Mereka wajib bertaubat dankembali kepada ajaran Islam.
Minda seseorang akan tertutup. Pemikiran mereka sering dikongkong oleh pemimpin yang
mendakwa mendapat wahyu. Tindakan dan kelakuan mereka menjadi tidak rasional dan
fanatik.

Kesan terhadap masyarakat :

Keruntuhan institusi kekeluargaan. Keretakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga
yang menganut ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka.
Berlaku keganasan. Kepatuhan membuta tuli kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan
pengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan.

Kesan terhadap negara :

Negara akan mundur. Penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri seseorangtidak proaktif dan
membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada
sumbangan dan produktiviti individu.

Negara tidak stabil. Penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam perpaduandan keharmonian
masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara. Akibatnya negara terpaksa
menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan negara.

Maksud Syirik

Syirik adalah suatu perbuatan (dalam sikap dan @ niat)
terutama menyangkut aqidah di mana seseorang melakukan

sesuatu bukan sepenuhnya kerana Allah SWT atau secara
sedar mencampur baurkan keesaan zat Allah SWT dengan
unsur-unsur lain yang menurut ajaran Islam dapat diertikan

sebagai perbuatan menyekutukan Allah SWT.

Jenis-jenis Syirik

Syirik dibahagikan kepada 2 iaitu syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jali (terang dan
nyata).

1. Syirik Khafi adalah syirik yang tersembunyi yang boleh menyebabkan hilangnya
pahala. Contoh :

Riak
Ujub
Takabbur

2. Syirik Jali adalah syirik yang melakukan secara terang-terangan. Contoh :

Menyembah patung
Menyembah matahari dan bulan

1. Syirik akbar (besar), iaitu memperlakukan sesuatu selain
Allah sama dengan Allah, dalam hal-hal yang merupakan hak
khusus baginya.

2. Syirik ashghor (kecil), iaitu perbuatan yang disebutkan dalam
Al-Qur'an dan Al-Hadis sebagai suatu syirik, tetapi belum
sampai ke tingkat syirik akbar.

Kesan-kesan Syirik


Akibat yang buruk di Sumber
Penghinaaan ke atas Akhirat ketakutan

manusia Sarang tahayul Kezaliman yang
(dongengan) besar
Melemahkan jiwa

SYIAH DALAM ISLAM

“Golongan yang mendokong cita-cita untuk

menjadikan Saidina Ali k.w. sebagai khalifah


Rasulullah s.a.w”

Aliran Syiah Akidah Syiah

-tiga cabang utama Syiah
5 perkara menjadi Rukun Kepercayaan

mempunyai pengikut yang
(Usul al-Din) :
besar
Tauhid (Allah itu satu)
-Syiah Imam Dua Belas
Adalah (Allah itu Maha Adil)
Qiyamah (Allah akan membangkitkan

atau Imamiyyah/Ja'fariyyah
manusia untuk pengadilan di Hari Kiamat)
Nubuwwah (Nabi dan Rasul ma'asum

= paling terkenal dan
dilantik Allah untuk mengajar dan

membimbing manusia. Muhammad s.a.w,

terbesar nabi dan rasul terakhir)
Imamah (Allah melantik orang tertentu

Golongan Syiah kecil sebagai pemimpin umat manusia iaitu

Imam)
al-Kaisaniyyah
al-Zaidiyah Percanggahan Syiah
10
al-Gublat daripada Ahli Sunnah
Islmailiyah
Menurut pandangan Mazhab Sunni, perkara yang

Syiah Imam
diamalkan Syiah yang bertentangan dengan mereka

Bertujuh antarnya ialah:

Alawiyyah dan Duruzijuga
Khalifah diwasiatkan secara nas
mengganggap diri mereka

Syiah tetapi tidak diiktiraf
Imam adalah maksum
Syiah yang lain
Saidina Ali pemimpin umat Islam setelah kewafatan

Tarekat Sufi beraliran
Rasulullah
Syiah
Mencela para sahabat nabi dna ummahatul mukminin
Tarekat Alevi
Bektashi Hamadani Menghalakan nikah mut'ah yang diharamkan oleh Mazhab

Sunni
Fatimiyyah
-mempercayai bahawa Nabi telah mewasiatkan
Menolak beberapa ijmak ulama
keturunan mereka menjadi pemimpin umat Islam

Menolak Qias
dan bersatu di bawah Imam

Menerima hadith yang diriwayatkan sebahagian Ahli

Sunnah Wal Jamaah walaupun mengatakan para sahabat

-Malaysia tidak membenarkan aliran ini melakukan
yang memperawikan hadis itu kafir
ritual harian dan Majlis Fatwa Malaysia menolak

fahaman mereka. Mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan

KESIMPULAN

Aqidah adalah kepercayaan umat Islam
kepada Allah yang Esa yang wajib dipegang
dengan kukuh yang tidak dapat dilebur dengan api
yang panas. Setiap ruang kehidupan seseorang
mukmin terikat dengan ikatan kemas (murtabid)
iaitu aqidah yang terpasak dengan penuh
kekuatan dan keyakinan. Selain itu, Ujian dan
cabaran umat Islam di abad ke-21 ini amat dahsyat
sekali di mana aqidah umat Islam terhakis oleh
anasir- anasir dajjal dan ya’juzun wa ma’juzun
seperti penyalahgunaan media elektronik dengan
teknologi yang canggih, pengaruh sekularisme,
pengaruh internet, kehidupan berteraskan
liberalisme, pluralisme, ajaran sesat dan
sebagainya. Oleh itu, umat islam perlu meningkat
ilmu pengetahuan dan menambahkan amal ibadat
kepada Allah agar tidak terpesong daripada
jalan yang lurus.

11

LLAAMMPPIIRRAANN

1.https://www.mais.gov.my/wp-
content/uploads/2021/09/BAHAYA-
ANCAMAN-LIBERALISME-DAN-
PLURALISME.pdf
2.Buku Pengajian Islam
3.http://pengajianislamkmb-
nadiahradzi.blogspot.com/2017/09/isu-
isu-semasa-berkaitan-dengan-
akidah.html?m=1

12

HURAIAN

Inilah di antara isu-isu yang dapat
merosakkan aqidah umat Islam masakini yang
mana secara langsung atau tidak langsung
aqidah umat Islam tergugat akibat pemikiran
islam yang terpesong daripada ahli sunnah
waljamaah. Dalam erti kata lain, Umat Islam
harus berusaha meningkatkan kualiti iman,
Islam dan ihsan berdasarkan kefahaman Ahli
Sunah Waljamaah. Selain itu, mempelajari ilmu
kalam yang membabitkan dua aspek, iaitu
mensabitkan kebenaran akidah Islam dan
menafikan dakwaan palsu kepercayaan atau
fahaman yang menyalahi akidah. Akhirnya,
pengetahuan ilmu kalam akan membawa

penjelasan dan pengukuhan akidah serta
pemikran islam. Sekali gus, membolehkan kita
mengenali aliran pemikiran yang bertentangan
dengan ajaran islam agar kita boleh
menjauhinya.


Click to View FlipBook Version