Hari Raya Aidilfitri disambut pada
1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga
dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya
Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri
merupakan perayaan yang disambut oleh
umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa
sama ada Arab, Inggeris, Melayu, India-Muslim,
Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh
dunia yang beragama Islam bagi menandakan
berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat
Islam telah menjalani ibadat puasa dengan
tekun. Ia merupakan antara dua perayaan
terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya
Kurban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara;
iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan)
ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya
melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini
menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu
bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam.
Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh
pegawai bertugas pada sebelah petang hingga
waktu maghrib di beberapa tempat strategik.
Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya
tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang
dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga
masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang
telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga
akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa
bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip
apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada
kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit
berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan
sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi memberi peluang
kepada mereka yang belum membayar zakat untuk
menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan
dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat
sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi
memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan
korban.[1]
Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan
bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah.
Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara
terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan)
sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi
1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi
hingga malam
Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya
di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah
juadah istimewa yang masih dihidangkan
pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang
dikukus di dalam anyaman daun
kelapa atau daun palas dan selalunya
dihidangkan bersama dengan rendang.
Juadah-juadah yang lain
termasuklah lemang, lontong, dodol,
dan kuih raya.
Namun begitu, simbol lain yang
berteraskan Islam seperti kalimah Allah
dan Nabi Muhammad, bunga-bungaan,
tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain
yang tiada unsur haram juga adalah
digalakkan untuk digunakan sebagai
simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut
dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum
perayaan tersebut menjelma, suasana
persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai.
Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan
jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan
secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga
akan diputarkan di radio dan di televisyen.
Rancangan-rancangan yang berkisarkan
Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan
premis-premis perniagaan akan ditutup selama
beberapa hari sehingga seminggu sempena
Aidilfitri.
Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh
negara, kesesakan akan berlaku akibat
kebanjiran warga bandar yang pulang ke
kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri
bersama-sama sanak saudara dan kaum
keluarga. Fenomena ini juga dikenali
sebagai Balik Kampung.
Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah
amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan
agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya
sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya
Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan
mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-
Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan
berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka
akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau.
Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-
maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan
umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular
pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa
kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya
berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada
amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang
ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna
selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat
pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan
syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian
dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan
pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.
Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan
Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut
syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk
mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih,
bertahmid dan bertakbir kepada Allah.
Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi
sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan
membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid
bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan
Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap
dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah
kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik
seperti hari ini.[2]
Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-
masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa lampu
sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud:
"Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar
sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid
kami." [3], dan juga riwayat dari Umar ()رضى الله عنه
menyebutkan bahawa:
"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada
masjid-masjid Allah maka Allah akan memberi pula
baginya lampu penerang di dalam kuburnya. " [4]
Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya
itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal.
Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan
berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu
akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang
pulang ke bandar setelah cuti tamat. Biasanya di
Malaysia, minggu pertama hari raya lebuh raya akan
dipenuhi dengan kenderaan dan menyebabkan jalan
sesak.[5]
1) MANDI SUNAT HARI RAYA SEBELUM KELUAR
MENUNAIKAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI
2) MENJAMAH MAKANAN SEBELUM KELUAR.
3) MEMPERBANYAKKAN TAKBIR
4) MENGUCAPKAN SELAMAT DAN MENDOAKAN
ANTARA SATU SAMA LAIN
5) MEMAKAI PAKAIAN TERBAIK YANG ADA
6) MENUKAR JALAN KE TEMPAT SOLAT (BALIK DAN
PERGI)
7) BERZIARAH DAN MERAPATKAN HUBUNGAN BAIK
(UKHUWWAH) SESAMA MUSLIM SEMPENA MUSIM CUTI
YANG DIPEROLEHI.