#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan #Pelan Pemulihan Negara (PPN) EDISI KHAS BERSAMA PERANGI COVID-19 | KITA JAGA KITA http;//www.customs.gov.my Datuk Yunus Mesra, Warga Ceria Buletin TANAH Terbitan Pertama 2021 BERADAT LIPUTAN MENARIK PERSATUAN-PERSATUAN NGO KASTAM Majlis Makan Malam Bersama TPKP Skuad Dron Ibu Pejabat Sistem iPetroc Membanggakan Majlis Bicarawara Eksekutif yang dikendalikan oleh moderator Tn Hazim dengan tajuk Pengurusan Dalam Perspektif Jabatan Kastam Diraja Malaysia : Cabaran & Halatuju telah berjaya membuka minda warga JKDM Negeri Sembilan terhadap usaha-usaha yang telah dibuat dan dirancang untuk kebajikan dan kemaslahan warga. Majlis berlangsung dengan penuh santai dan mesra. Datuk Yunus sangat terharu di atas penerimaan warga JKDM Negeri Sembllan serta usikan dari Moderator. Lihat muka 5 Lihat muka 6 Lihat muka 8 Lihat muka 8 Lihat muka 9 Lihat muka 10 SENAWANG : WARGA Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah menerima lawatan kerja rasmi YBhg. Datuk Yunus Charlie Carington dengan penuh rasa kemesraan dan terasa dekat di hati. Lawatan Kerja Rasmi YBhg. Datuk Yunus Charlie Charington berlangsung selama 2 hari iatu bermula dari 12 Oktober - 13 Oktober 2021.
BULETIN TANAH BERADAT 2
3 BULETIN TANAH BERADAT
BULETIN TANAH BERADAT 4 Datuk Yunus Membuat Pemeriksaan Perbarisan Penuh Simbolik SENAWANG: Majlis Bicarawara Eksekutif atau Executive Talk yang telah dihadiri seramai lebih 60 orang secara fizikal manakala seramai 213 orang di atas talian menunjukkan kehadiran YBhg Datuk Yunus ke JKDM Negeri Sembilan amat dialukan. dari muka hadapan SENAWANG: Ketibaan Datuk Yunus disambut dengan penut protokol dengan membuat pemeriksaan perbarisan sebelum meneruskan agenda lawatan rasmi beliuan. Perbarisan kawad yang di ketuai oleh Tuan Firdaus Izharuddin dari Bahagian Penguatkuasaan, Cawangan Akaun Belum Terima (ABT) dan disertai seramai 21 orang anggota.
5 BULETIN TANAH BERADAT Datuk Yunus Berharap Projek Dapat Dilaksana SENAWANG : Datuk Yunus dibawa melihat tapak cadangan pembangunan Kompleks Perumahan Kastam Negeri yang teletak berhampiran dengan Wisma Kastam Negeri Sembilan. Tuan Mohammad Hafiz bersama Tuan Rizaman dan Tuan Heikal memberikan penerangan dan penjelasan mengenai cadangan tapak perumahan baharu bagi memindahkan pegawai di Perumahan Kastam Taman Tuanku Jaafar (TTJ) yang telah lama dan kelihatan uzur serta perlukan pembaikan. • Cadangan pembangunan Kompleks Perumahan Kastam Negeri Sembilan
BULETIN TANAH BERADAT 6 SEREMBAN : Datuk Yunus di bawa terus ke Pejabat Kastam Seremban 2 bag meneruskan agenda pembentangan penstrukturan semula perjawatan sedia ada bagi memperkasakan jentera organisasi Kastam Negeri Sembilan dalam mengutip hasil. NILAI : Satu pembentangan mengenai operasi yang dijalankan di Pejabat Kastam Nilai yang memerlukan pandangan dan pendapat dari Datuk Yunus agar operasi yang dijalankan tidak terganggu dan tergendala. Penstrukturan Semula Perjawatan Strategi Baru Bagi Mengoptimumkan Modal Insan Mendepani Isu dan Masalah Pengoperasian lagi liputan penuh Pembentangan Penstrukturan Pejawatan oleh Tuan Heikal menarik minat Datuk Yunus untuk memperkemaskan perjawatan sedia ada di JKDM Negeri Sembilan.
7 BULETIN TANAH BERADAT
8 BULETIN TANAH BERADAT Kejutan Meraikan Sambutan Hari Jadi Bersama YBhg. Datuk Yunus dan PKN Negeri Sembilan Makan Malam Disulami Nostalgia Bersama SENAWANG: Majlis Makan Malam bersama YBhg. Datuk Yunus amat istimewa diadakan dengan penuh simbolik di mana tarikh lahir Datuk Yunus dan Tuan Mohammad Hafiz adalah pada tarikh yang sama. Datuk Yunus amat terharu dengan surprise yang diatur oleh pihak urusetia. Begitu juga dengan PKN kerana tidak menyangka berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Datuk Yunus. Majlis makan malam di hostkan oleh Pn Wani Amalina dan juga diserikan dengan nyanyian dari pegawai-pegawai secara minus one. lagi liputan penuh
BULETIN TANAH BERADAT 9 PORT DICKSON, Kuala Lukut: Lawatan kerja rasmi Pengarah Kastam Negeri diteruskan dengan pembentangan oleh Ketua Stesen Penguatkuasaan Marin, Tuan Hazli. Di samping itu juga, pembentangan oleh Skuad Dron Ibu Pejabat juga menarik minat Datuk Yunus untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penggunaan dron bagi memantau aktiviti penyeludupan di darat dan di laut. Penggunaan Teknologi Dron Dalam Pemantauan Penguatkuasaan Marin
10 BULETIN TANAH BERADAT Stesen JKDM Port Dickson Potensi Meningkat Hasil PORT DICKSON: Datuk Yunus meneruskan lawatan kerja beliau ke Stesen Port Dickson iaitu program akhir lawatan ke JKDM Negeri Sembilan. Taklimat pembentangan operasi Stesen Port Dickson disampaikan oleh Ketua Kastam Daerah, iaitu Tuan Rizaman dan dikendalikan oleh pengacara majlis Tuan Hazim. Beliau sempat bergambar kenangan dengan seluruh warga kerja Stesen Port Dickson bersama Pengarah Kastam Negeri dan Ketua-Ketua Bahagian.
BULETIN TANAH BERADAT 11
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA ,Wisma Kastam, Jalan Paroi-Senawang, Karung Berkunci No.16, 70450, Seremban, Negeri Sembilan | Tel : 06.679 3700 | Faks : 06.679 3666 Penaung Tuan Bustamam b. Razman Grafik/Multimedia Tuan Razidi b. Abu Pembaca Proof Puan Aishah bt. Mangsor Cik Siti Aishah bt. Mohd Sharif Jurugambar Encik Mohd. Khairul Aznizam b. Nazzri Penasihat Tuan Mohd. Heikal b. Mohd. Isa Editor Tuan Fazrin b. Ahmad Puan Saridah bt. Mat Sahat Puan Nurul Nabila bt. Ahmad Terbitan oleh : Cawangan Korporat JKDM Negeri Sembilan 12 BULETIN TANAH BERADAT