SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG CHERAS BAHARU
JALAN 34B, KG CHERAS BARU, 56100 KUALA LUMPUR
TEL / FAKS : 03-42941801, EMAIL : [email protected]
MINIT MESYUARAT
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)
BILANGAN 2 TAHUN 2022
Tarikh : 3 Ogos 2022 (Khamis)
Masa : 2.00 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat SKKCB
Kehadiran :
BIL. NAMA JAWATAN
1. Puan Noorcinderella binti Mohd Radzi Guru Besar
2. Encik Razami Bin Ramli PK Pentadbiran
3. Encik Mohd Zuffi Bin Abdul Majid PK Hal Ehwal Murid
4. Puan Zaimaniza Bt. Zainudin PK Kokurikulum
5. Puan Nordeana Bt Dewa Guru Unit Sahsiah & Pengawas
6. Cik Norfarhah Bt Fauzi Ketua Unit Sarana
7. Cik Rathina A/P Magisperan Guru Unit Keselamatan
8. Puan Noor Haza Azura Bt Hashim Guru Unit Sahsiah & Pengawas
9. Puan Nur Hanan Binti Abdullah Setiausaha HEM
10. Puan Lelasarifathulaiezam Bt Abu Guru Unit Kebersihan
11. Encik Malket Singh A/L Belwet Singh Guru Unit Sahsiah & Pengawas
12. Cik Siti Hafizah Bt Hakimi Ketua Unit Kebersihan
13. Encik Mohamad Annas B Jullam Ketua Unit Sahsiah & Pengawas
14. Encik Muhammad Helmi B Shamshulbahri Guru Unit RMT & Susu
15. Puan Norazira Bt Sahari Guru Unit SPBT
16. Puan Suhaily Bt Saad Guru Unit Kesihatan & Rawatan
17. Encik Mohamad Fikri Hakim B Mohd Hashim Ketua JK Kedai Buku
18. Puan Siti Norazna Bt Ishak Guru Unit SPBT
19. Encik Ahmad Arieff Aiman B Mohamad Penyelaras Tahun 1
20. Puan Nur Hafizah Bt Abdul Radzak SU Hari Kanak-Kanak
21. Cik Nur Izzat Binti Nadzri Guru Unit PPDa
22. Puan Roswati Bt Mohamed Addnan Guru Unit KWAPM
23. Puan Noor Farawahida Bt Din Guru Unit SPBT
24. Encik Mohd Saufi Bin Ruslan Guru Unit SPBT
25. Puan Salzura Bt Mohd Noor Guru Unit RMT
26. Puan Siti Hasniza Bt Marlan Guru Unit KWAPM
27. Puan Halmimazila Bt Abd Razak Guru Unit Sahsiah & Pengawas
28. Encik Muhammad Sani Bin Fadzil Guru Unit PPDa
29. Encik Md Shazili Bin Nasir Ketua Unit Kesihatan & Rawatan
30. Encik Faisir Anuar Bin Isa Ketua Unit Keselamatan
31. Encik Ahmad Zakwan Bin Rosli Guru Unit Sahsiah & Pengawas
32. Puan Siti Maslina Bt Mohd Ramli Guru Unit Sahsiah & Pengawas
33. Puan Fadillah Bt Samsudin Guru JK Kantin
34. Encik Zailani Bin Mansor Guru JK Kantin
35. Puan Sharifah Aisyaton Bt Syed Ghazali Ketua Unit KWAPM
36. Puan Noor Saidatul Marshila Bt Bahador Guru Unit Kesihatan & Rawatan
37. Cik Noriah binti Ismail@Musa Guru Unit Bimbingan & Kaunseling
38. Cik Davamalar a/p Kunasegaran Guru Unit Keselamatan
39. Encik Mohd Khairul bin Md Noor Guru Unit Keselamatan
40. Puan Nursyuhada binti Zakaria Ketua Unit RMT & Susu
41. Encik Mumtaz Shubhi bin Mohd Sabudin Guru Unit SPBT
42. Encik Mohd Hafiz bin Husain Guru Unit Data
43. Puan Nurul Awatif binti Mohd Khuzaimi Guru Jawatankuasa Kantin
44. Puan Nor Ain Nazieyra binti Mohd Nazri Guru Uni KWAPM
45. Puan Raihan binti Azmi Guru Unit Kebersihan
Turut Hadir
Tiada
Tidak Hadir (Bersebab) Temujanji Anak
Pn. Rohani binti Abdul Rahim Mesyuarat
En. Surinderaj A/L Govindarajoo Cuti
En. Mohd Khairi bin Budin Mesyuarat
Pn. Roslaini binti Abd Razak
Urus Setia Mesyuarat : Setiausaha HEM
1. Pn Nur Hanan bt Abdullah
1 PERUTUSAN PENGERUSI : (ENCIK MOHD ZUFFI BIN ABDUL MAJID – PK HEM)
1.1 Pengerusi mengucapan salam dan selamat sejahtera kepada semua guru yang hadir
dan memulakan mesyuarat dengan bacaan al-Fatihah.
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru dalam Mesyuarat Pengurusan Hal
Ehwal Murid Kali Kedua bagi sesi 2022.
1.3 Encik Zuffi telah mempersilakan Guru Besar untuk menyampaikan surat lantikan AJK
HEM kepada beberapa orang guru baru antaranya :
1.3.1 Encik Mumtaz Shubhi bin Mohd Sabudin
1.3.2 Encik Ahmad Zakwan bin Rosli
1.3.3 Encik Mohd Hafiz bin Husain
1.3.4 Puan Nurul Awatif binti Mohd Khuzaimi
1.3.5 Puan Nor Ain Nazieyra binti Mohd Nazri
1.3.6 Puan Raihan binti Azmi
1.3.7 Cik Nur Athirah binti Norman
1.3.8 Puan Nurul Huda binti Amirudin
1.4 Ucapan Aluan Puan Noorcinderella Binti Mohd Radzi - (Guru Besar)
1.4.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada pengerusi dan memberi
1.4.2 kepercayaan penuh kepada Unit HEM dalam menjalankan tugas dengan baik.
Guru Besar telah memberi beberapa peringatan penting dalam melaksanakan
tugas HEM yang banyak berkaitan dengan murid dan juga ibubapa, antaranya:
1.4.2.1 Guru-guru mesti bertindak mengikut undang – undang dan SPI yang
telah ditetapkan oleh KPM.
1.4.2.2 Sentiasa berwaspada dalam tindakan dan berintegriti. Segala data
murid perlu dirahsiakan dan jika berlaku sesuatu masalah perlu
diselesaikan di peringkat dalaman terlebih dahulu dan tidak perlu
dimasukkan ke media sosial.
1.4.2.3 Guru-guru perlu ada kebijaksanaan dalam menangani masalah dan
membuat keputusan bersama mengikut situasi dan keadaan yang
sesuai.
Makluman
2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Dicadangkan oleh Encik Faisir Anuar bin Isa untuk disahkan
2.2 Disokong oleh Encik Mohd Fadli bin Abd Razak supaya disahkan
3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Guru Bertugas
3.1.1 Encik Zuffi mengingatkan semua guru bertugas mingguan dan guru penyayang
perlu menjalanakan tugas seperti biasa pada waktu pagi , waktu rehat dan
waktu balik bagi memastikan keselamatan murid dalam keadaan terkawal dan
tiada kemalangan di sekolah.
Tindakan : Semua Guru
3.1.2 Guru bertugas mingguan juga perlu melengkapkan buku laporan bertugas
mingguan dan menghantarnya ke pejabat pada setiap hari Jumaat untuk
semakan PK HEM.
Tindakan : Semua Guru
3.2 Disiplin dan Pengawas
3.2.1 Encik Zuffi memaklumkan semua pengawas telah diberi tugasan masing-
masing oleh guru disiplin. Pengawas akan merekodkan kehadiran murid lewat
bermula jam 7.30 hingga 7.40 kemudian diambil alih oleh pengawal sekolah.
Makluman
3.2.2 Guru disiplin akan membuat analisa kehadiran murid lewat ke sekolah mengikut
keluarga.
Tindakan : Guru Disiplin
3.3 Unit 3K (Keselamatan)
3.3.1 Encik Zuffi memaklumkan bahawa pihak polis juga membantu pihak sekolah
dengan membuat rondaan dan laporan bagi menjamin keselamatan warga
sekolah daripada anacaman luar.
Makluman
3.4 APDM
3.4.1 Encik Zuffi memohon agar guru-guru kelas dapat mengemaskini data murid
yang terkini dalam APDM terutama alamat rumah dan nombor telefon serta gaji
ibubapa/penjaga.
Tindakan : Guru-guru Kelas
3.4.2 Encik Zuffi juga mengingatkan semua guru kelas supaya mengisi kehadiran
murid setiap hari sebelum jam 9.00 pagi.
Tindakan : Guru-guru Kelas
3.5 KPI HEM
3.5.1 Encik Zuffi memaklumkan terdapat pindaan dalam KPI HEM iaitu daripada
Salah Laku Murid kepada Sahsiah Terpuji Murid. Terdapat 2 isu penting yang
perlu difokuskan dalam PSO HEM iaitu:
1. Isu Kehadiran Murid (mencapai 95%)
2. Sahsiah Terpuji Murid (mencapai 90%)
Makluman
3.6 PAS KELUAR MASUK KELAS
3.6.1 Encik Zuffi memaklumkan kepada semua guru kelas jika terdapat kerosakan
pada PAS KELUAR MASUK boleh berjumpa dengan SU HEM.
Makluman
4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN
4.1 UNIT SAHSIAH DAN PENGAWAS – Encik Mohamad Annas bin Jullam
4.1.1 Encik Zuffi telah memaklumkan kepada semua guru tentang beberapa perkara
penting dalam Unit Disiplin, antaranya ialah :
4.1.1.1 Perekodaan awal masalah disiplin murid perlu di masukkan ke dalam
4.1.1.2 MYDISIPLIN sebelum masuk ke SSDM.
Sumber kepada masalah displin murid dapat dikenalpasti daripada 4
cara iaitu:
1. Pertemuan dengan PK HEM
2. Sumber daripada Guru Disiplin
3. Aduan kepada Guru Kaunseling
4.1.1.3 4. Aduan daripada murid sendiri (dengan rela hati)
Masalah terkini yang telah dirujuk ke Unit Kaunseling ialah 10 orang
4.1.1.4 murid ponteng tegar. Guru Kaunseling telah pun mengambil tindakan
4.1.1.5 dengan menghubungi ibubapa mereka. Tindakan susulannya ialah
4.1.1.6 lawatan cakna yang akan dijalankan pada hari Selasa (9 Ogos 2022)
bersama Guru Disiplin, Guru Kaunseling dan PK HEM serta guru
kelas jika perlu.
Rekod paling ramai murid poteng tegar ialah dari kelas 5 Uranus.
Pengerusi memohon kepada semua guru supaya setiap masalah
yang timbul perlu dikaji dan diselidik terlebih dahulu sebelum kita
membuat hukuman.
Semua guru adalah guru disiplin, jadi bukan semua masalah yang
timbul perlu dirujuk kepada Guru Disiplin.
Makluman
4.1.2 Encik Annas telah melaporkan perkara-perkara berikut iaitu :
4.1.2.1 Watikah Pelantikan Pengawas dan Kursus Kepimpinan Pengawas
telah dilaksanakan.
4.1.2.2 Program yang akan dilaksanakan masih di dalam perancangan
4.1.2.3 Jadual bertugas pengawas telah siap disusun dan diberikan kepada
semua pengawas. Mereka telah diberi taklimat tentang perjalanan
dan pelaksanaan tugasan masing-masing. Kenrjg
4.1.2.4 Guru- guru juga boleh memaklumkan kepada guru disiplin jika
terdapat di kalangan pengawas yang bermasalah dan tidak
menjalankan tugas supaya dapat diberi teguran dan
penambahbaikan.
4.1.2.5 Semua guru boleh memasukkan amalan baik murid-murid dalam
SSDM dengan keizinan pentadbir sekolah.
Makluman
4.2 UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING – Cik Nur Athirah binti Norman
4.2.1 Cik Nur Athirah telah melaporkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
4.2.2 yang telah dilaksanakan iaitu:
4.2.1.1 Perkhidmatan kaunseling individu/kelompok. Terdapat 9 orang murid
yang terlibat. (Rujuk Slide BnK)
4.2.1.2 Perkhidmatan konsultasi. Hanya 5 orang murid yang terlibat. (Rujuk
Slide BnK)
4.2.1.3 Bimbingan kelompok dilakukan semasa menggantikan kelas-kelas
tertentu.
Makluman
Manakala program – program yang telah dilaksanakan di bawah Unit
Bimbingan dan Kaunseling ialah :
4.2.2.1 Transisi Tahun 1 pada 21 Mac – 1 April 2022
4.2.2.2 Program Transformasi Diri pada 21 – 25 Mac 2022
4.2.2.3 Kursus Kepimpinan Muda pada 18 Mei 2022
4.2.2.4 Watikah Pelantikan Barisan Pimpinan Muda pada 23 Mei 2022
4.2.2.5 Minggu PPDa pada 4 – 8 Julai 2022
Makluman
4.2.3 Cik Nur Athirah juga memaklumkan antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan
ialah :
4.2.3.1 Program Awal Remaja untuk murid tahun 4, 5 dan 6.
4.2.3.2 Motivasi Darjah 6
4.2.3.3 Ziarah Cakna akan dijalankan kepada 10 orang murid ponteng tegar.
4.2.3.4 Lawatan ke Kidzania
Makluman
4.2.4 Guru Besar memesan supaya Program Awal Remaja diadakan secara
berasingan lelaki dan perempuan. Murid lelaki akan b*erada di surau dan murid
perempuan pula di dewan. Murid perempuan akan diberi penerangan tentang
penggunaan tuala wanita oleh pihak Laurier. Guru-guru perlu menggunakan
bahasa yang sesuai serta mudah difahami oleh murid dan tidak menyentuh
sentiviti murid-murid.
Makluman
4.3 UNIT PPDa – Nurul Huda binti Amirudin
4.3.1 Puan Huda telah melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sempena
Minggu PPDa di sekolah iaitu:
4.3.1.1 Pertandingan Mewarna
4.3.1.2 Pertandingan Melukis Poster
4.3.1.3 Pertandingan Video Kreatif
4.3.1.4 Teka Silang Kata
Aktiviti ini melibatkan murid tahap 1 dan tahap 2.
Makluman
4.3.2 Puan Huda juga memaklumkan antara perancangan yang akan dilaksanakan
oleh Unit PPDa ialah mengemaskini papan kenyataan PPDa dan laluan PPDa.
Makluman
4.4 UNIT DATA – Encik Surinderaj A/L Govindarajoo
4.4.1 Encik Zuffi telah memaklumkan bahawa Encik Surin telah mengubah beberapa
4.4.2 nama guru kelas yang bertukar kepada nama guru kelas yang terkini dalam
APDM iaitu Encik Mohd Saufi kepada Puan Nurul Awatif , Encik Md Khairul
kepada Encik Mohd Hafiz dan Puan Noor Farawahida kepada Puan Nor Ain
Nazieyra.
Makluman
Mohon kerjasama kepada semua guru kelas Tahun 1 untuk mengemaskini
Data APDM dan e-RKM.
Tindakan: Guru Kelas Tahun 1
4.5 UNIT BANTUAN / KEBAJIKAN MURID / KWAPM – Puan Sharifah Aisyaton binti
Syed Ghazali
4.5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa duit bantuan KWAPM akan diagihkankan
pada ketetapan berikut :
➢ Tarikh : 17 Ogos 2022 (Rabu)
➢ Tarikh kecemasan : 18 Ogos 2022 (Khamis)
➢ Masa : 10 pagi
➢ Tempat : Dewan Wawasan Gemilang SKKCB
➢ Guru yang terlibat : 4 orang
Tindakan: Setiausaha KWAPM
4.5.2 Puan Aisyaton memberitahu jumlah murid yang akan menerima bantuan
KWAPM dan BAP adalah seperti berikut :
1. Murid KWAMP seramai 138 orang
2. Murid BAP Tahun 1 seramai 68 orang
3. Murid BAP Kes Cicir seramai 47 orang
Tindakan: Setiausaha KWAPM
4.5.3 Encik Zuffi memohon agar guru bertugas dapat mengawal disiplin murid-murid
pada waktu rehat supaya tidak mengganggu proses pengagihan duit KWAMP
di dewan.
Tindakan: Guru Bertugas
4.6 UNIT SPBT – Puan Rohani binti Abdul Rahim
4.6.1 Puan Nur Hanan telah melaporkan aktiviti-aktivit yang telah dilaksanakan oleh
Unit SPBT iaitu :
4.6.1.1 Proses pengagihan buku teks telah selesai pada bulan Mac 2022.
4.6.1.2 Pesanan buku teks kegunaan 2023 telah dibuat pada bulan Februari
2022.
4.6.1.3 Pelupusan buku teks akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2022.
4.6.1.4 Mohon kerjasama guru kelas menghantar fail borang SPBTG ke bilik
BOSS untuk semakan penyelaras SPBT.
Makluman
4.7 UNIT RMT DAN SUSU – Puan Nursyuhada binti Zakaria
4.7.1 Guru Besar telah memberi beberapa peringatan penting tentang Unit RMT dan
Susu iaitu:
4.7.1.1 Perlu ada Jadual bertugas guru RMT setiap hari
4.7.1.2 Perlu ada buku laporan kehadiran murid RMT dan ditandatangani
oleh pihak kantin dan juga PK HEM.
4.7.1.3 Guru RMT perlu membuat pemantauan ketika penyediaan makanan
oleh pihak kantin.
4.7.1.4 Guru RMT juga dibenarkan untuk mengambil gambar makanan murid
RMT.
4.7.1.5 Guru RMT perlu rasa dan bau makanan yang telah disediakan.
4.7.1.6 Murid RMT perlu makan makanan pada waktu yang ditetapkan dan
tidak dibenarkan membawa pulang makanan ke rumah.
4.7.1.7 Pihak kantin perlu menyediakan makanan yang seimbang untuk
murid-murid RMT dan dimasukkan ke dalam tupperware yang
tertutup.
4.7.1.8 Guru RMT perlu membuat catatan kuantiti dan kualiti makanan yang
disediakan dari segi protin , buah-buahan dan sayur-sayuran.
4.7.1.9 Susu tidak boleh diberikan kepada murid RMT pada waktu rehat
kerana pihak kantin perlu sediakan air berdasarkan peruntukan yang
diberi sebanyak RM 2.50.
4.7.1.10 Susu perlu diletak dan disimpan di tempat yang sesuai dan selamat.
Puan Haza mencadangkan supaya mengambil rak besi dari bilik
SPSK untuk kegunaan penyimpanan susu.
Tindakan: Setiausaha dan Guru RMT dan Susu
4.8 UNIT 3K ( UNIT KEBERSIHAN DAN KECERIAAN) - Cik Siti Hafizah binti Hakimi
4.8.1 Program Gotong - Royong Jalinan Mesra antara warga sekolah dengan
kerjasama ibubapa akan diadakan pada 27 Ogos 2022 , hari Sabtu bermula
jam 8.30 pagi. Makanan disediakan kepada semua AJK dan ibubapa yang
terlibat. Manakala peralatan pula perlu disediakan sendiri oleh ibubapa dan
guru kelas melalui persetujuan perbincangan dalam group kelas masing-
masing.
Makluman
4.8.2 Encik Zuffi memaklumkan bahawa anugerah kelas terbaik (paling bersih) akan
dibuat pada setiap bulan. Beliau memohon kepada semua guru supaya
memastikan kelas yang diajar dalam keadaan bersih dan tersusun. Program
keceriaan kelas akan digabungkan dengan program keceriaan tandas.
Tindakan: Semua Guru
4.9 UNIT 3K (KESELAMATAN) – Encik Faisir Anuar bin Isa
4.9.1 Encik Zuffi memaklumkan latihan kebakaran akan diadakan mengikut
perancangan dalam takwim sekolah untuk kali kedua.
Tindakan: Setiausaha Keselamatan
4.9.2 Beberapa cermin tingkap yang pecah telah digantikan dengan yang baru bagi
menjamin keselamatan murid di dalam kelas.
Makluman
4.10 UNIT 3K (KESIHATAN) – Encik Md Shazili bin Nasir
4.10.1 En. Shazili telah memaklumkan beberapa pemeriksaan yang telah dijalankan
kepada murid-murid daripada pihak Klinik Kesihatan iaitu:
1. Penerangan Cara Membasuh Tangan Yang Betul serta Pemeriksaan dan
Penjagaan Kuku dan Rambut kepada murid-murid Prasekolah
2. Pemeriksaan mata telah dijalankan bagi murid Tahun 1 dan Prasekolah.
Makluman
4.10.2 Pemeriksaan dan Imunisasi murid akan dijalankan di dewan sekolah. Antara
pemeriksaan dan Imunisasi yang akan dijalankan ialah :
1. Suntikan Imunisasi bagi Murid Tahun 1
2. Pemeriksaan Tulang Belakang dan Rabun Warna bagi Murid Tahun 6
3. Pemeriksaan Gigi untuk semua murid.
Tindakan: Setiausaha Kesihatan
4.11 UNIT BASMI DENGGI – Encik Mohd Fadli bin Abd Razak
4.11.1 Encik Mohd Fadli telah memaklumkan bahawa laporan Denggi dibuat dengan
menggunakan GoogleForm pada setiap bulan.
Tindakan: Setiausaha Basmi Denggi
4.11.2 Seramai 10 orang ahli skuad denggi akan dilantik bagi membantu guru mencari
jentik-jentik.
Tindakan: Setiausaha Basmi Denggi
4.11.3 Encik Mohd Fadli juga memberitahu Program CIKGUMU CANTIK akan
dilaksanakan pada tarikh yang akan diberitahu kemudian.
Makluman
4.12 JAWATANKUASA KANTIN – Puan Roslaini binti Abdul Razak
4.12.1 Pn Hanan telah menyampaikan makluman daripada Puan Roslaini tentang
kantin sekolah iaitu :
1. 3 orang pekerja dan 2 orang pemilik kantin telah mengambil vaksin.
2. Buah-buahan sudah dijual di kantin selepas diminta variasikan jualan
makanan sihat.
3. Puan Roslaini memohon agar guru bertugas turut mengawasi murid di
kantin ketika waktu rehat.
4. Guru-guru perlu mengingatkan murid-murid tentang penjagaan kebersihan
semasa berada di kantin.
5. Puan Roslaini juga memberitahu papan kenyataan Kantin dalam proses
untuk dikemaskini.
Makluman
4.13 JAWATANKUASA KEDAI BUKU – Encik Mohamad Fikri Hakim bin Mohd Hashim
4.13.1 Encik Fikri telah membuat teguran kepada pihak Kedai Buku tentang jualan
barangan terlarang seperti mainan dan lain-lain. Guru – guru diminta untuk
mengambil gambar jika masih ada murid-murid yang membeli barang larangan
di Kedai Buku sebagai bukti.
Makluman
4.13.2 Encik Zuffi memaklumkan bahawa kontrak Kedai Buku akan tamat pada 30
Disember 2022.
Makluman
4.14 HAL - HAL LAIN
4.14.1 Dapatan Daripada Mesyuarat Unit HEM Di PPDHL pada 14 Julai 2022
4.14.1.1 Kadar RMT
Kadar kenaikan bayaran RMT daripada RM2.50 kepada RM4.00 telah
dibincangkan dalam mesyuarat Pengurusan HEM Zon Tengah Bersama Unit
kewangan KPM.
4.14.1.2 Pengurusan Kantin
Harga makanan di kantin perlu mengikut prosedur, persetujuan dan ketetapan
semasa perjanjian dibuat.
4.14.2 Maklumat Terkini Unit HEM
4.14.2.1 Hebahan Google Site HEM
➢ Encik Zuffi telah menyediakan Google Site untuk kegunaan semua guru bagi
mendapatkan maklumat dan bahan dengan kadar segera berkaitan HEM di
sekolah.
➢ Google site (https://Sites.Google.Com/View/Skkcbhem2022/Home) ini
mengandungi semua maklumat seperti SPI, senarai nama dan website
tentang HEM dan memudahkan semua guru untuk mengakses.
Makluman
4.14.2.2 e-RKM
➢ Semua guru kelas Tahun 1 perlu melengkapkan data murid dalam sistem
online e-Rekod Kesihatan Murid.
➢ Sistem ini digunakan untuk menyimpan rekod kesihatan murid yang
digunapakai di sekolah semasa proses lawatan dari Pasukan Kesihatan
Sekolah.
Makluman
4.14.2.3 Program Keselamatan Makanan (ProKEM)
➢ Program ini diwujudkan sebagai rujukan kepada pengusaha dapur sekolah
bagi mematuhi kehendak PPKM 2009 dalam penerimaan bahan
mentah,penyimpanan, pengendalian, penyediaan dan penghidangan
makanan supaya selamat dan terjamin kersihannya.
➢ Ia juga bertujuan mengurankan kejadian keracunan makanan melalui
amalan kebersihan baik (GHP)
Makluman
4.14.2.4 Keracunan Makanan
➢ Semua guru perlu tahu tentang punca dan tanda murid-murid yang terkena
keracunan makanan.
➢ Segera ke klinik untuk mendapat rawatan.
➢ Maklumkan dengan segera ke Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.
Makluman
4.14.2.5 Takaful
➢ Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) merupakan skim takaful
pelindungan di bawah Takaful Malaysia bagi murid-murid di sekolah di
seluruh Malaysia.
➢ TPSM memberikan pelindungan kepada murid-murid 24 jam sehari dan 7
hari seminggu dan ianya percuma kepada seluruh murid di Malaysia.
Makluman
6. PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kesudian guru-guru mendengar dan ambil
maklum perkara-perkara penting berkaitan dengan HEM.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 pm.
Urusetia HEM
Bertarikh: 9 Ogos 2022
NHA/mesyuarat HEM Bil 2 2022