The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ASAL USUL BAHASA MELAYU
-RUMPUN BAHASA MELAYU
-CABANG-CABANG BAHASA AUSTRONESIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1303-24-esra, 2021-09-24 10:41:16

Asal Usul Bahasa Melayu

ASAL USUL BAHASA MELAYU
-RUMPUN BAHASA MELAYU
-CABANG-CABANG BAHASA AUSTRONESIA

ASAL USUL BAHASA
MELAYU

DISEDIAKAN OLEH:
ESRA FLORICCA NUYAH

PENGENALAN:

DEFINISI BAHASA

Bahasa merupakan satu sistem lambang bunyi
suara yang digunakan sebagai alat
perhubungan atau berkomunikasi antara
manusia. Bahasa adalah gabungan fonem
yang membentuk kata dengan aturan sintaksis
untuk membentuk kalmat yang memiliki
maksud. Misalnya, istilah ‘Melayu’ digunakan
dalam pengertian yang luas serta yang sempit.
Dalam pengertian luas, istilah ini merujuk
kepada bangsa-bangsa Austronesia yang
terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan
kawasan yang secara tradisional disebut
sebagai gugusan pulau-pulau Melayu, iaitu

pulau-pulau yang meliputi Indonesia yang ada
sekarang ini. Penggunaan istilah ‘Melayu’ yang
lebih am ialah yang merujuk kepada suku
bangsa yang berbahasa Melayu di pantai
Timur Sumatera, Brunei dan beberapa tempat
lain yang berdekatan.

pp

ASAL USUL BAHASA MELAYU

Bahasa sering dikaitkan dengan salasilah bangsa.
Asal usul orang Melayu iaitu penutur asli bahasa
Melayu amat kabur disebabkan oleh sejarah kuno
Asia Tenggara masih belum diselidik dengan lebih
mendalam. Walau bagaimanapun, kita dapat
mengetahui secara ringkas mengenai latar
belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno
iaitu nenek moyang orang Melayu. Beberapa teori
telahpun mengatakan bahawa penutur bahasa
Melayu berasal daripada golongan manusia yang
diberi nama Austronesia. Mereka datang dari
daerah Yunan dan menjelajah ke Selatan dalam
bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia
dan menduduki wilayah Asia Tenggara. Perkara ini
berlaku sejak tahun 2500 sebelum masihi iaitu
dengan kedatangan pertama yang disebut Melayu

Proto dan kemudian kira-kira dalam tahun 1500
sebelum masihi, datang pula gelombang kedua
iaitu golongan yang disebut Melayu Deutro.
Mereka ini telah menduduki daerah pantai dan
tanah lembah di Asia Tenggara dan telah
menunujukkan kepandaian belayar dan bercucuk
tanam. Namun begitu, terdapat teori terbaharu
yang menyatakan bahawa tempat asal orang
Melayu ialah Pulau Borneo dan mereka telah
merebak dari situ dalam tiga kelompok yang besar
melalui tiga arah iaitu:

 Ke Barat,arah ke Sumatera Utara
 Ke Timur Laut menghala ke kepulauan Filipina

dan Taiwan, dan satu kelompok turun ke
Sulawesi dan Kalimantan Timur, dan

 Ke Barat Daya iaitu Sumatera Selatan dan Jawa
Barat
o Oleh sebab masyarakat Austronesia
tersebar luas di seluruh Kepulauan Melaya
dan Lautan Pasifik, maka berkembanglah
tiap-tiap bahasa di daerah masing-masing.
Walau bagaimanapun, antara bahasa yang
berlainan hari ini, masih dapat dilihat unsur
persamaan.
o Bahasa Austronesia ialah satu rumpun
bahasa yang tergolong ke dalam satu
keluarga bahasa besar yang bernama
keluarga bahasa Austris.
o Di samping rumpun Austronesia, terdapat
dua rumpun yang lain dalam keluarga ini,
iaitu rumpun bahasa Austroasia dan
rumpun bahasa Tibet-China.

o Rumpun bahasa Austronesia pula
terbahagi kepada empat cabang, iaitu
kumpulan bahasa di kepulauan Melayu,
kumpulan bahasa Polinesia, antaranya
bahasa Hawaii, Tonga dan Maori.
Kumpulan bahasa Melanesia antaranya
bahasa di kepulauan Marianna, Marshall,
Carolina dan Gilbert. Dalam bentuk rajah,
cabang-cabang keluarga bahasa Austris
dan rumpun bahasa Austronesia adalah
seperti berikut:

RUMPUN AUSTRONESIA
Dalam bentuk rajah, cabang-cabang keluarga
bahasa Austris dan rumpun bahasa Austronesia
adalah seperti yang berikut: Rumpun Austronesia

Keluarga Nusantara Polinesia Melanesia
Mikronesia(Indonesia)

Namun, ada sebahagian ahli bahasa dan sejarah
mengelompokkan rumpun bahasa austronesia
kepada dua kumpulan utama, iaitu: Rumpun
Austronesia Keluarga Keluarga Melayu- Taiwanik
Polinesia Barat Tengah Timur.

TEORI ASAL-USUL BAHASA MELAYU
Terdapat banyak teori asal-usul bahasa Melayu.
Teori ini bolehdibahagikan kepada dua teori
penting yang mendasari asal-usul bahasa Melayu,
iaitu:(1) Teori Hendrick Kern(2) Teori James Collins,
Nothofer, Robert Blust, dan Adelaar

TEORI HENDRIK KERN
 Orang-orang Melayu berasal dari Semenanjung
Tanah Melayu.
 Orang-orang Austronesia berasal dari Champa
(di persisiran pantai Kemboja).
 Orang-orang Austronesia turun ke
Semenanjung menjadi orang Melayu.

 Orang Melayu dari Semenanjung berpecah-
pecah ke sebelah timur.

 Teori ini tidak lagi digunakan pada masa kini.

TEORI ASAL-USUL BAHASA MELAYU TEORI JAMES
COLLINS, NOTHOFER, ROBERT BLUST,
ADELAAR

 Mewakili dua pendapat yang agak sama tetapi
ada sedikit perbezaan, iaitu dari segi migrasi
orang Melayu.

 Namun, keempat-empat ahli sarjana ini
bersepakat mengatakan orang Melayu berasal
dari sebelah barat Pulau Borneo.

 Kerana Pulau Borneo – tempat asal-usul
penutur orang Melayu.

BAHASA MELAYU KUNO

Bahasa Melayu merupakan keluarga bahasa
Nusantara.

Kegemilangannya ialah dari abad ke-7 hingga abad
ke-13 pada zaman kerajaan Srivijaya, sebagai
lingua franca dan bahasa pentadbiran.

Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan
Sumatera.

Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa
pentadbiran kerana:

Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh
luar.

Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis
masyarakat.

Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding
dengan bahasa Jawa.

Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit.
Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti
menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan
ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.

PERALIHAN BAHASA MELAYU KUNO KE BAHASA
MELAYU KLASIK

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama
Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada
abad ke-13.
Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak
perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan
tulisan.
Terdapat tiga batu bersurat yang penting: Batu
bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356):

1. Ditulis dalam huruf India.

2. Mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa
baris sajak Sanskrit.

3. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu
bersurat abad ke-7.

 Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380):
o Masih memakai abjad India

 Buat pertama kalinya terdapat penggunaan
kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan
rahmat. Batu bersurat di Kuala Berang,
Terengganu (1303-1387)
1. Ditulis dalam tulisan Jawi
2. Membuktikan tulisan Arab telah telah
digunakan dalam bahasa Melayu pada
abad itu.

 Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti
catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu

kerana selepas abad ke-14, muncul
kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
 Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti
catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu
kerana selepas abad ke-14, muncul
kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

BAHASA MELAYU KLASIK
Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga
zaman penting:

1. Zaman kerajaan Melaka
2. Zaman kerajaab Acheh
3. Zaman kerajaan Johor-Riau
 Tokoh-tokoh penulis yang penting ialah

Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani,

Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-
Singkel.
 Ciri-ciri bahasa klasik:

o Ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
o Banyak ayat pasif.
o Menggunakan bahasa istana.
o Kosa kata klasik: edan kesmaran (mabuk

asmara), sahaya(saya), masyghul
(bersedih).
o Banyak menggunakan kata pangkal ayat:
sebermula, alkisah, hatta, adapun
o Ayat songsang.
o Banyak menggunakan partikel ‘pun’ dan
‘lah’

BAHASA MELAYU MODEN

Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi
Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman
bahasa Melayu moden.

Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu
mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi
sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran,
kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat
pendidikan Islam.

Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah
dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai
pengantar dalam sistem pendidikan.

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan,
Perlembagaan Persekutuan Perkara 152

menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu
sebagai pengantar dalam sistem pendidikan
negara.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, terdapat dua teori penting
tentang asal-usul bahasa Melayu, iaitu teori yang
dipelopori oleh Hendrik Kern dan teori yang
dipelopori oleh 4 orang sarjana iaitu James Collins,
Nothofer, Robert Blust dan Adelaar.

Teori Hendrik Kern – teori ini menghuraikan
bahawa orang-orang Melayu berasal dari
Semenanjung Tanah Melayu.

Teori 4 sarjana - teori ini menghuraikan tentang
migrasi orang-orang Melayu yang dipercayai
berasal dari sebelah barat Pulau Borneo.

RUMPUN BAHASA
MELAYU

Rumpun Bahasa Melayu

Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga
Nusantara di bawah rumpun bahasa Austronesia.
Asal-usul bahasa Melayu adalah dari filum Austris.
Filum Austris terpecah kepada tiga rumpun bahasa
yang besar iaitu rumpun Austroasia dan rumpun
Austronesia (dulu dikenali sebagai Malayo-
Polinesia), dan rumpun Tibet-China. Rumpun
Austronesia pula dipecahkan kepada empat
keluarga, iaitu Indonesia , Melanesia, Mikronesia
dan Polinesia. Dalam keluarga bahasa Nusantara
terdapat kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Namun
begitu, bahasa-bahasa tersebut dikelaskan kepada
golongan tertentu seperti golongan Filipina,
Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Muna-
Butung, Gorontalo, Tomini, Loinang, Bunku-Laki,
Sulawesi selatan, Bima- Sumba, Ambon-Timul,

Sula-Bacon, dan Halmahera selatan-Irian Jaya.
Bahasa Melayu tergolong ke dalam kumpulan
bahasa Sumatera. Beberapa teori telah
mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa
Melayu berasal daripada golongan manusia yang
diberi nama Austronesia.

Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun
dalam dua gelombang pergerakan ke wilayah Asia
Tenggara. Golongan pertama disebut Melayu Proto
yang datang sejak tahun 2,500 sebelum Masihi.
Tidak dijelaskan mengapa mereka berpindah.
Mereka tinggal di kuala-kuala sungai dan pantai
untuk memudahkan kerja-kerja mencari makan.
Golongan kedua disebut Melayu Deutro yang
datang kira-kira dalam tahun 1,500 sebelum Masihi.
Perpindahan mereka juga tidak dapat dipastikan
sebab-sebabnya. Melayu Deutro ini telah

berpindah mengikut jalan dan laluan yang dilalui
Melayu Proto. Apabila sampai di selatan mereka
mendesak golongan pertama ke daerah pinggiran,
ke hulu sungai, ke kawasan gunung atau ke
tempat-tempat yang terpencil, manakala Melayu
Deutro tinggal di kawasan tanah pamah, tanah
rendah, lembah sungai dan di tepi laut.

Selain daripada itu, terdapat teori yang
menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari
Tanah Besar Asia Tenggara. Pendapat ini didukung
oleh pengkaji-pengkaji Barat. H. Kern menyatakan
bahawa penduduk di kepulauan Asia Tenggara
berasal dari Assam, dibahagian timur negara India.
Beliau membuat kesimpulan demikian lantaran

terdapat persamaan-persamaan adat resam
beberapa suku di Sumatera dan Borneo dengan
suku-suku di Assam seperti suku Naga di India.
Henry Yule pula berpendapat seperti J.R. Logan
iaitu tentang wujudnya persamaan adat resam
antara penduduk-penduduk di daratan Asia
Tenggara dengan yang terdapat di kepulauan
Melayu. Persamaan-persamaan ini menunjukkan
bahawa mereka adalah daripada keturunan yang
sama. Tetapi tidak dapat dipastikan dari mana. Ada
yang mengatakan dari Yunan, di barat daya negeri
China; dari Assam, India; dari Asia Tengah; dan ada
juga yang mengatakan dari bahagian selatan tanah
besar Asia Tenggara.

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

BAHASA-BAHASA
AUSTRONESIA

Rumpun Bahasa Austronesia adalah sebuah
keluarga bahasa yang tersebar meliputi gugusan
kepulauan Asia Tenggara dan Lautan Pasifik.
Beberapa anggota keluarga bahasa ini juga
dituturkan di tanah besar Asia. Rumpun bahasa
Austronesia tersebar luas dari Taiwan dan Hawaii di
hujung utara hingga ke New Zealand di wilayah
(Aotearoa) di hujung selatan dan dari Madagascar
jauh di barat sampai ke Pulau Easter (Rapanui) di
hujung timur.

Sepertimana bahasa-bahasa Bantu, Indo-Eropah,
Afro-Asiatik dan Uralik, Rumpun bahasa
Austronesia merupakan salah satu keluarga bahasa
tua yang telah dikenal pasti dengan lengkap.
NamaAustronesia berasal dari kata Latin auster
"angin selatan" dan kata Greek nêsos "pulau".
Nama ini sememangnya cocok, kerana sebahagian

besar bahasa Austronesia dituturkan di pulau-
pulau yang terletak dalam, atau berhampiran
dengan, Hemisfera Selatan: hanya beberapa
bahasa, seperti bahasa Melayu dan bahasa-bahasa
Cham, dituturkan di tanah besar Asia. Kebanyakan
bahasa Austronesia mempunyai bilangan penutur
yang kecil. Walau bagaimanapun,bahasa
Austronesia utama memiliki jutaan penutur.
Sesetengah bahasa Austronesia merupakan bahasa
rasmi di beberapa buah negara. Otto Dempwolff,
seorang sarjana Jerman, merupakan ahli bahasa
pertama yang menyelidik bahasa-bahasa
Austronesian dengan mendalam menggunakan
comparative method.

Para ahli bahasa tidak sepakat tentang keluarga
bahasa manakah yang mempunyai bahasa yang
terbanyak. Walau bagaimanapun, rumpun bahasa

Austronesia pastinya menduduki antara tangga
teratas dengan 1,268 bahasa (menurut
Ethnologue), yang bersamaan dengan lebih kurang
satu perlima daripada jumlah keseluruhan bahasa
yang diketahui di dunia.

Rumpun bahasa Austronesia memiliki beberapa
cabangan utama, dan kesemuanya kecuali satu
diketemui di Taiwan. Bahasa-bahasa Formosa
Taiwan dikategorikan kepada sembilan
subkumpulan aras pertama ("first-order") bahasa
Austronesia. Kesemua bahasa Austronesia yang
dituturkan di luar Taiwan (termasuklah bahasa
Yami) tergolong dalam cabang Melayu-Polinesia,
yang kadangkala dikenali dengan nama bahasa
Extra-Formosa.

Secara lazimnya, rumpun bahasa Austronesia
dibahagi kepada beberapa kelompok. Dua
kelompok utama ialah bahasa Taiwan dan bahasa
Melayu-Polinesia. Kemudian rumpun bahasa
Melayu-Polinesia dibahagi pula menjadi bahasa-
bahasa Melayu-Polinesia Barat, Tengah dan Timur.
Di bawah adalah salasilah pembahagian rumpun
bahasa ini secara terperinci.

Austronesia
 Taiwanik
o bahasa Atayalik
o bahasa Tsouik
o bahasa Paiwanik
o bahasa Taiwanik Barat

o bahasa Taiwanik yang terpengaruh bahasa
China

 bahasa Melayu-Polinesia
o bahasa Melayu-Polinesia Barat
o bahasa Borneo
o bahasa Filipina Utara
o bahasa Filipina Tengah
o bahasa Filipina Selatan
o bahasa Mindanao Selatan
o bahasa Sama-Bajau
o bahasa Sulawesi
o bahasa Sundik

 bahasa Melayu-Polinesia Tengah
o bahasa Bima-Sumba
o bahasa Maluku Tengah
o bahasa Maluku Tenggara
o bahasa Timor-Flores

 bahasa Melayu-Polinesia Timur
o bahasa Halmahera Selatan-Papua Barat-
Laut
o bahasa Oseania

Salah satu cabang terpenting adalah cabang
Sundik yang menurunkan bahasa-bahasa
Austronesia dengan jumlah penutur terbesar yaitu:
bahasa Jawa, bahasa Melayu (dan bahasa
Indonesia), bahasa Sunda, bahasa Madura, bahasa
Aceh, bahasa Batak dan bahasa Bali.

BAHASA-BAHASA AUSTRONESIA

GAMBAR RUJUKAN

PEMETAAN RUMPUN BAHASA AUSTRONESIA

MASYARAKAT
AUSTRONESIA

Sumber rujukan:
http://bloggersyamil.blogspot.com/2016/08/pengenalan-
definisi-bahasa-1.html

http://bkree66.blogspot.com/2012/04/rumpun-bahasa-
melayu.html

http://kapcai2bmw.blogspot.com/2012/08/bahasa-bahasa-
austronesia-asal-usul.html?m=1




Click to View FlipBook Version