UNIFORM BSMM NO. 3 KADET LELAKI PAKAIAN KERJA halaman 40 B S M M
UNIFORM BSMM NO. 3 KADET LELAKI PAKAIAN KERJA halaman 41 B S M M
UNIFORM BSMM NO. 3 KADET PEREMPUAN PAKAIAN KERJA halaman 42 B S M M
UNIFORM BSMM NO. 3 KADET PEREMPUAN PAKAIAN KERJA halaman 43 B S M M
UNIFORM BSMM NO. 3 KADET PEREMPUAN PAKAIAN KERJA halaman 44 B S M M
UNIFORM BSMM NO. 3 KADET PEREMPUAN PAKAIAN KERJA halaman 45 B S M M
SUSUNAN PEMAKAIAN LENCANA KECEKAPAN KADET halaman 46 B S M M
SUSUNAN PEMAKAIAN LENCANA PADA LENGAN UNTUK KADET halaman 47 B S M M
FUNGSI PAKAIAN Penggunaan pakaian seragam ini hendaklah dipakai semasa menjalankan tugas harian atau pakaian pejabat yang tidak membentuk sebarang operasi atau latihan fizikal. Acara yang memerlukan penggunaan pakaian seragam ini adalah seperti berikut : a. Menghadiri mana-mana latihan berasaskan bilik darjah Bulan Sabit Merah Malaysia; b. Untuk dipakai semasa sebarang aktiviti perkhemahan belia atau sukarelawan untuk tujuan rasmi; c. Sebarang perarakan atau upacara lain yang mewajarkan penggunaan pakaian seragam ini seperti yang diarahkan. halaman 48 B S M M
UNIFORM MUFTI BSMM PEMUDA LELAKI PAKAIAN MUFTI halaman 49 B S M M
UNIFORM MUFTI BSMM PEMUDA PEREMPUAN PAKAIAN MUFTI halaman 50 B S M M
SUSUNAN PEMAKAIAN LENCANA KECEKAPAN MUDA halaman 51 B S M M
halaman 52 B S M M
FUNGSI PAKAIAN Penggunaan baju kemeja Polo dan uniform ini hendaklah dipakai oleh Ahli Muda (10-12 tahun) untuk aktiviti harian mereka semasa menjalankan sebarag operasi, perkhidmatan atau acara mengikut 7 Prinsip Asas. Ia juga boleh dipakai seperti yang diarahkan atau untuk latihan simulasi. Acara yang memerlukan penggunaan pakaian seragam ini adalah seperti berikut : a. Pakaian harian sekolah untuk aktiviti kokurikulum; b. Latihan berkala mengenai lencana kemahiran atau bidang khusus junior belia relatif; c. Tugas pertolongan cemas. d. Aktiviti perkhemahan. e. Aktiviti mengumpul dana. f. Menerima lawatan pertukaran antarabangsa daripada rakan Persatuan Kebangsaan. g. Latihan, bengkel, forum anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia. h. Sambutan, perhimpunan atau pameran dalam mempromosikan karya Bulan Sabit Merah Malaysia. i. Sebarang acara lain yang mewajarkan penggunaan pakaian seragam ini seperti yang diarahkan. halaman 53 B S M M
UNIFORM MUFTI BSMM AHLI BELIA & KADET LELAKI PAKAIAN MUFTI halaman 54 B S M M
UNIFORM MUFTI BSMM AHLI BELIA & KADET LELAKI PAKAIAN MUFTI halaman 55 B S M M
UNIFORM MUFTI BSMM AHLI BELIA & KADET PEREMPUAN PAKAIAN MUFTI halaman 56 B S M M
UNIFORM MUFTI BSMM AHLI BELIA & KADET PEREMPUAN PAKAIAN MUFTI halaman 57 B S M M
FUNGSI PAKAIAN Penggunaan baju kemeja Polo ini hendaklah dipakai oleh Sukarelawan Belia (antara 18-30 tahun) semasa menjalankan sebarang operasi, perkhidmatan atau acara mengikut 7 Prinsip Asas. Ia juga boleh dipakai seperti yang diarahkan atau untuk latihan simulasi. Acara yang memerlukan penggunaan pakaian seragam ini adalah seperti berikut : a. Bertugas semasa sebarang peristiwa tindak balas bencana. b. Latihan berkala untuk kakitangan dan sukarelawan mengenai tindak balas bencana atau bidang khusus yang relatif. c. Aktiviti perkhemahan d. Aktiviti mengumpul dana e. Menerima lawatan pertukaran antarabangsa daripada rakan Persatuan Kebangsaan. f. Latihan, bengkel, forum anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia. g. Sambutan, perhimpunan atau pameran dalam mempromosikan karya Bulan Sabit Merah Malaysia. h. Sebarang acara lain yang mewajarkan penggunaan pakaian seragam ini seperti yang diarahkan. halaman 58 B S M M
0 7 L A P O R A N A K T I V I T I
LAPORAN AKTIVITI UNIT BERUNIFORM MINGGU KE-1 UNIT BERUNIFORM : BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Tarikh 10 Januari 2024 Masa 8.00 - 10.00 petang Tempat Dewan Tun Fatimah Aktiviti Taklimat Kursus subjek MPU3451a Laporan Mingguan 1. Perjumpaan minggu ke-1 dilaksanakan secara gabungan 4 kelas (BM6, BM8, PAKK1 & PAKK2). 2. Madam Kristil membentangkan MK untuk kursus MPU3451a. 3. Madam Kristil juga menerangkan secara ringkas tentang pentaksiran berterusan. 4. Pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) setiap unit dilaksanakan. 5. Para pelajar melafazkan ikrar dan menyanyikan lagu BSMM secara beramai-ramai. 6. Setiausaha dan AJK Dokumentasi berperanan mencatat dan merekod setiap kali perjumpaan mingguan. 7. Madam Kristil juga menerangkan berkenaan kajian lapangan yang akan dilaksanakan pada tarikh yang berkenaan. 8. Penerangan berkenaan pemakaian rasmi BSMM juga disampaikan. 9. Dr. Norsiah menerangkan serba sedikit berkenaan pendaftaran ahli baru BSMM serta kursus-kursus yang akan diambil oleh setiap ahli. 10. Para pelajar diberi masa untuk mendaftar nama dalam sistem ‘Malaysia Red Crescent’. Catatan
LAPORAN AKTIVITI UNIT BERUNIFORM MINGGU KE-2 UNIT BERUNIFORM : BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Tarikh 17 Januari 2024 Masa 3.00 - 5.00 petang Tempat Kelas Anjung Ilmu 12 (AI 12) Aktiviti Kelas teori Laporan Mingguan 1. Perjumpaan minggu ke-2 dilaksanakan secara berasingan mengikut kelas dan unit masing-masing. 2. Berikut merupakan kelas teori pertama bagi kod subjek MPU3451a unit Bahasa Melayu 6. 3. Semua pelajar menyanyi lagu BSMM secara serentak sebagai permulaan sesi pembelajaran. 4. Madam Kristil menceritakan sejarah penubuhan dan pengasas Bulan Sabit Merah Malaysia dengan terperinci. 5. Pelbagai maklumat tambahan juga disampaikan seperti jenis keahlian, protokol tambahan, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan penubuhan BSMM di Malaysia. 6. Murid diminta mencatat nota dan maklumat yang diperoleh dalam buku log. Catatan
LAPORAN AKTIVITI UNIT BERUNIFORM MINGGU KE-3 UNIT BERUNIFORM : BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Tarikh 24 Januari 2024 Masa 8.00 - 10.00 pagi Tempat Tapak latihan kawad kaki Aktiviti Latihan arahan kawad kaki Laporan Mingguan 1. Para pelajar diminta berkumpul di tapak latihan kawad kaki seawal jam 7.45 pagi. 2. Sebelum memulakan sesi latihan arahan kawad kaki, Madam Kristil memberi keterangan terlebih dahulu berkenaan format arahan yang betul dalam kawad kaki BSMM. 3. Kemudian, para pelajar diminta masuk ke dalam barisan. 4. Ketua platun memberi arahan masuk baris. 5. Kemudiannya, para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang diketuai oleh ahli BSMM yang mahir kawad kaki untuk mengajar teknik dan bahasa hukuman yang betul. 6. Setiap kumpulan kecil melaksanakan kawad kaki dengan bimbingan ketua platun mereka. 7. Tepat jam 9.15 pagi, Madam Kristil minta setiap kumpulan mempersembahkan hasil latihan kawad kaki pertama mereka. 8. Madam memberi ulasan dan teguran untuk penambahbaikan setiap kumpulan tersebut. Catatan
LAPORAN AKTIVITI UNIT BERUNIFORM MINGGU KE-3 UNIT BERUNIFORM : BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Tarikh 25 Januari 2024 Masa 8.00 - 12.00 tengah hari Tempat SJKC Bukit Beruang Aktiviti Lawatan ke SJKC Bukit Beruang Laporan Mingguan 1. Para Pelajar diminta berkumpul di Kafeteria IPGMK Perempuan Melayu untuk menunggu bas seawal jam 7.30 pagi. 2. Setiausaha menyemak senarai nama pelajar yang telah tiba sebelum naik bas. 3. Lawatan ke SJKC Bukit Beruang dilaksanakan bertujuan sebagai kajian lapangan kerja kursus bagi mendapatkan maklumat berkenaan perjalanan Pergerakan Bulan Sabit Merah Malaysia di sekolah tersebut. 4. Guru-guru penasihat BSMM sekolah tersebut menerangkan carta organisasi, sistem pengurusan, rancangan aktiviti mingguan perjumpaan dan perkongsian cadangan untuk mempergiatkan lagi BSMM lebih aktif. 5. Kami dijamu sedikit makanan dan dibawa melawat sekitar kawasan sekolah. 6. Kami juga dibawa melawat bilik Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). 7. Sebelum pulang ke IPG, kami bergambar sebagai kenang-kenangan berada di sekolah tersebut. Catatan
LAPORAN AKTIVITI UNIT BERUNIFORM MINGGU KE-4 UNIT BERUNIFORM : BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Tarikh 31 Januari 2024 Masa 8.00 - 10.00 pagi Tempat Tapak latihan kawad kaki Aktiviti Kawad statik Laporan Mingguan 1. Para pelajar diminta berkumpul di tapak latihan kawad kaki seawal jam 7.45 pagi. 2. Para pelajar diminta masuk baris. 3. Ketua platun memberi hukuman sedia. 4. Para pelajar diminta menyanyikan lagu rasmi Bulan Sabit Merah Malaysia. 5. Ketua platun memberi hukuman kawad statik yang selanjutnya seperti senang diri, rehatkan diri & baris sedia. 6. Latihan kawad kaki dilaksanakan sehingga setiap ahli mahir dengan tiap pergerakkan anggota badan yang sepatutnya. Catatan
LAPORAN AKTIVITI UNIT BERUNIFORM MINGGU KE-5 UNIT BERUNIFORM : BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Tarikh 07 Febuari 2024 Masa 5.00 - 7.00 petang Tempat Kompleks sukan PGL IPGMK Perempuan Melayu Aktiviti Kawad Dinamik Laporan Mingguan 1. Para pelajar diminta berkumpul di PGL seawal jam 4.30. 2. Ketua platun memberi hukuman masuk baris. 3. Ahli BSMM diminta menyanyikan lagu rasmi BSMM. 4. Ketua platun memberi hukuman “baris, sedia”. 5. Kemudian, Madam Kristil memberi keterangan berkenaan kawad dinamik dan paras yang perlu dipraktikan pada hari tersebut. 6. Madam Kristil mengagihkan ahli BSMM mengikut unit masing-masing. 7. Ketua platun setiap unit memainkan peranan dalam mengawal dan mempraktikan squad masing-masing. 8. Latihan kawad dinamik tersebut dipantau oleh Madam Kristil. Catatan
LAPORAN AKTIVITI UNIT BERUNIFORM MINGGU KE-7 UNIT BERUNIFORM : BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Tarikh 21 Febuari 2024 Masa 8.00 - 10.00 pagi Tempat Tapak latihan kawad kaki & bilik kuliah KDP Aktiviti Kawad kaki dan kelas teori Laporan Mingguan 1. Para pelajar diminta berkumpul di tapak latihan kawad kaki seawal jam 7.45 pagi. 2. Ketua platun memberi hukuman masuk baris. Kemudian, memberi hukuman “baris, sedia”. 3. Ahli BSMM diminta menyanyikan lagu rasmi BSMM. 4. Aktiviti kawad kaki dilaksanakan selama sejam. 5. Kemudiannya bergerak ke bilik kuliah KDP untuk sesi pembelajaran teori. 6. Madam Kristil menerangkan berkenaan Rancangan Pengajaran Harian dan Rancangan Pengajaran Tahunan secara terperinci. 7. Kami juga diberi pendedahan berkenaan rangka perancangan tersebut dan aktiviti yang ingin dilaksanakan hendaklah bersesuaian dengan tahap murid. Catatan
0 8 P E R A N C A N G A N O R I E N T A S I U N I T B E R U N I F O R M
PERANCANGAN ORIENTASI UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN PERGERAKAN BSMM TAHUN 2024 BIL MINGGU TARIKH HARI AKTIVITI 1. 1 13/03/2024 RABU Mesyuarat Agung BSMM - Perlantikan AJK - Perbincangan aktiviti tahunan - Sesi suai kenal antara ahli lama dan baru 2. 4 03/04/2024 RABU Pengenalan ilmu pergerakan BSMM - Menyanyi lagu BSMM dan melafazkan ikrar BSMM - Pengenalan logo dan lambang Badan Beruniform BSMM - Mengetahui makna logo dan lambang tersebut - Melukis dan mewarna logo BSMM 3. 7 24/04/2024 RABU Pengenalan ilmu pergerakan BSMM - Penceritaan sejarah ringkas pengasas dan penubuhan BSMM - 7 Prinsip Asas BSMM - Matlamat dan objektif BSMM ditubuhkan 4. 10 15/05/2024 RABU Asas pertolongan cemas - Tujuan pertolongan cemas - Cara mendapatkan bantuan dan ambulans dalam kadar segera - Jenis-jenis kecederaan yang sering berlaku di rumah dan sekolah - Cara mudah merawat pesakit 5. 13 05/06/2024 RABU Pertolongan cemas - Pengenalan peti kecemasan - Jenis ubat-ubatan dan alat alatan yang boleh digunakan untuk merawat pesakit - Panduan memberikan rawatan kecemasan
6. 16 26/06/2024 RABU Perkhemahan - Pengenalan jenis khemah - Teknik mendirikan khemah - Cara memilih tapak yang sesuai - Latihan amali memasang khemah 7. 19 17/07/2024 RABU Masakan - Pengenalan alatan masakan - Pengenalan bahan masakan - Kegunaan peralatan dan langkah keselamatan - Latihan amali : > memasak air > merebus telur > menggoreng cucur 8. 22 07/08/2024 RABU Asas kawad kaki - Pengajaran bahasa hukuman kawad - Pengajaran kawad kaki statik - Latihan amali > melakukan kawad kaki statik 9. 25 28/08/2024 RABU Kawad kaki dinamik - Melakukan pergerakan kawad (bergerak/berjalan) - Melakukan kawad secara spontan apabila mendapat arahan daripada ketua platun - Setiap kumpulan mempersembahkan kawad kaki mereka. 10 28 18/09/2024 RABU Ikatan tali - Mempelajari simpulan dan ikatan tali > Simpulan buku sila > Simpulan manuk > Ikatan balak > Ikatan silang gunting > Rekreasi tali
11. 31 09/10/2024 RABU Asas kebombaan - Cara menyelamatkan diri - Cara menggunakan alat pemadam api Pengenalan kraftangan - Menghasilkan satu kraftangan daripada bahan semula jadi / bahan terpakai secara berkumpulan 12. 34 30/10/2024 RABU Ikhtiar hidup - Latihan amali (Perkhemahan) 13. 37 20/11/2024 RABU Khidmat masyarakat - Program gotong-royong membersihkan bilik-bilik khas dan persekitaran kawasan sekolah 14. 40 11/12/2024 RABU Mesyuarat akhir tahun - Pembubaran AJK
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) Unit Beruniform : Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Tahun : Tahun 4, 5 & 6 Hari : Rabu Tarikh : 28 Ogos 2024 Bilangan : 50 Orang Aktiviti : Asas Kawad Kaki - Kawad Kaki Dinamik Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menyaksikan pertandingan kawad kaki di peringkat Rendah. Objektif pembelajaran : 1. Murid dapat menghafal dan menyebut bahasa hukuman. 2. Murid dapat melakukan 3 daripada 6 gerakan kawad kaki statik. 3. Murid dapat memupuk sikap bertanggungjawab sepanjang Melakukan pergerakan kawad. Bahan Bantu Mengajar : Audio lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu BSMM, mikrofon dan Speaker Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Persediaan Set Induksi (7 minit) Kehadiran murid-murid, Lagu Negaraku, Lagu rasmi BSMM dan lagu kawad daripada video “Didi and Friends” https://youtu.be/_ZKq 4rjwzz0?si=og3vLDS Rh8_vu92L 1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu BSMM. 2. Kemudian guru memasang lagu jom kawad “Didi and Friends”. 3. Guru mengimbas kembali topik PdP minggu lepas untuk menguji ingatan murid. 4. Sesi soal jawab antara guru dan murid. Nilai : rasa ingin tahu BBM : Audio lagu Negaraku, Lagu Negeri dan BSMM video “Didi and Friends” Kemahiran : Komunikasi
Aktiviti 1 Pengenalan kawad kaki dinamik -Kawad kaki dinamik -Elemen kawad kaki -Bahasa hukuman dan arahan kawad Guru menerangkan pengenalan berkenaan kawad kaki dinamik yang merangkumi maksud, elemen dan peranan seseorang apabila mendapat arahan atau bahasa hukuman. Nilai : Fokus Kemahiran : Komunikasi PMK : PdP berpusatkan guru (Guru memberi penerangan) Etika : Guru memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada murid-murid. Aktiviti 2 Bahasa Hukuman dan arahan kawad kaki -Masuk baris -Senang diri -Rehatkan diri -Sedia -Bergerak dalam barisan 1. Guru menerangkan tentang arahan kawad terlebih dahulu. 2. Guru membuat demonstrasi awal tentang pergerakkan yang betul. 3. Seterusnya, guru meminta murid melakukan pergerakkan berdasarkan demonstrasi yang ditunjukkan. Nilai : Fokus PMK : Pembelajaran dua hala Etika : Guru memberi tunjuk ajar kepada murid Aktiviti 3 Pelaksanaan kawad kaki secara berkumpulan 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil 2. Setiap kumpulan akan diketuai oleh seorang guru BSMM sebagai guru pemantau 3. Seorang murid akan bergilir-gilir menjadi ketua platun untuk memberi arahan 4. Guru akan menegur sekiranya pergerakan murid tidak selaras dengan arahan yang diberikan oleh ketua Nilai : Gigih Kemahiran : Komunikasi Etika : Guru sebagai pembimbing
platun 5. Sebelum tamat sesi perjumpaan, beberapa kumpulan akan dipilih secara rawak untuk mempersembahkan kawad kaki mereka. 6. Kumpulan paling terbaik persembahannya akan diberikan ganjaran. Penutup Kawad kaki dinamik 1.) Dipraktikan oleh badan unit berunform Bulan Sabit Merah Malaysia. 2.) Kawad kaki berupaya melatih sikap disiplin dan bekerjasama dalam diri murid-murid. Rumusan 1. Kumpulan yang dipilih mempersembahkan kawad kaki. 2. Murid-murid yang lain menyaksikan persembahan daripada rakan-rakan kumulan lain. 3. Murid-murid diminta membuat refleksi kendiri berkenaan pembelajaran mereka pada hari tersebut. Kognitif : Murid berupaya mengaplikasikan asas kawad kaki yang baru dipelajari dengan baik. Sosial : Murid diberikan peneguhan positif dan galakkan atas kesilapan pergerakkan yang ditunjukkan. Nilai : Bersungguh-sugguh Kemahiran : Pembelajaran sepanjang hayat PMK : Komunikasi Etika : Guru sebagai role model.
Malaysia Red Crescent. (2021) The Malaysia Red Crescent Society. https://www.redcrescent.org.my/ Mony, M. (2019). 6 Carta Organisasi BSMM. Scribd. https://www.scribd.com/document/435855742/6-Carta-Organisasi-Bsmm Nasir, M. N., Ramli, Z., Alatas, S. M., Rahman, A. A. A. R. A., & Zulkifli, M. F. (2017). Undang-Undang kemanusiaan antarabangsa dan perang terhadap keganasan: Suatu tinjauan kritikal (International Humanitarian Law and the war on terror: A critical review). Geografia, 13(4). Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. (t.t.). Buku panduan No.5 Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. https://www.rcrc-resilience-southeastasia.org/wp-content/uploads/2017/12/Handbook-No.-5- Regulations-on-MRCS-Uniform-compressed.pdf Shinylove. (t.t.). Sejarah Ringkas Bulan Sabit Merah Malaysia. Scribd. https://www.scribd.com/doc/150836392/Sejarah-Ringkas-Bulan-Sabit-Merah-Malaysia RUJUKAN