ISI KANDUNGAN
1 Sekapur sireh seulas pinang
- Guru Besar
- Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
- Guru Penyelaras Program NILAM PPKI
2 Profil Calon
3 Borang Folio – Nilam 04
4 Salinan Kad OKU, Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran
5 Borang Kebenaran Ibu Bapa
6 Pencapaian dan Penglibatan Kurikulum dan Ko-
kurikulum
7 Salinan Keputusan Peperiksaan
8 Sijil-sijil Penyertaan
9 Dokumentasi Bergambar Aktiviti Calon
10 Rekod Nilam
SEKAPUR SIREH,
SEULAS PINANG
KATA ALU-ALUAN GURU BESAR
SK LEDANG, TANGKAK.
Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya dapatlah saya melakarkan kata
alu-aluan dalam Buku Profil Peserta Anugerah Tokoh NILAM Pendidikan Khas Peringkat
Negeri Johor 2022. Syabas dan tahniah kepada anakanda Muhammad Iqbal bin Mohd
Farid kerana mampu melayakkan diri menjadi calon Anugerah Tokoh NILAM Pendidikan
Khas Peringkat Negeri Johor bagi tahun 2022, Kategori MBPK Masalah Pendengaran.
Sekolah sebagai institusi pendidikan berperanan untuk membangunkan potensi murid
melalui proses pembelajaran dan pengajaran. Sehubungan itu, melalui Program NILAM
yang dilaksanakan ini mampu melahirkan modal insan yang berkaliber, berwibawa dan
mampu berdikari serta mempunyai jati diri dalam mengharungi cabaran dunia pendidikan
yang semakin kompleks.
Sebagai sebuah sekolah yang sentiasa mementingkan penghasilan modal insan yang
berkualiti, anakanda Muhammad Iqbal adalah salah seorang daripadanya yang diharapkan
mampu menggilap potensi diri dan mampu bersaing dengan rakan-rakan dari daerah lain
untuk mencapai kejayaan.
Akhir kata, saya berharap agar anakanda Muhammad Iqbal akan dapat mencipta
keajaiban dengan menempa kejayaan yang cemerlang di peringkat Negeri Johor, di samping
meneruskan usaha menjulang nama sekolah dan Daerah Tangkak ke puncak jaya.Amin.
Sekian, terima kasih.
PUAN HAJAH SITI SULARMI BINTI MOHAMED ZUBIR
GURU BESAR SK LEDANG
KATA ALU-ALUAN GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
SK LEDANG, TANGKAK.
Assalamualaikum wbt. Dan Salam Sejahtera,
Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin-Nya, kita dapat lagi meneruskan tugas,
amanah dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah swt. Seperti yang telah kita sedia
maklum, program NILAM merupakan program yang menggalakkan minat membaca buku
dalam kalangan murid di seluruh negara. Sesungguhnya, program ini mampu melahirkan murid
yang aktif dan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum serta mempunyai sahsiah
yang terpuji.
Dalam melaksanakan program ini, kami guru-guru PPKI SK Ledang sangat bersyukur
kerana telah mampu melahirkan anak didik atau modal insan yang minat membaca, berilmu
pengetahuan serta mampu mengapresiasikan ilmu yang ada untukmencuba bidang ilmu yang
lain seperti menyertai pelbagai pertandingan yang diadakan di sekolah, komuniti, NGO dan
sebagainya.
Antaranya termasuklah anakanda Muhammad Iqbal bin Mohd Farid, murid yang
berdedikasi, cergas, berani serta sangat berdisiplin di sebalik ketidakupayaan, beliau sentiasa
menjadikan buku sebagai teman rapat walau di mana sahaja beliau berada.Saya secara
peribadinya berbangga apabila beliau dipilih sebagai peserta dalam Pertandingan Anugerah
Tokoh NILAM Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor dalam Kategori MBPK Masalah
Pendengaran bagi mewakili Daerah Tangkak kerana beliau sememangnya mampu menggalas
tugas ini dengan sebaiknya. Semoga Muhammad Iqbal beroleh kejayaan.
Sekian, Terima Kasih.
PUAN MASNORLIZA BINTI OTHMAN
GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS SK LEDANG
KATA ALU-ALUAN GURU PENYELARAS NILAM PPKI SK LEDANG
SK LEDANG, TANGKAK.
Setinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah dan kurnia-
Nya dapat para guru mengembangkan daya kognitif, potensi dan keyakinan dalam diri
anakanda Muhammad Iqbal bin Mohd Farid bagi melayakkan beliau untuk dicalonkan sebagai
peserta Anugerah Tokoh NILAM Pendidikan Khas peringkat Negeri Johor bagi tahun 2022.
Memang sukar untuk mencari seorang murid yang aktif dalam semua bidang mencakupi
akademik dan kokurikulum, namun kebolehan itu ada pada diri anakanda Muhammad Iqbal.
Watak ulat buku yang tekun membaca dan berisyarat serta berdisiplin menjawat jawatan
pengawas sekolah menjadikan beliau seorang yang sentiasa optimis dan berani mencuba
meskipun beliau mempunyai masalah pendengaran. Bagi saya anakanda Muhammad Iqbal
sesuai menjadi peserta Anugerah Tokoh NILAM Pendidikan Khas untuk mencungkil pelbagai
potensi dalam dirinya dan menyemarakkan lagi keyakinan dan keberaniannya untuk
berhadapan dengan dunia luar.
Akhirnya, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru PPKI dan juga
barisan pentadbir yang banyak membantu mengembangkan bakat kepimpinan dan minat suka
membaca dalam diri anakanda Muhammad Iqbal. Semoga perjalanan anakanda Muhammad
Iqbal sebagai peserta Anugerah Tokoh NILAM Pendidikan Khas Kategori MBPK Masalah
Pendengaran dipermudahkan Allah hendak- Nya.Amin.
Sekian, terima kasih,
PUAN NAQIYAH BINTI MAHMUD
GURU PENYELARAS NILAM PPKI SK LEDANG
BORANG FOLIO-
NILAM 04
SALINAN KAD OKU,
KAD PENGENALAN
DAN SIJIL
KELAHIRAN
BORANG
KEBENARAN IBU
BAPA
PENCAPAIAN DAN
PENGLIBATAN
KURIKULUM DAN
KO-KURIKULUM
BIL AKTIVITI PERINGKAT PENCAPAIAN TAHUN
1. Seminar ‘United Nation Kebangsaan Penglibatan 2019
International Peace
Month Malaysia’
2. Pertandingan e-Bercerita Negeri Naib Johan 2021
Kisah Al-Quran BD
Rendah Lelaki Karnival e-
Mahabbah Negeri Johor.
3. Pertandingan e-Lagu Solo Negeri Naib Johan 2021
Kod Tangan BD Terbuka
Karnival e-Kokurikulum
Pendidikan Khas Negeri
Johor.
4. E-Lifemap Rendah BD Negeri Perak 2021
dalam Johor ICT
Challenge for Special
Needs 2021 (JITC)
5. E-Tools Rendah BD dalam Negeri Perak 2021
Johor ICT Challenge for
Special Needs 2021 (JITC)
6. Pertandingan e-Bercerita Negeri Naib Johan 2020
Kisah Al-Quran BD Lelaki
rendah Karnival e-
Mahabbah Negeri Johor.
BIL AKTIVITI PERINGKAT PENCAPAIAN TAHUN
7. Pertandingan e- Daerah Johan 2021
Bercerita Kisah Al-Quran
BD Rendah Lelaki
Karnival e-Mahabbah
Daerah Tangkak.
8. Pertandingan e-Lagu Daerah Johan 2021
Solo Kod Tangan BD
Terbuka Karnival e-
Kokurikulum Pendidikan
Daerah Tangkak.
9. Pertandingan e- Daerah Johan 2020
Bercerita Kisah Al-Quran
BD Rendah Lelaki
Karnival e-Mahabbah
Daerah Tangkak.
10. Kursus Pembuatan Pizza Daerah Penglibatan 2020
Dulang Kolej Komuniti
Ledang
11. Pertandingan Nasyid Daerah Naib Johan 2019
Program Semarak Islam
dan Pendidikan Moral
Pendidikan Khas Daerah
Tangkak
12. Pertandingan Tarian Daerah Johan 2019
Rampaian Tradisional
Kreatif BP/BD Terbuka
BIL AKTIVITI PERINGKAT PENCAPAIAN TAHUN
12. Pertandingan Petanque Daerah Keempat 2019
Pendidikan Khas Daerah
Tangkak
13. Pertandingan Lompat Daerah Johan 2019
Jauh Kejohanan Olahraga
Pendidikan Khas Daerah
Tangkak.
14. Pertandingan Bacaan Sekolah Johan 2021
Lancar Tahap 2
15. Bacaan Buku Terbanyak Sekolah Johan 2021
PPKI SK Ledang
16. Pertandingan e-Quizzez Sekolah Johan 2021
Tahap 2 e-Minggu
Pemakanan Sihat
17. Pertandingan Mewarna Sekolah Naib Johan 2021
Poster Hari Kemerdekaan
Program Semarak
Merdeka
18. Pertandingan e-Cipta Sekolah Naib Johan 2021
Dessert Buah-buahan/
Sayur-Sayuran Tahap 2
19. Pertandingan e-Melukis Sekolah Ketiga 2021
Poster Buah-buahan
Tahap 2
20. Pertandingan e-Peragaan Sekolah Ketiga 2021
Pakaian Tradisional Tema
Merdeka
BIL AKTIVITI PERINGKAT PENCAPAIAN TAHUN
21. Pertandingan Lagu Sekolah Johan 2020
Isyarat sempena
Pertandingan Pencarian
Bakat Atas Talian.
22. Pertandingan Petanque Sekolah Naib Johan 2019
Bulan Sukan Negara.
23. Program Perkhemahan Sekolah Penglibatan 2019
Unit Beruniform.
24. Program Lawatan Sambil Sekolah Penglibatan 2019
Belajar ke Lumut, Perak.
25. Program Pendidikan Luar Sekolah Penglibatan 2019
Bilik Darjah (Terapi Kuda,
Terapi Main-Tenpin
Boling, Terapi
Multisensori).
ANUGERAH
BIL ANUGERAH PERINGKAT Tahun
1. Anugerah Cemerlang Kokurikulum Sekolah 2021
Pendidikan Khas
2. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Sekolah 2021
Kurang Upaya Pendengaran (BD)
3. Anugerah Bacaan Buku Terbanyak PPKI Sekolah 2021
SK Ledang
3. Anugerah Kecemerlangan j-QAF Tahap 2 Sekolah 2021
4. Anugerah Penglibatan Aktif PdPR Tahap Sekolah 2021
2
5. Anugerah Penglibatan Aktif Sekolah 2020
Kokurikulum Tahun 2020
KEPIMPINAN
BIL JAWATAN PERINGKAT TAHUN
6. Pengawas Sekolah Sekolah 2019-2021
7. Setiausaha Pengakap Pendidikan Khas Sekolah 2021
8. Bendahari Kelab Kebudayaan Sekolah 2021
Pendidikan Khas
9 Ahli Jawatankuasa Permainan Petanque Sekolah 2021
Pendidikan Khas
SALINAN
KEPUTUSAN
PEPERIKSAAN
SIJIL-SIJIL
PENYERTAAN