The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by misszdy, 2020-09-22 10:41:11

BUKU PROGRAM TERBARU

BUKU PROGRAM TERBARU

Keywords: BUKU PROGRAM,SEMINAR

SEMINAR KEPIMPINAN DAN
PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS
PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG

ANJURAN
UNIT PENDIDIKAN KHAS, SEKTOR PEMBELAJARAN,

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG

DENGAN KERJASAMA
PERTUBUHAN GURU PENDIDIKAN KHAS

DAERAH PASIR GUDANG (PGPKPG)

TEMA
“KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN BERKESAN
PENDIDIKAN KHAS MEMACU KEMENJADIAN MBK”

TEMPAT
SMK TAMAN DAYA 2

TARIKH
23 SEPTEMBER 2020

Seminar Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan Khas Peringkat Daerah Pasir Gudang 2020
23 September 2020

JAWATANKUASA

SEMINAR KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN
PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG

Penaung
Haji Kuswandi bin Tayen
Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang.

Penasihat 1
Puan Surieyani binti Samsudin
Timbalan PPD Pembelajaran

Pengerusi
Dr. Mohd Asnorhisham bin Adam
Penolong PPD Pendidikan Khas

Timbalan Pengerusi
Puan Noraspalelawati binti Razali
Penolong PPD Pendidikan Khas

Penyelaras 1
Encik Mohd Haniff bin Hamid
Pengerusi PGPK Daerah Pasir Gudang

Setiausaha
Cik Nurul Hidayah binti Yaziz
Setiausaha Kehormat PGPK Daerah Pasir Gudang

Penolong Setiausaha
Puan Wan Rosmalina binti Wan Ibrahim
Naib Setiausaha Kehormat PGPK Daerah Pasir Gudang

Bendahari
Encik Fairuz bin Wahab
Bendahari Agung PGPK Daerah Pasir Gudang

Penolong Bendahari
Puan Nuradibah binti Ya’akob
Naib Bendahari Agung PGPK Daerah Pasir Gudang

Ahli Jawatankuasa
Encik Mohamad Rozaimie bin Ismail

Puan Nurul Aini binti Mohd Pauzi
Puan Siti Fadhilah binti Shabudin
Puan Nur Hidayah binti Md Sofi
Encik Mohd Khalled Khairol bin Zakaria
Encik Muhamad Ruiz bin Ahmed

Encik Mohamad Saif Bin Shori
Encik Md Fuhad Bin Mon @ Nor

Puan Harnani Mohamed
Cik Nurul Amna Nabihah Binti Mohd Nor

Puan Intan Natasha Abu Bakar
Encik Mohd Zulkefli Bin Mohamad
Puan Nurul Farhana Binti Abd Zaid

“KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN BERKESAN PENDIDIKAN KHAS MEMACU KEMENJADIAN MBK”

Seminar Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan Khas Peringkat Daerah Pasir Gudang 2020
23 September 2020

TENTATIF

8.00 pg – 8.30 pg Pendaftaran Peserta Seminar
8.30 pg – 9.30 pg Ucaptama I
Tajuk : “Mempersiapkan Murid Berkeperluan Khas
9.30 pg – 9.50 pg Bagi Meladani Transisi Ke Kerjaya: Dari Sekolah Ke
Tempat Kerja dan Fasa Peralihan Kehidupan Pasca
9.50 pg – 10.10 pg Persekolahan.”
10.10 pg – 10.20 pg Penceramah : DR. Muhamad Khairul Anuar bin Hussin
10.20 pg – 10.40 pg Jabatan: SMK Taman Universiti 2, Johor Bahru
Ucaptama II
10.40 pg – 11.00 pg Tajuk : “Kepimpinan dan Pengurusan Pedidikan Khas
11.00 pg – 11.20 tgh Isu dan Cabaran”
Penceramah : DR. Mohd Asnorhisham bin Adam
Jabatan: PPD Pasir Gudang
Pembentang Pertama
Tajuk : “Kepimpinan Berkualiti Menjamin Produktiviti”
Penceramah : Pn Faridah binti Mohd Arshad
Jabatan: SMK Ulu Tiram, Pasir Gudang

Rehat
Pembentang Kedua
Tajuk : “Kerjaya ku Gemilang - ke arah kemenjadian
MBK Speed Skomas”
Penceramah : Pn Jamilah binti Ali
Jabatan: SMK Kota Masai, Pasir Gudang

Pembentang Ketiga
Tajuk : “ENTREPRENEUR@SCHOOL PROJECTS”
Penceramah : Pn Siti Norbayah binti Jema’at
Jabatan: SMK Taman Daya, Pasir Gudang
Pembentang Keempat
Tajuk : “Kaedah Stesen Pembelajaran (KSP) Dalam
Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran”
Penceramah : Pn Norzila binti Ihsan
Jabatan: SK Kangka Tebrau, Pasir Gudang

“KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN BERKESAN PENDIDIKAN KHAS MEMACU KEMENJADIAN MBK”

Seminar Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan Khas Peringkat Daerah Pasir Gudang 2020
23 September 2020

TENTATIF

11.20pg – 11.40 tgh Pembentang Kelima
11.40 pg – 12.00 tgh Tajuk : “Keberkesanan Penggunaan Bilik Snoezelen
12.00 tgh – 12.20 tgh Dalam Mengatasi Masalah Sensori Murid
12.20 tgh – 1.30 tgh Berkeperluan Khas”
Penceramah : Pn Norhayati binti Khamis
1.30 tghari Jabatan: SJKC Masai, Pasir Gudang
Pembentang Keenam
Tajuk : “Kaedah Pembezaan Dalam PdPc Murid
Pendidikan Khas”
Penceramah : Pn Hasidah binti Jafri
Jabatan: SMK Pasir Gudang 2, Pasir Gudang
Pembentang Ketujuh
Tajuk : Pengoperasian ISD Dan Kemenjadian MBK
Disleksia
Penceramah : Pn Roslia binti Selamat
Jabatan: SK Pasir Gudang 3, Pasir Gudang

Ketibaan Perasmi
Lagu Bangsa Johor
Lagu Negaraku
Bacaan Doa
Ucapan Timbalan PPD Pembelajaran
Ucapan Perasmian Pegawai Pendidikan Daerah
Pasir Gudang
Tayangan Video Montaj
Penyampaian Sijil Pembentang dan Wakil AJK
Cenderamata kepada Pegawai Pendidikan Daerah
Pasir Gudang
Cenderamata kepada Timbalan PPD Pembelajaran
Cenderamata kepada Pengetua SMK Taman Daya 2
Sesi bergambar
Bersurai

“KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN BERKESAN PENDIDIKAN KHAS MEMACU KEMENJADIAN MBK”

Seminar Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan Khas Peringkat Daerah Pasir Gudang 2020
23 September 2020

UCAPTAMA I

DR. MUHAMAD KHAIRUL ANUAR BIN HUSSIN Sila scan QR CODE untuk biodata lanjut
SMK TAMAN UNIVERSITI 2

PENCAPAIAN AKADEMIK

1. Diploma Perguruan Malaysia (1996-1999) Prasekolah Dan Pendidikan
Khas,MPIK.

2. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Pendidikan Khas
(2003- 2006), UTM.

3. Ijazah Sarjana Pendidikan, Kurikulum Dan Pengajaran
(2009-2011), UTM (Best Student Award)

4. Ijazah Doktor Falsafah, Kurikulum Dan Pengajaran
(2012- 2016) UTM

PENCAPAIAN

1. Top 40 Global Teacher Prize 2019 (Anugerah Antarabangsa)
2. Asia Pasific Young Leader (Social Welfare) (Japan Foundation) 2012
3. Penghargaan Sebagai Keynote Speaker – Special Education

Symposium 2018, Diversity And Inclusion. Dika College
4. Anugerah Guru Ikon Pibg Smk Taman Universiti 2, 2019

Mempersiapkan Murid Berkeperluan Khas Bagi Meladani Transisi Ke Kerjaya: Dari
Sekolah Ke Tempat Kerja dan Fasa Peralihan Kehidupan Pasca Persekolahan.
Dr. Muhamad Khairul Anuar Bin Hussin

Abstrak:

Kajian kuantitatif ini memberikan penekanan terhadap pelaksanaan Program Transisi Kerjaya
yang dijalankan di Malaysia. Elemen yang diberikan penekanan dalam kajian ini merangkumi aras
pengetahuan ibu bapa, praktis guru dan sumber kuasa kurikulum. Hasil kajian menunjukkan
program yang dilaksanakan memberi impak yang positif terhadap tahap kesiapsiagaan Murid
Berkeperluan Khas (MBK)sebelum tamat persekolahan. Kajian ni juga melihat hubungan terus
antara keputusan pencapaian kemahiran MBK iaitu moderator bagi menguji hubungan terus
antara Akses dan Ekuiti seperti yang tercatat dalam Lima Aspirasi Pendidikan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Tahap kefahaman guru berkenaan punca kuasa
pelaksanaan kurikulum dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan, Pendidikan Khas 2013 digunakan
sebagai mediator untuk mengenalpasti hubungan dalam keperluan kurikulum Pendidikan Khas.
Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang sangat positif dengan keupayaan guru
dalam menyediakan peluang pembelajaran yang diperlukan oleh MBK. Manakala tahap
keterlibatan ibu bapa dalam merancang bersama pembelajaran ke kerjaya dalam tempoh
persekolahan memberi impak yang tinggi dalam peningkatan peluang dan penerimaan majikan
terhadap pekerja yang berstatus MBK pasca persekolahan.

“KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN BERKESAN PENDIDIKAN KHAS MEMACU KEMENJADIAN MBK”

Seminar Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan Khas Peringkat Daerah Pasir Gudang 2020
23 September 2020

UCAPTAMA II

MOHD ASNORHSHAM BIN ADAM
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pendidikan Khas, Gred DG44
Unit Pendidikan Khas, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang

PENDIDIKAN Sila scan QR CODE untuk biodata lanjut

1. Doctor of Philosophy (Curriculum and Instruction), Universiti Teknologi Malaysia

2. Master of Education (Curriculum and Instruction), Universiti Teknologi Malaysia

3. Bachelor of Science (Human Development), Universiti Putra Malaysia

4. Diploma in Education (Remediation, Bahasa Melayu, Mathematics), Institut Perguruan Ilmu

Khas, Kuala Lumpur.

PENCAPAIAN
1. Anugerah Emas dalam Pertandingan Inovasi Darulaman 2019 Peringkat Kebangsaan pada

22-23 Julai 2019
2. Anugerah Emas dalam Pertandingan Inovasi Pendidikan dan Teknologi Peringkat Kebangsaan

Tahun 2019 pada 15 Oktober 2019
3. Aungerah Khas Tokoh Sumbangsih, Sempena Augerah Gemilang Mahasiswa 2019, Jabatan

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Teknologi Malaysia
4. Anugerah Emas dalam Pertandingan National Innovation & Invention Competition Through

Exhibition (iCompEx) anjuran Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kedah pada 24-
26 Mac 2020

NORASPALELAWATI BINTI RAZALI
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pendidikan Khas, Gred DG44
Unit Pendidikan Khas, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir
Gudang

KELULUSAN
1. Sarjana Muda (Kejuruteraan Elektrik: Komunikasi dan Komputer) 2002

(UKM, Bangi)
2. Sarjana Sains (Kejuruteraan Elektrik) 2007 (UKM, Bangi)
3. Diploma Pendidikan IPGM Tun Hussein Onn (2008)

Kepimpinan dan Pegurusan Pendidikan Khas: Isu dan Cabaran
Mohd Asnorhisham Adam & Noraspalelawati Razali
Unit Pendidikan Khas, Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang
[email protected]

Abstrak

Dalam mencapai hasrat aspirasi pendidikan negara melalui Anjakan Kelima Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 berkenaan memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
dengan tujuan meningkatkan kemajuan sekolah tanpa mengira status quo sekolah berkenaan, kepimpinan dan
pihak pengurusan sekolah perlu bersedia dan bijak dalam menghadapi pelbagai isu dan cabaran. Tindakan ini
juga disokong oleh program transformasi sekolah yang matlamatnya ingin mencapai kemenjadian murid dan
sekolah berkualiti. Namun, bidang kepimpinan dan pengurusan pendidikan khas di Malaysia masih berdepan
dengan pelbagai isu dan cabaran. Oleh itu, barisan kepimpinan dan pengurusan pelbagai peringkat perlu
memainkan peranan dalam memastikan hala tuju Murid Berkeperluan Khas (MBK) tercapai. Masa kini, sasaran
utama dalam pendidikan khas adalah untuk mengupayakan MBK belajar bersama-sama di aliran pendidikan arus
perdana atau inklusif dan meningkatkan nilai kebolehpasaran MBK setelah tamat persekolahan. Isu barisan
hadapan/kepimpinan/pentadbir, guru, MBK dan pembantu pengurusan murid (PPM) merupakan cabaran utama
dalam pendidikan khas. Selain itu isu kemudahan MBK, bantuan sokongan, pedagogi, kurikulum, pentaksiran,
pemegang taruh, sumber kewangan, perjawatan dan sokongan masyarakat turut mempengaruhi pelaksanaan
pendidikan khas di Malaysia. Cabaran dalam pendidikan MBK juga dirasai oleh kepimpinan dan pengurusan
daripada ibu bapa, persekitaran serta pihak atasan pendidikan KPM/JPN/PPD. Justeru itu, kepimpinan dan
pengurusan secara kolektif dan kolaboratif sangat dituntut bagi memacu kemenjadian MBK dengan berkesan dan
efisien.

Kata Kunci: Kepimpinan dan pengurusan, Murid Berkeperluan Khas (MBK), Isu dan Cabaran

“KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN BERKESAN PENDIDIKAN KHAS MEMACU KEMENJADIAN MBK”

Seminar Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan Khas Peringkat Daerah Pasir Gudang 2020
23 September 2020

PEMBENTANG 1

Puan Faridah Binti Mohd Arshad
Penolong Kanan Pendidikan Khas

PPKI SMK Ulu Tiram

Kelulusan :
Sijil Perguruan MPIK
Ijazah Sarjana Muda UPM
Pencapaian Sepanjang Perkhidmatan :
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( 2003 & 2018 )
Anugerah Kepimpinan Cemerlang ( 2017 & 2018 )
Anugerah Gala Inspirasi (kepimpinan)( 2019 )
Guru Ikon Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang ( 2020 )

KEPIMPINAN BERKUALITI MENGHASILKAN PRODUKTIVITI
Faridah Binti Mohd Arshad

Penolong Kanan Pendidikan Khas
PPKI SMK Ulu Tiram
ABSTRAK

Semua orang boleh menjadi pentadbir tetapi tidak semua boleh menjadi pemimpin. Pemimpin
yang berkaliber memerlukan ciri-ciri positif bagi dirinya diiktiraf sebagai seorang pemimpin.
Pemimpin yang baik bukan lahir dengan sendirinya tetapi diperolehi melalui latihan berterusan,
pengalaman, mahupun ilmu yang dipelajari. Pemimpin yang berkesan hendaklah menguasai
kemahiran- kemahiran tertentu, mengamalkan tingkahlaku yang boleh menjadi contoh teladan
kepada rakan- rakan dalam organisasinya dan seterusnya membawa kepada kemenjadian
MBK sepertimana yang dihasratkan oleh pemimpin negara kita.

“KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN BERKESAN PENDIDIKAN KHAS MEMACU KEMENJADIAN MBK”

Seminar Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan Khas Peringkat Daerah Pasir Gudang 2020
23 September 2020

PEMBENTANG 2

Puan Jamilah binti Ali
Penolong Kanan Pendidikan Khas

PPKI SMK Kota Masai

KELULUSAN
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas, UKM (Masalah Pendengaran)
Ijazah Sarjana Pendidikan, OUM (Pengurusan Pendidikan)
PENCAPAIAN SEPANJANG PERKHIDMATAN :
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( 2009 & 2015 )

KERJAYAKU GEMILANG
KE ARAH KEMENJADIAN MBK SPEED SKOMAS

Jamilah binti Ali
Penolong Kanan Pendidikan Khas

SMK Kota Masai, Pasir Gudang
ABSTRAK

Kajian ini melibatkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) Pembelajaran dalam Program “Kerjayaku
Gemilang” untuk mencapai hasrat unit Pendidikan Khas bagi mendorong kepada kemenjadian
murid ke arah kehidupan yang lebih bermakna. Kajian ini memfokuskan kepada pendekatan
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) luar bilik darjah yang berteraskan kepada Kemahiran Asas
Vokasional. Pendekatan ini juga dijalankan bagi mengatasi masalah kepadatan murid di dalam bilik
darjah. MBK pembelajaran adalah antara golongan yang lemah dari aspek penguasaan kemahiran
belajar berikutan masalah pengekalan tumpuan yang singkat. Namun begitu, masalah ini dapat
diatasi dengan kaedah pelaziman yang diperkenalkan dalam pendekatan ini. Pelaksanaan
pendekatan ini telah memberikan impak positif kepada kemenjadian MBK seperti kemahiran urus
diri dan kemahiran keusahawanan. Selain itu, masalah kepadatan murid di dalam bilik darjah turut
dapat diatasi. Seterusnya, peratus kehadiran murid ke sekolah turut meningkat. Secara tidak
langsung, program ini juga turut membantu meningkatkan sumber kewangan Unit Pendidikan Khas,
SMK Kota Masai.
Kata Kunci : Pdpc Luar Bilik Darjah, Kehidupan Bermakna, Pengubahsuaian Kurikulum

“KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN BERKESAN PENDIDIKAN KHAS MEMACU KEMENJADIAN MBK”

Seminar Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan Khas Peringkat Daerah Pasir Gudang 2020
23 September 2020

PEMBENTANG 3

Siti Norbayah Binti Jema'at
Penolong Kanan Pendidikan Khas

SMK Taman Daya
PENDIDIKAN
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas Dengan Kepujian,
Universiti Kebangsaan Malaysia
PENGALAMAN MENGAJAR
23 Thn
ANUGERAH
1. Ikon Guru Inovasi Pendidikan Khas 2019,Daerah Pasir

Gudang
2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010, 2014, 2018
3. Anugerah Pengurusan Cemerlang Tahun 2016

2017,2018,2019

ENTREPRENEUR@SCHOOL PROJECTS
Siti Norbayah Binti Jema'at

Penolong Kanan Pendidikan Khas
SMK Taman Daya

ABSTRAK

Enterpreneur@School Project menyediakan ruang perniagaan dalam pembelajaran di sekolah.
Murid-murid mempelajari Kemahiran Hidup berimpak tinggi yang mendedahkan mereka kepada
ilmu perniagaan dan peluang pekerjaan. Roselle@School merupakan projek penerokaan tanah
terbiar dalam kawasan sekolah. Inovasi pertanian yang dijalankan bermula dari penanaman
pokok Roselle di kebun Pendidikan Khas yang seluas 50 meter panjang x 20 meter lebar,
seterusnya proses produk selepas penuaian buah Roselle iaitu pembuatan JUS ROSELLE,
JEM ROSELLE, KEREPEK DAUN ROSELLE dan BAJA yang dihasilkan dari eraman buah
Roselle. Bermula dari proses penanaman, penuaian sehingga penghasilan produk diusahakan
oleh murid-murid sendiri dibawah penyeliaan guru-guru. Setelah 2 tahun projek
Roselle@School dijalankan, Pendidikan Khas SMK Taman Daya telah menjadi model penanda
aras serta rujukan dalam mengaplikasi amalan keusahawanan oleh sekolah-sekolah di dalam
daerah juga di luar negeri Johor. Inovasi dari projek Roselle@School telah memberi impak yang
besar kepada kemenjadian murid dan juga telah menyumbang kepada pendidikan kelestarian.

“KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN BERKESAN PENDIDIKAN KHAS MEMACU KEMENJADIAN MBK”

Seminar Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan Khas Peringkat Daerah Pasir Gudang 2020
23 September 2020

PEMBENTANG 4

Norzila Binti Ihsan
Penolong Kanan Pendidikan Khas

SK Kangka Tebrau

1. Sarjana Muda Pendidikan SR (Pend Khas)
2. 16 Tahun Dalam Bidang P.Khas
3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (KPM) - 2010
4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (KPM)- 2019
5. Anugerah Guru Cemerlang Pend Khas (IRDA) -

2014
6. IKON Kepimpinan Pendidikan Khas Pasir Gudang -

2019

KAEDAH STESEN PEMBELAJARAN (KSP) DALAM PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
INTEGRASI PEMBELAJARAN
Pn. Norzila Binti Ihsan
Penolong Kanan Pendidikan Khas
SK Kangka Tebrau

ABSTRAK

Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran PPKIP ( Inspirasi Insan ) SK Kangka
Tebrau telah melaksanakan Kaedah Stesen Pembelajaran (KSP) dalam melaksanakan proses
pembelajaran bermula dari tahun 2014. KSP dilaksanakan berdasarkan pengalaman semasa
menjalani Praktikum di SK Sungai Kantan Kajang Selangor, semasa mendapatkan pendidikan
ikhtisas di Maktab Perguruan Ilmu Khas 2001-2003. Idea ini digunapakai apabila berlakunya
peningkatan jumlah murid di PPKIP (Inspirasi Insan) SKKT. Kaedah ini difikirkan sesuai dalam
usaha menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih kreatif serta dapat menarik
minat murid untuk hadir ke sekolah setiap hari melalui ruang pembelajaran yang menarik dan
kondusif. Semoga pembentangan ini akan menjadi inspirasi kepada rakan rakan guru untuk
mentadbir urus kaedah yang terbaik dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di
PPKIP masing masing.

“KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN BERKESAN PENDIDIKAN KHAS MEMACU KEMENJADIAN MBK”

Seminar Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan Khas Peringkat Daerah Pasir Gudang 2020
23 September 2020

PEMBENTANG 5

Norhayati Binti Khamis
Penolong Kanan Pendidikan Khas

SJKC Masai
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan
Rendah) Dengan Kepujian.
Pengalaman mengajar : 22 tahun
Pernah mendapat APC tahun 2005 dan tahun 2015

Keberkesanan Penggunaan Bilik Snoezelen
Norhayati Binti Khamis

Penolong Kanan Pendidikan Khas
SJKC Masai
ABSTRAK

Bilik Snoezelen adalah sebuah bilik yang unik dan dipenuhi stimulasi yang dicipta khusus
untuk menenangkan, merehatkan, merangsang, mendatangkan minat dan penguasaan
kepada semua kanak - kanak mahupun dewasa yang mempunyai keperluan khas. Masalah
sensori dalam kanak-kanak sering mengakibatkan masalah dalam kemahiran motor, kognitif,
tingkah laku dan perkembangan emosi. Ini akan menyebabkan proses pengajaran dan
pembelajaran murid-murid berkeperluan khas terganggu. Oleh itu, pengunaan aktiviti di dalam
Bilik Snoezelen dilaksanakan bagi merangsang sensori murid, agar dapat meningkatkan fokus
murid dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Bilik Snoezelen SJK (C)
Masai ini telah direalisasikan dimana pihak Syarikat Lotte Chemical Titan (M) Sdn Bhd telah
menaja kos pengubahsuaian bilik serta alatan dan telah dirasmikan oleh pihak syarikat pada
9 Januari 2020.

“KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN BERKESAN PENDIDIKAN KHAS MEMACU KEMENJADIAN MBK”

Seminar Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan Khas Peringkat Daerah Pasir Gudang 2020
23 September 2020

PEMBENTANG 6

Hasidah Binti Jafri
Penolong Kanan Pendidikan Khas

SMK Pasir Gudang 2

Pendidikan:
1. Sijil Asas Perguruan (PSR Pengajian Melayu)
2. Diploma Perguruan (KDPK Pendidikan Khas)
3. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas (Dengan Kepujian)
4. Ijazah Sarjana (Pengurusan Pendidikan)

Pengalaman Mengajar
31 Tahun

Kaedah Pembezaan Dalam PdPc Murid Pendidikan Khas
Hasidah Binti Jafri

Penolong Kanan Pendidikan Khas
SMK Pasir Gudang 2 - Sekolah Amanah Malaysia

ABSTRAK

Pembentangan ini merupakan perkongsian ilmu mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
diterapkan di Sekolah Amanah Malaysia bersama guru-guru Pendidikan Khas di Daerah Pasir Gudang. Kaedah
Sekolah Amanah ini juga telah dilaksanakan oleh guru-guru Pendidikan Khas SMK Pasir Gudang 2 semasa
mengajar murid-murid MBK seiring dengan murid-murid di Aliran Perdana. Terdapat beberapa pengubahsuaian
kaedah telah dijalankan berdasarkan keupayaan murid MBK yang terlibat. Pembentangan ini kami khususkan
kepada Kaedah Pembezaan Dalam PdPc MBK. Di mana kami akan menjelaskan bahawa setiap murid mempunyai
aspek keupayaan menaakul (melalui visual, Audio & Kinestatik), minat dan kecerdasan yang berbeza-beza. Oleh itu
sekiranya guru dapat memahami ketiga-tiga aspek tersebut, maka mudah bagi guru untuk menyediakan pelbagai
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan dapat meningkatkan kemajuan pembelajaran murid.
Dalam pembentangan ini juga diterangkan bahawa Kaedah Pembezaan dalam PdPc ini boleh berlaku dalam tiga
aspek iaitu pembezaan dari aspek isi kandungan, pembezaan dari aspek proses dan pembezaan dari aspek produk
yang dihasilkan. Di mana ketiga-tiganya boleh dilakukan serentak atau guru boleh melakukannya menggunakan
salah satu aspek sahaja. Di akhir pembentangan ini, peserta juga dapat memahami bagaimana kaedah pembezaan
dapat dijalankan dengan berbagai cara samada ianya dijalankan secara individu, berpasangan atau berkumpulan.
Penerangan juga diberikan tentang bagaimana kaedah pembezaan boleh dijalankan samada dengan cara kerja
kumpulan biasa (Collaborative Learning) atau dengan cara “Task Board” atau boleh juga dengan cara “Choice
Board”. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru dan dapat dipraktikkan dalam
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas Pendidikan Khas untuk meningkatkan kemajuan
pembelajaran murid MBK Pasir Gudang.

“KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN BERKESAN PENDIDIKAN KHAS MEMACU KEMENJADIAN MBK”

Seminar Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan Khas Peringkat Daerah Pasir Gudang 2020
23 September 2020

PEMBENTANG 7

Roslia Binti Selamat
Penyelaras Pendidikan Khas,

SK Pasir Gudang 3

Pendidikan : Diploma Pendidikan, Ippm Melaka-
KPLI Pendidikan Khas

Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Dengan Kepujian, Uum

Pengalaman Mengajar Murid Pendidikan Khas : 12 Tahun

Anugerah Yang Pernah Dicapai :
1) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Apc)2015
2) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Apc 2019)
3) Anugerah Pdpc Enhancing Sekolah Amanah 2020
(Leped/Yayasan Amir)

Pengoperasian ISD Dan Kemenjadian MBK Disleksia
Roslia Binti Selamat

Penyelaras Pendidikan Khas
Sk Pasir Gudang 3

ABSTRAK

Tajuk yang akan dibentangkan adalah mengenai Pengoperasian ISD dan Kemenjadian MBK Disleksia. Ia
menerangkan tentang proses pengambilan murid-murid Disleksia ke PPKI serta Instrumen Senarai Semak
Disleksia (ISD) yang digunakan untuk menentukan Kebarangkalian Disleksia murid-murid tersebut. Seterusnya
juga diagnostic yang digunakan untuk menyokong instumen tersebut. Ia juga menerangkan serba sedikit
tentang personal yang menjalankan ISD, kandungan ISD dan pemarkahan ISD. Selain daripada itu,
penerangan juga berkisar tentang syarat-syarat kemasukan murid-murid Disleksia ke PPKI serta kaedah
perlaksanaan program Disleksia di sekolah.Seterusnya, penerangan tentang Penilaian atau Pentaksiran
murid-murid Disleksia juga diberikan. Selain daripada itu, pembentangan juga menjurus kepada tajuk iaitu
berkongsi maklumat tentang Kemenjadian MBK Disleksia serta cabran-cabaran yang dihadapi dalam
melaksanakan program ini serta harapan yang tinggi agar program ini berjaya melahirkan MBK yang berjaya
dalam semua aspek seperti pendidikan dan kerjaya.

“KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN BERKESAN PENDIDIKAN KHAS MEMACU KEMENJADIAN MBK”

Seminar Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan Khas Peringkat Daerah Pasir Gudang 2020
23 September 2020

“KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN BERKESAN PENDIDIKAN KHAS MEMACU KEMENJADIAN MBK”

Seminar Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan Khas Peringkat Daerah Pasir Gudang 2020
23 September 2020

CATATAN

“KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN BERKESAN PENDIDIKAN KHAS MEMACU KEMENJADIAN MBK”


Click to View FlipBook Version