The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by misszdy, 2020-11-21 12:38:09

Anak Patung Kayu by Chiang June

Anak Patung Kayu by Chiang June

P ada masa dahulu, ada seorang lelaki tua

bernama Geppeto. Dia seorang tukang kayu.
Geppeto sangat suka akan kanak-kanak.
Dia selalu membuat alat mainan untuk kanak-
kanak atau memperbaiki alat mainan mereka.
Semua kanak-kanak di kampung itu sayang akan
Geppeto.
Suatu hari, Geppeto mengukir sebuah anak
patung kayu yang menyerupai budak lelaki.
“Alangkah baiknya jika anak patung ini
dapat hidup dan menjadi anak saya!” fikir
Geppeto.

2



K ata-kata Geppeto itu didengar oleh

pari-pari. Pari-pari itu kasihan kepada Geppeto.
Pada malam itu, ketika Geppeto tidur,
pari-pari menyentuh ukiran anak patung kayu
Geppeto dengan tongkat saktinya. Tiba-tiba
anak patung itu mengelipkan mata dan
menggerakkan tangannya. Anak patung kayu
itu hidup!
“Jadilah budak lelaki yang baik,” kata
pari-pari kepada anak patung kayu itu.

4



Keesokan harinya, Geppeto terkejut besar

melihat anak patung kayunya. Anak patung itu
dapat berkata-kata!
“Hai, apa khabar, ayah? Selamat pagi!”
Geppeto berasa sangat gembira. Dia
mendukung anak patung itu sambil menari-nari.
“Akhirnya saya mendapat anak lelaki!
Akhirnya saya mendapat anak lelaki!” Geppeto
bernyanyi-nyanyi. “Ayah namakan kamu
Pinocchio.”

6



Geppeto hendak menghantar Pinocchio ke

sekolah. Tetapi dia tidak mempunyai wang. Dia
pun menjualkan kotnya dan membeli sebuah buku
untuk Pinocchio. Pinocchio sangat gembira. Kini
dia dapat bersekolah seperti kanak-kanak sebenar.
Dalam perjalanan ke sekolah, Pinocchio
melihat pertunjukan anak patung. Dia menjualkan
bukunya untuk membeli tiket. Pinocchio sangat
seronok melihat pertunjukan itu. Dia naik ke
pentas dan menari bersama-sama anak-anak
patung yang lain.

8



T uan punya pertunjukan itu sangat marah

kerana Pinocchio mengganggu pertunjukannya.
Dia menangkap Pinocchio.
“Tolonglah lepaskan saya,” kata Pinocchio.
Pinocchio memberitahu lelaki itu bahawa dia
tidak dapat bersekolah kerana dia telah menjualkan
bukunya untuk membeli tiket bagi melihat
pertunjukan tersebut. Tuan punya pertunjukan itu
kasihan kepada Pinocchio. Dia memberi wang
kepada Pinocchio untuk membeli buku.

10



P inocchio kemudian bertemu dengan

seekor musang dan kucing. Musang dan
kucing itu hendak mencuri wang Pinocchio.
“Jika kamu menanam wang kamu di
sini, wang kamu akan tumbuh menjadi pokok
yang mengeluarkan lebih banyak wang,” kata
Musang dan Kucing kepada Pinocchio.
Pinocchio percaya dengan kata-kata
Musang dan Kucing. Dia pun menanam
wangnya di dalam tanah. Ketika Pinocchio
sedang tidur, Musang dan Kucing mencuri
wang Pinocchio.

12



Apabila Pinocchio mendapati wangnya

hilang, dia menangis. Tiba-tiba pari-pari muncul.
“Mengapa kamu menangis?” tanya pari-pari.
“Buku saya hilang. Saya takut ayah saya
akan marah,” Pinocchio berbohong.
Tiba-tiba hidung Pinocchio menjadi panjang.
“Eh, apa yang berlaku?” kata Pinocchio cemas.
“Setiap kali kamu berbohong, hidung kamu
akan menjadi panjang,” kata pari-pari. “Sekarang,
ambil buku ini dan pergi ke sekolah.”
Tetapi Pinocchio tidak pergi ke sekolah. Dia
takut kanak-kanak lain akan mentertawakannya.
Dia pun duduk di tepi pantai.

14



T iba-tiba Pinocchio dihanyutkan ke laut

oleh ombak besar. Seekor ikan paus datang
dan menelan Pinocchio.
Di dalam perut ikan yang gelap-gelita,
Pinocchio berjalan ke sana sini untuk mencari
jalan keluar. Pinocchio terkejut melihat Geppeto
pun berada di dalam perut ikan itu.
“Bagaimana ayah boleh berada di sini?”
tanya Pinocchio sambil memeluk ayahnya.
“Ayah mencari kamu. Ketika ayah belayar
di laut, ikan paus ini menelan ayah,” kata
Geppeto.
Ketika ikan paus itu tidur, Pinocchio dan
Geppeto keluar melalui lubang udara di badan
ikan itu.

16



Pinocchio menyesal atas apa yang telah

dilakukannya.
“Saya berjanji akan menjadi budak yang baik,”
kata Pinocchio kepada Geppeto.
Pinocchio pergi ke sekolah dan belajar
dengan rajin. Namun Pinocchio tidak gembira.
Dia hendak menjadi budak lelaki yang sebenar.
Dia juga tidak suka akan hidungnya yang panjang.
Kanak-kanak selalu mentertawakannya.

18



Suatu hari, Pinocchio melarikan diri dari

rumah. Dia hendak mencari pari-pari yang
menolongnya dahulu. Ketika tidur di dalam
sebuah bangsal, Pinocchio bermimpi bertemu
dengan pari-pari.
“Pulanglah. Ayah kamu jatuh sakit kerana
merindui kamu,” kata pari-pari.
Pinocchio terjaga. Dia pun berlari pulang ke
rumah. Pinocchio dapati Geppeto sedang sakit.
“Ayah sudah tua dan lemah,” kata
Geppeto. “Jadilah budak yang baik. Jika ayah
tiada lagi, kamu harus pandai menjaga diri.”
Pinocchio berasa sangat sedih.

20



Suatu malam, Pinocchio bermimpi. Pari-pari

muncul dalam mimpinya dan berkata, “Pinocchio,
kamu telah menjadi budak yang baik. Oleh itu,
saya akan menukarkan kamu menjadi budak lelaki
sebenar,” kata pari-pari.
Keesokan harinya, Pinocchio mendapati dirinya
bukan lagi sebuah anak patung kayu. Dia telah
menjadi budak lelaki sebenar!
“Ayah!” panggil Pinocchio. “Lihat, saya telah
menjadi budak lelaki sebenar!”
Geppeto memeluk anaknya dengan gembira.

22



A Jawab soalan di bawah.

1. Apakah pekerjaan Geppeto?
2. Bagaimanakah Pinocchio dapat hidup?
3. Siapakah yang mencuri wang Pinocchio?
4. Siapakah yang ditemui oleh Pinocchio di dalam perut
ikan paus?
5. Pada pendapat kamu, mengapakah Pinocchio menjadi
kanak-kanak sebenar?

B Susun semula huruf menjadi perkataan yang betul.

1. T N U G A P

Pinocchio ialah anak _______________ kayu.

2. E G E O P T P
Pinocchio diukir oleh _______________.

3. G N W A
Musang dan kucing mencuri _______________ Pinocchio.

4. G I D H N U
Apabila Pinocchio berbohong, _______________ Pinocchio
menjadi panjang.

5. U P A S
Ikan _______________ menelan Pinocchio dan Geppeto.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 2
Next Book
2 - تمن الرّحيق