Kategori Pensyarah
ANUGERAH PENGAJARAN ini adalah untuk meraikan komitmen luar biasa dan sumbangan penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Ia menjadi satu mercu tanda, mengetengahkan mereka yang cekap menggabungkan metodologi pengajaran tradisional dan moden untuk meningkatkan pembelajaran pelajar. Kekuatan anugerah ini berakar umbikan pada rasa cinta terhadap pendidikan, keupayaan untuk memudahkan konsep yang rumit menjadi pengetahuan yang boleh difahami, dan dedikasi yang tidak pernah goyah demi kejayaan pelajar. Ia juga mengiktiraf penciptaan persekitaran pembelajaran yang ceria dan menarik yang dapat menyalakan rasa ingin tahu pelajar, memberi kesedaran minda, dan memupuk perkembangan akademik. Sebahagian besar anugerah ini mengiktiraf pendidik yang menggalakkan penglibatan aktif, dan memupuk budaya akademik yang saling menyokong dan inklusif. Fokus diberikan kepada mereka yang berusaha menjadikan pengajian tinggi boleh diakses dan memberi inspirasi, mewarnai pengajaran mereka dengan visi yang jelas tentang inklusiviti pendidikan. Anugerah ini berdiri sebagai bukti kecemerlangan pendidikan dalam pengajian tinggi, mengiktiraf mereka yang berterusan dalam usaha mencari amalan pengajaran yang lebih baik. Ia merupakan usaha yang membentuk bukan sahaja masa hadapan pelajar tetapi juga menetapkan standard baharu dalam lanskap yang lebih luas dalam pengajian tinggi. Anugerah Pengajaran _______________________________________
FINALIS ANUGERAH PENGAJARAN KATEGORI PENSYARAH Dr. Kang Myoung Sook Prof. Madya Dr. Noor Dayana binti Abd Halim Dr. Norah binti Md Noor
ANUGERAH PENGAJARAN DR. NORAH BINTI MD NOOR KATEGORI PENSYARAH
Dr. Norah Md Noor merupakan Pensyarah Kanan di Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Penglibatan beliau dalam menulis blog bermula sejak tahun 2010 lagi menerusi laman web peribadi beliau di http://www.norahmdnoor.com/. Pada tahun 2015, beliau mula menulis di laman sesawang rasmi UTM yang boleh diakses melalui alamat http://educ.utm.my/norah, sebelum dipindahkan ke laman terkini di https://people.utm.my/norah/. Di laman tersebut, beliau banyak berkongsi pengalaman mengenai penggunaan teknologi dalam pengajaran, pembelajaran, pentaksiran, serta kajian yang berkaitan. Semenjak memegang tanggungjawab sebagai penasihat Postgraduate Students Society (PGSS) UTM, beliau turut berkongsi mengenai aktiviti-aktiviti pascasiswazah dalam dan luar UTM. PGSS UTM baru-baru ini memenangi Anugerah Persatuan Pasca Siswazah bagi Kluster Khas Pasukan dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2022 yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamed Khaled Nordin. Dr. Norah berharap semoga perkongsian beliau dapat mendorong inovasi dalam bidang teknologi pendidikan bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi, serta memberikan inspirasi kepada pelajar pasca siswazah dalam dan luar UTM. Anugerah Pengajaran _______________________________________ DR. NORAH BINTI MD NOOR
Kategori Pensyarah Harapan
FINALIS ANUGERAH PENGAJARAN KATEGORI PENSYARAH HARAPAN Dr. Muhamad Afzamiman bin Aripin Dr. Hanifah binti Jambari Dr. Ibnatul Jalilah binti Yusof Dr. Mohd Fadzil bin Abdul Hanid Dr. Nur Najwa Hanani binti Abd Rahman
ANUGERAH PENGAJARAN DR. HANIFAH BINTI JAMBARI KATEGORI PENSYARAH HARAPAN
Kategori Guru Bahasa
FINALIS ANIGERAH PENGAJARAN KATEGORI GURU BAHASA Pn. Azura binti Sirri Cik Nur Hazwani binti Mohd Muhridza Pn. Siti Rahmah binti Abdullah
ANUGERAH PENGAJARAN CIK NUR HAZWANI BINTI MOHD MUHRIDZA KATEGORI GURU BAHASA
ANUGERAH PENGAJARAN PROF MADYA DR. ADIBAH BINTI ABDUL LATIF
PROF MADYA DR. ADIBAH BINTI ABDUL LATIF merupakan pensyarah kanan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan serta felo di Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST). Beliau banyak terlibat sebagai pakar rujuk berkaitan bidang pendidikan samada di KPT, KPM, universiti di dalam dan luar negara, UTM sendiri dan juga di sekolah terutama dalam merancang pentaksiran yang dapat membentuk kemenjadian diri pelajar. Beliau pernah dinobatkan sebagai johan anugerah AKRI bagi pentaksiran alternatif pada 2018 dan finalis Anugerah Pengajaran bagi Anugerah Akademik Negara 2023. Beliau bersama penyelidik CFiRST dengan kerjasama industri juga berjaya menghasilkan inovasi dalam pedagogi dan pengajaran yang telah berjaya dikomersialkan dan dimanfaatkan oleh lebih 1000 buah sekolah di Malaysia dan di luar negara. Prinsip beliau dalam pengajaran adalah berdasarkan falsafah Imam Al Ghazali iaitu guru yang baik adalah yang dapat menghasilkan pelajar yang lebih baik daripadanya. Beliau percaya bahawa sentuhan hati pelajar semasa pengajaran dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang. Penerima Khas Anugerah Penasihat Akademik Cemerlang _______________________________________ PROF MADYA DR. ADIBAH BINTI ABDUL LATIF
ANUGERAH PENYELIAAN mengiktiraf pencapaian cemerlang dan amalan terbaik dalam penyeliaan pelajar penyelidikan siswazah. Tujuan penganugerahan ialah untuk mendorong budaya kecemerlangan dalam penyeliaan dan memberikan contoh amalan yang berkesan kepada semua staf akademik. Tahun ini, peserta dinilai berdasarkan sepuluh aspek kualiti penting dalam amalan penyeliaan mereka, antaranya cara memilih pelajar, menyokong penyelidikan, dan membantu perkembangan profesional pelajar. Walaupun tiada pemenang pada tahun ini, panel penilai percaya akan potensi calon yang memohon dan berhasrat untuk membantu mereka memperbaiki prestasi untuk tahun depan. Peserta tetap dihargai dan akan menerima sijil penghargaan bagi penyertaan mereka. Anugerah Penyeliaan _______________________________________
ANUGERAH PENYELIDIKAN dipilih mengikut kriteria yang yang digunakan oleh pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) UTM dalam memilih pemenang bagi Anugerah Penyelidikan, UTM dalam Majlis Citra Karisma utm iaitu berdasarkan kejayaan penyelidik memperoleh geran pada tahun 2022, jenis geran yang diperolehi sama ada dari antarabangsa, industri, kebangsaan, universiti dan juga jumlah geran tersebut. Pemilihan pemenang dibahagikan kepada dua kategori iaitu anugerah penyelidik dan anugerah penyelidik harapan. Anugerah penyelidik harapan merupakan anugerah yang memberikan pengiktirafan kepada penyelidik yang baru sahaja menyertai FSSK sekitar 5 tahun kebawah. Manakala anugerah penyelidik adalah pengiktirafan kepada penyelidik yang telah berkhidmat lebih dari 5 tahun di FSSK. Anugerah Penyelididkan _______________________________________
Kategori Anugerah Penyelidik Terbaik
ANUGERAH PENYELIDIKAN PROF. DR. SITI AISYAH BINTI PANATIK KATEGORI ANUGERAH PENYELIDIK TERBAIK
ANUGERAH PENYELIDIKAN PROF. DR. LOKMAN BIN MOHD TAHIR KATEGORI ANUGERAH PENYELIDIK TERBAIK
ANUGERAH PENYELIDIKAN DR CORRIENNA BINTI ABD TALIB KATEGORI ANUGERAH PENYELIDIK TERBAIK
Kategori Anugerah Penyelidik Harapan (Staf Berkhidmat Kurang 5 Tahun)
ANUGERAH PENYELIDIKAN DR. DIAYA UD DEEN DEAB MAHMOUD AL ZITAWI ANUGERAH PENYELIDIK HARAPAN
ANUGERAH PENYELIDIKAN DR. JUNAIDAH BINTI YUSOF ANUGERAH PENYELIDIK HARAPAN
ANUGERAH PENYELIDIKAN DR. MOHD KHAIRY BIN KAMARUDIN ANUGERAH PENYELIDIK HARAPAN
ANUGERAH PERUNDINGAN mengiktiraf pencapaian cemerlang dan aktif dalam aktiviti perundingan sepanjang tahun 2022. Tujuan penganugerahan ialah untuk mendorong budaya kecemerlangan dalam perundingan samaada diperingkat nasional dan antarabangsa. Projek perundingan tersebut telah berdaftar dengan Pusat Inovasi Dan Pengkomersialan (ICC) atau Uni-technologies Sdn. Bhd. (UTSB), atau bendahari universiti teknologi malaysia. Anugerah bagi tahun ini, finalis telah dinilai berdasarkan aspek kualiti penting dalam penyelidikan dan perundingan, MOU dan MOA, merentas disiplin, sekolah dan fakulti, penglibatan industri luar, NGO dan agensi-agensi kerajaan, penglibatan sumber manusia melalui lantikan pembantu penyelidik, mendapat pengiktirafan dan anugerah di peringkat nasional dan antarabangsa selain itu mendapat penganugerahan pada projek-projek perundingan yang seterusnya Anugerah Perundingan _______________________________________
FINALIS ANUGERAH PERUNDINGAN Prof. Madya Dr. Rabeatul Husna binti Abdull Rahman Dr. Asha Hasnimy binti Mohd Hashim Dr. Juhazren bin Junaidi
ANUGERAH PERUNDINGAN DR. JUHAZREN BIN JUNAIDI
DR. JUHAZREN JUNAIDI merupakan pensyarah kanan di sekolah pendidikan, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan. Pada tahun 2022 beliau mengetuai projek perundingan di peringkat kerajaan negeri johor yang dianugerahkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) melalui projek pembangunan Massive Open Online Courses (MOOC) Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor (MKSNJ). Projek ini telah mendapat gold medal award sempena Invention, Innovation & Design On E-learning (IIDEL) competition - International University Carnival On E-learning (IUCEL) 2022. Mooc MKSNJ ini merupakan modul yang berkonsepkan kekeluargaan dikhususkan untuk golongan non-muslim di negeri johor darul ta’zim. Anugerah Perundingan _______________________________________ DR. JUHAZRENBIN JUNAIDI
ANUGERAH INOVASI DAN KOMERSIALISASI FSSH ini diberikan kepada staf akademik yang telah menunjukkan pencapaian dalam aktiviti perlindungan dan pengkomersialan harta intelek. Ini termasuk pencapaian dari segi pemfailan dan pendaftaran harta intelek, geran pra-komersialisasi, rekod pengkomersialan harta intelek dan aktiviti pemasaran harta intelek. Penerima anugerah ini hanya boleh memohon anugerah ini selepas 5 tahun. Anugerah Inovasi dan Komersialisasi _______________________________________
ANUGERAH INOVASI & KOMERSIALISASI DR. MOHAMAD RASIDI BIN PAIRAN
ANUGERAH INOVASI DAN KOMERSIALISASI FSSH ini diberikan kepada staf akademik yang telah menunjukkan pencapaian dalam aktiviti perlindungan dan pengkomersialan harta intelek. Ini termasuk pencapaian dari segi pemfailan dan pendaftaran harta intelek, geran pra-komersialisasi, rekod pengkomersialan harta intelek dan aktiviti pemasaran harta intelek. Penerima anugerah ini hanya boleh memohon anugerah ini selepas 5 tahun. Anugerah Keterlibatan Dalam Industri _______________________________________
ANUGERAH KETERLIBATAN DALAM INDUSTRI PROF. MADYA DR. ADNAN BIN AHMAD
PROF MADYA DR. ADNAN AHMAD ialah pensyarah berdedikasi dengan penglibatan aktifnya dalam rangkaian dan kerjasama dengan pelbagai industri. Komitmen beliau untuk memupuk hubungan antara akademia dan aplikasi dunia nyata telah membawa kepada sumbangan penting dalam kedua-dua bidang. Melalui usaha beliau terhadap penyelidikan gunaan, beliau telah berjaya memperoleh banyak geran projek daripada industri, seterusnya menyerlahkan kesannya terhadap penyelesaian praktikal. Melalui usahanya, prof madya dr. Adnan ahmad bukan sahaja memperkayakan persekitaran akademik tetapi juga memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang antara pengetahuan teori dan keperluan industri. Anugerah Keterlibatan Dalam Industri _______________________________________ PROF. MADYA DR. ADNAN BIN AHMAD
ANUGERAH Penulisan Dalam Jurnal Berindex 2022 diberikan kepada Staf Akademik FSSH termasuk Guru Bahasa yang menerbitkan artikel dalam jurnal berindeks WOS, SCOPUS, ERA dan MYCITE dan diterbitkan pada tahun 2022. Peranan mereka sebagai corresponding author, individual author, UTM first author dan co-author diambil kira penentuan pemenang anugerah penerbitan dalam jurnal berindeks. Markah dikira berdasarkan pengiraan mengikut kategori jenis penerbitan di mana artikel yang diterbitkan dalam WOS dengan status Q1, Q2, Q3, Q4, ECSI, SCOPUS, ERA dan MYCITE dengan sistem pemarkahan yang berbeza. Hanya artikel yang didaftarkan dalam Sistem RADIS sahaja diambil kira dalam pemarkahan ini. Sekiranya staf tidak mendaftarkan artikel dalam Sistem RADIS, maka artikel yang diterbitkan tidak boleh diambil kira walaupun telah diterbitkan dalam pangkalan DATA WOS, SCOPUS, ERA dan MYCITE Anugerah Penulisan Dalam Jurnal Berindex _______________________________________
PENERIMA ANUGERAH PENULISAN DALAM JURNAL BERINDEKS – TOP 20 Prof. Dr. Yeo Kee Jiar Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Abdullah Dr. Sharifah binti Osman Dr. Hassan M. M. Abuhassna Dr. Kew Si Na Prof. Dr. Fatin Aliah Phang binti Abdullah Dr. Mohd. Shafie bin Rosli
PENERIMA ANUGERAH PENULISAN DALAM JURNAL BERINDEKS – TOP 20 Dr. Norhanim bte Abdul Samat Dr. Wan Farah Wani binti Wan Fakhruddin Dr. Wan Mohd Azam bin Wan Mohd Yunus Prof. Madya Dr. Aqeel Khan Prof. Madya Dr. Mohd Nihra Haruzuan bin Mohamad Said Prof. Dr. Noraffandy bin Yahaya Prof. Madya Dr. Zainudin bin Hassan
PENERIMA ANUGERAH PENULISAN DALAM JURNAL BERINDEKS – TOP 20 Dr. Mohammad Naqib bin Hamdan Prof. Madya Dr. Mahani binti Mokhtar Dr. Muhammad Abd Hadi bin Bunyamin Prof. Dr. Arieff Salleh bin Rosman Prof. Madya Dr. Dayana Farzeeha binti Ali Prof. Dr. Siti Aisyah binti Panatik
ANUGERAH KUMPULAN PENYELIDIDKAN TERBAIK diberikan kepada kumpulan penyelidikan berdasarkan kepada seksyen MYRA terpilih. Terdapat 3 kategori yang dipilih bagi menentukan kumpulan penyelidikan terbaik di FSSH. Kategori pertama adalah kumpulan penyelidikan terbaik dari dua aspek utama iaitu, penyelidikan dan penerbitan yang diambil daripada Seksyen C MYRA. Penentuan ditentukan melalui jumlah geran aktif dan baharu, jumlah PI, jumlah penerbitan termasuk artikel jurnal berindeks WOS/SCOPUS, artikel di dalam jurnal Q1/Q2, buku penyelidikan, kertas polisi dan juga lain-lain penerbitan. . Bagi kategori ini pemenang jatuh kepada: Science And Mathematics Education (SME) Bagi kategori kedua, pemenang kategori kedua dipilih melalui kumpulan penyelidikan yang cemerlang dari aspek inovasi, iaitu Seksyen E MYRA. Kriteria berikut diambil kira dalam kategori ini, iaitu, paten, komersialisasi produk, perlesenanan, ipr (selain daripada paten seperti copyright dan trademark), dan juga syarikat Spin-off. Bagi kumpulan penyelidikan di FSSH, kriteria yang berjaya dipenuhi kebanyakkannya pada kriteria ipr dan produk komersialisasi. Bagi kategori ini anugerah diberikan kepada kumpulan penyelidikan Educational Growth And Human Development (EGHD) Akhir sekali adalah kategori perundingan, kategori ini mengambil salah satu kriteria di dalam Seksyen F MYRA, iaitu hadiah dan khidmat profesional. Bagi kategori ini, kriteria yang diambilkira adalah kriteria pendapatan kasar daripada aktiviti perundingan yang didaftarkan secara rasmi. Bagi kategori ini anugerah diberikan kepada kumpulan penyelidikan Kenegaraan Dan Kesejahteraan Sosial (KKS) Anugerah Kumpulan Penyelididkan Terbaik _______________________________________
Kategori Penyelidikan & Penerbitan
ANUGERAH KUMPULAN PENYELIDIKAN TERBAIK SCIENCE AND MATHEMATICS EDUCATION (SME) KATEGORI PENYELIDIKAN & PENERBITAN
ANUGERAH KUMPULAN PENYELIDIKAN TERBAIK EDUCATIONAL GROWTH AND HUMAN DEVELOPMENT (EGHD) KATEGORI INNOVASI
ANUGERAH KUMPULAN PENYELIDIKAN TERBAIK KENEGARAAN DAN KESEJAHTERAAN SOSIAL (KKS) KATEGORI PERUNDINGAN