The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SLDB BULLETIN 2025, 2025-03-07 01:30:19

Februari Buletin LKTNS - 2025

Februari Buletin LKTNS - 2025

1 E D I S I F E B R U A R I E D I S I 2 / 2 0 2 5 E - BULLETIN LKTNS ED ISI FEB RUA R I 2025


2 EDISI FEB


RUARI 2025


5 Isi Kandungan Isi Kandungan 01 FEBRUARI - LKTNS Naib Juara Piala Pengarah Audit Sabah 2025, Kota Kinabalu 01 FEBRUARI - LKTNS Tampil Hebat di Pertandingan Bola Tampar Piala Pengarah Audit Sabah 2025 06 FEBRUARI - Majlis Peluncuran Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan 06 FEBRUARI - Kunjungan Pengarah INFRA KKDW ke Pejabat Korporat LKTNS KKTS 17 FEBRUARI - Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan Tahun 2025 18 FEBRUARI - - Program Sentuhan Kasih Negeri Sabah 2025: Memperkukuh Kebajikan dan Perpaduan 19 FEBRUARI - Lawatan Agrobank ke LKTNS 20 FEBRUARI - LKTNS Anjur Taklimat Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) 15 FEBRUARI - SABARAS Sdn Bhd Perkukuh Kredibiliti dengan Pensijilan Halal & MeSTI 20 FEBRUARI - Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 Ketua Menteri Sabah Bersama Penjawat Awam 13 FEBRUARI - - Lawatan Ke Rumah Contoh (Pilot Project) Program Perumahan Rakyat Sejahtera (Pprs) Di Kok Lanas, Kelantan 22 FEBRUARI - Lawatan Cadangan Tapak PPK Kalabakan


6 Isi Kandungan Isi Kandungan 25 & 28 FEBRUARI - LKTNS Usaha Semula Sawah Terbiar Demi Komuniti 26 FEBRUARI - Majlis Doa Selamat Sempena Ramadhan 2025 Di Pejabat Wilayah Barat LKTNS 13 JANUARI SEHINGGA 4 FEBRUARI - Ladang LKTNS Terus Patuhi Piawaian Mspo Program Audit Pengawasan Tahunan Mspo Ms2530:2022 25 JANUARI LKTNS Management Sdn Bhd Menerima Silver Award Di Stand Event 2025 24 SEHINGGA 26 FEBRUARI - Palm Oil Price Outlook Conference & Exhibition 2025 (Poc2025) 26 & 27 FEBRUARI - Mesyuarat Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (Kkdw) Dengan Agensi Pelaksana Program Perumahan Rakyat Sejahtera (Pprs) Bertempat Di Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) Johor


7 Isi Kandungan Isi Kandungan 01 Februari –LKTNS Naib Juara Piala Pengarah Audit Sabah 2025, Kota Kinabalu 01 Februari –LKTNS Tampil Hebat di Pertandingan Bola Tampar Piala Pengarah Audit Sabah 2025 06 Februari - Majlis Peluncuran Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan 06 Februari - Kunjungan Pengarah INFRA KKDW ke Pejabat Korporat LKTNS KKTS 13 Februari - Lawatan Ke Rumah Contoh (Pilot Project) Program Perumahan Rakyat Sejahtera (Pprs) Di Kok Lanas, Kelantan 15 Februari - SABARAS Sdn Bhd Perkukuh Kredibiliti dengan Pensijilan Halal & MeSTI 17 Februari - Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan Tahun 2025 18 Februari - Program Sentuhan Kasih Negeri Sabah 2025: Memperkukuh Kebajikan dan Perpaduan 19 Februari - Lawatan Agrobank ke LKTNS 20 Februari - LKTNS Anjur Taklimat Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) 20 Februari - Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 Ketua Menteri Sabah Bersama Penjawat Awam 22 Februari - Lawatan Cadangan Tapak PPK Kalabakan 25 & 28 Februari - LKTNS Usaha Semula Sawah Terbiar Demi Komuniti 26 Februari - Majlis Doa Selamat Sempena Ramadhan 2025 Di Pejabat Wilayah Barat LKTNS


8 Isi Kandungan Isi Kandungan 26 Februari & 27 - Mesyuarat Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (Kkdw) Dengan Agensi Pelaksana Program Perumahan Rakyat Sejahtera (Pprs) Bertempat Di Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) Johor 13 Januari Sehingga 4 Februari - Ladang LKTNS Terus Patuhi Piawaian Mspo Program Audit Pengawasan Tahunan Mspo Ms2530:2022 25 Januari - LKTNS Management Sdn Bhd Menerima Silver Award Di Stand Event 2025


LKTNS –Ibu Pejabat LKTNS NAIB JUARA PIALA PENGARAH AUDIT SABAH 2025 Sumber : Kelab Sukan dan Rekreasi LKTNS (KSRS ) 9 KOTA KINABALU, 1 FEBRUARI - Pertandingan Piala Pengarah Audit Sabah 2025 menyaksikan persaingan yang amat sengit, dengan Pasukan LKTNS memberikan saingan hebat sehingga ke perlawanan akhir menentang Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS). Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Likas, LKTNS berjuang dengan penuh semangat namun terpaksa akur dengan keputusan 1-2, menjadikan JHLS sebagai juara kejohanan tahun ini. Perlawanan akhir ini turut dihadiri oleh Tuan Syaheddrul R Joddari (Pengurus Besar LKTNS), beberapa orang pengurusan tinggi LKTNS serta kakitangan LKTNS, yang memberikan sokongan penuh kepada pasukan. Walaupun berakhir sebagai naib juara, Pasukan LKTNS telah menunjukkan prestasi yang membanggakan sepanjang kejohanan. Tahniah kepada semua pemain atas usaha dan semangat juang yang tinggi!


LKTNS –Ibu Pejabat Sumber : Kelab Sukan dan Rekreasi LKTNS (KSRS ) 10


LKTNS –Ibu Pejabat Sumber : Kelab Sukan dan Rekreasi LKTNS (KSRS ) 11 KOTA KINABALLU , 1 FEBRUARI - pertandingan Bola Tampar Piala Pengarah Audit Sabah 2025 melabuhkan tirainya di Gelanggang Bola Tampar Likas, Kota Kinabalu, dengan aksi penuh semangat dan persaingan sengit. Pasukan LKTNS, diwakili oleh kakitangan wanita dari Ibu Pejabat dan Wilayah Barat, telah melakukan beberapa sesi latihan intensif sebagai persiapan sebelum kejohanan. Walaupun tidak mara ke perlawanan akhir, mereka tetap menunjukkan semangat juang yang tinggi dan memberikan persembahan terbaik sepanjang pertandingan. Kejohanan ini turut disaksikan oleh pengurusan tinggi dan kakitangan LKTNS yang hadir memberikan sokongan. Ia bukan sekadar pertandingan, tetapi juga mengeratkan hubungan warga kerja serta memupuk gaya hidup aktif. Tahniah kepada semua pemain atas usaha dan komitmen! Semoga lebih cemerlang di kejohanan akan datang. LKTNS TAMPIL HEBAT DI PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PIALA PENGARAH AUDIT SABAH 2025


LKTNS –Ibu Pejabat Sumber : Kelab Sukan dan Rekreasi LKTNS (KSRS ) 12


13 LKTNS –Ibu Pejabat Sumber : Unit Akaun & Kewangan KUALA LUMPUR, 6 FEBRUARI – Jabatan Audit Negara (JAN) telah menganjurkan Majlis Peluncuran Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis ini disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, yang melancarkan Sistem e-SelfAudit sebagai inisiatif baharu bagi meningkatkan kecekapan pengauditan Syarikat Kerajaan. LKTNS turut menghadiri majlis ini, diwakili oleh Tuan Syaheddrul R. Joddari (Pengurus Besar), Tuan Mohamad Faizal Hamri (Pengawal Kewangan), dan Puan Siti Khalizah Abd Khaleq (Ketua Kewangan) bagi memperkukuhkan tadbir urus serta akauntabiliti kewangan organisasi. Sistem e-SelfAudit membolehkan pengauditan dijalankan dengan lebih cekap ke atas 1,856 Syarikat Kerajaan, termasuk GLC, GLIC, dan CLBG. Selain itu, Ketua Audit Negara turut mengumumkan empat garis panduan pengauditan baharu untuk meningkatkan ketelusan dan pengurusan kewangan. LKTNS komited memastikan pematuhan terhadap garis panduan ini serta mengamalkan tadbir urus kewangan yang telus dan bertanggungjawab, sejajar dengan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan. . MAJLIS PELUNCURAN PELAKSANAAN PENGAUDITAN SYARIKAT KERAJAAN


LKTNS –Ibu Pejabat KUNJUNGAN PENGARAH INFRA KKDW KE PEJABAT KORPORAT LKTNS KKTS Sumber : Unit Komunikasi Korporat 14 KOTA KINABALU , 6 FEBRUARI - Pengarah Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersama rombongan telah mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat Korporat (LKTNS), KK Times Square. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara INFRA dan LKTNS dan membincangkan beberapa perkara yang meliputi inisiatif pembangunan luar bandar dan program latihan kemahiran. Ketibaan Pengarah INFRA dan delegasi disambut mesra oleh pihak pengurusan LKTNS dan diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada kerjasama lebih erat antara kedua-dua pihak.


Sumber : Unit Pembangunan Korporat (PPRT) 15 LKTNS –Ibu Pejabat LAWATAN KE RUMAH CONTOH (PILOT PROJECT) PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT SEJAHTERA (PPRS) DI KOK LANAS, KELANTAN KELANTAN, 13 FEBRUARI – Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) telah turut serta dalam lawatan lawatan Ke Rumah Contoh (Pilot Project) Program Perumahan Rakyat Sejahtera (Pprs) Di Kok Lanas, Kelantan , LKTNS diwakili oleh Tuan Suhaidi Sabri (Ketua Pembangunan Korporat) , serta Tuan Sjahrir Yusuf (Pengurus Pembangunan Korporat) bersama kakitangan LKTNS. Penyertaan LKTNS adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan serta perkongsian pengalaman dalam pelaksanaan projek perumahan rakyat yang lebih efisien dan berkualiti. Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah menjenamakan semula program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) bermula 1 Oktober 2024. PPRS tampil dengan wajah baharu dari segi rekabentuk luaran, dalaman dan kod warna serta pertambahan saiz sebanyak 20 kaki persegi, menjadikan jumlah keluasan 680 kaki persegi (20x34 kps).


Sumber : Unit Pembangunan Korporat (PPRT) 16 LKTNS –Ibu Pejabat Negeri Kelantan telah dipilih bagi pembinaan rumah contoh (pilot project). Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi gambaran jelas berpandukan pelan struktur dan spesifikasi bagi memastikan pelaksanaan pembinaan di tapak sentiasa mematuhi standard piawaian yang ditetapkan KKDW.


LKTNS –Ibu Pejabat Sumber : Unit Pemasaran 17 KOTA KINABALU, 15 FEBRUARI - Sabaras Sdn Bhd, anak syarikat LKTNS, terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri dengan memperoleh pensijilan Halal dan MeSTI bagi produk keluarannya. Pengiktirafan ini diumumkan dalam Town Hall tahunan Sabaras yang berlangsung pada 15 Februari 2025 di Hyatt Centric Kota Kinabalu. Pensijilan ini merupakan bukti komitmen Sabaras dalam memastikan pematuhan terhadap standard kebersihan, keselamatan, dan kualiti produk. Kejayaan ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan pengguna terhadap jenama Sabaras, malah membuka peluang lebih luas untuk pengukuhan pasaran di peringkat domestik dan antarabangsa. Selain membentangkan pencapaian dan hala tuju syarikat, majlis ini turut meraikan kejayaan individu melalui penganugerahan Employee of the Year kepada kakitangan cemerlang Sabaras. Penghargaan ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi dan sumbangan mereka dalam memacu kejayaan syarikat. SABARAS SDN BHD PERKUKUH KREDIBILITI DENGAN PENSIJILAN HALAL & MeSTI


LKTNS –Ibu Pejabat Sumber : Unit Pemasaran 18 Majlis ini turut dihadiri oleh Datuk Idrus bin Shafie (Pengerusi Sabaras Sdn Bhd),Puan Salmah binti Sait @ Salmah binti Said (Ahli Lembaga Pengarah Sabaras), En. Syaheddrul R Joddari (Pengurus Besar LKTNS merangkap Pengarah Urusan Sabaras Sdn Bhd), En. Jahufar Alumier (Ketua Pemasaran LKTNS), serta barisan pengurusan dan kakitangan Sabaras Sdn Bhd dan LKTNS. Pihak pengurusan Sabaras menzahirkan penghargaan kepada seluruh pasukan yang telah berusaha merealisasikan kejayaan ini. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada pertumbuhan yang lebih dinamik dan mampan dalam industri.


19 LKTNS –Ibu Pejabat MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL PROGRAM PENGUKUHAN KETERJAMINAN MAKANAN TAHUN 2025: PROGRAM MENGOPTIMUMKAN PENGGUNAAN TANAH DENGAN KERJASAMA KERAJAAN NEGERI DI BAWAH KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN (KPKM) BIL.5/2025 - NEGERI SABAH Sumber : Unit Pembangunan Korporat KOTA KINABALU, 17 FEBRUARI - Bertempat di Bilik Mesyuarat Hibiscus, Bahagian Pembangunan, Aras 12 . Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengadakan sesi mesyuarat yang dihadiri bersama Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI), Jabatan Pertanian Sabah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DVS) dan jemputan kali pertama Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) untuk membincangkan senarai permohonan program/projek negeri Sabah untuk tahun 2025. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Norazli Bin Indzam (Setia Usaha Bahagian (Pembangunan) KPKM MAFFI Sabah) telah membentangkan senarai program/projek pertanian yang dipohon pada 2025 dibawah peruntukan KPKM sebelum agensi membentangkan perincian permohonan masing-masing. LKTNS yang diwakili oleh Tuan Syaheddrul R Joddari (Pengurus Besar LKTNS) , Tn Haji Fauzi Jamlee ( Pengawal Perkhidmatan Korporat LKTNS ), Tn Haji Misman Misran (Ketua Perladangan dan Perniagaan Tani LKTNS), Tuan Kamarudin Karim (Pemangku Ketua Perkhidmatan Korporat LKTNS ) dan En. Zulkifly Umar (Pengurus Pembangunan Korporat LKTNS ). LKTNS telah membentangkan 3 projek/program pertanian dan perternakan yang memfokuskan peningkatan taraf hidup komuniti LKTNS. Semoga hasrat dan usaha ini dapat membawa kesejahteraan dan membuka peluang-peluang yang lebih baik kepada komuniti LKTNS khususnya.


LKTNS –Ibu Pejabat Sumber : Unit Perancangan Korporat 20 TUARAN, 18 FEBRUARI – Telah berlangsungnya Program Sentuhan Kasih bertempat di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah dan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. Program Sentuhan Kasih ini memberi manfaat kepada 100,000 penerima dengan bantuan tunai RM300 setiap bulan sehingga 31 Disember 2025. Penerima terdiri daripada Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan miskin tegar dalam sistem eKasih. Program ini bertujuan meringankan beban kewangan penerima, meningkatkan kesejahteraan mereka, serta mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah. Kerajaan Negeri Sabah komited memastikan rakyat mendapat manfaat daripada inisiatif ini. Unit Perancangan Korporat LKTNS turut hadir dalam program ini sebagai tanda sokongan terhadap usaha murni Kerajaan Negeri dalam membantu golongan yang memerlukan. Semoga masyarakat Sabah terus maju dalam keharmonian, selaras dengan aspirasi negeri untuk membangunkan masyarakat inklusif dan penyayang. PROGRAM SENTUHAN KASIH NEGERI SABAH 2025 : MEMPERKUKUH KEBAJIKAN DAN PERPADUAN


LKTNS –Ibu Pejabat LAWATAN AGROBANK KE LKTNS Sumber : Unit Akaun & Kewangan 21 KOTA KINABALU, 19 FEBRUARI – Agrobank telah mengadakan kunjungan hormat ke LKTNS bagi mempererat hubungan silaturahim serta memperkukuh kerjasama antara keduadua pihak. Delegasi Agrobank yang diketuai oleh En. Nazeer Bin Julkarnain (Head of Commercial, Sabah Region), En. Ridwan Bin Tenriranran (Regional Director, Sabah Region), dan Pn. Herma Liza Binti Eiddros (Corporate Banking Department, East Malaysia) disambut mesra oleh , Tuan Syaheddrul R Joddari (Pengurus Besar LKTNS ) Bersama Puan Siti Khalizah Adb Khaleq (Ketua Akaun & Kewangan LKTNS). Lawatan ini diakhiri dengan sesi pertukaran cenderahati dan sesi fotografi sebagai tanda penghargaan.


LKTNS –Ibu Pejabat LKTNS ANJUR TAKLIMAT SKIM TAKAFUL TANAMAN PADI (STTP) Sumber : Unit Penggajian dan Insurans 22 KOTA KINABALU, 20 FEBRUARI – LKTNS menganjurkan Taklimat Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) oleh Agrobank Malaysia di Bilik Mesyuarat Pejabat Korporat LKTNS , KK Times Square. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan serta membantu pemilik sawah padi memahami perlindungan takaful bagi tanaman padi. Melalui skim ini, pemilik sawah padi mendapat perlindungan terhadap risiko seperti bencana alam dan serangan perosak, yang boleh menjejaskan hasil tuaian mereka. Antara yang hadir ialah Tuan Haji Fauzie Haji Jamlee (Pengawal Perkhidmatan Korporat), Tuan Kamarudin Karim (Ketua Perkhidmatan Korporat), Tuan Marx Henry Lim (Pengurus Projek Padi), Puan Farinah Suffian (Pengurus Unit Insurans & Penggajian), kakitangan LKTNS, serta wakil Ketua Blok Kg Indai Papar, Ketua Blok Kg Lakut Papar, Pengurus Kauthar Borneo, dan Pengurus Padi Plantations Sdn Bhd. Di harapkan taklimat ini dapat meningkatkan kesedaran pemilik sawah padi mengenai kepentingan perlindungan takaful bagi memastikan kestabilan hasil pertanian mereka.


LKTNS –Ibu Pejabat MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2025 KETUA MENTERI SABAH BERSAMA PENJAWAT AWAM Sumber : Unit Komunikasi Korporat 23 KOTA KINABALU, 20 FEBRUARI – Telah berlangsungnya Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 YAB Ketua Menteri Sabah bersama penjawat awam di Negeri Sabah di Sabah International Convention Center (SICC), Kota Kinabalu. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (Ketua Menteri Sabah) dan turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Menteri-Menteri Kabinet Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, serta kira-kira 7,000 penjawat awam Persekutuan dan Negeri Sabah. Sebagaimana tradisi, perhimpunan tahunan ini berperanan sebagai platform bagi Ketua Menteri menyampaikan amanat, berkongsi pandangan, memberi saranan serta peringatan demi manfaat bersama, selain memperkukuh komitmen dalam usaha memajukan negeri dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi LKTNS ( YB Datuk Abd Ghani Datuk Haji Mohamed Yassin ) serta Pengurus Besar LKTNS ( Tuan Syaheddrul R Joddari ).


LKTNS –Ibu Pejabat LAWATAN CADANGAN TAPAK PPK KALABAKAN Sumber : Unit Pembangunan Korporat 24 KALABAKAN, 22 FEBRUARI – Satu lawatan cadangan tapak Projek Pemajuan Kawasan (PPK) Kalabakan telah diadakan untuk meninjau potensi pembangunan. Lawatan ini dihadiri oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Kemajuan Tanah dan Kementerian kemajuan desa dan wilayah (KKDW), Pegawai Daerah Kalabakan, Jurutera Daerah Kalabakan, serta wakil dari LKTNS , Tuan Mohamed Faizal Hamri (Pegawal Kewangan ), Tuan Rosli Gunsu (Pengurus Wilayah Timur ), Tuan Suhadi Sabri (Ketua Pembangunan Korporat) serta kakitangan LKTNS. Sesi perbincangan turut diadakan untuk mendapatkan pandangan semua pihak. Diharapkan projek ini dapat berjalan lancar dan memberi manfaat kepada komuniti Kalabakan.


LKTNS –Ibu Pejabat PALM OIL PRICE OUTLOOK CONFERENCE & EXHIBITION 2025 (POC2025) Sumber : Unit Komunikasi Korporat 25 KUALA LUMPUR, 24 SEHINGGA 26 FEBRUARI –Telah Berlangsungnya Palm Oil Price Outlook Conference & Exhibition 2025 (POC2025) di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Persidangan yang dianjurkan oleh Bursa Malaysia Derivatives ini menghimpunkan lebih 2,000 delegasi dari lebih 50 negara bagi membincangkan hala tuju industri minyak sawit global. Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) diwakili oleh Tuan Syaheddrul R Joddari (Pengurus Besar) dan Tuan Mohamed Faizal Hamri (Pegawal Kewangan). Kehadiran mereka mencerminkan komitmen LKTNS dalam memahami trend pasaran dan merangka strategi mampan untuk industri minyak sawit. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani, (Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia) . Antara fokus utama persidangan ini ialah harga minyak sawit mentah (CPO), cabaran eksport, pematuhan MSPO, dan inovasi teknologi dalam sektor perladangan.


LKTNS –Ibu Pejabat Sumber : Unit Komunikasi Korporat 26 Panelis utama adalah Dorab Mistry (Pengarah Godrej International Limited) Tan Sri Dato’ Seri Lee Oi Hian ( Pengerusi Eksekutif Kuala Lumpur Kepong Berhad) dan Thomas Mielke (Pengarah Eksekutif ISTA Mielke GMBH). LKTNS melihat penyertaan dalam POC2025 sebagai platform penting untuk memahami pasaran minyak sawit dan memastikan daya saing industri di Sabah terus diperkukuh.


27 LKTNS –Ibu Pejabat Sumber : Unit Projek Padi KOTA BELUD, 25 & 28 FEBRUARI – Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) telah mengadakan Taklimat Tanaman Padi di Kampung Jawi-Jawi, Kota Belud, sebagai langkah mengusahakan semula tanah sawah terbiar dengan menawarkan kerjasama kepada pemilik tanah. Dalam taklimat ini, Unit Padi dan Unit Perundangan LKTNS memberi penerangan mengenai konsep sewaan dan draf perjanjian bagi membantu petani memahami aspek perundangan serta pengurusan tanah. Selain itu, sesi ini juga menjadi platform bagi penduduk kampung bertukar pandangan serta berkongsi pengalaman dengan pegawai pertanian dan petani lain. Rombongan LKTNS diketuai oleh Tuan Haji Fauzie Haji Jamlee (Pengawal Perkhidmatan Korporat), bersama Tuan Kamarudin Karim (Ketua Pemangku Perkhidmatan Korporat), Tuan Marx Henry Lim (Pengurus Projek Padi) serta kakitangan LKTNS. Turut hadir Tuan Ahmad Petri Karabain (Pegawai Pertanian Kota Belud), Ketua Kampung Kg. JawiJawi, Ketua Blok Projek Padi, serta wakil peserta projek. LKTNS USAHA SEMULA SAWAH TERBIAR DEMI KOMUNITI


28 LKTNS –Ibu Pejabat Sumber : Unit Projek Padi LKTNS sekali lagi kembali ke Kampung Jawi-Jawi pada 28 Februari bersama Tuan Syaheddrul R. Joddari (Pengurus Besar) dan Puan Alzreena Khamis (Ketua Perundangan) bagi mengadakan sesi perbincangan dan penerangan lanjut serta mendapatkan dokumen daripada para pemilik tanah sawah yang mahu sawah mereka diusahakan oleh LKTNS. Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh pemahaman dan kerjasama sebelum pelaksanaan projek. LKTNS berharap program ini dapat membantu komuniti Kampung JawiJawi mengusahakan semula sawah padi mereka secara lebih produktif dan sistematik, seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat setempat serta menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian negeri.


LKTNS –Ibu Pejabat LADANG LKTNS TERUS PATUHI PIAWAIAN MSPO PROGRAM AUDIT PENGAWASAN TAHUNAN MSPO MS2530:2022 Sumber : Unit Persijilan & Kelestarian 29 KOTA KINABALU, 13 JANUARI SEHINGGA 4 FEBRUARI – Unit Persijilan dan kelestarian LKTNS telah melaksanakan Audit pengawasan bagi tahun 2025 , pengawasan dijalankan bagi memastikan ladang-ladang yang memiliki pensijilan MSPO terus memenuhi kriteria yang ditetapkan, termasuk aspek kelestarian alam sekitar, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, serta kecekapan pengurusan ladang. Audit Pengawasan MSPO penting untuk memastikan pematuhan berterusan terhadap piawaian lestari dan sosial, mengesan serta membetulkan isu awal bagi mengelakkan risiko besar, meningkatkan kecekapan operasi, menjaga kredibiliti sijil untuk keyakinan pembeli dan pelabur, serta memastikan ladang di Sabah kekal kompetitif di peringkat global. Berikut merupakan Ladang-ladang LKTNS yang terlibat dengan audit pengawasan MSPO setakat ini bagi wilayah barat dan Timur : Wilayah Barat 13 Jan - Ladang Tinagalan 14 Jan - Ladang Lumiri Keningau & Mesej Lumiri 16 Jan - Ladang Klias 4 Feb - KAVSB Punteh Division Wilayah Timur 20 Jan - Ladang Suan Lamba 21 Jan - Ladang Silabukan 21 Jan - Ladang Litang 22 Jan - Mesej Sapang


LKTNS –Ibu Pejabat Sumber : Unit Persijilan & Kelestarian 30 Tuan Syaheddrul R Joddari , Pengurus Besar LKTNS menegaskan bahawa pencapaian ini mencerminkan usaha berterusan organisasi dalam memastikan ladang-ladang di bawah pengurusannya sentiasa mematuhi piawaian MSPO yang ditetapkan. Audit ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan LKTNS bagi mengekalkan pematuhan terhadap standard kelestarian industri kelapa sawit. Dengan pemantauan yang ketat serta pelaksanaan amalan terbaik, LKTNS komited untuk memastikan industri sawit di Sabah terus berkembang secara mampan dan berdaya saing di peringkat global. Dengan audit tahunan ini, LKTNS terus memastikan sektor perladangan di Sabah berkembang secara mampan, selaras dengan tuntutan pasaran global yang semakin menitikberatkan aspek kelestarian dan tadbir urus yang baik. “ Pensijilan MSPO bukan sahaja menekankan aspek kelestarian alam sekitar, tetapi juga kebajikan pekerja dan kecekapan operasi ladang. Ini adalah bukti komitmen kami untuk mengekalkan standard tertinggi dalam industri minyak sawit ” – Syaheddrul R Joddari (Pengurus Besar LKTNS)


LKTNS –Ibu Pejabat Sumber : Unit Persijilan & Kelestarian 31 LADANG LKTNS TERUS PATUHI PIAWAIAN MSPO PROGRAM AUDIT PENGAWASAN TAHUNAN MSPO MS2530:2022


LKTNS –Ibu Pejabat LKTNS MANAGEMENT SDN BHD MENERIMA SILVER AWARD DI STAND EVENT 2025 Sumber : Unit Penggajian dan Insurans 32 KUALA LUMPUR , 25 JANUARI - LKTNS Management Sdn Bhd dengan bangganya telah menerima Silver Award semasa Syarikat Takaful Award Night and Dinner (STAND) Event 2024, bertempat di One World Hotel, Petaling Jaya. Pengiktirafan ini merupakan tanda penghargaan atas usaha dan dedikasi syarikat dalam mencapai prestasi yang cemerlang sepanjang tahun. Pn. Farinah Suffian (Pengurus Unit Insurans & Penggajian) , hadir bagi pihak LKTNS dan menerima anugerah tersebut di pentas penghargaan. Pencapaian ini turut disokong oleh kejayaan LKTNS dalam memenuhi sasaran tahunan, yang telah melayakkan syarikat untuk menyertai Qualifying 2024 Incentive Trip to Bandung yang diadakan pada 13-15 Januari 2025, sekaligus menjadikan LKTNS layak menerima anugerah Silver Award. Pengiktirafan ini bukan sahaja menjadi motivasi kepada seluruh pasukan LKTNS, tetapi juga bukti kepada usaha gigih semua yang terlibat dalam merealisasikan matlamat organisasi. LKTNS terus komited untuk meneruskan kecemerlangan dan membawa nama syarikat ke tahap yang lebih tinggi.


LKTNS –Wilayah Barat MAJLIS DOA SELAMAT SEMPENA RAMADHAN 2025 DI PEJABAT WILAYAH BARAT LKTNS Sumber : Wilayah Barat 33 KENINGAU, 26 FEBRUARI – Pejabat Wilayah Barat LKTNS telah mengadakan Majlis Doa Selamat sempena menyambut bulan Ramadhan 1446H. Majlis berlangsung selepas solat Asar dan dihadiri oleh Pengurus serta kakitangan pejabat LKTNS Wilayah Barat. Bacaan doa dipimpin oleh seorang Ustaz jemputan bagi memohon keberkatan dan kelancaran ibadah puasa tahun ini. Majlis diakhiri dengan sesi ramah mesra dan jamuan ringan. Semoga seluruh warga LKTNS dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan keberkatan.


34 MESYUARAT TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PEMBANGUNAN) KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH (KKDW) DENGAN AGENSI PELAKSANA PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT SEJAHTERA (PPRS) BERTEMPAT DI LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) JOHOR Sumber : Unit Pembangunan Korporat (PPRT) JOHOR , 26 & 27 FEBRUARI - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah mengadakan sesi libat urus bersama semua agensi pelaksana projek PPRS bagi membincangkan peranan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) KKDW serta meneliti isu-isu dan status pelaksanaan projek PPRS. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Zaflin Pakwanteh (Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Rakyat ) yang mewakili Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKDW. Agensi pelaksana yang terlibat termasuk KEJORA, KEDA, KESEDAR, KETENGAH, GIATMARA, FELCRA BINA, PERDA, LKTNS, dan MFICORD Sarawak. LKTNS diwakili oleh Tuan Suhaidi Sabri (Ketua Pembangunan Korporat) , serta Tuan Sjahrir Yusuf (Pengurus Pembangunan Korporat) . Dalam mesyuarat ini, LKTNS telah membentangkan pencapaian projek PPRT tahun 2023 serta mengemaskini status projek PPRS bagi tahun 2024. KKDW amat menghargai peranan agensi pelaksana dalam memastikan komitmen berterusan untuk membantu masyarakat luar bandar memiliki kediaman yang selesa, sekaligus menyumbang kepada usaha pembasmian kemiskinan di Malaysia. LKTNS –Ibu Pejabat


LKTNS –Ibu Pejabat MAJLIS DOA SELAMAT SEMPENA RAMADHAN 2025 IBU PEJABAT LKTNS Sumber : Komunikasi Korporat 35 KOTA KINABALU, 28 FEBRUARI – Ibu Pejabat LKTNS telah mengadakan Majlis Doa Selamat sempena menyambut bulan Ramadan 1446H. Majlis berlangsung selepas solat Jumaat dan dihadiri oleh Tuan Syaheddrul R. Joddari, Pengurus Besar LKTNS, serta kakitangan pejabat. Bacaan doa dipimpin oleh seorang ustaz jemputan bagi memohon keberkatan serta kelancaran ibadah puasa tahun ini. Majlis diakhiri dengan sesi ramah mesra dan jamuan ringan. Semoga seluruh warga LKTNS dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan keberkatan.


36


AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 Tarikh Cuti Umum & Pelepasan Am 2 MAC Hari Pertama Ramadan (JHR, KDH, MLK) 18 MAC Nuzul Al-Quran (Kebanyakan kawasan) 31 Mac Hari Raya Puasa 21 Mac Hari Gaji LKTNS 37 BULAN MAC Sudut Infomasi Sumber : Unit Korporat Komunikasi SAMBUTAN UNIK DUNIA : SOROTAN MENARIK BULAN MAC 1 Mac – Hari Kesedaran Saling Memuji (World Compliment Day) Hari yang didedikasikan untuk memberikan pujian dan penghargaan kepada orang lain. 3 Mac – Hari Hidupan Liar Sedunia (World Wildlife Day) Menekankan kepentingan pemuliharaan hidupan liar dan biodiversiti di seluruh dunia. 8 Mac – Hari Wanita Antarabangsa (International Women's Day) Menghargai pencapaian wanita dalam pelbagai bidang dan memperjuangkan hak kesaksamaan. 14 Mac – Hari Pi (Pi Day) Disambut oleh peminat matematik kerana tarikhnya (3.14) menyerupai nilai pi (π). 20 Mac – Hari Kebahagiaan Sedunia (International Day of Happiness) Menggalakkan kesejahteraan dan kebahagiaan di seluruh dunia. 21 Mac – Hari Tidur Sedunia (World Sleep Day) Mengedukasi orang ramai tentang kepentingan tidur berkualiti untuk kesihatan. 22 Mac – Hari Air Sedunia (World Water Day) Mengingatkan dunia tentang kepentingan air bersih dan usaha pemuliharaan sumber air.


38


39 U N I T K E S I H A T A N K E S E L A M A T A N & A L A M S E K I T A R L K T N S


40


41


42 PEJABAT KORPORAT LKTNS / LKTNS Block H47-48, KK Times Square, Off Coastal Highway. 88100, Kota Kinabalu 088 - 520 800 PEJABAT BAHAGIAN TIMUR LKTNS (TAWAU) Lot 10-1 & Lot 11-11, Block B, Plaza Damai, Jalan Damai, 91000 Tawau, Sabah 089 - 777 519 / 520 FAX: 089 - 777 518 WISMA LKTNS Jalan Kelapa Sawit, Off Km4, Jalan Tuaran 88300 Kota Kinabalu, Sabah 088 - 232 811 / 088 - 235 823 PEJABAT BAHAGIAN BARAT LKTNS (KENINGAU) Km 6 Off Jalan Apinapin, Keningau West Region, P.O. Box 2504 89008, Keningau Sabah. 087 - 392 858


43 Untuk maklumat lanjut mengenai LKTNS, sila imbas pautan QR. ED ISI FEB RUA R I 2025 E - BU L L E T I N


Click to View FlipBook Version