PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
NAMA : FADZRYL HARIZ BIN HIP
TARIKH : 9/4/2022
SEKOLAH : SMK PENDING
Tajuk : Bantuan kecemasan asma
Definisi asma :
Asma (asthma) ialah satu penyakit yang menyebabkan saluran pernafasan
menjadi sempit. Ia merupakan salah satu penyakit yang terbanyak diadukan di
klinik dan di hospital. Disebabkan ini, apabila seseorang bernafas dengan
saluran pernafasan yang sempit mereka akan mengeluarkan bunyi seakan wisel
. Keadaan saluran pernafasan yang sempit akan menyebabkan paru – paru
tidak mendapat oksigen yang mencukupi seterusnya akan menyebabkan mangsa
pengsan .
Gejala asma :
Tanda-tanda asma adalah nafas bersiul, masa hembusan lebih panjang
berbanding masa mengambil nafas, tisu cekung antara tulang rusuk dan bahagian
atas sternum & klavikel, dada mengelembung dan pernafasan bersiul melalui
stetoskop . Dalam serangan asma teruk pesakit mungkin menjadi biru dan boleh
pengsan
Punca penyakit asma :
• Alergen dari habuk, bulu binatang, lipas, kulapuk, dan debunga dari pokok, rumput,
dan bunga.
• Perengsa seperti asap rokok, pencemaran udara, bahan kimia atau debu di tempat
kerja, sebatian dalam produk hiasan rumah, dan semburan (seperti penyembur
rambut).
• Ubat-ubatan seperti aspirin atau ubat-ubatan anti-radang nonsteroid lain dan
penyekat beta tidak memilih
• Sulfit dalam makanan dan minuman.
• Jangkitan virus saluran nafas atas seperti selesema.
• Aktiviti fizikal, termasuk senaman
Cara menghadapi situasi asma :
Tarik nafas dalam-dalam
Teknik pernafasan ini dapat disebut sebagai pernafasan perut dan digunakan untuk mengubati sesak nafas
akibat asma.
Langkah :
• Baringkan badan dan letak tangan di perut.
• Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung. Pada masa yang sama, penyedutan akan menyebabkan paru-
paru memenuhi udara dan perut mengembang.
• Tahan nafas selama beberapa saat. Biarkan perut terus mengembang.
• Selepas itu, boleh menghembuskan nafas dengan perlahan melalui mulut. Perut perlahan-lahan akan
mengecil kembali.
• Boleh melakukan rawatan di atas berulang kali sehingga sesak nafas bertambah baik.
Note :
Namun hati-hati ada risiko akan terjadi jika kaedah di atas dilakukan dengan teknik yang salah. Seseorang
boleh mengalami hyperinflasi iaitu peningkatan jumlah udara atau perangkap udara di paru-paru. Keadaan ini
berisiko bagi orang yang mengalami masalah pernafasan kronik dan teruk.
SEKIAN TERIMA KASIH