The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 2: PENGHASILAN PRODUK & KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMMB3213)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nknatasha030825, 2024-03-24 12:06:58

KISAH DUA SAHABAT BAIK

TUGASAN 2: PENGHASILAN PRODUK & KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMMB3213)

kisah dua sahabat baik dua sahabat baik


Terlebih dahulu, saya ingin merafakkan rasa syukur Alhamduillah saya kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya saya dapat menjayakan dan menyiapkan pengkhususan kerja dalam lingkungan masa yang ditetapkan. Seterusnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Noorhayati Binti Che Mat selaku pensyarah saya bagi subjek Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini iaitu BMMB3213 kerana telah memberikan tunjuk ajar dan menjadi penasihat sepanjang tugasan ini disiapkan. Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang sentiasa membantu dalam menyiapkan tugasan ini dan memberikan komen-komen yang amat membantu saya dalam penghasilan pengkhususan ini. Akhir sekali, tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang tersayang, ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka kerana telah banyak memberikan saya semangat dan sokongan moral dalam menyiapkan tugasan ini. Mereka juga tidak hanya membantu secara emosi malah mereka juga membantu dari segi kewangan. PENGHARGAAN


SI TUPAI gergasi (cekap dan cerdik) WATAK dan perwatakan SI KURA-KURA gergasi (perlahan dan sabar)


Di sebuah hutan yang tebal dan hijau, tinggallah si Tupai gergasi yang cekap dan cerdik. Setiap hari, dia sentiasa sibuk melompat dari satu dahan ke dahan yang lain untuk mencari makanan. Si Tupai sering menikmati pengembaraannya dihutan tersebut, dan dia sentiasa mencari rakan baru untuk bermain.


Pada suatu hari, ketika Si Tupai sedang menjelajahi hutan, dia bertemu dengan Si Kura yang perlahan dan sabar. Si Kura-kura sedang berjalan perlahan-lahan di tepi sungai untuk menikmati cahaya matahari yang menyinari cengkerangnya. Walaupun kelajuan mereka berbeza, Si Tupai dan si kura-kura segera menjadi kawan.


Mereka berdua kerap meluangkan masa bersama. Si Tupai menceritakan kisah pengembaraanya di hutan, sementara Si Kura-kura mendengar dengan sabar. Kadangkala, Si Tupai membawa Si Kura-kura mengelilingi hutan dengan meminjamkan cengkerangnya sebagai pengangkutan


Pada suatu hari, ketika Si Tupai dan Si Kura-kura sedang bermain di tepi sungai mereka terdengar percikkan air yang kuat di dalam sungai. Mereka pergi ke sungai lalu terlihat seorang budak lelaki yang terjatuh ke dalam sungai dan menjerit meminta tolong.


Tanpa ragu-ragu, Si Tupai dan si Kura-kura segera bertindak. Si Tupai dengan cepat terjun dalam sungai untuk menyelamatkan kanak-kanak itu. Si Tupai membawa budak lelaki itu ketepi sungai dengan segera.


Justeru itu Si Kura-kura pula menarik budak lelaki itu dengan cengkerangnya yang kuat untuk di bawa ke darat. Budak lelaki itu bernasib baik kerana adanya Si Tupai dan Si Kura-kura yang kebetulan bermain di situ.


Dengan kerjasama mereka berdua, mereka berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu dari tenggelam. Kanak-kanak itu bersyukur dan mengucapkan terima kaseh kepada Si Tupai dan Si Kura-kura atas pertolongan mereka. Sejak hari itu, Si Tupai dan Si Kura-kura menjadi kawan yang bukan dapat dipisahkan.


Pengajarannya, kita mestilah mempunyai sikap baik hati dan kerjasama kerana itu merupakan kunci untuk mengatasi segala rintangan walau di mana saja berada.


TAMAt


Click to View FlipBook Version