KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN
KAJIAN :
Taman Impian Emas
DISEDIAKAN OLEH:
ESTHER HAM WEI TING
TINGKATAN:
2 EMERALD
GURU MATA PELAJARAN
PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN
TARIKH PENGHANTARAN:
19/12/2022
Isi Kandungan
Kandungan
1) Penghargaan M/S
2) Pendahuluan 2
2
3) Objektif Kajian 3
3
4) Jadual Kerja 4
4-7
5) Kaedah Kajian
6) Hasil Kajian 7
7-8
5.1 Temu Bual
5.2 Soal Selidik 8-9
5.3 Pemerhatian 9
5.4 Rujukan 10-12
7)Latar Belakang Kawasan Kajian
8)Penyelesaian Masalah
7.1 Individu
7.2 Masyarakat
7.3Pihak Berkuasa
9)Kesimpulan / Konklusi / Rumusan
10)Bahan/Sumber Rujukan
11)Lampiran1,2,3
1
Penghargaan
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran
geografi saya iaitu Puan Hanifah Binti Jamaluddin yang sudi memberikan imu
pengetahuan kepada kami yang belajar di kelas 2 Emerald.Jasa cikgu amat
dihargai bagi penyiapan kerja lapangan kerja khursus tingkatan 2 ini.
Selain itu, selaku murid Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail saya
juga ingin membuka kecil tapak tangan tetapi nyiru saya tadakan kepada
Pengetua Sekolah iaitu Encik Razali Bin Tamadi. tanpa usaha beliau dalam
mentadbir sekolah, saya pasti kami tidak dapat melaksanakan aktiviti yang
seronok seperti ini.
Akhir sekali, menghormati ibu bapa merupakan antara ikrar hidupan saya
oleh sebab merekalah yang melahirkan kita dan membesarkan kita dengan
seeloknya dengan harapan kita dapat berjaya serta menjadi seorang yang
berguna dalam masyarakat ini. Kelahiran saya juga merupakan kurniaan tuhan
dengan adanya kawan- kawan yang sudi menolong saya apabila saya
memerlukan bantuan.
Pendahuluan
Saya Esther Ham Wei Ting dari kelas 2 Emerald. Saya akan menjalankan kerja
khusus saya di kawasan kediaman saya iaitu Taman Impian Emas.Saya telah
menggunakan tempoh selama seminggu untuk menyiapkan kerja khusus ini
Kerja khusus ini meliputi penggunaan teknologi hijau yang membolehkan
mereka menyelesaikan masalah alam sekitar yang dihadapi di kawasan
kediaman mereka. Sebagai contoh, pemasangan panel solar di atas bumbung
rumah untuk menjimatkan kebanyakan tenaga eletrik yang digunakan. Usaha ini
bukan sahaja boleh mendatang kebaikan kepada alam sekitar bahkan juga
kepada kita sendiri juga. Kita tidak dapat menafikan bahawa bumi kita sedang
menghadapi cabaran yang akan mengundang kemusnahan semua benda hidup
tidak kira kecil atau besar. Bumi yang berusia 4.54 bilion tahun ini haruslah
dilindungi sehingga akhirat. Setiap usaha yang dilakukan pasti akan berbuah
juga jika kia bersatu dan memiliki matlamat yang sama. Oleh itu, marilah kita
bersama-sama melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang penduduk
bumi dalam menjaga bumi dengan seeloknya agar berkekalan.
2
Objektif Kajian
Kajian kes ini dilaksanakan dengan beberapa objektif yang perlu dicapai.
Berikut merupakan objektif- objektif tersebut
1) Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau
2) Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di
Taman Impian Emas,Johor Bahru,Johor
3) Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau
4) Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan
dalam kehidupan seharian
5) Mencadangkan 4 langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi
meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai
Jadual Kerja
Bil. Masa/Tarikh Aktiviti Catatan
1. 13/12 Menyediakan bahan kajian Buat sendiri(Individu)
10am – am seperti kertas soal selidik
2. 14/12 Menjalankan 3 kaedah Bincang dengan 2
9am – 1pm kajian pertama untuk orang kawan secara
mendapatkan maklumat atas kalian
yang lanjut
3. 15/12 Menemu bual dengan Buat sendiri(Individu)
2pm – 6pm penduduk setempat
4. 16/12 Mencari penyelsaian kepada Melayari Internet
1pm – 4pm
masalah dengan penyelesaian kepada
pengaplikasian teknologi masalah dengan
hijau pengaplikasian
teknologi hijau
5. 17/12 Menyiapkan kertas kerja Buat sendiri(Individu)
11am – 3pm secara atas talian
6. 18/12 Sambungan kertas kerja dan Bincang dengan 1
2pm – 7pm
memberikan konklusi yang orang kawan secara
mantap atas kalian
7. 25/12 Penghantaran kerja khusus Menghantar kerja
9:10pm kepada guru mata pelajaran khusus secara atas
talian
Kaedah Kajian
Saya telah menetapkan 4 jenis kaedah kajian yang akan digunakan untuk
mengkaji kawasan kediaman saya iaitu Taman Impian Emas. Kaedah-kaedah ini
3
boleh memudahkan saya untuk menapis dan mentafsir maklumat yang telah
dicapai. Berikut merupakan kaedah- kaedah tersebut
1) Pemerhatian
-Meronda kawasan petempatan saya dan membuat analisis.
2) Temu bual
-Menemu bual penduduk Taman Impian Emas untuk bertanya tentang kawasan
petempatan tersebut
3)Soal selidik
-Pemerhatian merupakan sesuatu kaedah pengumpulan data yang paling mudah
dan cepat. Kaedah ini membantu saya membuat pemerhatian tentang
petempatan di kawasan kajian saya. Saya telah melawat kawasan kajian saya
untuk mengenal pasti penggunaan teknologi hijau di kawasan ini.
4)Rujukan
-Kaedah ini merupakan kaedah yang memerlukan saya membuat rujukan
daripada laman web, buku, majalah dan lain-lain. Saya telah melayari internet
untuk mencari maklumat dan maklumat tambahan untuk tajuk ini.
Antara rujukan yang saya guna adalah:
• Buku teks
• Wikipedia
• Google
• E-book
Hasil Kajian
5.1Pemerhatian
Saya telah membuat kajian di sekelilingi rumah petempatan saya. Setelah itu,
saya dapatkan beberapa maklumat yang berguna yang berkaitan tentang topik
ini.
Saya dapat menampak sebahagian daripada penduduk di kawasan kajian saya
dapat memasang solar panel yang boleh menjana tenaga di rumah mereka. Solar
panel menyerap cahaya matahari sebagai sumber tenaga elektrik atau haba.
Selain itu, kawasan kajian saya juga terdapat banyak pokok-pokok kelilingi
rumah dan halaman rumah penduduk. Hal ini menjadi salah satu usaha untuk
menjaga alam sekitar. Saya juga menjumpai beberapa penduduk yang tadah air
4
hujan. Penduduk tersebut memberitahu saya bahawa air hujan ini boleh
digunakan dalam aktiviti harian. Sebagai contohnya, mencuci kereta, menyiram
tumbuh-tumbuhan yang berada di rumah mereka dan banyak kegunaan lagi.
Tambahan pula, pihak berkuasa di kawasan kajian saya mengambil usaha dalam
menjaga alam sekitar kawasan itu melalui mendirikan beberapa zon larangan
merokok dan kompaun kepada penduduk yang merokok di kawasan ini. Pihak
berkuasa pun mendirikan beberapa taman rekreasi di kawasan ini.
Akhir sekali,berdasarkan pemerhatian yang saya sudah buat,kita boleh
mengetahui masih banyak sekali penduduk yang mengamalkan amalan hijau
dalam kehidupan mereka. Penduduk tersebut mempercayai amalan-amalan hijau
tersebut boleh membantu mereka dalam aktiviti harian mereka.
5.2 Temu bual
Saya telah menemu seorang penduduk kawasan petempatan saya. Beliau
merupakan seorang warga Cina yang berusia 42 tahun. Nama beliau ialah Claire
Lee. Saya telah mengunjungi beliau pada waktu tengah hari. Setelah bertempat
di Taman Impian Emas selama 12 tahun dia berkongsi pendapat dan
pengalamannya. Berikut merupakan perbualan saya dengan Puan Claire yang
telah dipendekkan.
Esther: Selamat pagi puan, nama saya Esther. Adakah saya dibenarkan untuk
menemu bual puan sekejap?
Puan Claire: Selamat pagi, boleh.
Esther: Berapa lamakah puan sudah bertempat di taman ini?
Puan Claire: Saya sudah bertempat di taman ini 12 tahun.
Esther: Adakah anda tahu apa itu teknologi hijau?
Puan Claire:Ya, Teknologi Hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk
memulihara sumber dan alam semula jadi bagi menangani impak negatif aktiviti
manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam
berbanding dengan teknologi sedia ada.
Esther:Adakah anda mengamalkan teknologi hijau di rumah anda sendiri?
Puan Claire:Ya,saya ada.Saya telah memasangkan 2 keping panel solar yang
berukuran 2x1meter.Selain itu,saya juga memasangkan 2 pemanas air solar di
rumah saya.
Esther:Wah,ternampak Puan adalah seorang yang menjaga alam sekitar.Adakan
anda tahu kepentingan teknologi hijau?
Puan Claire:Ya,saya tahu.Kepentingan teknologi hijau ialah mengatasi masalah
5
Kemusnahan alam sekitar dan sumber asli.Selain itu,ia boleh meningkatkan
tahap kesihatan dan kehidupan.Di samping itu,ia juga boleh memelihara
ekosistem serta bebanan kos kepada kerajaan di dalam usaha menangani kesan
negatif daripada pembangunan dan berperanan sebagai alternatif dalam usaha
meningkatkan ekonomi negara tanpa menjejaskan alam sekitar.
Esther: Ribuan terima kasih puan. Harap puan boleh Sentosa sentiasa.
Berdasarkan dialog di atas,Puan Claire merupakan seorang penduduk yang
berkemahiran dan berilmu. Segala yang dilakukan adalah penting untuk alam
sekitar. Pendek kata, teknologi hijau penting untuk membangunkan sesebuah
kawasan petempatan kerana ramai penduduk mengutamakan kehijauan di
kawasan petempatan yang boleh mempengaruh pertumbuhan dan keselesaan
mereka.
5.3 Soal Selidik
Saya telah menyediakan soalan selidik secara atas talian dan memberikannya
kepada 10 orang penduduk untuk dijawab. Jawapan telah direkodkan lalu
dianalisis.
Carta pai 1.1 menunjukkan peratus penduduk yang mengamalkan teknologi
hijau di petempatan mereka
( rujuk lampiran 1 )
Graf 1.2 menunjukkan teknologi hijau yang terdapat di rumah penjawab
( rujuk lampiran 1 )
Carta pai 1.3 pula membezakan peratusan penduduk yang setuju dengan konsep
penggunaan teknologi hijau
( rujuk lampiran 1)
Berdasarkan statistik, 9/10 daripada penjawab yang tinggal di kawasan
petempatan saya iaitu Taman Impian Emas mengamalkan teknologi hijau.
Kebanyakan amalan teknologi hijau yang dijalankan merupakan kegiatan yang
memerlukan kos banyak tetapi terdapat beberapa kegiatan yang kurang
memerlukan kos atau bajet. Ini mungkin menjadi sebab mengapa terdapat
seorang penjawab yang tidak mengamalkan teknologi hijau. Sebagai contoh,
kos yang diperlukan untuk memasang sekeping panel solar yang berukuran 1m
x 2m adalah sekurang- kurangnya RM40,000 hingga Rm 100,000.Selain itu,ia
mengguankan ruang yang besar. Semakin banyak tenaga elektrik yang anda
ingin hasilkan, semakin banyak dan semakin besar panel solar yang anda
6
perlukan kerana anda perlu mengumpul sebanyak mungkin cahaya matahari.
Panel solar memerlukan ruang yang besar dan sesetengah bumbung rumah atau
mana-mana bangunan tidak cukup besar untuk disesuaikan dengan jumlah panel
solar yang anda inginkan.Seterusnya, masa juga mungking merupakan faktor
pejawab tersebut mengabaikan amalan teknologi hijau. Kegiatan seperti
haruslah ditaburkan usaha dan masa yang cukup banyak agar kadar
produktivitinya lebih tinggi. Walau bagaimanapun, semua penjawab setuju
dengan konsep amalan teknologi hijau ini!
Latar Belakang Kawasan Kajian
Kawasan kajian yang saya memilih ialah Taman Impian Emas, Johor Bahru,
Johor. Kawasan ini pada umumnya adalah tanah panah. Pandang darat fizikal
kawasan ini ialah mempunyai kawasan bukit dan hutan simpan yang mana
menjadi satu tempat rekreasi penduduk sekitar. Pandang darat budaya di
kawasan ini pula ialah bangunan, sekolah, taman permainan, petempatan dan
banyak lagi. Jumlah penduduk di kawasan ini adalah melebihi dari 40000 orang
dan terdapat rumah yang lebih dari 60000.
(rujuk lampiran 2)
Penyelesaian Masalah
Sepanjang kajian saya telah mendapati beberapa masalah yang menjadi
penghalang kepada penduduk Kawasan petempatan saya. Masalah- masalah
tersebut merupakan faktor utama penduduk Kawasan perumahan saya
mengabaikan amalan teknologi hijau ini. Persoalan kini ialah apakah solusi
kepada masalah yang sering dihadapi oleh penduduk agar dapat mengamalkan
teknologi hijau.
Antara masalahnya termasuklah, kos yang tidak dapat ditampung oleh
penduduk. Kita tidak boleh menafikan bahawa terdapat segelintir daripada
produk teknologi hijau yang memerlukan kos yang cukup menakutkan. Dengan
ini, penduduk bolehl menjadi lebih kreatif untuk mengendalikan barangan
buangan untuk menghasilkan sebuah teknologi yang hijau. Sebagai contoh,
baldi lama boleh digunakan untuk mengutip air hujan dengan diletakkan di luar
rumah.
Selain itu, penduduk kini sering menghadapi konflik untuk merancang aktiviti
walaupun mempunyai masa yang singkat. Oleh itu, kita haruslah menghargai
masa kerana masa itu emas dan kita sentiasa mengamalkan teknologi hijau
7
walaupun kesingkatan masa. Contohnya, dengan hanya memakan buah- buahan
sahaja kita mampu melakukan banyak. Bijian buah-buahan boleh terus
dilemparkan ke Kawasan atau tanah yang luas untuk ditanam manakala kulitnya
boleh terus dibuang ke keliling tanaman sebagai baja.
Seterusnya, bagi penduduk yang tidak suka terdedah kepada alam semula jadi
mereka haruslah mengikuti kempen untuk membiasakan diri. Kerajaan boleh
menganjurkan kempen atau ceramah dengan harapan menyedarkan anak- anak
kita untuk menyayangi alam sekitar dan melindungi bumi ini supaya bumi kita
dapat menjadi bumi yang bersih dan cantik.
Akhir sekali, penduduk yang kurang mempunyai tempat atau Kawasan untuk
menjalankan teknologi hijau ini patut berpakat dengan penduduk lain untuk
menjalankannya secara bersama-sama. Dengan ini, mereka boleh melakukan
kegiatan yang berlainan secara berasingan di Kawasan rumah yang kecil
masing-masing. Apabila teknologi tersebut berjaya memberikan produk yang
memberangsangkan, mereka boleh berkongsi bersama-sama produknya dan
tidak perlu risau akan tempatnya yang kecil lagi.
Rumusan
Setelah membuat kerja lapangan ini, saya dapat mengenal teknologi hijau
dengan jelas dan juga mengetahui kepentingan-kepentingan teknologi hijau.
Antaranya, teknologi hijau boleh menjimatkan tenaga yang tidak boleh
diperbarui sebagai contoh industri tenaga dapat diperbaharui dan menjimatkan
tenaga dan sumber asli. Selain itu, teknologi hijau boleh menjana tenaga yang
merangkumi sumber tenaga seperti angin, air, solar dan ombak yang
bersumberkan alam semula jadi. Ia boleh mengurangkan kebergantungan
kepada tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Teknologi hijau juga
mempromosikan kecekapan guna tenaga negara selamat dan mesra pengguna.
Di samping itu, memelihara dan memulihara alam sekitar merupakan salah satu
kepentingan teknologi hijau. Teknologi hijau dapat melindungi sumber semula
jadi, meningkatan kualiti udara dan air, mengurangkan pembuangan bahan yang
boleh dikitar semula, meningkatkan dan melindungi ekosistem dan
kepelbagaian hidup serta mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara.
8
Tambahan pula, teknologi hijau merupakan sesuatu teknologi mesra alam dan
boleh digunakan dengan selamat. Misalnya, penggunaan enjin hibrid dan LPG
sebagai bahan pembakar kenderaan. Hal ini menyediakan alam sekitar yang
sihat terdapat kita.
Sumber Rujukan
Laman Web
- https://www.wikipedia.org
- https://www.scribd.com
- https://anyflip.com
- https://iluminasi.com/bm/10-kelebihan-dan-keburukan-tenaga-solar.html
- http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com/2011/07/teknologi-
hijau-apa-kepentingannya.html?m=1
● Mendapat definisi dan konsep teknologi hijau
● Membuat rujukan tentang teknologi hijau
Buku Teks Geografi Tingkatan 2
● Konsep dan definisi teknologi hijau
● Kepentingan-kepentingan teknologi hijau
Puan Claire
● Membuat temubual dengan Puan Claire
● Mendapat punca-punca dan maklumat lain.
Rakan-rakan
● Memberikan cadangan dalam membuat kerja lapangan
Ibu bapa
● Pemandu saya untuk membuat kajian di kawasan kajian
● Memberi sokongan moral
Lampiran
Lampiran1:
Analisis soal selidik atas talian
9
Carta pai 1.1
Carta pai 1.2
Carta pai 1.3
10
Lampiran 2:
Kawasan kajian saya iaitu di Taman Impian Emas
Jauh
Dekat
11
Lampiran 3:
Penduduk yang memasang panel solar,pemanas air solar dan angin
bumbung di Taman Impian Emas
12