PROFIL MURID
NAMA : _________________________________________________________
NO KP / SIJIL LAHIR: __________________________________________________
NO PENDAFTARAN SEKOLAH : ________________________________________
NAMA IBU BAPA/ PENJAGA : __________________________________________
ALAMAT : ___________________________________________________________
_____________________________________________________________________
NO TELEFON : IBU : __________________________
BAPA : __________________________
TAHUN KELAS NAMA GURU KELAS
Catatan : Buku peraturan ini hendaklah dibawa pada setiap hari persekolahan.
Meninggalkannya / menghilangkannya / merosakkanya dan menconteng buku peraturan
ini adalah menjadi satu kesalahan. Kehilangan buku ini hendaklah diganti dengan yang
baru melalui guru kelas dengan bayaran RM10.
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
Muka Surat |1
LENCANA SEKOLAH
Keterangan :
Latar belakang bulatan di dalam berwarna putih.
Latar belakang bulatan di luar berwarna kuning.
Semua tulisan, corak bunga, logo ABIM dan garisan bulatan berwarna hijau.
MOTO SEKOLAH
Al-Fateh Inspirasiku
BENDERA SEKOLAH
Keterangan :
Latar belakang bendera berwarna jingga.
Logo sekolah berada ditengah-tengah bendera.
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
Muka Surat |2
RUKUNEGARA
Maka kami, rakyat Malaysia
Berikrar akan menumpukan
Seluruh tenaga dan usaha kami
Untuk mencapai cita-cita tersebut
Berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluruhan Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
VISI SEKOLAH
Sekolah cemerlang 2030
MISI SEKOLAH
Melahirkan Insan Yang Berperibadi
Seimbang Dan Holistik
Berteraskan Pendidikan Al-Hikmah
Dalam Suasana Yang Kondusif.
LAGU NEGARAKU
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahgia tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
LAGU NEGERI SELANGOR
Duli yang maha mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia tuanku
Rakyat mohon restu bawah duli tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli yang maha mulia
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
Muka Surat |3
IKRAR MURID
Bismillahirrahmanirrahim
Bahawasanya kami pelajar SERI ABIM Sg Ramal akan;
Sentiasa patuh kepada perintah Allah, ibu bapa dan guru-guru;
Sentiasa menjaga kebersihan sekolah dan menyayangi harta sekolah dan harta sendiri;
Sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain;
Sentiasa belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa mematuhi peraturan sekolah;
Sentiasa berakhlak dengan akhlak yang mulia.
Kami sedar bahawa Allah sentiasa melihat segala perbuatan kami.
LAGU PERJUANGAN
Menegakkan kebenaran
Memperjuang keadilan
Satu perjuangan demi keimanan
ABIM bangunkan usha
Angkatan Belia Islam
Angkatan maju cemerlang
Mengorak langkah lalui cabaran
ABIM tetap gigih berbakti
Bangunlah belia islam
Persiapkan keupayaan
Membela kedaulatan
ABIM terus ke hadapan
Menghadapi masa depan
Dengan penuh keyakinan
Hasrat dirangsangkan
Tekad perkuatkan
ABIM terus berjasa
LAGU SEKOLAH
Sekolah Islam ABIM,
SERI SEMI Sungai Ramal,
Pembentukan insan berjiwa murni,
Insan soleh beramal.
Dengar nasihat ibu bapa,
Membawa ke pintu syurga,
Patuh arahan guru berjasa,
Bahagia selamanya.
Di sini bersaing, belajar dan beramal,
Di sini bermesra bersaudara.
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
Muka Surat |4
DISIPLIN
A. DEFINISI DISIPLIN
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979
mentakrifkan disiplin sebagai :
“…..kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama
ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna
kesanggupam sesorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib,
kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku
yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat
menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan
kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta
sanggup berkhidmat kepada masyarakat.”
B. MATLAMAT DISIPLIN
Disiplin akan menjadikan seorang pelajar itu sebahai manusia yang dapat memimpin diri
sendiri dalam hidupnya di masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah
mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila,
bersatupadu, demokratik, adil, liberal dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan
individu-individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat
yang bergerak ke arah kemajuan.
C. PRINSIP-PRINSIP DISIPLIN
Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar berikut :
keadilan dan layanan sama rata
pertimbangan minat dan keperluan pelajar
kebebasan – tertakluk kepada undang-undang
amalan menghormati seseorang individu
perhubungan sihat sesame manusia untuk kehidupan berharmonis
perpaduan masyarakat dan Negara
ETIKA MURID
A. Tanggungjawab murid terhadap diri sendiri
B. Tanggungjawab murid terhadap keluarga
C. Tanggungjawab murid terhadap rakan
D. Tanggungjawab murid terhadap sekolah
E. Tanggungjawab murid terhadap masyarakat
F. Tanggungjawab murid terhadap agama
G. Tanggungjawab murid terhadap negara
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
Muka Surat |5
A.Tanggungjawab murid terhadap diri sendiri
1. Menjaga kebersihan diri termasuklah kebersihan fizikal dan mental.
2. Bersopan santun, jujur dan amanah.
3. Menghargai masa dan menepati masa
4. Berjimat cermat
5. Bersifat sederhana dan tidak sombong
6. Sabar dan bertolak ansur
7. Menghormati hak asasi orang lain
8. Berani dan cekal hati
9. Bersikap dedikasi
10. Bersifat berdikari, rajin dan berusaha
B. Tanggungjawab murid terhadap keluarga
1. Menghormati orang-orang tua dan ibu bapa
2. Memupuk hubungan yang baik di antara keluarga
3. Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadikannya seorang yang
bermoral
4. Menjaga nama baik sekolah
C. Tanggungjawab murid terhadap rakan
1. Menghormati rakan
2. Tolong menolong antara rakan
D. Tanggungjawab murid terhadap sekolah
1. Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan sekolah
2. Menghormati guru-guru
3. Belajar dengan bersungguh-sungguh
4. Menaikkan imej sekolah
5. Memupuk nilai-nilai moral yang tinggi
6. Bekerjasama di antara satu sama lain
7. Menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan di sekolah
E. Tanggungjawab murid terhadap Masyarakat
1. Tolong menolong dan bekerjasama
2. Menghormati orang-orang yang lebih tua
3. Boleh bertolak ansur
4. Menghormati agama, pantang larang dan adat resam suku bangsa lain
5. Bersifat sederhana dan tidak sombong
6. Rasa kesefahaman dan sabar
7. Melibatkan diri terhadap kerja-kerja kebajikan
8. Bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan bukan manusia
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
Muka Surat |6
F. Tanggungjawab pelajar terhadap agama
1. Taat kepada perintah Allah swt
2. Mempertahankan kesucian agama
3. Mengamalkan ajaran dalam kehidupan sehari-hari
H. Tanggungjawab pelajar terhadap Negara
1. Bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan Negara
2. Mematuhi undang-undang
3. Mengamalkan konsep Rukunegara
4. Menjaga kemudahan-kemudahan awam
5. Menjaga dan menaikkan imej negara
PENGUATKUASA PERATURAN
Guru-guru dan pengawas sekolah diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturan-
peraturan sekolah.
KUASA MENGHUKUM
Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Disiplin dan guru-guru yang diberi kuasa oleh
guru besar.
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
Muka Surat |7
PANDUAN DISIPLIN DAN PERATURAN SEKOLAH
SERI ABIM SG RAMAL
1. WAKTU PERSEKOLAHAN
1.1 HARI ISNIN
WAKTU : 7.50pg – Ops Lewat bermula (murid lewat ditahan & diambil nama)
: 7.55pg – Perhimpunan Rasmi
: 9.00pg – Sesi PdP bermula
: 4.00ptg – Aktiviti persekolahan tamat
1.2 HARI SELASA HINGGA JUMAAT
WAKTU : 7.50pg – Ops Lewat (murid lewat ditahan & diambil nama)
: 7.51pg – Perhimpunan Harian
: 8.00pg – Sesi PdP bermula
: 4.00ptg – Aktiviti persekolahan tamat
2. PAKAIAN
Pakaian seragam sekolah lengkap mestilah dipakai sepanjang berada di sekolah.
Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas.
2.1 PAKAIAN SERAGAM MURID LELAKI
2.1.1 Baju
a) Kemeja lengan pendek berwarna ungu.
b) Ukuran baju tidak terlalu besar dan tidak terlalu sempit. Ukuran baju
hendaklah sesuai dengan bentuk badan.
c) Baju tidak boleh dikeluarkan sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar
sekolah.
d) Butang baju hendaklah sentiasa dikenakan.
e) Inner putih dibenarkan.
2.1.2 Seluar
a) Seluar panjang berwarna hitam (slack).
b) Seluar kembang serta labuh atau seluar yang kecil kaki serta singkat atau
sebarang potongan yang tidak sesuai tidak dibenarkan.
c) Poket seluar jenis tampal atau ala jeans seperti berbutang besi tidak
dibenarkan.
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
Muka Surat |8
2.1.3 Kasut dan stokin
a) Semua murid berkasut kanvas hitam sahaja.
b) Kasut berkenaan tidak boleh berjalur atau sengaja diwarnakan.
c) Kasut plastik, kasut kulit atau kasut selain kanvas berwarna hitam atau selain
warna hitam tidak dibenarkan.
d) Stoking hitam atau hitam putih sahaja dibenarkan.
2.1.4 Lencana dan Tanda Nama
a) Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama sepanjang
masa.
b) Lencana hendaklah dijahit di bahagian luar poket atau di dada sebelah kiri.
c) Tanda nama hendaklah dijahit di bahagian atas poket atau di dada kiri baju.
d) Lencana yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan segera.
2.1.5 Tali Pinggang
a) Tali pinggang yang dibenarkan ialah yang berukuran 3cm berwarna hitam atau
biru gelap.
b) Kepala tali pinggang hendaklah kosong dan tidak besar, berhias atau beraneka
corak.
2.1.6 Songkok atau Kopiah
a) Songkok hitam atau kopiah ungu yang ada lencana sekolah sahaja.
2.1.7 Pakaian Pendidikan Jasmani / Ko-Kurikulum
a) T-Shirt sukan sekolah lengan pendek yang dibeli melalui sekolah atau t-shirt
lengan pendek berwarna putih.
b) Seluar sukan hitam atau biru gelap sahaja yang longgar lengkap berstokin dan
berkasut sukan / sekolah.
c) Pakaian Unit Beruniform mengikut persatuan yang diikuti murid dalam
aktiviti ko-kurikulum sekolah dilengkapkan dengan kasut sekolah.
2.1.8 Pakaian Kebangsaan
a) Murid lelaki hendaklah memakai pakaian kebangsaan pada hari jumaat.
b) Baju melayu mestilah berwarna ungu dan seluar ungu dengan samping
berwarna ungu gelap mengikut ketetapan ton warna sekolah.
c) Baju hendaklah sentiasa berbutang penuh.
2.1.9 Pakaian Kelas Tambahan / Lawatan Luar
a) Murid hendaklah memakai t-shirt sukan sekolah / t-shirt KOKO / t-shirt rasmi
Ihtifal Kebangsaan yang dibeli melalui sekolah.
b) Seluar sukan / slack berwarna hitam / biru gelap lengkap bersokin dan berkasut
sekolah.
c) Bagaimanapun, pakaian Kelas Tambahan / Lawatan Luar adalah tertakluk
kepada keperluan semasa. Murid hendaklah memakai pakaian selain yang
disebutkan di atas mengikut arahan semasa oleh guru.
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
Muka Surat |9
2.2 PAKAIAN SERAGAM MURID PEREMPUAN
2.2.1 Baju kurung
a) Baju kurung ungu teluk belanga yang labuh di paras bawah lutut.
b) Kain berwarna ungu gelap yang labuh di paras buku lali.
c) Baju mestilah tidak jarang atau ketat.
d) Murid tahap dua diwajibkan memakai:
anak baju atau inner shirt berwarna hitam, putih atau coklat.
kain dalam atau inner skirt berwarna hitam.
sarung lengan atau handsock hitam (jika lengan baju tidak bercekak)
2.2.2 Tudung
a) Tudung murid tahap 1 ber-awning berwarna ungu tanpa renda, sulam atau
fesyen (seperti yang dijual di kedai sekolah).
b) Tudung murid tahap 2 mestilah dari material koshibo berwarna ungu tanpa
awning, renda, sulam atau fesyen.
c) Ukuran wajib tudung ialah labuh depan & belakang paras pinggang dan labuh
sisi kiri dan kanan 15 cm dari paras bahu
d) Anak tudung penuh menutup kepala yang berwarna putih atau hitam sahaja.
2.2.3 Kasut dan stoking
a) Sama seperti 2.1.3
2.2.4 Lencana dan tanda nama
a) Sama seperti 2.1.4 a) dan 2.1.4 d).
b) Lencana hendaklah dijahit di bahagian dada sebelah kiri tudung.
c) Tanda nama hendaklah dijahit di atas lencana di bahagian dada kiri tudung.
2.2.5 Pakaian Pendidikan Jasmani / Ko-Kurikulum
a) T-Shirt sukan sekolah lengan panjang yang dibeli melalui sekolah atau tshirt
lengan panjang berwarna putih, tebal dan tidak jarang.
b) Seluar sukan hitam atau biru gelap yang longgar dilengkapkan dengan kasut
sukan.
c) Tudung sekolah dipakai bersama t-shirt sukan sekolah atau t-shirt putih.
d) Pakaian Unit Beruniform mengikut persatuan yang diikuti murid dalam
aktiviti ko-kurikulum sekolah dilengkapkan dengan kasut sekolah.
e) Tudung material koshibo mengikut warna persatuan masing-masing.
2.2.6 Pakaian Kelas Tambahan / Lawatan Luar
a) Murid hendaklah memakai t-shirt sukan sekolah / t-shirt KOKO / t-shirt rasmi
Ihtifal Kebangsaan (lengan panjang) yang dibeli melalui sekolah.
b) Seluar sukan / slack berwarna hitam / biru gelap sahaja.
c) Berkasut sekolah.
d) Memakai tudung sekolah sahaja.
e) Sama seperti 2.1.9 c).
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
M u k a S u r a t | 10
2.3 PAKAIAN SERAGAM PENGAWAS LELAKI
2.3.1 Baju
a) Kemeja lengan panjang bercekak warna biru muda.
b) Ukuran baju tidak terlalu besar dan tidak terlalu sempit. Ukuran baju
hendaklah sesuai dengan bentuk badan.
c) Baju tidak boleh dikeluarkan sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar
sekolah.
d) Butang baju hendaklah sentiasa dikenakan.
e) Inner putih dibenarkan.
f) Tali leher (disediakan oleh pihak sekolah, sehelai untuk setahun)
g) Ketua Pengawas memakai vest berwarna biru gelap
2.3.2 Seluar
a) Seluar panjang berwarna biru gelap (slack).
b) Seluar kembang serta labuh atau seluar yang kecil kaki serta singkat atau
sebarang potongan yang tidak sesuai tidak dibenarkan.
c) Poket seluar jenis tampal atau ala jeans seperti berbutang besi tidak
dibenarkan.
2.3.3 Kasut dan stoking
a) Sama seperti 2.1.3
2.3.4 Lencana dan Tanda Nama
a) Sama seperti 2.1.4
2.3.5 Tali Pinggang
a) Sama seperti 2.1.5
2.3.6 Songkok
a) Songkok berwarna hitam
2.3.7 Pakaian Pendidikan Jasmani / Ko-Kurikulum
a) Sama seperti 2.1.7
2.3.8 Pakaian Kebangsaan
a) Murid lelaki dikehendaki memakai pakaian kebangsaan pada hari jumaat.
b) Baju melayu mestilah berwarna putih dan seluar putih dengan samping
berwarna merah.
c) Baju hendaklah sentiasa berbutang penuh.
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
M u k a S u r a t | 11
2.4 PAKAIAN SERAGAM PENGAWAS PEREMPUAN
2.4.1 Baju kurung
a) Baju kurung biru teluk belanga yang labuh di paras bawah lutut.
b) Kain berwarna biru gelap yang labuh di paras buku lali.
c) Baju mestilah tidak jarang atau ketat.
d) Murid tahap dua diwajibkan memakai:
anak baju atau inner shirt berwarna hitam, putih atau coklat.
kain dalam atau inner skirt berwarna hitam.
sarung lengan atau handsock hitam (jika lengan baju tidak bercekak)
2.4.2 Tudung
a) Tudung mestilah dari material koshibo berwarna ungu tanpa awning, renda,
sulam atau fesyen.
b) Ukuran wajib tudung ialah labuh depan & belakang paras pinggang dan labuh
sisi kiri dan kanan 15 cm dari paras bahu
c) Anak tudung penuh menutup kepala yang berwarna putih atau hitam sahaja.
2.4.3 Kasut dan stoking
b) Sama seperti 2.1.3
2.4.4 Lencana dan tanda nama
a) Sama seperti 2.2.4
2.4.5 Pakaian Pendidikan Jasmani / Ko-Kurikulum
a) Sama seperti 2.2.5
3.0 RAMBUT
3.1 RAMBUT MURID LELAKI
3.1.1 Murid lelaki DILARANG berambut panjang. Definisi rambut panjang adalah
seperti berikut:
i. Di belakang : rambut jatuh melebih garisan di bawah cuping telinga.
ii. Di depan : rambut menutup garisan tengah dahi.
iii. Di sisi : rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian
daripadanya dan sideburn melebihi garisan tengah hidung.
iv. Di atas : rambut lebih daripada 2 inci panjang.
3.1.2 Dilarang menyimpan jambang dan misai.
3.1.3 Dilarang mewarnakan rambut.
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
M u k a S u r a t | 12
3.2 RAMBUT MURID PEREMPUAN
3.2.1 Rambut yang melebihi paras bawah cuping telinga hendaklah diikat dan disanggul
paras bawah cuping telinga serta dimasukkan ke dalam anak tudung sepenuhnya.
3.2.2 Dilarang mewarnakan rambut.
4.0 KEHADIRAN
4.1 Murid dikehendaki tiba di sekolah seawal jam 7.30 pagi.
4.2 Murid dikehendaki berada dalam kelas masing-masing bermula jam 8.00 pagi.
4.3 Kehadiran di sekolah dan dalam kelas adalah WAJIB dan mana-mana murid yang
ponteng sekolah / kelas akan dikenakan tindakan disiplin. (Pek. Ikt. Bil. 6/95)
4.4 Kehadiran diambil pada waktu pertama oleh guru waktu pertama dan juga pada
setiap waktu pengajaran oleh guru-guru subjek.
4.5 Murid yang tidak dapat hadir oleh sebab-sebab tertentu hendaklah memberitahu
pihak sekolah melalui surat ibubapa / penjaga atau Surat Akuan Doktor.
4.6 Murid yang tidak dapat mengikuti latihan jasmani atau sukan hendaklah
membuktikan dengan mengemukakan Surat Akuan Doktor atau Surat Ibubapa /
Penjaga.
4.7 Kelas Tambahan / Gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan
wajib dihadiri.
4.8 Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan.
Mereka yang hendak keluar dari kawasan sekolah hendaklah mendapat kebenaran
daripada Guru Besar atau guru-guru yang telah diberi mandat oleh Guru Besar.
4.9 Murid yang memerlukan rawatan perubatan harus mendapat kebenaran bertulis /
surat pengesahan daripada Guru Besar atau guru-guru yang telah diberi mandat
sebelum keluar dari kawasan sekolah.
4.10 Selepas mendapat kebenaran, nama murid dan butir-butir yang diperlukan
hendaklah dicatat di dalam buku pergerakan murid yang disimpan di bilik
kesihatan.
4.11 Murid yang hendak keluar ke tandas atau ke lain tempat hendaklah mendapat
kebenaran daripada guru yang mengajar pada masa itu dan bawa bersamanya kad
kebenaran keluar.
4.12 Murid yang sakit dan ingin balik ke rumah hendaklah memohon kebenaran
daripada Guru Besar atau guru-guru yang telah diberi mandat untuk memberi
kebenaran. Murid hanya dibenarkan balik sekiranya ibu bapa atau penjaga datang
untuk mengambilnya dari sekolah.
4.13 Semua murid hendaklah terlibat aktif dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani dan
kesihatan, kecuali terdapat laporan kesihatan daripada doktor yang mengesahkan
dia tidak boleh terlibat.
4.14 Murid yang mendaftar untuk mana-mana kegiatan kokurikulum dan menjadi ahli
kegiataan tersebut hendaklah hadir semasa aktiviti tersebut diadakan.
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
M u k a S u r a t | 13
5.0 PERHIMPUNAN
5.1 Perhimpunan rasmi diadakan pada hari Isnin setiap minggu mulai jam 7.45 pagi.
5.2 Perhimpunan harian pula diadakan pada hari selasa hingga jumaat mulai 7.45 pagi.
5.3 Semua murid diwajibkan menghadiri perhimpunan.
5.4 Murid hendaklah memberi perhatian dan dilarang berbual semasa perhimpunan.
5.5 Semua murid dikehendaki menyanyi lagu dengan penuh semangat & berdiri tegak.
5.6 Murid hendaklah berada di tapak perhimpunan pada jam 7.40 pagi.
7.0 KAWASAN SEKOLAH
7.1 MENINGGALKAN KELAS ATAU KAWASAN SEKOLAH
7.1.1 Murid dilarang meninggalkan kelas pada sebarang waktu kecuali waktu
kecemasan dan mendapat kebenaran guru. Pelajar yang dibenarkan mesti memakai
“PAS KELUAR”.
7.1.2 Sekiranya murid sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, murid berkenaan
hendaklah mendapatkan surat kebenaran daripada guru kelas atau guru bertugas
mingguan dengan mengisi borang khas. Surat kebenaran tersebut hendaklah
diserahkan kepada guru bertugas bilik kesihatan.
7.1.3 Murid hendaklah menunggu ibu bapa / penjaga / bas / van di kantin atau surau
sekolah atau pondok-pondok ilmu dalam kawasan sekolah selepas waktu
persekolahan.
7.1.4 Murid yang balik awal hendaklah mendapat kebenaran Guru Besar.
7.2 KAWASAN LARANGAN
7.2.1 Murid adalah dilarang berada di kawasan berikut sepanjang masa tanpa kebenaran:
Tempat letak kenderaan guru
Kawasan KDH
Bilik Guru / Pejabat
Bilik Peperiksaan
Kawasan pembinaan / penambahbaikan / penarafan
Makmal Komputer
Makmal Sains
Bengkel KH
Bilik Kesihatan
Pusat Sumber Sekolah
Bilik Media
Stor sukan
7.2.2 Murid adalah dilarang berada di kawasan berikut selepas waktu persekolahan tanpa
kebenaran / keperluan:
Kelas dan koridor kelas
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
M u k a S u r a t | 14
8.0 KEBERSIHAN DIRI
8.1 Semua murid hendaklah menjaga kebersihan diri.
8.2 Kuku mestilah pendek dan bersih.
8.3 Dilarang mewarnakan kuku
8.4 Murid dilarang bersolek.
9.0 SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT
9.1 Murid-murid yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru Bertugas,
Pengawas atau Ketua Kelas.
9.2 Murid-murid yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah sehingga
sembuh.
9.3 Murid yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan atau
mendapat rawatan di hospital setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah.
9.4 Untuk tinggal di bilik rawatan murid mestilah mendapat kebenaran daripada guru
kelas atau pihak sekolah.
9.5 Guru bertugas akan menguruskan penghantaran murid ke hospital kerajaan jika
sakit kuat.
9.6 Guru bertugas atau guru kelas akan memaklumkan masalah kesihatan atau
kecederaan murid kepada ibu bapa murid berkenaan.
10.0 KEBERSIHAN
Rujukan SPI Bil. 4/1981, SPI Bil. 2/1983, SPI Bil. 1/1996 dan SPI Bil. 6/1997
10.1 Tong Sampah
10.1.1 Semua murid adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di sekolah.
10.1.2 Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan membuang sampah
sahaja.
10.1.3 Bagi sampah yang boleh dikitar semula, sila pastikan bahawa sampah dimasukkan
di tong-tong kitar semula yang betul.
10.2 Kantin Sekolah
10.2.1 Semua murid dilarang makan atau minum di luar dari kawasan kantin sekolah.
10.2.2 Sinki-sinki yang disediakan adalah untuk kemudahan membasuh tangan sahaja.
10.2.3 Murid dilarang membuang sampah atau lebihan makanan ke dalam sinki atau parit
di sekeliling kantin atau di mana-mana kawasan sekolah.
10.2.4 Bekas-bekas makanan dan minuman hendaklah dimasukkan ke dalam tempat-
tempat yang disediakan setelah selesai digunakan.
10.2.5 Murid dilarang berada di kantin sepanjang waktu pembelajaran tanpa kebenaran.
10.2.6 Murid dilarang membuat urusan jual beli di kantin bermula jam 7.40 pagi sehingga
4.30 petang.
10.2.7 Murid hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di kantin.
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
M u k a S u r a t | 15
10.3 Bilik Darjah
10.3.1 Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.
10.3.2 Papan tulis, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah dijaga dengan baik.
10.3.3 Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan memastikan
kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan laluan koridor.
10.3.4 Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakkan seperti
kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu dibayar gantirugi.
10.4 Tandas
10.4.1 Murid perlu membersihkan tandas selepas digunakan.
10.4.2 Murid dilarang menconteng dinding tandas.
10.4.3 Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk tandas sebaliknya
dibuangkan ke dalam tong-tong yang disediakan.
10.5 Kedai / Koperasi sekolah
10.5.1 Murid dilarang membuat urusan jual beli makanan di kedai / koperasi sekolah
bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang.
10.5.2 Murid dilarang membeli buku atau keperluan pada waktu pembelajaran tanpa
kebenaran guru matapelajaran.
10.5.3 Murid dibenarkan membeli buku atau keperluan di kedai / koperasi sekolah pada
waktu rehat
11.0 KESELAMATAN
Rujukan SPI Bil. 8/1988, SPI Bil. 8/1999 dan SPI Bil. 4/2002
11.1 Beratur
11.1.1 Semua murid mesti beratur di tapak perhimpunan sebelum permulaan kelas.
11.1.2 Murid dikehendaki beratur apabila pergi ke kantin, Makmal Sains, Makmal
Komputer, bengkel, pusat sumber atau pun mana-mana bilik khas yang lain.
11.1.3 Murid perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak ke mana-mana
tempat.
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
M u k a S u r a t | 16
11.2 Pagar Sekolah
11.2.1 Pelabelan:
i. Pintu pagar utama
ii. Pintu A
(lokasi di hadapan sebelah kanan kaunter khidmat pelanggan)
iii. Pintu B
(lokasi di tangga berhampiran asrama KDH)
iv. Pintu C
(lokasi berhadapan bangunan Pusat Bahasa KDH)
11.2.2 Kenderaan guru, ibu bapa, penjaga, van dan bas masuk dan keluar menggunakan
pintu utama.
11.2.3 Guru dan murid yang berjalan kaki dari kawasan KDH hendaklah masuk melalui
pintu A sahaja.
11.2.4 Ibu bapa / penjaga dibenarkan menurunkan (drop) sahaja anak di kawasan tapak
letak kenderaan.
11.2.5 Pintu utama dan pintu A dibuka bermula jam 7.00pg. Bagaimanapun pintu A
hanya dibuka sehingga jam 7.50pg. Pintu pagar yang lain dikunci sepanjang masa.
11.2.6 Bermula jam 7.51pg hanya murid atau guru / staf sahaja dibenarkan masuk ke
kawasan sekolah melalui pintu A bermula jam 7.51 hingga 8.00pg.
11.2.7 Semua pintu pagar akan ditutup sepenuhnya (dikunci) untuk laluan masuk ibu
bapa bermula jam 8.01pg. Murid yang tiba pada waktu ini hendaklah mengisi buku
rekod datang lewat sebelum pengawal keselamatan membenarkannya masuk.
11.2.8 Pintu utama akan dibuka semula bermula jam 3.30ptg pada hari Isnin, Selasa dan
Khamis.
11.2.9 Pada hari rabu, pintu utama akan dibuka semula bermula jam 4.15ptg bagi memberi
laluan kepada aktiviti ko-kurikulum.
11.2.10Pada hari jumaat, pintu utama akan dibuka semula bermula jam 11.30pg.
11.2.11Pintu A, B dan C hendaklah dipastikan berkunci sepanjang masa khususnya bermula
jam 4.00 ptg.
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
M u k a S u r a t | 17
11.3 Waktu balik
11.2.1 Lima minit sebelum loceng terakhir, murid mestilah mengemaskan kerusi meja,
membersihkan kelas dan menutup suis lampu serta kipas jika digunakan.
11.2.2 Apabila loceng dibunyikan, murid boleh keluar kelas dengan teratur. Murid
hendaklah beratur di tempat yang ditetapkan dan balik apabila diarahkan.
11.2.3 Semua murid hendaklah mengikut arahan pengawas yang mengawal laluan.
11.2.4 Murid yang balik menaiki bas atau kenderaan lain hendaklah menunggu di tempat
menunggu bas sebelum menaiki kenderaan.
11.2.5 Murid dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki kenderaan.
11.2.6 Murid yang berjalan kaki perlu berjalan dengan teratur di atas bahu jalan dan tidak
secara beriringan.
11.4 Makmal Sains
11.3.1 Murid dilarang masuk ke makmal tanpa kebenaran / kehadiran guru berkenaan.
11.3.2 Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan / di luar.
11.3.3 Dilarang menyentuh atau mengambil bahan-bahan kimia dan alat-alat yang
terdapat di bilik makmal sains tanpa kebenaran atau arahan guru berkenaan.
11.3.4 Murid dilarang membawa keluar sebarang peralatan dari makmal.
11.3.5 Murid dilarang menjalankan sebarang ujikaji tanpa arahan guru berkenaan.
11.3.6 Murid dilarang menyalakan penunu Bunsen dengan sebarang kertas.
11.3.7 Murid hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di dalam
makmal.
11.5 Bilik-bilik khas
11.4.1 Murid dilarang masuk ke mana-mana bilik khas seperti bengkel KH, pusat sumber,
bilik tayang, bilik pemulihan, bilik mesyuarat dan makmal komputer tanpa
kebenaran / kehadiran guru berkenaan.
11.4.2 Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan.
11.4.3 Murid dilarang menyentuh atau mengambil apa-apa bahan dan alatan yang
terdapat di bilik berkenaan tanpa kebenaran atau arahan guru.
11.4.4 Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, murid hendaklah mengikut arahan guru
berkenaan.
11.4.5 Murid hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di dalam
bilik-bilik khas.
12.0 PELAWAT
12.1 Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka pada waktu rehat.
12.2 Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa dengan
murid tanpa memberi sebarang penjelasan.
12.3 Pelawat dikehendaki melaporkan diri dan mengisi buku pelawat di pondok
sebelum membuat sebarang urusan di dalam kawasan sekolah.
12.4 Pelawat hendaklah meminta kebenaran Guru Besar / Guru Penolong Kanan untuk
berurusan dengan guru atau murid di dalam kawasan sekolah.
12.5 Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang disediakan.
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
M u k a S u r a t | 18
13.0 TIDAK HADIR KE SEKOLAH DAN KELAS
13.1 Pelajar yang tidak hadir mestilah memberi surat doktor atau surat ibu bapa /
penjaga dengan tanda tangan yang sah untuk tempoh masa pelajar itu tidak hadir.
13.2 Surat amaran pertama dihantar kepada ibu bapa sekiranya pelajar tidak hadir pada
hari ketiga untuk pelajar yang tidak hadir ke sekolah secara berturut-turut atau
hari kesepuluh sekiranya ketidakhadiran adalah secara berturut-turut.
13.3 Surat amaran kedua hendaklah dihantar kepada ibubapa penjaga sekiranya pelajar
tidak hadir TUJUH hari berturut-turut atau sebanyak 20 hari secara tidak
berturut-turut.
13.4 Surat amaran terakhir secara berdaftar hendaklah dihantar kepada ibu bapa
penjaga sekiranya tiada komunikasi selepas tujuh hari daripada surat amaran
kedua dihantar bagi pelajar yang tidak hadir secara berturut-turut atau 20 hari bagi
ketidakhadiran secara tidak berturut-turut.
13.5 Tindakan buang sekolah boleh diambil selepas 2 minggu surat amaran terakhir
dihantar bagi ketidakhadiran secara berturut-turut atau 20 hari bagi
ketidakhadiran secara tidak berturut-turut. (Pek. K (BS) 8548/ 12 (17))
13.6 Pelajar tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan atau keluar dari kawasan
sekolah dalam waktu belajar kecuali dengan kebenaran khas dari Pengetua,
Penolong kanan atau Penyelia Petang. Kebenaran bertulis hendaklah diperolehi.
14.0 KETUA MURID DAN PENGAWAS
14.1 Pelantikan dan pemilihan pengawas-pengawas akan dibuat oleh Guru Besar
dengan kerjasama guru-guru.
14.2 Badan Pengawas mestilah mengandungi seorang guru Penasihat, Pengerusi,
Setiausaha, Bendahari dan Pengawas-pengawas.
14.3 Seorang pengawas biasanya akan memegang jawatannya berterusan tetapi Guru
Besar dan guru-guru boleh menyingkirkan seseorang itu dari Badan Pengawas
sekiranya perlu.
14.4 Guru Besar ada kuasa membuat pindaan dalam perlembagaan itu.
14.5 Sifat-sifat Kelayakan untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seorang murid
hendaklah mempunyai akhlak dan kelakuan yang elok di samping prestasi
akademik yang baik dan mengambil bahagian yang cergas dalam kegiatan sekolah.
Lain-lain kelayakan :
- bertanggungjawab dengan sepenuhnya
- berwibawa dan bekerjasama
- rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan
- jujur dan berakal
- menepati masa
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
M u k a S u r a t | 19
15.0 BERWUDHU DAN SOLAT BERJAMA’AH
15.1 Murid wajib mendirikan solat zohor secara berjama’ah pada waktu yang telah
diperuntukkan dalam jadual persekolahan.
15.2 Murid wajib mendirikan solat asar secara berjamaah selagi berada di kawasan
sekolah setelah masuk waktu asar.
15.3 Murid perempuan wajib membawa dan memakai telekung berwarna putih sahaja
semasa mendirikan solat.
15.4 Semua murid wajib memakai selipar semasa mengambil wudhu.
15.5 Murid perempuan yang uzur syarie wajib berada di surau semasa murid lain
mendirikan solat zohor berjamaah sehingga selesai.
15.6 Murid yang sengaja berlengah-lengah atau ponteng solat berjamaah akan
dikenakan tindakan disiplin.
16.0 WAKTU REHAT
16.1 Waktu rehat makan pagi dan makan tengahari adalah mengikut jadual PdP yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
16.2 Waktu rehat adalah tertakluk kepada perubahan mengikut aktiviti sekolah
sepanjang tahun.
17.0 LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN
17.1 Pergerakan murid semasa latihan kebakaran dan kecemasan
(a) Apabila loceng isyarat dibunyikan, murid-murid mesti berbaris di luar kelas
dan turun melalui tangga yang ditetapkan (tangga yang paling dekat) secara
senyap, tidak terburu-buru atau berlari dan tanpa cuba berlumba-lumba antara
satu sama lain.
(b) Di tempat berkumpul itu, guru kelas hendaklah berada bersama barisan murid-
muridnya. Dengan menggunakan daftar kedatangan pastikan setiap murid di
dalam kelasnya berada di situ.
(c) Guru kelas hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Guru Besar jika
ada sesiapa yang diketahui tidak ada di situ dan hendaklah mencari murid itu
dengan segera.
(d) Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk
mengambil barang-barang seperti buku, baju dan lain-lain.
(e) Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat
berbunyi hendaklah mereka pergi terus ke tempat berkumpul yang telah
ditetapkan. Mereka dikehendaki melaporkan diri kepada guru kelas dan berada
bersama-sama rakan-rakan sekelasnya.
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
M u k a S u r a t | 20
18.0 KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH
18.1 Murid-murid mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua harta benda
sekolah semasa berada di sekolah seperti :
(a) Kerusi meja murid jangan diukir/diconteng
(b) Dinding bangunan sekolah jangan dilukis/diconteng
(c) Buku yang dipinjam daripada perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik
(d) Tandas hendaklah diguna dengan betul
(e) Cermin tingkap jangan dipecahkan
(f) Kipas & alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak membazir
(g) Alatan pendidikan jasmani, alatan bilik sumber, ERT dan Sains hendaklah
digunakan dengan baik.
18.2 Murid yang merosakkan / menghilangkan harta benda sekolah dikehendaki
membayar ganti rugi seperti yang dinyatakan berikut:
Cermin tingkap : RM 20.00 seunit
Pintu : RM 100.00 seunit
Kerusi : RM 50.00 seunit
Meja : RM 100.00 seunit
Pembaris kelas (1m) : RM 15.00 seunit
Pemadam papan tulis : RM 5.00 seunit
Penyapu : RM10.00 seunit
Penyodok : RM10.00 seunit
Lampu : RM20.00 seunit
Alat kawalan jauh : RM20.00 seunit
Rak kasut : RM500.00 seunit
Suis kipas / lampu : RM10.00 seunit
Selipar tandas : RM10.00 seunit
Cermin tandas : RM100.00 hingga RM500 seunit
Kipas : RM100.00 hingga RM500 seunit
Alat pemadam api : RM100.00 hingga RM1000.00 seunit
Penghawa dingin : RM1000.00 hingga RM5000.00 seunit
P.A System : RM1000.00 hingga RM10000.00 seunit
Alat pembesar suara : RM100.00 seunit
Peralatan sukan : RM50.00 hingga RM5000.00 seunit
Pagar sekolah : RM100.00 hingga RM1000.00
Pili air : RM 50.00 hingga RM100.00 seunit
Pam air tandas (flush) : RM100.00 hingga RM500.00 seunit
Peralatan makmal : RM100.00 hingga RM1000.00 seunit
Peralatan bilik komputer : RM50.00 hingga RM5000.00 seunit
Peralatan bengkel KH : RM50.00 hingga RM5000.00 seunit
Peralatan PSS / Bilik Media : RM10.00 hingga RM1000.00 seunit
Lain-lain : Mengikut nilai yang ditetapkan pihak sekolah
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
M u k a S u r a t | 21
19.0 PERATURAN DI DALAM KELAS
1. Murid memulakan pembelajaran dengan doa dan pembelajaran hanya boleh
dimulakan apabila kelas berada di dalam keadaan ceria dan bersih.
2. Murid hendaklah masuk atau keluar kelas hanya melalui satu pintu sahaja dan
memakai pas keluar apabila keluar kelas kecuali pada waktu kecemasan.
3. Murid hendaklah memastikan lampu dan kipas sentiasa ditutup sebelum
meninggalkan kelas.
4. Murid hendaklah memastikan Al-Quran disusun dengan kemas.
5. Guru akan mencatat kesalahan murid di dalam buku rekod kesalahan yang
disediakan.
6. Murid adalah dilarang berada di dalam kelas pada waktu rehat dan selepas
waktu persekolahan (Isnin hingga Khamis selepas 4.30ptg. Jumaat selepas
12.30tgh) kecuali kelas tambahan.
7. Murid hendaklah sentiasa merapatkan kerusi ke meja sebelum keluar kelas.
8. Murid hendaklah sentiasa memastikan lantai dan cermin tingkap berada dalam
keadaan bersih dan meja tersusun rapi selepas digunakan.
9. Murid hendaklah bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan.
10. Murid hendaklah memakai pakaian sekolah yang lengkap semasa di dalam kelas.
11. Murid hendaklah sentiasa beratur apabila masuk atau keluar kelas.
12. Murid hendaklah sentiasa memastikan tiada buku ditinggalkan di dalam laci.
13. Murid hendaklah sentiasa memastikan kasut/selipar di rak kasut seta buku-buku
di rak buku tersusun kemas dan rapi.
14. Murid dilarang keluar kelas tanpa keizinan dari guru.
15. Murid hendaklah sentiasa menumpukan perhatian sepanjang sesi pembelajaran
dan dilarang membaca novel, majalah, komik dll semasa guru mengajar.
16. Murid adalah dilarang membawa barang-barang larangan seperti yang
dinyatakan dalam perkara 21.0
17. Murid hendaklah sentiasa mengikut peraturan serta disiplin sekolah.
18. Murid tidak dibenarkan makan atau minum di dalam kelas kecuali air kosong
sahaja setelah mendapat keizinan guru.
19. Sekiranya ketiadaan guru (5 minit) ketua kelas terus maklumkan kepada pejabat
akademik (GPK kurikulum).
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
M u k a S u r a t | 22
20.0 KATEGORI KESALAHAN
20.1 KESALAHAN RINGAN
1. Menyimpan misai, janggut dan jambang.
2. Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan
tertentu.
3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.
4. Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dari
sekolah tanpa kebenaran.
5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Guru Besar, atau Guru-guru Penolong
Kanan atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada ketika itu.
6. Berada di kantin atau kedai sekolah pada waktu pengajaran dan pembelajaran
(PdP) tanpa kebenaran.
7. Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan, alat hiburan atau
elektronik kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.
8. Memasuki makmal/bilik khas/bengkel tanpa kebenaran atau tidak mematuhi
peraturan makmal/bilik khas/bengkel.
9. Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam.
10. Makan dan minum di dalam bilik darjah.
11. Melakukan pembaziran air atau elektrik.
12. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau dengan kemas.
13. Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku,
tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain)
14. Lewat datang ke sekolah / masuk ke kelas.
15. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal.
16. Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain.
17. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
18. Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah pada waktu PdP.
19. Tidak membuat tugasan yang diarahkan.
20. Mengganggu guru / kawan.
21. Mengotorkan kelas.
22. Tidak duduk setempat.
23. Berada dalam kawasan larangan.
24. Keluar ke tandas pada waktu PdP tanpa kebenaran.
25. Tidak beratur semasa membeli di kedai sekolah atau di kantin.
26. Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu.
27. Membuang sampah merata-rata.
28. Meludah atau membuang barang-barang dari atas bangunan.
29. Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa kebenaran.
30. Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa
kebenaran pihak sekolah.
31. Memakai cermin mata berfesyen.
32. Tidak mendaftarkan kenderaan (motor/kereta) yang dibawa ke sekolah .
33. Kesalahan lain yang ditentukan oleh Guru Besar.
34. Membawa barang larangan (rujuk perkara 21)
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
M u k a S u r a t | 23
20.2 KESALAHAN SEDERHANA
1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali.
2. Menyalahgunaan / menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah
tanpa kebenaran.
3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
4. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan.
5. Ponteng sekolah, kelas atau sebarang acara rasmi sekolah.
6. Tidak menghormati lagu / bendera / jata sekolah, agensi, negeri & kebangsaan.
7. Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head atau bewarna.
8. Menconteng pada harta benda sekolah.
9. Membawa, mengguna atau memakai barang larangan ke sekolah.
10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa
Disiplin Sekolah.
20.3 KESALAHAN BERAT
1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga
2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan
dadah.
3. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau
sebarang benda yang memabukkan / menghayalkan.
4. Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.
5. Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan.
6. Melayan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru /
pengawas / murid.
7. Biadap terhadap guru / pengawas / murid.
8. Memeras ugut guru / pengawas / murid.
9. Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.
10. Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah
atau pita dan multimedia yang terlarang.
14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
15. Mencabul kehormatan guru / murid.
16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
17. Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.
18. Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
19. Mengintai murid lelaki / perempuan.
20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
21. Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid.
22. Membawa atau menggukanan bahan letupan.
23. Menulis/melukis perkataan atau gambar lucah, atau menyebut perkataan
lucah, atau melakukan perbuatan lucah.
24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
M u k a S u r a t | 24
25. Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia.
26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / ujian.
27. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan
dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia.
28. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau
berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sessi
persekolahan.
29. Mengganggu/menjejaskan kuasa Guru Besar atau guru yang menjalankan tugas.
30. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru
Besar atau wakilnya.
31. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.
32. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
33. Melakukan hubungan yang dicurigai.
34. Kesalahan-kesalakan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh
Jawatankuasa Disiplin Sekolah .
20.4 JENIS SALAH LAKU
Jenis-jenis salah laku yang berlaku di sekolah adalah banyak dan pelbagai.
Menurut buku panduan Bagu Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-murid Sekolah,
(DPM, 1982) salah laku ini dapat dibahagikan kepada 5 kumpulan yang besar iaitu:
1. TINGKAH LAKU JENAYAH
a) Mendera dan mencederakan.
b) Bertindak ganas dan mencederakan.
c) Memeras ugut.
d) Bergaduh.
e) Mencuri.
f) Menipu atau memperdayakan.
g) Menimbulkan kegelisahan dikalangan pelajar.
h) Menyalahgunakan dadah.
i) Khalwat.
j) Segala perbuatan jenayah mengikut Undang-undang Negara.
k) Menyertai kumpulan kongsi gelap.
2. TINGKAHLAKU LUCAH
a) Mencarut.
b) Berdua-duaan.
c) Becumbu-cumbuan.
d) Melihat / membaca bahan lucah.
e) Melukis / menujlis bahan lucah.
f) Menyimpan / meminjamkan bahan lucah.
g) Besubahat dalam perbuatan sumbang.
h) Berpakaian tidak senonoh.
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
M u k a S u r a t | 25
3. TINGKAHLAKU ANTI-SOSIAL
a) Tidak mahu bergaul.
b) Merosakkan hartabenda individu / sekolah.
c) Membuat bising.
d) Menjerit-jerit tidak tentu pasal.
e) Mengganggu orang lain.
f) Menulis dan menconteng bangunan.
g) Membuang sampah merata-rata.
h) Mendendam / hasat dengki / cemburu.
i) Memaki hamun.
j) Sombong, bongkak dan biadap.
4. TINGKAHLAKU TIDAK JUJUR.
a) Meniru dalam ujian dan peperiksaan.
b) Meniru tandatangan orang lain.
c) Bercakap bohong.
d) Mengubah markah yang dicatat oleh guru.
e) Ponteng sekolah atau aktiviti sekolah.
f) Menganiaya sesame rakan.
g) Tidak amanah.
h) Mengampu.
i) Memperdayakan ibu bapa dan orang lain.
j) Mengambil barang orang lain tanpa izin.
k) Melakukan kerja tanpa kesungguhan dan tanggungjawab.
l) Berdolak-dalik.
m) Membuat kerja tanpa keikhlasan diri.
5. TINGKAHLAKU TIDAK SOPAN
a) Berbahasa kasar.
b) Tidak menghormati guru.
c) Menghisap rokok.
d) Berambut panjang.
e) Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar.
f) Lalai dan cuai terhadap pelajaran.
g) Mempermain / memperlekehkan guru.
h) Selalu lewat.
i) Suka bertengkar.
j) Pakaian tidak sesuai.
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
M u k a S u r a t | 26
21.0 Barang Larangan
21.1 Murid adalah di larang untuk membawa barang-barang berikut ke sekolah
tanpa kebenaran:
a) Pisau atau benda tajam
b) Sebarang jenis kamera
c) Telefon bimbit/telefon pintar/i-phone
d) Sebarang jenis komputer riba/tablet
e) Pakaian selain pakaian seragam sekolah, pakaian sukan sekolah,
pakaian rasmi ihtifal kebangsaan, pakaian koko atau pakaian unit
beruniform.
f) CD, pendrive, hard disk, kad memori dll
g) Peralatan sukan
h) Permainan indoor game seperti catur, sahibba, saidina dll
21.2 Murid adalah dilarang keras untuk membawa barang-barang berikut ke
sekolah:
a) Majalah / poster / pelekat (sticker) hiburan
b) Novel / komik yang melalaikan
c) Sebarang bentuk atau jenis barang yang berkaitan dengan anime, k-
pop, b-pop, politik atau artis-artis berpakaian menjolok mata
d) Sebarang bentuk atau jenis alat permainan
e) Sebarang bentuk atau jenis barang berunsur lucah
f) Sebarang alat permainan elektronik seperti ps2.
g) Barang kemas / perhiasan pakaian
h) Alat solek / alat kosmetik dan kecantikan
i) Arak / dadah
j) Barang-barang lain yang difikirkan mendatangkan kesia-siaan,
keburukan atau mudarat oleh pihak sekolah.
22.0 Panduan Disiplin & Peraturan Sekolah
22.1 Semua murid akan menerima sebuah buku panduan disiplin & peraturan
sekolah pada tahun kemasukan / pendaftaran ke sekolah ini.
22.2 Semua murid hendaklah membaca, memahami dan mematuhi kandungan
buku panduan disiplin & peraturan sekolah.
22.3 Semua murid dan ibu bapa hendaklah melengkapkan surat aku janji yang
ada di bahagian muka surat terakhir buku panduan disiplin & peraturan
sekolah.
22.4 Surat aku janji yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan kepada
pihak sekolah melalui guru kelas.
22.5 Penambahan atau pindaan peraturan sekolah adalah tertakluk kepada
keputusan mesyuarat Jawatankuasa Disiplin dengan kelulusan Lembaga
Pengelola Sekolah.
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
M u k a S u r a t | 27
SURAT AKU JANJI MURID
NAMA MURID : _____________________________________________________
Saya yang bernama seperti di atas dengan ini mengaku bahawa saya bersetuju akan mematuhi
segala peraturan sekolah selama saya belajar di sekolah ini. Sekiranya saya melanggar mana-
mana peraturan yang telah ditetapkan, saya sanggup dan bersedia menerima sebarang bentuk
hukuman yang berkaitan setimpal dengan kesalahan yang saya telah lakukan. Pesetujuan ini
dibuat atas kesedaran dan kerelaan hati saya sendiri tanpa desakan atau paksaan mana-mana
pihak.
Tandatangan Murid
...........................................................
()
Tarikh :
PENGAKUAN PENJAGA
Saya ________________________________________________________________________________________penjaga /
ibubapa kepada____________________________________________________________________________________________
mengakui telah membaca buku peraturan ini dan bersetuju menasihati anak-anak jagaan saya
supaya mematuhi peraturan-peraturan yang terkandung dalam buku peraturan ini. Saya
memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah untuk mengendali dan menyelesaikan kes
disiplin yang melibatkan anak saya.
Tandatangan : ...............................................................................
Nama : ...............................................................................
No K/P : ...............................................................................
Tarikh : ...............................................................................
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
M u k a S u r a t | 28
Sekolah Rendah Islam ABIM Sg Ramal
Al Fateh Inspirasi ku
Panduan Disiplin dan Peraturan SERI ABIM Sg Ramal
M u k a S u r a t | 29