KOD & KURSUS :
MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
NAMA TUGASAN :
E-FOLIO
TAJUK :
TRAGEDI 13 MEI 1969
NAMA AHLI KUMPULAN :
NURUL AQILAH BINTI MAT ABDUL YAMI (25DPM22F1016)
NURUL NABILA BINTI ALI ZAINI (25DPM22F1021)
NUR FATIN ATIQAH BINTI MOHD NIZAM (25DPM22F1013)
MUHAMMAD IRFAN DANISH BIN FAIZUL (25DPM22F1014)
SESI :
1 2022/2023
NAMA PENSYARAH PEMERIKSA :
MUHAMMAD FAEZ BIN NORDIN
KATA ALU- ALUAN
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpah kurnia rahmat-Nya serta
nikmat rasa, nyawa, tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami
menyiapkan tugasan E-folio yang bertajuk “tragedi 13 mei 1969” dengan
jayanya.
Pertamnya, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
pensyarah kami, Sir Muhammad Faez Bin Nordin kerana dengan tunjuk ajar dan
bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, kami juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau sebaliknya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Terima
kasih
PENGENALAN
Pengenalan Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang
banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat
Malaysia. Peristiwa 13 Mei 1969 sememangnya bukan satu peristiwa yang
berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya
merupakan suatu rentetan kepada sebab sebab atau peristiwa yang telah berlaku
sebelumnya. Tragedi ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda
dan mempunyai kaitan rapat dengan “Pilihan Raya Umum 1969” yang
merupakan satu sejarah negara Malaysia. Kesan pendudukan Jepun di Tanah
Melayu juga merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada
peristiwa 13 Mei.
Selain itu, kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai
punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya
telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.
OBJEKTIF
1) Mengetahui maksud sebenar
tragedi 13 Mei 1969
2) Mengetahui kronologi tragedi
13 Mei 1969
3) Mengkaji dan mengenalpasti
punca-punca dan faktor yang
menyebabkan Peristiwa 13
Mei 1969
4) Mengenalpasti pengajaran dan
iktibar yang diperolehi daripada
tragedi 13 Mei 1969
KRONOLOGI PERISTIWA
13 MEI 1969
Semasa kempen Pilihan Raya
1969, calon-calon pilihan raya
serta ahli-ahli politik dari
kalangan parti
pembangkang,telah
membangkitkan soal-soal
Bangsa Malaysia berkaitan
dengan Bahasa Kebangsaan
(Bahasa Melayu), kedudukan
istimewa orang Melayu sebagai
bumiputera dan hak kerakyatan
orang bukan Melayu. Hal ini telah
memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan
faedah daripadanya dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969, Parti Perikatan yang dianggotai oleh
UMNO, MCA, dan MIC gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen
walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini
disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang
besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenangi Parti Perikatan
dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi
pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik
(DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam
Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Pembangkang meraikan kemenangan
Pihak pembangkang yang
memperoleh pencapaian gemilang
dalam pilihanraya telah meraikan
kemenangan mereka dengan
berarak pada 11 Mei 1969.
Perarakan tersebut sebenarnya
tidak bermotif untuk
menimbulkan isu perkauman.
Namun, terdapat segelintir pengikut perarakan telah mengeluarkan
slogan-slogan bersifat sensitif berkenaan isu perkauman semasa
mengadakan perarakan di jalan-jalan raya sekitar bandaraya Kuala
Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum
Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan
sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.Pihak pembangkang
yang sebahagian besar darinya, kaum Cina dari Parti Tindakan
Demokratik dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis
bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala
Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang
ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak
penduduk di situ. Dikatakan bahawa kaum cina yang menang telah
berarak dengan mengikat penyapu pada kenderaan mereka sebagai
lambang kemenangan mereka menyapu kerusi sambil melaungkan
slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan bahawa penyapu tersebut
sebagai lambang mereka akan menyapu(menyingkirkan) orang-orang
melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan
mengenai tengelamnya kapal Perikatan
Rumah Menteri Besar Selangor
Menteri besar Selangor, Dato' Harun
Idris telah mengumumkan bahawa
perarakan balas meraikan
kemenangan UMNO akan
dijalankan pada pukul 7.30 malam,
13 Mei 1969. Penyokong-
penyokong Parti DAP telah
mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan
perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Ia berlarutan
hingga ke 13 Mei 1969, bila mana sekumpulan orang melayu yang
sudah hilang sabar dan mengambil tindakan. Hal ini adalah kerana
perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua
pihak.Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di
Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato’
Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba
mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul
telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya
menunggu arahan daripada Dato’ Harun Idris untuk mengamuk.
Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari
rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari
Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar
Kuala Lumpur.
Panggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina dari
kongsi-kongsi gelap telah
bertindak mengepung Panggung
Odeon, di Jalan Tuanku Abdul
Rahman, Kuala Lumpur.
Beberapa iklan disiarkan dalam
bahasa Cina di skrin pawagam
menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung.
Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca
tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut
telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan
menyembelih penonton yang ada. Hampir semua penonton di dalam
panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini
termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal,
Kajang. Manakala di pasar pula, askar melayu telah menembak orang
cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka.
Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi
telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan
kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina
ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual
bunga berdekatan habis dibunuh.
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang
ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum
yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-
langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan
Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang
pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-
apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan
di Melaka.
PUNCA-PUNCA
TERCETUSNYA TRAGEDI
13 MEI 1969
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
• Isu -isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen
menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah
menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen
Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli
politik telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan
Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa
orang melayu sebagai Bumipetra dan hak kerakyatan orang
bukan Melayu. Hal ini menimbulkan perasaan perkauman dan
syak wasangka.
• Parti Perikatan ( UMNO-MCA-MIC ) telah mengalami
kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969 . Parti Perikatan
telah kehilangan majaroti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan
kemenangan pihak pemangkang. Penyokong-penyokong Parti
Gerakan telah mengutuk dan menghina orang -orang melayu semassa
mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara
• Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam
menyumbuangkan faktor kepada peristiwa 13 mei 1969.
Perisytiharan kemerdekaan tanah melayu 1957 sebuah
perlembagaan
• Bahasa melayu dan bahasa inggeris adalah sebagai bahasa rasmi
negara.
• Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula
tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan unruk
mengugurkan daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa
melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi.
o Untuk mencapai tujuan
itu pada 31 ogos 1967
kerajaan telah
mengadakan pelbagai
kegiatan bagi tujuan
memperluaskan
pengguaan bahasa
melayu. Antara kempen
yang dijalankan ialah
hari bahasa kebangsaan
minggu bahasa
kebangsaan dan bulan
bahasa kebangsaan.
Isu perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa
orang melayu
• Demokarti action party (DAP)
telah secara lantang menyuarakan
rasa tidak puas hati terhadap apa
yang disebut sebagai hak istimewa
orang melayu dalam perlembagaan.
Mereka mendakwa hak kaum-kaum
lain telah diketepikan kononya
mereka telah diketepikan kononya
mereka telah tersisih daripada keadian
• Isu sebenar yang mencetus peristiwa 13 mei 1969 adalah perasaan
tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu. Namum
hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekomoni orang melayu adalah
terkebawah berbanding dengan kaum cina.
• Menyedari akan berbahaya pengaruh majoriti cina dan singapura
ini, Tunku Abdul Rahman telah mengambil keputusan untuk
memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965
Pertelingkahan parti politik
• Dalam pilihan raya 1964 Parti
Tindakan Rakyat atau PAP
Singapura telah turut setia dalam
pilihan raya. Walaupun sudah
ada persetujuan antara Tunku
dan Lee Kuan Yew sebagai
pemimpin PAP yang tidak akan
menyertai pilihan raya itu.
Namun apabila pilihan raya yang sebenar PAP telah meletakan
calonyan seramai Sembilan orang.
• Setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap
mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP
yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak
kempenya denga menyerang UMNO dan orang-orang melayu.
Mereka mula membangkit kedudukan istimewa orang melayu,
soal Bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu
turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-
orang melayu
• Setelah gagal dalam pilihan raya PAP telah menubuhkan
Konvensyen Perpaduan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh
Parti Progresif Rakyat Bersatu Sarawak.
• KPM juga telah menyebarkan cogan kata “Malaysia hak orang
Malaysia” dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu
atau bumiputera dihapuskan.
Layanan berat sebelah oleh tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun,
masyarakat Tanah Melayu telah
dilayan secara berbeza-beza .
Masyarakat Cina umpamanya telah
dilayan dengan begitu teruk oleh
tentera Jepun berbanding dengan
orang-orang Melayu. Keadaan ini
berikutan Jepun yang pernah
berperang dengan China sebelum ini
menyebabkan perasaan saling
mendendami antara satu sama lain
masih segar dalam ingatan. Layanan
berat sebelah ini telah menyemai
perasaan permusuhan antara orang-
orang Melayu dan Cina.
Perarakan Kematian Cina
• Di Jinjang, Kepong, kematian
seorang Cina akibat sakit tua diarak
sepanjang jalan dengan kebenaran
polis. Namun perarakan kematian
bertukar menjadi perarakan
kemenangan pilihan raya dengan
menghina Melayu.
• Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh
Tech Chye selaku Presiden Kongres
Kesatuan Sekerja Malaysia yang
bertanding untuk Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran
ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh
menang besar di Kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur tetapi
permohonan maaf sudah terlambat.
PENGAJARAN
DARIPADA PERISTIWA
13 MEI 1969
Pergaduhan kaum antara Melayu dan orang Cina tercetus pada 13 Mei
1969 merupakan kemuncak semangat perkauman yang kuat dan tidak dapat
dibendungkan lagi. Tragedi tersebut berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya
tahun 1969 selesai diumumkan. 13 Mei 1969 tidak akan berulang lagi kerana
membahayakan keamanan negara dan perpaduan masyarakat Malaysia. Antara
pengajaran yang boleh dijadikan iktibar oleh rakyat Malaysia ialah :
1. Kita mestilah tidak melakukan perkara yang tidak
berfaedah.
Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang
faedah sebaliknya berlaku perpecahan dan perbalahan di antara kaum
Melayu dan kaum Cina yang telah mengakibatkan kerosakan harta
benda yang besar malah yang paling malang ialah nyawa yang telah
terkorban akibat kejadian ini. Peristiwa ini juga telah meninggalkan
kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara-mara dan
kaum keluarga yang terlibat dalam tragedi 13 Mei 1969.
2. Kita patutlah mematuhi perintah pihak kerajaan.
Selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969, pihak kerajaan terpaksa
mengeluarkan perintah berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan
pecah belah antara kaum. Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan
rakyat dan mengembalikan kestabilan negara ketika itu. Ini membawa
kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang
kuran harmoni antara kaum kerana ianya menyekat aktiviti yang bebas
untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan perniagaan,
susahnya untuk berinteraksi dan saling berhubungan.
3. Kita mestilah tidak mudah jatuh ke tangan penjajah.
Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan musuh-musuh
negara yang sentiasa ingin mengambil kesempatan dan peluang untuk
memecahbelahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai
taklukan dan jajahan negaranya. Pengalaman yang perlu diteladani
daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang tidak aman, huru-hara
dan rakyat yang berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa
tidak puas hati dengan isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman
antara kaum dan segala aktiviti masyarakat tersebut. Kita haruslah
menjalani kehidupan dengan aman dan selamat di negara sendiri.
Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi pengajaran kepada kita
dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan
masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan
masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalani kehidupan secara
aman. Sebagai contoh, kita sentiasa bersangka baik antara satu sama
lain. Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat-
menghormati, bertolak ansur, bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang
terkeji seperti dengki, iri hati dan menanam sifat curiga antara kaum.
Dengan terdapatnya pelbagai kaum, agama, budaya dan pegangan
agama di Malaysia berkemungkinan Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti
berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul
seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan
penduduk asal bagi negara ini.
4. Perintah berkurung
Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969,kerajaan terpaksa
mengeluarkan perintah berkurung yang di sebabkan oleh kekacauan dan
pecahbela antara kaum. Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan
rakyat dan mengembalikan kestabilan negara Ketika itu. Ini membawa
kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang
kurang harmoni antara kaum kerana ianya menyekat aktiviti yang bebas
untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan perniagaan,
susah berinteraksi dan saling berhubungan antara kaum. Selain itu
segala aktiviti harian masyarakat tersekat.
5. Perpaduan Nasional
Tragedi 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita pengajaran dan
kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan
masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan
masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman
dan sentiasa bersifat berbaik sangka antara satu sama lain. Kesedaran
penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat-menghormati ,
bertolak asur, bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti
berdengki beriri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum.
Dengan terdapat pelbagai jenis kaum , agama, budaya dan pegangan
agama di Malaysia maka peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang
sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti
hak kedudukan istimewa kaum melayu yang merupakan penduduk asal
penduduk asal bagi negara ini. Oleh itu,kaum-kaum lain yang tinggal di
negara ini perlu menghormati kedudukan istemewa kaum melayu dan
mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan masyarakat. Pendek
kata tanggungjawab perpaduan adalah tanggujawab semua pihak.
6. Keadilan ekonomi
Tragedi 13 Mei juga menunjukkan bahawa matlamat perpaduan
masyarakat sukar dicapai jika masyarakat Malaysia dalam dalam
kemiskinan ianya menjadi lebih sukar jika majoriti kadar kemiskinan
penduduk itu hanya pada satu kaum sahaja. Keadaan ekonomi dan
demografi penduduk Malaysia menunjukkan bahawa majoriti
penduduk bumiputera tinggal di luar bandar kebanyakan adalah
berpendapatan rendah dan miskin. Kemiskinan ini akan menjadi isu di
dalam masyarakat Malaysia, khususnya masyarakat Bumiputra.
Selepas 13 mei , satu dasar pragmatik yang diberi nama Dasar
Ekonomi Baru (DEB) telah digubal oleh kerajaan.
Dasar ini mempunyai dua objektif utama iaitu untuk membasmi
kemiskinan tanpa mengira kaum dan Menyusun semula
masyarakat.objektif lain ialah menghapuskan identiti pekerjaan dengan
keturunan kaum yang ketara dalam masyarakat
Masyarakat.Pembentukan Malaysia yang berteraskan Perpaduan
Nasional yang teguh, Bersatu padu, maju dan harmoni di mana setiap
warga Malaysia harus sama – sama berganding bahu membantu serta
menyokong usaha Kerajaan dalam memupuk perpaduan.
KESIMPULAN
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah
pertingkalahan kaum yang menggariskan sempadan – sempadan yang harus
diteliti dan dipelihara. Peristiwa ini turut mencetuskan satu detik hitam
dalam lipatan sejarah negara kerana pertelingkahan kaum yang berlaku telah
mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda.
Para pemimpin terdahulu cuba untuk memadamkan sejarah tersebut agar
generasi akan datang tidak pernah tahu apa yang berlaku pada 13 Mei 1969 di
Kuala Lumpur tetapi masyarakat hari ini lupa bahawa kitab oleh melupakan
sejarah tetapi sejarah tidak pernah melupakan kita. Hari ini, kita seakan
mengabaikan hubungan antara kaum dan setiap kaum pula saling tuduh
menuduh , fitnah memfitnah , malah sudah wujud riak-riak perbalahan
melibatkan kaum. Cuma riak itu belum menjadi gelombang.
Mungkin sudah tiba masanya kita menyambut setiap kali 13 Mei dengan
satu acara yang membolehkan seluruh rakyat negara ini mengingatinya dengan
harapan mereka tidak melakukan perkara – perkara yang boleh berulangnya
peristiwa hitam itu. 13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang
tidak dapat kita semua lupakan buat selama – lamanya. Kita seharusnya bangga
denga napa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan
keharrmonian serta Kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi
segala segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak
ada tolok bandingnya.
Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya
hidup Bersama – sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan
semangat persefahaman, hormat – menghormati agar kita terus memelihara
keharmonian dan keamanan negara.
SUMBER RUJUKAN
• http://ms.m.wikipedia.org
• http://pelajarpolitekniknilai.blogsp
ot.com
• Surat Khabar Utusan Malaysia , 13
Mei 1969
• Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ,
published by Roslinah Majimin
2020-12-28
JADUAL PEMBAHAGIAN
TUGAS
Nama Ahli No. Matrik Pembahagian
Nurul Aqilah Binti 25DPM22F1016 Tugasan
Mat Abdul Yami
• Menaip maklumat
Nurul Nabila Binti 25DPM22F1021 untuk muka hadapan,
Ali Zaini kata alu-aluan dan
punca
Nur Fatin Atiqah 25DPM22F1013
Binti Mohd Nizam • Mengedit gambar dan
border
Muhammad Irfan 25DPM22F1014
Danish Bin Faizul • Mencari maklumat
untuk punca
• Mencari maklumat
untuk pengenalan,
objektif dan
pengajaran
• Menaip maklumat
untuk pengenalan,
objektif, pengajaran,
sumber rujukan dan
jadual tugasan
• Mengedit gambar dan
background
• Mencari maklumat
untuk kronologi dan
pengajaran
• Menaip maklumat
untuk kronologi dan
pengajaran
• Mengedit gambar dan
background
• Mencari maklumat
untuk punca dan
kesimpulan
• Menaip maklumat
untuk punca dan
kesimpulan