The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

penulisan tugasan en badrul

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 957-9-hafiz, 2022-07-11 11:51:22

pedagogi

penulisan tugasan en badrul

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN (PDP)
(AMBILAN OKTOBER 2021 SEMESTER 3)

PEDAGOGI

(EDUP2093D)
DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR MOHD HAFIZ HARIRI BIN SAZALI
2021192380006
ANGKA GILIRAN 880928-10-5335
NOMBOR KAD PAK B1
PENGENALAN PEDAGOGI

KUMPULAN BADRUL HISHAM BIN MOKHTAR
30 JULAI 2022
NAMA KURSUS

NAMA PENSYARAH

TARIKH HANTAR
TARIKH MENERIMA
MAKLUM BALAS DARIPADA

PENSYARAH

Isi Kandungan

Bil Perkara

1.0 Pengenalan

2.0 Objektif

3.0 Strategi,Pendekatan,Kaedah,Teknik

4.0 Kemahiran

5.0 Aktiviti pembelajaran yang bermakna

6.0 Penutup

Rujukan

1.0 Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat melahirkan kanak-kanak yang baik
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan seosial mereka. Peningkatan kognitif, emosi, dan
fizikal akan berlaku sekiranya seorang guru dapat menyampaikan sesuatu ilmu dengan strategi,
pendekatan, teknik dan aktiviti dengan jayanya. Oleh itu, pembelajaran bermakna kanak-kanak
dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk mencipta atau meningkatkan
kemahiran yang baharu agar dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang akan timbul di dalam
kehidupan seharian mereka. Justeru itu, guru dan murid dapat membina komitmen kea rah
mewujudkan hubungan antara satu sama lain. Di dalam nota ringkas program kapasiti pedagogi
pembelajaran bermakna (2021) menurutnya, terdapat ciri-ciri untuk merangkumi pedagogi
baharu amat memerlukan untuk menyediakan pembelajaran bermakana murid seperti berikut
antaranya adalah:

1. Menumpukan perhatian tehadap penciptaan dan pengetahuan baharu di dalam kehidupan
sebenar amat digalakkan kepada guru dan murid dan bukan hanya untuk meluarkan
pengetahuan yang sedia ada.

2. Tumpuan utama bagi penemuan, penciptaan, dan penggunaan pengetahuan amat dititik
beratkan kepada guru dan murid agar dapat menjalinkan perkongsian sesuatu pembelajaran
yang baru antara satu sama lain.

3. Dalam mewujudkan budaya yang kukuh bagi pembelajaran, penggunaan masa, ruang, dan
orang di dalam dan di luar bilik darjah, ia merupakan pedagogi yang baru untuk memperluaskan
persekitaran pembelajaran dengan bergerak mengjangkau bilik darjah tradisional.

4. Pada masa kini, pedagogi baharu amat memberi manfaat dan kemudahan digital di seluruh
tempat dan pada waktu yang tidak menentu untuk mempercepat dan memperdalamkan sesuatu
pembelajaran.

Rancangan pengajaran yang bertema amat penting agar guru dapat untuk menyusun atur
proses pengajaran dengan lebih tersusun dan bersistematik. Dengan perancangan ini, murid juga
dapat bersiap sedia dengan lebih awal dan sentiasa tertanya-tanya tentang pembelajaran apa
yang akan dipelajari pada hari ini. Walaubagaimanapun, proses pengajaran dan pembelajaran
ini akan berkesan dengan terdapatnya strategi, pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti yang
menarik dan berkesan terhadap kanak-kanak.

2.0 Objektif

1. Murid dapat melaksanakan aktiviti yang akan dilakukan

2. Murid dapat membanding beza

3. Kanak-kanak dapat meningkatkan daya kognitif dengan melakukan aktiviti yang akan
dijalankan.

4. Kanak-kanak akan

3.0 Strategi,Pendekatan,Kaedah,Teknik

Seorang guru perlu memainkan peranan yang bijak untuk menarik hati minat murid agar
pembelajaran dapat berkesan dan lebih bermakna. Oleh itu, penggunaan pelbagai strategi ketika
proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan, keperluan,
kebolehan dan bakat dapat meningkatkan daya kognitif, emosi, dan fizikal murid. Setiap individu
murid mempunyai kecerdikan dan kecerdasan yang sangat berbeza, sekirannya seorang guru itu
memberi galakan, pengayaan, dan pengajaran yang sesuai, murid itu akan dapat meningkatkan
serta dapat memperkemabangkan potensi kecerdasan, minat dan kecenderungan ke tahap yang
optimum.Terdapat beberapa strategi yang boleh diambil dan diguna pakai oleh guru antaranya
ialah:

1) Pembelajaran berpusatkan murid

2) Belajar melalui bermain

3) Pembelajaran berasaskan inkuiri

4) Pendekatan bersepadu

5) Pendekatan bertema

6) Pembelajaran berasaskan projek

7) Pembelajaran masteri

8) Pembelajaran kontekstual

9) Pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan

4.0 Kemahiran

Kemahiran yang terdapat didalam rancangan pengajaran harian atau rancangan pengajaran slot
sangat penting untuk menilai murid untuk memastikan mereka minat, dan juga mengambil
perhatian ketika guru mengajar. Dengan penggunaan kemahiran ini, guru dan murid sentiasa
berkomunikasi dan bertindak balas antara satu sama lain. Penggunaan kemahiran ini juga dapat
membantu guru dan murid untuk meningkatkan daya komunikasi yang baik serta dapat
meningkatkan daya kognitif dan emosi murid. Terdapat kemahiran yang penting untuk
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Oleh itu, guru yang bijak
dapat membuat persediaan yang lebih awal sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula.
Antara kemahiran yang diperlukan ketika pengajaran dan pembelajaran adalah:

1) Set induksi

2) Pengurusan bilik darjah

3) Kemahiran menerang

4) Kemahiran menggunakan sumber

5) Kemahiran menggunakan conoth

6) Kemahiran interaksi

7) Kemahiran pengukuhan

8) Kemahiran menyoal.

Dengan penggunaan kemahiran-kemahiran yang telah disebutkan ini, ia merupakan perkara
asas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru memainkan peranan untuk
mengolah kemahiran-kemahiran ini untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih menarik, tersusun dan menggunakan teknik-teknik yang baik.

5.0 Aktiviti pembelajaran yang bermakna

Rancangan pengajaran Slot sekolah

Guru Kelas : Mohd Hafiz hariri bin sazali

Kelas : Ibnu khaldun

Tarikh : 29/6/2022

Hari : Rabu
Masa : 10.30am – 11.30 am (30 Minit)

Bilangan Murid : 10

Umur : 5 Tahun

Tajuk/tema : Pendidikan kesihatan

Sub Tema : Anggota Badan

Tunjang Utama : Perkembangan Fizikal Dan Estetika

Standart Kandungan : FK 5.1 Mengaplikasi kemahiran membuat keputusan dalam
konteks kesihatan diri dan reproduktif

Standart Pembelajaran : FK 5.1.1 Menyatakan cara menjaga kebersihan anggota tubuh
Kesepaduan Tunjang dengan betul
Objektif
: (BM 3.1.5) Mengkoordinasikan pergerakan mata dengan tangan
Pengetahuan Sedia Ada mengikut arah yang betul

: Di akhir pembelajaran, murid akan dapat:

1) menyatakan pengajaran yang mereka perolehi daripada cerita
‘pengembala kambing penipu’ sekurang-kurangnya satu atau dua
pengajaran yang guru sebutkan.

2) kanak-kanak dapat membanding beza sifat yang baik dan buruk

3) kanak-kanak dapat menampal kapas di atas gambar kambing.

: Murid-murid menyebut nama anggota pada tubuh

Kemahiran Berfikir : Menjana idea,kreatif
Penerapan Nilai : Rajin, berani, bekerjasama
Bahan Bantu Mengajar : Tontonan video,Poster dan lembaran kerja
Fokus IM : kecerdasan visual, kecerdasan fizikal
Kosa Kata : Cuci tangan

MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN CATATAN / BBM
PEMBELAJARAN
Set induksi
(5 minit) Guru menunjukkn -Murid ditunjukkan dengan Kecerdasan visual
tayangan video
tayangan video Komputer

https://www.youtube.com/watc

h?v=ujC6j8-_Z_0

Langkah 1 - guru memberi -murid mendengar BBM: Poster,warna
(5 minit ) dan lembaran kerja
penerangan tentang penerangan cara menjaga PN: Fokus
mendengar arahan
panduan cara kebersihan dari guru
MI: kecerdasan
menjaga kebersihan visual
1-cuci tangan
KB: menjana idea
-murid berfikir dengan
bimbingan guru BBM: Warna,poster
dan lembaran kerja
Langkah 2 -Soal jawab -Murid-murid bersoal jawab
(5 minit) PN: bekerjasama
dengan guru tentang
-guru bersoal jawab MI: kecerdasan
visual, kecerdasan
penjagaan kebersihan interpersonal
dengan murid

-Menyebut nama-nama
1)Anggota apa yang

anggota badan
perlu kena basuuh

sebelum makan?

KB: menjana idea

Langkah 3 -Mewarna gambar -murid menerima lembaran BBM: Poster,warna
(10 minit ) dan lembaran kerja
kerja dari guru
-Guru mengedarkan PN: rajin,
bekerjasama
lembaran kerja -murid mendengar arahan
MI: kecerdasan
kepada murid- guru visual

murid. -Murid-murid diminta untuk KB: menjana idea

- guru memberi mewarna gambar

arahan kepada

murid

-guru meminta
murid mewarnakan
gambar yang
disediakan

Langkah 4 -guru menyanyikan - murid dan guru menyanyikan BBM:
3 minit
lagu lagu cuci tangan Bersama- Laptop,
sama sebelum kelas tamat. projector,slide

https://www.youtube

.com/watch?v=GP2l

khuw1Io

Penutup -Bersoal jawab -Guru bersoal jawab dengan BBM: Poster,warna
( 2 minit ) mengenai kreativiti murid-murid tentang aktiviti dan lembaran kerja
yang dilakukan yang dijalankan
PN: berani,
-Merumuskan p&p -Guru menyoal kembali bekerjasama,
mengenai apakah peralatan yang semangat
kebersihan digunakan
MI: kecerdasan
-Guru merumuskan tentang visual, kecerdasan
pembelajaran pada hari fizikal
tersebut
KB: menjana idea

6.0 Penutup

Perancangan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran sangat penting kepada pendidik
yang bergelar guru. Ini kerana ia merupakan asas dan garis panduan kepada warga pendidik
untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik, teratur dan
lancar. Penggunaan strategi yang telah disarankan mengikut kspk, guru pra sekolah dapat
menggambarkan untuk menjana idea ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Oleh itu, guru memainkan peranan untuk melaksanakan aktiviti yang menarik minat murid dengan
kreativiti semasa pengajaran dan pembelajaran. Guru dan murid tidak dapat dipisahkan, kedua-
duanya memainkan peranannya sendiri. Dengan kerjasama antara kedua-dua belah pihak. Guru
juga memainkan peranan untuk menerapkan nilai-nilai murni tehadap murid agar menjadi insan
yang harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Justeru itu, ia dapat
meningkatkan lagi tahap keyakinan murid untuk melakukan aktiviti-aktivi yang guru sediakan.
Penyediaan bahan yang perlu juga sangat penting untuk persediaan sebelum proses pengajaran
dan pembelajaran agar guru dapat menyediakan aktiviti yang menarik minat murid.

Rujukan

1. Kementerian pendidikan Malaysia (2017). Kurikulum standard prasekolah kebangsaan:
Pendidikan Prasekolah.
2. Mat zin bin Mat Nawi (2021), Kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna.Ipg Kampus Sultan
Mizan diambil:
https://anyflip.com/hjoj/ycwb/basic
3. Husniupsi (2012). Strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik. Diambil 2 November.
http://husniupsi680.blogspot.com/2012/11/strategi-pendekatan-kaedah-dan-teknik.html
4. Zikri (2021). Konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran. Diambil. 14 Jun.
https://zik.my/konsep-strategi-pendekatan-kaedah-dan-teknik-dalam-pengajaran-dan-
pembelajaran-pdp/
5. Raofrazalli (2012). Pengajaran makro. Diambil 12 jun.
http://raofrazalli.blogspot.com/2012/06/pengajaran-makro.html


Click to View FlipBook Version