The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 957-9-hafiz, 2022-04-01 12:26:08

PENULISAN PSIKOLOGI

PENULISAN PSIKOLOGI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)
(AMBILAN OKTOBER 2021 SEMESTER 2)
ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN
(EDUP2083D)
DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR MOHD HAFIZ HARIRI BIN SAZALI

ANGKA GILIRAN 2021192380006

NOMBOR KAD 880928105335
PENGENALAN

KUMPULAN PAK B1
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
NAMA KURSUS
PN. NOORIZAN BINTI BABA
NAMA PENSYARAH 1 APRIL 2022

TARIKH HANTAR
TARIKH MENERIMA
MAKLUM BALAS DARIPADA

PENSYARAH

ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA
1 PENGHARGAAN
2 PENGENALAN
3 OBJEKTIF ANALISIS TUGASAN
4 TEKNIK PELAKSANAAN
5 FASA SEBELUM
6 FASA SEMASA
7 FASA SELEPAS
8 KESIMPULAN
9 RUJUKAN

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah
Tuhan sekalian alam yang telah kurniakan kesihatan kepada saya dan sahabat. Selawat dan salam
kepada hadrah nabi kita Muhammad SAW dan pada ahli keluarganya. Saya bersyukur kerana telah
diberikan kesihatan dengan membuat tugasan yang telah diberikan. Banyak cabaran dan dugaan
yang telah saya tempuhi semasa menjalankan tugasan ini. dengan sokongan dan dorongan isteri,
ibu bapa, rakan-rakan dan adik beradik yang banyak memberi kerjasama yang baik. Terima kasih
juga kepada pensyarah psikologi puan Noorizan binti Baba yang banyak memberi tunjuk ajar serta
ilmu yang bermanfaat tentang ilmu psikologi yang sebelum ini saya tidak pernah belajar tentang ilmu
ilmu secara sedar ataupun tidak sedar. Terima kasih juga kepada puan Aifaa binti Aminudin pegawai
psikologi dari kementerian kesihatan Malaysia yang banyak membantu dan memberi kerjasama
yang baik. Secara tidak langsung saya sangat bersyukur dengan bantuan rakan beliau iaitu Dr Aiza
yang telah memberikan nombor telefon puan Aifaa kepada kami untuk menerima temubual kami.
Perkara yang tidak dapat saya lupakan adalah kerjasama semasa rakan sangat penting saling
tolong-menolong antara satu sama lain. Seperti pepatah “jika kita permudahkan urusan orang lain,
sautu hari nanti urusan kita juga kan dipermudahkan” secara sedar ataupun tidak sedar.

PENGENALAN

Psikologi merupakan yang dapat ditakrifkan dengan ringkas iaitu suatu kajian tentang
tingkahlaku dan perhubungan manusia. Tingkahlaku individu dapat dilihat dengan pembentukkan
personality serta konsep kendiri yang berbeza. Perkembangan kanak-kanak telah dipengaruhi dari
kesan pengalaman yang mereka lalui sesama manusia, benda-benda, situasi, dan keadaan alam
sekitar. Peringkat perkembangan kanak-kanak yang bermula dari lahir sehinggala umur 8 tahun.
Oleh itu, ibu bapa dan masyarakat sekeliling merupakan suatu perkara yang penting bagi kanak-
kanak yang baru sahaja mengenal erti kehidupan. Kanak-kanak yang mempunyai perkembangan
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang sihat dan baik, akan meningkatkan daya
kognitif dan fizikal yang berkualiti. Permulaan sekolah kanak-kanak itu bermula umur 5 atau 6 tahun.
Tidak kira juga berapa umurnya, sifat dan tingkahlaku peribadi yang dibawa bersamanya ke bilik
darjah dapat memberi kesan kepada mereka untuk mencapat kejayaan di sekolah. Terdapat
beberapa corak perkembangan yang dapat kanak-kanak berkembang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial adalah dari segi baka dan juga persekitaran. Justeru itu, tiap-tiap kedua
tersebut baka dan persekitaran merupakan faktor yang berasingan dan mempengaruhi personaliti
individu serta kebolehannya untuk mencapai dengan teknik atau caranya yang tersendiri.

Menurut Crow dan Crow (1980), seorang kanak-kanak yang baru dilahirkan merupakan
perkara yang sangat indah pada suami dan isteri, tetapi secara fitrahnya kanak-kanak itu tidak
dilahirkan dengan dilengkapi sepenuhnya oleh alam semulajadi seperti keadaan yang boleh
becakap, berjalan, berperasaan, berfikir dan berpengalaman. Oleh itu, kanak-kanak akan
mengalami proses-proses pembelajaran yang amat bermakna dalam kehidupannya dengan melalui
pengalaman yang mereka akan tempohi. Walaubagaimanapun, perbezaan individu, pembentukan
personaliti serta konsep kendiri adalah suatu perkara yang amat penting terhadap guru, agar guru
dapat mengenal kanak-kanak tersebut untuk mencorak mereka dengan lebih baik supaya menjadi
insan yang berguna dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial serta dapat
meningkatkan daya kognitif dan fizikal.

Menurut Rosly Kayar (2010), di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin telah banyak menerangkan
tentang perkara yang sangat penting iaitu akal dan nafsu. Dalam teori ini, kerohanian yang
mengawal atau menguasai jasad manusia. Insan yang sempurna personalitinya apabila jasad, akal
dan rohnya seimbang. Imam Al-Ghazali sangat menitik beratkan tentang perkara-perkara ini iaitu
akal, nafsu dan hati.

OBJEKTIF ANALISIS TUGASAN

Antara objektif analisis tugasan ini adalah:

1) Guru dapat mengelasifikasikan perbezaan kanak-kanak dari segi pembentukan personaliti serta
konsep kendiri

2) Guru dapat mengenalpasti tingkahlaku kanak-kanak
3) Guru dapat membuat aktiviti yang menarik pada kanak-kanak di sekolah
4) Guru dapat menambahbaikan teknik pembelajaran dan pengajaran dengan lebih efektif
5) Guru dapat meningkatkan ilmu tentang pskilogi pendidikan.

TEKNIK PELAKSANAAN

Penggunaan google meet merupakan suatu alternatif yang digunakan untuk menemuramah
iaitu Puan Aifaa binti Aminudin merupakan pegawai psikologi bahagian kaunseling dari kementerian
kesihatan Malaysia Putrajaya. Puan Aifaa sangat membantu dari segi perkongsian ilmu yang beliau
perolehi serta pengalaman yang pernah beliau lalui. Dengan penggunaan google meet dapat
memberi manfaat yang paling utama serta dapat direkodkan video semasa sesi temubual
bersamanya. Beliau merupakan seorang yang baik dan peramah serta personaliti yang lemah
lembut dari segi ucapan.

FASA SEBELUM

Bermulanya sesi mencari seorang pakar psikologi kanak-kanak untuk menemubual bagi
melakukan tugasan yang telah diberikan. Ramai pakar yang sangat sibuk dari segi masa dan kerja.
Untuk mencari pakar memakan masa yang agak lama dan memerlukan kesabaran yang tinggi.
Maklumat dari seorang ke seorang yang lain untuk mendapatkan jawapan pakar antara boleh dan
tidak boleh sangat memberi impak kepada tugasan kali ini. Akhir sekali dapat juga seorang pegawai
psikologi dalam bidang kaunseling dari kementerian kesihatan Malaysia Putrajaya. Pada petang
sebelum menebual beliau, kami mencuba rangkaian zoom untuk sesi menemubual beliau, tetapi
dengan beberapa masalah teknikal, kami bertukar dengan menggunakan rangkaian google meet
dengan cuba berulangkali sehingga jayanya. Kami memuat naik rakaman bagi penggunaan
rangkaian google meet tersebut bagi melancarkan sesi temubual dengan pegawai psikologi.

FASA SEMASA

Semasa sesi temubual kami telah menyediakan soalan yang menarik kepada pegawai
tersebut dengan menanyakan beberapa soalan antaranya:

1. Apakah yang di maksudkan dengan psikologi kanak-kanak?
2. Bagaimanakah gangguan psikologi boleh dikalsifikasikan?
3. Apakah kaitan antara perkembangan kanak-kanak dengan pembentukan personaliti individu

kanak-kanak?

4. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti kanak-kanak?
5. Bagaimanakah cara terbaik bagi seorang guru untuk menangani masalah psikologi bagi

murid yang manja, yang kurang fokus pembelajaran di dalam kelas?
6. Adakah peranan guru dan ibu bapa mempengaruhi konsep kendiri dlm kehidupan seharian

kanak-kanak?
7. Bagaimanakah cara yang terbaik untuk ibu bapa menerima setiap perbezaan personaliti dan

perkembangan kanak-kanak?
8. Kanak-kanak mempunyai daya ingatan yang tinggi. Adakah faktor masalah keluarga seperti

keganasan rumah tangga atau penceraian mampu membentuk personaliti kanak-kanak yang
agresif, memberontak, atau tidak dengar kata?

Pegawai tersebut telah memberikan jawapan yang membantu kami bagi memahami tentang

perbezaan dari segi pembentukan personaliti serta konsep kendiri. Oleh itu, secara umumnya,
kanak-kanak yang mempunyai masalah keluarga akan mengakibatkan mereka menghadapi
gangguan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

FASA SELEPAS

Kami sangat berterima kasih kepada puan Aifaa binti Aminudin pegawai psikologi yang
banyak membantu dan memberi kerjasama yang baik antara satu sama lain. Beliau sangat suka
memberi sokongan dan dorongan dari segi perkongsian yang bermakna. Beliau juga bercerita
tentang pengalaman yang telah beliau hadapi.

KESIMPULAN

Secara umumnya,perkembangan kanak-kanak dapat dinilai melalui perbezaan individu,
pembentukan personality serta konsep kendiri dengan tanggapan, pandangan serta kepercayaan
termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri. perbezaan individu, pembentukan personaliti serta
konsep kendiri sangat penting untuk para guru serta ibu bapa ketahui. Ini kerana, setiap individu
mempunyai perbezaannya yang tidak sama walaupun kanak-kanak tersebut kembar. Dari segi
emosi, fizikal, dan mental mereka berbeza juga. Oleh itu, kanak-kanak terpengaruh beberapa faktor
antaranya faktor rakan sebaya, keluarga, masyarakat dan lain-lain lagi. Konsep personality dan
kendiri sangat penting untuk meningkatkan daya kognitif yang positif terhadap kanak-kanak.

RUJUKAN

1. Crow dan Crow (1980). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur: percetakan
Nan Yang Muda Sdn. Bhd.

2. Rosly Kayar (2010). Personality dan Konsep Kendiri.
http://oslypunya.blogspot.com/2010/10/personaliti-dan-konsep-kendiri.html

3. Syarifah Nur Diyana Wafa binti Syed Abdul Hamid(2012). Konsep Kendiri dan Personaliti
http://cikgupsikomuzik.blogspot.com/2012/08/konsep-kendiri-dan-personaliti.html


Click to View FlipBook Version