The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ithaahhh, 2021-08-14 05:00:47

Ikatan & Simpulan

JPAM

IKATAN DAN
SIMPULAN

SMK ALOR AKAR

Nama: Harithah Sufeeyah bt Mohd
Halid
Kelas: 2 Cemerlang
Ahli KASPA: 2020

KANDUNGAN

01

JPAM

Lirik Lagu Dan Logo
JPAM

02

MAKSUD IKATAN

7 Jenis-jenis ikatan

01

JPAM

Lirik Lagu & Logo JPAM

JPAM
Jambatan Pertahanan
Awam Malaysia

LOGO LIRIK LAGU KASPA
KASPA
SENTIASA BERSEDIA
Marilah kita semua
Bergading bahu mengembleng tenaga
Berbakti dalam Pertahanan Awam
Untuk bangsa kita
Padukan jiwa dan raga
Sedia berkorban apa saja
Memberi dengan ikhlas khidmat mulia
Negara tercinta

Malaysia bumi yang bertuah
Kami sungguh bangga menjadi warga setia
Penuh azam dan tekad bersama
Berkhidmat untuk keselamatan rakyatnya

Kita sentiasa bersedia
Menjunjung wawasan semua
Ke arah hidup aman dan sentosa
Malayisa Jaya

02

Maksud Ikatan

7 Jenis Ikatan

DEFINASI

Terdapat 3 definisi yang biasa tentang
simpulan dan ikatan iaitu simpulan

(knotting), ikatan (lashing), dan
mematikan hujung tali (whipping).

SIMPULAN

Biasanya simpulan menggunakan tali yang 03

kecil dan sederhana saiznya. Ianya digunakan
pada benda-benda yang kecil dan sederhana.
Simpulan digunakan pada setiap tempat dan
masa seperti di rumah, di hospital, mengikat

kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.

Contoh-contoh

simpulan ialah:

• Buku Sila
• Tindih Kasih
• Simpul Himpit
• Lilit Dua Simpul
• Simpul Pemukat

Ikatan

Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk
membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya.
Kebiasaannya dalam kegiatan berpengangkap dan kepanduan beberapa
ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan
lilit balak.

Mematikan hujung tali

Mematikan hujung tali ini perlu supaya tali tidak terburai dihujungnya.
Kebiasaannya hujung tali dimatikan dengan lilit pemati biasa dan lilit
pemati selit.

IKATAN BUKU SILA

Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh,
menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk
mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau
hujung tali tersebut senang dibuka semula.

Fungsi

● Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz.

● Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.

Teknik

i. Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.

ii. Masukkan hujung A dibawah B.

iii. Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di
bawah.

IKATAN SIMPUL MANOK
(Clove Hitch)

Ikatan Simpul Manok biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan
ketika mula mengikat pada kayu atau sebagainya

Fungsi

• Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.

• Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang
dikehendaki dengan selamat

• Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan
seraya dan silang gunting

Teknik

• Mulakan simpul pada kayu
.
• Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.

• Tarik hujung tali.

IKATAN SERAYA (SQUARE LASHING)

Gunanya ialah bagi membuat jambatan, menara dan sebagainya. Mulakan
dengan simpulan manok kemudian lilitkan ketat-ketat. Matikan dengan
simpulan manok juga.

Fungsi

● Digunakan untuk mengikat dua batang kayu/dua batang buluh

yang bersilang.

Teknik

● Dimulakan dengan simpul manuk.

● Kemudian dililitkan dengan kemas dan ketat.

● Seterusnya dililit dicelah kayu.

● Akhirnya matikan ikatan dengan simpul manuk

IKATAN BUNGA GETI

. Ikatan Bunga Geti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama
besar saiznya. Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali
kapal.

Fungsi

● Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
● Mengikat tali kesesuatu tanjul..

Teknik

● Mulakan simpul.
● Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk

membentuk simpul.

● Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul

LILIT BALAK

Lilit Balak adalah ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban
seperti tongkol kayu atau sebagainya.

Fungsi

● Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokokdengan mudah
● Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan
● Untuk memulakan ikatan serong. Digunakan untuk mengangkat

ataumenurunkan kayu, papan, atau peralatan

Teknik

● Gunakan tali dengan mengelilingi kayu
● .Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas.

SIMPULAN PENCURI (Thief Knot)

Simpulan ini sangat sesuai untuk mengikat bungkusan dan bimband ada
orang lain akan membuka bungkusan itu. Apabila orang tersebut mengikat
kembali ia lazimnya akan mengikatnya semula seperti ikatan buka
sila/square knot.

Fungsi

● Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak

● Tidak mudah terburai dan kayu. Dapat ditarik ditempat yang

dikehendaki dengan selamat.

● Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan

seraya dan silang gunting

Teknik

● Mulakan ikatan simpul pada kayu.

● kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi

● Tarik hujung tali

SIMPULAN TINDIH KASIH

Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak
terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini
juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan
mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.

Fungsi

● Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.

● Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling

badan mangsa

Teknik

Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.

Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.

Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam
bulatan tersebut

Sekian Terima
Kasih


Click to View FlipBook Version