EDISI 7/2020: 16-22 FEBRUARI 2020 (22-28 JAMADIL AKHIR 1441H) IMTIAZ, THE BEST SCHOOL IN THE WORLD
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
POTENSI OPTIMUM, PRESTASI MAKSIMUM – DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN
17 Februari 2020, Bersempena
kali ini, Unit Hal Ehwal Murid
perhimpunan rasmi mingguan
IBEST telah mengadakan
Majlis Pelancaran Program
Jom Ke Sekolah dan
Penyampaian Buku PPS. Majlis
tersebut telah dirasmikan oleh
Inspektor Saiful Bahri bin
Baharim, Ketua Bahagian
Logistik dan Teknologi, Ibu
Pejabat Polis Daerah Besut.
Turut hadir ialah Pn Nurul
Syafinaz binti Ishak, mewakili
PPD Besut.
MAJLIS SAMBUTAN PENGETUA BAHARU
iBEST Tahun 2020
18 Februari 2020, Satu majlis istimewa telah diadakan untuk
menyambut kehadiran Tn Hj Ahmad Zaki bin Mohamad, selaku
Pengetua Baharu SM Imtiaz Yayasan Terengganu Besut. Turut
hadir bersama memeriahkan majlis adalah barisan
pentadbiran SMKA Wataniah yang mengiringi Tn Hj Ahmad Zaki
bin Mohamad ke IBEST.
| IJTIHADIK | QURANIK | ENSIKLOPEDIK
GURU BERTUGAS MINGGUAN
BULETIN iBEST MINGGU KE-9 (23-27 FEBRUARI 2020)
KALAM MURABBI AHMAD NAIM BIN AHMAD LUTFI
MOHAMMAD FADHIL ZIKRI BIN BANIYAMI
MOHD MUSTAFFA BIN CHIK
“Dari SMKAWA ke iBEST”… SAYUTI BIN MAT RAZI
HASMAH BINTI ALI
Mari kita sama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana NUR FATHIHA BINTI RUSLI
telah mentakdirkan kita untuk bertemu dan berjumpa pada hari SITI NAZIHAH BINTI MOHAMAD YUSOF
ini. Seperti yang kita semua maklum, hampir 2 bulan IBEST WAN NORAZIHAH BINTI WAN IBRAHIM
kehilangan mudir atau ayahanda tercinta yang begitu hebat
orangnya. Seorang pemimpin yang begitu banyak jasanya iaitu iBEST SEMINGGU
ayahanda Ustaz Abdul Wahab bin Arshad, mantan mudir yang
telah berjaya meletakkan IBEST di satu peringkat yang sangat
tinggi. IBEST adalah sekolah berprestasi tinggi yang memang Bil Program Tarikh
sudah berada di satu tahap yang sama dengan sekolah-sekolah
Pelancaran Jom Ke Sekolah
terbaik yang ada di Malaysia, sesuai dengan slogannya iaitu 1. dan Penyampaian Buku PPS 17 Februari
2020
“The best school in the world”. Jadi, berada di sini dan 2. Program Teknik Bijak Belajar 17 Februari 2020
memegang tanggungjawab ini merupakan satu cabaran yang Tingkatan 1 & 2
sangat besar buat saya. 3. How To Learn 18 Februari 2020
Terima kasih juga kepada semua jawatankuasa sambutan yang 4. Program LADAP Apple 18 Februari
telah membuat satu sambutan yang begitu meriah yang tidak Classroom & Google Classroom 2020
saya jangkakan. Seterusnya, terima kasih yang tidak terhingga 5. Majlis Sambutan Pengetua 18 Februari 2020
juga buat semua rakan dari SMKAWA yang sudi menghantar Baharu IBEST, Tn Hj Ahmad Zaki
saya ke sini pada hari ini. In shaa allah sama-sama kita berdoa bin Mohamad
kepada Allah semoga SMKAWA segera dapat pengganti mudir 6. Taklimat Ringkas Pengisian 18 Februari 2020
dan juga dapat juga selesaikan masalah kekurangan guru di instrumen SKPMG2
sana selepas ketiadaan saya. Saya yakin dengan adanya 7. Pelancaran Tahun Bahasa 20 Februari 2020
barisan penolong kanan yang sedia ada di SMKAWA, SMKAWA Arab 2020
pasti dapat dikemudi dengan baik sementara menunggu 8. Motivasi Subjek Hifz Al Quran 21 Februari 2020
PT3
pengganti mudir di sana nanti.
9. Kem Pengukuhan Maharat PT3 21 Februari 2020
Harapan saya di IBEST ini, saya ingin memohon bantuan dan 10. Program #IBESTHIKINGUP 2020 21 Februari 2020
kerjasama daripada semua pihak termasuk para guru, staf, AKP 11. Program Kejohanan Sukan DAR 22 Februari 2020
dan anak-anak pelajar untuk sama-sama membantu IBEST yang Negeri Terengganu kali ke-11
telah diletakkan harapan yang begitu besar oleh masyarakat Tahun 2020
untuk menjadi “The best school in the world”. Marilah bersama-
sama dengan saya jadikan ini satu kenyataan dan harapan saya
agar kita dapat bergerak sederap dan seiring ke puncak dan
bersama-sama letakkan IBEST di tempat yang sepatutnya.
Tn. Hj. Ahmad Zaki bin Mohamad
Pengetua SM Imtiaz Yayasan Terengganu Besut
Sewaktu berucap di Majlis Sambutan Pengetua Baharu IBEST
18 Februari 2020
EDITORIAL
Penaung : Tn. Hj. Ahmad Zaki bin Mohamad
Penasihat : W Zainuzzaman bin Wan Abdullah
Penyelaras : Nur Izyani binti Ibrahim
Ketua Editor : Mohd Firdaus bin Ramli
Pen. Ketua Editor : Siti Nor Ashmaa’ binti Mohd Hatta
Kolumnis : Mohammad Fadhil Zikri bin Baniyami
: Mohamed Ayub bin Ghazali
: Nabihan Asyraf bin Mahmud Zuhudi
: Zulfikri bin Zakaria
: Farhatul Athirah binti Zaini
: Ahmad Najmi bin Mat Piah
Rekaan Grafik : Syahida Akmal binti Mat Nawi
Jurugambar : Mazlan bin Abdullah
KOLUMNIS: NUR IZYANI BINTI IBRAHIM
| IJTIHADIK | QURANIK | ENSIKLOPEDIK
GURU WAJIB TAHU APA ITU SKPMG2
Apakah itu SKPMg2 atau SKPM Gelombang KERANGKA KONSEP: SKPMg2
2?
Apakah perubahan/elemen yang baharu
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dalam SKPMg2?
(PPPM) 20132025 telah memasuki
Gelombang 2 pelaksanaannya pada Peranan PGB dan guru
tahun 2016. Tumpuan pelaksanaan dalam Guru Sebagai Pemudah Cara
Gelombang 2 adalah untuk Pengurusan Perpaduan
memperkenalkan perubahan struktur dan KBAT
pada masa yang sama memacu PA 21
peningkatan yang telah berlaku semasa Kecemerlangan Kokurikulum
Gelombang 1. Penglibatan Komuniti/Sarana Ibu
Bapa
Sebelum ini kita didedahkan dengan SKPM, PDP modular
kini pula SKPMg2.
Kementerian telah menyemak semula
instrumen penilaian kendiri Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia (SKPM) supaya
membolehkan penilaian sekolah menjadi
lebih holistik. Ia disebut SKPM Gelombang
2, penggunaan instrumen yang ditambah
baik ini akan membolehkan pentadbir
sekolah menjalankan penambahbaikan
berterusan bagi meningkatkan prestasi
sekolah.
Instrumen ini akan menggabungkan
pelbagai instrumen penilaian sedia ada
dalam Kementerian bagi mengelakkan
pertindanan dalam penilaian, sekaligus
meningkatkan kecekapan.
TOUCH POINT KPPD BESUT KOLUMNIS: NUR IZYANI BINTI IBRAHIM
| IJTIHADIK | QURANIK | ENSIKLOPEDIK
BENGKEL GOOGLE CLASSROOM BENGKEL APPLE CLASSROOM
AKTIFKAN AKAUN GOOGLE CLASSROOM GURU APPLE CLASSROOM
Sekarang semua sekolah dikehendaki untuk menggunakan pelantar e- Apple Teacher merupakan satu program pembangunan profesional
pembelajaran Google Classroom (GC) sebagai salah satu kaedah secara pembelajaran atas talian direka bentuk khas untuk guru
pembelajaran maya menggantikan VLE Frog. Kementerian pengguna Apple untuk pendidikan. Ianya terbuka untuk semua
pendidikan Malaysia telah menyedidakan tapak dan juga ID kepada peringkat pendidikan. Dilancarkan pada 2017, program ini ditawar
semua guru dan murid bagi Google Classroom tersebut. Guru dan secara berperingkat ke seluruh dunia bermula di Amerika Syarikat.
murid dapat menjalankan sesi PdP secara maya selain dari di sekolah.
Sebelum itu, semua guru perlu mengaktifkan akaun GC melalui ID
yang telah diberikan oleh KPM. Bermula dengan g-. Bagi
memudahkan proses tersebut boleh rujuk bahagian di bawah ini
berkenaan dengan mengaktifkan akaun GC tersebut. Pada post yang
akan datang akan diterangkan tutorial menggunakan GC dengan
Taip pada ruang URL: https://portal.moe.edu.my/
Klik ‘Log Masuk
Paparan ini menunjukkan Akaun Google
Classroom anda telah diaktifkan
| IJTIHADIK | QURANIK | ENSIKLOPEDIK
TAKLIMAT LITERASI UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN DISIPLIN
MURID
Taklimat Literasi Undang-Undang dan Peraturan Disiplin Murid Peringkat Negeri
Terengganu Tahun 2020 telah dihadiri oleh GPK Hal Ehwal Murid Sekolah-Sekolah
Menengah di Terengganu pada 19 Februari 2020 bertempat di IPG Dato Razali Ismail,
Kuala Nerus.
Program ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui kerjasama
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Pejabat Pendidikan Daerah bertujuan
untuk membincangkan modul sahsiah murid serta menyelaraskan penetapan peraturan
disiplin murid.
MALAYSIA FUTURE LEADERS SCHOOL (MFLS) KOHORT 1/2020
Nama Program : Malaysia Future Leaders School (MFLS) Kohort 1/2020
Tarikh : 10 Februari 2020 – 19 Februari 2020
Tempat : Kem Wawasan Negara, Besut
Guru Pengiring : Ustaz Afizul & Ustazah Nahidah
Nama Peserta SM Imtiaz YT Besut :
1. Ahmad Khairul Danial Bin Ahmad Fauzi Biju
2. Mohamad Faiz Hakimi Bin Firdaus
3. Muhammad Fawwaz Bin Yuspani
4. Muhammad Ziyad Danial Bin Omar
5. Nik Megat Zharif Bin Nik Yusrihan
6. Anis Balqis Binti Rosli
7. Anis Zakirah Binti Azmi
8. Nuha Binti Shamsol Bahari
9. Nur Insyirah Binti Mohamad Nizar
10. Syarah Atiqah Binti Mohd Taib
KOLUMNIS: AHMAD NAJMI BIN MAT PIAH
| IJTIHADIK | QURANIK | ENSIKLOPEDIK
KEJOHANAN CATUR MSST 2020
KEJOHANAN CATUR MSST 2020
Tarikh : 14-15 Februari 2020
Tempat : SMK Cukai, Kemaman
Kategori Individu L18
Muhammad Syazrin Amzar bin Mohd Zaimi - Johan
Kategori Berpasukan L18
Muhammad Syazrin Amzar bin Mohd Zaimi- Naib Johan
Kategori Berpasukan L15
Aisy Hakimi bin Md Sofi - Tempat Ketiga
PERLAWANAN PERSAHABATAN IBEST - ITTIFAKIAH & MAARIF
KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN
BADMINTON (IMTIAZ vs ITTIFAKIAH) BOLA JARING (IMTIAZ vs ITTIFAKIAH) BOLA TAMPAR (IMTIAZ vs ITTIFAKIAH)
Men Rendah : 2 - 3 Men Rendah : 14 - 1 Lelaki : 3 - 1
Men Atas : 2 - 3
PING PONG ( IMTIAZ vs ITTIFAKIAH) BOLA JARING ( IMTIAZ vs ITTIFAKIAH) BOLA TAMPAR ( IMTIAZ vs MAARIF)
Men Rendah : 4 - 1 Men Rendah : 1 - 2 Perempuan : 2 - 2
Men Atas : 5 - 1
KOLUMNIS: SITI NOR ASHMAA’ BINTI MOHD HATTA
| IJTIHADIK | QURANIK | ENSIKLOPEDIK
SIRI 3 : HIKMAH DAN KEBIJAKSANAAN KONSEP ULUL ALBAB
ANUGERAH ALLAH S.W.T
Quranik
Hafiz 30 juzuk Al Quran semasa Tingkatan 3 serta
َ
َ َ
َّ
ا لِّإ ُ رَّكذَي ام َ و ۗ ا ً ريثَك ا ً ريَخ يِتوأ دَقف ةَمك ِ حلا َتؤُي نَم َ و ُءاشَي نَم ةَمك ِ حلا يِتؤُي memahami tuntutan Al-Quran berdasarkan konsep
ۚ
َ
َ
ُ
ِبٰبللأا وُلوأ Baca, Ingat, Faham, Fikir, Amal, Sebar (BIFFAS)
Allah memberikan Hikmah dan kebijaksanaan (ilmu yang berguna) Ensiklopedik
kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang
ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, menjadi
sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tempat rujukan serta menguasai pelbagai bidang ilmu
tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) dan bahasa asing
melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
Ijtihadik
َ
ُءاشَي نَم ةَمك ِ حلا يِتؤُي Berkeupayaan memberikan pandangan dalam
penyelesaian umat, memaksimakan keupayaan otak
Allah memberikan Hikmah dan kebijaksanaan (ilmu yang berguna) dan minda, berfikiran kreatif dan inovatif serta
kepada sesiapa yang dikehendakiNya. berteknologi tinggi
Orang yang bersedekah akan diberi kefahaman agama yang
benar. Antaranya ialah kefahaman yang betul tentang infak. Iaitu
kita faham kenapa kita kena infak. Kefahaman (ilmu) ini amat
penting kerana ramai yang tidak tahu apakah kelebihan dan
kepentingan infak dalam Islam. Ini adalah kerana mereka tidak
belajar. Apabila tidak belajar, mereka akan terkesan dengan
bisikan syaitan yang menjanjikan kemiskinan kepada mereka kalau
mereka infak. Maka ramai yang tidak infak. Hikmah adalah ilmu
bermanfaat yang diamalkan. Kalau setakat tahu ilmu sahaja tapi
tidak buat, itu bukan hikmah, Itu setakat ilmu sahaja. Sebagai
contoh banyak orang sudah tahu mereka tidak patut membazir
tapi bila dapat gaji membazir juga. Bukannya mereka tidak tahu
membazir itu tidak elok, tapi mereka buat juga. Apabila gaji mereka
bazirkan maka mereka sudah tidak ada duit untuk melakukan
sedekah kerana sudah dihabiskan ke tempat yang tidak
berfaedah.
َ َ
ا ً ريثَك ا ً ريَخ يِتوأ دَقف ةَمك ِ حلا َتؤُي نَم َ و
َ
Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya dia
telah diberikan kebaikan yang banyak.
Amat beruntung sekali mereka yang diberikan dengan hikmah itu.
Oleh kerana mereka dapat kefahaman yang betul, maka mereka
akan infak dengan banyak dan hasilnya, mereka akan jadi kaya Pada Julai tahun 2005 program Ulul Albab telah
raya di akhirat. Malah di dunia lagi mereka akan mendapat diperkenalkan di Sekolah Menengah ‘imtiaz’ di mana ia
balasan baik. mengabungkan sistem pembelajaran yang berfokuskan
Al-Quran, Pembangunan Sahsiah dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Idea ini tercetus
َّ
ُ
َ
ِبٰبللأا وُلوأ ا لِّإ ُ رَّكذَي ام َ و ketika mantan Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’ Seri
Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi berucap di Oxford
Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) Universiti di mana beliau sering kali menyebut dan
melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. menggunakan perkataan Ulul Albab di dalam ucapan
Maksud ‘ulul albab’ adalah orang yang sempurna akalnya. Allah beliau. Objektif utama pelaksanaan Program Ulul Albab
selalu menyebut perkataan Ulul Albab di dalam Al-Qur’an. Ia ini adalah untuk memartabatkan Negeri Terengganu
bermaksud orang yang bijak. Pada Surah Ali Imran nanti akan sebagai pusat pengajian Al-Quran yang terunggul di
dijelaskan siapakah mereka. Kita pun boleh jadi ulul albab kalau kita Malaysia.
tahu dan kita berusaha untuk mencapai darjat itu. Janganlah kita
menyangka yang ianya adalah kedudukan yang tidak boleh
dicapai.
KOLUMNIS: ZULFIKRI BIN ZAKARIA
| IJTIHADIK | QURANIK | ENSIKLOPEDIK
BICARA JIWA KAUNSELOR - SIRI 6 PROGRAM-PROGRAM ICIC
AKHLAK SANG PENDOSA
Setiap anak Adam itu melakukan dosa, dan
sebaik-baik pendosa ialah orang yang
bertaubat atas dosanya. Begitulah sabdaan
nabi SAW kepada kita.
Ya...benar kita semua adalah pendosa. Namun
itu bukanlah tiket untuk kita terus berasa selesa
dengan dosa-dosa kita. Sehingga kita rasa
bangga melakukan dosa.Bermewah-mewah
dengan dosa dengan menayang -nayang
gambaran dosa kita. Tega untuk menzahirkan
dosa-dosa di saat Allah lebih suka untuk kita
menutupnya.
Berakhlaklah kita walau di saat melakukan dosa.
Lembutkan hati di saat menerima teguran
orang ke atas dosa-dosa kita. Usah menegak
benang yang basah. Terima teguran dengan
baik tanpa perlu melakukan mekanisma helah
bela diri. Paling tidak, minta doa daripada
orang yang menegur supaya Allah
memudahkan jalan kita menuju kebaikan.
Usah berbangga-bangga dengan dosa kerana
sebangga mana pun kita, percayalah bahawa
hati kecil sentiasa meronta-ronta. Jiwa pendosa
tidak pernah akan tenang. Antara akhlak
pendosa ialah dengan menutupi dan
menyeliputi dosanya sehingga tidak diketahui
orang. Ini akan memudahkan pula untuk dia
memohon ampun dari Tuhannya kerana tidak
melibatkan pihak ketiga.
Pesan guru dalam apa jua tindakan,berikan
sedikit hati kepada aqalmu supaya fikiranmu
lebih halus, dan berikan sedikit aqal kepada
hatimu supaya perasaan mu lebih terpandu.
Usah bertindak melulu. Usahakan perasaan
malu dalam melakukan dosa. Mudah-mudahan
itu akan membuatkan kita lebih berjaga-jaga.
Mohd Fakrul Rizal bin Mohamed Din
Ketua Unit
IBEST Counseling Interactive Centre (ICIC)
SM imtiaz YT Besut
Sekolah Berprestasi Tinggi
KOLUMNIS :MOHAMMAD FADHIL ZIKRI BIN BANIYAMI
| IJTIHADIK | QURANIK | ENSIKLOPEDIK
KEHIDUPAN SEORANG HAMALATUL QURAN (PENGHAFAZ AL-QURAN)
Kehidupan yang akan menjadi cerminan pada Al-Quran. Pada saat itu, kita akan tinggalkan suasana kehidupan kita yang dahulu
iaitu kehidupan sebelum melangkah ke daerah menghafaz Al-Quran. Bahkan kita perlu berubah dalam pelbagai sudut sama ada
dalaman mahupun luaran, dalam keadaan tersembunyi ataupun terbuka.
Seorang muslim yang menjulang Panji Islam, maka suatu kemestian untuk kita menghiasi dirinya dengan perhiasan yang terbaik
iaitu dengan segala isi kandungan Al-Quran. Kita perlu mengambil iktibar daripada luahan hati Syeikh Muhammad Abduh: “Saya
Pergi Ke Paris, Lalu Saya Bertemu Agama Islam Tanpa Muslim. Saya Kembali Ke Kaherah, Saya Bertemu Dengan Muslim Tanpa
Islam”. Dalam mengingati pesanan ini, maka eloklah sekiranya kita menelusuri saranan para ulama salafussoleh terhadap
penghafaz Al-Quran. Sahabat Rasulullah S.A.W yang terkenal iaitu Abdullah Bin Mas’ud Radhiallahuanhu pernah mengingatkan
kita :
هتمصبو ، نو كحضي سانلا اذإ هئاكببو ، نوحرفي سانلا اذإ هنزحبو، نورطفم سانلا اذإ هراهنبو، نومئان سانلا اذإ هليلب فرعي نأ نآرقلا لماحل يغبني
نأ نآرقلا لماحل يغب ني لاو ، ًانيكس ًاميلح ًاميكح ًانوزحم ًايكاب نوكي نأ نآرقلا لماحل يغبنيو ، نولاتخي سانلا اذإ هعوشخبو ، نوضوخي سانلا اذإ
ًاديدح لاو ًاحايص لاو ًاباخس لاو ًلافاغ لاو ًايفاج نوكي
Maksudnya : Seorang penghafaz Al-Quran sepatutnya mengenali malam tatkala manusia lain sedang tidur (menghidupkan
malam dengan beribadah), dan siang harinya ketika manusia sedang berbuka (berpuasa sunat), dan bersedih tatkala manusia
lain bergembira, menangis tatkala manusia lain gelak ketawa, diam tatkala manusia berbicara, penuh merendah diri tatkala
manusia lain berbangga diri. Sepatutnya bagi penghafaz Al-Quran itu seorang yang banyak menangis, sedih, tidak mudah marah,
tenang dan lemah lembut. Tidak sepatutnya bagi penghafaz al-Quran bersikap kasar, lalai, berteriak, memekik dan penuh
kemarahan. Tabiin yang terkemuka, Imam Al-Fudhail Bin ‘Iyadh Rahimahullah Taala turut mengingatkan Hamalatul Quran:
نآرقلا قحل اميظعت وغلي نم عم وغلي لاو وهسي نم عم وهسي لاو وهلي نم عم وهلي نأ يغبني لا ملاسلإا ةيار لماح نآرقلا لماح
Maksudnya : Penghafaz Al-Quran merupakan pembawa panji Islam. tidak wajar baginya bermain-main bersama mereka yang
bermain-main, dan tidak ia lupa bersama mereka yang lupa, dan tidaklah ia berbicara yang sia-sia bersama mereka yang lalai
dalam mengagungkan dan menegakkan kebenaran Al-Quran. Beliau menambah lagi dengan katanya:
هل نوكت لا نأ نآرقلا لماح ل يغبني مهنود نمف ءافلخلا نم دحأ ىل إ ةجاح
Maksudnya : Sewajarnya bagi penghafaz Al-Quran agar ia tidak meminta keperluannya kepada seseorang daripada pemerintah
dan sesiapa yang berada dibawah kekuasaannya.
Mengapakah kita perlu bersikap dan berpendirian sedemikian rupa? Mengapakah kita terpaksa menerima tanggungjawab yang
terlalu penting dan terlalu besar ini? Ingatlah saudaraku, Allah Taala tidak akan mempertanggungjawabkan ke atas bahu kita
dengan perkara ini melainkan di sana wujud kelebihan dan keistimewaan yang tidak ternilai. Beruntunglah bagi mereka yang di
pilih Allah sebagai Penghafaz Al-Quran.
KOLUMNIS: MOHAMED AYUB BIN GHAZALI
| IJTIHADIK | QURANIK | ENSIKLOPEDIK
PENAWARAN PROGRAM SYAHADAH ULYA ULUL AL-BAB KENALI TENAGA PENGAJAR
AL-SYAHADAH AL-ULYA ULUL ALBAB
Menawarkan tiga disiplin ilmu secara bersepadu, iaitu : BIODATA PERIBADI
NAMA: Mohd Hafizuddin Bin Mohd Sidek
Pengajian agama menerusi pembelajaran ASAL: Dungun, Terengganu.
ALAMAT RUMAH: No 107, Taman PMINT Impiana,
kitab-kitab Turath. Pengkalan Nyireh, Besut.
Pengajian akademik dalam bidang Sains tulen. STATUS: Berkahwin
ISTERI: Sarah Salwa Bt Md Harun
Hafazan dan penghayatan al-Quran. KERJAYA ISTERI: Guru MRSM Kota Putra.
BIL ANAK: 3
PENDIDIKAN FORMAL
- UPSR: 4A 1B. SK Batu 48 Dungun.
- PMR - 8A 1B. SMA Sultan Ismail Dungun.
CONTOH BAIT-BAIT MATAN AL SYATIBIAH - SPM - 7A 1B 1C. Maahad Tahfiz al Quran Terengganu.
MATAPELAJARAN SYAHADAH AL-ULYA - STAM - 9 Mumtaz 1 Jayyid Jiddan. Maahad Tahfiz al
ULUL AL-BAB Quran Terengganu.
- Sijil Tahfiz Malaysia (STM) - Mumtaz. Darul Quran JAKIM.
- Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab - Jayyid (BA Hons).
Universiti al Azhar, Mesir.
- Ijazah Sarjana (Master) Pengajian Bahasa Arab.
Universiti Sultan Zainal Abidin.
- Diploma Pendidikan. CGPA 3.57. Universiti Terbuka
Malaysia Terengganu.
PENDIDIKAN TIDAK FORMAL
Sijil & Sanad-Sanad Kuliah & Daurah Agama berkaitan
Tauhid, Feqh, Tasawwuf, Al Quran, Hadith, Bahasa Arab.
PENGALAMAN KERJAYA
- Guru KAFA SK Pulau Serai, Dungun.
- Guru Tasmek Sambilan SM Imtiaz YT Kuala Terengganu
& Besut.
- Guru STAM SMA (A) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk,
Kuala Terengganu.
- Pembantu Pensyarah Bahasa Arab, UniSZA Gong
Badak.
- Pensyarah Sambilan Bahasa Arab, UiTM - Chendering,
Kuala Terengganu.
- Felo Muda Dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia (YADIM Kuala Lumpur & Kelantan).
KERJAYA SEMASA
- Guru Subjek Hifzu al Quran & Turath Dirasat Islamiah
(TDI), SM Imtiaz YT Besut.
- Jurulatih Utama (JU) Subjek Turath Dirasat Islamiah,
Peringkat Kebangsaan.
- Panel Penggubal DSKP KSSM Subjek TDI, BPK, KPM.
- Penceramah Motivasi Kem Pelajar Sekolah.
KHIDMAT MASYARAKAT
- Tenaga Pengajar Bertauliah Sijil Pengajian Agama
Terengganu (SPAIT), Masjid Hadhari. Kelolaan Pejabat
Agama Terenganu.
- Tenaga Pengajar Bertauliah Kuliah Maghrib & Subuh
Mingguan. Masjid Kerandang, Masjid Kubang Ikan,
Masjid Pengkalan Nyireh, Masjid Tok Raja, Surau Gong
Badang.
- Tenaga Pengajar Tuisyen Bahasa Arab.
- Penceramah Bebas & Jemputan Kuliah Agama
(Maulid, Isra' Mi'raj, Maal Hijrah).
KOLUMNIS: ZULFIKRI BIN ZAKARIA
| IJTIHADIK | QURANIK | ENSIKLOPEDIK
KOLUMNIS: AHMAD NAJMI BINTI MAT PIAH
| IJTIHADIK | QURANIK | ENSIKLOPEDIK
Kejayaan sesuatu program pembacaan dan aktiviti pengayaan selepas
pembacaan banyak bergantung kepada pengurusan PSS yang cekap. Di
samping Pengetua dan Guru Besar, peranan Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
amat penting untuk menerajui pengurusan PSS sebagai nadi penggerak aktiviti
membaca. PSS diharapkan menyediakan wadah sebagai pusat ilmu, pusat
penemuan, pusat pengajaran dan pembelajaran, pusat profesional serta pusat
hubungan sosial. Pembangunan dan penyediaan sumber dan perkhidmatan PSS
perlulah bersesuaian dengan konsep Bilik Darjah Abad 21 yang sedang
dibangunkan secara berperingkat-peringkat di sekolah. Selain dari keperluan fizikal
yang selesa, PSS juga perlu menjadi ”one stop centre” untuk penyediaan sumber
dan juga koleksi bacaan yang mencukupi bagi kegunaan warga sekolah. Aktiviti
meningkatkan keberkesanan PSS juga harus dijalankan seperti Anugerah Pusat
Sumber Sekolah Cemerlang, kemahiran penggunaan PSS dalam minggu orientasi
murid baru dan lain-lain aktiviti.
| IJTIHADIK | QURANIK | ENSIKLOPEDIK
| IJTIHADIK | QURANIK | ENSIKLOPEDIK
PERKEMBANGAN KETURUNAN MANUSIA
BAHAYA ZINA
Sesungguhnya ilmu perubatan telah
membuktikan bahawa zina boleh merosakkan
kesihatan yang serius dan mengancam
manusia dengan penyakit-penyakit kelamin
atau venereal (VD-Venereal Disease) yang
sukar diubati seperti sifilis, gonorea, herpes II
dan AIDS.
Penyakit Sifilis merupakan penyakit yang hanya
berjangkit melalui sentuhan dan menjejaskan
serta memberi kesan yang buruk terhadap
sistem saraf. Penyakit ini juga boleh
mengakibatkan kerosakan kekal terhadap
tubuh badan dan kesan jangka panjang ia
menjadikan mangsanya menghidap sakit
jantung, lumpuh, buta dan gila.
Selain itu melakukan zina juga boleh
menyebabkan kencing bernanah atau
dikenali sebagai penyakit gonorea, iaitu sejenis
penyakit kelamin yang berbahaya dan sukar
untuk diubati. Penyakit ini disebabkan oleh
bakteria Gonokukus yang boleh berjangkit
melalui perhubungan kelamin seseorang yang
menghidapi penyakit ini.
Mangsa penyakit ini hidup dalam keadaan
dilema kerana menyebabkan ia sukar untuk
bergerak dan mentalnya pula tidak dapat
berfungsi dengan baik. Gonorea seterusnya
boleh menyebabkan kemandulan kerana tisu
parut boleh menghalang perjalanan sperma
dan juga boleh membawa kepada sakit
jantung atau artritis.
Bagi perempuan pula, selain daripada risiko
sakit jantung, gonorea juga boleh
mengakibatkan kehamilan ektopik. Ini berlaku
apabila sperma mensenyawakan ovum, dan
ovum tidak bergerak ke dalam uterus tetapi
terlekat dalam tiub falipio. Jika ia tidak dikesan
lebih awal, tiub falipio mungkin pecah dan
menyebabkan jangkitan yang serius atau
mengakibatkan kematian.
Sesungguhnya segala pujian terhadap Allah
s.w.t yang telah memberi panduan kepada
umat untuk hidup dalam keadaan tenteram
serta dapat menjauhi penyakit berbahaya di
dunia ini.
KOLUMNIS: SITI NOR ASHMAA’ BINTI MOHD HATTA
| IJTIHADIK | QURANIK | ENSIKLOPEDIK
| IJTIHADIK | QURANIK | ENSIKLOPEDIK
POTENSI OPTIMUM, PRESTASI MAKSIMUM – DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN
Diterbitkan oleh Unit Perhubungan & Dokumentasi iBEST
| IJTIHADIK | QURANIK | ENSIKLOPEDIK