The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wzainuzzaman71, 2020-05-23 01:29:17

BULETIN IBEST Edisi 9 (01-07.03.2020)

EDISI 9/2020: 1-7 MAC 2020 (6 REJAB - 12 REJAB 1441H) IMTIAZ, THE BEST SCHOOL IN THE WORLD

1441H)







SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI


POTENSI OPTIMUM, PRESTASI MAKSIMUM – DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN







1 MAC 2020, Pelancaran Ya Bunayya SPM & PT3
(Mentor Mentee) & Cakna Kasih Anak-anak soleh

dan solehah pintar telah disempurnakan oleh Tn Hj W
Zainuzzaman bin Wan Abdullah selaku Penolong

Kanan Pentadbiran SM Imtiaz Yayasan Terengganu
Besut mewakili pengetua.


























5 MAC 2020, Seramai 134 calon SPM 2019 telah diraikan dalam satu majlis
Penyerahan Slip Peperiksaan SPM bagi tahun 2019. SM Imtiaz Yayasan
Terengganu Besut telah melakar kejayaan yang cemerlang dengan

kenaikan GPS sebanyak 0.32. Seramai 10 orang calon berjaya mencapai
keputusan 12A sekaligus mencatat GPS sekolah sebanyak 2.01 berbanding

tahun SPM 2018, sebanyak 2.33. Syabas dan tahniah diucapkan kepada
semua calon SPM 2019. Teruskan kecemerlangan di mana sahaja anda

berada!
MAJLIS BERSAMA JOHAN TILAWAH AL QURAN
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1441H/2020M


1 MAC 2020, Warga SM Imtiaz
Yayasan Terengganu Besut sangat
bertuah dengan kesudian Johan
Tilawah Kebangsaan tahun 2020,

Muhammad Qayyim Nizar bin Sarimi
untuk hadir dan berkongsi bacaan

ayat-ayat suci al-quran dan juga sesi
soal jawab bersama warga IBEST.
Seluruh warga IBEST mendoakan
kejayaan Muhammad Qayyim Nizar
bin Sarimi dalam pertandingan
Tilawah Peringkat Antarabangsa
pada bulan April nanti.

QURANIK | ENSIKLOPEDIK | IJTIHADIK

GURU BERTUGAS MINGGUAN
BULETIN iBEST


MINGGU KE-11 (08 MAC 2020 - 12 MAC 2020)

AHMAD TARMIZI BIN CHE HAMID
“Kepentingan Masa: “Earlier Than Punctual” MOHD ABDUL AZIZ BIN MOHD GHAZALI
MOHD SHAHIRE BIN ISMAIL

Alhamdulillah kita di sini masih lagi aman dan tenteram, ZULFIKRI BIN ZAKARIA
boleh menikmati kehidupan, boleh menikmati nikmat iman kita NAJIBAH BINTI MAMAT
pada pagi ini, untuk kita sama-sama meraikan Program Ya NURLIANA BINTI ROMLI
Bunayya PT3 & SPM (Mentor Mentee) dan ditambah juga SITI NOR AZIZAH BINTI MOHD ALI
dengan program Cakna Kasih Anak-anak Soleh & Solehah WAN NUR AMIRAH BINTI WAN MOHD GHAZALI
Pintar Bulan Januari hingga Mac.
Pada kesempatan ini, Abi ingin menceritakan sedikit
tentang kepentingan masa, kita perlu sentiasa “Earlier Than iBEST SEMINGGU
Punctual”. Kisah ini diceritakan oleh Almarhum Tn Guru Dato’ Dr.
Haron Din. Beliau pada ketika itu berada di Jepun untuk
menghadiri satu konvensyen. Beliau tiba di tempat seminar Bil Program Tarikh
seawal jam 3 petang manakala majlis akan bermula pada 3:13
petang. 1. Pelancaran Program Ya 1 Mac 2020
Beliau dapat saksikan pada jam 3:05 petang, dewan masih Bunayya PT3 & SPM ( Mentor
Mentee)
lagi kosong. Pada jam 3:06 petang, hadirin bertali arus masuk. 2. Cakna Kasih Anak-anak
Sebaik jam 3:10 petang, majlis sudah hampir dimulakan dan Soleh & Solehah Pintar 1 Mac 2020

tepat jam 3.13 petang, majlis bermula dengan hadirin telah pun
memenuhi segenap penjuru dewan. Memetik kata-kata Mudir 3. Majlis Bersama Johan
kita, bahawa orang Jepun ini, sikap mereka tidak melihat pada Tilawah Kebangsaan 2020 1 Mac 2020

sesuatu jarak tetapi mereka melihat kepada perjalanan masa. Muhammad Qayyim Nizar
bin Sarimi
Maka para pelajar sekalian, anda semua perlu bijak 4. Taklimat Majlis Penyerahan 2 Mac 2020
merancang pergerakan supaya kita dapat menjaga masa kita Slip Keputusan SPM 2019
dengan sempurna. Seperti mana Allah ta’ala berfirman, 5. Taklimat Program Students
On Ice: Arctic Educational 3 Mac 2020
Expedition 2020
6. Taklimat Pendaftaran SPM 3 Mac 2020

7. Cuti Sempena Hari Ulang
Tahun Pertabalan Sultan 4 Mac 2020
Terengganu
8. Majlis Penyerahan Slip dan
Pengumuman Keputusan 5 Mac 2020
SPM 2019



”Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada

dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan
mengerjakan amal sholih dan saling menasihati supaya

mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi
kesabaran” (QS. Al ‘Ashr).


Tn Hj W Zainuzzaman bin Wan Abdullah

Penolong Kanan Pentadbiran
SM Imtiaz Yayasan Terengganu Besut

Sewaktu berucap di Program Ya Bunayya (Mentor Mentee )
PT3 & SPM 2020

1 Mac 2020


EDITORIAL

Penaung : Tn. Hj. Ahmad Zaki bin Mohamad
Penasihat : W Zainuzzaman bin Wan Abdullah
Penyelaras : Nur Izyani binti Ibrahim
Ketua Editor : Mohd Firdaus bin Ramli
Pen. Ketua Editor : Siti Nor Ashmaa’ binti Mohd Hatta
Kolumnis : Mohammad Fadhil Zikri bin Baniyami
: Mohamed Ayub bin Ghazali
: Zulfikri bin Zakaria
: Suzi Azmiera binti Bahrudin

: Zainab binti Mohd Nawawi
Rekaan Grafik : Syahida Akmal binti Mat Nawi
KOLUMNIS: NUR IZYANI BINTI IBRAHIM
QURANIK | ENSIKLOPEDIK | IJTIHADIK

APAKAH PROGRAM IMERSIF TINGGI (HIP)?


Program Imersif Tinggi atau dikenali sebagai Highly Immersive Programme(HIP) merupakan sebuah program
yang diperkenalkan di bawah dasar MBMMBI yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris
dalam kalangan murid-murid melalui pendedahan yang lebih tinggi kepada bahasa tersebut di sekolah.
Perkara ini merupakan suatu pengukuhan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 1/1999: Garis Panduan
Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di Sekolah (No. Rujukan: KP (BS) 8591/Jilid XV/ (1) 4 Januari

1999) bagi pelaksanaan aktiviti peningkatan penguasaan bahasa Inggeris di dalam dan di luar kelas.
Ia juga bertujuan untuk memupuk sikap dan pandangan yang positif terhadap pembelajaran dan penggunaan
bahasa Inggeris.
1. School Head

2. Teachers
3. Students
4. Parents and Community

Re-administer Identify level of immersiveness at
self-assessment the end of an activity(s)
tool Set up a panel
to complete
the self-
assessment
tool
Complete the
Measure student self-assessment
outcomes tool






Review and
improve HIP IMPLEMENTATION CYCLE Analyse the self-
assessment tool
strategic plan


Re-administer Identify beginning level
self-assessment Identify progressive of immersiveness
level of immersiveness
tool
Identify gap
Implement the based on
plan analysis

Develop a
strategic plan


Refer to the HIP
Guidebook

CONTOH AKTIVITI HIP

Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan mengikut

kesesuaian adalah bercerita, satu perkataan sehari,

nyanyian dengan pergerakan serta pembentangan dalam
perhimpunan mingguan dan menggunakan bahasa

Inggeris semasa Hari Guru atau pelbagai majlis di sekolah.


KOLUMNIS: NUR IZYANI BINTI IBRAHIM

QURANIK | ENSIKLOPEDIK | IJTIHADIK

ANALISIS KEPUTUSAN SPM 2019
GPS DAN GPMP SPM 2019


BIL MATA PELAJARAN GRED % % GPMP
A+ A A- B+ B C+ C D E G LULUS A
1 BAHASA MELAYU 47 61 24 2 0 0 0 0 0 0 100.00 98.51 0.86

2 BAHASA INGGERIS 16 33 26 38 14 2 3 2 0 0 100.00 55.97 2.22
3 PENDIDIKAN ISLAM 18 38 14 3 1 0 0 0 0 0 100.00 94.59 1.07
4 SEJARAH 42 57 26 7 1 1 0 0 0 0 100.00 93.28 1.04

5 MATEMATIK 39 86 5 2 1 1 0 0 0 0 100.00 97.01 0.83
6 BAHASA ARAB TINGGI 27 10 21 12 4 0 0 0 0 0 100.00 78.38 1.41
7 MATEMATIK TAMBAHAN 4 22 14 21 16 13 12 9 3 2 98.28 34.48 3.61

8 FIZIK 14 9 31 29 23 17 6 4 1 0 100.00 40.30 3.04
9 KIMIA 17 10 27 33 18 18 5 6 0 0 100.00 40.30 2.96
10 BIOLOGI 7 27 27 27 23 15 6 2 0 0 100.00 45.52 2.83

11 HIFZ AL-QURAN 74 11 34 15 0 0 0 0 0 0 100.00 88.81 0.93
12 MAHARAT AL-QURAN 0 2 13 27 25 7 0 0 0 0 100.00 20.27 3.30
13 TURATH QURAN SUNNAH 3 4 9 13 13 14 3 0 1 0 100.00 26.67 3.48

14 TURATH DIRASAH ISLAMIAH 22 13 20 5 0 0 0 0 0 0 100.00 91.67 1.13
15 TURATH BAHASA ARAB 13 10 25 10 0 2 0 0 0 0 100.00 80.00 1.67
GRED PURATA SEKOLAH 2.01


PELAJAR TERBAIK SPM 2019 (12A) PERBANDINGAN PENCAPAIAN
BILANGAN A
SPM 2018-2019
PENCAPAIAN
BIL NAMA PELAJAR GPP
A+ A A- 25
1 WAN MUHAMMAD IZZAT BIN WAN ZAKARIA 11 1 - 0.08 20
2 MUHAMMAD NABILMUQRI BIN NUR KAMARULZAMAN 10 1 1 0.25
3 WAN AMIRUL AZIB BIN WAN ALIAS 10 - 2 0.33 15
4 DURRATUN_NASIHAH BT AHMADUDDIN 9 2 1 0.33 10
5 NIK FARAH NURAIN BT MOHD FAUZI 8 4 - 0.33
6 AHMAD MUNEER BIN MAT SALLEH 7 5 - 0.45 5
7 ABDUL MUAAZ BIN MAZLEN 7 3 2 0.53 0
8 BALQIS AQILAH BT CHE ZAHARI 7 2 3 0.66 12A11A10A 9A 8A 7A 6A 5A 4A 3A 2A 1A
9 UWAIS AS-SOOLIHI BIN MOHAMAD SHUKRI 5 3 4 0.92
2018 2019

PERBANDINGAN GPMP SPM 2018-2019

4.5
4
3.5
3
2.5
2018
2
2019
1.5
1
0.5
0
BM BI SEJ MATH BAT PAI FIZ KIM BIO MAT HIFZ MAH TQS TDI TBA

QURANIK | ENSIKLOPEDIK | IJTIHADIK

APLIKASI PENGKALAN DATA MURID (APDM)











































eKehadiran (APDM Kehadiran Murid)

https://apdm.moe.gov.my/ Sebab Tidak hadir bagi APDM

eKehadiran APDM kehadiran Murid ini secara Bil Sebab Contoh
umumnya digunakan untuk guru kelas atau orang yang 1. Sakit • Dengan Sijil Sakit
diturunkan kuasa oleh pihak pentadbir untuk mencatat • Tanpa Sijil Sakit
kehadiran murid ke sekolah. eKehadiran ini merupakan 2. Tiada Sebab
salah satu aplikasi paling penting yang ada dalam 3. Aktiviti • Lawatan
sistem pangkalan data murid secara atas talian. Tujuan Sekolah • Mewakili Sekolah
utama sistem ini dibangunkan bagi merekod kehadiran - Sukan
murid ke sekolah. - Kokurikulum
- Unit Beruniform
Setiap tahun, pihak sekolah perlu mengemaskini data - Koakademik
berikut sebelum tamat sesi persekolahan: 4. Ancaman • Ugutan
keselamatan • Culik
▪ Nama murid,Status warganegara,Kaum • Jalanraya
▪ Agama, Jantina, Maklumat Penjaga termasuk 5. Bencana • Ikut keluarga bercuti
pendapatan, pekerjaan, alamat, nombor telefon, dan Alam • Menghadiri majlis
maklumat majikan • Kematian
▪ • Membantu kerja ibu bapa
Proses kemaskini diutamakan buat murid Tahun 5, 6. Masalah • Pengangkutan
Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 yang akan menduduki Peribadi - Tiada kenderaan
peperiksaan besar tahun berikutnya. - Kenderaan rosak
• Bangun Lewat
Kegagalan / kelewatan guru kelas mengemaskini data • Takut
murid boleh menyebabkan murid berkelayakan - Guru- kerja sekolah tidak siap
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) tidak - Rakan - buli
dapat menerima bantuan tersebut.

KOLUMNIS: AHMAD NAJMI BIN MAT PIAH
QURANIK | ENSIKLOPEDIK | IJTIHADIK

SENARAI PENGURUS DAN
JADUAL PENUH KEJOHANAN MASSMIT 2020 JURULATIH PERTANDINGAN

1) Bola Sepak
Pengurus (A) : Muhammad Al Amin Siddik
Jurulatih (A) :Abdul Mun'im Bin Mohd
Mansor
Pengurus (B) : Zul Fakaar Bin Mat Ghani
Jurulatih (B): Ahmad Tarmizi Bin Che

Hamid


2) Bola Tampar
Pengurus (L): Fakhrul Hayyi Bin Mohamed
Jurulatih (L): Mohammad Ikram Bin Mohd
Nor
Pengurus (P): Nor Suzilaini Binti Husain
Jurulatih (P): Muhamad Aqila Bin Yusuf

3) Petanque
Pengurus (L) : Ahmad Fuad Bin Mohd Zani
Jurulatih (L) : Engku Yacob Bin Engku
Hassan

Pengurus (P) : Suharni Binti Samarudin
Jurulatih (P) : Hazizah Bt Ali

4) Sepak Takraw
Pengurus (A); Mohd Mustaffa Bin Chik
Jurulatih (A); Sayuti Bin Mat Razi
Pengurus (B); Kamal Ariffin Bin Jusoh
Jurulatih (B); Ada’ya Bin Zakaria

5. Badminton
Pengurus (A): Mohd Shahire Bin Ismail
Jurulatih (A) : Muhammad Badruzzaman
Bin Hassan
Pengurus (B): Zulfikri Bin Zakaria
Jurulatih (B): Ahmad Fathi Firdaus Bin

Isahak

6. Ping Pong (P)
Pengurus (A) : Siti Farhanah Binti Zakaria
Jurulatih (A) : Rohaizah Rohana Binti
Jusoh
Pengurus (B) : Nurliana Binti Romli
Jurulatih ( B) : W Zainuzzaman Bin Wan
Abdullah

7. Bola Jaring

Pengurus 18 : Yuhaina Binti Yunus
Jurulatih 18 : Ezzaty Syarafina
Pengurus 15 : Hasmah Binti Ali
Jurulatih 15 : Suhaila Binti Salleh

8. Ping Pong (L)
Pengurus 18 : Mohd Afizul Bin Mohd
Suhaimi
Jurulatih 18 : Abi Talhah Bin Othman
Pengurus 15 : Mohd Afizul Bin Mohd
Suhaimi
Jurulatih 15 : Ahmad Fa'iz Bin Shukeri

9.Badminton (P)
Pengurus (A): Aeisyatul Athirah Binti
Muhammad Ali
Jurulatih(A): Nahidah Binti Mat Nor
Besut Jogho Pengurus (B): Siti Nur Sakinah Jaliliy Binti
Abd. Muttalib
Jurulatih(B): Syaza Wardah Binti Abdillah

KOLUMNIS: SITI NOR ASHMAA’ BINTI MOHD HATTA
QURANIK | ENSIKLOPEDIK | IJTIHADIK

SIRI III:
MEMAHAMI MUTASYABIHAT DAN MUHKAMAT
َٰ َٰ
َٰ
َ
َٰ
ُ
ُ
ُ رَخأ َ و ِبَت ِكْلٱ ُْمأ َّنُه ٌتَمَكْحُْم ٌتَياَء ُهْنِم َ بَتِكْلٱ َكْيَلَع َلَزنأ ىِذَّلٱ َ و
ٓ

َٰ
َ
َءاَغِتْبٱ ُهْنِم َهَبَشَت اَم َنوُعِبَّتَيف ٌ ِ ُ َ َ َٰ َٰ
ٓ
غْيَز ْمهِبوُلق ىِف َنيِذَّلٱ اَّمأف ۖ ٌتَهِبَشَتُم
َٰ
ْ
ْ
ِ مْلِعْلٱ ىِف َنوُخِس َّ رلٱ َ و ۗ َّ للَّٱ َّ لَِّإ ٓۥُهَليوأَت ُ مَلْع َي اَم َ و ۗ ۦِهِليوأَت َءاَغِتْبٱ َ و ِةَنْتِفْلٱ
ٓ
ِ
ِ
ُ

۟
َّ
ُ
َٰ َ
ِبَبْل ْ لْٱ اوُل ۟ وأ ٓ َّ لَِّإ ُ رَّكذَي اَم َ و ۗ اَنِ ب َ ر ِدنِع ْ نِ م ٌّلُك ۦِهِب اَّنَماَء َنوُلوُقَي

Ayat ini menjelaskan bahawa ayat-ayat suci Al-Quran terbahagi
kepada dua.1) muhkamat,2) mutasyabihat.
Apa itu ayat-ayat muhkamat dan mutasyabihat?
Muhkamat adalah kata banyak bagi
kata muannath tunggal muhkamah. Lawan jenisnya ialah
kata muzakkar tunggal muhkam. Menurut bahasa Arab, apabila
sesuatu perkara dikatakan muhkam ia bermaksud benda yang kuat
dan kukuh yang menghalang apa-apa pencerobohan
terhadapnya.
Majduddin Fairuz Abadi, seorang tokoh bahasa Arab, menulis dalam
kitab Kamus beliau, “Ayat muhkamat ialah yang tidak perlu pada
takwil untuk menerangkanya bagi si pendengar.”
Imam Al-Qurtubi dalam kitab tafsirnya menulis, “Yang dimaksudkan
dengan muhkam ialah [ayat-ayat] yang tidak ada kekeliruan di

dalamnya dan tidak mungkin ada makna kecuali satu sahaja.”
Imam Al-Jauzi Al-Hanbali pula ketika menjelaskan beberapa
makna muhkam dalam Zad Al-Masir, “[Muhkam] itu berdiri dengan
sendiri dan tidak berhajat kepada penerangan. Menyebut yang
demikian itu oleh Qadhi Abu Ya’la menyatakan sedemikian dari
Imam Ahmad. Imam Al-Syafi`ii dan Ibn Al-Anbari pula berkata ia
adalah sesuatu yang tidak mungkin ditakwil kecuali dengan satu
makna sahaja.”
Contoh-contoh ayat muhkam, ialah firman Allah taala:

• “Allah tidak serupa sesuatu, dan Dia adalah yang Maha
Mendengar lagi Maha Melihat.” (surah Al-Syura: 11)

• “Dan tidak ada seseorang pun yang serupa dengan Allah.”
(surah Al-Ikhlas: 4)
Kedua - dua ayat di atas adalah muhkam dalam soal Allah taala
tidak menyerupai makhluk sama sekali dan yang sebaliknya juga
kerana maksudnya tidak mengandungi kesamaran.
Mengenai mutasyabihat, Imam Al-Fayyumi (Al-Misbah, ms. 304)
menulis, “Tasyabahat sama erti dengan iltabasat (kekeliruan).
Sesuatu yang tidak nyata dan tidak jelas
dan musyabahat (mutasyabih) adalah perkongsian dalam satu
makna dari beberapa makna.”

Dengan erti lain, ia adalah lafaz yang mengandungi lebih dari satu
makna. Dari sudut istilah syarak, ialah sekelian ayat dan hadis yang
seolah-olah menyerupakan Allah dengan makhluk seperti firman
Allah S.W.T :

• “Yad (Tangan) Allah di atas tangan mereka.” (surah Al-Fath: 10)

• “Al-Rahman di atas ‘arasy istawa (bersemayam).” (surah Taha:
5)

Lafaz yad dan istawa adalah lafaz mutasyabihat kerana
kededuanya seolah-olah pada zahir menyerupakan Allah taala
dengan sifat makhluk. Namun, lafaz-lafaz ini mengandungi makna
yang lebih dari satu makna yang boleh difahami dalam bahasa
Arab dan sesuai degan kebesaran dan keagungan Allah taala.
Sebagai contoh lafaz yad boleh juga bermakna rahmat dan
lafaz istawa boleh bermakna berkuasa.
Dalam hal ini, perkataan mutasyabih bukan sesuatu yang tidak
boleh difahami sama sekali. Maknanya boleh diketahui setelah ada
petunjuk yang mengalihkan maknanya yang zahir (teks asal) pada
makna yang lebih sesuai.
KOLUMNIS: ZULFIKRI BIN ZAKARIA
QURANIK | ENSIKLOPEDIK | IJTIHADIK

BICARA JIWA KAUNSELOR - SIRI 8 PROGRAM-PROGRAM ICIC MINGGU KE 10
(01 MAC- 05 MAC 2020)
Makna Sebuah Peperiksaan.
Hari khamis lepas keputusan SPM 2019 telahpun diumumkan. BIL PROGRAM TARIKH
Pasti ada yang gembira, tak kurang juga yang berduka. SIRAMAN NURANI bersama Hadi
Apapun keputusan anak-anak soleh pintar kita ini,terimalah 1. Fayyah @ Ustaz Abdul Hadi bin Hj 7 MAC 2020
dengan lapang dada dan hati terbuka. Apapun keputusan yang Mohamad - Penulis/Motivator
anak kita dapat, anak itu anak kita. Terimalah seadanya. Kursus Pembimbing Rakan Sebaya
Peluklah dia dan katakan padanya, terima kasih kerana 2 Tahap Sulong Peringkat Daerah Besut 8 MAC 2020
sentiasa berusaha untuk membahagiakan hati para guru dan
ibubapa.

Result itu bagi saya;
Tidak membawa makna cerdik atau bodoh anak-anak kita.
Usah percaya dengan bisikan ataupun bisingan yang
menyatakan bahawa jumlah A itu petunjuk qat'ie aras
kecerdikan anak-anak. Dalam mazhab pemikiran pun ada
sekurang-kurangnya 4 mazhab utama dan setiap mazhab itu
pula membahaskan cara mengukur kecerdikan dengan kaedah
yang berbeza.

Result itu bagi saya;
Hanya check point - check point kecil dalam kehidupan. Ia
sekadar cantuman lakaran kehidupan untuk dipelajari,dihayati
dan dihargai. Ia juga menuntut kepada kita untuk sentiasa
bermuhasabah dengan membaiki jalan dan kaedah . Sudah
pastinya sifat mukmin itu dia tidak akan dipatuk oleh ular dua
kali dalam lubang yang sama.Kaedah yang sama sudah pasti
tidak membuahkan hasil yang berbeza. Ajar anak untuk
sentiasa belajar memperbaiki diri.

Anak itu anak kita, peluk dia dan katakan padanya ;

"Wahai anak kesayangan ku, apabila kita telah berusaha
sedaya upaya, selebihnya kita berserah pada Allah.
Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang yang
bertawakkal kepadanya. "

Tahap pemikiran dan kecerdikan berbeza Allah bagi setiap
orang namun tahap akhlak dan adab adalah perkara yang
boleh diusahakan. Fokuskan pada pembinaan adab dan
akhlak, inshaAllah A akademik akan menyusuri.

Saya sering bagitahu kepada isteri, usah stresskan sangat
anak-anak dengan akademik yang keterlaluan. biar anak -anak
merasai kehidupan di setiap alam yang dilaluinya. Biar anak-
anak ini belajar bersosialisasi dan bermasyarakat. Saya nak
anak saya membesar sebagai manusia yang menghayati
setiap saat dan detik kehidupannya dan bukannya menjadi
"robot kecemerlangan".

Buat anak-anak sekalian, apapun result anda semalam, ingat!
sentiasa jadi manusia yang bersyukur. Kepada Allah jualah
kita mengembalikan setiap urusan, amin. Tahniah kepada
semua dan terus berusaha kepada melestari kejayaan demi
kejayaan, InshaAllah.

Cr Mohd Fakrul Rizal bin Mohamed Din
Ketua Unit
IBEST Counseling Interactive Centre (ICIC)
SM imtiaz YT Besut,
Sekolah Berprestasi Tinggi

KOLUMNIS: SUZI AZMIERA BINTI BAHRUDIN
QURANIK | ENSIKLOPEDIK | IJTIHADIK

KEHIDUPAN SEORANG HAMALATUL

QURAN (PENGHAFAZ AL-QURAN)

Sambungan intipati taujihat daripada Syeikh Abdel
Muhaimin buat para hafiz Al-Quran.:-
11. Syukurilah nikmat menghafal Al- Quran nescaya
Allah akan tambah dengan ingatan yang lebih kuat
dan terjaga dengan lebih baik hafalannya. Syukur
orang yang menghafal Al-Quran adalah dengan
istiqamah mengulangi hafalannya sebagaimana
orang kaya syukur dengan kekayaannya dengan
bersedekah

13. Jikalau dapat menghafal 10 juzuk, syukur dan
mengulang dgn bersungguh-sungguh 10 juzuk yang
kita dapat. Murajaah (mengulang) adalah tanda kita
bersyukur atas nikmat dipermudahkan oleh Allah untuk
menghafal Al-Quran

14. Jikalau kita kufur dan buat tidak endah dengan Al-
Quran dengan tidak murajaah, tidak mustahil untuk
Allah menarik balik hafazan kita. Menghafal tanpa
keberkatan, akan menyebabkan hafalan Al-Quran
akan hilang jua pada suatu hari.

15. Ulama' sains:- Ingatan ada dua iaitu ingatan
sementara dan ingatan kekal. Kalau ingatan
sementara tidak pindah ke ingatan kekal nescaya
akan lupa.

16. Banyakkan mengulang untuk memindahkan
ingatan sementara ke ingatan kekal. Ulang hafalan
yang baru dihafal (untuk tasmik keesokan hari) 15 minit
sebelum tidur, ulang sehingga tertidur.

17. Antara perkara-perkara yang menjaga hafazan kita
dari segi luaran (hissiah), dan perlu dibuat tiap-tiap
hari:-
17.1 Menghafallah Al-Quran yang bersamanya ada
keberkatan
17.2 Keberkatan: muliakan ustaz-ustaz, jaga
peraturan (disiplin) sekolah.
17.3 Sesiapa yang tidak memuliakan ustaz tiada
keberkatan ilmu padanya.
17.4 Perbuatan kita, termasuk perbuatan yang tidak
memuliakan ustaz dan bagaimana kita dapat
membuat 2 perkara yang berlainan dalam
suatu masa (menghafal dan tidak memuliakan
ustaz?)
17.5 Patuh dgn setiap suruhan guru dalam setiap
perkara yang melibatkan kebaikan dlm
menghafal (murajaah/tasmik)
17.6 Antara tanda menghormati guru:- dapat tasmik
setiap hari, ikut sukatan
17.7 Hafal bersama keberkatan menyebabkan
hafazan kita kekal buat selama-lamanya.
KOLUMNIS: MOHAMED AYUB BIN GHAZALI
QURANIK | ENSIKLOPEDIK | IJTIHADIK

AKTIVITI MINGGU INI KENALI TENAGA PENGAJAR

AL-SYAHADAH AL-ULYA ULUL ALBAB

SABTU, 7 MAC 2020 Seramai 40 orang pelajar tingkatan 4
Syahadah Ulya yang terdiri daripada pelajar lelaki dan

perempuan telah menyertai Program Kursus Asas Haji BIODATA PERIBADI
(Amali Ibadat Haji) anjuran Tabung Haji. Program ini
bertempat di Musolla Ibnu Khaldun Sekolah Kebangsaan
Nyiur Tujuh bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 12.00 NAMA: KAMAL ARIFIN BIN
JUSOH
tengahari. Turut dihadiri juga ialah bakal-bakal Jemaah haji
ALAMAT RUMAH: NO 200
yang akan mengerjakan haji tidak lama lagi. Terima kasih JLN HJ WAN LATIH 22000
juga diucapkan kepada guru pengiring Ustaz Che Mohd JERTIH,TRG
Sakimi bin Che Hamid dan Ustazah Wan Nashriah binti Wan STATUS: BERKAHWIN
Jusoh di atas kerjasama yang diberikan. ISTERI: -
KERJAYA ISTERI: -

BIL ANAK: 4 ORANG


PENDIDIKAN
Sekolah Rendah
1. Sekolah Kebangsaan Tambun, Ipoh

2. Sekolah Kebangsaan Tapah, Perak
3. Sekolah Kebangsaan Parang Puting,
Pengkalan Chepa, Kelantan

Sekolah Menengah
1. SMKA Wataniah, lubuk kawah, Jertih
2. Madrasah Darul Anuar, Pulau Melaka,
kelantan
3. Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu

Diploma

Diploma Darul Quran Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri
Terengganu

Ijazah Sarjana Muda
Ijazah Maahad Tahfiz Al-Quran Syubra, Mesir

PENGALAMAN KERJAYA
2005 - Sekolah Tahfiz Shah Alam, Syeksen 3, Selangor
2006 - 2018 - SMA Maarif, Besut, Terengganu.

2018 - kini - SM Imtiaz YT Besut, Terengganu

KHIDMAT MASYARAKAT
1. Penceramah kursus pra perkahwinan jabatan
agama Islam negeri Terengganu
2. Juri silat seni kebangsaan
3. Pegawai teknikal silat PPD Besut
4. Hakim tilawah Al-Quran MTQ
5. Pengerusi Pusat Rawatan Kecil Darussyifa'
cawangan Jertih
6. Ahli jawatankuasa Darussyifa' Negeri
Terengganu.





KOLUMNIS: MOHD FIRDAUS BIN RAMLI
QURANIK | ENSIKLOPEDIK | IJTIHADIK

BAHASA MELAYU : KESALAHAN EJAAN DAN PEMBETULANNYA

SALAH BETUL SALAH BETUL
auto matif automotif lojik logik
audien audiens losyen losen
agreget agregat letrik elektrik
arithmetik aritmetik lojistik logistik
agen (wakil) ejen (wakil) maksima maksimum
manfaat
manafaat
ampangan empangan masaalah masalah
aked arked mee mi
akitek arkitek mekanisma mekanisme
analisa analisis mencatit mencatat
atlit atlet mengenengahkan mengetengahkan
atnik etnik megenepikan megetepikan
anggrik anggerik mengujudkan mewujudkan
baucer baucar mengwujudkan mewujudkan
bistari bestari mentera mantera
bowling boling merbahaya berbahaya
buffet bufet minima minimum
munshi
munsyi
bumiputra bumiputera nasionalisma nasionalisme
buroh buruh odit audit
calun calon oditorium auditorium
cocok (tusuk) cucuk (tusuk) optima optimum
cucuk (sesuai) cocok (sesuai) organisme organisma
catit catat otomatik automatik
cendiawan cendekiawan otomobil automobil
cop cap (cetak) pamir pamer
dasyhat dahsyat paspot pasport
dialog dialog patriotisma patriotisme
definasi definisi pehak pihak
pelancong
pelancung
deligasi delegasi pemerosesan pemprosesan
deraf draf pemilekan pemilikan
durhaka derhaka pengembala penggembala
efisyen efisien pengemblengan penggemblengan
ekur ekor pensil pensel
ehsan ihsan perabut perabot
engzos ekzos perihatin prihatin
ekslusif eksklusif perlaburan pelaburan
ekspot eksport perlancaran pelancaran
ekspress ekspres perletakan peletakan
emel e-mel pertunjukkan pertunjukan
pesaraan
persaraan
engkar ingkar pesiaran persiaran
fadhilat fadilat plan pelan
fax faks profession profesion
faksimili faksimile prosidur prosedur
Febuari Februari
gembeling / gembleng
gembeleng



KOLUMNIS: AHMAD NAJMI BINTI MAT PIAH
QURANIK | ENSIKLOPEDIK | IJTIHADIK

.








Bilangan pelajar Terengganu yang cemerlang
dalam PISA 2018 meningkat seperti berikut :

1) SM IMTIAZ BESUT : 32 orang
2) SMK BINJAI : 11 orang
3) SMK BUKIT KUANG : 7 orang
4) SMK DATO’ RAZALI : 8 orang


























K O L UMNI S: S IT I N O R A S H M A A ’ B IN T I M O H D H A TT A
KOLUMNIS: SITI NOR ASHMAA’ BINTI MOHD HATTA
QURANIK | ENSIKLOPEDIK | IJTIHADIK

IHTIRAM GURU : MODUL JATI DIRI










PROGRAM SUMUR MINGGU INI
INI













































KOLUMNIS: ZAINAB BINTI MOHD NAWAWI
QURANIK | ENSIKLOPEDIK | IJTIHADIK

BIOLOGI WANITA













“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad)
mengenai haid. Katakanlah: Darah haid itu suatu
kotoran. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan

diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri
kamu) ketika haid, dan janganlah kamu hampiri mereka
(untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Apabila
mereka sudah bersuci maka datangilah mereka seperti
yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu.”



Keunikan ayat ini bukan sahaja pada gaya bahasa yang
tinggi tentang perkara yang berkaitan dengan seksual,
malah keunikannya dapat dilihat melalui aspek kesihatan
mengenai wanita haid yang tidak dibenarkan untuk
membuat hubungan kelamin dalam tempoh tersebut.

Walaupun kitaran haid merupakan proses semulajadi
bagi seseorang wanita, namun ia menyebabkan wanita
berkenaan mengalami situasi tidak selesa dan terdedah

kepada gangguan emosi.

Sistem pembiakan wanita pada waktu tersebut juga
terdedah kepada banyak masalah kerana alat kelamin
ketika itu terbuka dan terdedah kepada pencerobohan

pelbagai jenis kuman. Oleh itu, melakukan perhubungan
pada masa berkenaan boleh membawa kepada radang
ovari yang mengakibatkan kemandulan. Bagi lelaki pula,

akibat melakukan perhubungan kelamin dengan wanita
haid boleh mengalami jangkitan yang boleh membawa

kepada radang bahagian alat kelamin.

Maka tidak diragui lagi, melakukan hubungan pada

waktu haid merbahaya kepada kedua-dua belah pihak
sama ada lelaki atau wanita. Inilah panduan al-Quran
yang diberikan kepada manusia supaya memberi

sepenuh komitmen bagi menjaga kesihatan dan
keselamatan. Ia juga membuktikan bahawa Allah itu
pengasih kepada hamba-hambaNya.



KOLUMNIS: SITI NOR ASHMAA’ BINTI MOHD HATTA
QURANIK | ENSIKLOPEDIK | IJTIHADIK

KOLUMNIS: SUZI AZMIERA BINTI BAHRUDIN
QURANIK | ENSIKLOPEDIK | IJTIHADIK

QURANIK | ENSIKLOPEDIK | IJTIHADIK


Click to View FlipBook Version