The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by habsahhassan, 2019-12-28 11:08:05

Minit Mesyuarat Induk Kurikulum Kali KE 4 2019

Minit Mesyuarat Induk Kurikulum Kali KE 4 2019







SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA KUALA MUDA
08500 KOTA KUALA MUDA,
KEDAH, DARUL AMAN.








MINIT MESYUARAT INDUK KURIKULUM

KALI KE EMPAT 2019











Tarikh : 18 November 2019

Hari : Rabu

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik Tayangan

Pengerusi : Pn. Sabariah bt Jumri
























1

Minit Mesyuarat Induk Kurikulum Kali KE 4 2019


Agenda:

1.0 Ucapan Pengerusi
2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat

3.0 Perkara Berbangkit

4.0 Analisis Peperiksaan Akhir Tahun/UPSR 2019
5.0 Kajian Semula Semua Program dan Projek :

Pelaporan Daripada Semua Panitia
6.0 Perancangan Tahun 2020

6.1 Agihan Tugas Mengajar

6.2 Jadual Waktu
6.3 Anggaran Perbelanjaan/Pembelian

6.4 Agihan Tugas Kurikulum

6.5 Bilik-bilik Khas
6.6 Kursus

6.7 Sesi Persekolahan

7.0 Perancangan Program Peningkatan Akademik
Tahun 2020

8.0 Semakan Stok
9.0 Semakan Tugas Sebelum Bercuti Akhir Tahun

10.0 Hal-Hal Lain

11.0 Ucapan Penangguhan





















2

Minit Mesyuarat Induk Kurikulum Kali KE 4 2019



Kehadiran:
1. Pn. Sabariah bt Jumri PK Pentadbiran
2. Pn. Salina bt Mat Said @ Said PK Hal Ehwal Murid
3. En. Izwan bin Abd Rahim PK Ko Kurikulum
4. Pn. Noraida bt Ahmad PK Pendidikan Khas
5. Pn. Habsah bt Hassan Setiausaha Kurikulum
6. Pn. Noor Lida binti Abdullah KP BM
7. Pn. Laiatulzulfaridah binti Zakaria KP Bahasa Inggeris
8. En. Burhanuddin bin Wahab KP Matematik
9. En. Hazle Halme bin Abdul Halim KP Sains
10. En. Mohd Ridhuan bin Abd Aziz KP P. Islam
11. En. Izhar bin Bahari KP RBT
12. En. Azman bin Mohamed KP PJ
13. En. Khairil bin Ishak Penyelaras Bestari
14. En. Elias bin Mohamad KP Bahasa Arab
15. En. Abd. Ghony bin Mohd Salim Guru Data
16. En. Zulkifli bin Zainudin Guru Pemulihan
17. Pn. Sumarni binti Ibrahim S/U UPSR
18. Pn. Noraini binti Harun Penyelaras PSS/KP Muzik
19. Pn. Rosnani binti Ismail S/U Peperiksaan
20. Pn. Noor Azlina bt Abdul Razak S/U Ithink
21. Pn. Wan Maizatul Norhashidah bt Ton Harun KP Pendidikan Seni Visual
22. Pn. Soleha binti Husin Penyelaras LINUS
23. Pn. Yusni binti Mustafa Guru Pra Sekolah


Turut Hadir:
1. En. Md Rosidi bin Saad Penasihat























3

Minit Mesyuarat Induk Kurikulum Kali KE 4 2019


1.0 Ucapan Pengerusi.


1.1 Pn. Sabariah mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru

dalam mesyuarat kurikulum kali terakhir bagi sesi 2019.
1.2 Pn. Sabariah mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana

telah menjalankan amanah yang diberi dalam tahun semasa dengan

baik dan berharap dapat memberi komitmen yang lebih cemerlang di
tahun hadapan.

(makluman)

2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat.

2.1 Pn. Habsah selaku setiausaha Kurikulum SK. Kota Kuala Muda
membentangkan minit mesyuarat lalu.

2.2 Pn. Nor Lida mencadangkan pengesahan minit mesyuarat.

2.3 Pn. Rosnani menyokong cadangan pengesahan mint mesyuarat.

(makluman)

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Perkara V , 1 (1.1), pengerusi meminta ketua panita membentangkan
keputusan ujian atau peperiksaan secara ringkas dalam mesyuarat.
3.2 Perkara V, 3 (3.1), pengerusi meminta guru-guru merujuk kepada
setiausaha kurikulum mengenai headcount mata pelajaran.


(semua guru )


4.0 Analisis Peperiksaan Akhir Tahun/UPSR 2019

4.1 Pengerusi meminta semua guru membuat analisis peperiksaan akhir tahun
dan diserahkan kepada ketua panitia untuk di simpan dalam fail panitia.
4.2 Pengerusi memaklumkan akan ke Pejabat Pendidikan Daerah awal pagi
esok untuk mengambil slip peperiksan UPSR.
4.3 Pengerusi meminta semua guru melekatkan pelaporan PBD dalam buku
RPH.

(semua guru )







4

Minit Mesyuarat Induk Kurikulum Kali KE 4 2019


5.0 Kajian Semula Semua Program dan Projek : Pelaporan Daripada Semua
Panitia.

5.1 Pengerusi meminta semua guru berbincang dalam panitia tentang semua
program dan projek yang telah dijalankan dalam tahun 2019.
5.2 Pengerusi meminta Ketua Panita mengambil laporan Program dan projek
yang dijalankan dalam panitia.

(semua guru )

6.0 Perancangan Tahun 2020

6.1 Agihan Tugas Mengajar
6.1.1 Pengerusi telah mengagihkan tugas mengajar mengikut
kepakaran dan kesesuaian semua guru.

6.2 Jadual Waktu
6.2.1 Pengerusi mengedarkan perancangan jadual waktu sesi 2020
sebagai langkah persediaan awal bagi guru menyediakan DSKP
dan RPT.
6.2.2 Pengerusi memaklumkan bahawa jadual sebenar akan diberi
semasa mesyuarat guru kali pertama sesi 2020.
6.2.3 Pengerusi memaklumkan bahawa cadangan guru mengajar bagi
sesi 2020 akan cuba dipertimbangkan sebaik mungkin. Sekolah
akan kekurangan guru Bahasa Cina kerana masih belum dapat
pengganti.

6.3 Anggaran Perbelanjaan/Pembelian.


6.3.1 Pengerusi meminta semua guru yang masih menyimpan bil atau
resit yang masih belum dituntut menyerahkan kepada kerani.
6.3.2 Pengerusi memaklumkan bahawa anggaran perbelanjaan boleh
dirancang melalui semakan stok panitia yang telah dibuat.

6.4 Agihan Tugas Kurikulum.
6.4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa agihan tugas bidang
kurikulum pada sesi 2020 akan mengikut kesesuaian dan
kesamarataan dalam pembahagian tugasan.

6.5 Bilik-bilik Khas
6.5.1 Pengerusi meminta semua guru menyerahkan kunci bilik-bilik
khas ke pejabat sebelum cuti sekolah.
6.5.2 Pengerusi meminta penyelaras bilik-bilik khas memastikan bilik
telah dikemaskan.





5

Minit Mesyuarat Induk Kurikulum Kali KE 4 2019



6.6 Kursus
6.6.1 Pengerusi meminta guru yang menghadiri kursus Semakan
DSKP Tahun 4 menyebarkan kepada guru-guru dalam panitia.
6.6.2 Pengerusi juga meminta guru yang menghadiri kursus
menyerahkan minit curai kepada pihak pentadbir.

6.7 Sesi Persekolahan
6.7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa sesi persekolahan 2020 akan
bermula dengan penjualan buku pada 22 dan 23 Disember.
Mesyuarat Guru pada 29 Dis dan Pendaftaran semula murid
Tahun 2 hingga 6 pada 30 Disember.
6.7.2 Pengerusi meminta semua guru hadir pada tarikh tersebut.

(semua guru )

7.0 Perancangan Program Peningkatan Akademik Tahun 2020.

7.1 Pengerusi meminta semua guru dalam panitia membincangkan program
peningkatan akademik secara menyeluruh kepada semua murid.
7.2 Pengerusi meminta program peningkatan guru seperti PLC dijalankan
dengan lebih kerap dan didokumentasikan.
7.3 En. Hazle Halme mencadangkan supaya program lawatan sambil belajar
dapat dijalankan awal pada tahun hadapan. Ini kerana ia dapat memberi
pendedahan awal kepada murid terutama murid tahun 6 dalam
menghadapi peperiksaan UPSR yang akan datang. Pengerusi juga
memaklumkan dengan adanya program lawatan ini, secara tidak langsung
memberi ilmu dan pengalaman sedia ada kepada murid dalam
matapelajaran Sains ini.
7.4 En. Burhanuddin mencadangkan supaya meletakkan penyelaras program
bagi setiap projek yang dirancang pada tahun 2020 supaya dapat
menguruskan dan merancang projek lebih awal.
7.5 Pn. Salina meminta penyelaras projek menyediakan kertas kerja lebih

awal.

(semua guru )













6

Minit Mesyuarat Induk Kurikulum Kali KE 4 2019


8.0 Semakan Stok

8.1 Pengerusi meminta semua ketua panitia menyemak stok ABM dan BBM
panitia sebelum sesi persekolahan 2019 ditamatkan.
8.2 Pengerusi meminta Ketua Panitia menyerahkan Buku Stok Panitia yang
telah dikemaskini untuk di semak.
8.3 Pengerusi menyatakan bahawa semakan stok ini adalah bertujuan untuk
mengenalpasti stok yang diperlukan untuk kegunaan tahun 2020.

(ketua panitia dan setiausaha )



9.0 Semakan Tugas Sebelum Bercuti Akhir Tahun.

9.1 Pengerusi meminta semua ketua panitia dan unit memastikan fail-fail
dikemaskini sebelum cuti.
9.2 Pengerusi meminta ketua panitia memaklumkan kepada ahli panita supaya
menyerahkan borang budaya tutup sekolah bersama bahan kepada
pentadbir.

(semua guru )

10.0 Hal-Hal Lain.

10.1 Pengerusi meminta ketua panitia memaklumkan kepada ahli panita
supaya menyerahkan borang budaya tutup sekolah bersama bahan
kepada pentadbir.
10.2 Pengerusi memaklumkan bahawa Buku /Fail Rekod Pengajaran Harian
perlu diserahkan kepada pentadbir.
10.3 En. Hazle menyampaikan pesanan Pn. Rosadah yang meminta guru-
guru yang menggunakan bilik sains memastikan kebersihan bilik sains
dijaga sebelum meninggalkan bilik sains tersebut. Kerusi-kerusi perlu
diangkat dan diletakkan di atas meja selepas menggunakan bilik sains
tersebut.

(semua guru )













7

Minit Mesyuarat Induk Kurikulum Kali KE 4 2019


11.0 Ucapan Penangguhan

11.1 Pengerusi menangguhkan mesyuarat kali ke empat dan terakhir bagi
sesi 2019 pada jam 3.30 petang.
11.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen semua
guru dalam menjalankan tugas yang di amanahkan.
11.3 Pengerusi berharap semua guru akan berusaha meningkatkan prestasi
kerja pada tahun hadapan.

(makluman )




Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

________t.t________ ______t.t__________
(Pn. Habsah bt Hassan) (Pn. Sabariah bt Jumri)
S/U Kurikulum Penolong Kanan Kurikulum
SK. Kota Kuala Muda SK. Kota Kuala Muda





































8

Minit Mesyuarat Induk Kurikulum Kali KE 4 2019











Sekian










Terima kasih































































9


Click to View FlipBook Version