The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

4 Nota SEJARAH Ting 1-1-76-25-30

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU HIDAYAH@YAYA, 2021-10-11 01:27:13

BAB 4: MENGENALI TAMADUN

4 Nota SEJARAH Ting 1-1-76-25-30

BAB 4

MENGENALI TAMADUN

4.1 MAKSUD TAMADUN

Pada umumnya, tamadun ditakrifkan sebagai suatu
pencapaian tertinggi oleh sesuatu masyarakat dalam pelbagai
bidang.

 Dari segi pengertian bahasa, perkataan tamadun (civilisation) BAHASA
diambil daripada perkataan Yunani, iaitu “civitas” yang YUNANI

Bermaksud bandar atau kota.
 Tahap kemajuan dalam kehidupan masyarakat dicapai

dalam bidang kebudayaan, sains, industri dan sistem kerajaan

 Dalam bahasa Inggeris, tamadun disebut civilisation, BAHASA
iaitu tahap pembangunan manusia dan organisasi yang INGGERIS
dianggap paling maju.

 Perkataan tamadun dalam bahasa Arab ialah mudun, madain BAHASA
dan madana, yang bermaksud tinggi budi bahasa dan ARAB
Pembukaan bandar.

 Istilah lain yang sama pengertiannya ialah hadharah dan

hadari.

 Dalam bahasa Melayu, tamadun bermaksud suatu peradaban BAHASA
yang merujuk kepada pencapaian kemajuan masyarakat dari MELAYU
segi kebendaan serta perkembangan pemikiran meliputi
bidang sosial, budaya, politik dan lain-lain yang tinggi.

4.2 KONSEP TAMADUN

SUDUT PANDANGAN ISLAM

 Konsep tamadun dalam Islam dibina
atas kerangka Islam sebagai al-Din
( cara hidup)

 Tamadun mengikut pandangan Islam
merangkumi pembangunan lahiriah dan
rohaniah yang berasaskan nilai dalam
pendidikan seperti yang disarankan
oleh al-Quran dan hadis serta ajaran
Nabi Muhammad SAW.

IBN KHALDUN
 Tokoh awal yang membicarakan tentang

konsep tamadun Islam.
 Beliau memperkenalkan konsep tamadun,

iaitu “umran” dan “hadharah” yang
digunakan dalam bukunya yang bertajuk
Muqqadimah.

SYED MUHAMMAD NAQUIB  SUDUT PANDANGAN BARAT
AL-ATTAS 
 Berpendapat tamadun ialah keadaan Dalam tradisi Barat, istilah
“civilisation” digunakan bagi
kehidupan insan bermasyarakat yang menggambarkan tahap sesuatu
telah mencapai taraf kehalusan masyrakat atau budaya yang kompleks.
tatasusila dan kebudayaan yang luhur Masyarakat bertamadun diukur melalui
bagi seluruh masyarakatnya. pencapaian ilmu dan teknologi,
ekonomi, struktur politik,
 kemasyarakatan dan petempatan di
kawasan perbandaran.
ARNOLD J. TOYNBEE Bagi masyarakat barat, tamadun
 Menjelaskan tamadun sebagai suatu sistem dikaitkan dengan pembangunan
lahiriah terutamanya dalam bidang
masyarakat yang memperkasakan sistem kebudayaan seperti kesenian, penulisan,
politik, ekonomi, sosial serta kesenian dan undang-undang dan perbandaran.
kebudayaan.

43. CIRI-CIRI TAMADUN AWAL
DUNIA

1. PERTANIAN DAN PERDAGANGAN
 Kehidupan masyarakat tamadun awal mulai berkembang apabila terdapat
kegiatan pertanian.
 Penciptaan pelbagai peralatan, pembinaan saliran, penciptaan kincir angin dan
pembinaan teres di tanah tinggi telah menggalakkan kegiatan pertanian dalam
kalangan masyrakat.
 Perkembangan ini seterusnya telah mewujudkan kegiatan perdagangan.
 Pertama, perdagangan tempatan dan kedua perdagangan jarak jauh

Ilustrasi menunjukkan kegiatan perdagangan
pada zaman Mesir Purba.

2. SISTEM PEMERINTAHAN
 Kerajaan telah dibentuk untuk menguruskan pemerintahan kota yang

berkembang pesat kesan daripada pembentukan bandar.
 Pada peringkat awal, pemerintah negara-kota diketuai oleh pendeta tetapi

kemudiannya raja mengambil alih peranan sebagai pemerintah.
 Raja telah dibantu oleh pegawai daripada golongan bangsawan dan pendeta

memerintah negara-kota. Selain itu, bagi melincinkan urusan pentadbiran
negara, undang-undang telah dibentuk.

3. PEMBENTUKAN BANDAR

 Perkembangan dalam bidang pertanian menyebabkan manusia mula membina
petempatan kekal.

 Kewujudan petempatan kekal di sesebuah kawasan bermula dengan kampung.
Apabila berlaku pertambahan penduduk, kawasan kampung berkembang dan
disatukan membentuk bandar.

 Bandar mempunyai jumlah penduduk yang lebih ramai dan mempuyai
pelbagai latar belakang.

 Pada peringkat awal, bandar menjadi pusat kegiatan politik, ekonomi dan
kebudayaan bagi kawasan sekitarnya.

 Kemudian, bandar berkembang menjadi institusi sosial dan ekonomi yang
tersusun, yang menjadi asas kepada kelahiran tamadun awal dunia.

Gambaran sebuah bandar
pada zaman Tamadun
Indus.

4. PENGKHUSUSAN PEKERJAAN

 Perkembangan pesat bandar telah meningkatkan jumlah penduduk.
 Hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan pengkhususan dalam bidang

pekerjaan.
 Terdapat lebih banyak peluang pekerjaan baharu, seperti pengutip cukai,

jurutera yang mengawal sistem pengairan sungai, tentera, petani yang bekerja
di sawah, dan mereka yang bekerja dalam bidang pentadbiran.
 Kumpulan artisan pula menumpukan masa mereka dalam kerja mengukir,
menempa besi dan tembikar. Selain itu, saudagar dan pedagang bertukar-tukar
barangan yang dihasilkan oleh golongan artisan.

5. TEKNOLOGI

 Kemahiran dalam bidang teknologi oleh masyarakat tamadun awal telah
menghasilkan penciptaan barangan dan monumen serta hasil pertukangan.

 Sebagai contoh, Tamadun Mesir Purba terkenal dengan pembinaan piramid
dan sfinks, manakala Tamadun Indus pula terkenal dengan pembinaan
negara-kota Mohenjo-Daro.

 Penggunaan teknologi dalam pembuatan logam tembaga, gangsa dan besi pula
menghasilkan peralatan seperti bajak untuk pertanian.

 Selain itu, penciptaan roda telah membantu penggunaan kereta kuda dan
kereta lembu untuk tujuan mengangkut hasil pertanian dan perhubungan
penduduk.

6. ORGANISASI SOSIAL
 Dalam masyarakat Mesir Purba, kemunculan institusi dan golongan pekerja

telah mewujudkan kelas sosial.
 Kelas sosial berasaskan jenis pekerjaan, kekayaan dan pengaruh.

Susunan struktur sosial pada
zaman Mesir Purba.

7. AGAMA DAN KEPERCAYAAN
 Masyarakat tamadun awal mempercayai banyak tuhan. Antara tuhan yang
disembah termasuklah tuhan bulan, matahari, ibu dan sungai.
 Terdapat institusi agama yang mengurus upacara keagamaan, seperti korban
binatang atau mempersembahkan makanan kepada kuasa roh.
 Tempat ibadat yang besar dibina sebagai tanda menghormati tuhan.
 Di Mesir misalnya, penduduk mempercayai kehidupan selepas kematian.

Lakaran daripada Book of the Dead yang menunjukkan orang yang
mati bersama-sama isterinya memerhatikan penimbang keadilan
sedang menimbang perlakuannya semasa hidup.

8. TULISAN DAN PENYIMPANAN
REKOD

 Sistem tulisan mula lahir kira-kira 5,000 tahun lalu.
 Penciptaan tulisan penting bagi membezakan kehidupan Zaman Prasejarah dan

sejarah.
 Kemudian, manusia mencipta sistem tulisan yang lebih baik menggunakan

abstrak simbol bagi mewakili pelbagai bentuk idea.
 Kelahiran tulisan membolehkan manusia menyimpan rekod dan pekara

penting tentang masyarakat dan diri mereka.
 Tulisan pertama menggunakan sistem piktograf atau simbol gambar.

Bentuk Piktograf dalam tulisan kuneiform Tulisan zaman Dinasti Shang
yang digunakan semasa Tamadun pada tulang haiwan.
Mesopotamia.

9. KESENIAN DAN KESUSASTERAAN

 Masyarakat pada zaman tamadun awal melahirkan hasil sastera dan seni bina
yang mengagumkan.

 Gaya dan teknik yang digunakan oleh artis menggambarkan setiap budaya
tamadun masing-masing.

 Artis menghasilkan ciptaan berupa patung dan lukisan tuhan dan dewa,
pahlawan dan pemerintah. Apabila penggunaan tembaga meluas,
patung-patung dicipta menggunakan tembaga.


Click to View FlipBook Version