PERBEZAAN MAKANAN TRADISIONAL ANTARA MASYARAKAT MELAYU, CINA DAN INDIA E-MAJALAH KUMPULAN MALAYSIA
1.Cheah Kai Chao 299706 2.Fong Pui Yeng 299693 3.Tung Zi Fung 299694 4.Liew Jiat Ni 299639 5.Liow Xin Yong 299710 6.Azfar Raziq bin Amran 299665 7.Nuha Fahmida binti Syamsuri 299670 8.Hernisha A/P Murugan 299738 9.Nurul Erryna binti Badri 299769 10.Nur Irdina Izati binti Zakaria 299791 KUMPULAN MALAYSIA (7)
ISI KANDUNGAN PENGENALAN 01 KUIH KALALATAR Latar belakang Bahan diperlukan Proses pembuatan 02-06 TANGYUAN 07-12 TOSAI 13-17 SEBAB MAKANAN TRADISIONAL SEMAKIN DILUPAKAN 18 LANGKAH MENGATASI 19 20 KESIMPULAN 21 RUJUKAN Latar belakang Bahan diperlukan Proses pembuatan Latar belakang Bahan diperlukan Proses pembuatan
PENGENALAN KUIH KALAKATAR- MASYARAKAT MELAYU TANG YUAN- MASYARAKAT CINA TOSAI- MASYARAKAT INDIA MAKANAN TRADISIONAL MALAYSIA 1
KUIH KALAKATAR Sejenis kuih tradisional yang berasal dari masyarakat Melayu. Nama lainnya Bingka Kelapa Muda, berasal daripada negeri Perak khususnya di Perak Utara. Kosmo (2023) mengatakan bahawa perkataan Kalakatar itu terdiri daripada dua perkataan berbeza iaitu Kala yang bermaksud ketika dan Katar yang bermaksud panas. Seperti yang sedia maklum, sesuatu makanan yang terhasil, sudah pastinya amat lazat untuk dinikmati ketika makanan tersebut masih dalam keadaan panas. Begitu juga dengan Kalakatar. Sejarah Kuih Katakalar tidak boleh ditelusuri secara tepat, tetapi kuih tradisional ini telah menjadi sebahagian daripada warisan kuliner Melayu yang berusia puluhan atau mungkin ratusan tahun. Azman Sulaiman (2020) mengatakan bahawa kuih Kalakatar ini walaupun masyhur dalam kalangan Masyarakat Banjar di Perak daerah Kerian Utara, namun pengasasnya masih lagi tidak diketahui secara spesifik. Tiada kisah lagenda, hikayat atau Sejarah asli yang menceritakan perihal asal usul sajian istimewa ini. Walaupun pengasasnya masih kekal misteri, namun, masyarakat tempatan masih lagi mengekalkan sajian warisan yang unggul ini dan diangkat sebagai sajian utama pada masa yang tertentu. Makanan Tradisional Masyarakat Melayu 2
MASA YANG SESUAI UNTUK DIHIDANG KAN Namun, memandangkan sajian unik ini amat sukar untuk didapati pada abad ini, kuih Kalakatar lazimnya dapat dilihat tersedia dijamu di atas meja makan tatkala musim Perayaan Aidilfitri mula menjelma. Kalakatar sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa sahaja. Bermulanya terbit sinar Sang Suria beralih ke senja malah sehingga malam mula menaiki takhta. Kalakatar sesuai dinikmati mengikut pilihan masyarakat. Dalam erti kata lain, tiada waktu yang khusus untuk sajian enak ini. Ketika ini, kuih Kalakatar dapat dilihat di mejameja kebanyakan rumah masyarakat Melayu beragama Islam yang menyambut perayaan ini. 3
BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMASAK KATAKALAR 2 cawan air kelapa muda yang diperolehi daripada 2 biji kelapa muda yang besar saiznya. 1. Isi kelapa muda (kuantiti terpulang mengikut citarasa masing-masing) 2. 2 cawan tepung gandum sebarang jenama 3. 4. Sedikit garam secukup rasa (½ piring) Gula secukupnya untuk menaikkan rasa lemak manis kelapa 5. 6. 1 biji telur ayam 4
PROSES PEMBUATAN KATAKALAR Satukan air kelapa muda, tepung gandum, garam, gula dan telur ayam ke dalam bekas atau mangkuk yang besar. Gaulkan semua bahan tersebut hingga sebati dan larut. Tapiskan adunan tersebut dengan penapis untuk mengelakkan adunan berketul-ketul. Masukkan isi kelapa ke dalam adunan yang ditapis. 5
Sediakan loyang yang telah disapu ratakan dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan Kalakatar ke dalam loyang tersebut. Bakar menggunakan kaedah api atas bawah pada suhu 180°C selama 1 jam Bakar semula menggunakan api atas selama 20 minit bagi merangupkan tekstur permukaan Kalakatar. Biarkan sekejap diluar selamat 20 minit dan boleh dihidangkan semasa Kalakatar dalam keadaan suam. 6
TANG YUAN Sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Dalam sejarah, terdapat beberapa nama-nama yang berbeza telah digunakan untuk merujuk kepada tangyuan. Semasa zaman pemerintahan Maharaja Yongle dari Dinasti Ming, namanya dirasmikan sebagai “YuanXiao” yang berasal dari perayaan Chap Goh Meh, digunakan di bahagian China Utara. Walau bagaimanapun, di China Selatan , ia dipanggil “TangYuan” atau “TangTuan”. Lagenda mengatakan bahawa semasa pemerintahan Yuan Shikai dari tahun 1912- 1916, mereka tidak menyukai nama yuanxiao kerana ia kedengaran seperti "mengeluarkan Yuan". Oleh itu, mereka menukarkan namanya kepada tangyuan. Nama baru ini secara harfiahnya bermaksud "bola bulat dalam sup". Tangtuan juga membawa erti yang sama iaitu "ladu bulat dalam sup". Dalam kedua-dua dialek utama Cina mereka iaitu Hakka dan Kantonis, "tangyuan" disebut sebagai "tong rhendantong jyun". Istilah "tangtuan" (Hakka:tong ton, Kantonis:tong tyun) lazimnya tidak digunakan dalam dialek ini. Makanan Tradisional Masyarakat Cina PAGE 21 7
MASA YANG SESUAI UNTUK DIHIDANGKAN Secara tradisi, tangyuan dimakan ketika perayaan Yuanxiao, atau Chap Goh Meh. Walau bagaimanapun, bebola pulut melambangkan perjumpaan keluarga yang lebih baik, dan makan bebola pulut bermakna kebahagiaan keluarga dan pertemuan semula pada tahun baru, jadi ia adalah makanan istimewa yang mesti dimiliki semasa Pesta Tanglung pada hari kelima belas bulan lunar pertama. Di beberapa kawasan di selatan, orang ramai juga biasa makan pulut berbanding ladu semasa Pesta Musim Bunga. Tang Yuan adalah adat tradisional. Ada pepatah orang ramai mengatakan " makan sebiji tang yuan menjadikan anda satu tahun lebih tua " 8
BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMASAK TANG YUAN Tepung Pulut Daun pandan Gula 9
PROSES PEMBUATAN TANG YUAN Masukkan tepung pulut dan buatkan satu lubang di tengah. Tuangkan sedikit air. Menggaulkan tepung sehingga tidak melekat tangan. Letakkan sedikit pelekat warna jika perlu. 10
Mengguli doh sehingga menjadi bulat kecil. Masukkan Tang Yuan ke dalam peti sejuk. Ikat daun pandan yang panjang. Letakkan dua sudu gula dalam air mendidih. Masukkan daun pandan dan mengacau. 11
Masukkan Tang Yuan. Menunggu sehingga air mendidih lagi. Pastikan semua Tang Yuan telah masak. Keluarkan Tang Yuan. Akhirnya, Tang Yuan telah siap untuk dinikmati. 12
TOSAI Makanan Tradisional Masyarakat India PAGE 21 Menurut sejarawan P. Thankappan Nair, Tosai dikatakan berasal tepat dari banar Udupi kini terletak di negeri Karnataka moden. K. T. Achayapula mengusulkan kewujudan sajian tersebut dipetik dalam persuratan lama Tamilagam sekitar abad pertama Masihi. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli. Tosai merupakan hidangan tradisi kaum India dan di sesetengah negeri di India, tose merupakan makanan ruji penduduk tempatan. Lazimnya, tosai dihidangkan untuk sarapan bersama dengan aneka jenis kuah (sebagai perasa sampingan). Sejarah asal Tosai ini berasal daripada Tamil Nadu, iaitu di negara India. Bagi anda yang mengamalkan diet yang sihat, Tosai boleh dijdikan sebagai makanan diet anda .Ini kerana Tosai adalah makanan yang rendah kolestral dan sekiranya anda masak menggunakan kuali tak melekat (non-stickable pan) ianya boleh menghindarkan lemak kosong peratus. 13
MASA MAKANAN TOSAI DIHIDANGKAN Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam. Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya, sambar, sambal dari buah-buahan, acar india, kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai, ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup. MAS14
BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMASAK TOSAI 1 cawan kacang ulunthu 2 cawan beras 1 sudu kecil halba 1 sudu kecil garam 1 cawan nasi sejuk 151 1
PROSES PEMBUATAN TOSAI 1. Basuh kacang ulunthu, beras dan halba,kemudian rendam semalaman. 2. Toskan ulunthud dan beras yang direndam, kisar bersama nasi sejuk dengan sedikit air. Kisar sehingga betul- betul halus, kemudian masukkan garam. 3. Masukkan adunan itu dalam bekas yang besar dan peram semalaman. 4. Biasanya adunan akan bertambah dua kali kuantiti yang asal selepas diperam. 16
6. Tutup permukaan tosei dengan untuk memastikan bahagin atas masak. Api dapur perlu sentiasa dijaga. Tosei masak dengan cepat (1-2 minit), 7. Keluarkan tosei anda dan lipat. Tosei boleh makan dengan kuah dhal, kari, dan chutney kelapa. 5. Panaskan kuali leper, lenserkan minyak pada kuali. Cedok penuh adunan dengan senduk dalam dan tuang di tengah kuali leper. Kemudian buat putaran menggunakan bawah senduk sehingga tepung anda menjadi nipis dan bulat. 17
SEBAB MAKANAN TRADISIONAL SEMAKIN DILUPAKAN Tiada resepi standard. Masalah utama yang dihadapi adalah apabila resepi keluarga tidak di selaraskan. Kebanyakan resepi ini tidak disukat dengan unit yang selaras dan menggunakan sukatan cawan. Jadi, apabila generasi akan datang mahu memasak mereka menghadapi kesukaran kerana menggunakan alat sukatan yang tidak selaras. Mengambil masa yang lama Kebanyakan kuih muih mengambil masa yang lama untuk disediakan. Ramai golongan sekarang sibuk dengan kerjaya dan sukar bagi mereka meneruskan tradisi ini. Tiada kemahiran Kebanyakan muda mudi semakin malas untuk mengasah bakat di dalam masakan. Oleh itu, bakat atau kemahiran yang terpendam tidak dapat dicungkil. Muda mudi lebih gemar untuk membeli dan menikmati makanan segera yang lebih cepat. Sukar mencari bahan-bahan tempatan Kebanyakan bahan seperti ubi kayu, pisang sukar didapati di sesetengah tempat terutamanya di kawasan bandar. Jadi, proses mencari bahan-bahan utama untuk memasak mengambil masa yang lama dan menyebabkan ramai orang mengambil langkah mudah dengan hanya membeli kuih yang dijual 1 3 2 4 18
LANGKAH MENGATASI MASALAH 1 2 Mengadakan pertandingan masakan makanan tradisional Pertandingan sebegini dapat menarik minat orang ramai untuk mempelajari cara-cara untuk menyediakan masakan tersebu. Hadiah lumayan yang ditawarkan juga sudah pasti menambahkan lagi keinginan mereka untukmenjadi juara. Pertandingan akan menjadi lebih meriah jika dijalankan di lokasi tumpuan pelancong yang sememangnya ingin mengetahui adat dan tradisi masyarakat kita. Mempromosikan makanan tradisional dalam pelbagai saluran media Oleh sebab Internet merupakan medium yang paling murah, mudah dan cepat untuk penyebaran maklumat, kita seharusnya memanipulasikan kemudahan ini untuk mempromosikan makanan tradisional melalui laman sesawang dan media sosial. Dalam pada itu,rancangan televisyen berkaitan makanan tradisional seperti program masakan dan dokumentari juga dapat memberi pendedahan yang positif tentang makanan tersebu dalam kalangan penonton. 19
Makan tradisional seperti Katakalar, Tang Yuan dan Tosai merupakan identiti kepada masyarakat melayu, cina dan india . Ianya melambangkan tradisi dan gaya hidup masyarakat sendiri. Perubahan teknologi dan inovasi yang semakin berkembang bukanlah penghalang untuk kita melupakan tradisi nenek moyang. Kita perlu menerapkan hal-hal tradisi yang semakin dilupakan ini supaya pelajar dapat mengenali asal usul nenek moyang dan tradisi amalan dahulu. KESIMPULAN PULAN KESIMPUKESIMPULAN KESIMPKESIMPUL LAN KESIMP20
RU R J U U JUK K AN AN Resepi Kuih Kalakatar. Ellina Chan (2020, Oktober 12) https://says.com/my/makan/inilah-resepi-kuih-kalakatar-famoustradisi-orang-banjar-yang-simple-rasa-lemak-manis Kalakatar Kuih Banjar Popular di Bulan Puasa. Kosmo (2023, April 10) https://www.kosmo.com.my/2023/04/10/kalakatar-kuih-banjarpopular-di-bulan-puasa/ 10 Info Tentang Kuih Kalakatar Orang Banjar. Azman Sulaiman (2020, November 15) https://azman.cyou/10-info-tentang-kuih-kalakatar-orang-banjar/ Guo, W. (2022, December 15). Tang Yuan, Chinese glutinous rice balls (汤圆). Red House Spice. https://redhousespice.com/tang-yuan/ Kuih Tradisional Tempatan Semakin Hilang?? Bunga Lawang. (2012, November 30). https://rempahdanherba.blogspot.com/2012/11/kuih-tradisionaltempatan-semakin-hilang.html Kuih Tradisional Semakin Dilupai. Ilaza. (2012, November 18). http://rezekitimor12.blogspot.com/2012/11/kuih-tradisional-semakindilupai.html Cara Mempromosikan Makanan Tradisional. Sakina. (2021, April 30). https://caramempromosikanmakanantradisional.car.blog/2021/04/30/ cara-mempromosikan-makanan-tradisional/ 21