11 ANJAKAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025
ANJAKAN 1: MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDKAN BERKUALITI BERTARAF ANTARABANGSA • i. Melancarkan pelaksanaan KSSR dan KSSM. • ii. Meningkatkan kualiti prasekolah dan meningkatkan enrolmen kepada 100% menjelang tahun 2020. • iii. Menetapkan tanda aras keupayaan dalam Kemahiran Membaca, Matematik, dan Sains dengan standard antarabangsa (PISA dan TIMSS) • iv. Merombak peperiksaan dan penaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mulai 2016. • v. Melahirkan murid yang mampu menganalisis maklumat, berfikiran kritis, mengaplikasikan ilmu secara kreatif dan mampu berkomunikasi dengan berkesan. • vi. Fokus kepada tahap keberhasilan murid dan sistem pembelajaran yang baik (sistem pendidikan berprestasi tinggi) supaya murid mempunyai daya saing di peringkat dunia.
ANJAKAN 2: MEMASTIKAN SETIAP MURID MENGUASAI KEMAHIRAN DALAM BAHASA MALAYSIA & BAHASA INGGERIS DAN DIGALAKKAN MEMPELAJARI BAHASA TAMBAHAN • i. Penambahan guru bahasa tambahan (Bahasa Cina, Bahasa Tamil, dan Bahasa Arab) untuk mengajar subjek tersebut. • ii. Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris akan dipastikan supaya lulus Cambridge Placement Test (CPT). • iii. Kelas Peralihan di sekolah menengah akan dimansuhkan bermula tahun 2017 dan diganti dengan sokongan pemulihan intensif. • iv. Meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dan memperluaskan peluang bagi peridedahan terhadap bahasa tersebut. • v. Murid digalakkan menguasai bahasa tambahan lain menjelang tahun 2025 untuk meningkatkan peluang menyertai tenaga kerja global. • vi. Penekanan kepada aspek penguasaan bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Program LINUS diperluas yang meliputi Bahasa Inggeris. • vii. Memantapkan penguasaan Bahasa Malaysia di semua jenis sekolah dengan memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard pada peringkat rendah.
ANJAKAN 3: MELAHIRKAN RAKYAT YANG MENGHAYATI NILAI • i. Memperkukuh Pendidikan Islam dan Moral dengan memberi lebih fokus ke atas teras nilai dan falsafah agama utama menjelang 2017. • ii. Mengukuhkan dan memperluas RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik, dan sosio ekonomi. • iii. Memperkukuh pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang 2017. • iv. Mengembangkan potensi murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1Badan Beruniform.
ANJAKAN 4: TRANSFORMASI PROFESION KEGUNUAN MENJADI PROFESION PILIHAN • i. Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai 2016. • ii. Membudayakan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses pensijilan mulai tahun 2025. • iii. Meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bid khusus menjelang memberi fokus ke atas fungsi teras pengajaran mulai 2013 dengan mengurangkan beban pentadbiran. • iv. Hanya 30% dalam kalangan graduan yang terbaik dan teratas sahaja akan dipilih untuk latihan perguruan yang telah ditetapkan. • v. Meningklatkan kualiti Continuous Profesional Development (CD) mulai 2013, dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah.
ANJAKAN 5: MEMASTIKAN KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI DITEMPATKAN DI SETIAP SEKOLAH • i. Kriteria pemilihan pengetua/guru besar berasaskan kompetensi dan pengukuhan proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013. • ii. Melaksanakan pakej kerjaya baharu bagi pengetua guru besar mulai 2013, dengan lebih sokongan, lebih fleksibiliti pengoperasian bagi menambah baik sekolah, kurikulum dan kokurikulum, serta akauntabiliti terhadap keberhasilan murid.
ANJAKAN 6: MENGUPAYA JPN, PPD DAN SEKOLAH UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN KHUSUS BERASASKAN KEPERLUAN • i. Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak. • ii. Mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan dipimpin PPD di semua negeri menjelang 2014. • iii. Meningkatkan autonomi pengurusan berasaskan sekolah, termasuk lebih fleksibiliti pengoperasian ke atas pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum, dimulai dengan sekolah yang mencapa prestasi tinggi dan menunjukkan peningkatan prestasi besar.
ANJAKAN 7: MEMANFAAT ICT BAGI MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN DI MALAYSIA • i. Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi semua 10,000 sekolah menjelang 2013. • ii. Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus. • iii. Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal.
ANJAKAN 8: TRANSFORMASI KEBOLEHAN DAN KEUPAYAAN PENYAMPAIAN KEMENTERIAN • i. Memperkukuh fungsi utama dan merasionalisasi struktur Kementerian mulai 2016. • ii. Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan kepimpinan utama mulai 2013. • iii. Sekurang-kurangnya 2,500 lagi personel ditempatkan daripada KPM dan JPN kepada PPD untuk menyokong sekolah menjelang 2014. • iv. Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan terhadap bajet dan personel, serta meningkatkan akuantabiliti bagi KPI mulai 2013.
ANJAKAN 9: BEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA SECARA MELUAS • i. Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016. • ii. 1.000 biasiswa daripada sektor swasta untuk murid berbakat komuniti miskin untuk belajar di sekolah swasta dan antarabangsa. • iii. Memperluas Model Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGO yang berpotensi sebagai penganjur. • iv. Melengkapi ibu bapa bagi memba membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana penglibatan ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah.
ANJAKAN 10: MEMAKSIMUMKAN KEBERHASILAN MURID BAGI SETIAP RINGGIT • i. Memanfaatkan peluang meningkatkan efisiensi, dengan mengagihkan peruntukan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru. • ii. Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasionalisasi program berimpak rendah pada setiap tahun, selaras dengan anjakan keseluruhan kerajaaan ke arah Buget Berasaskan Keberhasilan.
ANJAKAN 11: MENINGKATKAN KETELUSAN UNTUK AKAUNTABILITI AWAM SECARA LANGSUNG • i. Menerbitkan laporan tahunan awam bagi kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan mulai 2013. • ii. Melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan kekal relevan dengan memasukkan maklumbalas daripada pihak berkepentingan dan mengambilkira perkembangan persekitarannya.