The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by qistinazulaikhaa, 2023-09-26 02:40:39

Kisah Teladan-Si Tanggang

BMMB3193

BMMB3193 NAMA AHLI KUMPULAN : MUHAMMAD HARITH HABEEL BIN ABU BAKAR MUHAMMAD ZULNAIDI BIN ISMAIL NUR FATINI BINTI MOKHNI QISTINA ZULAIKHA BINTI AHMAD SUYUTI


KISAH TELADAN SI TANGGANG


APAKAHYANGDIMAKSUDKANDENGANKISAHTELADAN? Kisah teladan dimaksudkan sebagai cerita-cerita yang mempunyai unsur didaktik, pendidikan moral dan memberi pengajaran atau teladan. Pengajaran yang terkandung biasanya lebih tertumpu kepada kanak-kanak dan kebanyakannya berupa pendidikan moral. Berlandaskan kepada peraturan kehidupan sosial dan budaya atau ajaran agama.


CIRI-CIRI CERITA TELADAN Memperlihatkan struktur yang sederhana, tidak berbelit-belit seperti cerita lipur lara. (jalan cerita ringkas) Watak-watak tidak ramai dan terdiri daripada manusia Tidak banyak unsur kesaktian Berlatarkan dunia nyata dengan sedikit variasi seperti perkampungan, hutan, lautan dan istana Dari segi persembahan, cerita teladan disampaikan secara bersahaja, menggunakan gaya pertuturan harian


KISAH TANGGANG


SINOPSIS SiTalang dan Si Deruma merupakan bapa dan ibu kepada seorang anak lelaki yang bernama Si Tanggang. Mereka hidup sebagai keluarga nelayan di tepi pantai (dalam sesetengah versi: sungai). Kehidupan mereka amatlah miskin. Si Tanggang merupakan seorang kanak-kanak yang bercita-cita tinggi. Dia selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal. Akan tetapi, keadaan hidupnya yang serba kekurangan dan ketiadaan peluang menjadi penghalang kepada cita-citanya. Pada suatu hari, ketika sudah meningkat usia, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pun pergi mencuba nasib, dia berjumpa dengan nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja.


SINOPSIS Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya. Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Tidak lama kemudian, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.


SINOPSIS Si Tanggang memiliki kecekapan dalam berniaga. Dia menjadi kaya raya dan namanya menjadi terkenal. Namanya sampai ke telinga Sultan dan dijemput ke istana. Tidak lama kemudian, Sultan mengahwini puterinya dengan Si Tanggang. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri. Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya. Gembira dalam hati, Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya. Si Tanggang malu melihat keadaan ibu dan bapanya yang daif di hadapan isterinya. Si Talang dan Si Deruma memanggil-manggil Si Tanggang, tetapi dia berpura-pura seperti tidak mengenali mereka. Isterinya bertanya mengenai mereka, tetapi dia mengatakan bahawa ibu dan bapanya sudah tiada.


SINOPSIS Si Tanggang menghalau ibunya dengan biadap. Si Talang dan Si Deruma berdayung ke tepi dengan perasaan sedih dan kecewa. Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit dan memengangkat kedua-dua belah tangannya, kemudian berseru, "Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya." Tiba-tiba petir berdentum dan angin bertiup kencang. Kapal Si Tanggang terumbangambing akibat air yang bergelora. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka. Akhirnya, dia berteriak kepada ibunya supaya diampun. Walau bagaimanapun, penyesalannya sudah tidak berguna lagi. Kapalnya pecah akibat dipukul oleh ombak yang kuat. Apabila ribut reda, Si Tanggang, isterinya, kapalnya, dan semua anak kapalnya telah bertukar menjadi batu


FUNGSICERITASITANGGANGTERHADAP MORAL Etika Keluarga: Cerita ini menekankan pentingnya menjaga hubungan keluarga, kesetiaan terhadap keluarga, dan tanggung jawab terhadap orang tua. Ini membantu memperkuat nilai-nilai keluarga dalam masyarakat. Pelajaran Kesetiaan: Melalui karakter Si Tanggang yang mengingkari janji dan lupa pada akarnya, cerita ini mengingatkan kita tentang pentingnya menjaga hubungan dengan asal-usul dan budaya kita serta tidak mengabaikan akar-akar kita.


Kita mesti menghormati ibu kita. NILAI & PENGAJARAN Jangan sesekali menderhaka kepada ibu bapa. Jangan sesekali kita lupa akan asal usul kita setelah kehidupan kita menjadi senang pada kemudian hari. Jangan sesekali bersikap sombong dan bongkak.


SEMOGA BERMANFAAT:) SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version