The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PB1_Qistina(0097)_BMD_Syair Kelebihan Ilmu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by qistinazulaikhaa, 2023-02-22 06:11:55

PB1_Qistina(0097)_BMD_Syair Kelebihan Ilmu

PB1_Qistina(0097)_BMD_Syair Kelebihan Ilmu

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU PUSI TRADISIONAL DAN MANIFESTASI AKAL BUDI SYAIR: KELEBIHAN ILMU NAMA : QISTINA ZULAIKHA BINTI AHMAD SUYUTI PROGRAM : PPISMP AMBILAN : JUN 2022 UNIT: BAHASA MELAYU D


PENGHARGAAN Bersyukurkehadrat ilahi denganlimpahkurnia danizin-Nya dapat saya menyiapkantugasankerjakursus ini denganpenuhjayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikansekalungpenghargaankepadapensyarahsaya, Puan HjhRoziah bintiRamlikerana dengantunjukajar serta bimbingan beliautelah memberipemudahcarauntuksaya menjalankantugasan berkenaan. Selainitu, saya juga ingin mendedikasikanucapanterimakasihyangtidakterhinggakepada ibu bapa sayayang banyak memberi sokongan dan doronganuntuk menyiapkankerjakursus ini. Merekapastinya telah memberikan saya segalakemudahan dansemangatyangtidakterhingga sehingga saya berjaya menyiapkantugasanini. Seterusnya, saya ingin merakamkanjutaanterimakasihkepada rakan-rakansayakhususnya rakansekelas sayayang banyak memberipendapat dantunjukajar sertaperingatanterhadapsetiapapayangsaya telahalpa sepanjangtugasankerjakursus ini disiapkan. Akhir madah,harapansaya agar segala tugasanyangkami laksanakan dapat menambahkanilmu pengetahuankami disamping dapat menjadiguruyang bertanggungjawab bagi melahirkangenerasiyang cemerlang danterbilang.


KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU


KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa Menurut makna kamus : hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri keistimewaan yang tertentu. APA ITU KESUSASTERAAN ? berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu sastra. sas - bermaksud mengarahkan, mengajar atau memberi petunjuk tra - merujuk kepada alat Jadi, sastera beerti alat untuk mengajar Awalan su- bermaksud baik /indah. Imbuhan ke- dan – bermaksud segala yang menyeluruh, iaitu segala yang tertulis, bernilai seni dan estetika/ memberikan paduan, petunjuk dan pengajaran ( Prof Dr Hashim Awang) PEMBENTUKAN ISTILAH KESUSASTERAAN DALAM BAHASA MELAYU KESUSASTERAAN


seni bahasa ungkapan spontan daripada perasaan yang mendalam ekspresi fikiran melalui medium bahasa semua karya yang memuatkan perasaan kemanusiaan yang mendalam dan kebenaran moral dengan sentuhan keikhlasan, keterbukaan dan keluasan pandangan yang dinukilkan dalam bentuk yang mempesonakan inspirasi kehidupan manusia yang diserlahkan dalam sebuah karya tulisan yang indah KEPELBAGAIAN MAKNA SASTERA


BENTUK PUISI TRADISIONAL Syair Gurindam Pantun Seloka


PANTUN Pantun ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan yang gembira, sedih, rindu, marah dan sebagainya. Mengikut kajian, asal perkataan pantun mungkin berdasarkan kata toen, tuntun, tonton, tuntun, atuntun, matuntun, panton, pantun yang digunakan dalam pelbagai bahasa di Nusantara. Maksudnya merujuk kepada ‘ sesuatu pengucapan dengan bahasa yang teratur, tersusun dan indah atau peri laku yang terpimpin, terdidik, bersopan dan bertatasusila ’ dalam kesusasteraan Melayu.


GURINDAM Gurindam ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang telah diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui “Gurindam Dua Belas ” yang dikarang pada tahun 1846. Terdapat dua jenis gurindam berdasarkan bentuknya, iaitu yang terikat dan yang tidak terikat. Bentuk yang terikat terdiri daripada dua baris serangkap mengandungi tiga hingga empat patah perkataan dengan skema rima a;a. Manakala bentuk yang tidak terikat mengandungi jumlah baris, jumlah perkataan dan jumlah suku kata dalam sebaris serta skema rima yang tidak tetap. Bahasa gurindam biasanya bernas dan serius. Isinya pula mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta. Seuntai gurindam memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea


SELOKA Menurut Harun Mat Piah, et al (2000:122), perkataan seloka berasal dari kata shloka dalam bahasa Sanskrit yang membawa erti puisi yang terdiri daripada dua baris. Seloka dikatakan berasal daripada kesusasteraan Hindu klasik yang didapati dalam epos Mahabhrata dan Ramayana. Menurut Tun Seri Lanang dalam buku Sejarah Melayu 1612 membandingkan gambaran bunyi burung-burung di taman Puteri Gunung Ledang dengan orang bergurindam dan berseloka.


SYAIR Syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi. Kata syair berasal daripada istilah Arab sh’ir yang bererti puisi dan sha ’ r yang bererti penyair, pengarang atau penyajak. Istilah ini berkembang dalam pelbagai bahasa Nusantara seperti sa ’ e, saiyo, sair, singir dan syair. Dalam puisi Melayu tradisional, bentuk syair dipercayai diperkenalkan dan dikembangkan oleh Hamzah Fansuri (Syair Burung Punggak, Syair Perahu) sekitar abad ke-16 dengan tujuan mengajarkan agama Islam.


FUNGSI SASTERA MELAYU


HIBURAN Hiburan terhasil daripada keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang tersusun, kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca aatau pendengar, unsur kelucuan dan lain-lain. Fungsi hiburan menjadikan karya sastera seperti cerita penglipurlara diterima oleh masyarakat sebagai karya yang diminati dan digilai pada suatu ketika dahulu. Pantun merupakan karya sastera yang cukup popular Hal ini kerana keupayaannya membawa keindahan yang menghiburkan CONTOH PANTUN MENGHIBUR Dalam semak ada kebun, Dalam kebun ada para; Dalam gelak ada pantun, Dalam pantun ada bicara Terdapat banyak unsur hiburan dalam pantun tersebut, misalnya: - Rentak dan rama yang bersukat membentuk irama dalam pantun -Mempunyai struktur bacaan tersendiri yang menghasilkan keindahan dalam pembacaan. Pantun juga disampaikan dalam banyak variasi yang lebih menghiburkan seperti dijadikan lirik dikir barat (Kelantan), lirik lagu popular dan sebagainya


HIBURAN Pantun Cerita Jenaka Novel (sastera moden) CONTOH KARYA SASTERA YANG MENGHIBURKAN : -Pak Kaduk -Anak Mat Lela Gila Kisah watak Pak Kaduk yang gila berlaga ayam Pak Kaduk membuat penukaran ayamnya dengan Raja sebelum pertandingan Pada hari pertandingan laga ayam, Pak kaduk membuat kelainan dengan memakai pakaian daripada kertas Pak Kaduk yang menyangka ayamnya menang ketika selesai pertandingan telah bersorak girang sehingga pakaiannya koyak rabak Pak Kaduk telanjang bulat malu dan menyesal dengan sikapnya UNSUR HIBURAN DALAM CERITA PAK KADUK


PENDIDIKAN Fungsi lain karya sastera adalah untuk memberi pengajaran, nasihat mahupun pesanan kepada masyarakat Karya sastera sebagai suatu bahan yang dapat membawa kesedaran kepada masyarakat, mengubah pemikiran serta memberi ruang kepada masyarakat menyerap nilai-nilai moral yang dibawa dalam karya sastera CONTOHNYA : Cerita Sang Kancil dengan Buaya cukup terkenal bukan semata-mata menghiburkan, tetapi keupayaannya untuk memasyarakatkan nilai murni ,unsur moral dan pengajaran yang berguna kepada masyarakat. Tanpa disedari, kita dibesarkan dalam asuhan moral yang dibawa daripada cerita tersebut Tanpa disedari, kita juga diserapkan dengan kepentingan nilai tolong menolong dan diperingatkan betapa buruknya sikap tidak mengenang budi


DAKWAH Sebagai proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia tentu sahaja disampaikan melalui medium atau saranan yang difahami sebagai objek dakwah (Mad'u) Bahasa kesusasteraan dalam dakwah dapat menyembunyikan pesan-pesan yang hendak dikomunikasikan kepada khalayak pembacanya, melalui aneka bentuk dan ragam estetika, metafora, simbol-simbol, subjek dan objek yang ada dalam kehidupan CONTOHNYA : Syair : Hamzah Fansuri -Syair perahu (hubungan manusia dengan Allah -(manusia hanya bergantung sepenuhnya kepada Allah dalam kehidupan


KRITIKAN SOSIAL Sastera adalah rakaman kehidupan yang menggali dan menyelongkar kehidupan manusia daripada pelbagai dimensi dan sudut pandang yang berbeza-beza. Sesuatu yang dipaparkan dalam sastera adalah sesuatu yang berlaku dan terjadi dalam realiti kehidupan manusia Sastera merupakan gambaran kehidupan manusia sebagaimana ditegaskan oleh Usman Awang, A. Samad Said dan Dharmawijaya Karya satera bukan sahaja merakamkan sesuatu yang luar biasa, malah perkara biasa tetapi diolah dalam bentuk kreatif yang indah sifatnya Berasaskan pertimbangan bahawa karya sastera berfokuskan masyarakat, kehidupan dan manusia, tentunya hubungan dan pertaliannya adalah saling berkaitan Hal ini juga akan mempengaruhi tindakan dan susila adab sama ada untuk tujuan menegur, mengkritik, mahupun menyampaikan mesej


Misalnya berhubung konsep perjuang, terdapat pelbagai tafsiran yang diketengahkan dengan merujuk karya Harga Sebuah Maruah dan Titis Darah terakhir ANALISIS KARYA Pengarang kedua-dua novel menggunakan landasan yang sama iaitu menggunakan watak dapat dikesan walaupun terdapat perbezaan dari aspek cara perjuangan tersebut dipaparkan dalam karya. Hal ini dikesan dalam contoh petikan di bawah : " ............. Dalam hidup ini kita tidak harus terus dibelenggu dengan tekanan yang melulu. Kita harus berani untuk membebaskan diri tanpa rasa ragu kerana itu hak kita tetapi jangan sampai membelakangi undang-undang Dalam petikan di atas, jelas memperlihatkan bahawa konsep perjuangan yang berasaskan pertimbangan akal. Hal ini dapat dikesan dalam frasa "tetapi jangan sampai membelakangi undang-undang (Harga sebuah maruah)


Namun, dalam novel Titis Darah Terakhir karya Adhyat Helmy memperlihatkan perbezaan konsep perjuangan. Hal ini dapat dilihat melalui petikan berikut; " ......... Jangan ada seinci tanah kita tergadai, biar darah kita kering di badan, namun sesekali menyerah tidak sama sekali. Ini hak kita dan hak kita perlu dipertahankan. Berdasarkan pertikan tersebut, jelas memperlihatkan bahawa perjuangan untuk menegakkan hak memerlukan pengorbanan dan memerlukan pertumpahan darah. Hal ini dapat dikesan melalui frasa "biar darah kita kering di badan, namun sesekali menyerah tidak sama sekali" . (Titis Darah Terakhir)


PUISI MELAYU TRADISIONAL : SYAIR


Syair ialah sejenis puisi melayu lama yang berangkap dan setiap rangkapnya mengandungi 4 baris ayat yang kesemuanya membawa isi dan maksud. Keempat-empat berirama sama Syair sering membawa makna isi yang berhubung dengan kias ibarat sindiran, nasihat, agama, pengajaran dan juga berasaskan sejarah atau dongeng DEFINISI SYAIR TAKRIF SYAIR


BENTUKBENTUK SYAIR


Tidak mempunyai pembayang seperti pantun. CIRI-CIRI BENTUK SYAIR Merupakan puisi terikat Perkataan : bilangan perkataan sebaris tetap iaitu 4-5 perkataan sebaris. Rangkap : jumlah baris serangkap tetapiaitu 4 baris. Setiap baris dalam rangkap merupakan idea atau maksud atau isicerita itu. Sukukata : bilangan sukukata sebaris juga tetap iaitu antara 8-12 sukukata antara sebaris. Rima : Rima akhir dalam serangkapjuga tetap iaitu a/a/a/a


JENIS-JENIS SYAIR


Syair Panji 1 Syair Romantis Syair tentang percintaan yang terdapat pada cerita pelipur lara hikayat mahupun cerita rakyat. Syair ini digunakan untuk menampilkan suasana yang panjang, misalnya mengenai kiasan, kehidupan, agama, cinta, persahabatan dan sejenisnya. CONTOHNYA : Syair Ramuan Cinta 2 Merupakan pelipur lara. Syair ini bertema kisah penggambaran dab peperangan, didalam syair ini terdapat unsur percintaan. CONTOHNYA : Syair Ken Tambuhan


Syair Sejarah 3 Syair Kiasan Syair kiasan merupakan penyampaian pesan dalam bentuk kiasan. Syair ini sering disebut sebagai syair binatang dan bungabungaan, kerana isinya sebagai sindiran atau berupa kiasan terhadap suatu peristiwa. CONTOHNYA : Syair aku bukanlah yang diinginkan 4 Syair sejarah adalah syair yang didasarkan peristiwa sejarah dimasa lampau. Sebagian besar syair sejarah berisi tentang peperangan. CONTOHNYA : Syair Saksi Kalimantan Selatan


5 syair sufi, syair sejarah Islam, syair riwayat kisah nabi, syair nasihat. Pada umumnya, syair agama digunakan sebahagian dari dakwah pada zaman dahulu atau menjadi alat yang digunakan dalam komunikasi para penyebar agama Islam pada ketika itu dalam menyampaikan hal-hal yang mengenai agama islam. CONTOHNYA: Syair Perahu Syair Agama Terdapat beberapa jenis syair agama, iaitu


FUNGSI SYAIR


Sebagai hiburan – sesuai dengan sifatnya yang demikian maka syair sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam pesta dan keramaian, dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat. Alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran agama Islam dari rukun iman, rukun sembahyang, zakat, puasa dan sebagainya. Kemerduan suara “tukang lagu” dan kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaan dan seterusnya meninggalkan kesan yang mendalam FUNGSI SYAIR 1 2


FUNGSI SYAIR i) Ketika sambutan maulud Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat ii) Dinyanyikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian tertentu seperti dalam dabus dan boria iii) Digunakan dalam adat perkahwinan 3


MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SYAIR : KELEBIHAN ILMU


SYAIRKELEBIHANILMU Ilmu itulah gemala sakti, Sinarnya cerah cahaya sejati, Asal puncanya lamun didapati, Sukar berceraisehingga mati. Harganya tidak dapat dinilaikan, Sebuah dunia belinya bukan, Kuasanya besarsukat digunakan, Di laut di darat dirimba di pekan. Masa seorang ialah taulan, Teman berbeka suluh berjalan, Masa berhimpun ia pengenalan, Hias penyata polan si polan. Bagi yang duka ia penghibur, Ia penerang bagi yang kabur, Ialah kandil di dalam kubur, Lamun dengannya beramalsubur. Ia penerang jalan ke syurga, Ia pemuastekak yang dahaga, Ialah sungai ialah telaga, Laut yang luasialah juga. Ialah alatsangat berguna, Idaman orang yang bijaksana, Hamparnya luas amatsaujana, Tepinya ajalsempadannya fana.


KLIP VIDEO SYAIR KELEBIHAN ILMU (IRAMA PERINDU)


Rangkap 1 MAKSUD Ilmu sangat bermanfaat kerana dapat menjadi panduan hidup. Apabila memperoleh ilmu, sepanjang hayat ilmu itu dapat dimanfaatkan. MANIFESTASI AKAL BUDI Penyair menjelaskan mengenai ketinggian pemikiran masyarakat Melayu yang dijelmakan dalam puisi tradisional (Syair) dalam meletakkan sesuatu yang begitu tinggi nilainya iaitu ilmu. Buktinya, apabila ilmu diibaratkan seperti gemala sakti iaitu batu sakti yang mempunyai hikmat atau manfaat. Ilmu yang diperolehi akan sukar dilupakan jika kita sentiasa mengamalkannya. Oleh itu, setiap masyarakat perlu mencintai dan menuntut ilmu hingga ke akhir hayat Ilmu itulah gemala sakti, Sinarnya cerah cahaya sejati, Asal puncanya lamun didapati, Sukar berceraisehingga mati.


Rangkap 2 MAKSUD Ketinggian nilai ilmu tidak dapat ditukarkan walaupun dengan sebuah dunia. Faedah ilmu tidak terhad dan boleh dimanfaatkan di mana-mana saja. MANIFESTASI AKAL BUDI Dalam rangkap yang kedua, penyair telah meletakkan dan berkongsi betapa pentingnya ilmu sehingga tidak ternilai harganya walau dibayar dengan dunia sekalipun. Masyarakat yang berilmu akan memperolehi banyak faedah dan diibaratkan mampu membeli alam ini jika ilmu penuh di dada. Oleh yang demikian, masyarakat perlu menghargai ilmu pengetahuan kerana ilmu ialah harta yang paling bernilai dalam kehidupan walau di mana jua kita berada. Masyarakat yang berilmu pengetahuan perlulah berkogsi bersama-sama individu lain supaya ilmu itu tidak dimamah bumi. Hal ini kerana, ilmu yang diperolehi tidak dapat dinilai dengan mata wang dimana sukar seseorang itu untuk membelinya. Harganya tidak dapat dinilaikan, Sebuah dunia belinya bukan, Kuasanya besarsukat digunakan, Di laut di darat dirimba di pekan


Rangkap 3 MAKSUD Ilmu menjadi penghias diri bagi seseorang, menjadi sahabat, dan menjadi teman yang memberikan panduan semasa mengembara. Dalam masyarakat, ilmulah yang membezakan seseoang daripada yang lain. MANIFESTASI AKAL BUDI Ilmu mampu menjadi teman dan penyuluh hidup seseorang dan menjadi sahabat yang memberikan panduan semasa mengembara. Oleh itu, orang berilmu akan dijadikan sebagai sumber rujukan. Oleh hal yang demikian, penyair meminta kita menghormati orang yang kaya dengan ilmu kerana tinggi rendah martabat seseorang itu dapat dilihat pada ilmunya. Sekiranya kita berada dalam kesusahan, kita perlulah merujuk kepada orang yang berilmu. Masa seorang ialah taulan, Teman berbeka suluh berjalan, Masa berhimpun ia pengenalan, Hias penyata polan si polan.


Rangkap 4 MAKSUD MANIFESTASI AKAL BUDI Penyair menyifatkan bahawa ilmu mampu berperanan sebagai penghibur bagi orang yang berduka, dan mampu memberi penyelesaian bagi orang yang kekeliruan. Oleh itu, kehidupan seseorang akan bercahaya jika diterangi dengan ilmu. Buktinya dapat dilihat melalui kebijaksanaan penyair menggunakan perkataan kandil yang bermaksud pelita. Ilmu pengetahan perlulah dicari dan perlu dihargai dengan mempelajari dan menghayati ilmu yang diperoleh. Bagi yang duka ia penghibur, Ia penerang bagi yang kabur, Ialah kandil di dalam kubur, Lamun dengannya beramalsubur Ilmu dapat menghiburkan hati yang sedih, membantu seseorang memahamisesuatu perkara dengan jelas, dan digunakan selepasseseorang itu mati atau semasa di alam kubur.Hidup menjadi lebih bahagia dengan adanya ilmu.


Rangkap 5 MAKSUD MANIFESTASI AKAL BUDI Rangkap kelima menekankan ilmu yang baik itu akan membuka jalan kebaikan kepada seseorang dan akan membimbing kehidupannya ke arah yang diredai Allah (syurga). Dengan ilmu , seseorang dapat memenuhi keperluannya serta menyelesaikan sebarang masalah mengenai apa jua perkara sekalipun. Orang yang berilmu akan mendapat ganjaran pahala. Ilmu yang merangkumiseluruh kehidupan dapat membantu seseorang mencapaicitacitanya. Ia penerang jalan ke syurga, Ia pemuas tekak yang dahaga, Ialah sungai ialah telaga, Laut yang luas ialah juga.


Rangkap 6 MAKSUD MANIFESTASI AKAL BUDI Dalam rangkap terakhir, penyair menerenagkan bahawa ilmu merupakan perkara yang sangat penting dan banyak kegunaannya kepada semua insan. Ilmu akan sentiasa dicari oleh orang bijak pandai yang tahu akan kepentingannya. Penyair juga menyifatkan bahawa sesungguhnya ilmu itu luas bidangnya. Malah, penerokaan ilmu dalam kehidupan individu hanya akam terhenti setelah orang itu mati. Ilmu ialah alat yang amat besarfaedahnya. Orang yang bijaksana amatingin memiliki ilmu. Sesungguhnya bidang ilmu sangatluas dan tiada batasnya. Ialah alat sangat berguna, Idaman orang yang bijaksana, Hamparnya luas amat saujana, Tepinya ajal sempadannya fana.


SUMBER RUJUKAN Rahmat,A., Zainudin, N., & Abu Bakar, S. (2022). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. Pustaka Hema. L. (2015, April 5). Syair. Share and Discover Knowledge on SlideShare. https://www.slideshare.net/hemalattha5/syair-46657345 WM, W. N. (n.d.). Maksud. Scribd. https://www.scribd.com/doc/231959428/MAKSUD


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version