PENTAKSIRAN BERTERUSAN
SOSIOEMOSI DAN TINGKAH
LAKU KANAK-KANAK
(PAKK2302D)
Disediakan Oleh:
Nama: Asnita binti Mahad
No.K/P :821024-10-5244
Angka Giliran: 2021192380020
Kumpulan : B2
Pengenalan
Sosial
Perkembangan sosial adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar
berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh
masyarakat dan budayanya.
Kanak-kanak dikatakan mempunyai tahap sosioemosi yang
memberangsangkan apabila mereka dapat menyesuaikan diri dengan
kehendak orang lain.
Proses ini melibatkan cara berfikir tentang kendiri orang lain dan
perhubungan sosial.
Pengenalan
Emosi
Perkembangan emosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan
menguruskan emosi sendiri diikuti dengan pencapaian emosi yang positif.
Perasaan yang ada pada manusia hasil tindak balas seseorang terhadap
sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang berlaku.
Kebolehan menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri,
semangat berdikari dan sikap positif terhadap pembelajaran.
Keupayaan mengurus emosi diri sendiri. Membolehkan murid memahami
emosi dan keperluan sendiri serta orang lain.
Faktor Perkembangan Sosioemosi dan Tingkah laku kanak-
kanak
➢ Faktor Persekitaran
Persekitaran sangat memperngaruhi perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak.
Menurut Azyyati Zainudin (2014) persekitaran adalah keadaan yang berada disekililing termasuk
keadaan fizikal, iklim, sosiobudaya, politik dan interaksi diantara manusia sesame manusia dan alam
sekitarnya. Berdasarkan definasi ini dapat dinyatakan bahawa segala apa yang terdapat di sekeliling
kanak-kanak akan dapat mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak tersebut. Aspek-
aspek factor persekitaran adalah seperti berikut :
➢ Pengaruh rakan sebaya
Rakan sebaya sangat berpontensi untuk mempengaruhi perkembangan social, emosi dan tingkah
laku kanak-kanak, contohnya kanak-kanak yang bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar dan
mempunyai disiplin yang baik di sekolah akan mendorong perkembangan intelek dan tingkah laku
yang baik.Sebaliknya jika kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang mempunyai tingkah laku
negative, kanak-kanak tersebut akan terpengaruh untuk bersikap negative.
Faktor Perkembangan Sosioemosi dan Tingkah laku kanak-
kanak
➢ Guru dan sekolah
Guru beperanan membentuk perkembangan sosioemosi dan tingkahlaku yang baik kepada kanak-kanak.
Guru yang berkualiti dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan
melahirkan murid yang cemerlang dan berakhlak mulia. Suasana pembelajaran yang kondusif di sekolah
dan mempunyai kemudahan pembelajaran yang lengkap sangat membantu perkembangan kognitif, efektif
dan psikomotor kanak-kanak.
➢ Sumber teknologi dan Pengaruh Media
Sumber teknologi merujuk kepada maklumat yang diperolehi daripada bahan bacaan dan paparan media
massa seperti televisyen dan computer. Kanak-kanak yang didedahkan dengan bahan sumber teknologi
yang sihat akan membentuk perkembangan minda dan emosi yang sihat. Sebaliknya pendedahan kepada
maklumat berunsur tidak bermoral seperti video pergaduhan akan membentuk sikap dan personality yang
negative. Pendedahan media massa kepada kanak-kanak lebih kepada bahan ilmiah akan membantu
perkembangan intelek dan sosioemosi yang positif kanak-kanak, contohnya seperti video pembelajaran
yang menerapkan nilai-nilai murni yang baik seperti kartun animasi upin ipin.
Faktor Perkembangan Sosioemosi dan Tingkah laku kanak-
kanak
➢ Pusat Ibadat
Lokasi kediaman kanak-kanak dengan puat ibadat boleh mempergaruhi perkembangan sosioemosi
dan tingkah laku kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak yang tinggal berhampiran dengan pusat
ibadat dan sering mengunjungi pusat ibadat mampu membentuk sahsiah dan perkembanagn
jasmani dan rohani yang lebih positif berbanding kanak-kanak yang tidak pernah memasuki rumah
ibadat.
Implikasi Perkembangan Sosioemosi dan Tingkah laku kanak-
kanak mengikut peringkat umur
❖ Peringkat umur 0 hingga 2 tahun
Kanak-kanak pada peringkat umur ini belum boleh berdikari masih bergantung dengan ibubapa.
Semasa meraka belajar melakukan aktiviti fizikal tanpa memeerlukan bantuan orang dewasa seperti
cuba makan dan minum dengan sendiri, ibubapa perlu memberi sokongan dan peluang untuk
kanak-kanak meneroka perlakuan fizikal ini. Dengan adanya sokongan kanak-kanak akan mula
membina keyakinan diri dan belajar berdekari sedikit demi sedikit seiring dengan perkembangan
usianya.
❖ Peringkat umur 3 hingga 4 tahun
Pada peringkat umur ini kanak-kanak mula dapat membezakan hubungan emosinya dengan orang
lain. Peringkat ini diangggap permulaan hubungan emosi sebenar kanak-kanak. Oleh itu, perapatan
selamat perlu dibentuk dalam diri kanak-kanak pada Ketika ini. Sekiranya anak-anak memperoleh
perapatan selamat, mereka akan mempamerkan sikap-sikap yang positif, berkasih-saying serta
menghargai orang lain. Situasi ini seterusnya membawa kepada perkembangan sosioemosi dan
tingkah laku positif di dalam diri kanak-kanak.
Implikasi Perkembangan Sosioemosi dan Tingkah laku kanak-
kanak mengikut peringkat umur
❖ Peringkat umur 5 hingga 6 tahun
Kanak-kanak pada peringkat umur ini menjadi lebih social dan suka bermain dengan rakan-rakan. Oleh itu
pengaruh rakan sebaya sangat mempengaruhi perkembanagn sosioemosi dan tingkah laku mereka pada
peringkat umur ini. Di sekolah, guru perlu bantu kanak-kanak untuk menyedari emosi, meluahkan perasaan
emosi mereka dan mengenali emosi orang lain. Selain itu, guru perlu menerapkan nilai-nilai murni di dalam
diri selepas kanak-kanak menengur dan memperbetukan tingkah laku kanak-kanak, sekiranya mereka
menunjukkan tingkah laku yang negative.
Implikasi perbezaan menyebabkan kanak-kanak mempunyai perbezaan personality masing-masing.
Contohnya ada yang pintar, peramah, berfikiran terbuka, riang dan ada yang sensitive serta pemalu. Emosi
kanak-kanak juga berbeza dari aspek-aspek perasaan jiwa yang kuat seperti sedih gembira, takut dan lain-
lain.
✓ Role Model
Guru harus menunjukkan peribadi yang baik kepada kanak-kanak termasuk sentiasa ceria,
penyayang, baik hati, bersikap adil, boleh dipercayai dan ikhlas dalam pengajarannya. Guru juga
perlu menampilkan imej yang mudah bekerjasama, bertimbang rasa dan selalu memberi galakan
atau pujian kepada murid. Guru bukan sahaja menyuruh muridnya berkelaukuan baik, tetapi turut
mempratikalkannya, kerana kanak-kanak jarang sekali memulakan sesuatu tanpa adanya dorongan
atau contoh yang baik diperhatikan oleh guru sebagai peniruan awal bagi kanak-kanak
✓ Pembentuk Nilai Murni
Umum mengetahu pengaruh guru di sekolah dalam membentuk nilai murni kanak-kanak adalah
sangat kuat. Kanak-kanak sentiasa memerhati dan meniru sikap serta tingkah laku guru. Oleh itu, guru
perlu menunjukkan tingkah laku yang baik untuk dicontohi oleh kanak-kanak dan menggunakan tutur
Bahasa yang sopan mendapati kanak-kanak menunjukkan tingkah laku yang tidak baik, guru perlu
menegurdan memperbetulakan tingkah laku terebut. Nilai murni kanak-kanak juga dapat dibentuk
semasa melaksanakan aktiviti penagajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh melalui aktivti
bercerita, guru menyelitkan nilai-nilai murni dalam pengisian jalan ceritanya.
✓ Perancang Pengajaran dan pemudahcara
Membuat perancangan aktiviti pengajaran dan pemudahcara di sekolah adalah tugas utama guru. Status emosi yang baik akan
membantu proses Pdp berjalan dengan lancer dan sempurna. Perkembanga emosi boleh dipupuk sekiranya proses Pdp yang
dilaksanakan oleh guru menarik dan menyeronokkan ( Abdul M.A 2019). Bagi membentuk sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak
yang positif, guru perlu bijak merancang aktiviti yang dijalankan di dalam kelas berpandukan buku Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) dengan menggunkan pelbagai pendekatan. Contohnya guru menggunakan kaedah pendekatan belajar sambal
bermain di dalam kelas. Perkembangan sosioemosi melalui aktiviti main dapat dipupuk semasa mereka saling berinteraksi dan
berkomunikasi. Aktivit yang dilaksanakan perlu lebih kepada berpusatkan murid dan guru-guru sebagai pembimbing dan
pemudahcara sahaja. Dengan cara ini, kanak-kanak akan lebih berdikari dan berkembang lebih matang.
✓ Pentaksir
Guru berperanan sebagai pentaksir dengan membuat penilaian perkembangan sosioemosi dan tingk laku kanak-kanak. Pentaksiran
ini melibatkan pemerhatian ke atas aktiviti dan runtin harian kanak-kanak yang melibatkan dormain-dormain perkembangan seperti
motor halus, motor kasar, kognitif, sosioemosi dan Bahasa (Norshafinaz Abdul Sani dan Faridah Yunus, 2018). Contohnya, selepas
melaksanakan aktiviti bermaian di dalam kelas, guru perlu menilai keberkesanan aktiviti yang telah dirancang. Penilaian dibuat
melalui hasil yang diperolehi dari pemerhatian dan temu bual yang dilakukan Bersama-sama kanak-kanak mencapai objektif yang
diharapkan. Sekiranya Pdp yang telah dilaksanakan tidak dapat membantu mencapai objektif yang diharapkan. Sekiranya aktiviti Pdp
yang telah dilaksanakan tidak dapat membantu mencapai objektif yang diharapkan. Sekiranya aktiviti Pdp yang telah dilaksankan
tidak dapat membantu mencapai objektif perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak ke arah yang lebih baik, guru
perlu bijak mengubah strategi dan pendekatan Pdp yang dilaksanakan agar sesuai dengan keperluan perkembangan sosioemosi
dan tingkah laku kanak-kanak tersebut.
Koleksi Gambar Aktiviti
Koleksi Gambar Aktiviti
Perkembangan sosioemosi dan tingkah laku adalah sangat penting dalam kehidupan kanak-
kanak.(Mohamed, S.2021) menyatakan pengurusan kemahiran sosioemosi diperingkat awal usia
akan mempengaruhi kejayaan kanak-kanak dalam kehidupan pada masa hadapan termasuklah
kejayaan dalam bidang akademik. Kanak-kanak yang mendapat asuhan yang baik dalam
perkembangan emosinya dapat menguruskan emosi dan tingkah lakunya dengan baik. Melalui
aktiviti Pdp yang berkesan di tadika, perkembangan emosi kanak-kanak dapat dipupuk dan
diperkembangkan lagi menjadi lebih baik.Oleh itu secara keseluruhannya, dapat disimpulkan
bahawa perranan guru di sekolah adalah sangat penting dalam membentuk perrkembangan
sosioemosi dan tingkah laku yang positif dalam diri kanak-kanak.
Aktiviti yang menyokong perkembangan emosi dan kanak-kanak
Aktiviti : Mari berlakon mengikut gambar mimik muka.
- Aktiviti ini menggubakan konsep belajar sambal bermain. Strategi yang digunakan untuk
melaksanakan aktiviti ini adalah menggunakan pendekatan bertema.
Tema : Diri Saya
Sub tema : Jenis-jenis emosi diri
Tunjang Utama : Tunjang Keterampilan Diri
Fokus : KD 1.0 Mengenali dan mengurus emosi
Standard Kandungan : KD 1.1 Mengenali dan mengurus emosi sendiri
Standard Pembelajaran : KD 1.1.1 Mengenal pasti dan menceritakan pengalaman emosi yang
Kesepaduan Tunjang melibatkan perasan gembira, sedih, takut, marah dan malu.
: Tunjang komunikasi – Bahasa Malaysia
Objektif pembelajaran BM 1.5.1 Menyampaikan idea tentang sesuatu yang didengar,
dilihat atau dialami.
: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid
i) Dapat menunjukkan contoh perasaan seperti sedih, takut, marah dan
gembira melalui mimic muka
ii) Dapat menyatakan jenis perasaan berdasarkan gambar yang dilihat.
iii) Dapat mengenali diri sendiri, mengurus emosi dan mengawal
tingkah laku sendiri
Pengetahuan Sedia ada : Murid tahu keadaan emosi marah, gembira dan sedih
dengan keadaan sekelilingnya setiap hari.
Kemahiran berfikir : Membezakan emosi rakan-rakan
Alat bantu mengajar (BBM) : Gambar-gambar mimik muka
Implikasi aktiviti terhadap perkembangan emosi dan tingkah laku kanak-kanak
1. Membina keyakinan diri
Memanggil setiap kanak-kanak untuk dating tampil ke hadapan kelas dan melakonkan
watak emosi dapat membantu mereka untuk bersikap berani dan yakin diri. Apabila
kanak-kanak tampil berdiri di hadapan kelas dan berinteraksi Bersama rakan-rakannya,
keyakinan diri mereka dapat dibina. Apabila keyakinan diri kanak-kanak terbina secara
tidak langsung mereka juga akan bijak mengawal emosi.
2. Dapat mengurus emosi dan mengawal tingkah laku sendiri
Apabila kanak-kanak dapat mengenali jenis-jenis emosi yang ada di dalam diri, secara
langsung mereka akan dapat belajar mengurus emosi diri. Mereka boleh belajar
mengawal tingkah laku sendiri seiring dengan emosi yang dialami dari masa ke semasa,
Belajar sambil bermain dengan melakonkan mimik muka mengikut jenis-jenis yang ada.